Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-247-04/2021 ANTARA DATO’ MOEHAMAD IZAT BIN ACHMAD HABECHI EMIR (No. K/P: 380725-71-5001) … PLAINTIF
WA-22NCvC-247-04/2021
High Court of Malaysia22 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“to Baker Tilly, and are meant for internal use, this per se does not mean, however, that disclosure of these documents cannot be ordered. In British & Commonwealth Holdings plc v Spicer and Oppenheim [1993] AC 426, the auditors of the company concerned were ordered to disclose **Note : Serial number will be used to ver”
“i. Mereka mempunyai milikan, jagaan atau kuasa penuh terhadap kesemua dokumen-dokumen yang telah dipohon oleh Defendan 1 (Tuntutan Utama). Rujuk kes Hayel Saeed Anak & Co. v. Marwan Ahmad Hael Saeed [2022] MLJU 892. [12] Defendan 1 (Tuntutan Utama) berhujah bahawa dokumen-dokumen ini adalah satu keperluan (necessity) d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-247-04/2021 ANTARA DATO’ MOEHAMAD IZAT BIN ACHMAD HABECHI EMIR (No. K/P: 380725-71-5001) … PLAINTIF
1
FERUDDIN EMIR BIN MOEHAMAD IZAT EMIR (No. K/P: 770522-01-5279)
2
EFFENDI EMIR BIN MOEHAMAD IZAT (No. K/P: 800327-14-5881)
3
EMIR EQUITY REFRIGERATIONS SDN BHD (No. Syarikat: 359721-P) … DEFENDAN-DEFENDAN Melalui Tuntutan Balas ANTARA FERUDDIN EMIR BIN MOEHAMAD IZAT EMIR … PLAINTIF 27/05/2025 11:45:49 WA-22NCvC-247-04/2021 Kand. 96
1
DATO’ MOEHAMAD IZAT BIN ACHMAD HABECHI EMIR (No. K/P: 380725-71-5001)
2
ASSILA EMIR BINTI MOEHAMAD IZAT EMIR (No. K/P: 670601-71-5144)
3
LOKE WENG KIT (No. K/P: 720923-10-5229)
4
EMIR EQUITY REFRIGERATIONS SDN BHD (No. Syarikat: 359721-P) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN (Encl. 78: Permohonan oleh Defendan 1 untuk Penzahiran Dokumen) Latar Belakang [1] Bagi memudahkan rujukan, pihak-pihak dalam Permohonan di Encl. 78 diringkaskan seperti berikut: a) Plaintif (Tuntutan Utama) dan Defendan 1 (Tuntutan Balas): Dato’ Moehamad Izat Bin Achmad Habechi Emir; b) Defendan 1 (Tuntutan Utama) dan Plaintif (Tuntutan Balas): Feruddin Emir Bin Moehamad Izat Emir; c) Defendan 2 (Tuntutan Utama): Effendi Emir Bin Moehamad Izat; d) Defendan 3 (Tuntutan Utama) dan Defendan 4 (Tuntutan Balas): Emir Equity Refrigerations Sdn. Bhd. (EER); e) Defendan 2 (Tuntutan Balas): Assila Emir Binti Moehamad Izat Emir; f) Defendan 3 (Tuntutan Balas): Loke Weng Kit. [2] Ini adalah Permohonan oleh Defendan 1 (Tuntutan Utama) dan Plaintif (Tuntutan Balas) Feruddin Emir Bin Moehamad Izat Emir menurut Aturan 24 Kaedah-Kaedah 7 dan/atau 11 (2) dan/atau 12, Kaedah-Kaedah Mahkamah (“KKM”) 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti berikut:
a
(A) Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas), dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyampaian perintah yang dibuat di sini mengikrarkan dan menyampaikan kepada Defendan 1 (Tuntutan Utama) satu Afidavit yang menyatakan berikut:
a
sama ada mana-mana dokumen dalam Lampiran A yang adalah atau pernah berada di dalam milikan, jagaan atau kuasa Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas); dan
b
sekiranya mana-mana dokumen yang dalam Lampiran A yang dilampirkan di sini tidak tetapi pernah berada di dalam milikan, jagaan atau kuasa Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas), maka mereka perlu menyatakan perkara berikut:
i
bila Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) berpisah dengan dokumen atau dokumen-dokumen tersebut dan apa yang telah terjadi kepada yang sama; dan
II
(ii) orang yang kini memiliki, menjaga atau mempunyai kuasa ke atas dokumen atau dokumen-dokumen tersebut.
b
(B) Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penyampaian Afidavit-Afidavit tersebut mengemukakan dokumen-dokumen yang berada dalam milikan, jagaan atau kuasa mereka untuk pemeriksaan Defendan 1 (Tuntutan Utama) dan membekalkan Defendan 1 (Tuntutan Utama) dengan sesalinan bagi setiap dokumen-dokumen tersebut.
c
(C) Kos bagi dan berkaitan dengan Permohonan ini ditanggung oleh Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas).
d
(D) Perintah yang lain atau relif-relif yang selanjutnya yang Mahkamah yang Mulia ini anggap sesuai dan adil. [3] Alasan-alasan untuk Permohonan ini adalah seperti berikut:
a
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan sepertimana yang disenaraikan dalam Lampiran A yang dilampirkan di sini (dokumen-dokumen) adalah di dalam milikan, jagaan atau kuasa Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas); dan
b
Dokumen-dokumen tersebut adalah relevan dengan perkara-perkara yang menjadi isu dan/atau fakta-fakta yang dipertikaikan di antara Defendan 1 (Tuntutan Utama) dan Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) yang mana:
i
Akan disandar oleh Defendan 1 (Tuntutan Utama) untuk membuktikan tuntutannya di Tuntutan Balas yang terutama sekali demi menentukan dividen yang patut dibayar kepada Defendan 1 (Tuntutan Utama) bagi saham yang dimiliki olehnya dalam EER;
II
(ii) Adalah sangat diperlukan untuk menyokong tuntutan Defendan 1 (Tuntutan Utama);
III
(iii) Akan membawa Defendan 1 (Tuntutan Utama) kepada suatu siri siasatan yang mengakibatkan pemerolehan maklumat dan/atau fakta-fakta yang akan menyokong tuntutan Plaintif (Tuntutan Balas) dan/atau menjejaskan tuntutan Plaintif (Tuntutan Utama).
IV
(iv) Dokumen-dokumen tersebut adalah sangat diperlukan untuk dikemukakan di Mahkamah bagi penelitian Mahkamah dalam memutuskan Tuntutan Balas.
v
Defendan 1 (Tuntutan Utama) mempunyai lokus untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut sebagai pemegang saham di EER.
c
Defendan 1 (Tuntutan Utama) telah melalui peguamcaranya membuat Permohonan bertulis kepada Peguamcara Plaintif (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) untuk mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Walau bagaimanapun, mereka telah enggan dan/atau gagal untuk memenuhi permintaan sedemikian.
d
Dokumen-dokumen tersebut sangat diperlukan untuk melupuskan guaman ini secara adil.
Lampiran
LAMPIRAN A No. Butir-Butir 1. Kesemua laporan audit EER dan Forever Fresh Coldstore Technology (FFCT) dari tahun 2005 sehingga tahun 2023. 2. Lejer Am Beraudit (Audited General Ledger) EER dan FFCT dari tahun 2005 hingga tahun 2023. 3. Imbangan Duga Beraudit (Audited Trial Balance) bagi EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga tahun 2023. 4. Kesemua dokumen sokongan bagi kesemua transaksi di Lejer Am Beraudit termasuk resit-resit, Perjanjian Kontrak Perniagaan (Business Contract) dan kesemua Minit Mesyuarat Agung (Annual General Meeting) dan mesyuarat luar-biasa (Extraordinary General Meeting) EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga tahun 2023. 5. Semua Penyata Akaun Bank bagi EER dan FFCT dari tahun 2005 hingga 2023. [4] Kertas kausa yang difailkan berkaitan Encl. 78 adalah seperti berikut: a) Notis Permohonan (Encl. 78); b) Afidavit Sokongan Defendan 1 (Encl. 79); c) Afidavit Jawapan Plaintif (Encl. 81); d) Afidavit Balasan Defendan 1 (Encl. 86); e) Hujahan Bertulis dan Ikatan Autoriti Defendan 1 (Encl. 87, 88 dan 94); dan f) Hujahan Bertulis dan Ikatan Autoriti Plaintif (Encl. 91, 92, 93 dan 95). Fakta Kes [5] Plaintif memohon terhadap Defendan 1 dan Defendan 2 dalam Tuntutan Utama seperti berikut: (i) satu deklarasi bahawa 10,000 unit-unit saham yang dipegang dalam EER oleh Defendan 1 adalah dipegang oleh Defendan 1 sebagai penama Plaintif dan atas amanah untuk Plaintif; (ii) satu deklarasi bahawa 10,000 unit-unit saham yang dipegang dalam EER oleh Defendan 2 adalah dipegang oleh Defendan 1 sebagai penama Plaintif dan atas amanah untuk Plaintif; (iii) satu deklarasi bahawa Plaintif adalah berhak untuk semua hak dan kelayakan sebagai ahli EER menurut Saham-Saham Amanah tersebut, yang dikirakan sejak 30.3.2006 dan 8.8.2016; (iv) kerugian untuk pelanggaran amanah untuk ditaksirkan oleh Mahkamah; pembayaran semula semua fi pengarah yang dibayar kepada Defendan 1 dan 2 sebagai akibat kegagalan mereka untuk memulangkan Saham-Saham Amanah yang dituntut; (v) suatu perintah bahawa Defendan-Defendan memulangkan semua saham-saham dalam EER kepada Plaintif; dan (vi) secara alternatif kepada prayer (v), suatu perintah bahawa Persuruhjaya Syarikat atau pihak berkuasa memberi kesan kepada perintah ini dengan memindahkan saham-saham tersebut, yang dipegang oleh Defendan 1 dan 2 dalam EER kepada Plaintif. [6] Plaintif di Tuntutan Balas memohon perintah seperti berikut: “satu deklarasi bahawa Plaintif (Tuntutan Balas) dibekalkan dengan kesemua laporan audit EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga 2021, Lejer 2005 hingga tahun 2021, Imbangan Duga Beraudit (Audited Trial Balance) bagi EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga 2021, kesemua dokumen sokongan bagi kesemua transaksi di Lejer Am Beraudit termasuk resit-resit, Perjanjian Kontrak Perniagaan (Business Contract) dan kesemua Minit Mesyuarat Agung (Annual General Meeting) dan Mesyurat Luar-Biasa (Extraordinary General Meeting) EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga 2021.” Undang-undang dan Kes berkaitan penzahiran dokumen. [7] Undang-undang berkaitan dengan penzahiran, pengemukaan dan pemeriksaan (discovery, production and inspection) adalah di bawah Aturan 24 Kaedah 7 (1), Kaedah 11 (2) dan Kaedah 12 (1) dan 13 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang berbaca seperti berikut: “7. Order for discovery of particular documents (O 24 r 7) “(1) Subject to rule 8, the Court may at any time, on the application of any party to a cause or matter, make an order requiring any other party to make an affidavit stating whether any document specified or described in the application or any class of document so specified or described is, or has any time been in his possession, custody or power, and if not then in his possession, custody or power when he parted with it and what has become of it.” 11. Order for production for inspection (O 24 r 11) “(2) Without prejudice to paragraph (1) but subject to rule 13 (1), the Court may, on the application of any party to a cause or matter, order any other party to permit the party applying to inspect any documents in in the possession, custody or power of that other party relating to any matter in question in the cause or matter.” 12. Order for production to Court (O 24 r 12) “(1) At any stage of the proceedings in any cause or matter the Court may subject to rule 13 (1), order any party to produce to the Court any documents in the possession, custody or power of that other party relating to any matter in question in the cause or matter.” 13. Production to be ordered only if necessary (O 24 r 13) “(1) An order for the production of any documents for inspection or to the Court shall not be made under any of the foregoing rules unless the Court is of the opinion that the order is necessary either for disposing fairly of the cause or matter or for saving costs.” [8] Undang-undang berkaitan dengan penzahiran dokumen ke atas pihak lain adalah di bawah Aturan 24 Kaedah 7A (2) dan (3) (b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan bahagian yang relevan berbaca seperti berikut: “7A. Discovery against other person (O 24 r 7A) “(2) An application after the commencement of proceedings for an order for the discovery of documents by a person who is not a party to the proceedings shall be made by a notice of application, which shall be served on that person personally and on every party to the proceedings. (3) An originating summons under paragraph (1) or a notice of application under paragraph (2) shall be supported by an affidavit .. … (b) in any case, specify or describe the documents in respect of which the order is sought and show, if practicable by reference to any pleading served or intended to be served in the proceedings, that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made or likely to be made in the proceedings or the identity of the likely parties to the proceedings, or both, and that the person against whom the order is sought is likely to have or have had them in his possession, custody or power.” [9] Mahkamah Tinggi dalam kes Folin & Brothers Sdn. Bhd. v. Wong Foh Ling & Ors (No. 2) [2001] 5 CLJ 476 at pp 491 & 492 menghuraikan tentang pra-syarat Afidavit untuk pengemukaan dokumen dan definisi milikan jagaan dan kuasa seperti berikut: “The affidavit of discovery must be exhaustive and comprehensive. It must itemise and describe all the documents that are or have been in the opposite party’s possession, custody and power. It is a demand which is all encompassing, throwing its net wider and it calls for candour: frankness would be the touchstone for the affidavit of discovery.” Hujahan Defendan 1 (Tuntutan Utama). Sama ada dokumen-dokumen yang dipohon berada dalam milikan, akses, jagaan, kuasa dan/atau jagaan kesemua Defendan di Tuntutan-Balas. [10] Plaintif (Tuntutan Utama) adalah pemegang saham minoriti di EER. Defendan 1 (Tuntutan Utama) merupakan Pengarah Eksekutif FFCT Sdn Bhd yang merupakan subsidiari EER sejak 10.1.2003 dan Pengarah EER sejak tahun 2006 di mana Defendan 1 (Tuntutan Utama) telah dipecat dari jawatan-jawatan tersebut akibat daripada kesubahatan kesemua Defendan di Tuntutan Balas. [11] Manakala Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2 dan 3 (Tuntutan Balas), merupakan pemegang saham/syer di EER. Defendan 2 dan 3 (Tuntutan Balas) merupakan Pengarah Eksekutif EER pada masa kini. Mereka mempunyai milikan, jagaan atau kuasa penuh terhadap kesemua dokumen-dokumen yang telah dipohon oleh Defendan 1 (Tuntutan Utama). Rujuk kes Hayel Saeed Anak & Co. v. Marwan Ahmad Hael Saeed [2022] MLJU 892. [12] Defendan 1 (Tuntutan Utama) berhujah bahawa dokumen-dokumen ini adalah satu keperluan (necessity) dan relevan dengan perkara yang menjadi isu atau fakta yang dipertikaikan bagi menentukan dividen yang patut dibayar kepada Defendan 1 (Tuntutan Utama) bagi saham yang dimiliki di Syarikat EER. Dokumen terutamanya Minit Mesyuarat Agong dan Mesyuarat Luar Biasa EER dan FFCT akan dapat memberi segala maklumat yang Plaintif (Tuntutan Balas) perlukan untuk membuktikan penglibatannya dalam perniagaan EER, perlantikannya sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat EER dan FFCT dan pembayaran gaji kepadanya. Isu kerelevanan dan keperluan dokumen yang dipohon. [13] Dokumen yang dipohon oleh Plaintif (Tuntutan Balas) adalah dokumen yang dirujuk di Pliding yang termasuk dividen yang terakru kepadanya sebagai pemegang saham EER. Pembentangan dokumen ini tidak akan membawa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Penyata Akaun Semasa akan menunjukkan transaksi pemindahan wang kepada pihak ketiga. Imbangan Duga merupakan baki debit dan kredit yang diambil dari akaun lejer. Hujahan Plaintif (Tuntutan Utama) [14] Plaintif berhujah bahawa dokumen yang dipohon adalah tidak relevan kepada tuntutan ini dan adalah satu ‘fishing expedition’ oleh Defendan 1 dan adalah tidak perlu untuk pelupusan kes ini. [15] Plaintif tidak boleh dipaksa (compelled) untuk mengemukakan untuk tujuan penerimaan dokumen tersebut sebagai keterangan. (lihat kes Jasatera Berhad v. See Chew Beaw & Ors [2011] 8 CLJ 645). [16] Plaintif berhujah seperti berikut: (a) Permohonan ini adalah tidak jelas dan sebenarnya Pemohon meminta semua dokumen syarikat dari tahun 2005 hingga 2023 yang termasuk resit, kontrak, lejer dan penyata akaun; (b) dokumen di Lampiran A adalah tidak perlu untuk pelupusan adil kes ini ataupun untuk penjimatan kos; dan (c) tiada bukti bahawa dokumen ini adalah relevan dan dalam kuasa dan jagaan Plaintif. (lihat kes Dr. Zakir Abdul Karim Naik v. Kula Segaran V. Murugeson [2021] 6 CLJ 717) Analisa dan Dapatan [17] Semasa hujahan lisan, Pemohon (Plaintiff dalam Tuntutan Balas) memaklumkan perkara (item) berikut dikeluarkan dan/atau dipinda dari senarai penzahiran dokumen di Lampiran A seperti berikut: (a) Item 1 iaitu “Kesemua laporan audit EER dan FFCT dari tahun 2005 sehingga tahun 2023” dikeluarkan; (b) Item 4 iaitu “resit-resit” dikeluarkan; dan (c) Tempoh masa untuk penzahiran dokumen dipinda dari “tahun 2005 sehingga tahun 2023” kepada “tahun 2015 sehingga tahun 2021”. [18] Mahkamah Tinggi dalam kes Billion Prima Sdn Bhd & Anor v. Nutech Co Ltd & Anor [2017] 10 MLJ 213 at pp. 223 - 226 menghuraikan (dalam Bahasa Inggeris) enam syarat sebelum Mahkamah melaksanakan budibicara untuk memerintahkan pengemukaan dokumen terhadap pihak ketiga, dalam kes ini terhadap Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas): (a) The applicant shall specify or describe the documents with respect to which the order is sought. (b) The document must be relevant to an issue that is likely to arise out of the claim made, or that is likely to be made in the proceedings. (c) The document must be likely to have or have had been in the possession, custody or power of the person against whom the order for discovery is sought. (d) The document must be shown to be necessary to either fairly dispose of the suit or save costs. (e) The documents sought are not privileged documents and the third party can be compelled to produce the documents. (f) The application and supporting affidavit must be served on the third party and the other parties to the suit. Sama ada dokumen yang dipohon daripada Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) adalah spesifik dan dihuraikan (specific and described)? [19] Dalam Permohonan penzahiran dokumen ini di Encl. 78, Defendan 1 memohon dokumen daripada Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) seperti di Lampiran A (setelah pindaan): (a) Lejer Am Beraudit (Audited General Ledger) EER dan FFCT dari tahun 2015 hingga tahun 2021 (Item 2); (b) Imbangan Duga Beraudit (Audited Trial Balance) bagi EER dan FFCT dari tahun 2015 sehingga tahun 2021 (Item 3); (c) Kesemua dokumen sokongan bagi kesemua transaksi di Lejer Am Beraudit termasuk Perjanjian Kontrak Perniagaan (Business Contract) dan kesemua Minit Mesyuarat Agung (Annual General Meeting) dan Minit Mesyuarat Luar-Biasa (Extraordinary General Meeting) EER dan FFCT dari tahun 2015 sehingga tahun 2021 (Item 4); dan (d) Semua Penyata Akaun Bank bagi EER dan FFCT dari tahun 2015 hingga 2021. Persoalan untuk pertimbangan Mahkamah [20] Persoalan yang wujud untuk pertimbangan Mahkamah adalah sama ada Permohonan penzahiran dokumen telah huraikan secukupnya (sufficiently described) iaitu Leger Am Beraudit, Imbangan Duga Beraudit, dokumen sokongan dalam setiap transaksi di Lejer Am Beraudit termasuk Perjanjian Kontrak Perniagaan dan Minit Mesyuarat Agung, Minit Mesyuarat Luar-Biasa dan semua penyata akaun bank untuk EER dan FFCT bagi tempoh masa dari tahun 2015 sehingga tahun 2021. [21] Persoalan tambahan untuk pertimbangan Mahkamah berkenaan butiran dalam Lampiran A adalah seperti berikut: (a) kesemua Permohonan penzahiran dokumen adalah daripada FFCT selain daripada EER; dan (b) tiada nama Bank dan nombor akaun bagi penyata akaun bank yang diminta daripada EER dan FFCT. Pemakaian Aturan 24 Kaedah 7 KKM 2012 [22] Dalam keadaan ini, Permohonan penzahiran dokumen dalam Encl. 78 oleh Defendan 1 gagal untuk mengenalpasti dengan spesifik penzahiran dokumen atau dalam milikan, jagaan dan kuasa seperti yang dikehendaki mengikut Aturan 24 Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apabila Defendan 1 memohon penzahiran dokumen daripada Plaintif dan Defendan 3 (Tuntutan Utama) dan Defendan 1, 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) berkaitan Leger Am Beraudit, Imbangan Duga Beraudit, dokumen sokongan (Perjanjian Kontrak Perniagaan dan Minit Mesyuarat) dan penyata akaun bank. [23] Mahkamah mendapati bahawa senarai dokumen yang dipohon oleh Plaintif (Tuntutan Balas) untuk perintah deklarasi dalam Tuntutan Balas adalah sama seperti senarai dokumen yang dipohon dalam Permohonan Penzahiran Dokumen dalam Lampiran A. Mahkamah ini beranggapan bahawa tindakan oleh Defendan 1 ini adalah ibarat satu tindakan “second bite of the cherry” yang bermaksud pihak Pemohon telahpun meminta deklarasi untuk senarai dokumen untuk dibekalkan dan selepas itu sebelum perbicaraan pula memohon penzahiran dokumen seperti dalam Lampiran A. Pemakaian Aturan 24 Kaedah 7A KKM 2012 [24] Dalam keadaan ini, Permohonan penzahiran dokumen dalam Encl. 78 Defendan 1 gagal untuk mengenalpasti dengan spesifik penzahiran dokumen atau dalam milikan, jagaan dan kuasa seperti yang dikehendaki mengikut Aturan 24 Kaedah 7A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apabila Defendan 1 memohon penzahiran dokumen daripada FFCT (Pihak Ketiga) berkaitan Leger Am Beraudit, Imbangan Duga Beraudit, dokumen sokongan (Perjanjian Kontrak Perniagaan dan Minit Mesyuarat) dan penyata akaun bank. [25] Peguam Defendan 1 dalam Hujahan Bertulis (Encl. 78) memberi butiran kepada semua penyata akaun bank bulanan bagi EER dan FFCT dari tahun 2015 hingga 2021 untuk akaun bank seperti berikut: (a) Maybank (FFCT): 5140 7501 4235; (b) Bank Islam (FFCT): 14-153-01-001614-7; dan (c) UOB (EER): 721-300-002-4. [26] Peguam Defendan 1 membuat hujahan bahawa terdapat resolusi untuk membuka akaun di bank-bank berikut tetapi tidak mempunyai pengetahuan tentang nombor-nombor akaun bagi akaun-akaun tersebut kerana tidak dibekalkan dengan butir-butir akaun-akaun tersebut oleh kesemua Defendan di dalam Tuntutan Balas seperti berikut iaitu OCBC Bank (FFCT); UOB Bank (FFCT); Bank Islam (FFCT) dan AmBank Islamic Berhad. [27] Mahkamah berpendapat bahawa Permohonan di Encl. 78 adalah satu ekspedisi memancing (fishing expedition), walaupun dalam Permohonan ini butiran berkenaan penyata akaun bank hanya diberikan selepas pemfailan Lampiran A, adalah didapati Permohonan yang dibuat dalam Lampiran A adalah satu senarai yang luas dan untuk satu tempoh masa yang lama iaitu dari tahun 2015 sehingga 2021. [28] Mahkamah Tinggi memutuskan dalam kes Datuk Amar James Wong Kim Min & Anor v. Pendaftar Pertubuhan [2004] 6 MLJ 235 di ms. 239 berkenaan dokumen yang dipohon untuk penzahiran mestilah spesifik seperti berikut: “To me, the applicants must be specific to the documents they are requesting for disclosure. Otherwise, their application will turn out to be a mere fishing expedition. This court, is not going to issue the applicants the fishing licence.” Sama ada dokumen yang di pohon adalah relevan kepada isu-isu yang wujud lanjutan kepada kausa tindakan Plaintif? [29] Dalam memberi pertimbangan isu ini, Mahkamah berpendapat dokumen yang dizahirkan dan dikemukakan dalam Encl. 78 adalah tidak relevan dan tidak perlu kepada isu yang diplidkan. Malah dalam Tuntutan Balas, Defendan 1 (Tuntutan Utama) dan/atau Plaintif (Tuntutan Balas) seperti dalam perenggan 6 (supra) juga memohon perintah untuk satu deklarasi bahawa Plaintif (Tuntutan Balas) dibekalkan kesemua laporan audit EER dan FFCT dari tahun 2015 sehingga 2021, Lejer 2015 hingga tahun 2021, Imbangan Duga Beraudit (Audited Trial Balance) bagi EER dan FFCT dari tahun 2015 sehingga 2021, kesemua dokumen sokongan bagi kesemua transaksi di Lejer Am Beraudit termasuk resit-resit, Perjanjian Kontrak Perniagaan (Business Contract) dan kesemua Minit Mesyuarat Agung (Annual General Meeting) dan Minit Mesyuarat Luar-Biasa (Extraordinary General Meeting) EER dan FFCT dari tahun 2015 sehingga 2021. Sama ada dokumen yang dipohon adalah dalam milikan, jagaan atau kuasa Defendan 3 (Tuntutan Utama) dan Defendan 1, 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas) [30] Mahkamah Tinggi dalam kes Kumpulan Powernet Bhd & Anor v. Woo Wai Mun & Ors. [2021] 1 LNS 529 at pp. 24, 44 dan 45 memutuskan seperti berikut: “[18] In Yekambaran s/o Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581, a leading authority on the subject of discovery of documents, Edgar Joseph Jr. SCJ set out the elements the applicant has to satisfy to succeed in an application for discovery and defined what is relevant: “The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a ‘document’, secondly, the document must be ‘relevant’ and thirdly, the document must be or have been in the ‘possession, custody or power’ of the party against whom the order for discovery is sought. As to ‘relevance’, our Rules of the High Court limit discovery to documents which are ‘relevant to’ or ‘relate’ to the factual issues in dispute. More particularly, the discovery obligation applies to documents ‘relating to matters in question in the action’ [Rules of the High Court, O. 24 r. 1(1)] or ‘relating to any matter in question in the cause or matter’ [O. 24 r. 3(1)]. In practice, relevance is primarily determined by reference to the pleadings but there need not be a pleading for a matter to be said to be in issue. (see Phillips v. Phillips [1879] 40 LT 815, 821). In this context, relevance is defined broadly. It does not extend to documents relevant merely to a party’s credibility unless that itself is a fact in issue. (see George Ballantine & Sons Ltd. v. Dixon & Son Ltd. [1974] 1 WLR 1125). If, however, the document’s relevance is to a fact in issue, not simply to credibility, it has long been settled that relevance of an indirect kind suffices.” The observation of Edward Bray in his highly regarded work on discovery at p. 18 as to the test of ‘materiality’ merits quotation; there he says this: “......for the purpose of testing the materiality of the discovery to a particular issue......it is the case of the party seeking the discovery that must be assumed to be true, and not that of the party from whom the discovery is sought.” [45] … Whilst it is true that “working papers” belong to Baker Tilly, and are meant for internal use, this per se does not mean, however, that disclosure of these documents cannot be ordered. In British & Commonwealth Holdings plc v Spicer and Oppenheim [1993] AC 426, the auditors of the company concerned were ordered to disclose their working papers because the same included "information of relevance". [34] Fourthly, I find that the Plaintiffs have fulfilled the test of necessity set out in Order 24 rule 8 which reads: “Discovery to be ordered only if necessary (O. 24, r. 8) 7. On the hearing of an application for an order under rule 3, 7 or 7A, the Court, if satisfied that discovery is not necessary, or not necessary at that stage of the cause or matter, may dismiss or adjourn the application and shall in any case refuse to make such an order if and so far as it is of the opinion that discovery is not necessary either for disposing fairly of the cause or matter or for saving costs.” [35] In my opinion, the Documents sought will assist the Court in determining the Plaintiffs’ claim against the Defendants as to whether there were irregularities and financial mismanagement committed and/or assisted by the 1st, 2nd, and 3rd Defendants vis-à-vis the Plaintiffs and its then subsidiaries, 5th Defendant and 6th Defendant. The Documents sought to be discovered relate to and will throw light on the Plaintiffs’ claims premised on the breach of statutory duties, breach of contractual duties, breach of trust and fraud. As stated by Justice Mary Lim JCA (later FCJ) in Infoline Sdn Bhd (sued as trustee of Tee Keong Family Trust) v. Benjamin Lim Keong Hoe [2017] 6 MLJ 363: “If the documents can shed some light as to the question which vexes the applicant, in this case the respondent, as to whether he has a viable claim for being terminated as a beneficiary, then the application is properly initiated.” [31] Mahkamah Tinggi dalam kes Licvem Shipping & Trading Aos & Anor v. JLM Logistics (M) Sdn Bhd & Ors. [2016] 1 LNS 264 memutuskan bahawa dokumen yang dipohon tidak boleh terlalu luas dan oleh yang demikian menjadikan Permohonan penzahiran dokumen itu tidak wajar seperti berikut: “[15] Although I am mindful that this court has a discretionary power to order the discovery of any document at any stage of the proceedings, the documents sought cannot be far too wide and further it has to be relevant and related to the factual issues. In the instant case, to seek for the discovery of documents in respect of all bank accounts and all statements of account of the first defendant, in my considered opinion, is far too wide and wholly inappropriate. For this reason alone, the application ought to be dismissed.” [32] Sebagai rekod dalam kes ini, Defendan 3 (Tuntutan Utama) dan/atau Defendan 4 (Tuntutan Balas) iaitu Emir Equity Refrigerations Sdn. Bhd. tidak langsung diwakili oleh mana-mana wakil Syarikat mahupun diwakili oleh mana-mana Peguam. Dalam hal ini, tiada dokumen dikemukakan yang menunjukkan bahawa FFCT dinamakan sebagai pihak ketiga dalam Notis Permohonan ini atau serahan Notis Permohonan ini disempurnakan ke atas FFCT. [33] Mahkamah mendapati tiada Afidavit jawapan yang difailkan oleh EER mahupun FFCT bagi mengesahkan kewujudan atau menafikan milikan, jagaan atau kuasa Leger Am Beraudit, Imbangan Duga Beraudit, dokumen sokongan (Perjanjian Kontrak Perniagaan dan Minit Mesyuarat) dan penyata akaun bank oleh Plaintif dan Defendan 3 (Tuntutan Utama) dan Defendan 1, 2, 3 dan 4 (Tuntutan Balas). Lanjutan itu, Mahkamah mendapati bahawa tidak berkemungkinan bahawa dokumen yang dipohon adalah dalam milikan, jagaan dan kuasa Plaintif (Tuntutan Utama), Defendan 2, 3 dan 4 (Tuntutuan Balas). [34] Mahkamah Tinggi dalam kes Kerajaan Negeri Pahang v. Mohd. Shukri Mohd. Ramli [2022] 1 LNS 2345 di ms 22 menghuraikan tentang pra syarat Afidavit berkenaan dengan Permohonan penzahiran seperti berikut: “[24] …Oleh itu adalah satu amalan yang baik untuk afidavit sokongan bagi menyokong permohonan penzahiran dokumen-dokumen ini dinyatakan maklumat yang boleh membantu mahkamah untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen tersebut wajar dizahirkan atau sebaliknya. [25] Sementara itu pihak yang membantah permohonan penzahiran dokumen juga hendaklah secara jelas dalam afidavit jawapan menyatakan apakah fakta asas utama bantahan penzahiran dokumen tersebut. Mahkamah berpendapat adalah tidak memadai hanya memberikan fakta umum berkenaan dengan dokumen tersebut misalnya hanya menyatakan bahawa dokumen-dokumen tersebut tidak berada di dalam milikannya atau menyatakan bahawa dokumen-dokumen itu tidak relevan dengan kes yang dikemukakan.” Sama ada dokumen yang dipohon perlu untuk pelupusan kes dengan adil dan penjimatan kos? [35] Mahkamah membuat dapatan bahawa satu perintah yang luas untuk penzahiran dokumen tanpa menentukan butiran terperinci dokumen bagi tempoh masa yang munasabah adalah memudaratkan tambahan dokumen seperti dalam Lampiran A adalah tidak relevan dalam keadaan Permohonan ini dan akan menjadikan tindakan ini terbuka berakhir (open ended) untuk satu perintah penzahiran dokumen dan lantasan itu akan mengarah ke arah kelewatan selanjutnya dan kos ke atas pelupusan tindakan ini. (Lihat kes Wong Hou Lianq & Anor v. Wong Kie Yik & Ors [2015] 1 LNS 1075). Apabila dokumen yang dipohon adalah luas dan ketiadaan butiran, adalah sukar untuk membuktikan bahawa penzahiran dokumen berkenaan adalah perlu untuk pelupusan adil prosiding ini dan untuk menjimatkan kos. [36] Saya telah membaca Afidavit, Hujahan Bertulis dan Otoriti yang difailkan dan telah memberi pertimbangan wajar kepada hujahan lisan oleh kedua-dua pihak sebelum satu keputusan diberikan. Keputusan [37] Permohonan di Encl. 78 adalah ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00 yang akan dibayar serta merta oleh Defendan 1 (Tuntutan Utama) kepada Plaintif (Tuntutan Utama). Bertarikh: 22 Mei 2025 t.t. ………………………………………….. (EDDIE YEO SOON CHYE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur PEGUAM Peguamcara Plaintif (Tuntutan Utama) Intan Azlina Mazlan Tetuan Armiy Rais Kuala Lumpur. Peguamcara Defendan 1 (Tuntutan Utama) Malathi Krishnan dan Bavani Subramaniam Tetuan Mal Krishnan & Co. Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.