(f)claim is statute-barred: Sim Kiang Chiok v Southeast Asia Special Asset Management Bhd [2016] 1 MLJ 5” [ 32 ] Mahkamah ini juga telah memutuskan bahawa sebarang tuntutan pampasan sepatutnya, jika ada, ditujukan terhadap Hashim bin Yaacob— salah seorang pemilik berdaftar Tanah Subjek—yang telah menerima bayaran pampasan daripada Defendan bagi pihak Plaintif. Kegagalan Plaintif untuk menuntut terhadap pihak yang sewajarnya mengukuhkan lagi sifat tindakan ini yang tersilap dan tidak wajar terhadap Defendan: “(c) PLAINTIF MENGAKUI TIDAK MEMBAWA SEBARANG TUNTUTAN TERHADAP HASHIM BIN YAACOB [35] Perintah PTJTM bertarikh 5.6.1989 dengan jelas menyatakan bahawa jumlah pampasan hanya perlu dibayar kepada Hashim bin Yaacob dan Defendan telah dengan jelas membuktikan pematuhan terhadap Perintah tersebut dengan mengeluarkan cek berjumlah RM38,165.50 kepadanya, walau bagaimanapun, Plaintif (SP1) mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ beliau tidak membuat sebarang tuntutan terhadap Hashim bin Yaacob … [37] Mahkamah berpendapat Defendan telah jelas melepaskan beban keterangannya dengan menunjukkan pematuhan terhadap Perintah Pejabat Tanah bertarikh 5.6.1989, setelah membayar jumlah penuh RM38,165.50 kepada Hashim bin Yaacob, salah seorang daripada tiga pemilik bersama Tanah subjek tersebut. Sebarang tuntutan pampasan selanjutnya seharusnya difailkan oleh Plaintif terhadap Hashim bin Yaacob atau memandangkan beliau telah meninggal dunia, terhadap harta pusakanya. Ia adalah tidak munasabah dan tanpa merit bagi Plaintif memulakan tindakan ini terhadap Defendan selepas 35 tahun jumlah pampasan telah dibayar kepada Hashim bin Yaacob mematuhi perintah yang sah itu.” [ 33 ] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa tindakan Plaintif memulakan prosiding terhadap pihak yang salah, iaitu Defendan dalam kes ini, merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah yang bersifat menyusahkan, remeh dan amat tidak wajar. Tuntutan tersebut tidak dapat dipertahankan dari segi undang-undang, tidak berasas dari segi fakta, dan telah diteruskan dengan cara yang bertujuan untuk mengganggu Defendan serta menyalahgunakan sumber kehakiman. S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ E. DEFENDAN BERHAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI TERUK [ 34 ] Seterusnya Mahkamah ini berpendapat bahawa Defendan juga berhak untuk diberikan suatu perintah ganti rugi teruk. Definisi ganti rugi teruk boleh dilihat dalam kes Sambaga Valli (supra): “[32] Now, aggravated damages are classified as a species of compensatory damages, which are awarded as additional compensation where there has been intangible injury to the interest of personality of the plaintiff, and where this injury has been caused or exacerbated by the exceptional conduct of the defendant.” [ 35 ] Terdapat dua keadaan yang mewajarkan pemberian ganti rugi teruk sebagaimana ujian dua peringkat yang dirumuskan dalam kes Mahkamah Tinggi Big Junkyard Sdn Bhd & Anor v Chan Kah Wai (berniaga di bawah nama Ytwo Coffee House) [2022] MLJU 2923, iaitu: (i) wujudnya perlakuan berniat jahat oleh pihak yang melakukan kesalahan dalam melaksanakan kesalahan tersebut; dan (ii) wujudnya kecederaan yang dialami oleh pihak yang teraniaya: “[41] Thus, aggravated damages are given as additional compensation where there is injury to the feelings of the plaintiff that is caused by or exacerbated as a result of exceptional conduct of the defendant. The conduct must be high-handed or malicious act or an act done in an oppressive manner. Mere wrongful conduct is not sufficient. There must be something exceptional in the act that was done… (emphasis added) [42] The principles stated above show that there are two elements relevant to the availability of an award for aggravated damages: S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ firstly, exceptional or contumelious conduct or motive on the part of the defendant in committing the wrong; secondly, intangible loss suffered as a result by the plaintiff, that is injury to feelings or personality” [ 36 ] Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Plaintif didorong oleh niat jahat dan bertujuan untuk mencederakan, mengganggu serta menindas Defendan. Tindakan tersebut difailkan sebagai satu pemikiran semula, dan didorong oleh motif tersembunyi untuk menjejaskan Perintah PTJTM bertarikh 5.6.1989 yang mengikat pihak-pihak. [ 37 ] Walaupun Plaintif mempunyai pengetahuan sebenar dan konstruktif mengenai kehadiran sah Defendan di atas Tanah Subjek, termasuk pengetahuan tentang kaveat persendirian berdaftar oleh Defendan serta pemilikan yang telah lama wujud, menunjukkan satu sikap cuai yang melampau terhadap kebenaran dan proses Mahkamah. Laporan penilaian Plaintif sendiri mengakui kewujudan kaveat Defendan, namun beliau tetap meneruskan tuntutan sewaan tanpa sebarang asas undang-undang atau fakta. [ 38 ] Sekiranya ada tuntutan pampasan yang sah, sepatutnya ditujukan terhadap Hashim bin Yaacob, salah seorang pemilik berdaftar yang telah menerima pampasan. Tindakan Plaintif yang secara sengaja menyasarkan Defendan, iaitu pihak yang tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadapnya, merupakan contoh jelas taktik litigasi yang menyusahkan dan bersifat penyalahgunaan proses. [ 39 ] Mahkamah juga telah mendapati bahawa tindakan Plaintif meneruskan tuntutan ini dengan pengetahuan penuh bahawa ia tidak mempunyai merit, disokong oleh laporan penilaian yang tidak boleh dipercayai serta mengabaikan kaveat dan kepentingan ekuiti Defendan, S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ lebih menegaskan sifat jahat dan sewenang-wenangnya tindakannya. Tuntutan tersebut dikemukakan dengan niat tidak baik, bertujuan untuk menindas serta menjejaskan Defendan dari segi ekonomi. [ 40 ] Kecederaan yang dialami oleh Defendan terhadap maruah, reputasi dan ketenangan fikiran adalah akibat langsung dan boleh dijangka daripada kelakuan keterlaluan Plaintif mewajarkan satu pemebrian ganti rugi teruk diberikan.. F. DEFENDAN BERHAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI TELADAN [ 45 ] Mahkamah merujuk kepada keputusan terkini Mahkamah Rayuan Malaysia dalam kes Lembaga Tabung Haji & Anor lwn Encap Sdn Bhd [2024] 2 MLJ 98, di mana Mahkamah telah memberikan penjelasan dan huraian lanjut mengenai ujian klasik bagi pemberian ganti rugi teladan: “[66] In Rookes v Barnard [1964] AC 1129, the English court (the House of Lords) had propounded that an award of exemplary damages would be justified in three categories of cases, namely: (a) oppressive, arbitrary or unconstitutional conduct by government servants; (b) conduct calculated to result in profit to the defendant; and (c) where granting of such exemplary damages was expressly authorised by statute. [67] We must take cognisance that the legal principle expounded in Rookes v Barnard is the leading authority regarding the award of exemplary damages and the same principle had been adopted in many local precedents in the Malaysian courts. (See: Sin Heap Lee-Marubeni Sdn Bhd v Yip Shou Shan [2005] 1 MLJ 515; Templeton & Ors v Low Yat Holdings Sdn Bhd & Anor S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ [1993] 1 MLJ 443; Laksamana Realty Sdn Bhd v Goh Eng Huat and another Appeal [2006] 1 MLJ 675; Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and another appeal [2018] 1 MLJ 784; Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) & Anor v Awang Soh bin Mamat & Ors [2009] 4 MLJ 610; Cheng Hang Guan & Ors v Perumahan Farlim (Penang) Sdn Bhd & Ors [1993] 3 MLJ 352.) [68] Very recently, in the case of Big Junkyard Sdn Bhd & Anor v Chan Kah Wai (berniaga dibawah nama Ytwo Coffee House) [2022] MLJU 2923; [2023] 1 CLJ 564, the Court of Appeal had revisited the principle set out in Rookes v Barnard. The Court of Appeal held that there are two parts in granting exemplary damages. The first part is to clear the threshold. It is incumbent for the plaintiff to show that he falls within one of the three categories of cases set out in Rookes v Barnard. The failure to cross this threshold is fatal for a claim for exemplary damages. Once the plaintiff has fulfilled this threshold, then the second part is, then it incumbent on the plaintiff to prove the ‘outrageous’ conduct of the defendant. [ 46 ] Mahkamah Rayuan Malaysia di dalam kes tersebut telah menegaskan bahawa tuntutan bagi ganti rugi teladan tertakluk kepada ujian dua peringkat: a) Pertama, pihak tersebut mesti memenuhi syarat ambang dengan menunjukkan bahawa kelakuan itu tergolong dalam salah satu daripada tiga kategori yang diiktiraf seperti yang ditetapkan dalam kes Rookes v Barnard. S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ b) Kedua, setelah memenuhi syarat ambang tersebut, pihak tersebut perlu membuktikan bahawa kelakuan tersebut adalah keterlaluan sehingga wajar untuk diberi ganti rugi teladan. i. Peringkat Pertama – Syarat Ambang [ 47 ] Kelakuan Plaintif dengan jelas tergolong dalam kategori kedua di bawah Rookes v Barnard. Tindakan Plaintif merupakan satu cubaan yang disengajakan dan bersifat sinis untuk secara tidak langsung mencabar Perintah PTJTM bertarikh 5.6.1989 yang mengikat dengan memohon perintah yang bercanggah daripada Mahkamah Yang Mulia ini. Tindakan tersebut dilaksanakan dengan niat untuk memperkayakan diri sendiri secara tidak wajar melalui tuntutan sewaan yang tidak berasas, walaupun beliau sedar bahawa Defendan mempunyai hak ekuiti yang lama dan kaveat persendirian berdaftar yang membenarkannya menduduki Tanah Subjek secara sah. [ 48 ] Kelakuan Plaintif yang dilaksanakan dengan niat jahat (“bad faith”) dan bagi tujuan sampingan bukanlah bertujuan untuk menegakkan hak undang-undang yang sah, tetapi untuk merosakkan ketetapan muktamad keputusan kehakiman terdahulu serta menggagalkan pemilikan sah Defendan. [ 49 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Yong Toi Mee & Anor lwn Malpac Holdings Bhd & Ors [2017] MLJU 1674 , di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tindakan memulakan prosiding secara berterusan dan tanpa justifikasi: “[135] Further, given the continual, incessant and wholly unwarranted filing of proceedings which tantamount to a blatant refusal to accept the finality of judgments of the Courts, and unduly delaying what is rightly the entitlement of the S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ Plaintiffs to enjoy, I am of the view that the grant of exemplary damages is justified, applying the principles enunciated in the leading House of Lords decision in Rookes v Barnard and others [1964] 1 All ER 367, particularly in respect of the second category of situations justifying the grant of exemplary damages (the conduct of Defendants was calculated to make a profit for themselves which may well exceed the compensation payable to the Plaintiffs) and the Court of Appeal decision in Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) & Anor v Awang Soh bin Mamat & Ors [2009] 4 MLJ 610.” [ 50 ] Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tingkah laku Plaintif dengan jelas memenuhi syarat ambang di bawah peringkat pertama ujian tersebut. Tindakan tersebut dilaksanakan secara sengaja dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan kewangan melalui penyalahgunaan proses, yang jauh melebihi sebarang hak pampasan yang sah. ii. Peringkat Kedua – Tingkah Laku Plaintif Adalah Cukup Keterlaluan (“Sufficiently Outrageous”) [ 51 ] Tingkah laku Plaintif bukan sahaja merupakan satu penyalahgunaan proses undangundang yang nyata dan disengajakan, malah merupakan sebahagian daripada corak kelakuan yang lebih luas yang bertujuan untuk menjejaskan keupayaan Defendan dalam melaksanakan kewajipannya di bawah undangundang secara berkesan dan sah. [ 52 ] Mahkamah-mahkamah di Malaysia telah mengiktiraf bahawa tingkah laku sedemikian wajar dikenakan ganti rugi teladan. Di dalam kes Worldwide Rota Dies Sdn Bhd lwn Ronald Ong Chew Joon [2010] 8 S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ MLJ 297, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ganti rugi teladan boleh diberikan apabila sesuatu tingkah laku adalah cukup keterlaluan, khususnya apabila ia melibatkan niat jahat, penipuan, kekejaman, atau sikap tidak endah secara bersifat sinis terhadap hak pihak yang teraniaya: “And whenever the defendant’s conduct is sufficiently outrageous to merit punishment in situations where the defendant’s conduct discloses malice, fraud, cruelty, insolence or the like, then exemplary damages would be granted. Lord Devlin in Rookes v Barnard & Ors [1964] AC 1129 at p 1226, aptly said that: …an award of exemplary damages can serve a useful purpose in vindicating the strength of the law and thus affording a practical justification for admitting into the civil law a principle which ought logically to belong to the criminal. Continuing at p 1227, Lord Devlin in Rookes v Barnard & Ors said that: Where a defendant with a cynical disregard for a plaintiff’s rights has calculated that the money to be made out of his wrongdoing will probably exceed the damages at risk, it is necessary for the law to show that it cannot be broken with impunity. This category is not confined to moneymaking in the strict sense. It extends to cases in which the defendant is seeking to gain at the expense of the plaintiff some object — perhaps some property which he covets — which either he could not obtain at all or not S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ obtain except at a price greater than he wants to put down.” [ 53 ] Mahkamah mendapati Plaintif telah melakukan perbuatan yang menjejaskan integriti proses kehakiman dan menunjukkan sikap tidak endah serta bersifat sinis terhadap hak dan kepentingan Defendan. apabila: a) Tindakan Plaintif merupakan satu penyalahgunaan proses undangundang yang nyata dan disengajakan, yang dimulakan bukan untuk menuntut sebarang hak yang sah atau bona fide, tetapi sebagai cubaan yang dirancang untuk memperoleh kelebihan peribadi yang tidak wajar dengan mengorbankan kepentingan Defendan; b) Pemulaan dan penerusan prosiding yang langsung tidak mempunyai merit ini adalah bertujuan untuk menjejaskan reputasi, operasi dan kepentingan komersial Defendan, sebuah entiti utiliti negara yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi dan tanggungjawab perkhidmatan awam yang penting; dan c) Sifat dan tahap kemudaratan yang ditimbulkan, yang bukan sekadar melibatkan kerugian kewangan, tetapi juga gangguan operasi yang serius, tekanan institusi yang tidak sepatutnya, dan penghakisan kepercayaan awam, menjadikan kes ini sebagai suatu yang mempunyai tahap keterukan yang luar biasa. [ 54 ] Mahkamah berpendapat, memandangkan kedua-dua peringkat ujian telah dipenuhi, pemberian ganti rugi teladan adalah wajar dan perlu sebagai suatu langkah pencegahan yang jelas dan berkesan, bukan sahaja terhadap Plaintif, malah kepada pihak lain yang mungkin S/N NtptXof/qkiaH8wePG8iBQ cenderung untuk menyalahgunakan proses kehakiman bagi tujuan sampingan dan yang tidak wajar. G. KESIMPULAN [ 55 ] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas Defendan iaitu: a) Perintah agar Plaintif menyerahkan keseluruhan Tanah Subjek kepada Pihak Berkuasa Negeri, selaras dengan arahan PTJTM bertarikh 05.06.1989; b) Ganti rugi am sebanayak RM10,000.00; c) Ganti rugi teruk sebanyak RM20,000.00; d) Ganti rugi teladan sebanyak RM20,000.00; dan / atau e) Faedah, kos serta apa-apa relif lanjut atau lain yang dianggap adil dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Disediakan oleh : ……………………t..t…………………….......... [HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH]