Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCvC-162-04/2022 ANTARA DATO’ SUHAIMY BIN OTHMAN (No. K/P: 571011-08-5679) − PLAINTIF
BA-22NCvC-162-04/2022
High Court of Malaysia7 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“of course borne by the plaintiff to establish on the balance of probability the existence of a legally enforceable settlement agreement (See Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd v. EI Du Pont De Nemours And Co [2011] MLJU 1135; [2011] 1 AMCR 857). In other words, it was upon the plaintiff itself, and certainly not the defendant,”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO.: BA-22NCvC-162-04/2022 ANTARA DATO’ SUHAIMY BIN OTHMAN (No. K/P: 571011-08-5679) − PLAINTIF
1
CREST ADVISORY BERHAD (No. Syarikat: 201901013684/1323012-X)
2
AJIAH ARIJAN (No. K/P: 891229-12-5808) (disaman sebagai Pengarah dan/atau Pegawai kepada Defendan Pertama)
3
MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMIL (No. K/P: 850303-14-5081) (disaman sebagai Pengarah dan/atau Pegawai kepada Defendan Pertama)
4
ZURANITA BINTI MUHD ZAIN (No. K/P: 810911-11-5250) (disaman sebagai Pengarah dan/atau Pegawai kepada Defendan Pertama) – DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan 24/09/2023 23:29:41 BA-22NCvC-162-04/2022 Kand. 48 S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [1] Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap 4 orang Defendan atas kausa tindakan perlanggaran perjanjian. [2] Defendan Pertama (Crest Advisory Berhad) ialah sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 yang menjalankan perniagaan dalam memberi nasihat dan merancang skema pelaburan berkenaan dengan trust fund. [3] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dinamakan dalam tindakan ini atas kapasiti mereka sebagai ahli Lembaga pengarah Defendan Pertama. Manakala, Defendan Keempat dinamakan dalam tindakan ini atas kapasitinya sebagai ejen dan/atau pegawai kepada Defendan Pertama dan bertugas sebagai pengurus servis (“Servicing Manager”). [4] Defendan Keempat telah memperkenalkan kepada Plainrtif suatu produk pelaburan saham yang dikenali sebagai Islamic Redeemable Preference Shares. [5] Representasi yang diberikan oleh Defendan Keempat ialah sekiranya Plaintif melanggan produk Islamic Redeemable Preference Shares sebanyak 1000 unit di mana harga seunit ialah RM1000.00, Plaintif akan mendapat pulangan keuntungan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun yang dikira dari tarikh 18-8-2020. [6] Plaintif bersetuju untuk melabur bagi produk Islamic Redeemable Preference Shares sebanyak 1000 unit dengan harga sebanyak RM1,000,000.00. Pada 18-8-2020, Plaintif telah menandatangani “Subscription Form” sebagaimana terkandung dalam perjanjian produk S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Islamic Redeemable Preference Shares Term Sheet (selepas ini disebut sebagai “IRPS Term Sheet”). [7] Plaintif memplidkan bahawa terma nyata dalam perjanjian IRPS Term Sheet ialah mengenai expected profit rate daripada pelaburan yang dibuat di mana kadar keuntungan adalah –
a
Tahun pertama ⬄ 15% Tahun kedua ⬄ 16% Tahun ketiga ⬄ 17%
b
keuntungan akan dibayar secara tunai berdasarkan jumlah pegangan Islamic Redeemable Preference Shares pelanggan/subscriber pada tarikh Islamic Redeemable Preference Shares pembayaran yang dinyatakan.
c
kekerapan pembayaran keuntungan ialah dibayar pada setiap bulan berkuat kuasa dari tarikh pembayaran dan jika ada tunggakan, pengeluar (issuer) hendaklah memastikan pembayaran tersebut dibuat dalam masa 15 hari calendar dari tarikh pembayaran.
d
pelanggan juga bersetuju bahawa pengeluar (issuer) hendaklah bagi pihak pelanggan membayar zakat berjumlah 2.577% atas amaun keuntungan yang pelanggan terima, jika ada, daripada pengeluar. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [8] Plaintif memplidkan pembayaran sebanyak RM1,000,000.00 telah dibuat dan Defendan Pertama telah mengeluarkan 3 keping sijil Islamic Redeemable Preference Shares kepada Plaintif. [9] Oleh yang demikian, Plaintif memplidkan bahawa Plaintif berhak menuntut keuntungan daripada pelaburannya sebagaimana termaktub dalam terma nyata dalam perjanjian IRPS Term Sheet ialah mengenai expected profit rate daripada pelaburan yang dibuat tersebut. [10] Kegagalan/keengganan Defendan-defendan untuk membuat bayaran kepada Plaintif berkenaan dengan wang pulangan pelaburan bulanan tersebut maka Plaintif memfailkan writ saman ini dan menuntut relief yang berikut terhadap Defendan-Defendan:
a
deklarasi bahawa perjanjian IRPS Term Sheet adalah terbatal dan tidak sah.
b
Defendan-Defendan bertanggungjawab secara berasingan dan bersesama untuk membayar jumlah wang yang tertunggak sebanyak RM1,000,000.00 setakat 3-3-2021.
c
faedah pada kadar 1.5% sebulan ke atas jumlah RM1,000,000.00 dari 4-3-2021 sehingga tarikh penyelesaian penuh.
d
kos tindakan.
e
relief lain yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah ini. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Pembelaan [11] Defendan-Defendan memplidkan yang berikut:
a
Plaintif merupakan salah seorang pemegang saham dan/atau anggota kepada Defendan Pertama.
b
Defendan Pertama menjalankan perniagaan berkenaan dengan servis perundingan pengurusan perniagaan dan aktiviti yang berkaitan dengan kewangan.
c
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan entity yang berbeza dan berasingan di sisi undang-undang daripada Defendan Pertama.
d
Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat bukan pihak yang patut dinamakan dalam writ saman ini kerana pelaburan Plaintif ialah dengan Defendan Pertama.
e
Plaintif sememangnya menandatangani permohonan membeli saham dan untuk melanggan saham Defendan Pertama dan Plaintif telah membayar melalui cek kepada Defendan Pertama.
f
Plaintif tidak dipaksa untuk membeli saham dan untuk melanggan saham Defendan Pertama dan Plaintif secara sukarela dan dengan pengetahuan serta sedar tentang risiko pelaburan. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
g
Plaintif hanya berhak mendapat dan/atau menuntut pulangan bulanan pelaburan jika terdapat sebarang keuntungan.
h
selaras dengan peruntukan dalam perjanjian, penebusan awal sebelum tarikh matang hanya boleh dilakukan oleh Defendan Pertama sahaja. [12] Defendan-Defendan memohon agar segala tuntutan Plaintif ditolak dengan kos.
para
[13] Pada 7-7-2023, Mahkamah ini memutuskan – KEPUTUSAN LAMPIRAN 1 (SELEPAS BICARA PENUH) [1] Perbicaraan penuh telah dijalan di hadapan Mahkamah ini pada 29 dan 30 Mei 2023. Plaintif sendiri menjadi saksi tunggal bagi kesnya dan menutup kesnya. [2] Selepas Plaintif menutup kesnya, pada 30-5-2023 peguam Defendan-Defendan berhujah “no case to answer” terhadap kes Plaintif dan menghujahkan bahawa penyata-penyata saksi Defendan-Defendan yang difailkan tidak akan digunakan. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Analisa Keterangan Lisan dan Dokumentar selepas Bicara Penuh & dapatan Mahkamah [3] Dalam perbicaraan, Mahkamah ini telah mendengar keterangan saksi Plaintif. [4] Berkenaan dengan pilihan Defendan “no case to answer”, nas undang-undang yang dipetik oleh pihak-pihak adalah dirujuk. [5] Atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya untuk membuktikan perkara utama mengenai tuntutannya terhadap Defendan-Defendan dan Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif seperti yang berikut: a) pelaburan saham yang dikenali sebagai Islamic Redeemable Reference Shares yang dilanggan oleh Plaintif dengan Defendan Pertama adalah terbatal dan tamat serta-merta. b) Defendan-Defendan secara bersesama hendaklah memulangkan semula amaun sebanyak RM1,000,000.00 kepada Plaintif. c) faedah pada kadar 5% setahun ke atas amaun sebanyak RM1,000,000.00 dari tarikh pemfailan writ saman dan pernyataan tuntutan sehingga penyelesaian sepenuhnya. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ d) kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan secara bersesama kepada Plaintif. [14] Defendan-Defendan merayu ke Mahkamah Rayuan. Perbicaraan [15] Pada 29-5-2023, pihak-pihak hadir di mahkamah terbuka bagi perbicaraan. Mahkamah diberitahu bahawa Plaintif hanya ada 1 saksi. Manakala Defendan-Defendan ada 3 saksi yang akan memberi keterangan secara dalam talian via platform Zoom. [16] Plaintif sendiri menjadi saksi dan penyata saksi disedia. Plaintif telah memberi keterangan dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. [17] Pada 30-5-2023, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan berhujah “upon considering the Plaintiff’s case we submit ‘No Case to Answer’. We want to file our written submission. All our 3 witnesses’ statements cannot be used”. Peguam cara terpelajar Plaintif juga menghujahkan bahawa pihak Plaintif akan memfailkan hujahan bertulis atas point ‘No Case to Answer’. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Prinsip undang-undang [18] Apabila Plaintif menutup kesnya selepas memanggil saksi tunggalnya, Defendan-Defendan menghujahkan di hadapan Mahkamah ini, ‘no case to answer’. Undang-undang mengenai ‘No Case To Answer’: [19] Terdapat 3 kes Mahkamah Persekutuan yang memimpin mengenai prinsip-prinsip yang terpakai kepada suatu hujahan oleh seseorang defendan mengenai ‘no case to answer’ selepas seseorang plaintif menutup kesnya. [20] Kes-kes tersebut disusun mengikut kronologi iaitu –
i
Jaafar Shaari & Anor v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509 SC.
II
(ii) Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037; [2015] 3 MLJ 609 FC.
III
(iii) Yui Chin Song & Ors v. Lee Ming Chai & Ors [2019] 7 CLJ 740; [2019] 6 MLJ 417 FC. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [21] Dalam Jaafar Shaari & Anor v. Tan Lip Eng & Anor (supra) Gopal Sri Ram JCA memutuskan pada muka surat 528 d: “… counsel would have been entitled to inform the court that he was not calling any evidence. Once he had done this, it was incumbent for the learned Sessions judge to have put counsel to his election, namely, that if he did not call evidence, he would stand or fall on his submissions. The rule of procedure, which requires these steps to be followed, is not a mere formality but one of essential justice. For, once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true. In this context it is sufficient to refer to the following passage in the judgment of Elphinstone CJ Wasakah Singh v. Bachan Singh [1931] 1 MC 125, 128: If the party on whom the burden of proof lies gives or calls evidence which, if it is believed, is sufficient to prove his case, then the judge is bound to call upon the other party, and has no power to hold that the first party has failed to prove his case merely because the judge does not believe his evidence. At this stage the truth or falsity of the evidence is immaterial. For the purpose of testing whether there is a case to answer, all the evidence given must be presumed to be true.”. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Dalam kes yang sama, Peh Swee Chin FCJ juga memutuskan pada muka surat 519 e: “The defendants had however chosen to close the case at the end of the plaintiff’s case, they were entitled to do so though they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having any adverse inference drawn against them for failing to call any such evidence should the circumstances appropriately call for such an adverse inference or for the presumption of avoiding unfavourable evidence by the defence to be invoked against the defendants.”. [22] Dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim (supra) Ramly Ali FCJ memutuskan − “Whether the Plaintiff Has Met the Burden of Proof Where The Defendant Elected Not To Call Any Witnesses [56] Learned counsel for the plaintiff argued that the Court of Appeal ought not to disturb findings of fact by the High Court. … It was further submitted that the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true when the defendant elected not to call any witnesses. On these submissions we have two observations to make. The first is that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is the plainly wrong test (See Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 and UEM Group Bhd v. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785). And the second is that the burden of proof at all times is of course borne by the plaintiff to establish on the balance of probability the existence of a legally enforceable settlement agreement (See Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd v. EI Du Pont De Nemours And Co [2011] MLJU 1135; [2011] 1 AMCR 857). In other words, it was upon the plaintiff itself, and certainly not the defendant, to discharge the burden of showing the settlement agreement had come into existence. It is for the plaintiff to prove its case and satisfy the court that its claim is well-founded before the court grants judgment on the claim (See The Fordeco Nos 12 And 17; The Owners Of And All Other Persons Interested In The Ships Fordeco No 12 And Fordeco No 17 v. Shanghai Hai Xing Shipping Co Ltd, The Owners Of The Ship Mv Xin Hua 10 [2000] 1 MLJ 449; Maju Holdings Sdn Bhd v. Fortune Wealth (H-K) Ltd And Other Appeals [2004] 4 MLJ 105 and Teh Swee Lip v. Jademall Holdings Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 32). It is true that in the present case the defendant elected not to call any witnesses. However, it is imperative to bear in mind that from the outset the legal burden of the existence of the settlement agreement was with the plaintiff as the claimant in the present action. By reasons of the legal principles, the fact that the defendant led no evidence or call no witnesses did not absolve the plaintiff from discharging its burden in law. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ In this regard, in adopting the approach of the case of Storey v. Storey [1961] P 63, Suriyadi JCA (as His Lordship then was) in Mohd Nor Afandi bin Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 3 MLJ 81; [2008] 2 CLJ 369 recognised this to be the case as can be seen from the following passage of His Lordship’s judgment: There are, however, two sets of circumstances under which a defendant may submit that he has no case to answer. In the one case there may be a submission that, accepting the plaintiff's evidence at its face value, no case has been established in law, and in the other that the evidence led for the plaintiff is so unsatisfactory or unreliable that the court should find that the burden of proof has not been discharged. [57] We therefore agree with the submission of learned counsel for the defendant to the effect that despite the fact the defendant did not call any witness and that even if the plaintiff’s evidence is unopposed (and therefore presumed to be true), this does not automatically equate to that evidence satisfying the burden of proving the existence of the settlement agreement borne by the plaintiff, or mean that the burden of proving on the balance of probabilities no longer applies, or that a case to answer is automatically made out. The evidence adduced by the plaintiff must still be sufficient to prove the existence of the settlement agreement. This crucial point was overlooked by the learned High Court judge. On the factual matrix of the case, it is patently clear that the plaintiff has not discharged the burden. On this S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ basis, the Court of Appeal was in every respect justified in holding that the learned High Court judge was plainly wrong in making a ruling of law that the settlement agreement had come into existence based on the conduct of both parties. Indeed, the election by the defendant to call no evidence at trial does not preclude the reversal of a plainly wrong findings of the learned High Court judge by the Court of Appeal.”. [23] Dalam kes Yui Chin Song & Ors v. Lee Ming Chai & Ors (supra) Ramly Ali FCJ mengulangi prinsip-prinsip yang dinyatakannya dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine and summarised the law on ‘no case to answer’ seperti yang berikut: “Question 3 ‘No case to answer’ [46] The basic principles on the issue as adopted in those authorities cited above may be summarised as follows:
a
where the defence submits no case to answer, the trial judge must put to the defence the election available as to whether he wishes to call evidence for the defence or not; the judge should generally refuse to make such a ruling on such submission of no case to answer unless the defence makes it clear that he does not intend to call evidence; S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
b
if the judge does not put the defendant to election whether to call evidence or not, then in such a situation the defence retains his right to call evidence if his submission fails; and
c
if the defendant or his counsel has so elected, he is bound by it and loses his right to call evidence in the defence case and accordingly must stand or fall on their submission. [47] The following statement by Lord Greene MR, sitting at the Court of Appeal, in the case of Yuill v. Yuill provides a clear picture on the issue: It does not mean that counsel by submitting no case ipso facto loses his right to call evidence if his submission fails. He only loses that right if he definitely elects to call no evidence. He may make this election expressly or (as in Laurie v. Raglan Building Co Ltd) impliedly. The practice which has been laid down amount to no more than a direction to the judge to put counsel who desires to make a submission of no case to his election and to refuse to rule unless counsel elects to call no evidence. Where counsel has so elected he is, of course, bound: but if for any reason, be it through oversight or (as here) through a misapprehension as to the nature of counsel’s argument, the judge does not put counsel to his election and no election in fact takes place, counsel is entitled to call his evidence just as much as if he had never made the submission. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [48] This court in Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 3 MLJ 609 has laid down the principle on this issue in the following words: The respondent’s election to call no evidence at the trial did not preclude the reversal of plainly wrong findings of the High Court by the Court of Appeal. Though no witnesses were called by the respondent and even if the appellant’s evidence was unopposed and therefore presumed to be true, that did not automatically mean the evidence had satisfied the burden of proving the existence of the settlement agreement borne by the appellant, or mean the burden of proving on balance of probabilities no longer applied or that a case to answer was automatically made out. The evidence adduced by the appellant had to be sufficient to prove the existence of the settlement agreement. The appellant failed to discharge that burden. [49] The above ruling was consistent with the well-established principle that the burden of proof at all times is borne by the plaintiff on the balance of probabilities to establish his case against the defendant or the existence of a legally enforceable claim against the defendant. It is upon the plaintiff, and certainly not the defendant, to discharge that burden. It is for the plaintiff to prove his case and satisfy the court that his claim is well-founded before the court can grant judgment on his claim. The fact that the defendant has led no evidence or called no witnesses does not absolve the plaintiff from discharging his burden in law. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [50] In this regard, Suriyadi, JCA (as His Lordship then was) in Mohd Nor Afandi bin Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 3 MLJ 81, recognised the above ruling in the following passage: There are, however, two sets of circumstances under which a defendant may submit that he has no case to answer. In the one case there may be a submission that, accepting the plaintiff’s evidence at its face value, no case has been established in law, and in the other that the evidence led for the plaintiff is so unsatisfactory or unreliable that the court should find that the burden of proof has not been discharged.”. [24] Dalam kes lain yang berkaitan di Mahkamah Rayuan, keputusan kes Yoong Sze Fatt v. Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 484; [2011] 4 MLJ 805 di mana Abdul Malik Ishak JCA memutuskan − [41] … I am of the opinion that the following guidelines may be taken as well settled. At the close of the plaintiff’s case, the first defendant chose to submit that there was no case to answer and preferred not to call witnesses. It was a perilous course to take simply because all the evidence adduced by the plaintiff must be presumed to be correct. It is a sound general rule that a judge should not consider a submission of no case to answer unless the defendant (here the first defendant) agrees not to call any evidence, whatever the outcome of the submission. Thus, where a defendant is put to his election and elects not to call evidence, just like the present appeal, the result is this. That the trial is in S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ effect truncated and the question for the judge to consider is whether the plaintiff has established his case by the evidence called on the balance of probabilities. If the plaintiff has done so, then the judgment should be given to the plaintiff. If the plaintiff has not done so, then the judgment should be given to the defendant. If the judge chooses the latter course of action and give judgment to the defendant, the judge may indeed be of the view that there is no case for the defendant to answer. But such a judgment should not be given unless the judge finds that the plaintiff has not established his case by the evidence adduced on the balance of probabilities.”. [25] Berlandaskan nas undang-undang kes di atas, prinsip-prinsip yang terpakai apabila seseorang defendan menghujahkan ‘no case to answer’ boleh diringkaskan seperti yang berikut:
i
At the close of the plaintiff’s case, a defendant can opt not to call any witness for the defence but instead make a submission of ‘no case to answer’.
II
(ii) Where the defence submits ‘no case to answer’, the trial judge must put the defence counsel to his election, namely, that if he elects not call evidence, he will stand or fall on his submissions.
III
(iii) The judge should refuse to make a ruling on a submission of ‘no case to answer’ unless the defence makes it clear that he does not intend to call any witness for the defence. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
IV
(iv) For the purpose of testing whether there is a case to answer, all the evidence given must be presumed to be true. (See Jaafar Shaari’s case).
v
Adverse inference can be drawn against the defendant for failing to call any witnesses should the circumstances appropriately call for such an adverse inference. (See Jaafar Shaari’s case).
VI
(vi) However, even if the plaintiff’s evidence is presumed to be true and adverse inference is drawn, the burden of proof at all times is borne by the plaintiff on the balance of probabilities to establish his case against the defendant. It is for the plaintiff to prove his case and satisfy the court that his claim is well-founded before the court can grant judgment on his claim. The fact that the defendant has led no evidence or called no witnesses does not absolve the plaintiff from discharging his burden in law. (See Jaafar Shaari, Peh Swee Chin FCJ at p. 519; Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim; Yui Chin Song & Ors v. Lee Ming Chai & Ors and Yoong Sze Fatt v. Pengkalen Securities Sdn Bhd). [26] Mahkamah ini membenarkan Defendan-Defendan menghujahkan “No Case to Answer” walaupun Defendan-Defendan telah memfailkan penyata saksi-saksinya dan pada awal perbicaraan ada menyebut akan memanggil 3 orang saksi. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Dapatan dan Keputusan Mahkamah ini [27] Isu-isu untuk dibicarakan difailkan dan ditanda sebagai Lampiran C iaitu –
a
sama ada segala operasi Defendan Pertama dijalan dan/atau diuruskan dan/atau di bawah kawalan penuh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan/atau alter ego Defendan Kedua dan Defendan Ketiga?
b
sama ada Defendan Keempat adalah seorang ejen lantikan Defendan Pertama di bawah arahan Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga berkenaan dengan urusan bersama Plaintif?
c
sama ada Defendan Keempat sebagai ejen lantikan Defendan Pertama telah memperkenalkan Islamic Redeemable Preference Shares (IRPS) Term Sheet kepada Plaintif?
d
sama ada berdasarkan representasi Defendan Keempat, Plaintif bersetuju untuk melabur dan melanggan sebanyak 1000 unit saham dengan harga keseluruhan sebanyak RM1,000,000.00 dan Plaintif akan mendapat pulangan keuntungan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun dikira dari 18-8-2020?
e
sama ada Defendan-Defendan gagal, enggan dan/atau cuai untuk membayar kepada Plaintif pulangan pelaburan bulanan? S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
f
sama ada Defendan-Defendan memungkiri terma penebusan wang pulangan pelaburan bulanan sebagaimana terkandung dalam perjanjian IRPS?
g
sama ada Plaintif berhak menuntut relief dalam perenggan 20(a), (b), (c), (d) dan (e) pernyataan tuntutan? Defendan-Defendan menambah 2 lagi isu yang berikut:
h
sama ada Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah pihak-pihak yang patut disaman dalam tindakan ini?
i
sama ada Plaintif berhak untuk menuntut balik seluruh modal pelaburan dan faedah apabila pelaburan Defendan Pertama mengalami kerugian? [28] Mahkamah ini telah meneliti hujahan Defendan-Defendan dan mendapati bahawa –
a
alasan Defendan-Defendan mengenai tuntutan wang pulangan pelaburan bulanan tersebut adalah kerana pelaburan Plaintif belum lagi matang. Tindakan Plaintif memfailkan writ saman ini sebelum tarikh matang demi menuntut keseluruhan jumlah pelaburannya sebanyak RM1,000,000.00 daripada Defendan-Defendan sedangkan perjanjian tidak memperuntukkan apa-apa klausa penamatan untuk Plaintif mengakhiri pelaburannya lebih awal daripada yang dijadualkan. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
b
tindakan Plaintif yang menyaman Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah suatu frivolous act kerana Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak pernah memberikan apa-apa representasi kepada Plaintif dan Plaintif dalam pernyataannya juga tidak pernah menemui Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
c
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah entiti yang berasingan daripada Defendan Pertama, dan kedua-dua Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukan pihak dalam perjanjian pelaburan tersebut. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak sepatutnya dinamakan dalam writ saman ini.
d
bagi Defendan Keempat pula, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menyatakan bahawa Defendan Keempat bukanlah suatu pihak dalam perjanjian pelaburan. Afidavit Defendan Keempat dengan jelas menyatakan bahawa Defendan Keempat sebenarnya ialah seorang pekerja di syarikat bernama Rain Maker Management Sdn Bhd dan bukan ejen kepada Defendan Pertama. Defendan Keempat tidak bertanggungan bagi akibat kemungkiran perjanjian pelaburan tersebut.
e
pengakuan Plaintif bahawa Defendan Keempat tidak memberi apa-apa salah-nyata kepada Plaintif dan Defendan Keempat telah memberikan maklumat yang betul mengenai pelaburan Islamic Redeemable Preference Shares, maka Defendan Keempat telah melaksanakan tugasnya dan S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ obligasinya kepada Defendan Pertama. Tindakan Plaintif menyaman Defendan Keempat perlu dikenakan penalti dengan kos yang tinggi. [29] Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini mendapati Plaintif sememangnya telah membeli, melanggan dan sekaligus melabur dalam IRPS iaitu perniagaan Defendan Pertama yang berkaitan dengan kewangan (activities auxillary to finance). Fakta pelaburan Plaintif ini berjaya dibuktikan oleh Plaintif dan wang Plaintif berjumlah RM1,000,000.00 berada dengan Defendan Pertama. [30] Berkenaan dengan servis perundingan pengurusan perniagaan, kewujudan Defendan Keempat yang memberikan representasi dan maklumat mengenai IRPS kepada Plaintif adalah berkaitan dengan perniagaan Defendan Pertama. Berdasarkan representasi Defendan Keempat itu Plaintif maka Plaintif membuat pelaburan dalam produk Islamic Redeemable Preference Shares tersebut. [31] Isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan mengenai perlantikan Defendan Keempat dan sama ada Defendan Keempat ejen kepada Defendan Pertama adalah dalihan Defendan-Defendan yang tidak dibuktikan. Tiada dokumen yang dirujuk dan tiada kehadiran Defendan Keempat untuk menerangkan perkara ini kepada Mahkamah. [32] Tindakan menyaman Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Deefendan Keempat yang dikatakan adalah suatu frivolous act dan telah mendatangkan kesusahan kepada Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Deefendan Keempat, Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ permohonan pembatalan difailkan oleh Defendan-Defendan untuk memotong nama Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Deefendan Keempat. [33] Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan wujud di mana paksi tuntutan Plaintif ialah untuk menuntut balik seluruh modal pelaburan dan faedah daripada Defendan Pertama. [34] Isu tambahan yang dinyatakan oleh Defendan-Defendan bahawa Plaintif tidak berhak untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan apabila pelaburan Defendan Pertama mengalami kerugian adalah semata-mata pernyataan daripada peguam cara terpelajar Defendan-Defendan. [35] Defendan-Defendan tidak memplidkan bahawa pelaburan Defendan Pertama mengalami kerugian dan tiada bukti bahawa pelaburan Defendan Pertama mengalami kerugian. Semata-mata pengataan bahawa Plaintif tahu dan sedar mengenai risiko pelaburan adalah suatu rumusan yang perlu ditolak oleh Mahkamah ini. [36] Sebagaimana yang dinyatakan dalam IRPS Term Sheet bahawa Plaintif sebagai subscriber kepada IRPS berhak memperoleh “expected profit rate” pada tahun pertama pada kadar 15%, tahun kedua pada kadar 16% dan pada tahun ketiga pada kadar 17% adalah pemeteraian persetujuan pihak-pihak mengenai keuntungan yang akan diberikan oleh Defendan-Defendan kepada penerima/pelanggan iaitu Plaintif. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [37] Tahun pertama bagi Plaintif untuk memperoleh “expected profit rate” apabila genap setahun pelaburan Plaintif sebanyak RM1,000,000.00 iaitu dari tarikh 18-8-2020 hingga 18-8-2021 adalah suatu jangkaan yang sah oleh Plaintif sebagai pelabur. Kegagalan, keengganan dan kecuaian yang dinyatakan oleh Plaintif dalam tuntutannya telah dibuktikan di mana Plaintif tidak menerima apa-apa pulangan daripada wang pelaburannya dalam IRPS. [38] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa Plaintif tidak berhak untuk memperoleh pulangan daripada pelaburannya atas alasan belum genap 3 tahun. Keterangan Plaintif mengenai pulangan berdasarkan tahunan iaitu Tahun Pertama, Tahun Kedua dan Tahun Ketiga adalah berasas. [39] Mahkamah ini telah meneliti IRPS berkenaan dengan –
a
Early Redemption pada muka surat 35 Ikatan Dokumen Bersama/B dan mendapati bahawa – • bagi Tahun Pertama: kadar redemption yang Plaintif boleh menebus/redeem ialah 10% daripada keseluruhan jumlah pelaburannya dan tarikh yang dijadualkan bagi pembayaran bagi Tahun Pertama ialah pada 14-8-2021. • bagi Tahun Kedua: kadar redemption yang Plaintif boleh menebus/redeem ialah 10% daripada keseluruhan jumlah pelaburannya dan tarikh yang dijadualkan bagi pembayaran bagi Tahun Kedua ialah pada 14-9-2022. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ • bagi Tahun Ketiga: kadar redemption yang Plaintif boleh menebus/redeem ialah 80% daripada keseluruhan jumlah pelaburannya dan tarikh yang dijadualkan bagi pembayaran bagi Tahun Ketiga ialah pada 14-9-2023.
b
IRPS Term Sheet pada muka surat 45 Ikatan Dokumen Bersama/B dan mendapati bahawa terdapat nota yang menjelaskan seperti yang berikut: “The profit will be payable in cash (“Profit”) in proportion to the IRPS holdings by the Subscribers on the Payment Date (as defined hereafter). PROFIT PAYMENT FREQUENCY The Profit, if any, shall be payable every month commencing from the Issue Date (“Payment Date”) in arrears of which the Issuer shall ensure such payments is made within fifteen (15) calendar days from the Payment Date.”. [40] Defendan-Defendan mempunyai beban pembuktian untuk membidas dan menyanggah apa-apa terma yang termaktub dalam IRPS Term Sheet. Peluang Defendan-Defendan untuk mempertahankan pembelaannya terbentang semasa perbicaraan. Namun begitu, Defendan-Defendan memilih untuk berhujah “No Case to Answer”. [41] Hal perkara yang dipertikaikan oleh Plaintif mengenai haknya untuk menuntut bayaran profit dan menuntut balik seluruh modal pelaburan dan faedah adalah kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [42] Writ saman dan writ saman terpinda Plaintif difailkan pada bulan April dan Mei 2022 iaitu selepas genapnya 1 tahun lebih wang pelaburan Plaintif diterima oleh Defendan Pertama dan tiada apa-apa pulangan keuntungan diterima oleh Plaintif maka tindakan Plaintif menyaman Defendan-Defendan adalah demi menyelamatkan wang pelaburan Plaintif sebanyak RM1,000,000.00 yang mana Plaintif tidak menerima apa-apa profit. Tindakan undang-undang Plaintif ini berpunca daripada Defendan-Defendan sendiri yang mungkir janji dan melanggar persetujuan yang dimeterai. [43] Dalam jawapan kepada pembelaan iaitu pada perenggan 8, Plaintif dengan jelas memplidkan bahawa Plaintif berhak untuk menuntut jumlah faedah yang boleh dibayar (“Total Interest Payable”) sebanyak RM234,000.00 pada tarikh matang iaitu 31-5-2021. [44] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif tidak boleh membuat penebusan awal (early redemption) atas alasan tempoh pelaburan Plaintif yang belum matang dengan sendirinya menunjukkan bahawa tiada kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. Menurut peguam cara terpelajar Defendan-Defendan lagi “upon perusing the pleadings enclosed in Bundle A, it is clear that the Plaintiff did not plead any other cause of action aside from breach of contract.”. [45] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan memetik nas undang-undang kes iaitu Lim Kean v. Choo Koon [1970] 1 MLJ 158; dan Government of Malaysia v. Lim Kit Siang [1988] 1 CLJ (Rep) 63 yang secara jelasnya memutuskan bahawa suatu kausa tindakan yang sah terhadap Defendan-Defendan menghendaki Plaintif untuk membuktikan S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ bahawa Defendan-Defendan telah membuat pernyataan atau tindakan yan menjejaskan hak Plaintif. Plaintif gagal menunjukkan bahawa Defendan-Defendan telah melanggari atau memungkiri IRPS Term Sheet. [46] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa –
a
dalam pemeriksaan balas terhadap Plaintif berjaya menunjukkan bahawa Plaintif mengakui bahawa tempoh pelaburan ialah 3 tahun iaitu dari 18-8-2020 hingga 17-8-2023 dan pelaburan Plaintif hanya matang pada 17-8-2023. Oleh itu, Defendan-Defendan hanya bertanggungan untuk membayar balik investment capital kepada Plaintif selepas skim pelaburan Plaintif matang pada 17-8-2023 dan bukannya pada tarikh sebelum itu.
b
IRPS Term Sheet tidak mengandungi apa-apa klausa yang membolehkan Plaintif menamatkan IRPS Term Sheet sebelum tarikh matang.
c
keengganan Defendan-Defendan untuk memenuhi permintaan Plaintif mengeluarkan keseluruhan jumlah pelaburan sebelum tarikh matang adalah dengan kukuh menunjukkan bahawa Defendan Pertama tidak melanggari apa-apa terma dalam IRPS Term Sheet. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
d
kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan tidak terakru kerana Defendan Pertama tidak melanggari apa-apa terma dalam IRPS Term Sheet. [47] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berkenaan dengan pulangan keuntungan yang dijanjikan dan termaktub dala IRPS Term Sheet. Hal perkara ini perlu difokuskan terlebih dahulu sebelum Defendan-Defendan membangkitkan klausa “Redemption on Maturity Date” sebagaimana termaktub dalam IRPS Term Sheet. [48] Jika keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, maka beban pembuktian yang terletak di bahu Defendan-Defendan mengenai kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan tidak terakru kerana Defendan Pertama tidak melanggari apa-apa terma dalam IRPS Term Sheet dapat dilunaskan. [49] Prinsip undang-undang yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan dalam kes Lim Kean v. Choo Koon dan Government of Malaysia v. Lim Kit Siang juga boleh diaplikasi kepada Defendan-Defendan di mana Plaintif telah memenuhi ketiga-tiga kriteria apabila memfailkan guaman ini terhadap Defendan-Defendan –
a
a person who can sue;
b
a person who can be sued; and
c
all the facts have happened which are material to be proved to entitle the plaintiff to succeed. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ [50] Pembentangan kes Plaintif di hadapan Mahkamah ini walaupun hanya dengan seorang saksi tunggal iaitu Plaintif sendiri, dengan jelas dan berjaya membuktikan a person who can sue iaitu Plaintif; a person who can be sued iaitu Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat; dan all the facts have happened which are material to be proved to entitle the plaintiff to succeed iaitu fakta bahawa Defendan-Defendan tidak membayar expected profit rate kepada Plaintif telah dibuktikan untuk Plaintif berjaya dalam tuntutannya. [51] Dalam hujahan balas peguam cara terpelajar Defendan-Defendan bahawa apa yang termaktub dalam IRPS Term Sheet mengenai kadar keuntungan adalah semata-mata suatu expectation dan bukan suatu kadar keuntungan yang dijamin akan diberikan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif mahupun mana-mana Subscribers. Maka, dengan itu tuntutan Plaintif bahawa Defendan Pertama telah memungkiri IRPS Term Sheet HANYA kerana Defendan Pertama tidak dapat mencapai jangkaan/expectation Plaintif adalah suatu yang tidak berasas. [52] Mahkamah ini mendapati hujahan balas peguam cara terpelajar Defendan-Defendan semata-mata dan sekadar suatu “escapism” dan suatu “exit clause” untuk menidakkan hak Plaintif yang melabur dalam suatu jumlah yang besar. Apa jua pernyataan yang dihujahkan oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan tidak terkandung dalam IRPS Term Sheet tersebut. S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Penutup [53] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif dan memutuskan − a) pelaburan saham yang dikenali sebagai Islamic Redeemable Reference Shares yang dilanggan oleh Plaintif dengan Defendan Pertama adalah terbatal dan tamat serta-merta. b) Defendan-Defendan secara bersesama hendaklah memulangkan semula amaun sebanyak RM1,000,000.00 kepada Plaintif. c) faedah pada kadar 5% setahun ke atas amaun sebanyak RM1,000,000.00 dari tarikh pemfailan writ saman dan pernyataan tuntutan sehingga penyelesaian sepenuhnya. d) kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan secara bersesama kepada Plaintif. Bertarikh: 24 September 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil NCvC12 Shah Alam S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ Peguam cara: Bagi Plaintif: Cik Naziha binti Ahmad Rudaai bersama-sama dengannya En. Hing Hong Ing Tetuan Hing Chambers, Subang Jaya, Selangor Bagi Defendan-Defendan: En Cheah Ben Jie bersama-sama dengannya Cik Esther Yong Zhen Ying Tetuan L Y Yu & Co., Kuala Lumpur S/N wvkBd2IkYUjjIhbYfiXzQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.