Prinsip undang-undang mengenai pemilikan eksklusif [98] Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan pemilikan eksklusif ke atas barang kes rokok yang ditemui di dalam premis tersebut. [99] Mahkamah merujuk kepada prinsip yang dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 di mana Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa pemilikan tidak semestinya bersifat eksklusif kepada seorang individu sahaja. Apa yang penting ialah sama ada tertuduh mempunyai kawalan serta keupayaan untuk mengecualikan pihak lain daripada menggunakan premis atau barang kes rokok tersebut. [100] Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa: “Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal’s decision, we will say a few words about ‘exclusive’ possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, ‘exclusive’ — that a conviction is possible. When AB-83-21-01/2023 31 the learned trial judge said ‘The accused sought to negative the proof of exclusive possession…’, we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: … It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that ‘possession’ for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term ‘custody’ or ‘control’ — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. AB-83-21-01/2023 32 Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. (Penekanan ditambah). [101] Perkara yang sama turut diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Hooman Khanloo v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 199 yang memutuskan bahawa: “If exclusive use of a hotel room were a relevant factor in considering whether possession is established, it will virtually be impossible for the authorities to enforce the drug laws as it will always be open to the defence to point out, and rightly so, that at one point or another, someone else would have had prior access to the room. Surely the hotel management itself would have had access to the room.”. Isu 2: Kelewatan Pegawai Penyiasat (SP9) ke tempat kejadian selama 6 bulan [102] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa Pegawai Penyiasat (SP9) telah mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk memulakan siasatan kes ini dan untuk ke tempat kejadian. Oleh itu, pihak pembelaan menyatakan bahawa siasatan adalah tidak sempurna dan menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. [103] Mahkamah telah meneliti hujahan ini dengan teliti, namun tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan tersebut. [104] Pertama sekali, adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa SP9 hanya memulakan siasatan selepas 6 bulan. Berdasarkan keterangan SP9 serta penyataan saksinya dalam PSP8, siasatan telah dimulakan AB-83-21-01/2023 33 sebaik sahaja beliau menerima barang kes, tertuduh dan dokumen berkaitan kes. Ini termasuk mengambil rakaman percakapan saksi-saksi penting iaitu SP1 hingga SP5 serta menyiasat pemilik kepada premis serbuan. [105] Kelewatan yang dibangkitkan oleh pembelaan sebenarnya hanya merujuk kepada lawatan fizikal SP9 ke tempat serbuan yang dilakukan selepas kira-kira 6 bulan setelah serbuan dibuat. SP9 telah memberikan penjelasan bahawa dirinya lewat ke tempat serbuan akibat kekangan masa dan pengendalian beberapa siasatan kes lain yang sedang berjalan pada masa yang sama dengan siasatan kes ini. Penjelasan ini adalah munasabah dan Mahkamah menerimanya. [106] Kedua, siasatan berkaitan tempat serbuan tidaklah bergantung sepenuhnya kepada lawatan susulan SP9 ke tempat serbuan semata-mata. Pasukan serbuan telah pun menjalankan pemerhatian awal dan serbuan secara terus serta merakam gambar-gambar yang menunjukkan keadaan premis pada masa serbuan (P13(1)–(33)) dan telah dikemukakan di Mahkamah. 33 keping gambar kesemuanya. [107] Gambar-gambar tersebut adalah jelas, terperinci dan cukup untuk menggambarkan keadaan sebenar semasa serbuan. Malah, SP1 juga telah memberikan keterangan bahawa premis di sebelah kiri dan kanan premis serbuan juga tidak beroperasi dan tiada individu lain ditemui di kawasan tersebut. Oleh itu, kehadiran lewat SP9 ke tempat serbuan tidak menjejaskan keterangan-keterangan pasukan serbuan pada masa serbuan. [108] Oleh itu, hujahan bahawa siasatan adalah tidak berkesan hanya berdasarkan kelewatan lawatan fizikal oleh SP9 ke tempat serbuan AB-83-21-01/2023 34 adalah tidak bermerit dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Isu 3: Kegagalan pihak pendakwaan memanggil pemilik restoran dan pemilik bengkel bersebelahan premis serbuan [109] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal memanggil pemilik restoran dan pemilik bengkel yang terletak bersebelahan dengan premis serbuan. Menurut pembelaan, kedua-dua saksi ini adalah penting kerana mereka didakwa berada di lokasi bersebelahan dengan premis serbuan dan boleh memberi keterangan mengenai individu lain yang memasuki premis serbuan serta meletakkan barang kes rokok di dalam premis tersebut. [110] Pihak pembelaan seterusnya berhujah bahawa kegagalan memanggil saksi-saksi ini menimbulkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa keterangan mereka jika dipanggil akan tidak menyebelahi pihak pendakwaan. [111] Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan ini. Pertama, adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 hanya terpakai apabila terdapat saksi yang material dan penting yang sengaja tidak dipanggil tanpa penjelasan munasabah. Dalam kes ini, keperluan tersebut tidak dipenuhi. [112] Kedua, berdasarkan keterangan SP1, tiada mana-mana individu dilihat berada di premis bersebelahan pada masa pemerhatian dan serbuan yang boleh menyokong ‘teori’ pihak pembelaan bahawa pihak ketiga memasuki premis serbuan. Oleh itu, kegagalan AB-83-21-01/2023 35 memanggil saksi daripada premis bersebelahan tidak material kepada fakta persoalan dalam kes ini. [113] Ketiga, berkenaan pemilik bengkel yang dirujuk oleh pihak pembelaan, keterangan SP2 sendiri menjelaskan bahawa beliau adalah pemilik kepada bengkel tersebut. SP2 turut memberi keterangan bahawa bengkel berkenaan hanya beroperasi apabila beliau berada di Trong dan tidak beroperasi apabila beliau tiada di situ. Oleh itu, keterangan SP2 sudah mencukupi untuk menjelaskan keadaan premis bersebelahan tersebut dan tiada keperluan untuk memanggil saksi tambahan bagi tujuan yang sama. Seksyen 134 Akta Keterangan 1950 menyatakan dengan jelas bahawa tiada bilangan tertentu mengenai saksi yang dikehendaki dalam sesuatu kes untuk membuktikan sesuatu fakta persoalan kes. Mahkamah perlu mempertimbangkan keterangan saksi dan bukannya bilangan saksi. [114] Mahkamah berpuas hati bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil pemilik restoran dan pemilik bengkel bersebelahan tidak menimbulkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Oleh itu, hujahan pembelaan berkaitan kegagalan memanggil saksi-saksi tersebut adalah tidak bermerit. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [115] Persoalan penting di akhir kes pendakwaan ialah sama ada terdapat cukup keterangan untuk mensabitkan tertuduh sekiranya dia membuat pilihan untuk berdiam diri. Sekiranya jawapannya benar, kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Sekiranya jawapannya tidak, maka tiada kes prima facie dan tertuduh mesti dibebaskan di akhir kes AB-83-21-01/2023 36 pendakwaan. Dalam penilaian tersebut Mahkamah juga perlu meneliti sekiranya ada inferens munasabah yang perlu diambil kira dan mesti memilih inferens yang menyebelahi tertuduh sekiranya terdapat inferens yang bertentangan dalam sesuatu keterangan. [116] Dalam kes ini, Mahkamah telah mempertimbangkan sepenuhnya keterangan semua saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan. Setelah meneliti dan menimbang secara mendalam segala keterangan dan hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, atas penilaian maksimum, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang berwibawa bagi membuktikan setiap elemen kesalahan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan tersebut. [117] Mahkamah juga ketika menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan telah menyatakan kepada pihak pembelaan dan tertuduh bahawa Mahkamah ini juga menggunakan anggapan di bawah seksyen 135(2) Akta Kastam 1967 di akhir kes pendakwaan. [118] Seterusnya Mahkamah memerintahkan tertuduh untuk membela dirinya bagi pertuduhan yang dihadapinya. [119] Mahkamah telah menjelaskan tiga pilihan yang ada kepada tertuduh. Kemudian tertuduh melalui peguam bela terpelajar memaklumkan kepada Mahkamah bahawa tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi. AB-83-21-01/2023 37 KES PEMBELAAN Tanggungjawab mahkamah di akhir bicara [120] Tugas Mahkamah ini di akhir kes pembelaan dan pada akhir perbicaraan telah dijelaskan dalam seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah di mana Mahkamah ini perlu menimbangkan serta menilai semua keterangan dihadapannya dan perlu menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah. [121] Dalam menilai keterangan pihak pembelaan, Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Datuk Hai Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 yang menerangkan keraguan munasabah seperti berikut: “It cannot be a fanciful of whimsical or imaginary doubt, and in considering the question as to whether a reasonable doubt has been raised, the evidence adduced by and the case for the defence must be viewed in at least some amount of light, not necessarily bright sunlight, but certainly not against the dark shadows of the night.”. [122] Ianya adalah undang-undang yang mantap bahawa pembelaan yang berbentuk penafian semata-mata (bare denial) ialah satu penafian yang mudah terhadap penglibatan tertuduh dalam mana-mana kes. Pembelaan bare denial ini tidak mempunyai sebarang penjelasan atau bukti untuk menolak keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [123] Sebaliknya pembelaan yang berbentuk pemikiran kemudian (afterthought) merupakan pembelaan yang direka dan diwujudkan AB-83-21-01/2023 38 semata-mata untuk menimbulkan satu pembelaan. la hanya ditimbulkan semasa perbicaraan kes pembelaan tetapi tertuduh tidak pernah kemukakan pembelaan tersebut kepada pegawai penyiasat semasa siasatan dijalankan dan tidak pernah dikemukakan dalam kes pendakwaan semasa saksi-saksi pendakwaan di soal balas. [124] Justeru, adalah penting untuk Mahkamah ini sebagai mahkamah bicara untuk mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan melalui saksi-saksinya, tidak kira betapa lemah atau tidak munasabahnya pembelaan yang dikemukakan, ia tetap perlu diberi pertimbangan dan dihargai dari segi kehakiman dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Inti pati pembelaan tertuduh [125] Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah dan turut memanggil seorang lagi saksi pembelaan iaitu bekas pekerja sambilan di kedai runcitnya bernama Asyraf Danial bin Anuar (‘SD2’). Keterangan tertuduh (SD1) [126] Keterangan utama tertuduh adalah secara ringkasnya seperti berikut. [127] Tertuduh (SD1) memberi keterangan bahawa dia adalah seorang peniaga kedai runcit. Premis serbuan tersebut merupakan stor simpanan barang kedai runcit. Premis tersebut merupakan bangunan lama dan usang yang disewa daripada penyewa sebelumnya dan tertuduh hanya menyambung perjanjian sewaan tersebut. Tertuduh juga mempunyai tiga AB-83-21-01/2023 39 orang pekerja iaitu seorang pekerja tetap bernama Nur Syazwani binti Mat Jais dan dua orang pekerja lain yang bekerja secara sambilan sebelum berhenti sekitar tahun 2023. Pada masa serbuan, ketiga-tiga pekerja tersebut masih berkerja dengan tertuduh. Pekerja tetap menerima gaji penuh beserta caruman KWSP manakala pekerja sambilan dibayar gaji harian. [128] Menurut tertuduh, pekerja-pekerjanya diberi tanggungjawab untuk mengurus operasi stor/premis serbuan termasuk membuka dan menutup stor/premis serbuan tersebut, mengurus keluar masuk barang serta menandatangani penerimaan barang. Kunci stor/premis juga dipegang oleh pekerja-pekerja tersebut yang diberi kepercayaan penuh oleh tertuduh. Tertuduh sendiri hanya hadir ke stor/premis tersebut kira-kira empat hingga lima kali sebulan untuk memeriksa stok sahaja. [129] Tertuduh menyatakan bahawa semasa hari serbuan, premis tidak berkunci kerana pekerja tetapnya bernama Syazwani telah membuka pintu premis pada waktu pagi dan tertuduh berada di pintu hadapan premis ketika serbuan dibuat. [130] Tertuduh menafikan sebarang pengetahuan mengenai kewujudan barang kes rokok di dalam premis tersebut dan menyatakan dia tidak mengetahui siapa yang meletakkannya di premis berkenaan. Namun, tertuduh mengakui bahawa barang kes rokok tersebut ditemui berhampiran kawasan pintu hadapan premis. Tertuduh juga menyatakan bahawa pekerja tetapnya bernama Syazwani merupakan pekerja yang paling lama berkhidmat dengannya sejak tahun 2017 dan mempunyai akses serta bertanggungjawab terhadap penjagaan stor tersebut (premis AB-83-21-01/2023 40 serbuan) termasuk menandatangani penerimaan barang untuk disimpan dalam stor tersebut. [131] Semasa pemeriksaan balas, tertuduh mengakui bahawa dia merupakan satu-satunya individu yang berada di premis tersebut ketika serbuan dilakukan. Tertuduh juga mengakui bahawa dia merupakan penyewa sah premis, mempunyai akses kepada premis tersebut bersama pekerja-pekerjanya. Walau bagaimanapun, tertuduh menyatakan bahawa dia tidak pernah mengetahui atau membenarkan penyimpanan rokok tersebut di dalam premisnya dan tidak pasti bagaimana barang kes rokok tersebut boleh berada di dalam premisnya. Keterangan SD2 [132] SD2 iaitu Asyraf Danial bin Anuar memberi keterangan bahawa dia bekerja di kedai runcit milik tertuduh sejak lebih kurang satu tahun sebelum serbuan. Skop kerja SD2 termasuk menjaga stor/premis serbuan dan meletakkan barang ke dalam stor. SD2 menyatakan bahawa dia hanya bekerja secara sambilan (part-time) dengan waktu kerja kira-kira dari jam 10 pagi hingga 7 petang dan dia dibayar secara harian. [133] Pada hari serbuan, SD2 menyatakan bahawa dia berada di kedai runcit tertuduh dan bekerja seperti biasa. Menurutnya, dia pergi ke stor pada waktu tengah hari sehari sebelum serbuan kerana diarahkan oleh tertuduh untuk memeriksa keadaan stor selepas berlaku hujan ribut. [134] SD2 menyatakan bahawa terdapat tiga orang yang mempunyai kunci stor iaitu dirinya sendiri, tertuduh dan seorang lagi pekerja bernama AB-83-21-01/2023 41 Syazwani. SD2 menyatakan bahawa pada masa kejadian, kunci stor dipegang oleh ketiga-tiga mereka. [135] SD2 memberikan keterangan bahawa barang kes rokok yang dijumpai dalam stor (premis serbuan) adalah milik seorang “tauke Cina” yang SD2 nyatakan tidak dikenali. Menurutnya, “tauke Cina” ini menghantar kotak ke stor (premis serbuan) dan menawarkan bayaran sebanyak RM50 setiap kali penghantaran untuk menyimpan kotak tersebut dalam stor berkenaan. SD2 menyatakan bahawa dia tidak memberitahu majikannya (tertuduh) mengenai perkara tersebut kerana bimbang akan dibuang kerja. SD2 juga menyatakan bahawa dia tidak mengetahui secara jelas apa yang ada di dalam kotak tersebut walaupun kemudian menyatakan bahawa dia mengetahui ianya mengandungi rokok. [136] Semasa serbuan, SD2 menyatakan bahawa dia berada di kawasan luar stor untuk membuka pintu stor tersebut semasa anggota serbuan sampai. Setelah anggota serbuan menyatakan kepadanya bahawa terdapat barang kes rokok dalam stor, SD2 nyatakan dia telah membuat panggilan telefon kepada tertuduh. SD2 juga telah memberikan keterangan bahawa dia yang telah membukakan pintu stor bagi anggota serbuan masuk ke dalam stor berkenaan. Rumusan dan dapatan [137] Mahkamah telah meneliti keterangan tertuduh dan SD2 secara menyeluruh. Secara umumnya, tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan atau memberi kebenaran terhadap penyimpanan barang kes rokok tersebut di dalam premisnya serta menyatakan dia tidak pasti AB-83-21-01/2023 42 bagaimana barang kes rokok itu boleh berada di dalam premis berkenaan. Naratif pembelaan juga adalah bahawa terdapat pihak lain yang mempunyai akses kepada premis serbuan (stor) serta wujud penglibatan pihak ketiga iaitu seorang “tauke Cina” yang didakwa telah menyimpan barang kes rokok tersebut tanpa pengetahuan tertuduh. [138] Mahkamah ini telah meneliti pembelaan tertuduh bersama-sama dengan saksi pembelaan lain di samping juga menyemak kembali kes pendakwaan. Hasil penelitian tersebut, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh tersebut sesuatu yang sukar untuk dipercayai khususnya kepada perkara-perkara berikut.