Lampiran
Lampiran A yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. 1. Pengadu pertama dalam kes ini merupakan seorang anggota polis namа : Muhammad Asyraff bin Ab Rahman No polis:RF/215454 Umur : 26 tahun. Pengadu kedua dalam kes ini Nama : Daveen Kumar a/l Viramuthu (tertuduh), No. Kpt : 870407-10-5189, umur : 37 tahun. Pengadu ketiga dalam kes ini nama: Noorizan binti Ramli No Polis: RF/131663, Umur : 46 tahun. Pengadu keempat dalam kes ini nama : Khairul Salleh bin Abdul Rahman, No Polis: G/1 24957 umur 35 tahun. . Pengadu kelima dalam kes ini nama DSI Mazlan bin Yusof, No Polis: RF 123620 umur 56 tahun. . Pengadu keenam di dalam kes ini nama : Mohammad Ikram bin Saidin NO KPT: 941104-08-6983. Umur 30 Tahun. 2. Pada 11/1/2025 jam lebih kurang 1330 hrs, tertuduh menunggang motorsikal no pendaftaran BJX 330 Jenis Honda EX5 dari kedai mahu balik rumah di Taman Musabika Kalumpang. Apabila sampai di KM72 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran susur keluar stesen Minyak Shell Kalumpang, Tertuduh Menunggang secara melawan arus, tiba tiba datang semuahg M/sikal No pendaftaran : VBN 648 Jenis Kriss Modenas tidak sempat mengelak lalu melangggar bahagian tepi hadapan sebelah kiri m.sikal yang tertuduh tunggang. 3. Mangsa nama : Mohammad Ikram bin Saidin NO KPT: 941104-08-6983. iaitu penunggang VBN 648 Jenis Kriss Modenas mengalami kecederaan patah kaki sebelah kiri. 4. Kerosakan m/sikal no. Pendaftaran BJX 330 adalah di bahagian cover set hadapan pecah , handle dan fox bengkok manakala kerosakan m/ no. Pendaftaran VBN 648 Jenis kriss Modenas adalah coverset hadapan peсаh, handle bengkok dan fork hadapan bengkok. 5. Ujian saringan awal air kencing tertuduh mendapati positif dadah jenis Methamphetamine bersangkut no. Report Kuala Kubu Bharu 0090/25. Hasil siasatan :- Siasatan mendapati semasa kejadian tertuduh sedang memandu m/sikal no. Pendaftaran BJX 330 Jenis Honda EX5 dari kedai mahu balik ke rumah di Taman Musabika Kalumpang apabila sampai di KM72 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Tertuduh Menunggang secara melawan arus, dan kemudian datang m/Sikal VBN 648 Jenis Kriss Modenasdari arah sebelah kiri tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri M/Sikal tertuduh, Hasil Siasatan juga mendapati tertuduh menunggang kenderaan semasa berada di bawah pengaruh dadah menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Kertas siasatan telah dirujuk YA TPR Selangor. Arahan ya tpr selangor tuduh (a1) di bawah sek 44(1A)(a) APJ 1987. [6] Mahkamah berpuas hati OKT pada hari tersebut telah faham dan fakta-fakta yang telah dinyatakan sebagaimana Lampiran A tersebut yang menghimpunkan kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung di dalam pertuduhan ke atas OKT. [7] Mahkamah sedar sekiranya fakta kes ini tidak diakui secara keseluruhan atau sebahagiannya akan menyebabkan pengakuan OKT yang pada awalnya tadi tidak boleh diterima pakai dan Mahkamah seterusnya akan meneruskan dengan perbicaraan penuh. [8] Secara tuntasnya, melalui penelitian Mahkamah pengakuan salah OKT pada hari ini merupakan pengakuan yang teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur sebagaimana ditetapkan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT ini telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas OKT masing-masing di dalam kes ini dan telah memahami sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKT diterima. HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN HUJAHAN MITIGASI OLEH OKT [9] OKT di dalam kes ini diwakili peguambela YBGK yang memaklumkan beliau telah berusia 38 tahun, dan mempunyai 4 cahaya mata dan merupakan seorang pencari nafkah yang tunggal, bekerja sebagai peladang .Beliau mempunyai pendapatan tidak tetap lingkungan RM 50 sehari. Pengakuan salah OKT teah menjimatkan masa Mahkamah dan OKT mohon untuk hukuman penjara minima dikenakan. HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN OLEH PENDAKWAAN [10] Pihak pendakwaan memohon agar hukuman Mohon hukuman setimpal dijatuhkan agak OKT lebih berhati2 mengambil kira tahap keseriusan kecederaan mangsa hadapi dalam kes ini. SABITAN DAN HUKUMAN [11] Mahkamah menerima pengakuan OKT dan mendapati OKT di dalam kes ini adalah bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan. Mahkamah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman ke atas OKT dengan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada 12/1/2025 dan denda RM 30,000 gagal bayar 6 bulan penjara dan Lesen OKT dihilangkan kelayakan selama 7 tahun dari tarikh sabitan iaitu pada 18 Julai 2025.. [12] Dalam mempertimbangkan hukuman samaada berpatutan telah dinyatakan di dalam kes berikut; P V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 LNS 864 diputuskan seperti berikut: “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a)the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defense to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court…” [13] Berdasarkan kepada nas kes di atas, berikut merupakan faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada OKT: (a) Graviti Fakta Kes (b) Keadaan Dan Situasi Semasa Kesalahan Dilakukan. (c) Pengakuan Bersalah OKT 1 (d)Rayuan Mitigasi OKT [14] Adalah tidak dinafikan bahawa pengakuan salah OKT pada peringkat awal merupakan antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan di dalam mitigasi hukuman. [15] Di dalam kes Mohd Sulaiman bin Miskon b Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana YA Tuan Awang Aramadajaya telah memutuskan sebagaimana berikut:- Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving "discounts" for less than the most serious manner of commission. The word "discount" is found in the case of MOHD ABDULLAH ANG SWEE KANG v. PUBLIC PROSECUTOR [1987] CLJ Rep 209 where it was held that "A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentencer not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence." [16] Di mana di dalam kes ini juga telah menjelaskan bahawa pengakuan salah OKT mewajarkan pengurangan 1/3 daripada hukuman sekiranya OKT membuat pengakuan salah, seperti berikut: - “It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence.” [17] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, hukuman penjara minimum yang memperuntukkan adalah tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit . Berpandukan nas kes di atas, hukuman minimum telah dijatuhkan ke atas OKT adalah memadai. Hal ini disebabkan Mahkamah juga perlu mengambil kira faktor mitigasi dan pemberatan lain sebelum menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKT-OKT yang akan dihurai selanjutnya sebagaimana berikut; (i) Kepentingan Awam Mahkamah tmelihat kepada niat Parlimen dalam meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2020 yang berkuatkuasa pada 23hb Oktober 2020 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45. Ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pemandu-pemandu lain yang turut menggunakan jalanraya. Oleh yang demikian, kepentingan awam harus dijaga dan diambil berat oleh Mahkamah ini. Kecederaan yang ditanggung oleh mangsa dan pengajaran ke atas tertuduh haruslah seiring bagi memastikan keadilan berjaya dicapai. Hukuman hendaklah mendidik bukan sahaja kepada tertuduh malahan kepada masyarakat. Masyarakat yang terdidik dapat menjamin kesejahteraan secara khusus kepada negara. Dalam kes ZAINAL BIN JIDON v PENDAKWA RAYA [2020] MLJU 1815, Mahkamah telah menjelaskan kepentingan awam seperti berikut: Suatu pertimbangkan penting ialah kepentingan awam, yang semestinya mengatasi pertimbangkan lain. Persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan frasa “Kepentingan Awam”? Di dalam kamus “The Random House Dictionary of the English Language: The Unabridged Edition (1994 edition) mentakrifkan “kepentingan awam” (Public Interest) sebagai “kepentingan atau kesejahteraan masyarakat secara am” (the welfare or well-being of the general public and society) Terdapat berapa peringkat dalam konsep kepentingan awam. Yang paling Utama ialah keselamatan negara Tanpa jaminan terhadap keselamatan negara kesemua perkara seperti “kedaulatan undang-undang”, “hak asasi manusia”, “pemerentahan yang adil dan saksama” serta “pengaturan kendiri oleh masyarakat dan norma am yang diterma” adalah impian indah semata-mata. Keduanya adalah ketenteraman awam dimana kedaulatan undang-undang, prosedur yang betul dipatuhi dan tidak dibimbangi berlakunya keadaan dimana seseorang tidak terkeliru dengan keadaan huru hara yang menyerupai undang-undang rimba. Ketiga ialah perhatian orang yang timbul kerana perhatian masyarakat atau ahli masyarakat terutama warga yang berhemah dan ia menyumbang kepada perasaan ingin tahu warga masyarakat. Pelaporan yang bersifat sensasi bukanlah terjumlah dalam kategori ini. Semestinya perlu wujud sebab yang munasabah serta penting untuk masyarakat am ingin mengetahui mengenai sesuatu isu yang diperkatakan secara hangat dalam masyarakat samada ia telah membangkitnya minat warga masyarakat yang berhemah kerana telah menyentuh sensitiviti masyarakat atau pegangan masyarakat atau adat semasa dan setempat atau norma universal. Jika berlaku pertembungan diantara kepentingan awam dan hak individu, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini tidak bermakna berlakunya penafian hak individu tetapi kewujudan individu dalam dunia bertamaddun bergantung kepada kewujudan masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Bukan sebarang dunia tetapi dunia yang mendaulatkan undang-undang, melaksanakan keadilan, mempertahankan hak warganya dari diceroboh, pentadbiran urusan manusia secara teratur dan pemerkasaan jiwa kemanusiaan dalam setiap insan yang ada. Hak asasi individu telah secara terang dan nyata dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan dicerminkan dalam Perkara 5 sehingga Perkara 13. Manusia perlu undang-undang untuk mengatur hidup apabila wujudnya masyarakat. Jika manusia hidup bersendirian di gua-gua seperti di zaman purbakala, ia tidak perlu undang-undang untuk mentadbirkan kehidupannya dengan manusia lain. Bagaimanapun norma-norma asas yang lahir dari fitrah manusiawi akan melahirkan Akhlak yang Luhur dengan syarat ia tidak dicemari oleh tamak haloba, kebengisan atau kebejatan moral. Asasnya manusia adalah makhluk sosial. Ia perlu kepada perkumpulan untuk pelbagai sebab sama ada keselamatan, keperluan insani, keselesaan, pembinaan tamadun, kemajuan sains dan teknologi, perubatan dsb. Apabila berinteraksi dengan makhluk lain, manusia perlu menyusun atur agar tiada yang tersinggung atau tertindas. Penafian hak orang lain yang dengan tindakan keras atau licik adalah satu dari banyak bentuk penindasan. Jika berlaku, yang lemah akan ditindas oleh yang kuat. Yang dungu akan diperalatkan oleh yang cerdik. Yang kaya akan membolot semua dan meninggalkan yang miskin terkapai-kapai dalam pencarian kehidupan serta sara diri. Jika ini berleluasa, sudah pasti ketidakpuasan hati akan mencetuskan kegusaran dan boleh menzahirkan kekerasan demi untuk mengembalikan keadilan, kesamarataan dan kemuliaan sebagai insan. Untuk mengelakkan perkara seumpama ini, perlu ada peraturan yang menyusunatur kehidupan manusia dan menzahirkan batas-batas yang menjadi sempadan dalam perhubungan manusia. Peraturan yang ada kekuatan negara dipanggil undang-undang. Berbeza dengan amalan semasa atau adat setempat yang mengundang kawalan kendiri (self regulation), peraturan dalam bentuk undang-undang boleh dikuatkuasa dengan dokongan kelompok manusia. Golongan liberalisme ekstrem mungkin mengkiritik kewujudan undang-undang sebagai pembatasan tetapi tanpa undang-undang, negara dan masyarakat akan mengalami keaadaan anarki (anarchy). Penghakiman dan penghukuman adalah sebahagian dari proses perundangan. KESIMPULAN. [18] Akhir kalam, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara 7 tahun dari tarikh tangkap dan denda RM 30,000 gagal bayar 6 bulan penjara adalah memadai dan berpatutan di dalam kes ini. Lesen OKT juga akan dihilangkan kelayakan selama 7 tahun dari tarikh sabitan iaitu pada 18 Julai 2025. Mahkamah telah mengambil kira kesemua faktor, fakta kes, dokumen-dokumen yang telah dikemukakan, faktor mitigasi dan pemberatan dengan sewajarnya. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prinsip nas undang-undang yang sebagaimana ditetapkan. [19] Mahkamah ini berpendapat bahawa kepentingan awam memerlukan OKT ini dikenakan hukuman yang berat kerana ia dapat memberikan masej yang jelas kepada masyarakat bahawa Mahkamah memandang serius kepada kesalahan-kesalahan jenayah dan kesalahan trafik yang dilakukan dan berharap ia akan memberikan pengajaran kepada tertuduh dan kepada masyarakat secara keseluruhan untuk tidak sesekali melakukan kesalahan sebegini dan hukuman yang berat akan menanti bagi kesalahan yang dilakukan. [20] Oleh yang demikian, saya memohon agar hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah dikekalkan. Bertarikh 9/9/2025 Nurul Izzah binti Hasan Basri Majistret Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Puan Ainur Izzah Balqis Binti Sazalee Timbalan Pendakwa Raya