Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SEGAMAT DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM PERMOHONAN REMAN NO: JD-89RE-306-05/2025 ANTARA DAYANG NUR ALIYA NATASHA BINTI AMIL HASAN
JD-89RE-306-05/2025
Magistrates Court of Malaysia26 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n Act 1959/63, a police officer may arrest any person without a warrant if “he reasonably believes” that that person has committed an offence under the Immigration Act 1959/63. By contrast, under the Criminal Procedure Code, an arrest without warrant may be effected if “a reasonable suspicion exists” that the person to”
“lanjutnya, dalam kes Ananthagopi Alaguganesan [supra], Mahkamah Tinggi mengingatkan berikut: “[42] An individual’s right of personal liberty is a constitutionally guaranteed right under art. 5 of the Federal Constitution. The provisions of arts. 5, 6, 7, 8, 11 and 13 of the Federal Constitution pertaining to fundamenta”
“njutnya mengambil iktibar daripada kes Ananthagopi Alaguganesan v. Menteri Dalam Negeri & Ors [2024] 10 CLJ 539 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [57] The power of arrest under the Immigration Act 1959/63 is provided under s. 51(3)(a), which reads as follows:”
“151 and s. 6(1) were strictly complied with. The liberty of an individual should not be infringed upon even to the slightest extent without proof that the impugned infringement is in accordance with the Constitution and statute. When considering whether a restraint upon liberty is in accordance with law it is to the ev”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SEGAMAT DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM PERMOHONAN REMAN NO: JD-89RE-306-05/2025 ANTARA DAYANG NUR ALIYA NATASHA BINTI AMIL HASAN
1
Rahim Noor, Orang Yang Disyaki (OYDS) dalam kes ini telah dihadapkan ke hadapan Mahkamah ini pada 26 Mei 2025 bagi satu permohonan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
2
Selepas meneliti permohonan Pemohon dan juga hujahan-hujahan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur dalam permohonan reman di bawah S. 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63. Atas alasan tersebut, Mahkamah dengan ini menolak permohonan reman oleh Pemohon. S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
3
Keterangan kes seperti yang dikemukakan oleh Pemohon iaitu Pegawai Penyiasat dalam kes ini adalah seperti berikut: “Pada 25/10/2022 jam lebih kurang 1630hrs semasa Pengadu dan suami berada di sebuah warung tepi jalan di Muar, Johor telah berjumpa dengan 1/L warganegara Pakistan bernama: Azmat Ali/Rahim No. Tel Whatsapp Pakistan : +92 341 5858955/016- 8189005 untuk berbincang berkenaan pendaftaran permit bagi pekerja asing suami pengadu. Ditawarkan kos pendaftaran permit sebanyak RM 7,000/- untuk 1 pekerja warga asing. Dan suami Pengadu mahu buat untuk 7 orang pekerjanya. Pengadu buat pemindahan wang ke akaun Maybank atas nama tidak pasti nombor 101245344712 sebanyak RM 18,000, akaun Public Bank nombor 6938620921 atas nama Ullah Irfan sebanyak RM 7,800, serahan wang tunai sebanyak RM 5,200 di Imigresen Johor Bahru. Selain itu Pengadu juga ada membuat medical check up sebanyak (2) kali terhadap (7) pekerja dengan kos RM 3640.00. Pengadu pernah berjumpa dengan Azmat Ali/Rahim sebanyak 3 kali dan kenderaan yang digunakan adalah Honda No Pendaftaran WLQ 5628. Untuk makluman Ullah Irfan pernah membuat laporan polis di Balai Polis Muar kerana wang yang dimasukkan ke dalam akaun Ullah Irfan 011- 21980596 telah diserahkan semuanya kepada Azmat Ali/Rahim. Sehingga kini permit kerja masih tidak diperolehi dan Pengadu rasa tertipu.”
4
Atas persoalan yang diajukan oleh Mahkamah semasa permohonan dibacakan, Pegawai Penyiasat mengesahkan bahawa OYDS telah ditahan pada 6 Mei 2025 (namun dalam Laporan Tangkapan dinyatakan bahawa OYDS telah ditahan pada 5 Mei 2025) dan bahawa permohonan S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 reman ini dibuat di bawah S. 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63. Beliau juga menyatakan bahawa OYDS telah mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah untuk menahan OYDS selama 14 hari sebelum ini.
5
Mahkamah juga mengajukan persoalan berkenaan kesalahan apa yang disiasat terhadap OYDS ini yang mana Pegawai Penyiasat tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dan hanya memaklumkan bahawa permohonan dibuat di bawah S. 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63. Oleh itu, Mahkamah kemudiannya menangguhkan pendengaran permohonan reman ini bagi Pegawai Penyiasat memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.
6
Setelah Mahkamah bersidang semula, Pegawai Penyiasat semata-mata menyatakan bahawa permohonan yang dilakukan adalah di atas arahan daripada pegawai atasan beliau dan menyerahkan kepada budibicara Mahkamah samada untuk membenarkan atau menolak permohonan ini. Selanjutnya, beliau menyatakan bahawa sekiranya permohonan ini ditolak, beliau memohon agar Alasan Penghakiman disediakan bagi tujuan rekod.
7
Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit permohonan ini, eloklah diperturunkan peruntukan S. 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 yang menjadi asas kepada permohonan ini:
5
Notwithstanding anything contained in this Act or in any subsidiary legislation made under this Act – …
b
where any person other than a citizen is arrested or detained S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw under this Act, whether for an offence against this Act or otherwise than for such offence, and has not been earlier released, or charged in court for an offence against this Act, or removed from Malaysia under this Act, he shall, within fourteen days of his arrest or detention, be produced before a Magistrate who shall make an order for his detention for such period as may be required by an immigration officer or a police officer for the purpose of investigations into an offence against this Act, or by an immigration officer for the purpose of either making inquiries, or effecting his removal from Malaysia, under this Act, and any provision of this Act or any subsidiary legislation made under this Act providing for the arrest or detention, otherwise than for an offence, of a person who is a citizen, or for the arrest or detention of a person other than a citizen, whether for an offence against this Act or otherwise than for such offence, shall be read as being subject to the provisions of paragraph (a) or (b), as may be applicable: Provided that the Magistrate before whom such person is produced under paragraph (a) or (b), as the case may be, shall not authorize or order the detention of such person for a period in excess of the maximum period which may be specified in the provision under which he is to be detained. [penekanan ditambah] [8] Perlu diberikan tumpuan bahawa peruntukan S. 51(5)(b) Akta 155 ini mencerminkan kehendak Perlembagaan Persekutuan khususnya di bawah proviso kedua kepada Fasal 4, Perkara 5 seperti berikut: “5. Liberty of the person
1
No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law. … S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw
4
Where a person is arrested and not released he shall without unreasonable delay, and in any case within twenty-four hours (excluding the time of any necessary journey) be produced before a magistrate and shall not be further detained in custody without the magistrate’s authority: Provided that this Clause shall not apply to the arrest or detention of any person under the existing law relating to restricted residence, and all the provisions of this Clause shall be deemed to have been an integral part of this Article as from Merdeka Day: Provided further that in its application to a person, other than a citizen, who is arrested or detained under the law relating to immigration, this Clause shall be read as if there were substituted for the words “without unreasonable delay, and in any case within twenty-four hours (excluding the time of any necessary journey)” the words “within fourteen days". [penekanan ditambah] [9] Maka, sekiranya diperhalusi kedua-dua peruntukan ini, adalah menjadi kehendak undang-undang bahawa bagi sesuatu kesalahan yang disiasat di bawah Akta 155, seseorang OYDS seharusnya dibawa ke hadapan Majistret dalam masa 14 hari dari tempoh OYDS tersebut ditahan tanpa sebarang kelengahan yang munasabah. [10] Oleh hal yang demikian, Mahkamah dalam meneliti permohonan ini telah mengenalpasti persoalan-persoalan berikut yang perlu diputuskan iaitu: a) Samada sebarang kesalahan Imigresen dilakukan oleh OYDS bagi membolehkan permohonan dibuat di bawah S. 51(5)(b) Akta 155; dan S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw b) Samada OYDS dihadapkan ke Mahkamah dalam tempoh masa yang sah mengikut peruntukan undang-undang. ISU PERTAMA: SAMADA SEBARANG KESALAHAN IMIGRESEN DILAKUKAN OLEH OYDS BAGI MEMBOLEHKAN PERMOHONAN DIBUAT DI BAWAH S. 51(5)(B) AKTA 155 [11] Sebelum disentuh secara lanjut berkenaan tempoh penahanan OYDS, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa bagi permohonan di bawah S. 51(5)(b) Akta 155, beban terletak di bahu Pemohon / Pegawai Penyiasat untuk membuktikan bahawa satu kesalahan imigresen telah dilakukan oleh seseorang bukan warganegara. Kemudiannya Pegawai Penyiasat boleh mengemukakan satu permohonan untuk menahan individu tersebut selanjutnya dalam tempoh 14 hari beliau ditahan. [12] Perkara ini adalah seiring dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan di bawah Fasal 4, Perkara 5 yang memberikan kuasa menahan seseorang individu bukan warganegara yang perlu dihadapkan di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 14 hari selepas penahanan dibuat bagi kesalahan berkaitan Imigresen. [13] Dalam kes semasa di hadapan Mahkamah ini, setelah permohonan dibacakan, persoalan telah diajukan kepada Pegawai Penyiasat mengenai kesalahan apa yang disiasat terhadap OYDS di mana Pegawai Penyiasat gagal memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut. [14] Dalam ketiadaan jawapan yang jelas daripada Pegawai Penyiasat, Mahkamah cuba meneliti keterangan dokumentari yang difailkan iaitu Laporan Tangkapan OYDS. S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw [15] Mahkamah percaya seeloknya diperturunkan laporan tangkapan yang dibuat oleh pegawai tangkapan bagi kemudahan rujukan dan pemahaman Alasan Penghakiman ini: PADA 05/05/2025 JAM LEBIH KURANG 1700HRS, SAYA BERSAMA SEPASUKAN ANGGOTA DARI BSJKD IPD SEGAMAT TERDIRI DARIPADA KPL 169426 DAN KPL 199594 TELAH TAHAN 1/L/WARGANEGARA PAKISTAN SEMASA BERADA DI PERKARANGAN PEJABAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL IPD SEGAMAT JOHOR. KEMUDIAN SAYA TELAH PERKENALKAN DIRI SEBAGAI PEGAWAI KANAN POLIS DENGAN MENUNJUKKAN KAD KUASA DAN MEMINTA LELAKI TERSEBUT MENUNJUKKAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN BUAT PEMERIKSAAN DAPATI BUTIR-BUTIR DIBERI ADALAH SEPERTI BERIKUT:- NAMA: RAHIM NOOR NO PASPORT: AL9157345 ALAMAT: NO 1/21,JALAN KESANG LAUT,TANJUNG AGAS,84000 LEDANG, JOHOR SETELAH PEMERIKSAAN SAYA TANGKAP PENAMA DI ATAS UNTUK SIASATAN BERSABIT CHAAH 1812/24 NO IPJSJK/KS/103/24 SEKSYEN 420 KK, PEGAWAI PENYIASAT SJN 230852 DAYANG NUR ALIYA NATASHA BINTI AMIL HASAN. SAYA TELAH TERANGKAN KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB SERTA HAK-HAK PENAMA DI ATAS SEBAGAI ORANG YANG DITANGKAP DI BAWAH SEKSYEN 28A KPJ DALAM BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI DAN PENAMA DI ATAS FAHAM. SEKIAN LAPORAN SAYA. S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw BUTIR-BUTIR TANGKAPAN: NO: 1 NAMA: RAHIM NOOR NO PASPORT: AL9157345 TARIKH LAHIR: 11/05/1977 UMUR: 47 JANTINA: LELAKI WARGANEGARA: PAKISTAN KETURUNAN: PAKISTANI ALAMAT: NO 1/21, JALAN KESANG LAUT, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR [16] Daripada Laporan Tangkapan yang dikemukakan, dapatlah dipastikan bahawa OYDS ini telah ditahan pada 5 Mei 2025, jam 1700 hrs, bagi satu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. [17] Dalam keadaan ini, timbul persoalan samada permohonan reman yang sewajarnya dibuat adalah di bawah S. 51(5)(b) Akta 155 atau S. 117 Kanun Tatacara Jenayah. [18] Bagi membuat pengesahan terhadap perkara ini, Mahkamah ini telah mengajukan persoalan berkenaan kesalahan yang disiasat terhadap OYDS dalam kes semasa. Namun demikian, Pegawai Penyiasat gagal memberikan sebarang maklum balas yang jelas berkenaan perkara tersebut. Sebaliknya, Pegawai Penyiasat hanya menyatakan bahawa siasatan adalah di bawah S. 51(5)(b) Akta Imigresen. [19] Perlu diambil perhatian bahawa S. 51(5)(b) Akta 155 adalah satu peruntukan bagi permohonan untuk perintah tahanan bagi tujuan siasatan bagi satu kesalahan Imigresen yang dilakukan oleh seseorang individu bukan warganegara. S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw [20] Perkara ini dapat dilihat dalam penghakiman YA Zaharah Ibrahim H (pada ketika itu) dalam kes Sajad Hussain Wani lwn. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia & Satu Lagi [2008] 2 CLJ 403 seperti berikut: “[57] Kuasa pegawai Imigresen di bawah Akta Imigresen untuk menangkap tanpa waran seseorang terhad kepada apa yang diperuntukkan dalam perenggan 51(3)(a) Akta itu, iaitu kuasa untuk menangkap mana-mana orang yang pegawai itu secara munasabah percaya telah melakukan kesalahan terhadap Akta itu. Selain itu, seseorang pegawai Imigresen juga mempunyai kuasa untuk menangkap seseorang di bawah mana-mana peruntukan lain Akta Imigresen yang memberinya kuasa secara khusus untuk membuat tangkapan sedemikian. Ini termasuk kuasa di bawah s. 35 Akta Imigresen.” [penekanan ditambah] [21] Secara ringkasnya, kes di atas merujuk kepada pegawai Imigresen yang membuat tangkapan dan siasatan bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 35 Akta 155 iaitu suatu kesalahan Imigresen. [22] Mahkamah ini juga selanjutnya mengambil iktibar daripada kes Ananthagopi Alaguganesan v. Menteri Dalam Negeri & Ors [2024] 10 CLJ 539 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: [57] The power of arrest under the Immigration Act 1959/63 is provided under s. 51(3)(a), which reads as follows:
3
(3)(a) Any police officer, immigration officer or Customs Officer may arrest without warrant any person who he reasonably believes has committed an offence against this Act. [58] There is a notable difference in the words employed in s. 51(3)(a), compared to those in s. 23(1)(a) of the Criminal Procedure S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw Code. Under the Immigration Act 1959/63, a police officer may arrest any person without a warrant if “he reasonably believes” that that person has committed an offence under the Immigration Act 1959/63. By contrast, under the Criminal Procedure Code, an arrest without warrant may be effected if “a reasonable suspicion exists” that the person to be arrested was concerned in a seizable offence. [59] In my considered view, the formulation of words suggests that the applicable test under s. 51(3)(a) of the Immigration Act 1959/63 is a subjective rather than objective one. What matters is that the arresting officer had an honest belief that an immigration offence has been committed. Nonetheless, the inclusion of the word “reasonably” must mean that there is still an element of objectivity: there must be a reasonable basis for the arresting officer to hold such belief. [60] In my considered view, the onus of proving that the arresting officer held an honest belief that an immigration offence has been committed and that there was a reasonable basis for him to have held that belief, must lie with the arresting officer. This would be consistent with the position under the Criminal Procedure Code. [penekanan ditambah] [23] Berdasarkan kes-kes di atas, dapatlah diambil panduan bahawa permohonan reman di bawah S. 51(5)(b) Akta 155 adalah dibuat bagi siasatan yang dipercayai oleh pegawai tangkapan sebagai satu kesalahan Imigresen. [24] Berbalik kepada kes semasa, dalam situasi di mana Pegawai Penyiasat tidak dapat memberikan justifikasi berkenaan kesalahan yang disiasat terhadap OYDS (dan juga dalam keadaan di mana Pegawai Penyiasat tidak dapat menunjukkan kepada Mahkamah bahawa satu S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw siasatan terhadap kesalahan Imigresen dilakukan oleh OYDS), Mahkamah ini percaya bahawa berdasarkan keterangan dokumentari yang dibekalkan, siasatan pihak polis terhadap OYDS adalah terarah kepada satu kesalahan di bawah S. 420 Kanun Keseksaan. [25] Perlu diambil perhatian bahawa peruntukan tersebut adalah satu kesalahan jenayah am dan bukannya kesalahan Imigresen. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini berpendapat permohonan reman oleh pihak polis sewajarnya dilakukan di bawah S. 117 Kanun Tatacara Jenayah dan bukannya S. 51(5)(b) Akta 155, melainkan sekiranya Pegawai Penyiasat dapat menunjukkan bahawa siasatan bagi kesalahan Imigresen dilakukan terhadap OYDS ini (yang mana gagal ditunjukkan oleh Pegawai Penyiasat dalam kes ini). ISU KEDUA: SAMADA OYDS DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DALAM TEMPOH MASA YANG SAH MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG [26] Dalam kes semasa, Pegawai Penyiasat tertumpu ke arah satu permohonan di bawah S. 51(5)(b) Akta 155. Berkenaan dengan perkara ini, sekalipun sekiranya permohonan dibuat di bawah S. 51(5)(b) Akta 155, peruntukan tersebut jelas bahawa sebarang permohonan untuk perintah tahanan lanjut perlu dibuat dalam tempoh 14 hari selepas seseorang individu bukan warganegara tersebut ditahan. Bermakna, individu tersebut seharusnya dibawa ke hadapan Majistret dalam tempoh 14 hari selepas tahanan dibuat. [27] Prinsip ini jelas ditekankan dalam kes Sajad Hussain Wani lwn. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia & Satu Lagi [supra] dengan nada sedemikian: S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw “[51] Peruntukan dalam s. 35 Akta Imigresen tidak boleh mengatasi kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang melaksanakan Akta Imigresen terlepas pandang tentang peruntukan dalam proviso kedua kepada Fasal (4) Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, badan perundangan telah memasukkan peruntukan yang serupa ke dalam s. 51 Akta Imigresen dan dengan jelas dinyatakan bahawa peruntukan lain Akta itu hendaklah dibaca sebagai tertakluk kepada peruntukan dalam perenggan (a) dan (b) subseksyen 51(5) Akta itu. [52] Oleh yang demikian, pemohon sepatutnya telah dikemukakan ke hadapan seorang Majistret dalam masa 14 hari dari masa dia ditahan. Oleh sebab tahanannya ialah di bawah s. 35 Akta Imigresen, Majistret itu pula hanya boleh membenarkan tahanan yang tidak melebihi 30 hari, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan di bawah s. 35 itu, seperti yang disyaratkan dalam proviso kepada subseksyen 51(5) Akta Imigresen itu.” [penekanan ditambah] [28] Berbalik kepada kes semasa, tahanan terhadap OYDS telah dibuat pada 5 Mei 2025, manakala beliau hanya dihadapkan ke Mahkamah ini pada 26 Mei 2025, iaitu lebih kurang 21 hari selepas penahanan dibuat. [29] Secara alternatif, sekalipun sekiranya permohonan ini dibuat di bawah S. 117 Kanun Tatacara Jenayah, OYDS seharusnya dihadapkan ke Mahkamah dalam tempoh masa 24 jam, di mana ini juga tidak dilakukan dalam kes ini. [30] Oleh hal yang demikian, dalam kedua-dua keadaan ini, Mahkamah ini percaya bahawa tangkapan OYDS pada 5 Mei 2025 yang berterusan sehingga ke tarikh pendengaran permohonan ini jelas tidak berpandukan S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw undang-undang di bawah S. 51(5)(b) Akta 155 dan bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. KESIMPULAN [31] Akhir kata, Mahkamah ini berhasrat untuk memperturunkan kata-kata mutiara YA Gopal Sri Ram FCJ (pada ketika itu) dalam kes Mahkamah Persekutuan SK Tangakaliswaran Krishnan v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2009] 6 CLJ 705 seperti berikut: “[6] So too here. It is for the respondents to prove that the constitutional and statutory safeguards embodied in art. 151 and s. 6(1) were strictly complied with. The liberty of an individual should not be infringed upon even to the slightest extent without proof that the impugned infringement is in accordance with the Constitution and statute. When considering whether a restraint upon liberty is in accordance with law it is to the evidence furnished by the detaining authority that a court must turn in the usual way.” [32] Selanjutnya, dalam kes Ananthagopi Alaguganesan [supra], Mahkamah Tinggi mengingatkan berikut: “[42] An individual’s right of personal liberty is a constitutionally guaranteed right under art. 5 of the Federal Constitution. The provisions of arts. 5, 6, 7, 8, 11 and 13 of the Federal Constitution pertaining to fundamental liberties enure for the benefit all persons, and not just citizens of Malaysia. As such, the right of the plaintiff, an Indian national, to personal liberty is one that is protected under our Constitution.” [33] Tuntasnya, kepentingan menjaga hak asasi individu, samada warganegara atau bukan telah diberikan penekanan dalam pelbagai kes yang diputuskan oleh Mahkamah Atasan selain daripada yang dirujuk di S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw atas. Perkara ini, sangat dipentingkan oleh Mahkamah ini jua. [34] Justeru itu, berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur dan tatacara dalam permohonan reman yang dikemukakan ini. Oleh hal yang demikian, permohonan reman oleh Pemohon adalah sewajarnya ditolak dan Mahkamah ini memerintahkan sedemikian. Bertarikh: 12 Jun 2025 (DHILIP NAIR A/L R.N. ATCHUTHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SEGAMAT, JOHOR S/N rH6qjXbJckiVe0uwGbBPw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.