Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-82D-28-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN DEINIE BIN MUSTAPA [NO. K/P: 810413135419] ALASAN PENGHAKIMAN [1] Deinie bin Mustapa (‘‘tertuduh’’) telah dipertuduh dengan satu
AA-82D-28-10/2022
Magistrates Court of Malaysia3 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(vi) Goh Oon Keow & Anor v. Rex [1948] CLJU 14; [1948] 1 LNS 14; [1949] MLJ 35; and”
“(vi) Goh Oon Keow & Anor v. Rex [1948] CLJU 14; [1948] 1 LNS 14; [1949] MLJ 35; and”
“(v) Seet Ah Ann v. PP [1950] CLJU 81; [1950] 1 LNS 81; [1950] MLJ 293;”
“(v) Seet Ah Ann v. PP [1950] CLJU 81; [1950] 1 LNS 81; [1950] MLJ 293;”
“(vii) Tan Ah Chan v. Regina [1955] CLJU 155; [1955] 1 LNS 155; [1955] MLJ 218.” [20] Mahkamah ini seterusnya merujuk kepada kes Nicholas Mazivanan v. PP [2024] 9 CLJ 736; [2024] 12 MLJ 326, iaitu keputusan terbaru Mahkamah **Note : Serial num”
“(vii) Tan Ah Chan v. Regina [1955] CLJU 155; [1955] 1 LNS 155; [1955] MLJ 218.” [20] Mahkamah ini seterusnya merujuk kepada kes Nicholas Mazivanan v. PP [2024] 9 CLJ 736; [2024] 12 MLJ 326, iaitu keputusan terbaru Mahkamah **Note : Serial number will be used to verify the ori”
“(iv) Koh Teck Chai v. PP [1967] CLJU 72; [1967] 1 LNS 72; [1968] 1 MLJ 166;”
“nestly, without fear of favour and to ensure that the prosecution of charges are based upon the legitimacy of its evidence and fair play to the accused (see Johnson Tan Han Seng v. PP & Other Appeals [1977] CLJU 38; [1977] 1 LNS 38; [1977] 2 MLJ 66; Shiv Kumar v. Hukam Chand & Anor [1999] 7 SCC 467 and Boucher v. The Q”
“(iii) Goh Cheng Chuan v. PP [1990] CLJU 85; [1990] 1 LNS 85; [1990] 3 MLJ 401;”
“n terhadap keperluan di bawah seksyen 254 dan perkara ini telah dihuraikan secara terperinci dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v. PP [2022] 8 CLJ 1; [2022] MLJU 1837. Di dalam kes tersebut, diputuskan bahawa untuk pemakaian seksyen 254, mesti ada komunikasi yang jelas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-82D-28-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN DEINIE BIN MUSTAPA [NO. K/P: 810413135419] ALASAN PENGHAKIMAN [1] Deinie bin Mustapa (‘‘tertuduh’’) telah dipertuduh dengan satu
1
pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Tertuduh diwakili oleh peguambela dan apabila pertuduhan dibacakan, tertuduh memilih untuk dibicarakan atas pertuduhan terhadapnya. [2] Pertuduhan ke atas tertuduh adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 19.07.2022 jam lebih kurang 2239 hrs di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak dalam Daerah Kinta Dalam Negeri Perak telah dapati mengguna dadah kepada diri sendiri iaitu dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Hukuman: Denda tidak lebih lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan di bawah seksyen 38B ADB 1952 selama tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.” [3] Pada 03 Oktober 2025, Mahkamah ini telah memerintahkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (“A&D”) daripada pertuduhan di bawah seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) setelah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal meneruskan bicara berikutan ketidakhadiran saksi-saksi pendakwaan. [4] Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dan telah memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah tersebut dan alasan penghakiman ini disediakan atas rayuan tersebut, walaupun Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan seharusnya memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap perintah Mahkamah ini. LATAR BELAKANG KES [5] Tertuduh dalam kes ini telah dituduh atas kesalahan sepertimana pertuduhan di atas pada 14 Oktober 2022 di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Ipoh. Tertuduh kemudiannya diwakili oleh peguam bernama Encik Tun Amar dari Tetuan Amar & Co dan seterusnya oleh peguam bernama Encik Jagdeep Singh dari Tetuan Amira & Jagdave (Ipoh) sejak 07 Januari 2025. [6] Selepas beberapa kali tarikh bicara ditetapkan, hanya pada 09 Julai 2025 seorang saksi pendakwaan, SP1 (pembawa spesimen) telah hadir ke Mahkamah dan memberikan keterangan. [7] Seterusnya, pada 12 September 2025, pihak pendakwaan telah memaklumkan Mahkamah bahawa tiada saksi yang hadir bagi perbicaraan dan memohon penangguhan. Pada masa ini, peguam pembelaan telah memohon supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dan berhujah bahawa perintah DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan), jika diberikan tidak akan membawa apa-apa kesan kepada tertuduh. Mahkamah pada tarikh ini telah membenarkan penangguhan dengan memberikan amaran kepada pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran saksi pada tarikh seterusnya. [8] Pada 25 September 2025, Timbalan Pendakwa Raya telah meneruskan perbicaraan kes dengan memanggil dua (2) orang saksi. [9] Akhirnya, pada tarikh sambung bicara seterusnya iaitu pada 03 Oktober 2025, Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan Mahkamah bahawa ketiga-tiga baki saksi bagi pihak pendakwaan tidak hadir bagi perbicaraan kes ini. Hal ini kerana saksi DSP Fazura telah hadir ke perbicaraan kes di Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Oktober dan pada 03 Oktober 2025 merupakan hari pergerakan beliau dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Seterusnya, pegawai eskot Koperal Faizul Azmi pula bercuti selama lima (5) hari iaitu dari 29 September sehingga 03 Oktober 2025. Bagi pegawai penyiasat pula, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat hanya akan dikemukakan selepas semua saksi lain ini dikemukakan. Dengan itu, pada 03 Oktober 2025 telah dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan sekali lagi tidak bersedia dengan saksi-saksi untuk meneruskan perbicaraan kes ini. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [10] Disebabkan tiada saksi yang hadir ke Mahkamah untuk tujuan perbicaraan, peguam pembelaan telah memohon kepada Mahkamah untuk perintah A&D terhadap tertuduh. [11] Antara alasan peguam pembelaan adalah tertuduh merupakan seorang pegawai polis yang dituduh pada Oktober 2022 dan disebabkan pertuduhan ini tertuduh telah digantung kerja selama 3 tahun dan adalah prejudis kepada tertuduh. [12] Peguam juga telah merujuk kepada keputusan kes di Mahkamah Tinggi Melaka, Yussof Daniel Khairul Hisham v. Public Prosecutor [2025] 2 CLJ 1018, di mana fakta kes tersebut adalah hampir sama dengan kes ini. Dengan itu, peguam menghujahkan bahawa Mahkamah seharusnya memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan apabila pihak pendakwaan tidak dapat memastikan kehadiran saksi pendakwaan di Mahkamah untuk memberikan keterangan. [13] Berkenaan dengan hujahan ini, pihak pendakwaan telah memohon Mahkamah untuk tidak melepaskan dan membebaskan tertuduh dalam kes ini oleh kerana kes telah selesai dengan dua (2) orang saksi dan hanya tinggal tiga (3) saksi lagi untuk menutup kes pendakwaan. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa tarikh-tarikh bicara yang ditetapkan menunjukkan keseriusan pihak-pihak untuk meneruskan kes. [14] Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga berhujah bahawa kes adalah melibatkan kes urin di mana laporan patologi telahpun keluar dan menunjukkan tertuduh ini positif dadah yang berkenaan. Itu adalah antara dokumen yang berkenaan yang didampingkan di dalam pertuduhan ini yang menunjukkan pertuduhan dan juga keterangan dokumen berkenaan adalah menyokong. Oleh demikian, pihak pendakwaan memohon agar kes ini tidak di-A&Dkan dan untuk diteruskan perbicaraan ini pada tarikh-tarikh bicara yang telah ditetapkan. [15] Di samping itu, pihak pendakwaan pula telah merujuk kepada kes Vigny Subramaniam [2006] 1 MLJ 160 di mana dalam kes ini saksi pihak pendakwaan tidak menghadirkan diri walaupun telah diberikan banyak peluang. Hakim dalam kes ini memutuskan untuk DNAA tertuduh oleh kerana tidak ada kepastian sebab penangguhan kes dan pendirian pendakwaan. Sekali lagi pihak pendakwaan merujuk kepada Pendakwaraya v. Nordin bin Ahmad, kes tahun 1988, rujukan 5 MLJ 576, di mana dalam kes ini saksi pendakwaan gagal hadir beberapa kali dan hakim dalam kes ini memutuskan untuk DNAA kan kes ini kerana masih ada ruang untuk pendakwaraya memutuskan kes. ISU UTAMA [16] Sama ada Mahkamah ini bertindak secara betul apabila memerintahkan perintah A&D terhadap tertuduh. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERINTAH DNAA ATAU A&D DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH [17] Mahkamah ini telah merujuk kepada peruntukan seksyen 254 KTJ yang memperuntukkan seperti berikut: “Public Prosecutor may decline to prosecute further at any stage
1
At any stage of any trial, before the delivery of judgment, the Public Prosecutor may, if he thinks fit, inform the Court that he will not further prosecute the accused upon the charge and thereupon all proceedings on the charge against the accused shall be stayed and the accused shall be discharged of and from the same.
2
At any stage of any trial before a sessions Court or a Magistrates Court before the delivery of judgment, the officer conducting the prosecution may, if he thinks fit, inform the Court that he does not propose further to prosecute the accused upon the charge, and thereupon all proceedings on the charge against the accused may be stayed by leave of the Court and, if so stayed, the accused shall be discharged of and from the same.
3
Such discharge shall not amount to an acquittal unless the Court so directs.” [18] Undang-undang adalah jelas bahawa di bawah seksyen 254(3) KTJ, dalam menentukan sama ada Mahkamah perlu memerintahkan perintah DNAA atau A&D, Mahkamah perlu ada suatu penghargaan terhadap keperluan di bawah seksyen 254 dan perkara ini telah dihuraikan secara terperinci dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v. PP [2022] 8 CLJ 1; [2022] MLJU 1837. Di dalam kes tersebut, diputuskan bahawa untuk pemakaian seksyen 254, mesti ada komunikasi yang jelas dan disengajakan daripada pihak pendakwaan bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan. Kedudukan asas menurut majoriti panel dalam kes tersebut adalah bahawa perintah mestilah pelepasan tanpa pembebasan kecuali jika Mahkamah mengarahkan sebaliknya. Oleh sebab kedudukan asas adalah pelepasan tanpa pembebasan, maka mesti terdapat keadaan atau alasan di dalam rekod yang menunjukkan bahawa kedudukan tersebut perlu diketepikan demi memberikan pembebasan. [19] Maka, jelas bahawa walaupun kedudukan asas adalah pelepasan tanpa pembebasan, Mahkamah tetap mempunyai budi bicara untuk membuat perintah pembebasan jika fakta dan keadaan kes menghendaki sedemikian. Budi bicara tersebut mesti dilaksanakan secara bijaksana. YAA Zabariah Mohd Yusof FCJ menyatakan dalam kes Vigny Alfred Raj Vicetor Amratha Raja v. PP (supra) seperti berikut: “[92] I have read and examined the authorities and cases referred to, in the judgment and found that, they never ruled on the interpretation to be accorded to s. 254(3) of the CPC to the effect that “the court has to specifically direct that the discharge does not amount to an acquittal. Otherwise, the default position is that the discharge amounts to an acquittal.” In my view, what those cases held were that, the court is vested with the discretionary power to direct an acquittal of an accused person pursuant to s. 254(3) of the CPC and that such discretion is to be exercise judiciously. In other words, s. 254(3) of the CPC does not fetter the discretion of the court in directing that the discharge to amount to an acquittal, if circumstances warrant it. The following cases support this proposition:
i
PP v. Ambika M A Shanmugam [2021] 2 CLJ 522; [2021] 2 MLJ 723;
II
(ii) Mohamed Kanathi Meerah Mydin v. PP [2019] 2 CLJ 28; [2019] 2 MLJ 194;
III
(iii) Goh Cheng Chuan v. PP [1990] CLJU 85; [1990] 1 LNS 85; [1990] 3 MLJ 401;
IV
(iv) Koh Teck Chai v. PP [1967] CLJU 72; [1967] 1 LNS 72; [1968] 1 MLJ 166;
v
Seet Ah Ann v. PP [1950] CLJU 81; [1950] 1 LNS 81; [1950] MLJ 293;
VI
(vi) Goh Oon Keow & Anor v. Rex [1948] CLJU 14; [1948] 1 LNS 14; [1949] MLJ 35; and
VII
(vii) Tan Ah Chan v. Regina [1955] CLJU 155; [1955] 1 LNS 155; [1955] MLJ 218.” [20] Mahkamah ini seterusnya merujuk kepada kes Nicholas Mazivanan v. PP [2024] 9 CLJ 736; [2024] 12 MLJ 326, iaitu keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Muar. Dalam kes tersebut, fakta menunjukkan bahawa walaupun terdapat banyak penangguhan dan beberapa amaran, pihak pendakwaan gagal memberikan sebarang keputusan terhadap representasi yang difailkan oleh tertuduh, terdapat kekurangan siasatan, menyebabkan pertuduhan berada dalam keadaan tidak menentu, dan juga terdapat kegagalan untuk memastikan kehadiran saksi-saksi. Di samping itu, pihak pendakwaan juga gagal untuk membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh; sebaliknya pihak pendakwaan hanya memohon penangguhan lanjut. Majistret telah memerintahkan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan dan menolak permohonan tertuduh untuk dilepas dan dibebaskan. [21] Dalam memutuskan untuk memberikan perintah A&D, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk menunjukkan kesediaan dalam pendakwaan, sebagaimana yang ditunjukkan melalui penangguhan berulang, membawa maksud terdapat kekurangan niat untuk mendakwa kes dengan bersungguh-sungguh. Mahkamah turut memutuskan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembebasan bagi mengelakkan ketidakadilan dan bebanan yang tidak sepatutnya terhadap tertuduh. [22] Berdasarkan kepada kedudukan undang-undang yang jelas seperti di atas, Mahkamah mendapati Mahkamah ini mempunyai kuasa muktamad untuk memerintahkan tertuduh dalam kes ini dilepaskan dan dibebaskan sekiranya fakta dan keadaan menghendaki sedemikian dan kuasa ini hendaklah dilaksanakan dan berhati-hati dan bijaksana dengan mengambilkira kepentingan awam serta mengelakkan ketidakadilan dan bebanan yang tidak sepatutnya terhadap tertuduh. PERTIMBANGAN MAHKAMAH
1
Kegagalan pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan perbicaraan setelah beberapa kali penangguhan [23] Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal memastikan kehadiran saksi-saksi pendakwaan pada tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. Kegagalan ini telah menyebabkan perbicaraan tidak dapat diteruskan sebagaimana yang dijadualkan. [24] Berhubung saksi DSP Fazura, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa saksi tersebut telah hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Oktober 2025 dan tidak dapat hadir ke Mahkamah ini pada 3 Oktober 2025 kerana tarikh tersebut merupakan hari perjalanan pulang beliau ke Kuala Lumpur. Bagi menyokong alasan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan salinan sapina yang dikeluarkan kepada saksi berkenaan. [25] Setelah diteliti, Mahkamah mendapati bahawa sapina yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu adalah bagi kes bernombor TA-82D- 3-02/2024 dan telah dikeluarkan pada 17 September 2025. Sebaliknya, sapina yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh kepada saksi yang sama telah dikeluarkan lebih awal, iaitu pada 15 Ogos 2025, dengan arahan untuk hadir ke Mahkamah pada 12 dan 25 September serta 3 Oktober 2025. Hasil semakan menunjukkan bahawa saksi tersebut tidak hadir pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah ini, sebaliknya memilih untuk hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. Mahkamah berpendapat bahawa kes di Mahkamah ini sewajarnya diberikan keutamaan memandangkan ia telah didaftarkan lebih awal, iaitu pada tahun 2022. Tambahan pula, tiada alasan munasabah dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menjelaskan ketidakhadiran saksi tersebut pada 12 dan 25 September 2025. [26] Berkenaan saksi Lans Koperal Faizul Azmi pula, pihak pendakwaan menyatakan bahawa saksi tersebut tidak dapat hadir kerana bercuti dari 29 September 2025 hingga 3 Oktober 2025. Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan borang permohonan cuti yang dibuat oleh saksi berkenaan pada 26 September 2025. [27] Mahkamah mendapati bahawa tarikh perbicaraan telah ditetapkan sejak 9 Julai 2025 dan sapina telah dikeluarkan pada 15 Ogos 2025. Walaupun pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti serahan sempurna sapina (kaki sapina), Mahkamah, demi keadilan, menerima bahawa serahan telah dibuat memandangkan alasan ketidakhadiran saksi telah dikemukakan. Namun demikian, Mahkamah berpendapat bahawa saksi-saksi tersebut tidak memberikan keutamaan sewajarnya terhadap sapina yang telah diserahkan. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran saksi pada setiap tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah. [28] Di bawah seksyen 376 KTJ, pihak pendakwaan hendaklah mempunyai kawalan terhadap haluan semua prosiding jenayah. Prinsip ini bukan sahaja menuntut kejujuran dan keadilan, tetapi juga kecekapan dalam mengurus saksi dan pembuktian supaya perbicaraan dapat diselesaikan dalam tempoh munasabah, sepertimana ditekankan oleh Mahkamah dalam kes Yussof Daniel Khairul Hisham V. PP (supra) seperti berikut: “[18] In this court’s view, the expression “the prosecution shall have control over the direction of all criminal proceedings and prosecutions” means not only that the prosecution must act honestly, without fear of favour and to ensure that the prosecution of charges are based upon the legitimacy of its evidence and fair play to the accused (see Johnson Tan Han Seng v. PP & Other Appeals [1977] CLJU 38; [1977] 1 LNS 38; [1977] 2 MLJ 66; Shiv Kumar v. Hukam Chand & Anor [1999] 7 SCC 467 and Boucher v. The Queen [1954] 110 Can CC 263), but also that the prosecution must manage its witnesses in the interest of timely conclusion of its case within the time allocated by the court, especially as in the present case when the accused has been DNAA and charged repeatedly.” [29] Kegagalan memastikan kehadiran saksi-saksi ke perbicaraan mencerminkan kurangnya persediaan yang sewajarnya oleh pihak pendakwaan serta ketidakpatuhan terhadap arahan Mahkamah dalam pengendalian kes ini. Keadaan ini adalah lebih ketara memandangkan pihak pendakwaan mempunyai tempoh kira-kira dua bulan dari tarikh penetapan perbicaraan untuk membuat persediaan rapi dan memastikan kehadiran saksi-saksi pendakwaan. [30] Mahkamah menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan sesuatu kes dibicarakan secara cekap, teratur dan tanpa penangguhan yang tidak perlu. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menjejaskan kelancaran prosiding Mahkamah, malah berpotensi mendatangkan prejudis kepada tertuduh, khususnya dari segi hak untuk dibicarakan dalam tempoh yang munasabah serta demi kepentingan keadilan yang menyeluruh. [31] Mahkamah berpendapat bahawa ketidakhadiran saksi-saksi material akibat kegagalan persediaan ini telah melemahkan kes pendakwaan dan menimbulkan keraguan terhadap kesungguhan pihak pendakwaan dalam meneruskan pertuduhan. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah tidak boleh membenarkan perbicaraan ini berlarutan semata-mata untuk menampung kelemahan pihak pendakwaan. Tindakan sedemikian akan bertentangan dengan prinsip keadilan dan berpotensi membawa kepada penyalahgunaan proses Mahkamah. [32] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk bersedia dan mematuhi arahan Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan membawa kesan undang-undang yang serius terhadap perjalanan kes ini, dan Mahkamah adalah berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan kuasa dan budi bicara Mahkamah demi memastikan keadilan ditegakkan.
2
Kesungguhan tertuduh dalam penyelesaian kes [33] Rekod Mahkamah jelas menunjukkan bahawa tertuduh telah hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh yang ditetapkan sejak kes ini didaftarkan. Tiada sebarang kegagalan kehadiran direkodkan di pihak tertuduh. Kehadiran yang konsisten ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen tertuduh untuk menghadapi pertuduhan serta memastikan kes ini diselesaikan dengan sewajarnya. [34] Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak pernah diberikan peluang yang sebenar dan munasabah untuk membela diri sepenuhnya berikutan kegagalan berterusan pihak pendakwaan untuk memastikan kehadiran saksi-saksi pendakwaan. Keadaan ini telah menyebabkan perbicaraan tidak dapat diteruskan secara teratur. [35] Mahkamah turut mengambil maklum bahawa meskipun kes ini telah didaftarkan pada tahun 2022, sehingga tahun 2025 hanya dua (2) orang saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan. Perkembangan yang amat perlahan ini menunjukkan bahawa perbicaraan tidak berjalan dengan kadar yang munasabah sebagaimana yang dituntut oleh prinsip keadilan jenayah. [36] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat bahawa kelewatan yang berpanjangan ini bukanlah berpunca daripada sebarang tindakan atau keingkaran tertuduh, sebaliknya adalah akibat kegagalan pihak pendakwaan mengendalikan kes dengan cekap. Kelewatan tersebut berpotensi menjejaskan hak tertuduh untuk dibicarakan dalam tempoh yang munasabah serta memberi kesan terhadap kepentingan keadilan secara keseluruhan.
3
Kepentingan keadilan kepada tertuduh [37] Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa kewujudan dokumen dan keterangan yang menunjukkan terdapat asas pertuduhan merupakan alasan untuk menolak permohonan tertuduh bagi perintah A&D. Prinsip asas undang-undang jenayah adalah jelas, iaitu setiap tertuduh adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada pihak pendakwaan dan kegagalan pihak tersebut untuk mengemukakan kes secara teratur tidak boleh dipindahkan sebagai beban kepada tertuduh. [38] Mahkamah telah menimbangkan apakah bentuk keadilan yang wajar diberikan dalam keadaan ini. Adalah tidak adil untuk membiarkan tertuduh terus berada dalam keadaan di mana masyarakat memandang serong terhadapnya hanya kerana pertuduhan masih tergantung tanpa penyelesaian muktamad, lebih-lebih lagi apabila tertuduh merupakan seorang anggota polis. Sekiranya Mahkamah hanya memberikan perintah DNAA, tertuduh akan terus berada dalam ketidakpastian mengenai bila pertuduhan akan difailkan semula serta terpaksa menunggu sekali lagi kehadiran saksi-saksi pendakwaan. [39] Mahkamah juga mengambil kira bahawa kemungkinan didakwa semula dalam tempoh yang tidak menentu akan menyebabkan tertuduh dan keluarganya terus menanggung tekanan mental dan emosi, di samping beban kewangan dalam mempertahankan diri. Implikasi terhadap tertuduh bukan sahaja melibatkan reputasi dan kerjaya, malah turut menjejaskan kehidupan peribadi dan keluarganya. Tertuduh telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan telah menanggung lebih daripada tiga (3) tahun ketidakpastian dalam usaha membersihkan namanya, sedangkan pihak pendakwaan berulang kali memohon penangguhan atas alasan yang sama. [40] Dalam keadaan ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam tertuduh bahawa perintah yang wajar perlu ditentukan semula bagi mengelakkan sistem keadilan jenayah dijadikan suatu bentuk penindasan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, serta untuk mengelakkan kesusahan yang tidak perlu ke atas tertuduh. [41] Mahkamah turut mengambil kira bahawa tertuduh sentiasa bersedia untuk meneruskan perbicaraan bagi membersihkan namanya. Setelah hampir tiga (3) tahun berdepan dengan ketidakpastian dan kesukaran, perintah DNAA semata-mata akan mengekalkan bayangan pertuduhan terhadap tertuduh dan tidak mengubah persepsi masyarakat. Ancaman untuk didakwa semula akan terus menghantui tertuduh tanpa sebarang jaminan penyelesaian muktamad. [42] Maka berdasarkan fakta dan keadaan yang telah dihuraikan, Mahkamah mendapati wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan A&D terhadap tertuduh. Keputusan ini dibuat berlandaskan kuasa Mahkamah di bawah seksyen 254(3) KTJ untuk menentukan perintah yang paling sesuai apabila pihak pendakwaan tidak bersedia untuk meneruskan perbicaraan. Kuasa tersebut hendaklah dilaksanakan demi menegakkan keadilan, memastikan tertuduh tidak terus berada di bawah bayangan pertuduhan yang tidak diselesaikan, serta memelihara integriti proses kehakiman. [43] Mengambil kira keseluruhan fakta, termasuk kegagalan berulang pihak pendakwaan, tempoh masa yang berpanjangan, serta kepentingan menegakkan keadilan kepada tertuduh, Mahkamah ini berpendapat bahawa perintah pelepasan dan pembebasan adalah selaras dengan undang-undang dan prinsip keadilan. [44] Mahkamah juga mendapati bahawa keputusan ini selari dengan pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Yussof Daniel Khairul Hisham v. PP, yang telah dirujuk oleh peguam tertuduh. Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi mengambil kira implikasi negatif yang ditanggung oleh tertuduh, termasuk kerosakan reputasi, tekanan emosi, gangguan terhadap pekerjaan dan kehidupan keluarga, penderitaan selama beberapa tahun serta ketidakpastian yang berterusan, dan seterusnya memerintahkan pelepasan yang membawa kepada pembebasan sebagai menggantikan perintah DNAA yang diberikan oleh Mahkamah Majistret. Pendekatan tersebut mencerminkan keutamaan terhadap prinsip keadilan dan kebebasan kehakiman dalam memastikan proses jenayah tidak menjadi suatu beban yang berpanjangan tanpa penyelesaian muktamad. KESIMPULAN [45] Berdasarkan keseluruhan fakta dan keadaan kes, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal menunjukkan kesediaan untuk meneruskan perbicaraan serta tidak mengemukakan alasan yang munasabah bagi penangguhan yang dipohon. Kelewatan yang berpanjangan ini tidak boleh dibiarkan berterusan sehingga menyebabkan tertuduh terus menanggung beban pertuduhan tanpa penyelesaian muktamad. [46] Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak wajar tertuduh dibiarkan berada dalam keadaan ketidakpastian dan penderitaan akibat kelemahan pihak pendakwaan sendiri. Sehubungan itu, kuasa budi bicara Mahkamah di bawah seksyen 254(3) KTJ telah digunakan dengan penuh penelitian dan secara berhati-hati bagi memastikan keadilan ditegakkan serta mengelakkan berlakunya penyalahgunaan proses Mahkamah. [47] Dengan mengambil kira kepentingan keadilan, hak tertuduh untuk dibicarakan dalam tempoh yang munasabah, serta kegagalan berulang pihak pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa perintah pelepasan dan pembebasan adalah wajar dan selaras dengan prinsip undang-undang. [48] Alasan penghakiman ini dikemukakan bagi tujuan pertimbangan dan semakan oleh Yang Arif Mahkamah Tinggi. Mahkamah yakin bahawa keputusan yang dibuat adalah berasaskan penilaian menyeluruh terhadap fakta dan undang-undang yang terpakai, serta menyeimbangkan kepentingan awam dengan hak tertuduh demi menegakkan keadilan. Bertarikh 27 Februari 2026
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.