Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCvC-17-10/2020 DELMA TRADING … PLAINTIF (NO. Pendaftaran: 200603115339/KT0213766-H)
DA-21NCvC-17-10/2020
High Court of Malaysia23 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“contract as a contingent condition, the effect of which is that the contract shall not take effect unless and until the condition is fulfilled. … This is in effect laid down by section 33 (a) of the Contracts Act which enacts- “33 (a) of Contracts Act - contingent contracts to do or not to do anything if an uncertain f”
“tingent contract). Ia tertakluk atau bergantung kepada pengeluaran satu lesen oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perhutanan Negara 1984 (National Forestry Act 1984) yang menyatakan seperti berikut: “No person shall take any forest produce from a permanent r”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCvC-17-10/2020 DELMA TRADING … PLAINTIF (NO. Pendaftaran: 200603115339/KT0213766-H)
1
1.
2
PENGARAH JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tindakan yang dibawa oleh plaintif terhadap defendan-defendan ini adalah berkenaan tuntutan gantirugi bagi kemungkiran dan/atau repudiasi perjanjian dan/atau perbuatan misfeasans dan/atau representasi cuai berkenaan satu kawasan pembalakan di Kompartmen 1 (sebahagian) Hutan Simpan Kekal Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan seluas 50 hektar (“kawasan pembalakan tersebut”). Latar Belakang [2] Melalui sepucuk surat bertarikh 23.09.2007 (“surat kelulusan pembalakan”), defendan kedua telah memaklumkan kepada plaintif 19/03/2025 11:44:55 DA-21NCvC-17-10/2020 Kand. 44 S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA bahawa permohonan plaintif bagi mengeluarkan kayu balak di dalam hutan simpan kekal seluas 50 hektar telah diluluskan di Kompartmen 1 (sebahagian) Hutan Simpan Kekal Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan. [3] Surat kelulusan pembalakan tersebut juga menyatakan syarat-syarat kelulusan dan mengenakan beberapa bayaran yang kesemuanya berjumlah RM61,100.00 dan menyertakan satu pelan kawasan kompartmen 1. [4] Setelah menerima surat kelulusan pembalakan tersebut, plaintif telah membuat bayaran penuh berjumlah RM61,100.00 kepada defendan kedua dalam masa yang ditetapkan dalam surat kelulusan pembalakan tersebut. [5] Selepas menerima bayaran RM61,100.00 daripada plaintif tersebut, defendan kedua telah mengeluarkan surat penetapan batasan tebangan bertarikh 3.9.2008 (“surat penetapan batasan tebangan”) bagi kawasan pembalakan yang diluluskan kepada plaintif. Surat tersebut ditujukan kepada Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Selatan iaitu pegawai yang berada di bawah seliaan dan tanggungjawab kedua-dua defendan. [6] Surat penetapan batasan tebangan tersebut antara lainnya mengarahkan Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Selatan tersebut untuk menjalankan kerja-kerja penandaan pokok (tagging) dalam kawasan pembalakan tersebut. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA [7] Setelah kerja-kerja penandaan pokok bagi kawasan pembalakan tersebut telah selesai, Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Selatan telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh Jun, 2010 (“surat Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Selatan”) kepada plaintif memberitahu plaintif bahawa kerja-kerja penandaan sempadan bagi Kompartmen 1 (sebahagian) Hutan Simpan Kekal Lojing telah siap dijalankan menurut pelan yang diluluskan. Plaintif juga dikehendaki mematuhi dan melakukan beberapa perkara yang dinyatakan dalam surat tersebut bagi tujuan penyediaan deraf lesen. [8] Selanjutnya dalam bulan Oktober, 2010, plaintif telah menerima sepucuk surat daripada Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Selatan meminta plaintif membuat bayaran berkenaan beberapa perkara yang kesemuanya berjumlah RM5,450.00 bagi tujuan pengeluaran lesen. Plaintif telah menjelaskan bayaran RM5,450.00 yang diminta tersebut. [9] Sekitar tahun 2013, plaintif mendapat tahu bahawa terdapatnya pembekuan ke atas lesen pembalakan bagi kawasan pembalakan yang telah diluluskan di kawasan Lojing yang melibatkan kawasan tanah tinggi. [10] Plaintif telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 19.11.2013 kepada defendan kedua memohon agar lesen membalak No. Ds 01-30/2011 dikeluarkan memandangkan kawasan pembalakan tersebut yang telah diluluskan kepada plaintif adalah tidak termasuk dalam kawasan tanah tinggi. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA [11] Plaintif telah menerima sesalinan surat defendan kedua bertarikh 10.10.2017 yang dihantar kepada Urusetia Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing memanjangkan rayuan plaintif untuk mendapatkan lesen dan mengusahasilkan Hutan Simpan Kekal Lojing di Kompartmen
1
[12] Akhirnya, plaintif telah menerima sesalinan surat bertarikh 30.11.2017 daripada defendan kedua memaklumkan bahawa permohonan plaintif untuk meneruskan proses kelulusan untuk mengusahasilkan kawasan Hutan Simpan kekal Lojing tidak dapat dipertimbangkan kerana kawasan tersebut terlibat dengan dasar kerajaan negeri terhadap pembekuan pengusahasilan di tanah tinggi Lojing. Melalui surat ini juga, defendan kedua meminta agar plaintif mengenalpasti kawasan pembalakan dalam kawasan hutan simpan yang lain yang tidak terlibat dengan pembekuan tanah tinggi Lojing untuk tindakan lanjut defendan kedua. [13] Melalui tindakan ini, plaintif menuntut daripada defendan-defendan seperti berikut:
a
Ganti rugi am berjumlah RM3,000,000.00;
b
Ganti rugi khas;
c
Ganti rugi teruk berjumlah RM1,000,000.00;
d
Ganti rugi teladan berjumlah RM1,000,000.00;
e
Ganti rugi misfeasans berjumlah RM1,000,000.00;
f
Kerugian hasil plaintif berjumlah RM4,522,569.00;
g
Faedah atas jumlah di perenggan-perenggan (a) hingga (f) di atas pada kadar 5% setahun yang dikira dari tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh pembayaran penuh dan muktamad, atau S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA pada sebarang kadar dan untuk sebarang tempoh yang difikirkan wajar dan adil oleh Mahkamah yang mulia ini;
h
Kos tindakan; dan
i
Sebarang relif lanjut atau lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang mulia ini. Isu-Isu Untuk Diputuskan [14] Terdapat lima isu yang dihujahkan untuk diputuskan oleh Mahkamah ini seperti berikut.
i
Sama ada telah berlaku satu kemungkiran atau repudiasi perjanjian oleh defendan kedua terhadap plaintif berkaitan dengan kelulusan mengusahasilkan kawasan pembalakan tersebut.
II
(ii) Sama ada defendan kedua telah membuat representasi-representasi cuai kepada plaintif berkaitan dengan kebolehhasilan kawasan pembalakan tersebut yang telah diluluskan kepada plaintif dalam tahun 2007 walaupun terdapat perintah pembekuan yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2006.
III
(iii) Sama ada perbuatan defendan kedua meluluskan konsesi pembalakan tersebut kepada plaintif pada tahun 2007 iaitu selepas perintah pembekuan dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 2006 telah melakukan tort misfeasans di dalam menjawat jawatan awam. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA
IV
(iv) Sama ada defendan pertama, Kerajaan Negeri Kelantan adalah bertanggungan ke atas defendan kedua di bawah prinsip liabiliti vikarius.
v
Sama ada plaintif telah menanggung kerugian akibat tindakan dan ketinggalan yang telah dilakukan oleh defendan kedua. Isu Pertama [15] Berkenaan isu pertama ini, peguam plaintif yang bijaksana telah menghujahkan bahawa melalui surat kelulusan pembalakan tersebut yang menyatakan syarat-syarat tawaran konsesi pembalakan serta tindakan plaintif dalam membuat bayaran yang dikenakan serta menjalankan tindakan-tindakan yang disyaratkan dalam surat kelulusan pembalakan tersebut telah mewujudkan satu perjanjian yang mengikat antara plaintif dan defendan kedua walaupun tanpa perjanjian bertulis yang rasmi dan tanpa lesen pembalakan (lesen mengambil hasil hutan) dikeluarkan. Oleh itu, apabila defendan kedua kemudiannya telah gagal meneruskan untuk mengeluarkan lesen pembalakan kepada plaintif bagi kawasan pembalakan tersebut, defendan kedua telah memungkiri atau telah melakukan repudiasi kepada perjanjian tersebut. [16] Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang bijaksana yang mewakili kedua-dua defendan pula telah menghujahkan bahawa tiada sebarang perjanjian bertulis telah dimasuki antara pihak-pihak berkenaan kawasan pembalakan tersebut dan lesen mengambil hasil hutan juga belum dikeluarkan S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA maka tiada sebarang perjanjian antara pihak-pihak dan tiada sebarang perlanggaran atau repudiasi kontrak telah berlaku. Analisis dan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu pertama [17] Berkenaan isu pertama ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa surat kelulusan pembalakan bertarikh 23.09.2007 yang telah dikeluarkan oleh defendan kedua kepada plaintif merupakan satu tawaran kepada plaintif untuk mengeluarkan kayu balak dalam hutan simpan kekal seluas 50 hektar sebagaimana pelan kawasan Kompartmen 1 yang disertakan bersama dengan surat tersebut. Perenggan 3 surat kelulusan pembalakan tersebut secara jelas menyatakan seperti berikut: “Sekiranya tuan bersetuju dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, sila kembalikan jawapan berkembar yang telah diisikan dengan lengkap serta bayaran penuh ke pejabat ini dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat ini. Sekiranya jabatan tidak menerima bayaran dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan ini dengan sendirinya terbatal.” [18] Setelah menerima surat kelulusan pembalakan tersebut, plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM61,100.00 sebagaimana yang disyaratkan dalam surat kelulusan pembalakan tersebut. Fakta tentang pembayaran RM61,100.00 ini telah dibuat adalah termasuk dalam fakta-fakta yang dipersetujui. [19] Berdasarkan surat kelulusan pembalakan tersebut dan berdasarkan fakta bahawa plaintif telah menerima syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat kelulusan pembalakan tersebut dan seterusnya S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA membuat bayaran sebagaimana yang disyaratkan, Mahkamah ini mendapati bahawa telah wujud satu perjanjian antara kedua-dua pihak plaintif dan defendan kedua. [20] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat bahawa suatu perjanjian pembalakan atau perjanjian untuk mengeluarkan atau mengusahasilkan kayu balak adalah bersifat kontrak bersyarat (contingent contract). Ia tertakluk atau bergantung kepada pengeluaran satu lesen oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perhutanan Negara 1984 (National Forestry Act 1984) yang menyatakan seperti berikut: “No person shall take any forest produce from a permanent reserved forest or a state land except –
a
under the authority of a licence, minor licence or use permit; or [21] Syarat ini telah ditetapkan oleh undang-undang. Walaupun perjanjian atau surat tawaran atau surat kelulusan pembalakan tidak menyatakan syarat tersebut secara nyata, ia tetap menjadi perjanjian bersyarat secara tersirat atau melalui operasi undang-undang. Oleh itu perjanjian pembalakan semata-mata tidak membolehkan pihak pembalak (plaintif) untuk mengeluarkan kayu balak dari dalam kawasan konsesi hutan simpan yang telah diluluskan. Pengeluaran hasil hutan atau kayu balak hanya boleh dijalankan setelah lesen pembalakan atau lesen mengeluarkan hasil hutan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA [22] Pengeluaran lesen pembalakan atau lesen mengeluarkan hasil hutan ini pula adalah hak prerogatif Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 16 Akta Perhutanan Negara tersebut. [23] Dalam kes ini, seperti yang dinyatakan di atas, bahawa kontrak pembalakan ini merupakan kontrak bersyarat menurut seksyen 32 Akta Kontrak 1950. Selagi mana perkara yang disyaratkan tersebut tidak berlaku, kontrak tersebut tidak dapat dikuatkuasakan menurut Seksyen 33 (a) Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: “Contingent contracts to do or not to do anything if an uncertaint future event happens cannot be enforced by law unless and until that event has happened.” [24] Bagi isu ini, oleh kerana lesen pembalakan atau lesen mengambil hasil hutan tidak dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang mana ianya adalah diluar kawalan dan kuasa defendan kedua, maka defendan kedua tidak boleh dikatakan telah memungkiri atau membuat repudiasi kontrak tersebut. Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa defendan kedua tidak memungkiri atau membuat repudiasi kepada kontrak tersebut. [25] Oleh kerana pliding dan hujahan pihak-pihak hanya berkenaan kemungkiran dan repudiasi kontrak, Mahkamah ini hanya menyatakan perkara berikut secara obiter dictum. [26] Kesan kepada kontrak tersebut apabila lesen pembalakan tidak dikeluarkan ialah kontrak tersebut telah jadi terbatal (void contract). S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA [27] Dalam kes National Land Finance Co-operative Society Ltd v. Sharidal Sdn Bhd [1983] 1MLRA 127 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, dimana dalam kes tersebut, perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli adalah tertakluk kepada kelulusan Foreign Investment Committee (FIC). Kelulusan FIC tidak berjaya diperolehi. Mahkamah telah putuskan seperti berikut: “[12] …. The Parties are under no obligation to complete the transaction and the agreement may be then regarded as void or abandoned or to use the respondent’s expression “aborted.” [17] It is therefore obvious that the parties have entered into a contract of sale contingent upon the approval of the transaction by the FIC over which the parties had no control. There was no promise, nor guarantee that such approval would be given. … It is, however, a condition which is known in the law of contract as a contingent condition, the effect of which is that the contract shall not take effect unless and until the condition is fulfilled. … This is in effect laid down by section 33 (a) of the Contracts Act which enacts- “33 (a) of Contracts Act - contingent contracts to do or not to do anything if an uncertain future event happens cannot be enforced by law unless and until that event has happened.” “[18] As the approval in this case was refused, it means that contingent event becomes impossible and the agreement therefore becomes void in accordance with s. 33(b) of the Contracts Act, which is as follows: S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA “33(b) If the event becomes impossible, such contract becomes void.” [28] Selanjutnya, apakah pula kesan kontrak yang terbatal (void contract)? Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan seperti berikut: “When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it.” [29] Berdasarkan peruntukan seksyen 66 Akta Kontrak ini, segala bayaran yang telah dibuat oleh plaintif dan telah diterima oleh defendan kedua hendaklah dikembalikan kepada plaintif. Isu Kedua [30] Berkenaan isu kedua, peguam plaintif yang bijaksana telah menghujahkan bahawa defendan kedua dalam kedudukannya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran khas berkenaan kawasan-kawasan yang boleh diusahasilkan oleh plaintif. Defendan kedua mempunyai kewajipan statutori dan kewajipan berjaga-jaga dalam memastikan segala maklumat yang diberikan kepada orang awam khususnya plaintif dalam kes ini adalah benar, tepat dan mencerminkan keadaan sebenar kawasan pembalakan yang telah diluluskan kepada plaintif. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA [31] Plaintif juga menghujahkan bahawa defendan kedua merupakan pihak berkuasa yang kompeten berkenaan dengan pembalakan dan pengusahasilan hutan dan plaintif sebagai orang awam sudah tentu bergantung dan percaya sepenuhnya kepada segala representasi yang diberikan oleh defendan kedua khususnya berkenaan kawasan yang boleh diusahasilkan. [32] Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang bijaksana telah berhujah berkenaan isu ini bahawa topografi hutan simpan kekal Lojing terdiri daripada bahagian tanah tinggi dan bahagian bukan tanah tinggi. Defendan kedua tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan sempadan ketinggian yang dikatakan tanah tinggi dan bukan tanah tinggi yang tertakluk kepada Keputusan Pembekuan Pengusahasilan di Tanah Tinggi Lojing tersebut. [33] Berdasarkan semakan defendan kedua mendapati kawasan yang diluluskan kepada plaintif tersebut berada di bawah paras ketinggian 1000 meter dari aras laut dan dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Berdasarkan maklumat ini defendan kedua menyangka bahawa kawasan yang diluluskan tersebut tidak termasuk dalam kawasan Pembekuan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing tersebut. Oleh itu, tanggapan defendan kedua ini tidak boleh dikatakan satu kecuaian dalam kes ini. Analisis dan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu kedua [34] Bagi isu kedua ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa sebagai satu pihak yang berautoriti dalam pegurusan perhutanan, defendan S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA kedua sepatutnya mempunyai maklumat lengkap dan terkini berkenaan segala perkara yang menjadi tanggungjawab utama defendan kedua sebagai agensi Kerajaan Negeri yang diamanahkan dengan pengurusan perhutanan. [35] Dalam kes ini, sebelum Jawatan Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) membuat pertimbangan untuk meluluskan kawasan tersebut kepada plaintif, defendan kedua selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhutanan seharusnya terlebih dahulu memberi ulasan berkenaan kedudukan kawasan tersebut yang berada di kawasan Tanah Tinggi Lojing dan berkenaan terdapatnya satu keputusan atau perintah berkenaan Pembekuan Pembanguan di Tanah Tinggi Lojing. [36] Dalam perenggan 25 pernyataan pembelaan defendan, defendan kedua mengakui bahawa defendan kedua mengetahui berkenaan keputusan atau perintah pembekuan proses perlesenan mengusahasil dan/atau mengeluarkan balak dari kawasan Tanah Tinggi Lojing. Defendan kedua hanya tidak tahu berkenaan sempadan aras ketinggian tanah yang termasuk dalam kawasan larangan atau pembekuan pengusahasilan di Tanah Tinggi Lojing sahaja. [37] Tindakan defendan kedua mengeluarkan surat kelulusan pembalakan tersebut kepada plaintif tanpa pengetahuan sebenar dan tanpa terlebih dahulu memastikan secara tepat sama ada kawasan pembalakan tersebut termasuk dalam perintah pembekuan tersebut adalah, pada pandangan Mahkamah ini, merupakan satu tindakan yang cuai dan dibuat tanpa berjaga-jaga S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA dan tanpa ketelitian yang mencukupi yang memberi kesan negatif kepada plaintif dalam transaksi ini. [38] Pengataan defendan kedua bahawa mereka telah membuat semakan sahaja adalah tidak mencukupi. Dengan siapa atau pihak mana semakan tersebut dibuat? Oleh kerana defendan kedua mengetahui bahawa perintah pembekuan tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing, defendan kedua sepatutnya menyemak secara terus dengan jawatankuasa tersebut berkenaan sempadan aras ketinggian sebenar yang termasuk dalam larangan atau pembekuan tersebut sebelum mengeluarkan surat kelulusan pembalakan tersebut kepada plaintif. [39] Surat kelulusan pembalakan tersebut serta surat-surat lain yang meminta bayaran atau mengarahkan plaintif mengambil apa-apa tindakan bagi pengeluaran lesen pembalakan tersebut telah mendorong plaintif untuk membuat segala tindakan dan membayar segala bayaran yang disyaratkan dan dorongan tersebut telah secara terus atau secara langsung menjerumuskan plaintif ke dalam kerugiannya. [40] Oleh itu, bagi isu kedua ini, Mahkamah ini mendapati bahawa defendan kedua telah membuat representasi-representasi salah secara cuai kepada plaintif. Isu Ketiga [41] Berkenaan isu ketiga ini, peguam plaintif yang bijaksana telah menghujahkan bahawa defendan kedua telah melakukan satu tort S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA misfeasans dalam menjawat jawatan awam apabila meluluskan kawasan pembalakan tersebut kepada plaintif dalam tahun 2007 walaupun terdapatnya perintah larangan atau pembekuan pengusahasilan di kawasan Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi. [42] Defendan kedua juga dikatakan telah bertindak diluar had kuasa awamnya dalam menawarkan kawasan tersebut kepada plaintif selepas arahan pembekuan pengushasilan di Tanah Tinggi Lojing tersebut dikeluarkan. [43] Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang bijaksana telah berhujah berkenaan isu ini bahawa elemen utama untuk mengatakan terdapatnya satu perbuatan tort misfeasans di kalangan penjawat awam, plaintif mestilah menunjukkan adanya satu perbuatan salah guna kuasa yang dilakukan dengan niat jahat untuk mencederakan plaintif secara khusus. [44] Adalah juga dihujahkan bagi pihak defendan kedua bahawa defendan kedua telah bertindak bagi Pihak Berkuasa Negeri dan surat kelulusan pembalakan tersebut telah dikeluarkan bagi menyampaikan keputusan JKKP terhadap permohonan plaintif bagi mengeluarkan kayu balak dari Hutan Simpan Kekal Lojing seluas 50 hektar. Berdasarkan semakan defendan kedua dan pengesahan daripada Pentadbir Tanah Gua Musang, kawasan pembalakan tersebut terletak di paras ketinggian yang kurang dari 1,000 meter dari aras laut. Oleh itu defendan kedua percaya dengan suci hati bahawa kawasan tersebut termasuk dalam kawasan hutan yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Oleh itu tiada sebarang S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA eleman salah guna kuasa dan niat jahat dalam tindakan defendan kedua. Analisis dan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu ketiga [45] Bagi isu ketiga ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan autoriti-autoriti kes Mahkamah Rayuan iaitu kes Nik Abdul Rahim Bin Abdul Jalil V. Suhaili Bin Abdul Halim Dan Lain-Lain [2014] 5 MLJ 114, serta kes-kes yang dirujuk didalamnya dan juga kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Tony Pua Kiam Wee V. Government Of Malaysia And Another Appeal [2019] 12 MLJ 1 antara elemen penting untuk mewujudkan satu kesalahan tort misfeasans ialah salah guna kuasa oleh penjawat awam dan salah guna kuasa tersebut sengaja dilakukan dengan niat jahat khusus untuk mencederakan plaintif. [46] Dalam kes ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan defendan kedua mengeluarkan surat kelulusan pembalakan tersebut adalah semata-mata menjalankan tugas awamnya selaku agensi yang diamanahkan dalam pengurusan hal ehwal perhutanan dan bagi menyampaikan keputusan JKKP yang telah meluluskan permohonan pembalakan plaintif. [47] Tindakan defendan kedua melalui suratnya bertarikh 10.10.2017 kepada Urusetia Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing dan memanjangkan rayuan plaintif untuk dikeluarkan lesen pengusahasilan di kawasan yang telah diluluskan dimana dalam suat tersebut defendan kedua telah menyatakan kronologi secara terperinci dan menekankan bahawa kawasan yang telah diluluskan S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA tersebut berada di bawah paras 1,000 meter dari aras laut menunjukkan bahawa defendan kedua seboleh-bolehnya cuba meyakinkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing bahawa kawasan yang telah diluluskan tersebut tidak termasuk dalam kawasan larangan atau pembekuan pengushasilan di Tanah Tinggi Lojing agar lesen pembalakan dapat dikeluarkan kepada plaintif. [48] Selanjutnya, defendan kedua juga telah, melalui suratnya bertarikh 30.11.2017, memaklumkan kepada plaintif bahawa kawasan yang telah diluluskan tersebut terlibat dengan pembekuan pengusahasilan di Tanah Tinggi Lojing. Dalam surat tersebut juga defendan kedua, dalam usahanya untuk menyelesaikan perkara ini, telah menawarkan cadangan penyelesaian alternatif kepada plaintif agar plaintif mengenal pasti kawasan hutan simpan kekal yang lain yang tidak terlibat dengan pembekuan Tanah Tinggi Lojing untuk diusahasilkan sebagai ganti kepada kawasan yang telah diluluskan tersebut. [49] Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua tindakan defendan kedua ini dengan jelas menunjukkan hasrat dan niat murni defendan kedua untuk membantu plaintif bagi mendapatkan lesen pembalakan dan secara alternatifnya cuba mendapatkan kawasan ganti untuk diusahasilkan oleh plaintif. Tindakan-tindakan defendan kedua ini secara jelas menunjukkan tiada sebarang niat jahat untuk mencederakan plaintif. [50] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang tort misfeasans telah dilakukan oleh defendan kedua terhadap plaintif. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA Isu Keempat [51] Berkenaan isu keempat, adalah jelas bahawa dari hubungan antara defendan kedua dengan defendan pertama, defendan kedua adalah jabatan atau agensi di bawah defendan pertama dan defendan pertama adalah bertanggungan secara vikarius terhadap tindakan defendan kedua. Isu Kelima [52] Bagi isu kelima ini, peguam plaintif yang bijaksana telah berhujah bahawa akibat daripada perbuatan defendan kedua ini, plaintif telah mengalami kerugian yang teruk dan berhak untuk mendapatkan ganti rugi-ganti rugi sebagaimana yang diplidkan dalam perenggan 62 pernyataan tuntutannya. [53] Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang bijaksana telah berhujah bahawa kerugian sebenar yang dialami oleh plaintif hanya melibatkan kos persediaan sebanyak RM61,100.00 sahaja. Manakala plaintif tidak berhak kepada kos-kos lain dan ganti rugi lain yang tidak dibuktikan oleh plaintif dan juga merupakan kerugian masa akan datang yang tidak seharusnya dibenarkan oleh Mahkamah ini. Analisis dan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu kelima [54] Dalam perenggan 62 pernyataan tuntutannya, plaintif telah menuntut seperti berikut: S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA
a
Ganti rugi am berjumlah RM3,000,000.00;
b
Ganti rugi khas;
c
Ganti rugi teruk berjumlah RM1,000,000.00;
d
Ganti rugi teladan berjumlah RM1,000,000.00;
e
Ganti rugi misfeasans berjumlah RM1,000,000.00;
f
Kerugian hasil plaintif berjumlah RM4,522,569.00;
g
Faedah pada kadar 5% dari tarikh writ sehingga penyelesaian penuh;
h
Kos. [55] Bagi gantirugi khas berkenaan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh plaintif, plaintif menuntut sebanyak RM105,822.54. [56] Daripada jumlah RM105,822.54 tersebut, sejumlah RM61,100.00 telahpun diakui dan dipersetujui oleh defendan kedua dalam perenggan 51 hujahannya dan juga dalam perenggan 10 pernyataan fakta-fakta yang dipersetujui. Manakala bayaran sebanyak RM5,450.00 pula juga telah dipersetujui dalam perenggan 16 pernyataan fakta-fakta yang dipersetujui. [57] Dokumen berkenaan bayaran pendaftaran membalak sebanyak RM1,500.00 telah dimasukkan dalam muka surat 25 ikatan dokumen Bahagian A yang mana ketulinan dan isi kandungan dokumen adalah tidak dipertikaikan. [58] Lain-lain dokumen berkenaan tuntutan perbelanjaan atau kos yang telah dikeluarkan oleh plaintif adalah sebagaimana item 18 hingga 35 dalam indeks ikatan dokumen bersama (Bahagian C) (Ikatan A2). Walau bagaimanapun, semasa hari perbicaraan pada S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA
29
29.4.2024 pihak-pihak telah bersetuju bahawa item 22, 23, 28 dan item 35 bahagian C dimasukkan ke bahagian B. [59] Seterusnya, semasa hari sambung bicara pada 31.7.2024, sebelum memulakan perbicaraan, pihak-pihak telah bersetuju agar item 22 - 28 dan item 31 - 35 Bahagian C dimasukkan ke dalam bahagian B meninggalkan hanya item 18 - 21 dan item 29 - 30 sahaja di
Part
Bahagian C.
60
Selanjutnya, selepas perbicaraan pada hari yang sama, pihak-pihak akhirnya bersetuju agar baki dokumen dalam Bahagian C iaitu item 18 - 21 dan 29 - 30 juga dimasukkan ke dalam bahagian B. Oleh itu, keseluruhan dokumen dalam Bahagian C dengan persetujuan pihak-pihak telah ditukar dan dimasukkan ke dalam Bahagian B yang membawa maksud bahawa kewujudan dan ketulinan dokumen tidak dipertikaikan dan tiada pembuktian formal diperlukan dari segi pembuat dan dokumen asal. Isi kandungan dokumen masih perlu dibuktikan.
61
SP1 dan SP2 telah hadir dan memberi keterangan berkenaan tujuan bayaran-bayaran yang telah dibuat melalui resit-resit dalam item 18 hingga 35 Ikatan A2 tersebut.
62
Dalam soalan balas kepada SP1 dan SP2, pihak defendan kedua telah gagal untuk mencabar keterangan SP1 dan SP2 secara khusus berkenaan bayaran-bayaran yang telah dibuat. Tiada cadangan telah diajukan kepada SP1 dan SP2 bahawa bayaran-bayaran tersebut sebenarnya tidak pernah dibuat atau bayaran-bayaran tersebut adalah tidak berkaitan dengan kerja-kerja di S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 kawasan pembalakan yang telah diluluskan tersebut. Kebanyakan soalan balas adalah berkisar kepada dokumen-dokumen yang tidak lengkap kerana tidak mempunyai tandatangan.
63
Walaupun jelas bahawa kebanyakan dokumen-dokumen tersebut tidak mempunyai tandatangan, namun apabila pihak-pihak telah bersetuju untuk meletakkannya dalam Bahagian B, kewujudan dan ketulinan dokumen-dokumen tersebut tidak lagi menjadi persoalan.
64
Oleh kerana Mahkamah ini telah mendapati bahawa terdapatnya salah nyata cuai di pihak defendan kedua yang mendorong plaintif memasuki dan melaksanakan segala tindakan dan bayaran bagi memenuhi kehendak kontrak tersebut, Mahkamah ini memutuskan bahawa plaintif berhak kepada gantirugi khas untuk mendapatkan semula segala bayaran yang telah dijelaskan kepada defendan kedua dan kepada pihak ketiga sebanyak RM105,822.54.
65
Ini adalah berdasarkan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam autoriti-autoriti yang dikemukakan khususnya kes Abdul Razak bin Datuk Abu Samah v. Shah Alam Properties Sdn Bhd & Another Appeal [1999] 2 MLJ 500, di mana Mahkamah memutuskan berkenaan representasi cuai seperti berikut: “… . But in an action for fraudulent representation, the object of the law is to place the representee in the position he would have been had he not been induced.”
66
Dalam ertikata lain, plaintif berhak untuk dikembalikan ke posisi asalnya sebagaimana dia sebelum didorong untuk memasuki S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 kontrak tersebut iaitu plaintif berhak mendapatkan kembali segala perbelanjaan yang telah dia keluarkan sekiranya dia tidak didorong untuk memasuki kontrak tersebut.
67
Seterusnya, dengan mengambil kira bahawa atas salah nyata cuai defendan kedua tersebut juga, plaintif telah mengalami kesusahan dan pembaziran masa selama lebih kurang 10 tahun. Kesusahan dalam mengeluarkan perbelanjaan, mengambil langkah-langkah awal dengan menyediakan tenaga pekerja dan peralatan jentera demi mematuhi segala arahan defendan kedua sebagai persediaan untuk mendapatkan lesen pembalakan dan persediaan mengerjakan kawasan pembalakan tersebut, maka plaintif seharusnya mendapat pampasan atau ganti rugi am yang setimpal. Mahkamah ini berpendapat bahawa RM3,000,000.00 yang dituntut oleh plaintif sebagai ganti rugi am adalah satu jumlah yang terlalu tinggi dan berlebih-lebihan. Mahkamah ini berpendapat RM300,000.00 adalah satu jumlah gantirugi am yang setimpal dan munasabah.
68
Dalam menetapkan gantirugi am tersebut, Mahkamah ini telah mengambil kira faktor-faktor mitigasi melalui tindakan-tindakan defendan kedua yang mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing bagi pihak plaintif dan dalam mencadangkan atau memberi peluang kepada plaintif untuk mengenal pasti kawasan ganti yang lain bagi menggantikan kawasan yang telah diluluskan tersebut.
69
Bagi ganti rugi teruk dan teladan, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang bentuk tindakan opresi, menekan, melampau atau yang S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 bersifat mengambil keuntungan di pihak defendan kedua terhadap plaintif. Jadi ganti rugi-ganti rugi ini tidak dibenarkan.
70
Berkenaan kehilangan hasil plaintif sebanyak RM4,522,569.00 pula, oleh kerana Mahkamah ini mendapati tiada kemungkiran atau repudiasi kontrak oleh defendan kedua, maka ganti rugi ini juga tidak dibenarkan.
71
Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa, atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah berjaya membuktikan sebahagian tuntutannya dalam kes ini terhadap defendan-defendan dan Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut:
i
Defendan-defendan membayar kepada plaintif ganti rugi khas berjumlah RM105,822.54;
II
(ii) Defendan-defendan membayar kepada plaintif ganti rugi am berjumlah RM300,000.00;
III
(iii) Ganti rugi-ganti rugi teruk, teladan dan misfeasans tidak dibenarkan.
IV
(iv) Kerugian hasil plaintif berjumlah RM4,522,569.00 tidak dibenarkan;
v
Faedah dibenarkan pada kadar 5% setahun atas jumlah gantirugi am dan khas yang dibenarkan dikira dari tarikh writ sehingga penyelesaian penuh; S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA
VI
(vi) Kos sebanyak RM30,000.00 dibayar kepada Plaintif. Bertarikh: 19 Mac 2025. ………………………………… MOHD ROSLI BIN YUSOFF Peruruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu. Peguamcara Plaintif: Daniel Husseini Bin Mohd Ghazali Forsberg & Wan Azwan Aiman Bin Wan Fakhruddin Tetuan Azwan Aiman Forsberg & Co, S-05-02 Wisma Ynh (Kiara 163), No. 8 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Peguamcara Defendan Pertama dan Kedua: Adam Bin Mohamed @ Mamat, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Aras Bawah, Blok 5, Kompleks Kota Darul Naim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. S/N penmprBQnUqo188/5k6HNA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.