Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-493-12/2023 ANTARA DESABINA INDUSTRIES SDN. BHD. [No. Syarikat: 199301025783 (280521-M)] …PLAINTIF
BA-22NCvC-493-12/2023
High Court of Malaysia22 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“] 1 MLRA 611, Scott & English (M) Sdn Bhd v Yung Chen Wood Industries Sdn Bhd [2018] 4 AMR 221; [2018] 6 CLJ 271; [2018] 5 MLJ 204; [2018] 3 MLRA 419, Mayban Allied Bhd v Kenneth Godfrey Gomez & Anor [2010] AMEJ 0653; [2010] 9 CLJ 702; [2011] 5 MLJ 219; [2012] 6 MLRA 671 dan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bh”
“yban Allied Bhd v Kenneth Godfrey Gomez & Anor [2010] AMEJ 0653; [2010] 9 CLJ 702; [2011] 5 MLJ 219; [2012] 6 MLRA 671 dan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bhd v Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd [2016] AMEJ 1426; [2016] 1 LNS 627; [2016] MLJU 1236; [2016] MLRHU 538. Hujahan Plaintif Menentang Kedua Lampiran 11 dan”
“mez & Anor [2010] AMEJ 0653; [2010] 9 CLJ 702; [2011] 5 MLJ 219; [2012] 6 MLRA 671 dan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bhd v Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd [2016] AMEJ 1426; [2016] 1 LNS 627; [2016] MLJU 1236; [2016] MLRHU 538. Hujahan Plaintif Menentang Kedua Lampiran 11 dan 15 [37] Sebagai jawapan kepada huja”
“AMEJ 0653; [2010] 9 CLJ 702; [2011] 5 MLJ 219; [2012] 6 MLRA 671 dan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bhd v Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd [2016] AMEJ 1426; [2016] 1 LNS 627; [2016] MLJU 1236; [2016] MLRHU 538. Hujahan Plaintif Menentang Kedua Lampiran 11 dan 15 [37] Sebagai jawapan kepada hujahan-hujahan di ata”
“As the Administrator of the Estate of Louis Leong Kui Yung (Deceased) v Foong Da Realty Sdn Bhd **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [2020] AMEJ 1866; [2020] CLJU 2212; [2021] 4 MLJ 418; [2020] MLRAU 365. Hujahan Defendan Kedua Menyokong Lampiran 11 [30] H”
“or of the Estate of Louis Leong Kui Yung (Deceased) v Foong Da Realty Sdn Bhd **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [2020] AMEJ 1866; [2020] CLJU 2212; [2021] 4 MLJ 418; [2020] MLRAU 365. Hujahan Defendan Kedua Menyokong Lampiran 11 [30] Hujahan utama Defen”
“Yung (Deceased) v Foong Da Realty Sdn Bhd **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [2020] AMEJ 1866; [2020] CLJU 2212; [2021] 4 MLJ 418; [2020] MLRAU 365. Hujahan Defendan Kedua Menyokong Lampiran 11 [30] Hujahan utama Defendan Kedua adalah seperti berikut. [3”
“2] 7 CLJJ 693; [2018] SUPP MLJ 151; [2012] 6 MLRA 64, Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) v Wong Ching Yong (Acting as Receiver and Manager of Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) & Anor [2021] AMEJ 1362; [2021] CLJU 1353; [2021] MLJU 1644; [2021] MLRHU 1254 and Frankey Leong Pit Fui (As the Administrator”
“18] SUPP MLJ 151; [2012] 6 MLRA 64, Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) v Wong Ching Yong (Acting as Receiver and Manager of Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) & Anor [2021] AMEJ 1362; [2021] CLJU 1353; [2021] MLJU 1644; [2021] MLRHU 1254 and Frankey Leong Pit Fui (As the Administrator of the Estate of L”
“[2012] 6 MLRA 64, Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) v Wong Ching Yong (Acting as Receiver and Manager of Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) & Anor [2021] AMEJ 1362; [2021] CLJU 1353; [2021] MLJU 1644; [2021] MLRHU 1254 and Frankey Leong Pit Fui (As the Administrator of the Estate of Louis Leong Kui Yun”
“Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) v Wong Ching Yong (Acting as Receiver and Manager of Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) & Anor [2021] AMEJ 1362; [2021] CLJU 1353; [2021] MLJU 1644; [2021] MLRHU 1254 and Frankey Leong Pit Fui (As the Administrator of the Estate of Louis Leong Kui Yung (Deceased) v Foo”
“; [1993] 3 MLJ 36; [1993] 1 MLRA 611, Loh Holdings Sdn Bhd v Peglin Development Sdn Bhd & Anor [1984] 1 CLJ Rep 211; [1984] 2 MLJ 105; [1984] 1 MLRA 129 dan Yvonne Wong Yee Woon v Wong Yee Mei & Anor [2022] AMEJ 0453; [ 2022] 6 CLJ 786; [2022] 12 MLJ 309; [2022] MLRHU 775 (“Yvonne Wong”). [39] Plaintif turut membuat pe”
“hd v Peglin Development Sdn Bhd & Anor [1984] 1 CLJ Rep 211; [1984] 2 MLJ 105; [1984] 1 MLRA 129 dan Yvonne Wong Yee Woon v Wong Yee Mei & Anor [2022] AMEJ 0453; [ 2022] 6 CLJ 786; [2022] 12 MLJ 309; [2022] MLRHU 775 (“Yvonne Wong”). [39] Plaintif turut membuat penekanan terhadap prinsip yang dikemukakan dalam kes Yvon”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-493-12/2023 ANTARA DESABINA INDUSTRIES SDN. BHD. [No. Syarikat: 199301025783 (280521-M)] …PLAINTIF
1
DATO’ T. PUTERA BIN T. AWANG [No. Kad Pengenalan: 590614-11-5287]
2
CATURAN KLASIK SDN. BHD. [No. Syarikat: 201001000454 (885024-P)] …DEFENDAN DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Di dalam prosiding interlokutori ini, terdapat dua Notis Permohonan yang perlu ditentukan oleh Mahkamah. Notis Permohonan pertama adalah Lampiran 11 dan Notis Permohonan kedua adalah Lampiran 15.
Lampiran
Lampiran 11 dan Lampiran 15 masing-masing merupakan permohonan oleh Defendan Kedua dan Defendan Pertama untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif kedua-duanya yang bertarikh 5 29/11/2024 14:57:45 BA-22NCvC-493-12/2023 Kand. 35 Disember, 2023 di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [2] Bicara permohonan telah berjalan pada 21 Oktober, 2024. Isu Utama [3] Isu pokok untuk penentuan oleh mahkamah ini ialah sama ada Defendan-Defendan telah berjaya menunjukan bahawa salah satu atau lebih alasan seperti yang diperuntukkan dalam Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terpakai dalam Notis-Notis Permohonan di Lampiran 11 dan Lampiran 15. [4] Untuk menentukan isu yang telah dibangkitkan dalam kedua Notis Permohonan oleh kedua Defendan Pertama dan Defendan Kedua, kita perlu mengambil perhatian dan memahami tentang sifat tuntutan plaintif dan apakah alasan-alasan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian ini, baik untuk menyokong, mahupun untuk menentang permohonan-permohonan yang telah dihadapkan kepada Mahkamah. Pihak-Pihak [5] Plaintif merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016. Plaintif menjalankan perniagaan melibatkan menara telekomunikasi termasuk pembinaan menara telekomunikasi, penyelenggaraan menara telekomunikasi dan penyewaan menara telekomunikasi kepada pihak ketiga. [6] Defendan Pertama merupakan seorang individu warganegara Malaysia yang cukup umur. Plaintif telah memplidkan bahawa pada setiap masa material, Defendan Pertama bukanlah merupakan seorang Pengarah ataupun Pengerusi di dalam syarikat Plaintif. Namun demikian, fakta menunjukkan bahawa Defendan Pertama pernah memegang jawatan sebagai Pengarah syarikat Plaintif (dan bukan sebagai Pengerusi) bermula pada 19 Februari, 2014 hingga 15 Disember, 2014. [7] Defendan Kedua merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan antara lain, menjalankan perniagaan sebagai kontraktor pembinaan. Sifat Tuntutan Plaintif [8] Menurut Pernyataan Tuntutan Plaintif, tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah untuk frod dan konspirasi serta salah nyata oleh Defendan Pertama terhadap Plaintif. [9] Untuk memahami mengapa permohonan ini difailkan, kita perlu merujuk kepada satu tindakan terdahulu yang melibatkan Plaintif dan Defendan Kedua. [10] Plaintif memplidkan bahawa ia telah memfailkan tindakan ini kerana Defendan Kedua telah menfailkan suatu tindakan Mahkamah terhadap Plaintif melalui Guaman Sivil No.: TA-22NCvC-9-03/2021 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu (“Tindakan Sivil tersebut”) pada bulan Mac 2021 yang mana, antara lain, Defendan Kedua memohon relif-relif untuk suatu perintah perlaksanaan spesifik untuk satu Surat Awad bertarikh 31 Oktober, 2013 (“Surat Awad tersebut”) dikuatkuasakan dan juga perintah bagi gantirugi akibat kemungkiran terhadap terma-terma Surat Awad tersebut serta kos. [11] Plaintif di dalam keseluruhan perenggan pembelaannya bagi Tindakan Sivil tersebut telah menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan Surat Awad tersebut serta sebarang persetujuan, perlantikan atau transaksi berhubung dengannya dan Defendan Kedua. [12] Plaintif terus memplidkan bahawa pada 23 Mei, 2021, Pengurus Besar Plaintif, Encik Shikh Badrudden Bin Shikh Ismail, telah dimaklumkan oleh peguamcara Plaintif di dalam Tindakan Sivil tersebut serta mendapati bahawa terdapat suatu dokumen iaitu Surat Awad tersebut di bawah kepala surat Plaintif yang telah ditandatangani oleh Defendan Pertama bertarikh 31 Oktober, 2013 yang diterima daripada peguamcara Defendan Kedua di dalam Tindakan Sivil tersebut melalui suatu deraf Ikatan Dokumen. [13] Menurut Plaintif, Encik Shikh Badrudden Bin Shikh Ismail telahpun membuat laporan polis melalui No. Repot: Kuala Terengganu/004500/21 bertarikh 27 Mei, 2021 bagi pihak Plaintif berkenaan dengan perbuatan Defendan Pertama. Maka, Plaintif berhujah bahawa is hanya mengetahui berkenaan kewujudan Surat Awad tersebut yang mana Surat Awad tersebut dikeluarkan tanpa pengetahuan Plaintif dan tanpa persetujuan Plaintif selepas 27 Mei, 2021. [14] Intipati Surat Awad tersebut, antara lain, memberikan hak eksklusif kepada Defendan Kedua untuk mengurus dan menyelenggara semua infrastruktur komunikasi yang dimiliki oleh Plaintif atau infrastruktur komunikasi dibawah kawalan Plaintif di dalam negeri Terengganu. [15] Tambahan, Surat Awad tersebut juga memberikan hak eksklusif kepada Defendan Kedua, antara lain, untuk: (a) berurusan dan berunding dengan mana-mana pembekal perkhidmatan rangkaian telekomunikasi atau mana-mana pihak yang ingin menggunakan infrastruktur komunikasi milik Plaintif berkenaan dengan pembayaran fi dan juga segala terma dan syarat bagi penggunaan infrastruktur komunikasi tersebut; (b) mengemaskini atau membuat perubahan fi bagi penggunaaan infrastruktur komunikasi dan mengemaskini atau membuat perubahan kepada terma dan syarat bagi penggunaan infrastruktur komunikasi tersebut; (c) mengutip secara terus segala pembayaran fi dan apa-apa caj dari mana-mana pembekal perkhidmatan rangkaian telekomunikasi atau manamana pihak yang ingin menggunakan infrastruktur komunikasi milik Plaintif; (d) memasuki sebarang perjanjian atau dokumen lain dengan mana-mana pembekal perkhidmatan rangkaian telekomunikasi atau mana-mana pihak yang ingin menggunakan infrastruktur komunikasi milik Plaintif; dan (e) berurusan dengan mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana pihak ketiga berkenaan dengan infrastruktur komunikasi milik Plaintif. [16] Butiran penipuan dan konspirasi antara D1 dan D2, seperti yang didakwa dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah seperti berikut: 14. Secara jelas Defendan Pertama telah melakukan penipuan/ frod dan konspirasi terhadap Plaintif bersama-sama dengan Defendan Kedua seperti berikut: (a) Defendan Pertama bukanlah Pengarah di syarikat Plaintif dan tidak pernah dilantik sebagai Pengerusi syarikat pada tarikh Surat Awad tersebut iaitu 31.10.2013; (b) Tiada sebarang rekod berkenaan dengan Surat Awad tersebut atau sebarang salinan di dalam simpanan Plaintif; (c) Surat Awad tersebut telah ditandatangani oleh Defendan Pertama serta perlantikan Defendan Kedua dibuat tanpa sebarang pengetahuan dan arahan daripada Plaintif malahan tiada sebarang minit mesyuarat dan/ atau resolusi berkaitan dengannya dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah syarikat Plaintif; (d) Pada setiap masa material, syarikat Plaintif tidak pernah berurusan, berkomunikasi serta berhubung dalam apa cara dengan Defendan Kedua berkenaan dengan Surat Awad tersebut; (e) Defendan Pertama telahpun membuat suatu konspirasi dengan Defendan Kedua untuk mengaut keuntungan daripada Plaintif melalui Surat Awad tersebut; (f) Sebelum Surat Awad tersebut dikeluarkan, Defendan Kedua mempunyai pengetahuan bahawa Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang kuasa dan kaitan di dalam syarikat Plaintif untuk mengeluarkan Surat Awad tersebut; (g) Sebelum Surat Awad tersebut dikeluarkan, Defendan Pertama telahpun memberikan jaminan kepada Defendan Kedua bahawa Defendan Pertama akan dilantik sebagai salah seorang pengarah di dalam syarikat Plaintif; (h) Di atas kebergantungan kepada jaminan Defendan Pertama kepada Defendan Kedua, Defendan Kedua telah melakukan konspirasi dengan Defendan Pertama untuk mendapatkan kerja-kerja daripada Plaintif serta mengikat Plaintif dengan cara mengeluarkan Surat Awad tersebut; (i) Sekiranya Defendan Kedua tidak mempunyai sebarang konspirasi dengan Defendan Pertama melalui Surat Awad tersebut, Defendan Kedua sudah semestinya mempunyai pengetahuan bahawa sebenarnya Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang jawatan atau kepentingan di dalam syarikat Plaintif sebelum Surat Awad tersebut diterima oleh Defendan Kedua. (j) Konspirasi dengan berniat jahat yang dirancang oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua ini adalah demi untuk mengaut keuntungan daripada Plaintif. (k) Perancangan konspirasi antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah berdasarkan fakta bahawa apabila Defendan Pertama dilantik sebagai pengarah di dalam syarikat Plaintif dan Surat Awad tersebut dikuatkuasakan, Plaintif akan membayar Defendan Kedua untuk segala kerja-kerja sepertimana hak-hak eksklusif kepada Defendan Kedua yang dinyatakan di dalam Perenggan 4 Surat Awad tersebut. (l) Pembayaran daripada Plaintif kepada Defendan Kedua bagi kerja-kerja sepertimana hak-hak eksklusif kepada Defendan Kedua yang dinyatakan di dalam Perenggan 4 Surat Awad tersebut akan dibahagikan sebahagiannya oleh Defendan Kedua kepada Defendan Pertama. [17] Berlandaskan butiran seperti yang diplidkan di atas, Plaintif berhujah bahawa perbuatan Defendan Pertama ini adalah secara jelas suatu penipuan serta konspirasi yang dilakukan bersama-sama dengan Defendan Kedua melalui Surat Awad tersebut terhadap Plaintif. [18] Plaintif juga berhujah bahawa Defendan Pertama telah secara jelas membuat pemalsuan dokumen melalui Surat Awad tersebut serta menyalahguna kepala surat syarikat Plaintif dan memberikan representasi yang salah bahawa Defendan Pertama merupakan Pengerusi kepada Plaintif sedangkan Defendan Pertama tidak langsung memegang sebarang jawatan di dalam syarikat Plaintif serta tidak diberikan sebarang kuasa oleh Plaintif atau melalui resolusi Pengarahnya untuk mengeluarkan Surat Awad tersebut. [19] Mengenai tuntutan berdasarkan kepada salah nyata, kes yang diplidkan oleh Plaintif adalah seperti berikut: 19. Defendan Pertama telah melakukan perbuatan salah nyata terhadap Plaintif seperti berikut: (a) Defendan Pertama telah memalsukan dan memberikan representasi salah kepada Defendan Kedua dengan menandatangani Surat Awad tersebut, Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut kononnya sebagai Pengerusi syarikat Plaintif; (b) Defendan Pertama bukanlah Pengarah di syarikat Plaintif dan tidak pernah dilantik sebagai Pengerusi syarikat pada tarikh Surat Awad tersebut iaitu 31.10.2013 serta tarikh Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut ditandatangani oleh Defendan Pertama; (c) Defendan Pertama telah memalsukan Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan telah memberikan representasi salah berkenaan dengan Surat Usaha Wajar Pertama tersebut kepada Tetuan Azman Ahmad & Co.; (d) Defendan Pertama telah memalsukan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut dan telah memberikan representasi salah berkenaan dengan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut kepada Tetuan Nordin Torji & Yussof Ahmad; (e) Pada setiap masa material, syarikat Plaintif tidak pernah berurusan, berkomunikasi serta berhubung dalam apa cara dengan Tetuan Azman Ahmad & Co. dan Tetuan Nordin Torji & Yussof Ahmad; (f) Surat Awad tersebut, Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut telah ditandatangani oleh Defendan Pertama dan dikeluarkan tanpa sebarang pengetahuan dan arahan daripada Plaintif malahan tiada sebarang minit mesyuarat dan/ atau resolusi berkaitan dengannya dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah syarikat Plaintif; (g) Tindak-tanduk Defendan Pertama ini telah memberikan dorongan dan gambaran yang palsu kepada Defendan Kedua bahawa Plaintif yang telah membuat perlantikan dan segala urusan berkenaan dengan Surat Awad tersebut adalah sah serta dalam pengetahuan penuh Plaintif; (h) Defendan Pertama dalam menandatangani Surat Awad tersebut, Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut mempunyai pengetahuan penuh bahawa beliau bukanlah Pengerusi syarikat Plaintif tetapi tetap meneruskan juga dengan mengeluarkan dokumen-dokumen tersebut; dan (i) Defendan Pertama mempunyai pengetahuan penuh bahawa tindaktanduknya yang menandatangani dokumen-dokumen tersebut telah memberikan dorongan dan gambaran palsu serta representasi salah kepada Defendan Kedua bahawa Surat Awad tersebut, Surat Usaha Wajar Pertama tersebut dan Surat Usaha Wajar Kedua tersebut adalah sah. Penelitian Isu Yang Telah Dibangkitkan di Dalam Notis-Notis Permohonan [20] Persoalan uatama yang timbul ialah patutkah tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua harus dibicara secara penuh. Memandangkan betapa seriusnya dakwaan ini, jawapan seharusnya adalah ya. [21] Namun demikian, Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah menimbulkan alasan-alasan supaya Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan. [22] Sebelum penelitian secara terperinci dibuat terhadap Notis-Notis Permohonan ini, Mahkamah mengambil maklum bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah pada 10 Januari, 2022 membenarkan tuntutan Defendan Kedua untuk pelaksanaan secara spesifik terhadap Surat Awad tersebut dengan kos sebanyak RM20,000.00 di dalam Tindakan Sivil tersebut. [23] Satu lagi fakta yang relevan dan penting ialah Plaintif telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan melalui Rayuan No: T-02(NCvC)(W)-250-02/2022) (“Rayuan tersebut”) dan Mahkamah Rayuan telah menolak Rayuan tersebut yang difailkan oleh Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00. Hujahan Defendan Pertama Menyokong Lampiran 15 [24] Inti pembelaan Defendan Pertama terhadap tuntutan Plaintif ialah beliau tiada pengetahuan tentang surat awad tersebut dan tiada penglibatan dalam surat tersebut. [25] Alasan utama Defendan Pertama untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah berpaksi kepada doktrin res judicata. [26] Defendan Pertama menekankan fakta bahawa tuntutan Plaintif terhadap beliau adalah berdasarkan salah nyata palsu dan konspirasi antara beliau dengan Defendan Kedua berdasarkan Surat Awad yang kononnya telah ditandatangi oleh beliau bagi pihak Plaintif. Namun demikian, Defendan Pertama menegaskan bahawa isu mengenai surat awad tersebut telah diputuskan sebagai sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan keputusan tersebut selanjutnya juga telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan. [27] Defendan Pertama turut menegaskan bahawa Plaintif mempunyai setiap peluang untuk membangkitkan dakwaan penipuan, konspirasi dan salah nyata dalam tindakan terdahulu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tetapi Plaintif telah gagal berbuat demikian. [28] Defendan Pertama juga berhujah bahawa Plaintif berpeluang memanggil Defendan Pertama sebagai salah seorang saksi semasa tindakan sebelum ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa Surat Award tersebut adalah terbatal tetapi gagal berbuat demikian. Justeru, Defendan Pertama berpendapat bahawa tindakan yang difailkan oleh Plaintif di sini adalah jelas sekali suatu “after thought” dan semata-mata suatu cubaan untuk memperdayakan Mahkamah ini supaya menganggap Writ Saman ini berbeza dengan Writ Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. [29] Untuk doktrin res judicata, Defendan Pertama bergantung kepada kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 AMR 2559; [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189; [1995] 1 MLRA 611, Joseph bin Paulus Lantip & Ors v Unilever PLC [2013] 1 AMR 481; [2012] 7 CLJJ 693; [2018] SUPP MLJ 151; [2012] 6 MLRA 64, Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) v Wong Ching Yong (Acting as Receiver and Manager of Bonus Development Sdn Bhd (In Liquidation) & Anor [2021] AMEJ 1362; [2021] CLJU 1353; [2021] MLJU 1644; [2021] MLRHU 1254 and Frankey Leong Pit Fui (As the Administrator of the Estate of Louis Leong Kui Yung (Deceased) v Foong Da Realty Sdn Bhd [2020] AMEJ 1866; [2020] CLJU 2212; [2021] 4 MLJ 418; [2020] MLRAU 365. Hujahan Defendan Kedua Menyokong Lampiran 11 [30] Hujahan utama Defendan Kedua adalah seperti berikut. [31] Pertama, bahawasanya tuntutan dan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan Kedua di sini telah difailkan, diadili dan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, dimana tuntutan Defendan Kedua terhadap Plaintif telah dibenarkan dan keputusan tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan. [32] Mengikut Defendan Kedua, jelas sekali bahawa kedua-dua Writ Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, yang telah diadili, dan Writ Saman di Mahkamah ini berkaitan dengan perkara yang sama, kausa tindakan yang sama serta melibatkan pihak yang sama. [33] Kedua, walaupun Plaintif mempunyai setiap peluang untuk memfailkan tuntutan balas terhadad Defendan Kedua dan/atau memfailkan prosiding pihak ketiga terhadap Defendan Pertama dalam Writ Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ia tidak pernah dilakukan. [34] Selaras dengan perkara di atas, doktrin res judicata adalah terpakai dan ia menghalang Plaintif daripada memfailkan Writ Saman baharu terhadap Defendan Kedua, termasuk Writ Saman ini. [35] Defendan Kedua juga menegaskan bahawa sekiranya Lampiran 11 ini ditolak, ia akan membawa kepada dua keputusan Mahkamah Tinggi yang berbeza mengenai kesahihan Surat Awad tersebut. [36] Nas-Nas yang dibangkitkan oleh Defendan Kedua termasuk Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 AMR 2559; [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189; [1995] 1 MLRA 611, Scott & English (M) Sdn Bhd v Yung Chen Wood Industries Sdn Bhd [2018] 4 AMR 221; [2018] 6 CLJ 271; [2018] 5 MLJ 204; [2018] 3 MLRA 419, Mayban Allied Bhd v Kenneth Godfrey Gomez & Anor [2010] AMEJ 0653; [2010] 9 CLJ 702; [2011] 5 MLJ 219; [2012] 6 MLRA 671 dan Seri Iskandar Development Corporation Sdn Bhd v Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd [2016] AMEJ 1426; [2016] 1 LNS 627; [2016] MLJU 1236; [2016] MLRHU 538. Hujahan Plaintif Menentang Kedua Lampiran 11 dan 15 [37] Sebagai jawapan kepada hujahan-hujahan di atas, Plaintif pada dasarnya membantah terhadap Notis-Notis Permohonan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam Lampiran 15 dan Lampiran 11 atas alasan berikut: (1) Tindakan yang dibawa oleh Plaintif di sini mempunyai kausa tindakan yang berbeza daripada kausa tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu; (2) Tindakan di sini tidak terikat dengan prinsip res judicata kerana ia terlibat dengan kausa tindakan yang berbeza daripada kausa tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu; (3) Pengakuan Plaintif telah cukup mengaku unsur-unsur konspirasi untuk menipu; dan (4) Terdapat banyak isu yang boleh dibicarakan dibangkitkan melalui Afidavit oleh pihak dalam kedua-dua permohonan ini yang sepatutnya diselesaikan secara perbicaraan penuh. [38] Kes-Kes yang disandarkan oleh Plaintif termasuklah Bandar Builder Sdn Bhd v United Malaysian Banking Corporation Bhd [1993] 2 AMR 1969; [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36; [1993] 1 MLRA 611, Loh Holdings Sdn Bhd v Peglin Development Sdn Bhd & Anor [1984] 1 CLJ Rep 211; [1984] 2 MLJ 105; [1984] 1 MLRA 129 dan Yvonne Wong Yee Woon v Wong Yee Mei & Anor [2022] AMEJ 0453; [ 2022] 6 CLJ 786; [2022] 12 MLJ 309; [2022] MLRHU 775 (“Yvonne Wong”). [39] Plaintif turut membuat penekanan terhadap prinsip yang dikemukakan dalam kes Yvonne Wong dan seterusnya memetik perenggan yang mengatakan bahawa doktrin res judicata tidak terpakai sekiranya “the evidence of the wrongdoing was only disclosed subsequently by the defendant after the decision in the earlier suit”. Dapatan Mahkamah [40] Keseluruhan kes Plaintif adalah berpaksikan kepada Surat Awad dan isu keesahan telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian, pada dasarnya, doktrin res judicata terpakai kepada tindakan Plaintiff di Mahkamah ini. [41] Plaintif sememangnya berpegang kepada hujahnya bahawa kausa tindakan di kes di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu adalah berbeza dengan kausa-kausa tindakan dalam kes di hadapan Mahkamah ini. [42] Mahkamah berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan dalam tindakan di sini seharusnya telah dibangkitkan di tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Fakta yang terlibat adalah sama dan tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu juga melibatkan pihak-pihak yang sama, iaitu Plaintif dan Defendan Kedua. [43] Sebagai menjawab hujah Plaintif bahawa keterangan mengenai salah laku itu hanya didedahkan semasa penyediaan dokumen untuk perbicaraan, hujahan balas adalah ia masih belum terlambat untuk menbangkitkan isu-isu yang kini dibangkitkan di Mahkamah ini semasa tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. [44] Prinsip dalam kes Yvonne Wong tidak terpakai dalam kes ini kerana dalam kes tersebut, pendedahan hanya berlaku selepas Keputusan di kes terdahulu telah diberikan. Di tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, keterangan mengenai salah laku itu hanya didedahkan semasa penyediaan dokumen untuk perbicaraan. [45] Plaintif berpeluang memanggil Defendan Pertama sebagai saksi di prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tetapi gagal berbuat demikian. [46] Bagi isu "baru/tambahan" dan/atau punca tindakan yang dibangkitkan dalam Writ Saman ini dan kewujudan Defendan Pertama dalam Writ Saman ini, Mahkamah ini mendapati bahawa doktrin res judicata masih terpakai berdasarkan doktrin lanjutan res judicata (extended doctrine of res judicata) seperti yang dikemukakan dalam kes Henderson v Henderson (1843) 3 Hare 100; 67 ER 313. [47] Doktrin lanjutan res judicata telah mantap dan telah diterima oleh mahkamah di Malaysia: lihat, sebagai contoh, Asia Commercial Finance (M) Bhd lwn Kawai Teliti Sdn Bhd [1995] 3 AMR 2559; [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189; [1995] 1 MLRA 611. [48] Walaupun Defendan Pertama bukan pihak dalam Writ Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, estopel melalui res judicata juga terpakai. Di sini terdapat privasi kepentingan antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [49] Atas penemuan ini sahaja, Mahkamah ini akan menggunakan kuasanya menurut Aturan 18 kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan membenarkan permohonan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam Lampiran 15 dan 11 untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif. [50] Plaintif adalah diarahkan untuk membayar kos RM5,000 kepada setiap Defendan. Bertarikh: 24 November, 2024 sgd [CHOONG YEOW CHOY] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Peguam: Muhammad Amin bin Othman bagi pihak Plaintif (Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak) Mohd Faiz Iskandar bin Hamzah dan Anis Farhana binti Anuar bagi pihak Defendan Pertama (Tetuan Arief & Iskandar) Mohd Shahir bin Md Tahir dan Kavyaasrini S. Mahendran bagi pihak Defendan Kedua (Tetuan Zain Megat & Murad)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.