Schedule
Jadual Pertama ADB manakala "Cannabis" adalah seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 ADB. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [14] Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap elemen kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh-tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE [15] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: 1. Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB 2. Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. 3. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [16] Walau bagaimanapun, dalam alasan penghakiman ini, saya hanya membincangkan elemen pertama dan kedua sahaja, memandangkan saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kedua lalu melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen kedua, menjadi tidak signifikan lagi. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB No kes BA-45A-3-01/2023 [17] Di dalam kes ini, tiada keraguan bahawa rampasan dadah yang dibuat di tempat letak kereta Blok C Rumah Pangsa Taman Petaling Utama, telah dibuktikan adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphine seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama ADB seperti yang disahkan oleh SP2 dan laporan kimia yang telah ditandakan sebagai P16. [18] Saya juga mendapati tiada keraguan bahawa barang kes yang dirampas di rumah tersebut adalah heroin dan monoacetylmorphine seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. Saya juga mendapati tiada keraguan bahawa barang kes yang dirampas adalah "Cannabis" seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB. Ini disahkan oleh ahli kimia SP6 dan laporan kimia yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit P40. [19] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang dalam rantaian keterangan berkenaan identiti barang kes dadah semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti kesemua barang kes dadah yang dirampas dengan tandaan-tandaan yang dibuat oleh mereka. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes tersebut di Mahkamah. Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. [20] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh apabila ia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal dan mental (mens rea) yang membolehkan mereka berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelask sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. [21] Intipati bahawa tertuduh berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal dan mental yang membolehkan dia berurusan dengan dadah tersebut sebagai tuan punya, dan berupaya untuk mengecualikan semua yang lain, apabila dia mahu, adalah amat penting. Di samping elemen fizikal iaitu kedekatan tertuduh dengan dadah berbahaya tersebut, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan elemen pengetahuan (mens rea) sebelum suatu kes pengedaran dapat dibuktikan. [22] Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting ini pada tahap prima facie. Ini adalah kerana, SP3 telah memberikan keterangan bahawa dia nampak tertuduh masuk ke Blok C tanpa membawa apa-apa barang. 5 minit kemudian, tertuduh telah dilihat keluar dari Blok C tersebut dan dilihat menjinjit 1 beg kertas. Apabila nampak tertuduh menjinjit beg tersebut, SP3 dan pasukannya terus menyerbu dan menangkap tertuduh. Keterangan SP3 adalah seperti berikut:- Boleh ceritakan kepada mahkamah suspek datang ke sana yang masa inspektor nampak kali pertama tu? Dia menaiki kenderaan ataupun bagaimana? Dengan izin Yang Arif, berdasarkan maklumat yang telah ditaklimatkan, maklumat kita hanya satu lelaki orang india Yang Arif. Jadi, semasa pemerhatian dibuat selama 10 minit, kita nampak satu lelaki india, yang mencurigai tetapi pada waktu tersebut, suspek yang kita tahan dalam kes ini tidak membawa sebarang Yang Arif YA : Nampak satu lelaki india yang mencurigai SP3: Betul YA : Lepas itu? SP3: Dia lalu di kawasan tempat kami membuat pemerhatian YA : Lepas itu? SP3: Tanpa membawa apa apa barang Yang Arif. Namun, dalam tempoh tersebut, individu yang sama keluar daripada kawasan lif blok C lalu semula di kawasan pemerhatian kami, sambil menjinjit suatu bungkusan Yang Arif. [23] Keterangan SP3 semasa disoal balas, berbunyi begini:- Tapi sebelum itu tuan ada juga tanya dia, adakah benar embawa kepada soalan kedua membawa dia ke lif, adakah benar? Berdasarkan tindakan ketika itu, saya setuju Yang Arif. Baik. Dan selanjutnya tuan, bila kita pergi ke arah lif YA: Sebentar, dia kata PB: dan kemudiannya bawa tuan Ismail ke kawasan lif yang mmebawa kepada tangkapan 2 orang di sana. YA: Betul? SP3: Dengan izin Yang Arif, exactly soalan lebih kurang macam tu, tapi berdasarkan tindakan saya pada masa itu saya percaya merujuk kepada barang yang diterima daripada siapa dan dimana Yang Arif. Disebabkan itu, saya terus buat Tindakan susulan si kawasan lif. [24] Pihak pendakwaan juga telah memanggil SP8 sebagai saksi mereka dan SP8 telah memberikan keterangan yang melemahkan kes pendakwaan sendiri. Keterangan SP8 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut:- Ada tak nampak sesiapa membawa barang ke sana? Antara tiga orang ini, ada nampak sesiapa membawa barang ke sana? Ya saya nampak Barang apa yang kamu nampak? Mereka pegang beg. Siapa yang pegang beg? Desigen .. Boleh bagi tahu mahkamah bentuk apa beg tersebut? Birthday beg, berwarna coklat Kamu tahu tak apa kandungan dalam beg tu? Saya tidak tahu Jika kamu masih ingat, beg itu dalam keadaan warna coklat. Boleh nampak tak kandungan? Tak nampak Apa jadi dengan beg selepas Desigan pegang? Boleh beritahu mahkamah? Desigan telah serahkan bag tu pada tangan Devaraj dan beritahu bawa bag ini pergi ke parking. Dan Desigan beritahu perlu ambil wallet dari rumah, oleh sebab itu kami tunggu di sebelah lift. YA: Kami itu siapa? Saya dan Desigan tunggu di depan lift Boleh beritahu mahkamah selepas itu apa jadi? Kami masih tunggu di sebelah lift, Dalam 5 minit polis telah sampai ke sana dan telah tangkap kami. [25] Keterangan SP8 semasa disoal balas mengatakan beg kertas itu adalah beg Desigan dan Desigan memaklumkan kepada tertuduh bahawa ia adalah makanan. Keterangan SP8 adalah seperti berikut:- Polis telah tanya, kamu bertiga. Bag happy birthday ini siapa punya? Polis tanya Devaraj, tanya kamu dan Desigan beg ini siapa punya? Polis ada tanya, betul? Betul Dan Desigan memaklumkan beg itu milik dia, betul? Betul Kamu tak nampak Devaraj ini buka beg happy birthday pada bila-bila masa betul? Betul Adakah benar semasa Desigan serahkan beg happy birthday kepada OKT di hadapan kamu, dia cakap Pegang sekejap, saya pergi ambil dompet, dalam beg ini ada makanan? Betul [26] Keterangan SP8 bahawa beg kertas itu adalah beg Desigan dan bahawa dia mendengar Desigan memberitahu tertuduh, bahawa dalam beg itu ada makanan, tidak diminta penjelasan oleh pihak pendakwaan dalam pemeriksaan semula. Justeru, keterangan tersebut kekal sebagai keterangan daripada pihak pendakwaan. Apatah lagi SP8 dan SP3 mengatakan tertuduh hanya memegang beg kertas Happy Birthday tersebut dalam tempoh yang singkat dimana tertuduh terus diserbu apabila dilihat menjinjit beg kertas itu. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan sama ada tertuduh tahu kandungan beg kertas tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan iaitu Low Thiam Teck v. PP [2014] CLJU 1104; [2014] 1 LNS 1104 yang memutuskan seperti berikut: "[24] On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs per se is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the 2nd accused at the time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the 2nd accused. In such circumstances there was no possession (per Lord Morris in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356)." [27] Jika dilihat kepada rupa bungkusan dalam beg kertas tersebut menunjukkan ia tidak mudah dilihat isi kandungannya jika hanya dijenguk ke dalamnya. Ini adalah kerana, ia berbalut dengan plastik berwarna hitam. Dalam keadaan tertuduh memegangnya dalam tempoh yang singkat sebelum dia diserbu oleh pihak polis, agak mustahil untuk dia melihat dan membuka bungkusan plastik hitam itu untuk mengetahui isi kandungannya. Apatah lagi saksi pendakwaan sendiri memberikan keterangan bahawa dia mendengar Desigan memberitahu tertuduh bahawa dalam beg itu ada makanan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [28] Setelah saya meneliti secara maksima keterangan yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dia sedang menjinjit beg berisi dadah pada masa tersebut. Justeru, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang menyebabkan tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan ini. [29] Saya juga mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan tertuduh terhadap dadah yang dirampas dari rumah tersebut. Ini adalah kerana, keterangan SP3 sendiri telah menimbulkan keraguan dalam kes pihak pendakwaan. SP3 mengatakan sebelum penemuan dadah dalam rumah tersebut, terdapat 3 buah rumah yang telah diserbu tetapi tidak menemui apa- apa barang salah. Pada malam itu sahaja, terdapat 5 buah rumah yang telah diserbu oleh pihak polis hasil dari maklumat tertuduh, SP8 dan Desigan. Disamping itu, SP3 juga mengatakan hasil temubual telah dilakukan terhadap ketiga-tiga OKT (tertuduh, SP8 dan Desigan), pihak polis mengetahui alamat rumah sahaja, tanpa mereka mempunyai kunci kepada premis tersebut. Keterangan SP3 adalah seperti berikut:- Seterusnya, saya rujuk inspektor ke perenggan 9 dan 10 pernyataan saksi inspektor. Inspektor melihat inspektor nyatakan di perenggan Sembilan, telah temubual B1 , iaitu Devaraj. Dan dipandu arah kepada OKT 1, iaitu Devaraj, Bersama pasukan, inspektor telah pergi ke Alamat nombor blok C0102 rumah pangsa Petaling Utama, Petaling Jaya. Soalan saya kepada inspektor selepas siasat dilakukan atas B1 ini, adakah OKT semasa itu, orang india semasa itu telah ditangkap dan digari? Untuk serbuan susulan Yang Arif, tiga-tiga OKT telah ditangkap dan digari Yang Arif. S: Ok, bagaimana inspektor tahu kedudukan rumah Alamat blok C0102 rumah pangsa Petaling Utama, Petaling Jaya ini. Bagaimana inspektor tahu? Boleh menuju ke arah tersebut. J : Selepas saya tahan ketiga-tiga OKT Yang Arif, kami ada buat serbuan susulan ada serbuan awal tiga rumah yang berpenghuni, tapi tidak dikenali Yang Arif. Juga telah membuat pemeriksaan, tiada apa apa salah yang ditemui selepas ketiga-tiga rumah itu. Baru OKT memberitahu semasa temubual lanjut tentang rumah tersebut Yang Arif. S: Ok, jadi, inspektor dan pasukan telah menuju ke rumah blok C0102, rumah pangsa Petaling Utama. Petaling Jaya dan sampai di hadapan rumah, inspektor nyatakan terdapat satu pintu dan grill kayu berkunci, telah pecahkan pintu gril dan kayu dengan keadaan rosakkan yang minimum dan membuat pemeriksaan di atas meja bilik ketiga, sebelah dapur rumah telah menjumpai barangan kes dirampas seperti di perenggan sepuluh. Benar inspektor? Benar Yang Arif. Soalan saya, bagaimana inspektor boleh jumpa barangan kes dadah ini , barang kes rampasan di perenggan sepuluh ini? Dalam rumah tersebut. Dengan izin, Yang Arif, semasa temubual, OKT-OKT hanya tahu unit rumah tapi tiada kunci pada mereka Ketika itu, semasa saya sampai dia dekat rumah yang saya buat rampasan, pintu gril dan kayu berkunci Yang Arif. Memandangkan tiada kunci yang dirampas oleh OKT, saya dan pasukan pecah pintu gril dan kayu rumah tersebut Yang Arif. Selepas itu, kami membuat pemeriksaan lanjut dalam rumah tersebut menjumpai sebagaimana di dalam pernyataan saksi Yang Arif. [30] Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pengetahuan sebenar tertuduh terhadap dadah yang ditemui dalam rumah tersebut (unit C0102) memandangkan terdapat juga premis-premis lain yang telah diserbu hasil dari maklumat tertuduh, SP8 dan Desigen tetapi tidak menemui dadah. Apatah lagi, fakta yang paling penting ialah, pintu rumah tersebut terpaksa dipecah masuk oleh pihak polis kerana tertuduh tidak mempunyai kunci kepada rumah tersebut. Pihak polis juga gagal menemui apa-apa dokumen atau barangan peribadi tertuduh dalam rumah tersebut untuk mengaitkan dadah yang ditemui itu dengan tertuduh. Peguambela telah menimbulkan isu berkenaan gambar yang terdapat di dinding rumah tersebut, namun demikian, tidak diketahui gambar siapa dan apakah itu, kerana ia langsung tidak disiasat. SP4, iaitu eksekutif pentadbiran Peter Brickworks Sdn. Bhd, menyatakan pemilik rumah tersebut adalah pemaju perumahan, iaitu , namun unit itu tidak pernah dijual kepada sesiapa dan juga tidak pernah disewakan kepada sesiapa. Sehingga kes ini selesai, mahkamah tiada maklumat siapakah penghuni rumah tersebut. [31] Keterangan sebegini menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan, sama ada tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan atau milikan serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [32] Setelah saya meneliti secara maksima keterangan yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan atau milikan serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut. Justeru, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang menyebabkan tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan-pertuduhan ini. BERTARIKH PADA 21 JANUARI 2026 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Responden / Peguambela Tertuduh Dato' Geethan Ram Vincent bersama Cik Sangkari A/P Sellathoray Tetuan Geethan Ram Peguambela & Peguamcara Suite No. 5, L15-05, PJX Tower, No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.