Lampiran
Lampiran B dan C dan Pertuduhan Pindaan sebagai Lampiran E. OKT telah menerima tawaran representasi tersebut dan kesemua 12 pertuduhan dan hukuman telah dibacakan dan diterangkan kepada OKS dalam Bahasa Malaysia. OKS memahami pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan dan memilih untuk mengaku salah ke atas kesemua pertuduhan tersebut. [4] Mahkamah telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan sifat, akibat dan kesan pengakuannya ke atas pertuduhan tersebut dan kemudiannya menerima pengakuan salah OKS. S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA [5] Seterusnya, Pihak Pendakwaan mengemukakan fakta kes secara kolektif yang diterangkan dalam Bahasa Malaysia dan ditanda sebagai P1, senarai bongkar sebagai P2, laporan kebenaran status keluaran dan justifikasi kosmetik sebagai P3, maklumat perniagaan SSM sebagai P4, invois pembayaran sewa premis sebagai P5, barang kes yang ditanda secara kolektif sebagai P6 seperti berikut: Rhinitis Spray 20ml- 9 kotak, Skyline Sihat & Kuat- 3 kotak, Al-Taqwa Resdong-2 kotak, Super Resdung Plus-2 kotak, Kapsida Kembang Bulan-5 kotak, Seahorse Ghensen-3 kotak, Surut Ayu-3 kotak, Kaki Tiga 10gm-5 kotak, JHK by Qaseh Beauty – 3 kotak, Ashwagandha KSM-66-3 kotak, Leblul Gold-2 botol, Fatz Bloker-2 kotak, Sedap Malam(xtra rapat)-6 kotak, Herbanika Manjakani-5 kotak, Moringa Superfood -7 botol, Setia Herba – 13 botol, Kapsul Pecah Beling – 3 botol, Kapsul Batu Karang – 3 botol, Black seed Zaitun Bawang Putih Oil – 2 botol, Minyak Lintah King Cobra 30ml- 3 kotak, Minyak Lintah Penawar Rawatan Shawat – 3kotak, Minyak Lintah Gunung Gambir Mas-3 kotak, American Superman- 1botol, Tissue Lovers for Men-4 kotak, Freshcare Teens Happy Cherry Roll On-11 kotak, Freshcare Roll On (Strong) – 10 kotak, Freshcare Sandalwood – 10 kotak, Freshcare Lavender-2 kotak, Freshcare Roll on Citrus-8 kotak, Freshcare Roll on Sport-11 kotak, Freshcare Roll on Splash Fruity- 7 kotak, Freshcare Roll on Buble Gum – 10 kotak, Freshcare Roll on green tea-7 kotak, Minyak Angin Bidara-16 kotak, Safecare Refreshing Oil-9 kotak dan Tolak Angin Care-5 kotak S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA [6] OKS memahami fakta kes tersebut serta mengakuinya tanpa syarat. OKS juga mengakui kesemua eksibit-eksibit P4, P5, dan juga P6 yang telah ditunjukkan padanya. [7] Dalam rayuan mitigasi untuk meringankan hukuman, Pihak Pembelaan telah memaklumkan bahawa OKS berumur 41 tahun. OKS kini hanya berniaga kedai runcit dengan pendapatan tidak menentu dan dengan pendapatan ini, OKS menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan 4 orang anak-anak kecil yang masih bersekolah. OKS tidak lagi menjual produk-produk seperti ini dan memohon untuk satu hukuman denda minimum yang seringan-ringanya terhadap OKS. [8] Seterusnya, Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa OKS pada asalnya telah dihadapkan dengan 23 pertuduhan dimana 22 pertuduhan adalah kerana memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar dan 1 pertuduhan memiliki kosmetik yang bukan kosmetik bernotifikasi dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM10,000.00. Produk-produk kesihatan yang dijual perlulah berdafttar dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu untuk memastikan kandungan mempunyai kualiti keselamatanya demi memelihara kesihatan orang awam. OKS juga mempunyai rekod kesalahan lalu di bawah kesalahan yang sama dan memohon untuk ditunjukkan kepada OKS rekod kesalahan lalu yang dikeluarkan oleh Jabatan dan telah diakui oleh OKS. Dengan mengambilkira faktor kepentingan awam dan rekod kesalahan lalu OKS, Pihak Pendakwaan memohon satu hukuman setimpal S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA diberikan kepada OKS untuk menjadi satu pengajaran tegas kepada orang lain agar keselamatan rakyat Malaysia dapat dilindungi dan dipelihara. Pihak Pendakwaan juga memohon untuk barang kes dipulangkan kepada Pihak Pendakwaan untuk dilupuskan. PENEMUAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH [9] Dalam menentukan apakah bentuk hukuman bersesuaian terhadap OKT, Mahkamah ini telah merujuk kepada suatu prinsip yang dinyatakan secara jelas dalam kes PP v Jafa bin Daud (1981) 1 MLJ 315 seperti berikut: “….sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial priciples….” [10] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 CR. APP. R 164 yang mengariskan prinsip asas untuk menjatuhkan sesuatu hukuman iaitu: “In deciding the appropriate sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [11] Hukuman yang hendak dikenakan terhadap OKT mestilah setimpal dengan kesalahan dilakukan, “seriousness” kesalahan dan tahap penglibatan pesalah – pesalah itu sendiri. Prinsip ini telah digariskan di dalam kes R V. Ipeelee (2012) 1SCR433: “…. proportionality… is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA offence,… it promotes justice for the victim and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender….” [12] Justeru itu, dalam menentukan suatu hukuman yang setimpal adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor – faktor “aggravating” dan “mitigating” sebelum sesuatu hukuman tersebut diputuskan. Mahkamah telah merujuk kepada kes Yusmarin Samsuddin v PP (1999) CLJ 391, Mahkamah menegaskan seperti berikut: “…the principles of sentencing have long been entranched and well settle in our criminal law jurisprudence and the court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following consideration: a. the extend and seriousness of the offence committed; b. the guilty person’s antecendents and c. the public interest [13] Hukuman yang diperuntukkan bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas OKS adalah di bawah Peraturan 30 (1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 ialah denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya. [14] Mahkamah telah menimbangkan prinsip undang – undang di atas dan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan kepada Mahkamah dan rayuan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan yang diberikan oleh Pihak Pendakwaan dan mendapati bahawa hukuman yang diberikan adalah bersesuaian dan adil di dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan dikenakan ke atas OKS di atas faktor-faktor berikut : (a) Fakta Kes dan Jenis Kesalahan Berdasarkan fakta kes seperti eksibit P1, OKS mempunyai premis perniagaan dan semasa serbuan, memiliki 66 keluaran yang merupakan bukan keluaran berdaftar dan 3 kosmetik yang bukan kosmetik bernotifikasi di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984. Pada asalnya OKS telah dihadapkan dengan 23 pertuduhan dan setelah representasi bersyarat diterima oleh OKS, 12 pertuduhan diteruskan dan 11 lagi pertuduhan digugurkan selepas OKS mengaku salah. Dengan 12 pertuduhan tersebut, OKS telah mengakui memiliki 36 keluaran dan kosmetik tidak berdaftar dan bernotifikasi dalam jumlah seperti yang ditandakan sebagai eksibit P6 secara kolektif. Pada hemah Mahkamah, OKS telah memiliki keluaran dan kosmetik yang S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA melanggar undang-undang dalam jenis keluaran atau produk dan kuantiti yang banyak seperti mana di eksibit P6 dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM10,000.00. Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan rekod lampau OKS melalui ekstrak fail jabatan semasa hujahan pemberatan dibuat oleh Pihak Pendakwaan. OKS telah mengakui rekod jenayah lampau tersebut dan dalam keadaan itu, Mahkamah hanya mengambil perhatian dan menggangap bahawa OKS telah mengakui rekod tersebut secara umum sebagai fakta kes sahaja dan bukannya suatu pengesahan rekod lampau oleh OKS. Pada hemah Mahkamah, rekod jenayah lampau OKS yang dikemukakan oleh Pihak Pendakwaan adalah tidak memenuhi peruntukkan seksyen 400 Kanun Tatacara Jenayah yang mengkehendaki bahawa sesuatu rekod jenayah lampau hendaklah dikemukakan melalui cabutan yang diperakui oleh Pegawai yang menjaga rekod Mahkamah atau sekiranya melibatkan rekod sabitan, perakuan yang ditandatangani oleh Pegawai Penjaga Penjara Malaysia atau perakuan oleh Pendaftar Penjenayah di bawah seksyen 10 (1) Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969. (b) Kepentingan Awam dan Peningkatan Kes yang Sama Berdasarkan hujahan pemberatan oleh Pihak Pendakwaan, Mahkamah telah memberi pertimbangan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKS ini adalah suatu kesalahan yang melibatkan kepentingan awam. Produk-produk kesihatan yang ingin dijual S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA perlu melalui proses pendaftaran terlebih dahulu untuk menjamin kandungan, kualiti dan keselamatannya. Produk-produk yang tidak berdaftar seperti item 1,3,8 dan 11 dan keluaran yang lain di eksibit P6 mempunyai potensi untuk kandunganya dicemari dengan racun berjadual seperti steroid, sibutramine dan ubat perangsang seks bagi melariskan penjualan. Racun berjadual hanya boleh dibekalkan oleh doktor perubatan atau ahli farmasi berdaftar setelah penilaian rapi dan konsultasi diberikan kepada pesakit. Pembekalan produk yang tidak berdaftar dan bernotifikasi oleh penjual ubat yang bukan merupakan ahli professional kesihatan boleh menyebabkan keselamatan dan kesihatan orang awam berada dalam keadaan terancam serta terdedah kepadsa risiko-risiko kemudaratan kesihatan seperti risiko kerosakan organ utama seperti hati, buah pinggang dan system saraf apabila mengambil produk tidak berdaftar dan bernotifikasi. Oleh itu, pada hemah Mahkamah, OKS perlu diberikan hukuman yang berat dan tegas serta diluar trend hukuman sedia ada sebagai pengajaran kepada OKS dan juga penjual produk kesihatan yang lain demi menjaga kepentingan awam dari ancaman kesihatan yang boleh berlaku akibat kesalahan yang dilakukan seiring dengan peningkatan kes-kes yang melibatkan poduk kesihatan yang tidak sah sebanyak 8 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun 2023 dengan nilai rampasan mencecah RM37.5 juta berbanding RM24.8 juta pada tahun 2023 seperti yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia melalui keratan akhbar Bernama yang disiarkan pada 3 Mei 2025. S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA (c) Latarbelakang OKS Sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman, adalah wajar untuk Mahkamah ini mempunyai pengetahuan dan menimbangkan tentang latarbelakang OKS “to strike a balance between the interest of the public and interest of the OKT” sepertimana yang diputuskan di dalam kes PP V MOHD FUAD [2001] 5 MLJ 549. Terdapat beberapa faktor untuk menetapkan sesuatu hukuman. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan antara faktor mitigasi dan juga faktor pemberatan. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V LOH OI LIN [1949] MLJ 120, yang telah menyatakan; “that there are factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to public revenue which operate in the direction of severity and others such as leniency to first offenders which operate in the other direction and where as frequently happens a number of these factors applied in one case. The court must balance them as best as it can. Among the factors more commonly advanced are age, antecedence, family hardship, conduct subsequent to the offence, impact of conviction, health, and delay in disposal of cases.” S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA Secara am, antecedent OKS adalah satu faktor mitigasi tetapi Mahkamah harus mengimbangi dengan the nature of the crime committed by the OKT where it required the dare, the dash and the defiance of the OKT in its commission seperti yang digariskan di dalam kes PP V TEH AH CHENG [1976] 2 MLJ 186. Di dalam kes ini, OKS berumur 41 tahun. OKS kini hanya berniaga kedai runcit dengan pendapatan tidak menentu dan dengan pendapatan ini, OKS menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan 4 orang anak-anak kecil yang masih bersekolah. OKS tidak lagi menjual produk-produk seperti ini dan Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas dan juga jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKS dan mendapati di dalam kes ini, Mahkamah telah lebih menimbangkan kepentingan awam berbanding kepentingan OKS sendiri dengan hukuman yang telah diberikan bertujuan melindungi kepentingan awam daripada ancaman kesihatan akibat kesalahan yang dilakukan oleh OKS. (d) Pengakuan Salah OKS OKS telah mengaku salah kepada semua pertuduhan selepas tawaran representasi dibuat dan pengakuan salah tersebut telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah serta Pendakwaan. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V JESICCA LIM LU PING & ANOR [2004] 2 CLJ 763 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA “It is customary for the court to give the convict a reduced sentence for pleading guilty. The court recognizes that a plea of guilty disposes of a criminal case with lightning speed; it eases the backlog of undisposed criminal cases and unclogs the courts and prison of remand-prisoners. A reduced sentence for pleading guilty encourages the accused to be honest in admitting to the offence he has committed. A discount of between one quarter and one third of the sentence that would otherwise have been imposed is usually given.” Namun, Mahkamah perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi faktor mitigasi ini setelah mengimbangkan dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKS dan mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah suatu kesalahan yang melibatkan kepentingan awam. Dalam keadaan ini, Mahkamah masih mempertimbangkan faktor mitigasi ini. Walaubagaimanapun, OKS tidak seharusnya diberikan pengurangan hukuman yang terlalu ringan dan sewajarnya dikenakan hukuman lebih tinggi dan berbentuk deteren untuk memberi pengajaran kepada OKS dan orang awam yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. [15] Oleh itu berpandukan kepada kesemua prinsip-prinsip hukuman yang telah dinyatakan, mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan tertuduh dengan kesemua pertuduhan yang telah dihadapkan terhadapnya di bawah Peraturan 30 (1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(1) S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA Akta Jualan Dadah 1952 dan dengan ini menjatuhkan hukuman ke atas OKS dengan hukuman seperti berikut: JA-63-48-05/2025 Pertuduhan 1 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 2 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 3 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara JA-63-49-05/2025 Pertuduhan 1 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 2 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 3 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara JA-63-50-05/2025 Pertuduhan 1 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 2 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 3 : Denda RM4,000 gagal bayar 2 bulan Penjara JA-63-51-05/2025 Pertuduhan 1 : Denda RM3,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 2 : Denda RM3,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Pertuduhan 3 : Denda RM3,000 gagal bayar 2 bulan Penjara Mahkamah juga memerintahkan agar kesemua eksibit P6 dipulangkan kepada Pihak Pendakwaan untuk dilupuskan. S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA Bertarikh : 3 Julai 2026 tt [DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM] Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (4) Johor Bahru, Johor. S/N Esj8p6CJSkmssfjYSql2RA