(ii) Halim bin Saad v Chan Yok Peng [2021] 3 MLJ 717 yang memutuskan bahawa: “[46] Next, we note that the defendant did not respond to the plaintiff’s letter dated 19 October 2018 and to the solicitor’s letter of demand dated 4 December 2018. The non-response to the latter documents is fatal to the defendant. Being a person of business, the defendant could not have been unaware of the grave implications to himself by not responding to and repudiating the contents of both the letters.” [77] Saya juga menolak hujahan Defendan berkenaan isu quantum meruit kerana Plaintif tidak pernah membangkitkan isu quantum meruit sebagai salah satu kausa tindakan terhadap Defendan. [78] Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan adalah tuntutan jumlah terhutang yang tertunggak berdasarkan satu kontrak yang wujud menerusi akaun berterusan dan transaksi-transaksi di antara Plaintif dan Defendan di mana kausa tindakan ini telah saya dapati dibuktikan oleh Plaintif menerusi saksi dan dokumen (PO, DO dan Invois). Defendan gagal membuktikan Plaintif telah memberikan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau kerja-kerja yang tidak sempurna, tidak teratur dan berkualiti rendah dan/atau yang tidak menurut arahan dan/atau spesifikasi [79] Saya mendapati bahawa Defendan atas imbangan kebarangkalian telah gagal untuk mengemukakan bukti sama ada dari segi bukti dokumentar dan/atau saksi-saksi untuk membuktikan bahawa Plaintif telah memberikan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau kerja-kerja yang tidak sempurna, tidak teratur, berkualiti rendah dan/atau tidak menurut arahan-arahan dan/atau spesifikasi-spesifikasi. [80] Saya berpendapat bahawa kerja-kerja baik pulih yang didakwa telah dijalankan oleh Defendan dengan melantik kontraktor-kontraktor yang lain untuk membaik pulih kerja-kerja yang dilakukan oleh Plaintif untuk asrama pekerja Defendan di Benus Jaya telah dilakukan setelah tempoh yang lama telah berlalu setelah Plaintif menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian ke atas asrama pekerja tersebut. [81] Justeru, saya berpendapat bahawa kerja-kerja baik pulih ini bukanlah disebabkan oleh sebarang kecacatan dalam kerja-kerja yang dilakukan oleh Plaintif tetapi hanyalah kerja-kerja penyenggaraan ke atas asrama pekerja tersebut. [82] Saya mencapai kesimpulan ini menerusi keterangan saksi Defendan sendiri iaitu SD2 (Encik Sara) yang mengesahkan bahawa beliau telah dibawa oleh kakitangan HR Defendan dan ditunjukkan bahagian-bahagian di asrama pekerja Defendan yang dikatakan mengalami kerosakan dan kemudiannya SD2 akan memberikan sebut harga pembaikan sahaja dan bukannya memberikan laporan kerosakan dan kecacatan. [83] Saya mendapati bahawa Defendan tidak berjaya membuktikan bahawa sebarang kerja-kerja baik pulih yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor lain tersebut adalah disebabkan kerosakan dan/atau kecacatan dalam kerja-kerja yang dilakukan oleh Plaintif kerana Defendan langsung tidak mengemukakan sebarang laporan kerosakan dan kecacatan untuk menyokong dakwaan tersebut. [84] Selanjutnya, saksi Defendan untuk menyokong dakwaan tersebut iaitu SD2 bukanlah seorang jurutera bangunan yang bertauliah dan hanya merupakan seorang jurutera bagi jurusan elektrikal. [85] Saya berpendapat bahawa SD2 bukanlah seorang saksi relevan mahupun saksi pakar dalam jurusan binaan bangunan yang boleh menyokong dakwaan Defendan untuk membuktikan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan oleh Plaintif adalah berkualiti rendah dan tidak sempurna, tidak teratur, tidak menurut arahan dan/atau spesifikasi dan selanjutnya telah menyebabkan Defendan terpaksa menanggung kerugian untuk membaik pulih asrama pekerja tersebut. [86] Saya menerima hujahan Plaintif bahawa dakwaan-dakwaan ini hanya dibangkitkan oleh Defendan setelah tindakan dimulakan oleh Plaintif, bayaran ditangguhkan setelah Plaintif mengeluarkan surat tuntutan pada bulan Mei 2022 dan pada kesemua masa yang material sebelum Plaintif memulakan tindakan, Defendan langsung tidak membangkitkan sebarang perkara atau isu berkenaan dengan kualiti kerja atau perkhidmatan yang diberikan oleh Plaintif. [87] Dalam keputusan saya, saya mendapati bahawa kesemua tindakan Defendan hanyalah untuk melengahkan dan menafikan tuntutan Plaintif dan merupakan pemikiran terkemudian (after thought). [88] Dalam menyokong kesimpulan dan dapatan keputusan saya, saya merujuk dan menerima pakai kes-kes berikut: a) Marina Sales & Services Sdn Bhd v. Lem The Sem @ Lim Teck Seng [2003] MLJU 390 yang memutuskan bahawa: “On the facts, it is to be observed that the defendant's allegation of the plaintiff's non delivery or improper delivery of the electrical goods to the defendant runs counter to contemporaneous documents in the form of the delivery orders, invoices and the part payments made by the defendant towards those deliveries, without any complaint of a similar nature at the earliest opportunity. The defendant's allegation at this late stage is an illustration of an afterthought which should without any hesitation be dismissed.” b) Alphatrans Electronic Marketing v. BCM Electronics Corps Sdn Bhd [2013] 1 LNS 227 yang memutuskan bahawa: “29. Coupled to this was the fact that the Defendant did not raise any complaint of whatsoever nature in respect of the component-parts within the stipulated 30-days of delivery. The initial complaint when raised, as pointed out earlier, too was as regards the detection of ‘dents’ to some of the items delivered. The alleged issue as to ‘originality’ of the parts was therefore clearly an ‘after thought’ to attempt to deny the Plaintiff payment for the goods supplied. DW1 admitted under cross-examination that the Defendant had done their own special inspection on the parts supplied in addition to the normal IQC check. The last of such special inspection was completed on 23.05.2011 and the Defendant found no defects and no grounds to reject the goods.” c) Nanking Seaworld v. Tesco Stores (supra) yang memutuskan bahawa: “[26] As to the Defendant’s allegation that the goods did not comply with the specification, this is a bare accusation of the Defendant without cogent evidence to back it up. I am mindful that the Plaintiff has also in its claim already taken into consideration those goods that were rejected as evidenced by the Defendant’s rejection forms.” d) Huo Heng Oil Co (EM) Sdn Bhd v Tang TiewYong [1987] 1 MLJ 139 yang memutuskan bahawa: “With respect, the above general denial is, in my view, bad in law. In an action for price of goods sold and delivered, it is not sufficient for the defendant to merely deny the debt; he must plead any facts which negative the existence of the debt or which show that the claim is not maintainable on other grounds eg the contract or order, the delivery, or the amount claimed...See also Chong Chow Fong v Ban Tuck