Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO. 24-1337-11/2015 Dalam Perkara berkenaan tanah yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik No. H.S. (D) 142205 PT 50607, Mukim dan Daerah Petaling, Negeri Selangor; Dan Dalam Perkara Perjanjian Usahasama bertarikh 24.06.2010 Dan Dalam Perkara Surat bertarikh 16.10.2014 Dan Dalam Perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA DR. NIK ZAMRI BIN ABDUL MAJID ....PLAINTIF DAN 2 JOSU DEVELOPMENT SDN BHD ….DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif di dalam kes ini adalah seorang individu bernama Dr. Nik Zamri bin Abdul Majid telah memfailkan Notis Rayuannya pada 25.8.2016 kerana tidak berpuas hati atas perintah Mahkamah ini yang telah membatalkan dua permohonannya dengan kebebasan untuk memfailkan semula walaupun perintah-perintah ini telah diberikan setelah Plaintif sendiri telah memohon untuk menarikbalik kedua-dua permohonannya. [2] Bagi mendapatkan gambaran jelas kenapa Mahkamah memberikan perintah-perintah sedemikian, molek kiranya latarbelakang permohonan-permohonan dinyatakan di bawah ini.