Contractor shall pay for the cost of logistic to Contractor’s Processing Facility and is entitled to claim from DTN at a maximum of Ringgit Malaysia Twenty Two (RM 22.00) per ton of Iron Ore delivered and the amount claimed by Contractor has to be based on a valid supporting documents eg invoices.’ Adalah jelas kos operasi perlombongan adalah merupakan tanggungan Asia Integral dan tiada kaitan dengan DTN Resources dan kos operasi ini hanya boleh dicajkan kepada DTN Resources apabila bijih besi itu telah dijual untuk bulan itu tertakluk kepada DTN Resources menerima bayaran dari pembeli. Selagi bijih besi itu belum dijual kepada pembeli, Asia Integral tidak boleh mengenakan dan/ atau menuntut sebarang caj dan/ atau kos operasi dari DTN Resources . Ini jelas diperuntukkan dalam Klausa 2.1(a). Maka adalah beban atas Asia Integral disini untuk membuktikan bahawa bijih besi yang dilombong dan diproses telah dijual kepada pembeli sebelum mereka layak menuntut kos operasi dan kos pemproses. Sepanjang perbicaraan, Asia Integral gagal mengemukakan keterangan bahawa bijih besi yang dilombong mereka telah diproses dan telah dijual kepada pembeli. Ini adalah kerana DTN Resources hanya boleh membuat bayaran kos operasi dan pemprosesan sebaik sahaja menerima bayaran dari bijih besi yang diproses itu dari pembeli. IV. Adakah Asia Integral berhak untuk menuntut RM 245,000.00 bagi 7000 tan bijih besi yang didakwa masih di tapak perlombongan? [19] SP1 ketika pemeriksaan balas bersetuju dengan cadangan peguam cara DTN Resources bahawa tiada bukti bahawa sebenarnya 13,000 tan bijih besi telah diproses. Persoalan yang seterusnya apa bukti yang dikemukakan oleh Asia Integral bahawa terdapat 7000 tan bijih besi; walaupun SP1 memaklumkan Mahkamah bahawa dia ada merekod jumlah bijih besi yang dilombong. “ J : Anywhere, can it shows that you have produced that much? If you can’t find the 13,000 exact, somewhere near to it, that will do, because you said approximately about 13,000 right? Do you have anything there in the bundle? SP1 : Yes J : That you produced that much? SP1 : Yes, 12,000 something. Because we recorded everything. J : OK, where is it? Just show the Court. SP1 : I try to find out. It’s not attaching here. Vib : Ok, thank you. It is not attached here. SP1 : It is not attaching here. Vib : That is your answer. Ok. Now moving on. So, we don’t know from the documents here that 13,000 has been produced, am I right? SP1 : Hmmm Vib : OK , No, you cannot say “hmm”, “ahh”, cannot shake it, Must yes or no. SP1 : Yes. [20] Beban pembuktian adalah atas pihak yang membuat tuntutan. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Hong Yik Tradik v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398 : “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the fact exist (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, the evidential burden shifts to other party. However, if the other party whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence”. Dalam kes ini, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Asia Integral tidak menyokong tuntutannya, sebaliknya telah menguatkan kes DTN Resources. [21] Dalam Guaman 17, tuntutan Asia Integral adalah lebih bersifat untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan DTN Resources telah memberhentikan “persefahaman” yang wujud antara Asia Integral dan DTN Resources dan akibat dari itu, Asia Integral mengalami kerugian dan mereka menuntut : i. RM1,053, 168.08 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan untuk melombong dan memproses 12,105.38 tan bijih besi; i. RM103,545.00 bagi pembayaran “royalty” kepada PTG dan PMC; ii. RM950,000.00 bagi pinjaman yang diberikan kepada Defendan yang seharusnya dikembalikan kepada Plaintif selepas pembatalan persefahaman diantara Plaintif dan Defendan; iii. RM245,000.00 bagi 7000 tan bijih besi yang masih berada di tapak perlombongan; iv. RM 100,000.00 bagi pembersihan tanah, yang harus dilakukan bagi melaksanakana dan menyempurnakan kerja-kerja perlombongan tersebut; dan v. RM 380,000.00 bagi gaji yang dibayar kepada pekerja Asia Integral. Oleh itu, Asia Integral menuntut ganti rugi khas untuk sejumlah RM 2,811, 713.06 dari DTN Resources. [22] Adalah undang-undang mantap bahawa pihak yang memohon untuk ganti rugi mempunyai beban untuk membuktikan fakta dan kerugian yang dialami sebelum dia boleh diberi ganti rugi. Ini diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777 di mana diputuskan: “ Firstly, the part of the judgment of the judge which provides that the vendor shall pay to the purchaser damages to be assessed for wrongful termination of the agreement with costs and that Tan Si Khoo and the vendor shall pay to the purchaser damages to be assessed for breaches of the undertakings, even though affirmed on appeal, can in no way relieve the purchase of satisfying the fundamental requirement of having to prove its loss (if any) arising from those breaches. To hold otherwise would amount to dispending with proof of quantum altogether, and that cannot be the law. In so saying, we are reminded of the words of Lord Goddard in Bonham-Carter v Hyde Park Ltd 64 TLR 177, 178: …plaintiffs must understand that if they bring action for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down so to speak, throw at the head of the court, saying: “This is what I have lost, I ask you to give me these damages.” They have to prove it. [23] Adalah jelas beban untuk membuktikan kerugian seperti yang diplidkan adalah atas Asia Integral. Di dalam kes Guaman No. 17; seperti yang dijelaskan diatas, Asia Integral telah gagal membuktikan apa yang telah diplidkan bagi ganti rugi yang mereka tuntut. i. Asia Integral mendakwa apa yang berlaku antara Asia Integral dan DTN Resources adalah cuma satu persefahaman tetapi akhirnya dia akur kewujudan P6 adalah satu perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh pihak-pihak; ii. Isu sejumlah RM 950,000.00 yang dibayar oleh Asia Integral kepada DTN Resources adalah bukan pinjaman tetapi deposit dan ini diakui SP1 ketika pemeriksaan balas dan merupakan terma-terma dalam perjanjian di P6 iaitu RM 800,000.00 adalah deposit manakala RM 150,000.00 adalah bayaran untuk bijih besi yang diambil oleh DTN Resources setelah penamatan P6. Jika RM 950,000.00 adalah pinjaman yang diberikan oleh Asia Integral kepada DTN Resources dan seharusnya dikembalikan kepada Asia Integral apabila urusniaga mereka tamat; namun tiada satu dokumen pun dikemukakan oleh Asia Integral untuk membuktikannya . vi. Isu bahawa terdapat 7000 tan bijih besi yang masih berada di tapak perlombongan yang dinilaikan berjumlah RM 245,000.00. Ini yang diplidkan oleh Asia Integral di perenggan 8(d) Penyata Tuntutan tetapi di perenggan 8(a) diplidkan 12,105.38 tan bijih besi telah dilombong dan di perenggan 5 Lampiran 37 dinyatakan sejumlah 19,105.38 tan bijih besi dilombong. Ketika perbicaraan, SP1 tidak mengemukakan apa-apa dokumen untuk mengesahkan berapa tan bijih besi yang telah dilombong. vii. Untuk kos operasi yang didakwa ditanggung oleh Asia Integral, ianya adalah selaras dengan Klausa 2.1 P6 di mana ianya adalah dalam tanggungan Asia Integral. [24] Berasaskan alasan-alasan diatas maka adalah jelas Asia Integral selaku Plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas Defendan atas beban bukti imbangan kebarangkalian dan tuntutan Asia Integral ditolak dengan kos . DTN Resources juga mempunyai tuntutan balas, tetapi tuntutan balas mereka adalah hampir menyamai tuntutannya di dalam Guaman 43, maka Mahkamah akan memutuskan tuntutannya dalam Guaman 43 sekaligus menjawab tuntutan balas dalam Guaman 17 agar tiada pertindihan. Walaupun tuntutan-tuntutan Defendan ini difailkan dalam dua(2) guaman berbeza iaitu dalam bentuk tuntutan balas (Guaman 17) dan dalam bentuk tuntutan utama (Guaman 43), oleh kerana sifat tuntutan adalah sama, maka demi keadilan maka Mahkamah akan memutuskan tuntutan dalam Guaman 43 dan ianya juga akan merangkumi tuntutan balas dalam Guaman 17. Untuk memudahkan rujukan, Tuntutan Balas Guaman 17 oleh DTN Resources adalah : i. Asia Integral telah melanggari terma-terma dan syarat-syarat perjanjian khususnya Klausa-klausa 2.1(c), (g), (h), 2.4, 3.1