Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCvC-224-05/2023 ANTARA DUNFORD CORPORATION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 199001013881/205451-T) …PLAINTIF
WA-B52NCvC-224-05/2023
Sessions Court of Malaysia7 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“r 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially (see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] MLJ 248. The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the oth”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCvC-224-05/2023 ANTARA DUNFORD CORPORATION SDN BHD (NO. SYARIKAT: 199001013881/205451-T) …PLAINTIF
1
SAC ENG & CONST (M) SDN BHD (NO. SYARIKAT: 201501042377 / 1167698-W) …DEFENDAN PERTAMA
2
YAP SOO CHOY (NO. KP: 770425145573) …DEFENDAN KEDUA
3
YONG CHONG HOI (NO. KP: 670719145079) …DEFENDAN KETIGA 23/04/2024 12:46:37 WA-B52NCvC-224-05/2023 Kand. 52 ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Pihak Defendan Pertama telah memfailkan Notis Permohonan [Lampiran 18] untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 15.08.2023. Pihak Defendan Pertama memohon untuk perintah yang berikut: a) Kebenaran diberikan untuk meminda dan/atau mengubahkan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama yang bertarikh 15.08.2023 seperti yang digariskan dengan warna merah dan dikepilkan sebagai ekshibit “Lampiran-1”. b) Kos bagi permohonan ini adalah kos dalam kausa. c) Apa-apa relief lain yang Mahkamah Yang Mulia ini dapati sesuai dan adil. [2] Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 29.05.2023; b) Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 15.08.2023; c) Jawapan Kepada Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 25.08.2023; d) Notis Permohonan oleh Defendan Pertama bertarikh 18.09.2023 [Lampiran 18] (“Notis Permohonan Pindaan”); e) Afidavit Sokongan yang telah diikrarkan oleh Chandran A/L Raman bertarikh 18.09.2023 [Lampiran 19] (“Afidavit Sokongan Pindaan”); f) Afidavit Jawapan yang telah diikrarkan oleh Dato’ Wong Weng Kung bertarikh 09.10.2023 [Lampiran 20] (“Afidavit Jawapan Plaintif”); g) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Chandra A/L Raman bertarikh 31.10.2023 [Lampiran 21] (“Afidavit Balasan Defendan Pertama”); h) Afidavit Tambahan yang diikrarkan oleh Chandran A/L Raman bertarikh 14.11.2023 [Lampiran 22]; (“Afidavit Tambahan Defendan Pertama”); i) Afidavit Jawapan Lanjutan yang diikrarkan oleh Dato’ Wong Weng Kung bertarikh 21.11.2023 [Lampiran 23] (“Afidavit Lanjutan Plaintif”). [3] Mahkamah pada 07.02.2024 telah menolak permohonan Defendan Pertama di Lampiran 18 ini untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 15.08.2023 dengan kos sebanyak RM
2000
2000.00 diberikan kepada Plaintif. Tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Defendan Pertama telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 20.02.2024 merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi. B. LATAR BELAKANG [4] Plaintif merupakan pemilik berdaftar bagi hartanah-hartanah yang dikenali sebagai GM1898, Lot 41645, Mukim Ceras, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor (“Lot 41645”) dan Geran 26166, Lot 1211, Mukim Cheras, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor (“Lot 1211”) (selepas ini kedua-keduanya akan dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”). [5] Defendan Pertama merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia. Manakala, Defendan Kedua dan Ketiga merupakan pemilik perniagaan perkongsian yang dikenali sebagai WS Luxury Trading. [6] Pada sekitar buIan Disember 2020, Plaintif telah melakukan pemeriksaan di tapak Lot 1211 dan Lot 41645 tersebut, di mana Plaintif telah mendapati berlakunya aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil oleh Defendan Pertama daripada Hartanah tersebut tanpa kebenaran daripada pihak Plaintif. [7] Perkara tersebut telah diakui oleh Defendan Pertama di mana Defendan Pertama telah bersetuju untuk membayar pampasan ke atas kerugian yang ditanggung oleh Plaintif akibat tindakan Defendan Pertama tersebut. [8] Melalui suatu Surat Perjanjian dan Akujanji ("Letter of Agreement and Undertaking") bertarikh 07.12.2020 (selepas ini dirujuk sebagai "Surat Perjanjian tersebut''), Defendan Pertama bersetuju untuk membayar pampasan atas kerugian yang dialami oleh Plaintif sebanyak RM 402,276.06 (selepas ini dirujuk sebagai “Jumlah tersebut") bagi semua pasir dan kerikil yang telah diekstrak, dikeluarkan dan diangkut oleh Defendan Pertama secara haram daripada Hartanah tersebut. [9] Jumlah RM 402, 276.06 ini akan dibayar melalui beberapa bayaran ansuran bermula dari bulan November 2020 sehingga bulan Disember 2022. [10] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga juga telah bersetuju untuk menandatangani satu (1) Surat Jaminan ("Guarantee Letter") bertarikh 07.12.2020 (selepas ini dirujuk sebagai "Surat Jaminan"), di mana Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah bersetuju untuk menggerenti dan membayar Jumlah tersebut atau baki tunggakan bagi Jumlah tersebut bagi pihak Defendan Pertama kepada Plaintif dan/atau wakil Plaintif sekiranya Defendan Pertama enggan, abai dan/atau gagal untuk membayar keseluruhan Jumlah tersebut kepada Plaintif dan/atau wakil Plaintif. [11] Defendan Pertama hanya membuat empat (4) kali pembayaran yang kesemuanya berjumlah RM 40,000.00 dan meninggalkan baki tunggakan yang masih belum dibayar sebanyak RM 362,276.06 (selepas ini dirujuk sebagai "Tunggakan Pampasan tersebut") yang berhak dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan berdasarkan Surat Perjanjian dan Surat Jaminan tersebut. [12] Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendanuntuk menuntut baki pampasan tertunggak yang gagal dibayar oleh Defendan Pertama dan dijamin oleh Defendan Kedua dan Ketiga akibat daripada tindakan Defendan Pertama yang mengekstrek, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil daripada Hartanah tersebut tanpa kebenaran pihak Plaintif. [13] Berdasarkan penyata tuntutan, Plaintif telah memohon Mahkamah ini untuk membenarkan perintah-perintah seperti berikut yang dipohon oleh Plaintif daripada Defendan-Defendan : a) Baki tunggakan pembayaran berjumlah RM 362,276.06 merupakan baki Tunggakan Pampasan yang gagal dibayar oleh Defendan-Defendan; b) Faedah sebanyak 8% setahun ke atas RM 362,276.06 tersebut yang gagal dibayar oleh Defendan-Defendan dari 1hb Jun 2021 sehingga pembayaran sepenuhnya; c) Kos tindakan ini; dan d) Lain-lain relif yang difikirkan patut dan suai manfaat. C. ALASAN PERMOHONAN [7] Permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 15.08.2023 adalah bertujuan untuk menambahkan beberapa butir-butir dan/atau fakta-fakta dan/atau kausa tindakan yang penting dalam Pernyataan Pembelaan Defendan tersebut bagi memplidkan fakta-fakta kes secara sempurna. Tambahan lagi, Defendan Pertama memohon pemindaan tersebut dibenarkan supaya Defendan Pertama dapat memasukkan fakta-fakta ekstrinsik yang lanjut. [8] Selain itu, Defendan Pertama telah memberikan alasan bahawa permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama adalah penting untuk menjaga dan menjamin hak-hak semua pihak dalam tindakan ini terutamanya Defendan Pertama dan membolehkan semuapihak meneruskan tindakan dengan sempurna. [9] Di samping itu, Defendan Pertama menyatakan bahawa permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama tidak akan membangkit sebarang kesan prejudis kepada Plaintif dalam tindakan ini. [10] Defendan Pertama berhujah bahawa pindaan-pindaan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama harus dibenarkan supaya isu-isu sebenar dalam kontroversi antara pihak-pihak boleh diselesaikan. [11] Pindaan pada Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama adalah wajar untuk memperkenalkan statutory defence. [12] Permohonan Defendan Pertama adalah bona fide. Oleh itu, sebarang prejudis yang dialami oleh Defendan-Defendan, di bawah keadaan itu, boleh dipampas dengan kos. D. BANTAHAN PLAINTIF [13] Plaintif membantah permohonan Defendan Pertama ini dengan alasan pindaan yang dicadangkan sebenarnya bertujuan untuk mengeluarkan pengakuan-pengakuan oleh Defendan Pertama antaranya pengakuan bahawa Defendan Pertama sememangnya telah melakukan kerja-kerja mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil daripada tanah Lot 1211 dan Lot 41645 iaitu hartanah milik Plaintif daripada Penyataan Pembelaan tersebut. [14] Pindaan yang dicadangkan juga mengeluarkan pengakuan Defendan Pertama bahawa Defendan Pertama semamangnya telah mempunyai pengetahuan penuh terhadap isi kandungan Surat Perjanjian dan Aku janji bertarikh 07.12.2020 dan mempunyai pemahaman berkaitan tuntutan Plaintif tersebut. [15] Defendan Pertama telah membuat pengakuan-pengakuan yang jelas dan konsisten dan bukannya dimasukkan tanpa sedar oleh pihak Defendan Pertama. Pindaan yang dicadangkan dan dipohon melalui Lampiran 18 ini adalah tidak konsisten dengan pengakuan dahulu dan ini merupakan taktikal "manouvre" oleh Defendan Pertama dan ini akan menyebabkan kerugiankepada Plaintif yang tidak dapat dipampas dengan kos. Tambahan pula, Defendan Pertama tidak menjelaskan dalam afidavitnya sebarang penjelasan berkenaan penarikan semula pengakuan-pengakuan Defendan Pertama tersebut. [16] Defendan Pertama telah mencadangkan untuk meminda dan menambah pembelaan bahawa Defendan Pertama terpaksa dan /atau tertekan untuk menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut serta terpaksa dan /atau tertekan untuk membayar hutang/ tunggakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kerana Defendan Pertama akan mengalami kerugian yang besar sekiranya gagal untuk menuruti kehendak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tersebut. [17] Pindaan-pindaan yang dicadangkan akan mengubah karakter dan tidak konsisten dengan pembelaan Defendan Pertama di dalam Penyataan Pembelaan tersebut yang merupakan satu pemikiran kemudian. [18] Pindaan yang dicadangkan juga bersifat male fide dan merupakan penyalahgunaan prosiding Mahkamah ("abuse of court proceeding"). Ini kerana Defendan Pertama telah mendapat beberapa kali perlanjutan masa untuk memfailkan pembelaan. Defendan Pertama telah memfailkan pembelaan dalam tempoh 38 hari iaitu satu tempoh yang sepatutnya mencukupi untuk pembelaan yang sewajarnya. [19] Pihak Plaintif telah pun memfailkan permohonan untuk penghakiman terus di Lampiran 15. Defendan kemudiannya telah memfailkan permohonan ini yang bertujuan untuk menghalang Mahkamah untuk membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 15 bagi mendapatkan penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan mewujudkan pembelaan "desakan/tertekan" oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga semasa Defendan Pertama menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut. E. DAPATAN MAHKAMAH [20] Aturan 18 Kaedah 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan tempoh masa penutupan pliding seperti berikut: - “(1) The pleadings in an action are deemed to be closed:-
a
at the expiration of fourteen days after service of the reply or, if there is no reply but only a defence to a counterclaim, after service of the defence to the counterclaim; or
b
if neither a reply nor a defence to the counterclaim is served, at the expiration of fourteen days after service of the defence.
2
The pleadings in an action are deemed to be closed at the provided by paragraph (1) notwithstanding that any request or order for particulars has been made but has not been complied with at that time.” [21] Mahkamah merujuk kepada Aturan 20 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang merupakan peruntukan undang-undang berkaitan Pindaan Pliding tanpa kebenaran Mahkamah seperti berikut: - “(1) A party may, without the leave of the Court, amend any pleading of his once at any time before the pleadings are deemed to be closed and, where he does so, he shall serve the amended pleading on the opposite party.
2
Where an amended statement of claim is served on a defendant
a
the defendant, if he has already served a defence on the plaintiff, may amend his defence; and
b
the period for service of his defence or amended defence, as the case may be, shall be either the period fixed by or under these Rules for service of his defence or a period of fourteen days after the amended statement of claim is served on him, whichever expires later.” [22] Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan pindaan kepada writ atau pliding dengan kebenaran iaitu:
5
“Amendment of writ or pleading with leave (O. 20, r. 5)
1
Subject to Order 15, rules 6, 6a, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct.
2
Where an application to the Court for leave to make the amendment mentioned in paragraph (3), (4) or (5) is made after any relevant period of limitation current at the date of the issue of the writ has expired, the Court may nevertheless grant such leave in the circumstances mentioned in that paragraph if it thinks it just to do so.
3
An amendment to correct the name of a party may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that it is alleged that the effect of the amendment will be to substitute a new party if the Court is satisfied that the mistake sought to be corrected was a genuine mistake and was not misleading or such as to cause any reasonable doubt as to the identity of the person intending to sue or, as the case may be, intended to be sued.
4
An amendment to alter the capacity in which a party sues (whether as plaintiff or as defendant by counterclaim) may be allowed under paragraph (2) if the capacity in which, if the amendment is made, the party will sue is one in which at the date of issue of the writ or the making of the counterclaim, as the case may be, he might have sued.
5
An amendment may be allowed under paragraph
2
notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the action by the party applying for leave to make the amendment.” [23] Plaintif telah memfailkan jawapan kepada pembelaan Defendan Pertama pada 25.08.2023 dan telah menyerahkan kepada Defendan Pertama pada hari yang sama. Oleh itu, pliding dianggap telah ditutup pada 9.9.2023 iaitu 14 hari selepas tarikh Plaintif memfailkan dan menyampaikan jawapan kepada pembelaan Defendan Pertama tersebut berdasarkan Aturan 18 Kaedah 20 KKM 2012. [24] Permohonan di Lampiran 18 ini adalah di bawah Aturan 20 Kaedah 5 KKM dan bukannya prosiding di bawah Aturan 20 Kaedah 3 KKM. Arahan Mahkamah semasa pengurusan kes bahawa sebarang permohonan interlokatori boleh difailkan dan perlu diputuskan sebelum tarikh pengurusan kes terakhir bukan bermaksud pliding tidak ditutup. [25] Dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha Malaysia Sdn. Bhd. & Ors [1983] 1 CLJ 191 at p. 192; [1983] 2 CLJ 428 di mana Mohd Azmi FJ telah berkata: "Under Order 20 of the Rules of the High Court 1980, which is equivalent to Order 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially (see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] MLJ 248. The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether the prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice page 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim. In anywhere in the appeal records the factor or factors which he had taken into consideration in the exercise of his discretion to dismiss the appellants' application. We must therefore review the application afresh.” [26] Berdasarkan kes Yamaha Motor di atas, terdapat tiga (3) persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum membenarkan permohonan pindaan seperti berikut:- a) Sama ada permohonan tersebut dilakukan secara bona fide; b) Sama ada prejudis yang diakibatkan oleh permohonan pindaan tersebut terhadap pihak satu lagi boleh dipampas dengan kos; dan c) Sama ada pindaan yang dicadangkan tersebut tidak akan menukar saman daripada satu karakter kepada satu karakter yang lain dan ia tidak konsisten dengan Saman yang asal. [27] Mahkamah berpendapat bahawa permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama tidak memenuhi prinsip undang-undang dan syarat-syarat di dalam kes Yamaha Motors. [28] Mahkamah menerima hujahan pihak Plaintif yang menyatakan bahawa pihak Defendan Pertama secara ringkasnya memohon kepada Mahkamah ini untuk melakukan pindaan-pindaan terhadap Pernyataan Pembelaan Asal Defendan Pertama berkaitan perkara-perkara secara rumusannya adalah seperti berikut:- a) Defendan Pertama memohon untuk meminda dan mengeluarkan pengakuan Defendan Pertama bahawa Defendan Pertama telah melakukan aktiviti mengekstrek, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil daripada Hartanah-Hartanah milik Plaintif yang dikenali sebagai GM 1898, Lot 41645, Mukim Ceras, Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor (“Lot 41645”) and Geran 26166, Lot 1211, Mukim Cheras, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor (“Lot 1211”) daripada Pernyataan Pembelaan Asal Defendan Pertama; b) Defendan Pertama memohon untuk meminda dan menukar pembelaan Defendan Pertama bagi menafikan bahawa Defendan Pertama tidak pernah menjalankan aktiviti mengekstrek, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil dari Lot 41645 dan Lot 1211 milik Plaintif, dan mohon memplidkan Defendan Pertama hanya melakukan aktiviti mengekstrek, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil terhadap satu tanah lain yang dikenali sebagai Lot 2237 bukan milik Plaintif; c) Defendan Pertama memohon meminda dan mengeluarkan pembelaan asal Defendan Pertama bahawa Defendan-Defendan telah melakukan mesyuarat terlebih dahulu dan kemudiannya bersetuju untuk menandatangani Surat Aku janji tersebut dan Surat Jaminan tersebut dan Defendan-Defendan mempunyai pemahaman bahawa Defendan Pertama akan membayar hutang/tunggakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga di mana Defendan Pertama diberitahu seawal-awal mengenai butiran Plaintif iaitu pemilik tanah; d) Defendan Pertama memohon untuk meminda bagi memplidkan pembelaan bahawa Defendan tidak mempunyai pemahaman terhadap Surat Aku janji kerana Defendan Pertama adalah seorang yang hanya berpelajaran sehingga tingkatan 2 dan tidak mempunyai pemahaman yang baik di dalam Bahasa Inggeris dan Defendan Pertama tidak penah diserahkan Surat Aku janji tersebut; e) Defendan Pertama memohon untuk menambah pembelaan bahawa Defendan Pertama terpaksa dan/atau tertekan untuk menandatangani Surat Aku janji tersebut serta terpaksa dan/atau tertekan untuk membayar hutang/tunggakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang sebenarnya melakukan aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil di atas Lot-Lot milik Plaintif. [29] Kronologi Permohonan Defendan Pertama ini boleh diringkaskan sebagaimana berikut: Tarikh Peristiwa 29.05.2023 Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan 26.06.2023 Peguam cara Defendan Pertama telah memasukkan Memorandum Kehadiran 07.07.2023 - Peguam cara Defendan Pertama memohon lanjutan masa untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama (“Lanjutan Masa Pertama”). - Mahkamah telah membenarkan perlanjutan masa selama 10 hari dan Defendan Pertama diarahkan untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan sebelum 21.07.2023 18.07.2023 Peguam cara Defendan Pertama telah menyerahkan Notis Permohonan di bawah Aturan 24 KKM bagi mengarahkan Plaintif untuk menyerahkan salinan Surat Perjanjian dan Aku janji bertarikh 07.12.2020 dan Surat Jaminan bertarikh 07.12.2020 yang telah diimplidkan oleh Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif sebagai kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan (“Dokumen-Dokumen tersebut”).
21
21.07.2023 - Defendan Pertama sekali lagi telah memohon lanjutan masa bagi memfailkan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama dengan alasan Defendan Pertama telah memfailkan Notis Permohonan di bawah Aturan 24 tersebut dan memohon arahan mahkamah berkaitan Notis Aturan 24 tersebutiaitu 2 hari sebelum pengurusan kes ini. - Plaintif tetap memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dipohon tersebut. - Mahkamah telah membenarkan lanjutan masa kali kedua selama 14 hari dan tarikh baru untuk Peguam cara Defendan Pertama untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan adalah pada atau sebelum 04.08.2023 (“Lanjutan
04
Kedua”)
08
08.2023 - Peguam acara Defendan Pertama sekali lagi telah memohon lanjutan masa bagi memfailkan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama dengan memberikan alasan bahawa Peguam acara Defendan Pertama masih belum memperoleh dokumen-dokumen material dan fakta-fakta yang sempurna daripada Defendan Pertama. - Mahkamah sekali lagi telah membenarkan lanjutan masa kali ketiga selama 14 hari kepada Defendan Pertama (“Lanjutan Masa Ketiga”) bagi membolehkan Defendan Pertama memfailkan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama dengan fakta-fakta yang material, benar, tepat dan sempurna. Defendan Pertama telah diarahkan untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan sebelum atau pada 18.08.20238.
15
15.08.2023 Peguam cara Defendan Pertama telah memfailkan dan menyampaikan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama kepada Plaintif iaitu 3 hari awal sebelum tarikh akhir pemfailan.
18
18.08.2023 - Plaintif telah memaklumkan ke Mahkamah dan Peguam cara Defendan Pertama bahawa Plaintif akan memasukkan Notis Permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012. - Peguam cara Defendan Pertama hanya memaklumkan kepada pihak-pihak bahawa mereka juga akan memfailkan Notis Tanggung Rugi dan Sumbangan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan tiada apa-apa makluman yang dibuat oleh peguam cara Defendan Pertama bagi pemfailan pindaan Pernyataan Pembelaan.
23
23.08.2023 Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan di bawah Aturan 14 KKM bagi mendapatkan Penghakiman Terus terhadap Defendan Pertama (Lampiran 15)
28
28.08.2023 Plaintif telah memfailkan dan menyampaikan Pernyataan Jawapan Kepada Pembelaan kepada Defendan Pertama, di mana melalui Pernyataan Jawapan Kepada Pembelaan ini, Plaintif telah mendedahkan bahawa Defendan Pertama telah membuat pengakuan-pengakuan yang jelas terhadap segala tuntutan-tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama.
30
30.08.2023 - Pengurusan Kes ditetapkan bagi pihak-pihak mendapatkan arahan bagi Lampiran 15 di mana arahan-arahan telah diberikan. Namun, dibatalkan kerana peguam cara Defendan Pertama memaklumkan ingin membuat pindaan kepada Pernyataan Pembelaan - Arahan-arahan bagi permohonan Lampiran 15 ditangguhkan bagi sesi Pengurusan Kes secara Zoom.
06
06.09.2023 - Pengurusan Kes bagi
Lampiran
Lampiran 15 iaitu Permohonan Plaintif bagi mendapatkan semula arahan-arahan bagi Penghakiman Terus. - Peguam cara Defendan Pertama telah memaklumkan ke Mahkamah bahawa Defendan Pertama masih ingin meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama. - Mahkamah telah mengarahkan Peguam cara Defendan Pertama untuk memfailkan Notis Permohonan Pindaan dan Permohonan di Lampiran 15 ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan pindaan Pernyataan Pembelaan oleh Defendan Pertama. 18.09.2023 Peguam cara Defendan Pertama telah memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 18 dan menyerahkan Notis Permohonan tersebut dan Afidavit Sokongan kepada Plaintif. [30] Mahkamah juga merujuk kepada perbandingan pindaan-pindaan dalam pernyataan pembelaan asal dan cadangan pernyataan pembelaan terpinda sebagaimana berikut: a) Mengestrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil dari Lot 1211 dan Lot 41645 iaitu Hartanah milik Plaintif Pembelaan Asal: Defendan Pertama mengakui bahawa Defendan Pertama telah diberikan kebenaran oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga untuk meneruskan aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil sebagaisub-kon di tapak Lot 1211danLot41645(milikPlaintif) dan hanya sekitar Disember 2020,Defendan Pertama mengetahui bahawaLot 1211danLot41645merupakan hartanahmilik Plaintif. [Rujuk Para 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4 dan 3.5] Cadangan Pindaan Pembelaan: a) Defendan Pertama menafikan bahawa Defendan Pertamatelah melakukan aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil dariLot 1211danLot 41645 sebagaiSub-Kon danhanya diberikan kebenaran oleh Defendan Kedua dan Ketiga untuk melakukan aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bagi Lot yang dikenali sebagai Lot 2237. b) Defendan Pertama menuduh pada Disember 2020, Plaintif mendapati bahawa kerja-kerja mengekstrak pasir dan kerikil di atas Lot 1211 dan Lot 41645 telah pun dilakukan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Defendan Pertama menafikan penglibatan Defendan Pertama atas lot-lot milik Plaintif. [Rujuk Para : 3.2, 3.3, 3.4, 3.5, 3.6 dan3.7] b) Kewujudan Lot 2237 Pembelaan Asal: Pembelaan asal tidak memplidkan butiran dan kewujudan Lot 2237 ini. Defendan Pertama juga tidak pernah memplidkan bahawa Defendan Pertama telah melakukan aktiviti mengekstrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil dari Lot 2237 tersebut. Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menuduh bahawa Defendan Pertamahanya diberikan kebenaran untuk melakukan aktiviti mengestrak, mengeluarkan dan mengangkut pasir dan kerikil sebagai sub-Kon daripada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga di atas Lot 2237 . [Rujuk Para : 3.2, 3.3, 3.4, 3.5, 3.6, 3.7, 3.8 dan 3.9] c) Surat Perjanjian dan Aku janji bertarikh 07.12.2020 Pembelaan Asal: Defendan Pertama mengakui bahawa Defendan-Defendantelah mengadakan mesyuarat sebelum menandatangani Surat Perjanjian dan Aku Janji dan Surat Jaminan bertarikh 07.12.2020 tersebut dan terdapatnya persefahaman antara Defendan-Defendan. [Rujuk Para 4.1] Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menuduh bahawa tiada mesyuarat yang telah dilakukan sebelum Defendan Pertama menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji bertarikh 07.12.2020 tersebut. [Rujuk Para 4.1] d) Pengetahuan dan Pemahaman terhadap Surat Perjanjian dan Aku janji bertarikh 07.12.2020 Pembelaan Asal: a) Defendan Pertama mengakui bahawa Defendan Pertama melalui perbincangan antara Defendan-Defendan telah mempunyai pengetahuan bahawa Defendan Pertama akan membayar hutang/tunggakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga di mana Defendan Pertama diberitahu seawal-awal mengenai butiranPlaintif sebagai pemilik tanah tersebut. b) Defendan telah meneliti Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut sebelum menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut. [Rujuk Para 4.2 dan 4.5] Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menafikan bahawa Defendan Pertama mempunyai pengetahuan dan/atau pemahaman terhadapisi kandungan Surat Perjanjiandan Aku janji bertarikh 07.12.2020 tersebut kerana Defendan Pertama merupakan seorang berpelajaran sehinggan tingkatan 2, dan tidak faham bahasa Inggeris dan menuduh bahawa Defendan Pertama tidak dibekalkan dengan Salinan Surat Perjanjian Aku janji bertarikh 07.12.2020 tersebut dan hanya diberikan Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut pada 25.05.2023. [Rujuk Para: 4.2, 4.3, dan 4.4] e) Perkara yang dipersetujui oleh Defenden-Defendan berdasarkan mesyuarat/perbincangan tersebut Pembelaan Asal: Defendan Pertama mengakui bahawa terdapat perbincangan antara Defendan-Defendan dan mereka bersetuju bahawa Defendan Pertamaakan bekerjasama untuk membayar RM 402,276.06 untuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sebelum kehadiran Defendan Pertama di atas Lot 1211 dan Lot 41645 tersebut. Cadangan Pindaan Pembelaan: a) Defendan Pertama mengakui akan membuat pembayaran RM 402,276.06 tersebut dan menegaskan bahawa Defendan Pertama hanya akan membuat pembayaran tersebut setakat Defendan Pertama beroperasi di tapak Lot 2237 tersebut. [Rujuk Para : 4.5] b) Defendan Pertamajuga mengakui bahawa terdapat persefahaman antara Defendan-Defendan bahawa Defendan Pertama akan membuat pembayaran kepada Plaintif setakat Defendan Pertama masih bekerja di atas Lot 1211 dan Lot 41645. [Rujuk Para4.3dan4.4] f) Penambahan Pembelaan berunsurkan terdesak dan/atau tertekan untuk menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji tersebut Pembelaan Asal Tuduhan dan Pembelaan ini tidak penah diplidkan dimana-mana di dalam Penyataan Pembelaan Defendan yang asal. Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menuduh Defendan Pertama terdesak dan/atau tertekan untuk menandatangani Surat Perjanjian dan Aku janji bagi membayar jumlah tersebut kerana diugutoleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang mana ini akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada Defendan Pertama, dan Surat Perjanjian Aku janji ini telah terbatal kerana Defendan Pertama menandatanganinya dalam keadaan terdesak. [Rujuk Para: 4.6, 4.7, 4.8 dan 7.3] g) Kegagalan untuk memplidkan Surat Jaminan bertarikh 07.12.2020 Pembelaan Asal: Tiada di mana-mana di dalam Pernyataan Pembelaan Asal yangtelah diplidkanoleh Defendan Pertama berhubung tujuan Surat Jaminan ini. Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menuduh bahawa berdasarkan Surat Jaminan tersebut Plaintif mempunyai pengetahuan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang perlu membayar tunggakan yang dipohon oleh Plaintif kini. [Rujuk Para 4.6, 4.7, 4.8, 4.9, 4.10, 4.11, 4.12, 4.13 dan 4.14] h) PembayaranRM 40,000.00 Pembelaan Asal Defendan Pertama mengakui bahawa pembayaran sebanyak RM 40,000.00 merupakan bayaran bagi bulan-bulan Defendan Pertama meneruskan kerja-kerja di Lot 1211 dan Lot 41645. [Rujuk Para 4.8, 4.9, 6.1 dan 6.2] Cadangan Pindaan Pembelaan: Defendan Pertama menukar pembelaan bahawa bayaran RM40,000.00 tersebut adalah bagi pembayaran sepanjang bulan Defendan Pertama menjalankan aktiviti di atas Lot 2377. [Rujuk Para:7.1,dan 7.2] [31] Merujuk kepada kronologi kes, Mahkamah berpendapat bahawa permohonan pindaan ini sebenarnya bukanlah satu permohonan yang bona fide. Ini kerana Defendan telah mendapat perlanjutan masa untuk memfailkan pembelaan dan telah membuat permohonan untuk dokumen-dokumen berkaitan. Pihak Plaintif telah memfailkan permohonan untuk penghakiman terus dan kemudiannya telah memfailkan jawapan yang menyentuh tentang beberapa isu seperti pengakuan yang dibuat oleh pihak Defendan Pertama. [32] Dalam kes Lim Nyang Tak Michael v Ace Technologies SdnBhd [1995] 4 MLJ 616, Mahkamah telah ini telah menolak permohonan pindaan Defendan tersebut dan membenarkan Penghakiman Terus oleh Plaintif dan memutuskan seperti berikut:- (2) It was not a question of negligence to plead all those matter in the original defence but a tactical manoeuvre and done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim. The application to amend the defence after exposure by the plaintif in his affidavit in support was a tactic to confuse the issues by creating imaginary ‘triable issues’ and to stall the plaintiff of his rights. If this was allowed, it would unnecessarily cause prejudice to the plaintiff which could not be compensated by costs” [33] Selanjutnya, YA Abdul Kadir Sulaiman telah menyatakan alasan-alasan seperti berikut bagi memutuskan bahawa tindakan Defendan memasukkan permohonan pindaan tersebut adalah dengan male fide dan adalah tindakan taktikal (‘tactical manoeuvre’) yang boleh mengakibatkan prejudis terhadap Plaintif yang tidak mampu dipampas dengan kos: “First, I will deal with the reason for the dismissal of the defendant’s application for amendment of its defence under O 20 r 5 of the RHC. The reasons for the dismissal of the application of the defendant for the amendment of the statement of defence was on ground that it was notmade bone fide and was so made as a tactical manoeuvre to unnecessarily delay the disposal of the action of the plaintiff. The gist of the plaintiff’s claim against the defendant is that by an agreement as evidenced by a letter dated 20 February 1992 from the defendant, the defendant agreed to pay the plaintiff a commission of $300,000 for the service of the plaintiff in arranging for the defendant to be a sub-contractor for Masrafan who is the contractor of the project. On 11 November 1992 the plaintiff pursuant to the agreement successfully introduced the defendant to Masrafan and a sub-contract for the project was executed between Masrafan and the defendant. Consequently, by a letter dated 19 February 1993 the defendant offered to pay the said agreed commission to the plaintiff by instalments commencing from 28 February 1993. The defendant tendered by way of part payment of the commission a Standard Chartered Bank cheque dated 13 June 1993 for $32,000 (‘the Standard Chartered cheque’) to the plaintiff. However, the cheque when presented for payment was dishonoured by the bank. Therefore, by a specially indorsed writ dated 20 April 1994 the plaintiff claims against the defendant for the amount of commission agreed, alternatively the sum of $300,000 on quantum merit, or in further alternative the said sum for breach of the said agreement, interest and costs. On 27 April 1994 the defendant entered an appearance to the writ and on 4 May 1994 filed a defence. In the defence the defendant admitted that on or about 11 November 1992 it executed a sub-contract with Masrafan in respect of the project. However, it denies the appointment of the plaintiff as his agent as alleged and even if the plaintiff was so appointed, it had not agreed to pay the plaintiff the said commission or at all. The defendant also denies the allegation that it had subsequently agreed to pay the commission to the plaintiff by monthly instalments. It, however, admits that the plaintiff was given the Standard Chartered cheque, but it subsequently instructed the bank to stop payment on the cheque and followed by it giving the plaintiff another drawn on Public Bank Bhd dated 18 June 1994 for the same amount (‘ the Public Bank cheque’) and this second cheque was honoured by the Bank. It avers that this amount of $42,000 wastowards repayment of a monetary advance previously made to the defendant by the plaintiff with interest thereon and not as part payment of the commission. It is to be noted that in the defence of the defendant, it was silent on the two letters mentioned by the plaintiff in his statement of claim, ie one dated 20 February 1992 as the basis for the agreement and the other dated 19 February 1993 as evidence of promise to pay the said commission by monthly instalment, apart from the general denial. Then on 12 May 1994 there was filed an application by the plaintiff for a summary judgement under O 14 RHC. As earlier mentioned, originally this application of the plaintiff included also the prayers under O 18 r 19 of the RHC. However, during the hearing, the plaintiff elected to proceed only with its application under O 14. ….. The proposed amendment is on three aspects. First is the averment that the letter dated 20 february 1992 (exh ‘LHT1’ to the affidavit in support of the plantiff’s application under O 140 is a forgery, though the signature thereon is similar to that of Chan Wa Keong, its managing director. It is also averred that the said Chan Wa Keong did not execute the letter before Lee Heng Cheong, the advocate and that the full particulars of the forgery and inauthenticity of the letter shall be furnished after discovery and/or inspection of docuements in the action. The second aspect concerns a new averment that one Jong Joo Sian, and not the plaintiff, was solely responsible for introducing the defendant to Masrafan in respect of the project abd a commission of $50,000 was paid by the defendant to this Jong Joo Sian. The last aspect concerns the letter dated 19 February 1993 (exh ‘LNT3’ to the affidavit in support of the plaintiff’s application under O 14). The defendant avers that the letter is also a forgery and not an authentic document, though the signature thereon is similar to that of Chan Wa Keong and the full particulars of the forgery and authenticity of the letter shall be furnished after discovery and/or inspection of documents. Now, if the defendant had a truly valid defence against the claim of the plaintiff it should not have waited until 25 July 1994 or as stated in the proposed amended defence until the discovery and/or inspection of documents to plead forgery and to bring in, in the proposed amendment the issue of someone else other that the plaintiff who was the agents. There was in the statement of claim of the plaintiff an averment concerning his agreement with the defendant based on a letter dated 20 February 1992 and by letter dated 19 February 1993 the defendant offered to pay the said commission by monthly instalments. In the light of such averments by the plaintiff, it would be prudent upon the defendant before it decided to file its defence to verify on these facts instead of filing a general defence denying liability. In the face of the assertion of the plaintiff in the statement of claim that he was the agent, the defendant merely makes a general denial without particularizing who the real agent was if it was not the plaintiff. It is only in the proposed amendment that a new person comes to light. It is my finding that all the issue of forgery and the new agent comes about on account of it being confronted with the evidence of the agreement in exh 'LNT1' and the evidence of proposal to pay the commission by monthly instalments in exh 'LNT3'. It is not a question of negligence to plead all those matters in the original defence but a tactical manoeuvre and done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim. The affidavit in support of the application by the defendant for amendment is affirmed by Mathew Chan Theng Kiang, the counsel for the defendant. It is not affirmed by anyone else who is able of his own knowledge to prove. It does not contain statements of information or belief with sources and grounds thereof on the material issue apart from saying that the 'Defendant saw both the letter dated the 20th day of February, 1992, and the letter dated the 19th of February, 1993, for the first time as Exh 'LNT 1' and Exh 'LNT3',respectively, in the Plaintiff's Affidavit in Support affirmed on the 12th day of May 1994'. Be that as it may, the validity of this assertion is very hard to swallow in the light of the defendant's inaction in the face of the averment in the statement of claim of the plaintiff. No reason is given for the proposed averment that Jong Joo Sian was the real agent in respect of the contract with Masrafan in theproject. The deponent also deposed that there has been no delay in making this application for amendment as no date has yet been fixed for the hearing of the action. In my view, the question of delay is one thing and the question of the motive behind its filing in the light of the circumstances, is another. The application of the plaintiff was originally scheduled to be heard on 30 July 1994. The summons was served on the defendant on 16 May 1994. But it was only on 25 July 1994, ie five days before the scheduled hearing of the application of the plaintiff, that this application of the defendant was filed together with the affidavit in opposition of the plaintiff's application, thereby directly or indirectly contributing to the delay in the disposal of the plaintiff's application. The application to amend the defence after the exposure by the plaintiff in his affidavit in support is nothing but a tactic to confuse the issue by creating an imaginary 'triable issue' and to stall, if not to deprive, the plaintiff of his right. If this is allowed it would unnecessarily cause prejudice to the plaintiff which cannot be compensated by costs”. [34] Mahkamah juga telah merujuk pada kes Everise Hectares Sdn Bhd v. Citibank Bhd [2010] 3 MLRA 306, di mana Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Perayu bagi meminda Pernyataan Pembelaan Perayu atas alasan permohonan pindaan tersebut tidak bona fide dan merupakan tindakan taktikal (‘tactical manoeuvre’) bagi menghalang Responden untuk melaksanakan penghakiman yang diperolehi oleh Responden. Hakim-Hakim yang bijaksana di dalam kes rayuan ini juga telah merujuk keputusan yang diputuskan di dalam kes Lim Nyang Tak Micheal (supra) selanjutnya memutuskan seperti berikut:- “The Filing Of The Amendment Application Was A Tactical Manoeuvre [35] The filing of the amendment application can best be described as a tactical manoeuvre on the part of the appellant to delay and prevent therespondent bank from completing the sale of the said land to Fenomena Kualiti Sdn Bhd. [36] Legally speaking, if the appellant intended to prevent the sale of the said land to Fenomena Kualiti Sdn Bhd, the appellant should have taken the following steps: (a) appealed against the dismissal of the first injunction application; and (b) applied for an erinford injunction pending the appeal to the Court of Appeal. [37] Alas, all these were not done by the appellant. Instead, the appellant filed the amendment application some months after the dismissal of the first injunction application. [38] Tactical manoeuvrings were frowned upon by the courts in the following cases. [39] In Tetuan Tanjung Teras & Ors v. Tetuan Syn Tai Hung Trading Sdn Bhd[2003] 2 MLRH 242; [2003] 4 MLJ 465; [2003] 7 CLJ 124 , where LowHop Bing J (now JCA) aptly said at p. 129 of the report: The defendants' application herein is made at the appeal stage after the learned sessions court judge has arrived at a decision upon consideration of all the pleadings, affidavits and exhibits before him. It seems to me that this is a tactical manoeuvre amounting to an abuse of the process of the court and should be disallowed: Ismail bin Ibrahim & Ors v. Sum Poh Development Sdn Bhd & Anor [1988] 1 MLRH 186; [1988] 1 CLJ (Rep) 606; [1988] 2CLJ 632 ; [1988] 3 MLJ 348. [40] In Lim Nyang Tak Michael v. ACE Technologies Sdn Bhd [1995] 4 MLRH 442; [1995] 4 MLJ 616 , where Abdul Kadir Suleiman J (later FCJ) rightly held that: It was not a question of negligence to plead all those matters in the original defence but a tactical manoeuvre and done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim. The application to amend the defence after exposure by the plaintiff in his affidavit in support was a tactic to confuse the issues by creating imaginary 'triable issues' and to stall the plaintiff of his rights. If this was allowed, it would unnecessarily cause prejudice to the plaintiff which could not be compensated by costs. [41] In Ismail bin Ibrahim & Ors v. Sum Poh Development Sdn Bhd & Anor[1988] 1 MLRH 186; [1988] 1 CLJ (Rep) 606 , where Mohamed Dzaiddin J (later Chief Justice of Malaysia) aptly said: The rule governing the amendment of pleadings is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. However, there are two circumstances in which an amendment to add an allegation of fraud would not be permitted: (a) where the facts giving rise to the plea of fraud were known at the time of the original pleading and (b) where the delay in pleading fraud was in connection with some tactical manoeuvre. [42] The general rule that an amendment will be permitted if the opposing party does not suffer an injustice as a result of the proposed amendment must be put to the fore (Khoo Tau Guan v. Weng Lai Ping & Ors[2003] 3 MLRH 467; [2004] 5 CLJ 249 ). But, in exercising its discretion to allow or disallow a pleading to be amended, the court must consider the position of all the parties. [43] Here, the resulting prejudice to the respondent bank cannot be compensated by costs because of the appellant's mala fide in filing theamendment application after a delay of 7 months and 27 days and the manoeuvrings of the appellant to delay the sale of the said land to Fenomena Kualiti Sdn Bhd.” [35] Mahkamah merujuk kepada kes Bank Of Commerce (M) Bhd v Mazlan Khamis & Ors [1999] 1 CLJ 499 di manaYA T Selventhiran telah memutuskan bahawa: - “[2] Looking at the amendments sought here, it was clear that the first defendant was pleading disputed facts. The first defendant sought to take a stance not only inconsistent with but also contrary to what was pleaded in the original defence and counterclaim. [3] The first defendant was not applying for leave to amend his previous pleading so as to plead in the alternative the allegations now sought to be raised, as he would be allowed to do pursuant to O. 18 r. 10(2) of the RHC, but instead was seeking to raise altogether new grounds of defence and counterclaim which were inconsistent with his previous pleading as contained in the original defence and counterclaim, which he would be clearly prohibited from doing under O. 18 r. 10(1) of the RHC.32. [5] In the absence of any affidavit stating otherwise, it could be deemed that the first defendant was in possession of the facts sought to be introduced now by amendment when the original defence and counterclaim were filed. [6] In the absence of any affidavit evidence explaining why the amendments now sought were not incorporated in the defendants' original defence and counterclaim, the inescapable conclusion was that the amendments sought clearly amounted to overreaching. [7]The first defendant's application to amend his pleading was made at the time when the plaintiff had already tendered nearly all its evidence. The defendants should have asked for the amendment at a much earlier stage. Therefore, if the first defendant did not intend to support his application by affidavit evidence, he should have so applied before the filing of the plaintiff's applications for summary judgment and to strike out the original counterclaim which would entitle the plaintiff to have the matter disposed of with finality in a summary manner. [8] The proceedings having reached this stage, it was incumbent upon the first defendant to produce some credible evidence upon affidavit to support his application to amend his pleadings. As he has consciously elected not to do so, this led the court to believe that his application to amend his pleading was a mere tactical manoeuvre solely intended to overreach. [36] Merujuk kepada perbandingan perbezaan Pernyataan Pembelaan Asal dan Cadangan Pernyataan Pembelaan Terpinda Defendan Pertama, Mahkamah mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara pembelaan asal dan pembelaan terpinda yang dipohon. Dengan ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa pindaan Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Pernyataan Pembelaan Asal Defendan Pertama tersebut. Pembelaan terpinda yang dicadangkan telah mengubah pembelaan asal menjadi sesuatu pembelaan yang baru. [37] Selanjutnya, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Pertama tidak mengemukakan bukti-bukti atau keterangan di mana-mana Afidavit untuk menjelaskan sebab tidak memplidkan pindaan-pindaan yang dipohon pada peringkat awal, iaitu semasa memfailkan Pernyataan Pembelaan Asal Defendan Pertama, terutamanya setelah Defendan Pertama diberi perlanjutan masa sebanyak 3 kali untuk memfailkan pembelaan dengan alasan untuk mendapatkan dokumen dan fakta-fakta yang releven. [38] Mahkamah merujuk kepada kes Gas Malaysia Berhad v Ikram Engineering Services Sdn Bhd; Azizi Sudin (Pihak Ketiga) [2016] 1 LNS 84, YA T Gunalan Muniandy telah menolak permohonan pindaan Pembelaan seperti berikut: - [16] “……… It is also, undoubtedly, a clear attempt by the Defendant, having made an admission that it had carried out the drilling works on the instructions of the 3rd party, to now retract the admission, which would certainly prejudice the Plaintiff in pursuing its claim. As the party seeking the amendments, it is incumbent for Defendant to proffer an explanation as to why it is seeking to retract the admission and why it was not made in the first place. In Pan Malaysia Pools Sdn. Bhd. v. Kwan Tat Thai & Anor [2010] 1 LNS 968, the learned Judicial Commissioner referred to the Australian Supreme Court case of BP Australia Limited. v. Bryan Campbell Carige & Ors. trading as Able Freight Service [1992] 112 FLR 119 where it was observed: “Where the proposed change involves the withdrawal of an admission, a further matter arises for consideration. In Langdale and Anor v. Danby[1982] 1 WLR 1123 Lord Bridge of Harwich, speaking for the House of Lords, said at 1134 that in the absence of clear evidence to the contrary, a court is entitled to assume that counsel who make an admission was, on his client's version of the fact, a proper admission to make. In our opinion a court, and other parties to litigation, are similarly entitled to make that assumption about admissions made by solicitors on their client's behalf in the course of litigation whether in the pleadings or in correspondence. For this reason, where leave to withdraw an admission is sought, a court will require an explanation for the making of an admission. The explanation must be sensible one based on evidence of a solid and substantial character; Langdale v. Danby at 1134; Hollis v. Burton[1892] 3 Ch 226; and Cumper v. Pothecary [1941] 2 KB 58 at 70.” [39] Dalam kes ini, tiada sebarang alasanyang dapat dijumpai di Afidavit Sokongan dan Afidavit Balasan Defendan Pertamabagi pindaan menarik balik pengakuan di dalam Pernyataan Pembelaan Asal tersebut. Oleh itu, tidak dipertikaikan bahawa pindaan-pindaan tersebut adalah male fide dan bertujuan untuk tindakan taktikal (“tactical manoeuvre’). Hal ini juga akan menyebabkan ketidakadilan kepada Plaintif dan memprejudiskan Plaintif yang tidak boleh dipampas dengan kos. [40] Di samping itu, dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati bahawa cadangan pindaan kepada Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama adalah sesuatu yang boleh disifatkan sebagai telah mengubah sifat pertikaian itu sendiri. Dalam hal ini, Defendan Pertama telah menggunakan peluang tersebut untuk membuat cadangan pindaan kepada Pembelaan dengan memasukkan pembelaan bahawa Defendan Pertama tidak faham surat perjanjian dan aku janji bertarikh 7.12.2020 dan menandatanganinya dalam keadaan terpaksa. [41] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap Cadangan Pindaan kepada Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama, Mahkamah menegaskan bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan itu tidak mencerminkan alasan-alasan yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Defendan Pertama (Lampiran 19). Hal ini demikian keranapindaan yang dicadangkan dalam Lampiran 19 tersebut adalah banyak, bersifat ekstensifdan mengubah sifat (character)asal pliding tersebut kepada suatu tindakan guaman yang lain. F. KESIMPULAN [42] Penukaran pendirian-pendirian yang diambil oleh Defendan dalam Pembelaannya adalah pada dapatan mahkamah bukan bona fide dan merupakan pemikiran semula. Perkara yang dibangkitkan oleh Defendan dalam cadangan pindaan pembelaan sepatutnya telah pun dalam pengetahuan Defendan semasa pembelaan asal dibuat. Pindaan yang dicadangkan ini telah menukar sifat/karakter pembelaan Defendan Pertama itu sendiri. [43] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, setelah Mahkamah menimbang dan mengambil kira kesemua kertas kausa berkaitan, hujahan bertulis pihak-pihak serta hujahan balasan bertulis pihak-pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian menolak Notis Permohonan Defendan Pertama(Lampiran 18) dengan kos sebanyak RM 2000.00 diberikan kepada pihak Plaintif. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 22.4.2024 PIHAK-PIHAK Peguamcara Pihak Plaintif: Encik Low Joo Hean bersama-sama dengan Cik Norja Binti Abdul Razak [Tetuan Ching Tan & Assoc.] Peguamcara Pihak Defendan Pertama: Cik Moganeysha A/P Nagendran bersama-sama dengan Encik Najumuddin [Tetuan Moga & Associates]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.