Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - B52NCC-10-06/2024 ANTARA DUPLEX INFRA SDN BHD PLAINTIF
BI-B52NCC-10-06/2024
Sessions Court of Malaysia27 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - B52NCC-10-06/2024 ANTARA DUPLEX INFRA SDN BHD PLAINTIF
3
3.CHEAM CHONG LENG
1
Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan setelah selesai perbicaraan penuh. Dalam membuat keputusan, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya untuk membuktikan kes S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ di bawah imbangan keberangkalian terhadap pihak Defendan Kedua. Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan pihak Plaintif terhadap pihak Defendan Kedua dengan kos RM3,000.
2
Defendan Kedua kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 27 Februari 2026 dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
3
Plaintif adalah merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai alamat tempat perniagaan di No 21 Jalan Tasik Selatan 30D, Desa Tasik, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur.
4
Defendan Pertama telah melantik Plaintif menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di premis yang dikenali sebagai no 1D, Jalan BS7/22, Taman Bukit Serdang, 433000 Seri Kembangan, Selangor ( kenali sebagai projek ) pada nilai kontrak RM428,670.06. S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ
5
Plaintif menyiapkan projek itu dan menyerah milikan kosong projek kepada Defendan Pertama . Defendan Pertama hanya membuat bayaran sebanyak RM100,860.00 dan meninggalkan baki tertunggak sebanyak
6
Pada lebih kurang 27.11.2023 Defendan Kedua dan Ketiga telah menandatangani suatu Surat Jaminan dan Indemniti untuk menjamin secara bersama dan berasingan segala hutang atau jumlah tertunggak yang kena dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Fakta kes Defendan Kedua 7. Defendan Kedua seorang warga negara mempunyai alamat kediaman terakhir yang diketahui di No 35, Ritz Residence, Jalan BS9/5G, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
8
Defendan kedua tidak mengakui perenggan 4 dan 5 di atas. Defendan Kedua menyatakan hanya seorang pelabur dan tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi Defendan Pertama. S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ
9
Defendan Kedua tidak mengakui ada menanda tangani Surat jaminan dan indemniti tersebut. Beliau tidak pernah melihatnya pada bila bila masa sam ada secara persendirian atau di hadapan Defendan ketiga. Defendan Kedua juga mempertikaikan tanda tangan yang kononnya diletakkan pada muka surat tanda tangan surat jaminan dan indemniti tersbut dan menyatakan tanda tangan tersebut adalah palsu. Isu-isu untuk diteliti 10. Mahkamah perlu meneliti isu iaitu ; a) Adakah Defendan Kedua ada menandatangani Surat Jaminan dan Indemniti tersebut.
11
SP2 dalam keterangan telah menyatakan bahawa beliau yang menyediakan Surat Jaminan iaitu D2 atau P1 dan telah mengarahkan SP3 iuntuk menyerahkan D2 kepada Defendan Kedua dan ketiga pada 27.11.2023 dan ini sendiri telah diakui oleh SP3 di dalam keterangan beliau. SP 3 juga beliau telah mengambil semula D2 di pejabat Defendan Pertama pada atau sekitar 13.12.2023. S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ
12
Mahkamah mendapati bahawa keterangan SD1 perlu diteliti dengan berhati-hati. Mahkamah dapati bahawa sepanjang dalam memberi keterangan SD1 telah cuba untuk mengelak daripada memberi jawapan yang sebenar dan jujur. Banyak keterangan beliau amat meragukan untuk Mahkamah menerimanya .
13
Mahkamah mendapati SD1 cuba untuk mengelak daripada memberi keterangan jujur berkaitan dengan dokumen D2 tersebut. SD1 sebalik memilih untuk mengambil pendekatan dengan memberi jawapan tidak pasti kepada soalan yang dikemukakan oleh Plaintif.
14
SD2 dalam keterangan telah menafikan ada menandatangani di dokumen D2 tersebut. Beliau hanya mengetahui tentang D2 apa bila ditunjukkan oleh peguamnya pada sekitar 2.7.2024. SD2 menyatakan bahawa tanda tangan beliau telah dipalsukan tetapi mengapa mengambil masa selama 3 bulan untuk membuat laporan polis dan alasan lambat S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ membuat laporan kerana sakit tenat bagi Mahkamah ada satu alasan yang agak tidak munasabah.
15
Mahkamah merujuk kepada Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 dan berpandangan bahawa adalah menjadi beban pembuktian kepada SD2 untuk menunjukkan bahawa tanda tangan beliau telah dipalsukan di D2 tersebut. Dalam membuktikan isu ini, SD3 iaitu pakar berkaitan tanda tangan telah dipanggil untuk mengesahkan berkaitan tanda tangan SD2 di dokumen D2 tersebut.
16
Mahkamah dalam meneliti keterangan SD3 mendapati bahawa SD3 tidak mengenali SD2 dan SD2 tiada pada bila bila masa berjumpa dengan SD3. SD3 hanya menerima dokumen daripada peguam SD2 iaitu encik Brendon yang meminta SD3 untuk membuat analisa berkaitan tanda tangan
17
Mahkamah mendapati SD3 sebagai seorang pakar tidak pada bila-bila masa memanggil SD2 untuk hadir dan menurunkan specimen tanda tangan S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ SD2 dihadapannya bagi membolehkan SD3 membuat perbandingan dengan dokumen yang diberi oleh peguam brendon dan juga dokumen D2. Mahkamah berpandangan bahawa adalah menjadi tugas utama SD3 sebagai pakar tanda tangan untuk membuat penilaian sama ada tanda tangan itu benar atau telah dipalsukan adalah dengan mengambil tanda tangan SD2 masa terkini dan dibandingkan dengan tanda tangan yang terdapat di dokumen terkait tapi ini telah gagal dilakukan oleh SD3.
18
Adalah perlu diingat bahawa adalah menjadi beban kepada Defendan untuk menunjukkan fakta yang dibawakan adalah benar. SD2 merupakan pihak yang berkepentingan dalam tindakan ini. SD2 perlu mengemukakan bukti yang boleh diterima sebagai keterangan apa bila melibatkan pertikaian kepada sesuatu fakta. Rujuk seksyen 73A(3) Akta Keterangan 1950.
19
Mahkamah telah mengambil pendekatan berhati-hati dalam menerima keterangan dan afidavit SD3 (rujuk D4) kerana Mahkamah berpandangan bahawa SD3 telah gagal untuk menjalankan pemeriksaan yang cukup S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ lengkap dan menyakinkan di dalam membuat pengesahan berkaitan tanda tangan SD2 tersebut.
20
Mahkamah dengan ini telah mengguna pakai seksyen 73(1) Akta Keterangan dan telah merujuk kepada tanda tangan SD3 yang terdapat pada dokumen yang dalam milikan Mahkamah dan membandingkan dengan tanda tangan SD2 tersebut kepada D2. Hasil penelitian Mahkamah maka dapatan Mahkamah bahawa tanda tangan yang terdapat pada cek maybank no 990678, Terma Sheet, ID 1, laporan polis SD2 adalah hampir mempunyai persamaan dengan tanda tangan SD2 di dokumen D2.
21
Hasil dapatan tersebut, Mahkamah dengan ini berpandangan bahawa SD2 telah gagal untuk mengenepikan dakwaan bahawa tanda tangan beliau telah dipalsukan dan SD2 tidak ada menurunkan tanda tangan di D2 tersebut. S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ
22
Berdasarkan alasan seperti di atas dengan ini Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka di bawah imbangan keberangkalian tuntutan mereka terhadap Defendan Kedua. Mahkamah dengan ini telah membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua dengan kos RM3,000.
12
12.
6
6.2026 S/N zkhIyj0f0OwofuO7HTtnQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.