Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET AYER KEROH DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: MA-82D-34-12/2022] ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ED ZULKARNAIN BIN JAMALLUDIN [NO. K/P: 880823-23-5109] ALASAN PENGHAKIMAN
MA-82D-34-12/2022
Magistrates Court of Malaysia15 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“se. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by Section 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the **”
“162. Sebagai contoh, di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. LOO CHOON FATT [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 telah diputuskan seperti berikut: “In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has be”
“256 telah diputuskan seperti berikut: “In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of”
“But discrepancies in the statements of witnesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony (Brij Lai v. Kunwar, 36 A187:18 CWN 649: A [1914] PC 38). The main thing to be seen is whether the inconsistencies go to the root of the matter or pertain to insig”
“n tidak fatal kepada kes pendakwaan memandangkan botol urin dan rantaiannya telah dibuktikan secara secukupnya dan memuaskan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes landmark SUNNY ANG V. PUBLIC PROSECUTOR [1965] CLJU 171; [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 secara terang dan jelas memutuskan bahawa ketiadaan mayat sekalipun”
“n given. It is not admissible to supplement such testimony. In Yap Ee Kong & Anor v. PP [1980] CLJU 117; [1980] 1 LNS 117; [1981] 1 MLJ 144 this court adopted Director or Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296 where it was held that the purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which”
“e (see DPP v. Hester [1972] 3 All ER 1056 ). Its role is to confirm other evidence in the sense that it renders that other evidence more probable (see Doney v. R. [1990] 171 CLR 207; DPP v. Kilbourne [1973] AC 729). It cannot therefore amount to that other evidence itself. Thus the record of an information will only en”
“1 sepertimana berikut : "...Corroborative evidence is only admissible to support testimony that has already been given. It is not admissible to supplement such testimony. In Yap Ee Kong & Anor v. PP [1980] CLJU 117; [1980] 1 LNS 117; [1981] 1 MLJ 144 this court adopted Director or Public Prosecution v. Hester [1973] AC”
“nce may be justified in seeking advantage of the incongruities obtaining in the evidence. In the latter, however no such benefit may be available to it (Krishna Pillai Sree Kumar v. State of Kerala A [1981] SC 1237, 1239: 1981 Cri LJ 734)."”
“102. Peguambela terpelajar merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam PP V AZAHARI BIN ABDUL WAHAB [2009] MLJU 898 yang memutuskan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan botol urin adalah fatal kepada kes pendakwaan. Namun, dengan hormatnya kes tersebut harus dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. H”
“60. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam PENDAKWA RAYA LWN. MOHD SAFWAN HUSAIN [2016] CLJU 708; [2016] 1 LNS 708 yang mana memutuskan walaupun pegawai kimia tidak menyatakan secara spesifik bahawa Methamphetamine di dalam sampel urin tertuduh disenaraikan di dalam Bahagian III Jadual Pertama A”
“55. Mahkamah ini seterusnya bersandarkan kepada panduan yang begitu menyeluruh yang digariskan di dalam kes yang lebih terkini iaitu PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 MLJU 958; [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782 mengenai faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tertuduh”
“143. Mahkamah juga merujuk kepada kes UNSUNG RASAD v. PP [2019] CLJU 662, yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “…the failure of the accused to put his case to the relevant prosecution witnesses had smacked of an afterthought defence or one that was of recent invention. S”
“rima pakai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dalam kes ini. Mahkamah ini mengambil pendekatan untuk mengikuti prinsip yang telah diputuskan di dalam ARIFF ARHANAN CHE UDIN lwn. PP [2020] CLJU 657 seperti berikut: “[62] Kami bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa Hakim Bicara tidak tersalah arah ap”
“145. Cannabis (perenggan 47 di muka surat 37-38 Jilid 1, Rekod Rayuan).” Mahkamah juga merujuk kepada kes WILLIAM JOHN P SANDANASAMY v. PP [2021] CLJU 1898, dimana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[38] A bare denial defence is a simple denial of involvement of the accused with the impugned dangerous drugs which were”
“erikan hendaklah juga mengambilkira kos dan masa yang diambil bagi penyelesaian kes semasa. Mahkamah berpandukan kepada apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam NOORDIN NOOR v. PENDAKWA RAYA [2022] CLJU 2996 seperti berikut : “[84] Dalam kes ini, OKT merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai rekod lam”
“mpunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan dibuat kepada kes MUHAMAD ZHAFRI BIN MOHAMAD YUNUS V. PUBLIC PROSECUTOR [2022] CLJU 884; [2022] 1 LNS 884; [2022] MLJU 917 yang menyatakan : "It is also trite that the presumption under Sectio”
“bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan dibuat kepada kes MUHAMAD ZHAFRI BIN MOHAMAD YUNUS V. PUBLIC PROSECUTOR [2022] CLJU 884; [2022] 1 LNS 884; [2022] MLJU 917 yang menyatakan : "It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on”
“uh semasa ujian saringan dijalankan. Peguambela merujuk kepada kes Noor Shariful Rizal Noor Zawawi v PP [2017] 3 MLJ 460 dan satu kes Mahkamah Tinggi iaitu Mohamad Fadilah Bantut v. PP & Another Case [2022] MLRHU 2602. Noor Shariful Rizal supra (yang diputuskan pada 22 Februari 2017) memutuskan **Note : Serial number w”
“saksi yang berkepentingan di dalam kes semasa. Berhubung isu human error, Mahkamah merujuk kepada otoriti berikut sebagai panduan iaitu kes Mahkamah Tinggi di dalam PP v MOHD AZMAN HUSIN & YANG LAIN [2024] CLJU 1192 yang mana YA Mohamad Abazafree Mohd Abbas memutuskan : [8] Bagi elemen yang pertama, Peguam menghujahkan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET AYER KEROH DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: MA-82D-34-12/2022] ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ED ZULKARNAIN BIN JAMALLUDIN [NO. K/P: 880823-23-5109] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”). Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut : PERTUDUHAN : “Bahawa kamu pada 12/10/2020 jam lebih kurang 1530hrs di Balai Polis Bukit Baru sebagai seorang yang tidak dikecualikan di bawah Bahagian III Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234 Semakan 1980) atau sebarang peraturan yang dibuat dibawahnya, kamu didapati memberikan dadah kepada diri sendiri Amphetamine dan Methamphetamine yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama. HUKUMAN : Dihukum dengan dipenjara untuk suatu tempoh yang tidak lebih daripada dua
2
tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua (2) tahun atau tidak lebih daripada tiga (3) tahun.”
2
Pertuduhan tersebut telah pertama kali dibacakan pada 27/11/2020, diterangkan dalam Bahasa Malaysia kepada Tertuduh dan diakui faham. Tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.
3
Perbicaraan pada peringkat pendakwaan telah berjalan dengan 6 orang saksi telah memberikan keterangan secara bersumpah dalam Bahasa Malaysia. Keterangan bersumpah bagi 3 orang saksi pendakwaan telah direkodkan di hadapan Tuan Majistret terdahulu iaitu Tuan Mohamad Izwan Bin Mohamed Noh, manakala keterangan 3 saksi terakhir telah diambil dan direkodkan di hadapan saya. Butiran semua saksi tersebut adalah sepertimana berikut : Bil. Nama Saksi Fungsi/ Peranan Tarikh Perbicaraan 1. Inspektor Kalvinderjit Singh A/L Jit Singh (SP1) Pegawai tangkapan/ Pemungut spesimen 21 Oktober 2021 2. Koperal Nazri Bin Said (SP2) Jurugambar 10 Disember 2021 3. Koperal Hamizah Binti Hj. Hamzah (SP3) Penghantar spesimen 1 Mac 2022
4
D/Koperal Mohd Herman Bin Zaini (SP4) Anggota tangkapan 20 Disember 2022
5
Suriati Binti Adenan (SP5) Ahli patologi 10 Januari 2023
6
Inspektor Nor Atika Binti Marzan (SP6) Pegawai penyiasat 10 Julai 2023
4
Sepanjang perbicaraan pada peringkat pendakwaan berlangsung, beberapa eksibit dokumentasi telah ditandakan sepertimana berikut : Bil. Butiran Keterangan Eksibit Tandaan 1. Laporan Polis BK Baru/3220/20 P1 2. 2 Keping Gambar Botol Urin
3
Borang Permintaan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing (UPD) P3 4. Borang Serah Terima Barang Kes P4 5. 5 Keping Gambar Tempat Kejadian
6
Sijil Perakuan 90A
7
Salinan Buku Penghantaran Botol Urin Ke Hospital Kuala Lumpur Mulai 05/10/2019 Hingga 16/11/2020
8
Laporan Patologi
10
P8 2 Keping Gambar Barang Kes
11
P9 (A-B) Surat Permohonan Untuk membuat Pembetulan Pada
12
ID10 Laporan Patologi Pembetulan
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan Tertuduh dipanggil membela diri. Mahkamah juga telah menggunapakai anggapan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. Keputusan ini telah dibaca dan diterangkan di dalam mahkamah terbuka kepada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.
6
Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan pihak pembelaan telah mengemukakan seorang sahaja saksi iaitu Tertuduh sendiri. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa Tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Anggapan di bawah Seksyen 37(k) juga gagal dipatahkan oleh pihak pembelaan di atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah dengan ini memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan mensabitkan Tertuduh di atas pertuduhan tersebut.
7
Setelah mendengar hujahan mitigasi dan pemberatan daripada kedua-dua belah pihak, Mahkamah memutuskan Tertuduh bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM4,500.00, jika gagal bayar 9 bulan penjara dan pengawasan polis selama tempoh 2 tahun. Berdasarkan rekod mahkamah, tiada permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi kes ini oleh Tertuduh. Justeru, alasan penghakiman ini adalah terhadap rayuan di atas keseluruhan keputusan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini terhadap Tertuduh. KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN
8
Pada 12/10/2020 jam lebih kurang 3.30 petang bertempat di Balai Polis Bukit Baru, Melaka, SP1 bersama beberapa anggota yang lain telah menerima satu
1
lelaki Melayu iaitu Tertuduh daripada Timbalan Ketua Polis, Balai Polis Ayer Keroh. SP1 kemudiannya menjalankan tangkapan ke atas Tertuduh kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. SP1 kemudiannya menjalankan pemeriksaan badan ke atas Tertuduh tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah.
9
Selanjutnya, SP1 telah menjalankan ujian saringan awal air kencing ke atas Tertuduh. Pada peringkat awal, SP1 telah meletakkan sejumlah 5 sehingga 10 bungkusan plastik yang mengandungi botol spesimen air kencing di atas meja bilik mesyuarat Balai Polis Bukit Baru. SP1 kemudiannya mengarahkan Tertuduh untuk memilih sendiri satu (1) bungkusan plastik, mengoyakkan dan mengeluarkan satu (1) botol spesimen daripada bungkusan plastik tersebut.
10
Tertuduh kemudiannya telah diarahkan untuk memeriksa nombor siri pada bungkusan plastik dan memastikan nombor tersebut adalah sama dengan nombor siri pada badan botol tersebut iaitu A0048249 seperti mana gambar botol urin P2(A-C).
11
SP1 seterusnya telah mengiringi Tertuduh ke tandas bagi memungut sampel air kencing Tertuduh. SP1 yang berada di dalam tandas bersama Tertuduh telah melihat dan menyaksikan Tertuduh telah memberikan sampel air kencingnya ke dalam botol yang dibekalkan tersebut. SP1 kemudiannya telah mengarahkan Tertuduh menutup tudung botol tersebut dan membawanya ke bilik mesyuarat.
12
SP1 seterusnya telah mengarahkan Tertuduh untuk membuka tudung penutup botol yang mengandungi spesimen air kencingnya itu dan meletakkan botol tersebut di atas meja yang berada dihadapannya.
13
SP1 kemudiannya telah menjalankan ujian dengan mencelup 5 test strips yang terdiri daripada Methampehetamine, Amphetamine, THC, Morphine dan Ketamine ke dalam spesimen air kencing Tertuduh sambil disaksikan oleh SP4 dan Tertuduh sendiri. Hasil ujian tersebut mendapati Tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Keputusan ini telah dimaklumkan oleh SP1 kepada Tertuduh.
14
SP1 seterusnya telah mengarahkan Tertuduh untuk menutup sendiri botol berkenaan dengan kemas dan meletakkan semula di atas meja. SP1 kemudiannya telah membuat catitan pada label dan mengarahkan Tertuduh menandatangani label tersebut. SP1 telah melekatkan label tersebut pada badan botol bersama dengan satu seal berwarna biru PDRM di bahagian antara penutup botol dan badan botol tersebut. Sepanjang proses seal dan label, kesemuanya dibuat di hadapan Tertuduh dan disaksikan oleh SP4.
15
Sepanjang masa material, botol tersebut telah berada di dalam kawalan SP1. Seterusnya pada jam lebih kurang 4.30 petang pada tarikh yang sama iaitu 12/10/2020, SP1 telah menyerahkan satu botol plastik berpenutup kuning yang mengandungi spesimen air kencing Tertuduh yang telah dilabel dan berseal sebagaimana gambar botol urin P2(A-C) kepada SP6 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah untuk proses siasatan selanjutnya.
16
SP6 seterusnya telah menyimpan botol berkenaan di dalam peti sejuk di dalam pejabatnya. Pada 13/10/2020, SP6 telah mengarahkan SP2 mengambil gambar botol urin sepertimana pada Eksibit P2(A-C), gambar tempat kejadian sepertimana pada Eksibit P5(A-E) dan gambar barang kes sepertimana pada Eksibit P9(A-B).
17
Pada tarikh yang sama jam lebih kurang 3.00 petang, SP6 telah menyerahkan botol plastik berpenutup kuning bernombor siri A0048249 yang mengandungi spesimen air kencing Tertuduh berserta Borang UPD P3 kepada SP3 di mana SP3 mengesahkan keadaan botol berkenaan sewaktu diserahkan adalah berada dalam keadaan berseal dan berlabel dengan nama Tertuduh. SP3 kemudiannya menyimpan botol tersebut di dalam peti ais berkunci yang hanya boleh diakses oleh SP3.
18
Seterusnya, SP3 telah menyerahkan botol plastik berpenutup kuning yang mengandungi spesimen air kencing Tertuduh tersebut dan Borang UPD P3 kepada SP5 di Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur pada 15/10/2020 jam 9.00 pagi untuk tujuan analisis dadah.
19
SP5 kemudiannya telah menyemak maklumat pada Borang UPD P3 dan botol tersebut bertujuan memastikan maklumat tertera adalah sama. SP5 seterusnya telah mengesahkan bahawa maklumat di dalam Borang UPD P3 dan pada botol tersebut adalah sama dan kandungan spesimen air kencing Tertuduh juga adalah mencukupi bagi tujuan ujian analisis. SP5 juga mengesahkan keadaan botol sewaktu diserahkan oleh SP3 kepadanya adalah berada dalam keadaan berseal, tidak koyak dan baik.
20
Hasil daripada ujian pengesanan dijalankan oleh SP5 ke atas spesimen air kencing Tertuduh adalah didapati mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. SP5 kemudiannya telah mengeluarkan satu Laporan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing atau laporan makmal P8 dengan nombor rujukan makmal 2096028697 bertarikh 20/10/2020 yang mana nombor siri botol yang tertera pada P8 adalah A0043249.
21
Pada 20/12/2022, SP5 telah menerima surat permohonan ID10 daripada SP6 untuk membuat pembetulan bagi nombor siri pada botol yang tercatat pada P8. SP5 kemudiannya mengeluarkan satu lagi laporan makmal yang baharu dengan nombor siri botol A0048249 bertarikh 20/12/2022 yang ditandakan sebagai ID11.
22
Sebelum Mahkamah memberikan alasan-alasan atas keputusan Mahkamah ini memanggil tertuduh membela diri, Mahkamah telah bergantung kepada Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (“Akta 593”) mengenai prosedur perbicaraan di akhir kes pendakwaan. Peruntukan tersebut diperturunkan seperti berikut : “Section 180: Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
23
Seperti lazimnya, memandangkan perkataan prima facie tidak diberikan terjemahan statutori, Mahkamah telah merujuk kepada beberapa prinsip berkenaan dengannya yang diputuskan di dalam LOOT KOW CHAI & ANOR v. PP [2003] 1 CLJ 734, BALACHANDRAN v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan MAGENDRAN MOHAN v. PP [2011] 1 CLJ 805.
24
Seterusnya, di dalam kes PP v. MOHD. RADZI ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah juga tidak melupakan tatacara yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan untuk diikuti oleh mahkamah bicara di akhir kes pendakwaan seperti berikut : "[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-
i
the close of the prosecution's case, subject to the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account at reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.
II
(ii) ask yourself the question; if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that evidence is "Yes" then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted.
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict.
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then to through the steps set out in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ
263
263."
25
Oleh itu, mengguna pakai prinsip prima facie yang diputuskan oleh kes-kes yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan atas penilaian yang maksimum dan mengambil kira kebolehpercayaan saksi-saksi dalam mencapai keputusan di akhir kes pendakwaan.
26
Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama seksyen 38B Akta yang sama. Bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP V. CHAM KAM LEONG 10 [1989] 1 MLJ 326 melalui penghakiman YA Hakim Zakaria Yatim yang menyatakan seperti berikut: “In order to prove that a person is guilty of an offence under s. 15(a), the prosecution must prove (1) the accused administers the drugs to himself; or the accused suffers another person, contrary to s. 14 of the Act, to administer to him the dangerous drugs; and (2) that the urine of the accused is clinically tested and found to contain the drugs.”
27
Oleh itu, bagi membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952, pihak pendakwaan perlu membuktikan dua elemen pertuduhan seperti berikut (dalam konteks kes semasa) :
i
Tertuduh memasukkan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine; dan
II
(ii) Amphetamine dan Methamphetamine disenaraikan di bawah Bahagian lll Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN : Elemen Pertama : Samada Tertuduh Memasukkan Kepada Dirinya Sendiri Dadah Berbahaya Jenis Amphetamine Dan Methamphetamine?
28
Berkenaan elemen pertama secara spesifiknya iaitu Tertuduh memasukkan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine, pihak pendakwaan lazimnya tidak akan mengemukakan keterangan langsung untuk membuktikan bahawa tertuduh menggunakan dadah berbahaya tersebut. Justeru, pihak pendakwaan mahupun mahkamah boleh mengguna pakai anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan ujian yang dibuat ke atas Tertuduh dibuat selaras dengan seksyen 31A ADB 1952.
29
Pindaan kepada ADB 1952 melalui Akta A1167 yang berkuatkuasa pada 1/11/2002 telah memperkenalkan Seksyen 37(k) ADB 1952 seperti berikut :
37
"Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder- - (j)...
k
if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations.”
30
Seksyen 37(k) tersebut perlu dibaca bersama-sama dengan Seksyen 31A ADB yang diperturunkan sebagaimana berikut:
31A
Examination of arrested person by a medical officer. When any person is arrested on a charge of committing an offence against this Act-which is of such a nature; or which is alleged to have been committed under such circumstances as give reasonable grounds for believing that an examination of his person will afford evidence as to the commission of an offence against this Act, it shall be lawful for a medical officer acting at the request of any police officer not below the rank of Sergeant, or any other officer in charge of a police station, or any officer of customs, and for any person acting in aid of a medical officer and under his direction, to make such an examination or examinations of the person arrested as may be reasonably necessary in order to ascertain the facts which may afford such evidence, and to use or cause to be used such force as may be reasonably necessary for that purpose.
1A
For the purpose of preservation of evidence, it shall be lawful for a police officer not below the rank of Sergeant or an officer of customs to require an arrested person to provide a specimen of his urine for the purposes of an examination under subsection (1) if it is not practicable for the medical officer or the person who is acting in aid of or on the direction of a medical officer to obtain the specimen of the urine within a reasonable period. .......................... For the purposes of this section "medical officer" includes any person employed by the Government or a statutory authority as a medical officer or as a chemist.”
31
Membaca kedua-dua seksyen ini bersama-sama, adalah dapat disimpulkan bahawa sekiranya hasil analisis ke atas sampel urin Tertuduh yang dilakukan di bawah seksyen 31A ADB 1952 mendapati wujud unsur dadah berbahaya dalam sampel urin Tertuduh, maka undang-undang menganggap bahawa Tertuduh sendiri telah memasukkan dadah berbahaya tersebut ke dalam tubuh badannya sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
32
Namun demikian, pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 bukan secara automatik. Pihak pendakwaan perlu membuktikan terlebih dahulu berkenaan fakta-fakta asas yang relevan yang berkaitan dengan elemen pertuduhan. Jika pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan fakta-fakta asas tersebut, anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 tidak boleh diguna pakai.
33
Bagi memenuhi keperluan di bawah Seksyen 31A ini dan samada anggapan tersebut terpakai atau triggered, pertamanya pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh merupakan seorang “arrested person” sebelum ujian saringan urin boleh dilakukan. Di dalam kes semasa, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Tertuduh telah ditangkap sebelum ujian saringan dijalankan ke atas Tertuduh. Keterangan SP1 dan laporan polis yang dibuatnya iaitu Eksibit P1 jelas menunjukkan bahawa tertuduh telah ditangkap oleh SP1 bersama beberapa anggota lain pada 12/10/2020 pada jam lebih kurang 3.30 petang di Balai Polis Bukit Baru, Melaka sebelum ujian saringan urin dilakukan pada hari yang sama. Perkara ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan.
34
Keduanya, pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa hanya seseorang pegawai perubatan di atas permintaan pegawai polis berpangkat Sarjan dan ke atas atau seseorang pegawai polis berpangkat Sarjan dan ke atas telah menjalankan pemeriksaan atau ujian saringan ke atas tertuduh sekiranya tidak praktikal untuk pegawai perubatan menjalankan ujian tersebut dalam tempoh masa yang munasabah.
35
Di dalam kes semasa, tiada keterangan menunjukkan samada ujian saringan urin Tertuduh telah cuba dilakukan oleh pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum ujian saringan dijalankan oleh SP1. Walaupun isu kepatuhan kepada Seksyen 31A mahupun 31A(1A) itu tidak pernah dibangkitkan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah ini berpandangan bahawa ianya bukanlah suatu isu di dalam kes semasa berikutan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PP V. SAMSUL ARIFIN BAKAR [2020] 7 CLJ 503 yang telah memutuskan seperti berikut : “[10] The learned High Court Judge opined that several pre-conditions must be satisfied before a urine sample can be taken by a police officer not below the rank of sergeant. His Lordship said that the police must prove in court that it was not practicable for a medical officer to obtain the urine sample from the arrested person. His Lordship also said that the determination whether the procurement of the urine sample by a medical officer is practicable must be made by the medical officer himself. In our view, such a reading of the provision is not warranted by the words of s. 31A(1A). If the police are obligated to wait for the determination of the medical officer, precious time would be wasted and it is possible that traces of drugs in the body of a suspect would have disappeared by the time the urine sample is obtained. [11] In respect of the argument that the police have to "prove" that it was not practicable to send the suspect to the hospital for the medical officer to obtain the urine sample, we note that s. 31A(1A) does not impose that duty. It is a provision designed to preserve evidence depending on constraints of the situation faced by the enforcement authorities. Therefore, the test result from a urine sample is not rendered inadmissible merely because the police could not prove that sending the suspect to see a medical officer to take a urine sample is not practicable.”
36
Mahkamah berpandangan menurut otoriti yang diputuskan tersebut bahawa memandangkan sampel urin tertuduh diambil oleh SP1 iaitu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan sampel perlu diambil oleh pegawai perubatan sebelum pegawai polis dibenarkan berbuat demikian, maka Mahkamah berpuas hati keperluan di bawah Seksyen 31A itu dipenuhi.
37
Walaupun Seksyen 31A ADB 1952 itu dipenuhi, pihak pendakwaan juga perlu perlu membuktikan fakta-fakta asas yang relevan berkaitan dengan elemen Tertuduh memasukkan ke dalam dirinya sendiri dadah berbahaya. Pendakwaan perlu memastikan bahawa prosedur dan tatacara pengambilan urin, rantaian barang kes serta rantaian keterangan adalah terjaga dan tidak terputus.
38
Mahkamah seterusnya mendapati elemen pertuduhan ini berjaya dibuktikan berdasarkan beberapa dapatan fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dari mula spesimen urin tertuduh diambil sehingga analisis dijalankan. Mahkamah membuat pecahan setiap siri kejadian satu per satu bagi memudahkan pemahaman sepertimana yang dinyatakan di bawah.
39
Mahkamah telah meneliti semua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Pada 12/10/2020 jam lebih kurang 3.30 petang, setelah melakukan tangkapan ke atas tertuduh, SP1 yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah meletakkan sejumlah 5 sehingga 10 bungkusan plastik yang mengandungi botol spesimen air kencing di atas meja bilik mesyuarat Balai Polis Bukit Baru. SP1 kemudiannya mengarahkan Tertuduh untuk memilih sendiri satu (1) bungkusan plastik, mengoyakkan dan mengeluarkan satu (1) botol spesimen daripada bungkusan plastik tersebut. Tertuduh kemudiannya telah memeriksa nombor siri pada bungkusan plastik dan memastikan nombor tersebut adalah sama dengan nombor siri pada badan botol tersebut iaitu A0048249 seperti mana gambar botol urin P2(A-C).
40
SP1 menyatakan kemudiannya mengiringi Tertuduh ke tandas untuk memungut sampel urin daripada Tertuduh dengan dibantu oleh SP4. Di peringkat ini, keterangan SP1 ini adalah bercanggah dengan SP4 kerana SP4 menyatakan bahawa hanya SP1 yang mengiringi Tertuduh ke tandas manakala SP4 nampak dan menyaksikan SP1 berbuat demikian. Atas isu percanggahan ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes GUNALAN RAMACHANDRAN V. PP [2006] 1 CLJ 857 yang telah menyatakan seperti berikut: "Minor discrepancies are possible even in the version of truthful witnesses and such minor discrepancies only add to the truthfulness of their evidence (Sidhan v. State of Kerala [1986] Cri LJ 470, 473 (Ker)). But discrepancies in the statements of witnesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony (Brij Lai v. Kunwar, 36 A187:18 CWN 649: A [1914] PC 38). The main thing to be seen is whether the inconsistencies go to the root of the matter or pertain to insignificant aspects thereof. In the former case, the defence may be justified in seeking advantage of the incongruities obtaining in the evidence. In the latter, however no such benefit may be available to it (Krishna Pillai Sree Kumar v. State of Kerala A [1981] SC 1237, 1239: 1981 Cri LJ 734)."
41
Bagaimanapun, Mahkamah berpandangan isu percanggahan keterangan di antara SP1 dan SP4 ini merupakan isu yang tidak material dan tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana ianya tidak menafikan sama sekali bahawa SP1 sememangnya ada mengiringi dan menyaksikan Tertuduh memberi spesimen urinnya di dalam tandas, dengan atau tanpa kehadiran SP4.
42
Selepas Tertuduh selesai memberikan spesimen urinnya, SP1 mengarahkan Tertuduh menutup tudung botol tersebut dan membawanya ke bilik mesyuarat sambil diringi oleh SP1. SP1 seterusnya telah mengarahkan Tertuduh untuk membuka tudung penutup botol yang mengandungi spesimen air kencingnya itu dan meletakkan botol tersebut di atas meja yang berada dihadapannya. SP1 dan SP4 turut mengesahkan bahawa botol urin tersebut dipegang oleh Tertuduh sendiri sepanjang masa material ketika sampel urin Tertuduh dipungut.
43
SP1 kemudiannya telah menjalankan ujian dengan mencelup 5 test strips yang terdiri daripada Methampehetamine, Amphetamine, THC, Morphine dan Ketamine ke dalam spesimen urin Tertuduh sambil disaksikan oleh Tertuduh dan SP4. Hasil ujian tersebut mendapati urin Tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Keputusan ini telah dimaklumkan oleh SP1 kepada Tertuduh.
44
SP1 menyatakan semua tatacara dan prosedur di dalam menjalankan ujian saringan awal urin terhadap Tertuduh disaksikan oleh SP4 yang sepanjang masa material berada di dalam bilik mesyuarat yang sama dan berada berdekatan dengan SP1 dan Tertuduh. SP4 juga melihat Tertuduh sendiri yang membawa botol yang didalamnya mengandungi spesimen urin Tertuduh untuk dijalankan ujian di atas meja mesyuarat Balai Polis Bukit Baru. Keterangan ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan.
45
SP1 seterusnya telah mengarahkan Tertuduh untuk menutup sendiri botol berkenaan dengan kemas dan meletakkan semula di atas meja. SP1 kemudiannya telah membuat catitan pada label dan mengarahkan Tertuduh menandatangani label tersebut. SP1 telah melekatkan label tersebut pada badan botol bersama dengan satu seal berwarna biru PDRM di bahagian antara penutup botol dan badan botol tersebut.
46
Sepanjang proses seal dan label, SP1 juga menyatakan kesemuanya dibuat di hadapan Tertuduh dan disaksikan oleh SP4. Berikut adalah keterangan SP1 dan SP4 berkenaan keterangan melabel dan melekatkan seal pada botol urin tertuduh : Keterangan SP1 : : Setelah beberapa minit saya dapati suspek, test strip tersebut yang dikesan mengandungi dadah ialah test strip AMP dan Meth tuan. Kemudian saya telah memberitahu suspek dan tahan beliau. Kemudian menyuruh suspek untuk tutup semula tudung botol tersebut dengan kemas dan letakkan di atas meja. Setelah label ditulis oleh saya sendiri dan ditandatangani oleh suspek sendiri, saya telah melekatkan label tersebut pada botol dan satu seal berwarna biru PDRM di bahagian antara penutup botol dan badan botol tersebut. Itu sahaja tuan. ...... : Saya sendiri dengan dibantu oleh D/Koperal 131746, Muhammad Herman, Yang Arif tuan. : Okay. Inspektor cakap tadi Inspektor yang labelkan. Betul kan? : Ya, saya sendiri. : So, siapa yang buat catitan tu? Inspektor sendiri? : Ya saya, Yang Arif tuan. Keterangan SP4 : : Selepas itu apa yang dibuat oleh Inspektor Kelvin? : Inspektor Kelvin melabelkan apa.. melabelkan..Inspektor Kelvin menulis label pada.. menulis label lah dan melabelkan botol tu dan mengseal di depan tertuduh lah. : Labelkan botol tu dan seal? : Haah dan seal. : So di depan tertuduh ya tadi? : Di hadapan tertuduh.
47
Sepanjang masa material, botol tersebut telah berada di dalam kawalan SP1. Seterusnya pada jam lebih kurang 4.30 petang pada tarikh yang sama iaitu 12/10/2020, SP1 telah menyerahkan satu botol plastik berpenutup kuning yang mengandungi spesimen urin Tertuduh yang telah dilabel dan diseal sebagaimana gambar botol urin P2(A-C) kepada SP6 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah untuk proses siasatan selanjutnya.
48
SP6 seterusnya telah menyimpan botol berkenaan di dalam peti sejuk di dalam pejabatnya. Pada 13/10/2020, SP6 telah mengarahkan SP2 mengambil gambar botol urin sepertimana pada P2(A-C), gambar tempat kejadian sepertimana pada P5(A-E) dan gambar barang kes sepertimana pada P9(A-B).
49
Pada 13/10/2020 jam lebih kurang 3.00 petang, SP6 telah menyerahkan botol plastik berpenutup kuning bernombor siri A0048249 yang mengandungi spesimen urin Tertuduh berserta Borang UPD P3 kepada SP3 di mana SP3 mengesahkan keadaan botol berkenaan sewaktu diserahkan adalah berada dalam keadaan berseal dan berlabel dengan nama Tertuduh. SP3 kemudiannya menyimpan botol tersebut di dalam peti ais berkunci yang hanya boleh diakses oleh SP3.
50
Seterusnya, SP3 telah menyerahkan botol plastik berpenutup kuning yang mengandungi spesimen urin Tertuduh tersebut dan Borang UPD P3 kepada SP5 yang merupakan seorang pegawai sains atau ahli patologi di Hospital Kuala Lumpur pada 15/10/2020 jam 9.00 pagi untuk tujuan pengesanan dadah dalam air kencing.
51
SP5 kemudiannya telah menyemak dan mengesahkan bahawa maklumat di dalam Borang UPD P3 dan pada botol tersebut adalah sama. SP5 menyatakan bahawa botol yang diterima daripada SP3 adalah dengan nombor siri A0048249. SP5 turut mengecamkan botol tersebut melalui gambar P2(A-C). Berikut adalah keterangan SP5 berkenaan dapatan fakta ini : : Seterusnya puan, berapa banyak botol urin yang puan terima daripada Koperal Hamizah? : Untuk kes ni saya hanya menerima satu botol urin sahaja. : Pada tarikh tersebut puan terima botol urin, satu botol urin sahaja, bagaimana keadaan botol pada masa tersebut puan? : Botol urin yang diterima dalam keadaan baik iaitu seal dalam keadaan sempurna dan isipadu air kencing adalah mencukupi. ….. : Apakah nombor botol urin yang puan terima pada hari tersebut? : Saya tak ingat. : Kalau saya rujuk pada puan gambar botol urin ini puan, boleh puan camkan puan? : Boleh. : Puan, saya pohon untuk pengecaman gambar botol urin yang telah ditandakan sebagai P2 puan sebelum ini puan. : Dibenarkan. (P2 dirujuk kepada SP5) : Puan lihat gambar itu. Saya percaya dalam hitam putih puan. Adakah puan cam, adakah itu botol yang puan terima pada hari tersebut? : Apakah nombor botol puan, boleh puan nyatakan pada mahkamah puan? : Nombor siri botol adalah A0048249. : A00? : 48249.
52
SP5 juga mengesahkan keadaan botol sewaktu diserahkan oleh SP3 kepadanya adalah berada dalam keadaan berseal, tidak koyak dan baik manakala kandungan spesimen urin Tertuduh juga adalah mencukupi bagi tujuan analisis.
53
SP5 menyatakan seterusnya telah menjalankan ujian saringan dan pengesahan ke atas spesimen urin tertuduh di dalam botol bernombor siri A0048249 pada hari yang sama. Keterangan SP5 diperturunkan sepertimana berikut : : Seterusnya puan, selepas puan buat tandaan tersebut puan, nombor rujukan pada atas dan badan, apa lagi tindakan yang puan buat selepas itu puan? : Selepas proses penerimaan urin di kaunter, proses seterusnya ialah menjalankan ujian saringan. : Pada tarikh yang sama puan? : Pada hari yang sama. : Baik. Puan kata puan buat ujian selepas terima botol. Boleh puan cerita kepada mahkamah berapa banyak ujian yang puan telah lakukan terhadap air kencing di dalam kes ini. : Ujian yang dijalankan ke atas spesimen urin iaitu sebanyak dua ujian. Ujian yang pertama ialah ujian saringan dan kedua ujian pengesahan...”
54
Hasil daripada ujian pengesanan yang dijalankan oleh SP5 ke atas spesimen urin Tertuduh di dalam botol bernombor siri A0048249 adalah didapati mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
55
Daripada keseluruhan keterangan dari SP1 sehingga SP6 ini, Mahkamah ini mendapati keterangan-keterangan ini gagal dicabar oleh pihak pembelaan. SP1 sehingga SP6 juga telah mengecam semua eksibit yang dikemukakan. Oleh itu, bersandarkan kepada semua keterangan termasuk eksibit-eksibit yang dikemukakan dari P1 sehingga P9 secara keseluruhannya menunjukkan bahawa rantaian terhadap barang kes (spesimen urin Tertuduh) dan rantaian keterangan dari mula spesimen urin Tertuduh dipungut oleh SP1 sehingga ianya dianalisis oleh SP5 adalah terjaga dan tidak terputus.
56
Mahkamah mendapati keterangan SP5 telah menggambarkan dengan jelas proses analisis terhadap spesimen urin yang diterima daripada SP3 iaitu dengan menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian saringan menggunakan peralatan Cobas Chemistry 6000 dan ujian pengesahan menggunakan kaedah Gas Chromatography Mass Spectrometry (GC/MS) Agilent. SP5 menyatakan ujian saringan mengesahkan urin Tertuduh positif dadah dari kumpulan Amphetamine Type Stimulants (ATS) manakala ujian pengesahan telah mengesahkan urin tersebut mengandungi analyte dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
57
Dalam hal ini, sekiranya keterangan pegawai sains adalah kredibel, mahkamah boleh menerima masuk keterangan tersebut. Hanya apabila keterangan tersebut adalah tidak kredibel atau pembelaan telah memanggil saksi pakar lain untuk mencabar pendapat pegawai sains/kimia, barulah mahkamah berhak menolak keterangan pegawai sains/kimia tersebut. Perkara ini ada dinyatakan dalam kes Mahkamah Agong MUNUSAMY VENGADASALAM V. PUBLIC PROSECUTOR [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ REP 221; [1986] 1 MLRA 292 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa : "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step..."
58
Di dalam keterangan lisan dan laporan P8, Mahkamah mendapati tiada dalam mana-mana bahagian SP5 menyatakan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine disenaraikan di dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, SP5 telah mengeluarkan laporan makmal P8 yang mengesahkan hasil analisis yang di dalamnya tercatat keterangan seperti berikut : “*Dadah di atas disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah
59
Persoalannya, samada dengan ketinggalan untuk menyatakan secara lengkap dadah jenis “Amphetamine dan Methamphetamine disenaraikan di dalam
Part
Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952” akan menjejaskan kes pendakwaan? Isu ini tidak dibangkitkan oleh pendakwaan mahupun pembelaan namun untuk tujuan completeness kepada alasan, Mahkamah turut menyentuh isu ini.
60
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam PENDAKWA RAYA LWN. MOHD SAFWAN HUSAIN [2016] CLJU 708; [2016] 1 LNS 708 yang mana memutuskan walaupun pegawai kimia tidak menyatakan secara spesifik bahawa Methamphetamine di dalam sampel urin tertuduh disenaraikan di dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, ketinggalan tersebut tidak menjejaskan kes pendakwaan. Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut : “[31] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan TPR yang terpelajar iaitu keterangan SP:3 secara lisan mengesahkan sampel air kencing yang diambil daripada responden mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Keterangan SP:3 turut disokong oleh P11 yang mengesahkan jenis dadah yang sama. Mahkamah ini juga berpendapat walaupun SP:3 dalam keterangannya tidak menyatakan dadah Methamphetamine termasuk dalam Bahagian III dan Bahagian IV, Jadual Pertama, Akta itu ianya tidak menjejaskan keterangan SP:3. Mahkamah ini berpendapat bagi maksud kesalahan s. 15(1)(a) Akta itu ianya memadai apabila pendakwaan membuktikan kehadiran dadah Methamphetamine sebagaimana termasuk dalam Bahagian III dan IV. ….. [34] Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama dalam mengarap permasalahan di (b) ini dengan merujuk kes Mohd Yusof Said v. Public Prosecutor [1996] 2 CLJ 13 dimana YA Mohd Dzaiddin Abdullah HMP [pada ketika itu] menzahirkan pandangannya seperti berikut: "[1] Walaupun ahli kimia telah gagal mengatakan dengan tegas perkataan-perkataan "s. 2 Akta ", namun begitu, menimbang keseluruhan keterangannya, ianya tidak boleh dikatakan, bahawa kegagalan yang sedemikian telah membangkitkan inferens bahawa beliau telah tidak terfikir bahan-bahan kanabis tersebut sepertimana yang ditakrifkan didalamnya. Dan juga, melihat pada testimoninya yang terperinci berhubung dengan pemeriksaan dan analisanya terhadap bahan pokok yang dipersoalkan, di mana beliau telah antara lainnya, menerangkan bahawa keputusan Pemeriksaan Mikroskopik telah secara positifnya menunjukkan bahawa terdapatnya resin kanabis dan ujian-ujian Dequnois Levin serta TLC mengesahkan bahawa bahan pokok tersebut adalah kanabis, tidak terdapat apa-apa keraguan bahawa kanabis yang diperkata oleh beliau adalah kanabis di bawah s. 2 Akta tersebut dan bukannya Indian Hemp." [35] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP:3 [Pegawai Sains Ahli Kimia Hayat] [R.R - muka surat (34) - (39)] khasnya di muka surat (36) yang menyatakan hasil analisa yang dijalankan seperti berikut: "....Hasil daripada ujian tersebut ke atas spesimen Mohd Safwan adalah positif dadah jenis ATS. Saya juga jalankan ujian kedua iaitu ujian pengesahan peringkat makmal iaitu kaedah (GCMS) Gass Choromatogthy Mass Spectrometry, hasil daripada ujian kaedah itu telah didapati spesimen tersebut mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan juga saya dapat mengenal pasti salah satu metabolite utama daripada proses metabolism ke atas dadah jenis Methamphetamine tadi. Dengan keputusan tersebut saya telah keluarkan laporan hasil dari analisa saya ke atas spesimen urin yang berlabel Mohd Safwan ialah positif Methamphetamine." [36] Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama dalam kes Mohd Yusof B Said [supra], walaupun SP:3 dalam keterangan lisannya tidak menyatakan Methamphetamnine tersenarai dalam Bahagian III dan
Part
Bahagian IV, Jadual Pertama, Akta itu ia tidak mencacatkan keterangan yang diberikan. Keadaan yang sama juga berlaku walaupun P11 tidak menyatakan sedemikian, ia bukannya suatu kecacatan sehingga pendakwaan gagal membuktikan kesalahan di bawah s. 15 (1)(a) Akta itu.”
61
Di dalam kes Mohd Safwan Husain supra, Mahkamah Tinggi menerima laporan yang dikeluarkan oleh pegawai sains dan juga keterangan lisan pegawai tersebut di mahkamah bahawa spesimen urin tertuduh di dalam kes tersebut mengandungi dadah jenis Methamphetamine walaupun kedua-dua keterangan tersebut tidak menyatakan Methamphetamine tersenarai di dalam Bahagian III dan Bahagian IV, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya. Kes tersebut juga telah dirayu sehingga ke Mahkamah Rayuan dengan rujukan PP V. MOHD SAFWAN HUSAIN [2017] 7 CLJ 685 dan Mahkamah Rayuan mengambil maklum dapatan Mahkamah Tinggi tanpa membuat sebarang dapatan dan analisis berlainan.
62
Mahkamah turut bersetuju dengan pandangan Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut bahawa ketinggalan untuk menyatakan secara spesifik dan lengkap bahawa Amphetamine dan Methamphetamine disenaraikan di dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana Mahkamah percaya SP5 semasa memperoleh keputusan tersebut meyakini bahawa ianya adalah dadah sepertimana takrifan ADB tersebut dan memadai bagi pihak pendakwaan menunjukkan kehadiran dadah-dadah tersebut di dalam spesimen urin Tertuduh.
63
Atas alasan ini, maka Mahkamah memutuskan elemen kedua kepada pertuduhan juga dipenuhi oleh pihak pendakwaan.
64
Di dalam menentukan samada pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie, pihak pendakwaan bukan sahaja perlu memastikan elemen-elemen kepada pertuduhan dipenuhi namun pendakwaan perlu menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Berikut merupakan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa peringkat pendakwaan. A) Sama ada wujudnya keraguan berhubung identiti botol urin tertuduh yang sekaligus menyebabkan rantaian keterangan terhadap spesimen urin tertuduh terputus?
65
Pihak pembelaan membangkitkan isu perbezaan nombor siri botol yang menjadi pertikaian utama di dalam kes ini sepertimana berikut : a) Botol dengan nombor siri A0048249 sepertimana yang tertera pada Laporan Polis SP1 (Eksibit P1) dan Borang Permintaan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing/UPD (Eksibit P3); dan b) Botol dengan nombor siri A0043249 sepertimana yang tertera pada Laporan Makmal atau Laporan Patologi yang dikeluarkan oleh SP5 (Eksibit P8).
66
Pihak pembelaan menghujahkan dengan terdapatnya perbezaan nombor siri botol pada eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, maka keraguan telah timbul berkenaan identiti botol yang dikatakan mengandungi sampel urin Tertuduh. Peguambela terpelajar di dalam hujahannya menyatakan bahawa wujud kemungkinan-kemungkinan bahawa : a) botol dengan nombor siri A0043249 sebenarnya wujud; b) SP5 sebenarnya telah menjalankan analisis terhadap sampel urin di dalam botol dengan nombor siri A0043249 dan bukannya A0048249; c) sampel urin di dalam botol dengan nombor siri A0043249 yang dijalankan analisis seperti yang tercatat pada P8 tidak diketahui siapakah pemiliknya sehingga ke akhir kes pendakwaan; d) sampel urin di dalam botol yang didakwa milik tertuduh adalah sebenarnya milik saspek lain memandangkan pendakwaan gagal mengemukakan kedua-dua botol tersebut di hadapan Mahkamah untuk dibanding, dibeza dan disahkan antara keduanya; e) wujud botol-botol lain yang didakwa digunakan terhadap tertuduh yang sama; dan f) urin yang didakwa milik tertuduh sebenarnya telah tercemar dengan urin individu lain.
67
Di atas isu yang sama, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar menghujahkan bahawa nombor siri pada botol yang mengandungi sampel urin tertuduh adalah A0048249. TPR juga menghujahkan bahawa perbezaan nombor botol siri iaitu A0043249 pada laporan makmal P8 telah pun diterangkan oleh SP5 yang menyatakan berlaku kesilapan penaipan dalam sistem Laboratory Information System (LIS).
68
Persoalan utama yang timbul adalah samada dengan terdapatnya percanggahan pada nombor siri botol di dalam laporan makmal, rantaian terhadap barang kes iaitu spesimen urin Tertuduh terputus?
69
Mahkamah mendapati selepas analisis dijalankan, SP5 kemudiannya telah mengeluarkan satu laporan patologi atau laporan makmal dengan nombor rujukan makmal 20960286972020 bertarikh 20/10/2020 (Eksibit P8). TPR terpelajar kemudiannya merujuk P2(A-C) dan P8 secara bersesama kepada SP5 berkenaan nombor siri botol pada kedua-dua dokumen ini. SP5 mengakui terdapat percanggahan terhadap nombor siri pada botol urin di dalam gambar botol urin dan laporan makmal tersebut. Keterangan tersebut sepertimana berikut : : Puan, saya pohon untuk pengecaman puan laporan patologi yang dikeluarkan 20 hari bulan 10 ya puan. (Laporan makmal dirujuk kepada SP5 untuk proses pengecaman) …….. : Okay puan, adakah itu laporan patologi yang dikeluarkan oleh puan. : Puan, boleh puan ceritakan detail tak puan mengenai butiran apa yang dicatat dalam laporan makmal ini puan. Saya nak minta puan nyatakan nombor makmal dan segala rujukan ini dan nyatakan kepada mahkamah. : Antara butiran yang terkandung di dalam laporan makmal adalah nombor makmal iaitu 20960286972020, nombor report, nama, nombor kad pengenalan, pusat yang merujuk, pegawai yang meminta, pegawai pembawa spesimen, nombor siri botol, tarikh spesimen dipungut, tarikh spesimen diterima, serta hasil daripada ujian pengesahan yang telah dikeluarkan. ……. : So puan cam laporan ini ya? Dan butiran itu. : Okay puan. Saya nak puan rujuk pada nombor botol siri itu. Boleh puan nyatakan dekat laporan itu, apa nombor botol itu puan? : A0043249. : Puan, boleh puan rujuk kepada semula kepada gambar botol urin yang telah saya tunjukkan kepada puan sebentar tadi, P2. Boleh puan nyatakan tak mana nombor siri dia puan? : Nombor siri botol adalah pada botol spesimen A0048249. : Saya percaya adalah berbeza puan? : Betul.
70
SP5 kemudiannya diminta oleh TPR untuk menjelaskan mengenai perbezaan kedua-dua nombor siri ini kepada mahkamah sepertimana berikut : : Boleh puan explain kepada mahkamah apa yang berlaku puan pada botol tersebut puan? : Saya percaya nombor siri botol pada laporan makmal adalah bercanggah dengan nombor siri botol yang berada pada pelekat pada badan botol spesimen disebabkan oleh kesilapan semasa menaip di dalam sistem LIS. : Baik puan, maksudnya ada kesilapan puan dan nombor yang sebenar adalah apa puan? : Nombor siri botol yang sebenar adalah A0048249. : Kejap ya, nombor sebenar? : A0048249. : Dan okay puan, saya nak cakap dan nombor yang sebetulnya adalah seperti yang di dalam gambar lah? : Ya gambar botol. : Gambar botol, botol yang puan terima pada ketika itu tapi terdapat kesilapan pada perkara tersebut puan? : Terdapat kesilapan pada laporan. : Baik puan.
71
SP5 di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah tersilap menaip nombor siri A0043249 pada laporan makmal P8 yang dikeluarkannya dan menyatakan bahawa nombor siri botol yang sebenarnya adalah A0048249.
72
Sewaktu disoal balas oleh peguambela terpelajar, SP5 secara tidak langsung menyatakan bahawa hasil analisa dalam P8 adalah ke atas spesimen urin di dalam botol dengan nombor siri A0048249 walaupun nombor botol pada laporan tersebut adalah A0043249. SP5 sewaktu diasak dengan soalan-soalan daripada peguambela yang mencadangkan SP5 sebenarnya menjalankan analisa ke atas spesimen di dalam botol bernombor A0043249, tetap tidak bersetuju dan menyatakan bahawa hasil analisa pada P8 itu merupakan hasil analisa ke atas spesimen dengan nombor botol A0048249. Keterangan tersebut diperturunkan seperti berikut : : …...Sebelum itu sorry, di dalam laporan yang dibuat oleh puan ini, setuju kalau saya katakan analisa yang dijalankan di dalam laporan P8 itu adalah bagi nombor botol yang tertera pada laporan makmal, setuju dengan saya? : Ulang soalan. : Setuju kalau saya katakan pada puan ya analisa yang dilakukan oleh puan di dalam laporan makmal ini adalah bagi nombor siri botol A0043249, setuju dengan saya? : Tak setuju. ..................... : Dan setuju tak kalau saya katakan pada puan pada tarikh 15 hari bulan 10 pada tahun 2020, puan tidak ada menjalankan ujian bagi nombor botol A0048249 berdasarkan laporan makmal P8 puan. Setuju dengan saya? : Tak setuju.
73
SP5 juga turut menyatakan bahawa pemilik kepada botol dengan nombor siri AA048249 adalah tertuduh sepertimana berikut : : Alright, saya tanya puan, bagi nombor botol A00, yang tadi puan dakwa A0048249, siapakah penamanya? : Ed Zulkarnain bin Jamalludin.
74
SP5 setelah disoal semula oleh TPR terpelajar menjelaskan berulang kali bahawa perbezaan nombor siri botol pada laporan patologi P8 yang dikeluarkan dengan nombor siri pada botol seperti dalam P2(A-C) berlaku adalah kerana kesilapan SP5 sendiri sewaktu menaip nombor siri tersebut. SP5 menjelaskan dengan panjang lebar sepertimana berikut : : Dengan izin, Puan. Sebentar tadi saya percaya puan ditanya bertalu-lalu berkenaan dengan isu pada P8 Laporan Patologi. Tertera disitu tulis 48249 dan seperti yang saya tunjuk puan tadi, gambar botol 43 adalah… gambar botol adalah 48249 pada Laporan Patologi yang dikeluarkan pada tarikh tersebut adalah
43249
Ditanya oleh peguam kan puan? : Ya, saya. …… : Boleh puan explain… boleh puan terangkan dalam bahasa yang mudah puan apa yang berlaku selepas puan buat ujian tersebut, GCMS dan apa puan buat selepas itu. Dan bagaimana nombor siri tersebut berbeza. Boleh puan terangkan, puan? : Semasa penerimaan spesimen dan juga borang permintaan ujian di kaunter makmal, yang saya terima itu daripada pihak IPD Melaka Tengah. Saya mengenal pasti iaitu memastikan segala detail ataupun segala butiran yang terkandung pada pelekat botol dan juga borang UPD adalah sama. Dan setelah itu, saya menjalankan ujian saringan dan seterusnya ujian pengesahan. Dan peringkat terakhir ialah mengeluarkan laporan. Proses mengeluarkan laporan, saya menggunakan sistem LIS iaitu memasukkan… : Kejap ya. Keluarkan laporan… : Untuk mengeluarkan laporan patologi ataupun laporan makmal, saya menggunakan satu sistem yang dinamakan LIS. Iaitu lebih detail ataupun lebih tepat LIS bermaksud Laboratory Information System. Segala butiran dan juga keputusan yang dimasukkan ke dalam sistem ini dengan menggunakan kaedah manual ataupun secara… secara menaiplah. Dan setelah itu saya mengeluarkan laporan seperti yang tertera pada tarikh 20 Oktober 2020. Dan pada 20 Disember 2022, saya telah menerima satu surat pembetulan daripada IPD Melaka Tengah iaitu permohonan untuk membuat pembetulan nombor siri botol terhadap spesimen yang…pada kes hari ini lah. Iaitu pada laporan makmal yang saya keluarkan pada 20 Oktober 2020 iaitu A0043249 dan saya telah mengeluarkan laporan makmal yang terbaru setelah membuat pembetulan pada 20 Disember 2022 kepada nombor siri botol, iaitu A0048249. Berdasarkan pada nombor siri botol yang tertera pada botol spesimen urin. Dah itu saja.
75
Mahkamah telah meneliti secara mendalam keterangan SP5 yang jelas merupakan pembuat laporan makmal P8. Pertamanya, SP5 menyatakan beliau telah tersilap menaip nombor siri botol pada P8 dan keduanya beliau dengan konsisten menyatakan beliau telah menjalankan analisis ke atas sampel urin di dalam botol bernombor siri A0048249 milik tertuduh bernama Ed Zulkarnain Bin Jamalludin dan bukannya A0043249.
76
Mahkamah berpandangan bahawa perbezaan nombor siri pada botol urin dalam P2(A-C) dengan nombor siri pada laporan makmal P8 telah dijelaskan oleh SP5 dengan sebaiknya. Sekiranya tiada sebarang penjelasan dikemukakan oleh pendakwaan berkenaan perbezaan ini, Mahkamah sedar adalah tidak selamat untuk Mahkamah memanggil Tertuduh membela diri kerana suatu keraguan telah timbul terhadap identiti barang kes di dalam kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan yang turut dirujuk oleh peguambela terpelajar di dalam hujahannya iaitu kes ZAIFULL MUHAMMAD V. PP & ANOTHER APPEAL [2013] 2 CLJ 383 yang memutuskan : “[33] In the present case, there are two material discrepancies that is as to the number of “ketulan” and as to the gross weight of the cannabis. Both these discrepancies were never explained by the prosecution, save to say that the charged referred to by the learned counsel was the original charge, and the charge was later amended to read as trafficking in 799.4g of cannabis. It was further contended by the prosecution that since the amended charge is based on the net weight, therefore, any discrepancy in the gross weight is immaterial. [34] The prosecution further argued that based on the evidence before the court, there is no break in the chain of the evidence with regard to the drug exhibit. The prosecution submitted that all the relevant witnesses called by the prosecution had positively [2013] 2 CLJ 393 ABCDEFGHI Zaifull Muhammad v. PP & Another Appeal identified the drug exhibit based on the contemporaneous markings made by the witnesses. On that premise, the prosecution contended that the discrepancies do not create any doubt in the identity of the drug exhibit. [35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”
77
Mahkamah turut merujuk kepada satu lagi kes yang diptuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu HENG POH KEAN v. PP & OTHER APPEALS [2019] 9 CLJ 69 yang mana diputuskan seperti berikut : “[32] Apparently in the present case, there was no explanation provided by both SP4 and SP8 as to why there were discrepancies in the identification of those 3,500 pills. It involved a big amount of pills that were wrongly identified and thus, it is our view that in the absence of a reasonable explanation, the learned trial judge could not simply brush it aside as immaterial and of no consequence. Under the circumstances, the onus is on the prosecution to offer cogent explanation to rectify the discrepancies and the failure to do so would raise a reasonable doubt in the identity of the drugs.”
78
Prinsip di dalam kes-kes Mahkamah Atasan tersebut harus dibezakan dengan kes semasa kerana tiada penjelasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung dengan perbezaan kuantiti barang kes yang menjadi tunjang di dalam pertuduhan bagi kedua-dua kes tersebut. Namun, di dalam kes semasa perbezaan tersebut telah diterangkan oleh SP5 yang telah tersilap menaip nombor siri sebagai A0043249 di dalam laporan P8 yang dikeluarkannya. Mahkamah juga menyedari penjelasan SP5 berkenaan kesilapan penaipan ini tidak pernah disoal balas oleh peguambela terpelajar lantas menunjukkan penerimaan keterangan ini secara tidak langsung oleh pihak pembelaan.
79
Mahkamah juga percaya kesilapan tersebut merupakan suatu kesilapan manusiawi (human error) dan SP5 tiada mala fide untuk menerbitkan suatu nombor yang berlainan daripada nombor asal pada laporannya kerana SP5 yang merupakan seorang pegawai sains lantikan kerajaan bukanlah seorang saksi yang berkepentingan di dalam kes semasa. Berhubung isu human error, Mahkamah merujuk kepada otoriti berikut sebagai panduan iaitu kes Mahkamah Tinggi di dalam PP v MOHD AZMAN HUSIN & YANG LAIN [2024] CLJU 1192 yang mana YA Mohamad Abazafree Mohd Abbas memutuskan : [8] Bagi elemen yang pertama, Peguam menghujahkan bahawa terdapat pecahan ke atas rantaian keterangan barang kes berdasarkan kepada 3 situasi. Pertamanya adalah berdasarkan kepada keterangan SP2 jika dibandingkan dengan Laporan Kimia di P37 yang berlaku di dalam kes DA- 45A-22-09/2020 di mana berlakunya percanggahan pada DV1 da DV2. Keduanya ke atas kes DA-45A-23-09/2020 apabila terdapat percanggahan dalam pernyataan bertulis SP2 dan laporan kimia di P37 berkaitan jumlah peket plastik dan ketiganya bagi kes DA-45A23-09/2020 juga terdapat percanggahan dalam pernyataan bertulis SP2 dan laporan kimia di P37 berkaitan jumlah peket plastik. [9] Peguam OKT-OKT telah menghujahkan bahawa berdasarkan kepada seksyen 92 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) P37 tersebut tidak boleh dipinda semasa perbicaraan sepertimana yang berlaku di dalam kes ini. Ini kerana ianya merupakan dokumen rasmi dan kesilapan ini secara langsung menjejaskan identiti dadah yang dikemukakan di dalam kes ini. [10] Peguam telah merujuk dan berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v. Sulaiman bin Mohamad Noor [1996] 1 MLJ 196 dan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Nolose Albert Raleshome v. PP [2014] 2 MLJ 301. [11] Mahkamah telah meneliti keterangan yang telah diberikan oleh SP1 yang merupakan Pegawai Polis yang membuat serbuan dan tangkapan, SP4 yang merupakan Pegawai Penyiasat serta SP2 yang merupakan Ahli Kimia. Mahkamah mendapati bahawa kesemua saksi-saksi pihak pendakwaan ini telah mengecam dan mengenal pasti barang-barang kes yang berkaitan berdasarkan kepada tandaan masing-masing dengan merujuk kepada Laporan Kimia (P37) dan Pernyataan Bertulis masing-masing. [12] Kesilapan yang berlaku ke atas laporan yang disediakan oleh SP2 telah disedari semasa memberi keterangan dan telah diperjelaskan oleh SP2 yang menyatakan bahawa ia bukannya kesilapan mesin timbangan tetapi lebih kepada kesilapan manusia (human error) iaitu semasa SP2 menaip laporan P37 tersebut. [13] Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 dan menilai keterangan lisannya. Bagi Mahkamah penjelasan SP2 adalah munasabah dan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan. Ia bagi pandangan Mahkamah kesilapan menaip dan ia tidak sepatutnya menjejaskan analisis yang telah dilakukan oleh SP2 ke atas barang kes. [14] Di dalam masa yang sama ia juga tidak sepatutnya menjejaskan keterangan berkaitan identiti barang kes sepertimana yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya berkaitan tandaan serta pengecaman mereka ke atas gambar-gambar yang telah dikemukakan dan ke atas fizikal barang-barang kes tersebut. [15] Bagi Mahkamah, tidak terdapat sebarang percanggahan atau keraguan ke atas pengecaman mereka. Kesemua saksi-saksi ini adalah saksi-saksi yang tidak mempunyai sebarang alasan untuk mereka-rekakan keterangan. Oleh itu, tiada alasan bagi Mahkamah menolak keterangan mereka.”
80
Bukan sahaja mahkamah merasakan ianya suatu kesilapan yang tidak disengajakan, mahkamah turut mendapati keterangan SP5 ini tidak lompang kerana terdapatnya keterangan lain yang telah menyokong penjelasan SP5 ini. Antaranya berkenaan keterangan nombor siri botol pada borang UPD P3 apabila SP5 turut ditanya oleh TPR. SP5 menyatakan bahawa semasa SP3 menyerahkan botol urin tertuduh, P3 turut diserahkan bersekali. SP5 mengesahkan maklumat nombor siri pada botol yang tertera pada P3 juga adalah A0048249, sama seperti botol dalam P2(A-C), juga sama dengan botol yang mengandungi spesimen yang mana telah dijalankan analisis oleh SP5. Keterangan tersebut diperturunkan sepertimana berikut : : Okay puan, saya nak tunjuk pada puan borang UPD, Ujian Pengesahan Dadah dalam air kencing. Puan saya pohon untuk pengecaman puan borang UPD yang telah ditandakan sebagai P3 puan. (P3 dirujuk kepada SP5) : Okay puan, pada borang UPD ini boleh puan camkan tak puan? : Boleh. : Macam mana puan camkan puan? : Saya camkan borang UPD berdasarkan nombor rujukan makmal iaitu 20960286972020, nama, nombor kad pengenalan, nombor siri botol serta tanda tangan dan nama penerima spesimen. : Yang merupakan nama puan ada di situ puan? : Kejap ya, nama, nombor kad pengenalan, nombor siri botol, lagi apa? : Serta tanda tangan dan nama penerima spesimen. : Baik puan, nombor siri botol puan, boleh puan nyatakan apakah nombor siri botol yang pada borang UPD itu puan? : Nombor siri botol pada borang UPD adalah A0048249. : Baik. : Boleh puan explain kepada mahkamah borang UPD ini puan terima daripada siapa puan? : Borang UPD ini saya terima daripada D/KPL107063 Hamizah binti Hamzah.
81
Mahkamah berpandangan SP5 sebagai seorang saksi pakar dan seorang saksi yang tidak berkepentingan di dalam kes semasa, memberi keterangan dengan benar dari kandang saksi dan keterangan tersebut tidak sama sekali meragukan. Keterangan lisan adalah keterangan terbaik seperti mana yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu BALA MATIK v. PP [2006] 2 CLJ 229. Mahkamah Rayuan telah memutuskan sepertimana berikut : "It is trite law that the oral evidence given by the appellant in this case is the best evidence adduced by him as the truthfulness and the accuracy of the appellant could be tested by cross-examination".
82
Di dalam satu lagi kes iaitu MUHAMMED BIN HASSAN v. PP [1998] 2 CLJ 170 yang mana walaupun ahli kimia telah gagal untuk menyatakan “Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya” di dalam laporan kimianya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bahan tumbuhan yang dirampas daripada Perayu dan dianalisa oleh PW3 adalah cannabis seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 ADB. Mahkamah Persekutuan memutuskan : "[3a] In calling PW3, the maker of the report, as a witness, the prosecution not only had complied with the best evidence rule but had also afforded the appellant the benefit of cross-examining PW3, an opportunity which the appellant had indeed availed himself in this case.".
83
Berdasarkan prinsip otoriti yang dirujuk tersebut, Mahkamah ini berpandangan pihak pendakwaan yang telah memanggil SP5, iaitu saksi pakar yang menjalankan analisis terhadap sampel urin dan sekaligus merupakan pembuat laporan makmal P8 bukan sahaja telah mematuhi konsep keterangan terbaik (“best evidence rule”) tetapi juga telah memberikan suatu faedah kepada Tertuduh dan pihak pembelaan untuk memeriksa balas SP5.
84
Mahkamah juga mendapati pemeriksaan balas yang dijalankan oleh peguambela terpelajar turut telah menyokong keterangan SP5 yang dilihat begitu konsisten dan tidak goyah sepanjang perbicaraan berlangsung. SP5 telah membuat pembetulan terhadap P8 melalui keterangan bersumpahnya di Mahkamah dan Mahkamah tidak nampak sebarang keperluan untuk SP5 mengeluarkan suatu laporan pembetulan yang baharu kerana menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa keterangan dokumentasi hanyalah bertindak sebagai suatu keterangan yang menyokong sahaja di dalam mana-mana perbicaraan.
85
Mahkamah ini merujuk kepada prinsip keterangan sokongan yang hanya bertujuan menyokong keterangan kredibel seperti diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu FRANCIS ANTONYSAMY V. PP [2005] 2 CLJ 481 sepertimana berikut : "...Corroborative evidence is only admissible to support testimony that has already been given. It is not admissible to supplement such testimony. In Yap Ee Kong & Anor v. PP [1980] CLJU 117; [1980] 1 LNS 117; [1981] 1 MLJ 144 this court adopted Director or Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296 where it was held that the purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible. It was further held that if the evidence to be corroborated is found to be uninspiring and unacceptable then corroboration would be futile and unnecessary....”
86
Di dalam satu lagi kes Mahkamah Persekutuan iaitu AMATHEVELLI P RAMASAMY v. PP [2009] 3 CLJ 109, YAA telah merujuk kepada penghakiman di dalam PUBLIC PROSECUTOR V. HASHIM BIN HANAFI [2003] 8 CLJ 555 yang menyatakan seperti berikut : "[29].... The purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible (see DPP v. Hester [1972] 3 All ER 1056 ). Its role is to confirm other evidence in the sense that it renders that other evidence more probable (see Doney v. R. [1990] 171 CLR 207; DPP v. Kilbourne [1973] AC 729). It cannot therefore amount to that other evidence itself. Thus the record of an information will only enhance the credibility of the witness and the absence of it cannot render the oral evidence of it inadmissible; nor can it be substitute for the evidence that it is meant to corroborate."
87
Mengaplikasikan prinsip di dalam nas-nas yang dirujuk tersebut, Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan lisan SP5 adalah memadai untuk menyatakan beliau telah menjalankan analisis ke atas spesimen urin Tertuduh di dalam botol dengan nombor siri A0048249. Keterangan lisan tersebut telah dengan sendirinya bertindak sebagai pembetulan di dalam kes ini.
88
Selain itu, keterangan SP5 tersebut turut disokong oleh keterangan lain apabila Mahkamah turut meneliti laporan makmal P8 secara berulang kali. Apabila Mahkamah membandingkan semua butiran yang ada pada P8 yang dikeluarkan oleh SP5 dengan keterangan lisan dan eksibit dokumentasi lain yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati butiran-butiran tersebut adalah selari dan konsisten kecuali nombor siri botol yang menjadi pertikaian.
89
Keterangan tersebut adalah nombor makmal iaitu 20960286972020 yang dilihat sama dengan nombor barkod makmal yang dilekatkan oleh SP5 pada bahagian atas P3. Kemudiannya nombor repot iaitu BK BARU 3220/20 yang dilihat selari dengan nombor repot pada P1 yang dibuat oleh SP1. Seterusnya nama Tertuduh Ed Zulkarnain Bin Jamalludin dan nombor kad pengenalannya iaitu 880823235109 sebagai pemilik kepada spesimen dan botol urin yang dilihat selari dengan nama dan nombor kad pengenalan pada botol urin di dalam P2(A-C). Tarikh spesimen dipungut iaitu pada 12/10/2020 juga adalah sama dengan tarikh yang dinyatakan oleh SP1 dan SP4 serta pada P1 dan P3. Manakala tarikh spesimen diterima iaitu pada 15/10/2020 pula adalah sama dengan keterangan oleh SP3 dan SP5.
90
Butiran yang paling penting adalah berkenaan dengan nombor siri botol. Mahkamah telah meneliti kembali kepada P1, P2, P3, P4, P7 dan P9. Nombor siri yang tertera di dalam semua eksibit ini adalah A0048249 dan bukannya A0043249. Keterangan SP1, SP3, SP4, SP5 dan SP6 juga jelas menyatakan dan mengecamkan nombor siri botol sebagai A0048249 dan bukannya sebaliknya.
91
Justeru, melihat kepada semua keterangan ini secara menyeluruh, mahkamah tidak boleh terus mengenepikan persamaan butiran ini yang terlalu jelas menjurus kepada Tertuduh dan botol dengan nombor siri A0048249. Tambahan lagi, tiada satu pun keterangan yang dibawa yang menunjukkan spesimen urin Tertuduh berada di dalam botol dengan nombor A0043249.
92
Oleh yang demikian, di atas semua keterangan ini, mahkamah berpandangan bermula dari spesimen urin dipungut dan dimasukkan ke dalam botol, dijalankan ujian dengan mencelupkan test strip ke dalamnya sehingga akhirnya diserahkan kepada SP5 untuk dijalankan ujian pengesanan dadah, semuanya adalah spesimen yang sama iaitu spesimen urin milik Tertuduh yang diletakkan di dalam satu (1) botol urin yang sama dengan nombor siri A0048249. Rantaian terhadap barang kes sekaligus rantaian keterangan pada peringkat ini adalah terjaga dan tidak terputus sepertimana hujahan peguambela. B) Samada ID10 dan ID11 wajar diterima oleh mahkamah?
93
SP6 sebagai pegawai penyiasat di dalam keterangannya menyatakan pada 20/12/2022, beliau telah menghantar surat permohonan pembetulan nombor siri botol pada laporan P8 kepada SP5. SP5 telah menerima surat tersebut dan setelah memastikan nombor rujukan makmal serta nombor kad pengenalan di dalamnya adalah milik Tertuduh, membuat pembetulan dengan mengeluarkan laporan makmal yang baharu dengan nombor siri botol yang asal iaitu A0048249 pada tarikh yang sama iaitu 20/12/2022.
94
Semasa keterangan dan eksibit ini cuba dimasukkan oleh pihak pendakwaan, peguambela terpelajar telah membuat bantahan kerana menyatakan surat dan laporan pembetulan ini dibuat selepas kes ini mula dibicarakan sejak tahun 2021 lagi. Hanya selepas 2 tahun, baru keterangan mengenai pembetulan laporan ini dilakukan dan peguambela menghujahkan bahawa ianya adalah suatu tindakan fikir-kemudian (“afterthought”).
95
Selain itu, peguambela turut berhujah sekiranya laporan makmal yang baharu itu hendak dikemukakan oleh pihak pendakwaan, ianya telah melanggar keperluan mandatori di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan laporan pakar hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perbicaraan dijalankan.
96
Tiada hujahan balasan dikemukakan oleh TPR bagi isu ini dan TPR hanya menyatakan hanya merujuk kedua-dua dokumen tersebut kepada SP5 sementelah SP5 telah pun memberikan penjelasan berkenaan perbezaan nombor betul tersebut. TPR kemudiannya melalui SP6 memohon mahkamah menandakan kedua-dua dokumen ini sebagai eksibit namun dibantah juga oleh peguambela atas alasan yang sama.
97
Mahkamah kemudiannya menandakan surat permohonan daripada SP6 sebagai ID10 dan laporan makmal yang baharu daripada SP5 sebagai ID11 tertakluk kepada hujahan pihak-pihak.
98
Atas isu pengemukaan ID10 dan ID11 ini, mahkamah juga telah bersetuju dengan hujahan peguambela terpelajar. Mahkamah merujuk kepada tarikh permulaan perbicaraan bagi kes ini iaitu pada 21/10/2021, tarikh di mana SP1 memberikan keterangannya. Mahkamah seterusnya merujuk silang kepada tarikh pada ID10 dan ID11 yang mana kedua-duanya bertarikh sama iaitu 20/12/2022. Sela masa di antara keduanya adalah kira-kira 1 tahun 2 bulan. Permohonan pembetulan dibuat hanya selepas setahun dan selepas perbicaraan telah pun berjalan dengan empat (4) orang saksi pendakwaan.
99
Sekiranya SP6 dan SP5 menyedari terdapat kesilapan pada nombor botol urin pada laporan P8, permohonan serta laporan makmal yang baharu boleh dibuat lebih awal sebelum perbicaraan berjalan malahan sebelum tarikh kali pertama pertuduhan dibacakan kepada tertuduh iaitu pada 27/11/2020 tetapi ini tidak dilakukan.
100
Walaupun mahkamah menerima masuk keterangan lisan SP5 mengenai perbezaan nombor siri botol pada P8, namun keterangan tersebut hanya terhenti setakat itu. Sekiranya Mahkamah menerima kedua-dua ID10 dan ID11 ini sebagai keterangan, jelas ianya akan memprejudiskan tertuduh dalam kes ini kerana kedua-duanya merupakan suatu keterangan fikir-kemudian. Justeru, Mahkamah menolak ID10 dan ID11 sebagai keterangan bagi kes pendakwaan. C) Samada kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan botol urin ke mahkamah menjejaskan kes pendakwaan?
101
Peguambela terpelajar turut menghujahkan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan botol urin dengan nombor A0048249 dan A0043249 ke Mahkamah untuk menjelaskan identiti samada ianya adalah milik Tertuduh atau orang lain telah menyebabkan keraguan timbul terhadap identiti botol sekaligus spesimen urin di dalamnya. Peguambela seterusnya menghujahkan Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai akibat kegagalan pihak pendakwaan tersebut.
102
Peguambela terpelajar merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam PP V AZAHARI BIN ABDUL WAHAB [2009] MLJU 898 yang memutuskan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan botol urin adalah fatal kepada kes pendakwaan. Namun, dengan hormatnya kes tersebut harus dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Hal ini kerana gambar botol urin di dalam Azahari Abdul Wahab supra tidak pernah dikemukakan bagi membuktikan tertuduh adalah pemilik kepada spesimen urin. Lebih memburukkan keadaan, pihak pendakwaan hanya memanggil dua orang saksi iaitu Pegawai Pemungut Urin dan Pegawai Penyiasat sahaja di dalam kes tersebut.
103
Berbeza dengan fakta kes di hadapan saya, bahawa gambar botol urin bernombor siri A0048249 pada P2(A-C) yang jelas mempunyai nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan Tertuduh telah dirujuk dan dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Semua butiran pada botol tersebut, dengan jelas menunjukkan bahawa botol tersebut beserta spesimen urin di dalamnya adalah kepunyaan Tertuduh. Peguambela juga tidak mempertikaikan butiran Tertuduh pada botol tersebut sekaligus mengakuinya.
104
Berkenaan dengan isu pengemukaan botol dengan nombor siri A0043249, Mahkamah tidak nampak sebarang keperluan untuk berbuat demikian. Hal ini kerana sepertimana juga alasan yang dinyatakan sebelum ini, rantaian terhadap spesimen urin Tertuduh di dalam botol bernombor siri A0048249 adalah terjaga daripada awal spesimen diambil oleh SP1 sehingga proses analisis dijalankan oleh SP5.
105
Pada pandangan Mahkamah, pengemukaan botol urin di dalam kes ini adalah tidak mandatori dan tidak fatal kepada kes pendakwaan memandangkan botol urin dan rantaiannya telah dibuktikan secara secukupnya dan memuaskan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes landmark SUNNY ANG V. PUBLIC PROSECUTOR [1965] CLJU 171; [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 secara terang dan jelas memutuskan bahawa ketiadaan mayat sekalipun membolehkan satu sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuat. Apatah lagi barang kes yang telah disahkan kewujudannya oleh semua saksi yang juga dapat dilihat melalui gambar.
106
Mahkamah turut menggunapakai prinsip di dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu GUNALAN RAMACHANDRAN & ORS V PP [2004] 4 CLJ 551 yang turut dirujuk oleh TPR terpelajar. Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya memutuskan seperti berikut : “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is " a gap ", does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that " gap " the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall.”
107
Mahkamah berpendapat kedua-dua botol tersebut harus dikemukakan sekiranya terdapat percanggahan keterangan berkenaan nombor botol urin di antara saksi-saksi pendakwaan tetapi ini tidak berlaku di dalam kes di hadapan saya. Semua saksi konsisten menyatakan botol urin Tertuduh adalah dengan nombor A0048249 dan bukannya A0043249. Mahkamah mengulangi pendiriannya berkenaan dengan best evidence rule sepertimana dalam alasan sebelum ini. Sementelah Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk pengemukaan kedua-dua botol tersebut ke Mahkamah, maka Seksyen 114(g) Akta Keterangan yang digunapakai oleh pembelaan dengan sendirinya tidak diambil kira oleh Mahkamah ini. D) Samada permohonan menjalankan ujian pada jenis dadah yang berbeza di dalam Borang UPD P3 menjejaskan kes pendakwaan?
108
Peguambela terpelajar turut berhujah bahawa ujian yang dipohon di dalam P3 adalah Methamphetamine sahaja sedangkan keputusan ujian saringan awal Tertuduh positif Amphetamine dan Methamphetamine. Tiada hujahan balas TPR berkenaan isu ini.
109
Mahkamah meneliti semula keterangan daripada SP1 apabila ditanya oleh peguambela. SP1 dan SP6 bersetuju bahawa ujian yang dipohon pada borang UPD P3 adalah Methamphetamine sahaja. Tiada keterangan atau penjelasan yang dikemukakan berkenaan perbezaan ini.
110
Bagaimanapun dalam ketiadaan keterangan tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu perbezaan ini adalah isu yang tidak material sehingga boleh mewujudkan lompang di dalam kes pendakwaan. Hal ini demikian kerana setelah mahkamah meneliti semula laporan polis P1 dan gambar botol urin P2, hasil saringan awal konsisten menunjukkan urin Tertuduh positif dadah Ampethamine dan Methamphetamine. Mahkamah berpandangan bahawa apa yang penting yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah hasil keputusan analisis yang dijalankan oleh pegawai sains sahaja.
111
Mahkamah juga berpendapat otoriti-otoriti yang dirujuk oleh peguambela harus dibezakan dengan kes semasa. Sebagai contoh, di dalam Azahari Bin Abdul Wahab supra yang dirujuk, perbezaan jenis dadah muncul apabila hasil saringan awal oleh SP1 menunjukkan urin tertuduh positif Methampethamine sedangkan di dalam laporan urin P4 menunjukkan ianya positif Amphetamine. Perbezaan ini tidak dijelaskan oleh saksi-saksi pendakwaan menyebabkan mahkamah mengekalkan keputusan Majistret dalam melepas dan membebaskan tertuduh.
112
Seterusnya, di dalam kes PP V ROSLAN MD NOOR [2013] 1 LNS 55 yang turut dirujuk oleh pembelaan harus juga dibezakan dengan fakta kes semasa. Di dalam kes tersebut, keputusan saringan awal yang dijelmakan melalui test strip adalah positif THC dan Methamphetamine, berlainan dengan keputusan ujian pegawai sains iaitu positif Ampethamine dan Methamphetamine. Turut menyumbang kepada tertimbulnya keraguan di dalam kes tersebut apabila ujian saringan dijalankan terhadap 10 orang tangkapan lain bersekali dengan tertuduh. Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh akibat keraguan yang timbul tersebut.
113
Fakta kes di hadapan saya adalah berbeza dengan kedua-dua otoriti tersebut kerana ianya tidak melibatkan keputusan ujian saringan awal yang dilakukan oleh pihak polis dan keputusan ujian pengesanan dadah oleh pegawai sains. Perbezaan tersebut hanya melibatkan permohonan ujian pengesanan dadah yang dipohon oleh SP1 di dalam P3 yang sama sekali tidak menggoyahkan kes pendakwaan.
114
Mahkamah ini sekali lagi dalam mengaplikasikan prinsip di dalam Gunalan Ramachandran supra menekankan apa yang mesti dibuktikan adalah rantaian terhadap spesimen urin Tertuduh yang dipungut oleh SP1 adalah juga spesimen urin yang dianalisis oleh SP5 sehingga keputusan mengesahkan urin tersebut mengandungi dadah berbahaya.
115
Peguambela turut berhujah pada mukasurat 20 Hujahan OKT Di Akhir Kes Pendakwaan bahawa keputusan laporan patologi mendapati kandungan urin Tertuduh hanya positif satu jenis dadah sahaja iaitu Methamphetamine. Pada mukasurat 29 hujahan yang sama, peguambela juga menghujahkan bahawa SP1 menyatakan di dalam keterangannya bahawa keputusan ujian saringan awal Tertuduh positif Methamphetamine manakala SP4 menyatakan keputusan tersebut positif Amphetamine. Peguambela menyatakan bahawa semua perbezaan keterangan ini menunjukkan terdapatnya kacau ganggu dan kecuaian dalam pengendalian barang kes utama iaitu spesimen urin yang dikatakan milik Tertuduh.
116
Mahkamah meneliti semula laporan makmal P8, keterangan SP1 dan SP4 bagi memastikan hujahan peguambela. Namun demikian, ternyata peguambela telah terkhilaf di dalam hujahan beliau apabila kesemua keterangan tersebut menyatakan keputusan ujian terhadap spesimen urin Tertuduh positif dadah jenis Ampethamine dan Methamphetamine. Maka hujahan peguambela atas isu ini ditolak. E) Samada penggunaan satu (1) botol urin bagi pengambilan sampel urin tertuduh memadai?
117
Seterusnya peguambela terpelajar juga membangkitkan isu mengenai bilangan botol urin yang sepatutnya digunakan oleh SP1. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui keterangan SP1 dan SP4 hanya satu (1) botol spesimen urin Tertuduh digunakan oleh SP1 dan diserahkan kepada SP5 untuk dijalankan ujian pengesanan dadah.
118
Peguambela menghujahkan bahawa Standard Operasi Prosedur (SOP) PDRM memperuntukkan untuk dua (2) botol urin diberikan kepada Tertuduh semasa ujian saringan dijalankan. Peguambela merujuk kepada kes Noor Shariful Rizal Noor Zawawi v PP [2017] 3 MLJ 460 dan satu kes Mahkamah Tinggi iaitu Mohamad Fadilah Bantut v. PP & Another Case [2022] MLRHU 2602. Noor Shariful Rizal supra (yang diputuskan pada 22 Februari 2017) memutuskan IGSO F103 dan KKM Guidelines mempunyai kuatkuasa undang-undang. Sehubungan itu, kegagalan pihak polis memungut sampel urin tertuduh di dalam dua (2) botol adalah fatal kepada kes pendakwaan.
119
Sementara itu, TPR terpelajar menghujahkan hanya satu (1) botol sahaja diperlukan merujuk kepada PP v Rosman Bin Saprey [2019] 4 CLJ 767 (yang diputuskan pada 23 April 2018) yang memutuskan sebaliknya dan beralih dari keputusan di dalam Noor Shariful Rizal supra. Mahkamah Rayuan memperincikan seperti berikut: “Seksyen 31A hanya menyebut 'contoh air kencing'. Jika Parlimen menghendaki lebih daripada satu contoh perlu didapatkan, maka pastinya Parlimen akan memperuntukkan sedemikian. Peruntukan undang-undang perlu dibaca mengikut perkataan yang terdapat dan bukan membuat spekulasi tentang apa yang tersurat. Dalam perkara ini s. 31A dengan jelas merujuk kepada contoh air kencing dalam maksud 'singular'. Maka yang demikian hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya mempunyai merit bahawa satu botol urin contoh air kencing adalah memadai bagi tujuan dijalankan pemeriksaan atau analisis. Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah tersalah arah dalam memutuskan sedemikian. Seperti yang kami huraikan di atas, PTKPN F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Tidak ada keperluan undang-undang yang mewajibkan pengambilan dua contoh air kencing dalam dua botol berasingan. Oleh itu, kegagalan untuk mengambil dua botol contoh air kencing responden tidak menjejaskan kes pendakwaan. Tanpa terdapatnya apa-apa penjelasan mengapa dua botol urin disarankan di bawah PTKPN F103, kami berpendapat kemungkinan saranan tersebut lebih merupakan suatu langkah bersifat waspada atau amalan 'prudence', tetapi sifat waspada sedemikian tidak boleh menjadi dan mempunyai kuat kuasa undang-undang sehingga ia menjadi satu kewajipan yang bersifat prosedur substantif untuk dipatuhi.”
120
Bilamana terdapat dua (2) keputusan Mahkamah Rayuan yang berbeza, Mahkamah ini mengambil pendekatan mengikuti apa yang diputuskan di dalam PP v. AHMAD SAIFUL ISLAM MOHAMAD [2023] 2 CLJ 714. Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah mengupas secara terperinci mengenai doktrin stare decisis di dalam kes Mahkamah Persekutuan DALIP BHAGWAN SINGH V. PP [1997] 4 CLJ 645; [1998] 1 MLJ 1 seperti berikut : [42] In short, for criminal matters decided by the subordinate courts, the Court of Appeal is the highest court to determine any appeals arising thereof. In terms of judicial hierarchy, we hold that the principles governing the Federal Court in Dalip Bhagwan Singh are equally applicable to the Court of Appeal in such instances. [43] For this appeal, when two decisions of the Court of Appeal conflict on a point of law, the later decision prevails over the earlier decision. If the subordinate courts can choose either decision of the Court of Appeal, there will be no finality to the issue and no certainty in the law. This would defeat the purpose of judicial precedent and stare decisis.”
121
Oleh itu, Mahkamah ini dalam mengikuti prinsip di dalam kes Mahkamah Rayuan yang lebih terkini, berpuas hati dengan tatacara pengambilan sampel urin tertuduh yang hanya menggunakan satu (1) botol sahaja di dalam kes semasa dan penggunaan satu (1) botol urin di dalam kes ini tidak langsung menjejaskan kes pendakwaan.
122
Mahkamah berpandangan atas semua elemen pertuduhan dan fakta-fakta relevan yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, bahawa pendakwaan telah berjaya mewujudkan suatu kes prima facie ke atas Tertuduh dan Tertuduh dipanggil membela diri di atas pertuduhan. Memandangkan Seksyen 31A ADB 1952 juga dipenuhi, maka anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 juga adalah terpakai.
123
Tertuduh kemudiannya memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. Hanya Tertuduh seorang sahaja yang dipanggil untuk memberi keterangan di peringkat pembelaan.
124
Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: “(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.”
125
Berdasarkan peruntukan di atas, jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi tugas mahkamah untuk mensabitkan Tertuduh dengan pertuduhan sekiranya pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah ke atas Tertuduh. Sebaliknya, Tertuduh perlu dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan sekiranya pihak pembelaan telah berjaya meimbulkan keraguan munasabah.
126
Mahkamah perlu melihat, menimbang, meneliti dan menilai segala keterangan yang telah dikemukakan kepada mahkamah secara maksima bagi kedua-dua peringkat kes pendakwaan dan juga kes pembelaan. Di dalam kes BALACHANDRAN V. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt, the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by Section 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.”
127
Di dalam kes MOHD FAZLI BIN ISMAIL DAN SATU LAGI LWN. PENDAKWA RAYA [2012] 2 MLJ 96, Mahkamah Rayuan menerangkan definisi keraguan yang munasabah atau “reasonable doubt” sebagaimana berikut : “Keraguan yang munasabah bukanlah “an imaginary, trivial or merely possible doubt, but a fair doubt based upon reason and common sense. It must grow out of the evidence in the case” (lihat Sucha Singh v. State of Punjab 2003 Cri LJ 3876,3883, Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16, di ms 17 per Shara H)”.
128
Pihak pembelaan di peringkat ini juga seharusnya mengemukakan keterangan pembelaan yang semampunya bagi mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas beban imbangan kebarangkalian. Rujukan dibuat kepada kes MUHAMAD ZHAFRI BIN MOHAMAD YUNUS V. PUBLIC PROSECUTOR [2022] CLJU 884; [2022] 1 LNS 884; [2022] MLJU 917 yang menyatakan : "It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372"
129
Semasa di peringkat pembelaan, Tertuduh telah menyatakan beberapa fakta sebagai versi pembelaannya melalui penyataan saksi beliau (WSD-1).
130
Tertuduh menyatakan pada 12/10/2020, Tertuduh telah lewat hadir bertugas di Balai Polis Ayer Keroh. Tertuduh telah memaklumkan kelewatan beliau yang berpunca dari kerosakan kereta dan kelewatan tersebut tidak dimaklumkan kepada Ketua Balai Polis Ayer Keroh kerana telefon bimbit beliau juga mengalami kerosakan.
131
Seterusnya sebagai hukuman, Tertuduh telah diarahkan untuk membuat tindakan double kawad di Balai Polis Bukit Baru pada jam 2.00 petang. Tertuduh melakukan double kawad sambil diperhatikan oleh Konstable Mac Davidson. Tertuduh kemudiannya diberikan air mineral oleh Timbalan Ketua Balai Polis Ayer Keroh iaitu Sarjan Zulkifli semasa sesi rehat selama 10 minit. Selepas minum air tersebut, Tertuduh menyambung sesi kawadnya.
132
Selepas selesai, Tertuduh diarahkan oleh Sarjan Zulkifli untuk berjumpa SP1 dan Tertuduh terus diarahkan untuk membuat ujian saringan awal urin oleh SP1.
133
Tertuduh menyatakan bahawa bagi proses pengambilan urin Tertuduh, Tertuduh tidak diberi kebebasan memilih botol urinnya sendiri, Tertuduh telah diberikan botol tanpa plastik pembungkus, Tertuduh tidak diterangkan tatacara pengambilan dan ujian saringan dan Tertuduh tidak mengetahui apakah nombor botol urin yang diberikan kepadanya.
134
Tertuduh turut menyatakan tidak mengetahui bagaimana ujian saringan awal dilakukan memandangkan Tertuduh telah diarahkan keluar dari bilik mesyuarat Balai Polis Bukit Baru. Tertuduh juga tidak melihat sebarang test strip ditunjukkan oleh SP1 atau samada ada sebarang test strip digunakan. Tertuduh turut menyatakan tidak nampak sebarang seal dilekatkan pada botol urin Tertuduh, tidak tahu siapa yang menulis label pada botol dan siapa yang menulis butiran pada borang UPD P3.
135
Tertuduh hanya mengetahui urinnya positif dadah Ampethamine dan Methampethamine selepas dimaklumkan oleh SP1.
136
TPR terpelajar menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh merupakan suatu pembelaan bersifat penafian semata-mata dan afterthought. Manakala peguambela terpelajar menghujahkan pembelaan Tertuduh tidak bersifat afterthought kerana telah dibangkitkan seawal peringkat pendakwaan lagi.
137
Mahkamah meneliti semula soalan-soalan dan versi peguambela semasa di peringkat pendakwaan dan mendapati keterangan berkenaan 2 botol urin yang berbeza telah ditimbulkan. Isu berkenaan dengan 2 botol urin ini telah pun saya nyatakan dalam alasan saya bagi keputusan di akhir kes pendakwaan dan saya mengulangi alasan yang sama di peringkat pembelaan ini.
138
Selain isu berkenaan 2 botol urin tersebut, Mahkamah telah meneliti keterangan tertuduh di dalam WSD-1, semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula dijalankan. Kebanyakan keterangan Tertuduh adalah bersifat tiada pengetahuan dan tidak nampak prosedur ujian saringan awal yang dijalankan ke atas spesimen urinnya.
139
Pembelaan tertuduh ini jika diamati merupakan suatu keterangan yang difikirkan kemudian (afterthought) yang mana tidak pernah ditimbulkan oleh pembelaan semasa kes pendakwaan. Peguambela terpelajar tidak pernah mencadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan bahawa Tertuduh sebenarnya berada di luar bilik mesyuarat semasa ujian saringan awal dijalankan menyebabkan Tertuduh tidak mengetahui samada terdapat test strip digunakan, atau samada test strip telah dicelup ke dalam spesimen urinnya sehingga terhasilnya suatu keputusan positif. Keterangan SP1 dan SP4 jelas menyatakan bahawa Tertuduh sememangnya berada di hadapan SP1 dan Tertuduh nampak sewaktu ujian dijalankan.
140
Selain itu, versi Tertuduh yang menyatakan bahawa Tertuduh tidak nampak sebarang test strip digunakan juga tidak dapat menyangkal dapatan fakta yang mahkamah telah perolehi semasa kes pendakwaan bilamana SP6 menyatakan telah meminta test strip dan plastik urine container untuk siasatannya walaupun tidak dinyatakan di dalam borang serah terima barang kes P4. Test strip dan plastik urine container ini kemudiannya diterbitkan melalui gambar yang telah ditandakan sebagai P9(A-B).
141
Apa yang dicadangkan oleh peguambela terpelajar sewaktu kes pendakwaan adalah mengenai buku rekod penggunaan botol urin yang telah dijawab oleh SP1 yang menyatakan memadai membuat repot saringan awal iaitu P1. SP4 juga menyatakan buku tersebut ada namun berada di pejabat. Mahkamah menerima keterangan ini dan tiada sebarang keraguan mengenainya sementelah saksi-saksi pendakwaan dari SP1 sehingga SP6 konsisten menyatakan sepesimen di dalam botol dengan nombor siri A0048249 adalah milik tertuduh.
142
Mahkamah merujuk kepada nas-nas yang telah diputuskan mengenai pembelaan yang bersifat afterthought. Telah diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu MEGAT HALIM MEGAT OMAR V. PP [2009] 1 CLJ 154 sepertimana berikut : "[63] Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case."
143
Mahkamah juga merujuk kepada kes UNSUNG RASAD v. PP [2019] CLJU 662, yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “…the failure of the accused to put his case to the relevant prosecution witnesses had smacked of an afterthought defence or one that was of recent invention. Such evidence was not subject to be properly ventilated and examined by the adverse witnesses and therefore would not be capable of attracting much, if not any, weight when compared to the evidence of the prosecution witnesses which was subject to the crucible of cross-examination”.
144
Mahkamah juga mendapati pembelaan Tertuduh yang tiada pengetahuan ke atas semua prosedur yang dijalankan ke atas spesimen urinnya adalah bersifat penafian semata-mata. Penafian tersebut tidak boleh mengatasi keterangan positif SP1 dan SP4 yang telah memungut dan menjalankan ujian saringan awal secara teratur dari awal sehingga akhir. Justeru, tiada sebab untuk Mahkamah tidak menerima pakai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dalam kes ini. Mahkamah ini mengambil pendekatan untuk mengikuti prinsip yang telah diputuskan di dalam ARIFF ARHANAN CHE UDIN lwn. PP [2020] CLJU 657 seperti berikut: “[62] Kami bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa Hakim Bicara tidak tersalah arah apabila memutuskan pembelaan Perayu adalah merupakan penafian semata-mata kerana penafian tersebut tidak boleh mengatasi keterangan positif SP6 dan SP8 yang menyatakan Perayu yang memandu arah SP6 dan anggota pasukan serbuan ke rumah dan bilik Perayu dan Perayu mengambil beg warna hitam jenama Quick Silver yang mengandungi dadah Cannabis yang tersorok di belakang celah pakaian dan menyerahkan kepada SP6. Fail Perodua yang mengandungi dokumen peribadinya dan fail kuning berada dalam beg tersebut bersama dadah
145
Cannabis (perenggan 47 di muka surat 37-38 Jilid 1, Rekod Rayuan).” Mahkamah juga merujuk kepada kes WILLIAM JOHN P SANDANASAMY v. PP [2021] CLJU 1898, dimana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[38] A bare denial defence is a simple denial of involvement of the accused with the impugned dangerous drugs which were found. It is a defence which is devoid of any explanation or evidence to dislodge the evidence adduced by the prosecution.”
146
Disebabkan pembelaan Tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata, Mahkamah berpendapat pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Hal ini kerana pembelaan yang bersifat penafian semata-mata bukanlah satu pembelaan bermerit yang perlu diambil kira oleh Mahkamah ini. Kes MR LOSALI V. PP [2012] 2 CLJ 178; [2011] 1 LNS 501; [2011] 4 MLJ 694 dirujuk yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut : “[53] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. [54] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in D.A. Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.”
147
KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Setelah menilai dan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, meneliti semua hujahan, otoriti dan eksibit yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah Berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala tiada sebarang keraguan ditimbulkan oleh pembelaan terhadap kes pendakwaan.
148
Oleh yang demikian, Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama. Tertuduh dijatuhi hukuman denda RM 4,500 gagal bayar 9 bulan penjara dan pengawasan polis dikenakan ke atas Tertuduh untuk tempoh 2 tahun.
149
KEWAJARAN HUKUMAN TERHADAP TERTUDUH Mahkamah ini telah berpandukan kepada Seksyen 182A dan 183 Kanun Tatacara Jenayah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh : “Section 183 : Sentence If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law”
150
Mahkamah ini sentiasa mengingatkan dirinya bahawa setiap hukuman yang diberikan hendaklah diberikan menurut undang-undang. Mahkamah di dalam kes PP V. JAFA DAUD [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 telah memperjelaskan lagi bahawa : "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles”.
151
Bagi kedua-dua prinsip ini, Mahkamah perlulah menghukum menurut undang-undang, bukan setakat mengikut peruntukan nyata dalam undang-undang tetapi juga merangkumi prinsip perundangan yang mantap dan tuntas. Di dalam mematuhi prinsip “the sentence must be within the ambit of the punishable section”, elok lah diperturunkan keseluruhan peruntukan kesalahan dan hukuman yang melibatkan tertuduh di dalam kes semasa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepertimana berikut : HUKUMAN : Dihukum dengan dipenjara untuk suatu tempoh yang tidak lebih daripada dua (2) tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua (2) tahun atau tidak lebih daripada tiga (3) tahun.”
152
Mahkamah ini memberi perhatian kepada ruang lingkup hukuman yang dibenarkan di bawah peruntukan iaitu hendaklah jika disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua (2) tahun atau tidak lebih daripada tiga (3) tahun.
153
Justeru, Mahkamah dalam memberikan hukuman denda sebanyak RM4,500 dan pengawasan polis selama 2 tahun kepada tertuduh ternyata telah mematuhi prinsip pertama di dalam Jafa Daud supra dan merupakan suatu hukuman yang tidak berlebih-lebihan. Seterusnya bukan sahaja hukuman itu mestilah di dalam ruang lingkup sesyen hukuman yang dibenarkan, malahan ia perlu juga mematuhi “established judicial principles”.
154
Bagi maksud hukuman hendaklah mengikut “established judicial principles” atau merangkumi prinsip perundangan yang mantap dan tuntas, Mahkamah telah merujuk kepada kes LIM GUAN ENG V. PP & OTHER APPEALS [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest. Reasons must be given for imposing a particular sentence to enable an appellate court to ensure that there has been no error in principle”
155
Mahkamah ini seterusnya bersandarkan kepada panduan yang begitu menyeluruh yang digariskan di dalam kes yang lebih terkini iaitu PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 MLJU 958; [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782 mengenai faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tertuduh seperti berikut : "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc..."; [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...”
156
Maka, dengan panduan dan prinsip-prinsip yang digariskan, Mahkamah memberi pertimbangan kepada faktor-faktor berikut sebagai mematuhi prinsip hukuman mengikut “established judicial principles”, antaranya :
157
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap Tertuduh, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan. Hal ini kerana pertuduhan adalah melibatkan kesalahan dadah yang merupakan kesalahan berat dan serius.
158
Justeru, Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian untuk mengimbangi kepentingan awam melebihi kepentingan Tertuduh itu sendiri. Perkara ini telah jelas diputuskan di dalam kes landmark R v. BALL 35 CR. APP. R164 di mana Mahkamah memutuskan bahawa : “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to an honest life.
159
Mahkamah ini juga merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh mahkamah di dalam PP v. MOHD FAZELAN MD KHUZEH [2015] 9 CLJ 221 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut : “We were of the view that offences involving dangerous drugs ought not to be treated lightly so as not to trivialise the gravity of such offences. Public interest is a paramount consideration. The fact that the respondent is a first offender or that he had pleaded guilty ought to be weighed against the facts of the case, the circumstances in the commission of the offence, the type of drugs involved and the weight of the drugs.”
160
Berbekalkan prinsip yang diputuskan di dalam kes-kes yang dirujuk tersebut, mahkamah mengharapkan supaya hukuman yang diberikan dapat menjamin kepentingan awam apatah lagi Tertuduh di dalam kes ini merupakan seorang penjawat awam. Ianya bukan sahaja dapat mencegah Tertuduh daripada mengulangi kesalahan yang sama malahan dapat memberikan peringatan kepada masyarakat di luar sana yang cuba terlibat dengan penyalahgunaan dadah supaya tidak sesekali terjerumus ke dalamnya.
161
Umum sudah mengetahui bahawa kes jenayah melibatkan kesalahan dadah adalah merupakan suatu kesalahan yang serius. Dadah juga telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak sekian lama dan pelbagai usaha serta langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membasmi gejala dadah ini. Malah, pihak kerajaan juga dari aspek perundangan telah berusaha menambah baik peruntukan-peruntukan berkaitan dengan melaksanakan pindaan demi pindaan bagi mencerminkan keseriusan kerajaan dalam memerangi jenayah ini.
162
Sebagai contoh, di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. LOO CHOON FATT [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 telah diputuskan seperti berikut: “In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of 1973) and then in 1975 (by Act A293 of 1975). At the moment there is yet another amendment which is awaiting the Royal Assent. In the legislative exercise in the1973 penalties attached to the various offences under the law were enhanced. For the offence of possession of any dangerous drugs under section 12(2) of the Ordinance, for example, the penalty was increased from a. maximum of $10,000 fine to a maximum of $20,000 fine and the maximum imprisonment was increased from three years to five years. In the legislative exercise in 1975, among other things, a new provision (new section 39A) was inserted whereby it is provided that whoever is convicted of an offence under the Ordinance and the subject matter of which is heroin or morphine of five grammes or more in weight shall be liable to imprisonment (with no option of a fine) for a term not exceeding fourteen years and not less than three years and he shall also be liable to whipping of not less than six strokes. According to the Bill which is at the moment awaiting the Royal Assent another new provision is inserted creating a new offence of planting or cultivating any plant from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained. The punishment for the new offence is life imprisonment and whipping. It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government’s realization albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the courts must be realistic and rational.”
163
Walaupun pindaan yang dinyatakan di dalam Loo Choon Fatt supra adalah pindaan terdahulu dan membabitkan suatu kes milikan atau kawalan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah berbahaya 1952, namun mahkamah ini mengambil asas pertimbangan yang digunakan di dalam kes tersebut bahawa dengan begitu banyak pindaan yang dilakukan bagi Akta Dadah Berbahaya 1952 itu sendiri sudah memadai untuk menunjukkan bahawa kesalahan dadah sememangnya suatu kesalahan serius dan tidak boleh dipandang enteng oleh mahkamah.
164
Mahkamah juga bersetuju dengan apa yang dinyatakan di dalam kes tersebut bahawa sekiranya mahkamah tidak mengenakan hukuman yang menggambarkan keseriusan kesalahan, hasrat Parlimen tersebut akan menjadi suatu yang sia-sia. Selain berpandangan sama seperti kes-kes yang diputuskan bahawa kesalahan dadah sememangnya berada pada tahap membimbangkan, Mahkamah turut percaya bahawa dadah merupakan salah satu punca kepada terjadinya kesalahan-kesalahan yang lain. Mahkamah merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v. YAP KIM WANG [2016] 2 MLJ 402 yang menyatakan: “We were in full agreement with the learned DPP. We were all on common ground that the offences committed by the respondent were indeed serious and prevalent. Much has been done by the powers that-be to stem the scourge but nevertheless, there is no sign of its abatement. The position is best stated by His Lordship, Mohd Zawawi Salleh JCA, in Public Prosecutor v. Ling Leh Hoe [2015] MLJU1006; [2015] 4 CLJ 869, in the following terms: “Abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drug offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence. ”
165
Maka, Mahkamah percaya dengan memberikan hukuman denda RM4,500 dan pengawasan polis selama 2 tahun kepada tertuduh adalah memadai bukan sahaja untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh tetapi juga sebagai suatu signal kepada masyarakat di luar sana bahawa hukuman setimpal bakal menanti kepada mereka yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah.
166
Mahkamah mengambil kira bahawa kes ini merupakan kes perbicaraan penuh yang memakan masa selama 2 tahun dari tahun 2021 sehingga 2023 untuk diselesaikan dengan memanggil seramai 7 orang saksi serta melibatkan kos kerajaan. Tempoh selama 2 tahun ini tidak termasuk sewaktu kali pertama Tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan pada bulan November 2020 sehingga keputusan di akhir kes pembelaan yang diberikan pada 15 Februari 2024.
167
Justeru, hukuman yang diberikan hendaklah juga mengambilkira kos dan masa yang diambil bagi penyelesaian kes semasa. Mahkamah berpandukan kepada apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam NOORDIN NOOR v. PENDAKWA RAYA [2022] CLJU 2996 seperti berikut : “[84] Dalam kes ini, OKT merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai rekod lampau. OKT juga seorang warga emas yang berumur 65 tahun. Kesalahan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan bukanlah kesalahan serius sebagaimana yang ditafsirkan oleh seksyen 52B Kanun Keseksaan. [85] Pengenaan hukuman penjara hanya kerana OKT mohon untuk dibicarakan adalah tidak wajar memandangkan setiap individu berhak untuk didengar (right to be heard) dan mendapatkan perbicaraan yang adil. [86] Walau bagaimanapun, hukuman berbentuk denda yang maksimum adalah wajar memandangkan tempoh perbicaraan yang panjang yang memakan masa selama 3 tahun dan melalui 2 kali proses rayuan telah mengakibatkan kos yang tinggi kepada semua pihak.”
168
Peguambela terpelajar di dalam rayuan mitigasi bagi tertuduh menyatakan bahawa tertuduh berusia 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak masing-masing berumur 2 dan 4 tahun. Tertuduh juga sebelum kejadian merupakan seorang anggota polis berpangkat Koperal di Balai Polis Ayer Keroh, Melaka dan telah digantung tugas sejak tahun 2020. Semasa di dalam perkhidmatan PDRM, tertuduh dikatakan seorang anggota yang cemerlang dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tertuduh juga sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti di dalam PDRM. Peguambela kemudiannya mengemukakan sijil-sijil pencapaian tertuduh di dalam perkhidmatan PDRM pada tahun 2014, 2016 dan 2019.
169
Sejak digantung tugas, tertuduh telah tinggal bersama keluarganya di Muar, Johor dan hanya melakukan kerja-kerja kampung seperti mengecat rumah dan menjadi nelayan dengan pendapatan RM600 sebulan.
170
Peguambela juga menyatakan tertuduh merupakan seorang anak yang diharapkan untuk menjaga ibu bapanya. Bapa tertuduh yang berusia 75 tahun menghidap penyakit jantung kronik dan tertuduh perlu membawa bapanya ke klinik kesihatan dan hospital untuk rawatan secara berkala dan intensif. Ibu tertuduh juga mempunyai sakit darah tinggi.
171
Selain itu, peguambela turut menghujahkan bahawa kes ini merupakan sabitan pertama bagi tertuduh yang tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan sebelum ini. Tertuduh juga dikatakan telah menerima hukuman dengan kehilangan pekerjaan dan kehidupan tertuduh terhimpit dengan hutang yang akhirnya telah menyedarkan tertuduh. Peguambela kemudiannya memohon suatu hukuman berbentuk denda dan tidak dikenakan pemenjaraan atas alasan bimbangkan nasib anak-anak tertuduh yang masih kecil.
172
Mahkamah ini setelah mempertimbangkan semua rayuan mitigasi tertuduh mendapati semua rayuan yang dinyatakan oleh tertuduh adalah berbentuk peribadi yang terarah kepada kepentingan tertuduh semata-mata. Seperti yang diperjelaskan dalam kes Loo Choon Fatt supra : “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused as seen as facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ in Rex v. Gronkowski offered some good advice when he said: The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often, nowadays, thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners.”
173
Di dalam kes PP v. TEH AH CHENG [1976] 1 LNS 116, YA Eusoffe Abdool Cader (sebagaimana beliau ketika itu) telah memberi pandangan yang sama yang berbunyi : “The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offence and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan.”
174
Dalam mengikut prinsip yang digariskan, Mahkamah ini cenderung untuk membuat pertimbangan saksama di antara kepentingan awam dengan kepentingan peribadi Tertuduh.
175
Mahkamah juga telah mempertimbangkan objektif hukuman berbentuk pemulihan seperti yang dinyatakan di dalam PP V. TAN HENG LEE [2013] 2 SMC 272; [2013] 5 LNS 70 yang mana pandangan ini turut dirujuk di dalam beberapa kes yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah tinggi di seluruh Malaysia : "Namun demikian, mahkamah berbalik kepada tujuan hukuman (aim of sentencing) yang mana selain retributive, deterrent dan prevention terdapat juga satu lagi matlamat iaitu rehabilitative aim yang mana matlamat yang digambarkan atas dasar ini adalah untuk menggalakkan perayu menjadi seorang insan yang mematuhi undang-undang serta rakyat yang bertanggungjawab dengan harapan bahawa perayu akan berubah sekaligus menghormati undang-undang dan peraturan yang wujud."
176
Seperti apa yang dinyatakan di atas, Mahkamah telah mengimbangi kepentingan Tertuduh dan kepentingan awam dan mendapati Mahkamah tetap tidak boleh melupakan hasrat Parlimen untuk memberikan suatu hukuman yang akan memberi isyarat yang jelas kepada mereka yang mempunyai cita-cita untuk terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan dadah pada masa hadapan. Dengan hukuman sedemikian, Mahkamah telah menunjukkan bahawa Mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan dadah dan hukuman setimpal tetap akan dijatuhkan. KESIMPULAN Atas alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman denda RM4,500 gagal bayar 9 bulan penjara dan menjalani pengawasan polis selama 2 tahun yang dikenakan ke atas Tertuduh tersebut adalah wajar, berpatutan dan mematuhi prinsip-prinsip perundangan yang ditetapkan namun Mahkamah ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Arif untuk membuat keputusan. Bertarikh pada 28 Julai 2024. SHARDA SHIENHA BINTI MOHD SULEIMAN Majistret, Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.