(iii) Defendan adalah bertanggungan untuk menyerahkan 90% dari pendapatan kasar kepada Plaintif dari masa ke semasa setelah menolak segala kos yang perlu dijelaskan oleh Plaintif kepada Defendan. [10] Plaintif dan Defendan telah pun bersetuju untuk menamatkan Perjanjian Tersebut lebih awal, iaitu pada 14.9.2018. Isu Untuk Dibicarakan [11] Samada Defendan bertanggungan untuk membayar sejumlah RM5,995,893.42 kepada Plaintif berdasarkan Perjanjian Tersebut. Keputusan Mahkamah [12] Adalah undang-undang mantap beban pembuktian kes sivil di atas imbangan kebarangkalian terletak pada Plaintif, [13] Rujukan dibuat kepada keputusan kes Mahkamah Persekutuan Johara BI binte Abdul Kadir Marican v Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1981] 1 MLJ 139 yang memutuskan seperti berikut: “…it was a matter of proof and until and unless the Plaintiff has discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities, the burden did not shift to the Defendant and no matter if the Defendant’s case was completely unbelievable, the claim against him must in this circumstances be dismissed. With respect, we agree with this judicial approach.” [14] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, maka adalah diputuskan Plaintif gagal membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian. [15] Tuntutan Plaintif sebanyak RM5,995,893.42 adalah didakwa dibuat berdasarkan rekod dan pengiraan Plaintif mengikut caranya tersendiri. [16] Pengiraan Plaintif dikemukakan di peranggan 35 Penyata Tuntutan. [17] Melalui keterangan saksi Plaintif sendiri yang mana tidak tercabar, bayaran kepada Plaintif oleh Defendan hanya perlu dibuat berdasarkan butiran pelajar-pelajar yang berdaftar sahaja sepertimana yang termaktub di Klausa 4 Perjanjian Tersebut. [18] Oleh itu, Defendan bertanggungjawab membayar Plaintif hanya apabila terdapat pembayaran daripada pelajar-pelajar yang berdaftar sahaja di Kolej Unikop. [19] Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi Plaintif berpusatkan penjelasan tanpa pengemukaan apa-apa bukti secara dokumen. [20] Keterangan saksi PW1 jelas membuktikan beliau tidak begitu mengetahui butiran-butiran yang disediakan di dalam Jadual Tersebut. [21] PW1 secara telus telah memaklumkan Mahkamah ini bahawa penyediaan Jadual itu dibantu oleh PW2 dan PW2 arif tentang butiran Jadual Tersebut. [22] PW2 dikatakan akan memberikan penjelasan berhubung jadual yang disediakan berhubungkait dengan tuntutan Plaintif. [23] Semasa memberi keterangan PW2 mengaku beliau tidak ada pengalaman berhubung dengan cara penyediaan akaun. [24] PW2 telah memberi keterangan pengiraan beliau tidak disokong dengan dokumen dan merupakan andaian ikut rekod beliau. [25] Rujukan dibuat kepada keterangan PW2 berhubung perkara di atas seperti berikut: (Sila rujuk muka surat 205 – 206 Nota Keterangan) [26] Adalah juga didapati Jadual Tersebut yang disediakan oleh PW2 tidak tepat. Misalannya pengiraan item A – D sepatutnya RM7,206,098.97 tetapi dijumlahkan sebanyak RM10,721,611.50. [27] Jumlah terlebih sebanyak RM3,515,512.53 yang dituntut oleh Plaintif tidak disokong dengan bahan bukti kes. [28] Begitu juga dengan item J, di mana PW2 memberi keterangan tidak ada bahan bukti rasmi bahawa pembayaran belum dibuat. [29] PW2 seterusnya bersetuju dengan cadangan peguam Defendan bahawa Defendan tidak perlu membuat bayaran kepada Plaintif jikalau pelajar-pelajar tidak membuat bayaran. [30] PW2 juga mengesahkan fakta keterangan bahawa tiada apa-apa bahan bukti terhadap tuntutan-tuntutan yang dibuat dalam item J,