Menolak rayuan Pendakwa Raya ke atas hukuman untuk pertuduhan pindaan pertama di bawah seksyen 376 KK dan mengekalkan keputusan HMS bagi sabitan dan hukuman untuk kesalahan tersebut. [5] OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan sepertimana Notis Rayuan bertarikh 28.8.2024. [6] Alasan penghakiman Mahkamah ini adalah seperti dinyatakan berikut. RINGKASAN FAKTA KES [7] Pihak pendakwaan telah memanggil 8 orang saksi seperti berikut: SP 1 Ajinder Singh Gill a/l Harcharan Singh (pengadu/mangsa lelaki) SP2 Dr. Abdul Muhaimin bin Ali (Pegawai Perubatan) SP3 Por Suk Yee (mangsa rogol) SP4 Dr. Noor Azura binti Mohamad (Pakar perubatan O&G) SP5 Abdul Razak bin Abdullah (jurufoto) SP6 Tan Peng Seng SP7 Ins Nor Aimi binti Juhanis (Pegawai Penyiasat) SP8 Ins Azman bin Abdul Karim (Pegawai Perakam) [8] SP1 dan SP3 adalah guru di sebuah sekolah di Batang Kali, Selangor. Pada bulan April 2017 mereka telah menyewa sebuah rumah di No. 63, Lorong Stesen 4, Kg Pisang Ulu Yam Lama, 44300 Batang Kali, Selangor dan bercadang untuk membuat kelas tuisyen. SP1 adalah mangsa untuk pertuduhan di bawah seksyen 323 KK manakala SP3 merupakan mangsa bagi pertuduhan di bawah seksyen 376 KK dan berumur 25 tahun 5 bulan semasa kejadian. [9] Semasa SP1 dan SP3 mendiami rumah tersebut, kerap kali mereka diganggu dengan bunyi pintu gril, pinggan mangkuk jatuh sendiri, bunyi orang menangis dan lain-lain. SP3 juga sering diganggu dengan gangguan misteri menyebabkan dirinya tidak dapat tidur. [10] SP3 telah menceritakan masalah yang dihadapi kepada rakan guru bernama Tan Siong Hue lalu beliau telah memperkenalkan SP1 dan SP3 kepada seorang bomoh (OKT) untuk menghalau hantu dan gangguan misteri. [11] SP1 dan SP3 menyatakan pada mulanya OKT bersetuju untuk membantu mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran. Namun, selepas beberapa kali mendapatkan khidmat OKT, OKT mula menuntut bayaran wang. [12] Upacara menghalau hantu dijalankan di beberapa tempat iaitu di rumah Tan Siong Hue, rumah Ang dan rumah sewa SP1 dan SP3. Semasa upacara dijalankan, OKT memukul SP1 dan SP3 menggunakan papan sembahyang dan rantai besi kerana OKT menyatakan bahawa dewa ingin menghukum SP1 dan SP3. Mereka juga tidak membuat laporan polis kerana beranggapan bahawa itu adalah rutin biasa dalam upacara sembahyang menghalau hantu. [13] Pada tarikh kejadian 30.3.2018, OKT telah datang ke rumah sewa SP1 dan SP3 bertujuan untuk menangkap hantu. OKT telah hadir ke tempat kejadian bersama 8 orang yang lain. Sebelum upacara menghalau hantu bermula, OKT meminta Ang dan suaminya iaitu Tan Siong Hue untuk membawa SP1 ke bilik lain manakala OKT sendiri yang membawa SP3 masuk ke sebuah bilik tidur. [14] Tiada orang lain dalam bilik tersebut melainkan OKT dan SP3. OKT telah memaklumkan SP3 bahawa hantu lelaki tua menyukai SP3 dan terdapat dua cara untuk menghalau hantu tersebut iaitu pertama adalah SP3 perlu minum air dan SP3 akan tidur lalu OKT akan menangkap hantu dalam mimpi SP3 atau cara kedua adalah OKT membenarkan hantu merasuk badan OKT dan OKT akan tanya kemahuan sebenar hantu tersebut. OKT memaklumkan SP3 bahawa cara kedua adalah lebih cepat dan mudah untuk menghalau hantu. [15] SP3 menerima cadangan OKT. Bilik tersebut telah digelapkan. Pintu bilik bertutup dan SP3 mendengar bunyi ‘tak’ (bunyi pintu dikunci) dari dalam oleh OKT. OKT telah memberikan SP3 segelas air. Kemudian, tangan dan mata SP3 diikat dengan kain oleh OKT. Selepas minum air yang diberikan oleh OKT, SP3 berasa pening. OKT juga telah memberi amaran agar SP3 tidak mengeluarkan suara. [16] OKT kemudian telah meraba-raba tubuh badan SP3 di bahagian dada dan pakaian SP3 ditanggalkan. OKT meminta SP3 membuka peha SP3. SP3 dapat merasakan OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3. SP3 berasa sakit. SP3 juga merasakan badan OKT telah menindih ke atas badan SP3 dan tangan OKT meraba badan SP3. SP3 merasakan badannya digerakkan ke atas dan ke bawah dan katil juga bergerak. OKT memberi amaran kepada SP3 untuk tidak membuka ikatan tangan dan mata. [17] Setelah selesai, OKT menyuruh SP3 bangun dan ikatan tangan dan mata dibuka. OKT menyuruh SP3 memakai baju. SP3 menyatakan masa matanya dibuka hanya OKT sahaja dalam bilik. Kemudian, OKT mengikat SP3 dengan rantai besi dan SP3 dibawa ke ruang tamu. [18] Selepas kejadian tersebut, pada 4.4.2018, SP1 dan SP3 telah pergi ke rumah Tan Siong Hue bagi perayaan Cheng Peng (sembah nenek moyang). SP3 melihat SP1 dibawa oleh Tan dan Ang kemudian perut SP1 telah ditumbuk oleh OKT. OKT telah meminta wang daripada SP1 dan SP3 tetapi mereka menyatakan bahawa mereka telah kehabisan wang. OKT telah mengarahkan SP1 untuk pulang ke kampung halaman untuk mengambil wang daripada keluarganya. Kemudian, SP3 melihat OKT mengambil botol arak dan memukul kepala SP1. SP1 merayu kepada OKT tetapi OKT telah menumbuk mata SP1. [19] SP3 cuba menghalang OKT daripada terus mencederakan SP1 namun SP3 ditarik oleh orang lain. OKT memukul SP1 dengan kerusi plastic dan OKT ke dapur lalu mengambil pisau dan mengugut mereka untuk tidak melaporkan hal ini kepada orang lain atau pihak berkuasa. [20] Pada akhir 2018, OKT telah meminta wang berjumlah RM50,000 kepada SP1 dan SP3. OKT memberi masa kepada mereka untuk menjelaskan bayaran tersebut. OKT telah mengambil kereta SP1 kerana menyatakan bahawa kereta tersebut tidak sesuai untuk SP1. OKT mengugut dengan menyatakan bahawa sekiranya SP1 ingin semula kereta tersebut, bayaran yang diminta mestilah dijelaskan. [21] SP1 telah berjumpa dengan adiknya untuk meminjam wang. Melihatkan keadaan SP1 dan SP3 yang tidak keruan, adik SP1 menasihatkan mereka untuk pulang ke Kedah untuk membuat laporan polis. SP1 dan SP3 telah membuat laporan polis di Sg Petani, Kedah pada 29.4.2018, sebagaimana dalam P2. [22] Selepas laporan polis dibuat, SP1 telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani pada 3.5.2018 dan di hospital KKB pada 4.5.2018. SP3 telah dirujuk ke Hospital Sg Buloh pada 2.5.2018 untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKAITAN RAYUAN [23] Prinsip undang-undang berkaitan rayuan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 adalah mengikat Mahkamah ini. Ong Hock Thye C.J telah menyebut: “An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” [24] Prinsip tersebut tidak bermaksud bahawa Mahkamah ini tidak akan mengakas keputusan Mahkamah perbicaraan, tetapi Mahkamah ini hendaklah menganalisa secara terperinci keterangan dan keadaan berkaitan penemuan fakta tersebut sepertimana diputuskan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737. [25] Prinsip yang sama di dalam kes LCY v. TWY [2019) 7 CLJ 158, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat HMR (kini Ketua Hakim Negara) menyatakan seperti berikut: “[26] The principle of law on appellate intervention is settled. In Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453, the Federal Court reiterated the principle as follows at p.476: [60] It is now established that the principle on which an appellate court interfere with findings of fact by the trial court is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2004] 4 CLJ 309; [2005] 1 MLJ 1 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Berhad v. Genisys lntergrated Engineers Pte Ltd /2010] 9 CLJ 785 where it was held at p. 800: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of the evidence (See Chew Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978]1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484; and Chin v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309.” [26] Manakala prinsip undang-undang berkaitan hukuman adalah jelas sepertimana diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Prabu A/L Veeramuthu and Others [2010] 8 CLJ 257; [2010] 1 LNS 695, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hasan Lah HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “[11] In an appeal against sentence an appellate court would not disturb the sentence imposed unless the trial court had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorized or extraneous exercise of discretion (see Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Public 8 [2024] CLJU 1690 Legal Network Series Prosecutor [2000] 3 CLJ 302; Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 and Yit Kean Hong v. PP [2005] 4 CLJ 592.] [27] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443, Azahar Mohamed HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman.” [28] Mahkamah ini mengambil maklum mengenai peranannya yang mendengar rayuan terhadap hukuman sepertimana digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457. Di dalam PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out: (a) The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence; (b) There had been an error on the part of the trial judge mis appreciating the material facts placed before him;