Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-15-02/2024 ANTARA EI KIAN SEONG PLAINTIF
BL-24NCvC-15-02/2024
High Court of Malaysia7 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-15-02/2024 ANTARA EI KIAN SEONG PLAINTIF
1
1.
2
PENTADBIR TANAH DAERAH KUALA LANGAT DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 15] Ini adalah adalah permohonan daripada Defendan 1 (D1) untuk suatu perintah selaras dengan peruntukan di bawah Aturan 28 Kaedah 4(1) Aturan 32 Kaedah 6, Aturan 35 Kaedah 2 dan Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah berikut:-
i
Bahawa perintah bertarikh 13.3.2024 yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar diketepikan dan dibatalkan; 16/08/2024 15:51:26 BL-24NCvC-15-02/2024 Kand. 38 S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ
II
(ii) Bahawa perintah bertarikh 13.3.2024 yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar digantungkan sementara menunggu pelupusan Notis Permohonan ini;
III
(iii) Kos A. LATAR BELAKANG [1] Timbalan Pendaftar telah memberikan perintah bertarikh 13.3.2024 bagi Lampiran
1
Perintah ini dimasukkan terhadap D1 tanpa kehadirannya dan harus diketepikan. [2] Pindaan yang dipohon untuk untuk dimasukkan adalah bersifat bona fide dan tidak memprejudiskan Plaintif. Pindaan ini juga tidak akan mengubah karaktor permohonan kepada sesuatu yang berbeza dan tidak konsisten dengan apa yang dipohon melalui
Lampiran
Lampiran 9. Permohonan pindaan ini tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak. B. JAWAPAN PLAINTIF [3] Pengataan D1 bahawa dia tidak tinggal di Lot 3895, Jalan Mawar, Batu 10, Kebun Baru, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor (“selepas ini dirujuk sebagai “Lot 3895”) adalah tidak benar. S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ [4] D1 didalam laporan polisnya yang dibuat pada 26.3.2024 (ekshibit MS 3 Lampiran 11) dengan jelas menyatakan alamat D1 sebagai “Lot 3895 Jalan Mawar Batu 10 Kebun Baru 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor, Malaysia”. D1 tidak memberi sebarang keterangan yang menunjukkan dia tinggal di No.3, Jalan Satria 24, Jalan Tanjung, Batu 10, Kebun Baru, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor (“Jalan Satria 24”). “Sumber daripada keluarga” D1 yang kononnya menetap di Lot 3895 tidak dikenal pasti dan tiada sebarang keterangan affidavit menyokong pernyataan tersebut dikemukakan di Mahkamah. Sebarang affidavit yang difailkan selepas pemfailan affidavit ini jelas menunjukkan fikiran kemudian D1. [5] Gopal yang merupakan penghantar surat untuk peguamcara Plaintif telah hadir ke alamat d1 di Lot 3895 untuk membuat penyampaian kediri terhadap D1, namun D1 yang enggan menandatangani surat iringan peguamcara Plaintif bertarikh 14.4.2024 yang melampirkan Saman Pemula dan Affidavit Sokongan; sebaliknya telah memarahi Gopal dan enggan keluar dari rumah bagi menerima dokumen-dokumen itu. Oleh itu, Gopal telah meninggalkan dokumen-dokumen ntiu di alamat D1. Penyampaian adalah teratur. S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ [6] D1 telah menjual tanah tersebut kepada Plaintif dan Plaintif telah membayar balasan bagi pembelian tanah tersebut dan kini D1 cuba membangkitkan perkara-perkara yang tidak wujud bagi mencabar Perjanjian Jual Beli Sah yang dimasuki oleh Plaintif dengan D1. Tindakan D1 yang mengabaikan penyampaian kertas-kertas kausa Mahkamah terhadapnya, jelas menunjukkan bahawa tindakan D1 memfailkan permohonan ini merupakan satu fikiran terkemudian selepas mendapat tahu bahawa Tanah tersebut akan dipindahmilik kepada Plaintif berdasarkan perintah yang dimasukkan terhadap D1. [7] Perintah bertarikh 13.3.2024 bukan satu penghakiman ingkar seperti yang cuba dipaparkan oleh D1. Saman Pemula (Lampiran 1) adalah permohonan untuk D1 hadir ke pejabat tanah yang berkenaan untuk melakasanakan obligasinya bagi penyempurnaan transaksi jual beli di antara Plaintif dan D1. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [8] Ini adalah permohonan oleh D1 untuk mengenepikan perintah bertarikh 13.3.2024. Perintah bertarikh 13.3.2024 (Lampiran 7) memerintahkan: - S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ (i) D1 dalam masa 7 hari daripada tarikh penyerahan perintah hadir ke Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat untuk membuat pengesahan cap jari biometric bagi menyempurnakan transaksi jual beli ½ bahagian tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 2289 Lot No. 2076, Mukim teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat, Selangor (“Tanah tersebut”) yang dimasuki dibawah Perjanjian Jual Beli bertarikh 19.4.2017 antara D1 dan Plaintif; (ii) Sekiranya, D1 gagal hadir dan/atau enggan hadir dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penyerahan perintah seperti di perenggan (i), maka Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat dengan serta merta mendaftarkan pindahmilik dan meletakkan hak milik dan kesemua kepentingan dalam tanah tersebut atas nama Plainti; (iii) Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat diperintahkan untuk mendaftarkan pindahmilik serta perletakhakan dalam perenggan (2) diatas tanpa keperluan pengesahan cap jari biometric D1; (iv) D1 membayar kos bagi tindakan ini, dan S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ (v) Atas kegagalan D1 hadir bagi tujuan pengesahan biometric seperti di perenggan (1) dan mengakibatkan D2 perlu mendaftarkan pindahmilik tersebut menurut perenggan (20, Plaintif dan D2 dilepaskan daripada apa-apa tuntutan lanjutan akibat pindahmilik tersebut daripada D1 tidak terhad kepada kausa kecuaian semata-mata. [9] Plaintif telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 19.4.2017 (“perjanjian tersebut”) dengan D1 dimana D1 menjual dan Plaintif telah membeli ½ bahagian tanah tersebut atas terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan didalam Perjanjian tersebut. D1 juga telah melaksanakan suatu Surat Kuasa Wakil yang tidak boleh dibatalkan bertarikh 19.4.2017 memihak kepada Plaintif dimana Plaintif diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak bagi pihak D1 dalam segala urusan melibatkan tanah tersebut. Surat Kuasa Wakil ini juga telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan juga di Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat pada 17.2.2022. [10] D1 juga telah melaksanakan suatu Suratikatan Amanah bertraikh 19.4.2017 dimana D1 memegang tanah tersebut atas amanah bagi pihak Plaintif setelah Plaintif membeli dan membayar harga belian sepenuhnya kepada D1. D1 juga telah melaksanakan Borang S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ Pindahmilik tersebut pada tarikh perjanjian jual beli di hadapan Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Daerah Klang, Selangor pada 19.4.2017. Segala hal berkaitan dengan tanah tersebut telah diuruskan oleh peguam Plaintif dengan pihak berkuasa. Namun ketika peguam Plaintif ingin mendaftarkan tanah tersebut atas nama Plaintif, pegawai di Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat memaklumkan ianya satu keperluan di pejabat tanah Daerah Kuala Langat bahawa D1 perlu hadir bersama Plaintif untuk membuat pengesahan cap jari biometric sebelum pindahmilik tersebut disempurnakan. Plaintif telah berbuat demikian di Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat pada 16.12.2021, namun D1 gagal dan/atau enggan hadir untuk berbuat demikian untuk membolehkan perserahan pindahmilik dapat disempurnakan. Maka disinilah Plaintif terpaksa memfailkan permohonan ini dan mendapatkan perintah bertarikh 13.3.2024. [11] D1 dalam permohonan untuk mengenepikan perintah bertarikh 13.3.2024 atas alasan-alasan berikut: - (i) Dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan Saman Pemula yang difailkan dan alamat kediamannya adalah berlainan; S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ (ii) D1 mendakwa ahli keluarganya yang menetap di Lot 3895 menyatakan tiada sebarang kertas kausa yang ditinggalkan didalam peti pos, dan ianya disangkal oleh Plaintif kerana D1 berada di rumah ketika penghantar saman tiba untuk menyerahkan kertas kausa tetapi dimarahi oleh D1. (iv) Kegagalan D1 hadir hadir ke Mahkamah pada 13.3.2024 adalah kerana dia tidak mempunyai pengetahuan tentang tindakan ini; dihujah oleh Plaintif ini adalah akibat dari keenggan D1 menerima kertas kausa yang diserahkan oleh Plaintif. [12] D1 menafikan bahawa alamat di Lot 3895 adalah alamat tempat tinggalnya tetapi jika dilihat pada Lampiran 11 ekshibit MS 3, alamat kediaman yang diberi oleh D1 adalah Lot 3895 yang merupakan alamat yuang didatangi oleh penghantar saman Plaintif untuk menyerahkan kertas kausa berkaitan tindakan ini kepadanya. Berkenaan dengan dakwaan D1 bahawa ahli keluarganya yang menetap di Lot 3895 mendakwa tiada sebarang kertas kausa ditinggalkan di dalam peti surat, tiada sebarang affidavit dari ahli keluarga D1 untuk mengesahkan fakta ini. S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ [13] D1 mendakwa perintah bertarikh 13.3.2024 adalah defektif kerana Plaintif gagal melakukan penyampaian ganti atas serahan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguamcara Plaintif, tiada keperluan untuk melakukan penyampaian ganti kerana serahan kediri dialamat terakhir yang diketahui Plaintif adalah sempurna. Aturan 10 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan:- “(1) Tertakluk kepasda peruntukan mana-mana undang-undang bertulis dan kaedah-kaedah ini, suatu writ hendaklah disampaikan secara kediri kepada setiap Defendan atau dengan menghantarkannya kepada setiap defendan melalui pos berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan ke alamat terakhir yang diketahui atau secara komunikasi elektronik mengikut apa-apa arahan amalan yang dikeluarkan bagi maksud itu dan setakat yang dapat dilaksanakan, percubaan penyampaian yang pertama mestilah dibuat tidak lewat dari satu bulan dari tarikh writ itu dikeluarkan”. S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ [14] Bagi permohonan berkaitan dengan perintah bertarikh 13.3.2024, walaupun ianya adalah pengurusan kes yang pertama, namun Mahkamah mendapati tiada sebarang affidavit yang difailkan oleh D1 dalam masa 21 hari dari tarikh serahan kertas kausa keatasnya, maka setelah Mahkamah meneliti affidavit penyampaian yang difailkan oleh Plaintif maka perintah diberi memihak kepada Plaintif. Ini selaras dengan Aturan 28 Kaedah 3C Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [15] Adakah D1 mempunyai pembelaan bermerit untuk mengenepikan perintah bertarikh 13.3.2024? Mahkamah mendapati asas kepada tindakan Plaintif disini adalah penyempurnaan pindahmilik tanah tersebut daripada D1 kepada Plaintif. Plaintif telah mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan wujudnya satu jual beli yang sah seperti Perjanjian Jual Beli, Surat Kuasa Wakil Yang Tidak boleh dibatalkan, kedua-dua dokumen ini bertarikh 19.4.2017. Plaintif juga mengemukakan bukti bahawa harga belian tanah tersebut telah dijelaskan sepenuhnya. Tiada pada bila-bila masa D1 memfailkan tindakan di Mahkamah untuk mencabar keesahan Perjanjian Jual Beli tersebut dan apa juga dokumen yang berkaitan dengannya. Percubaan D1 untuk menimbulkan isu bahawa kononnya tanah itu tidak diniatkan untuk dijual kepada Plaintif tetapi S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ hanya sebagai cagaran untuk rakan karibnya Mohlis Jaafar adalah satu fikiran kemudian yang ditimbulkan apabila Perjanjian Jual beli telah ditandantangani dan pindah milik hampir sempurna kecuali D1 enggan membuat pengesahan pindah milik secara biometric di Pejabat Tanah Kuala Langat. D1 juga mendakwa kononnya ada terdapat unsur pinjaman wang secara haram dan dia membuat laporan polis, itupun selepas 7 tahun transaksi jual beli tanah tersebut berlaku. Ini jelas menunjukkan fikiran kemudian D1. [16] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan D1 disini dan Mahkamah dengan ini menolak permohonan D1 di Lampiran 15 dengan kos sebanyak RM 3,000.00. Bertarikh 7 Ogos 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ PEGUAMCARA PLAINTIF : Tetuan Nurliny, Pannir Mannar & Co. No. 52, Tingkat 1, Post Box 269, Jalan Besar, Pekan Kapar, 42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan PEGUAMCARA DEFENDAN PERTAMA : Tetuan Amar Syiimir Izzat & Sham, C-09-06, Plaza Mont Kiara, No. 2, Jalan Kiara, 50480 Mont Kiara, Kuala Lumpur BAGI PIHAK DEFENDAN : Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat, Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah, Kota Seri Langat (Sg. Sedu), 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor S/N ywiM5bzeEEy7DJ3veGiuRQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.