/akn/my/judgment/high-court/2026/5a7c03cc-41ff-4b84-8812-e2359bea6cdb
High Court of Malaysia19 May 2026JA-22NCvC-142-11/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n tanpa keperluan untuk menilai keterangan saksi secara ‘viva voce’. 33. Prinsip yang mengawal penggunaan bidang kuasa ini telah dihuraikan dalam kes Ong Siang Pheng v Millennium Mall Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1019, di mana Mahkamah menegaskan bahawa penentuan awal adalah sesuai hanya apabila isu tersebut bersifat jela”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JA-22NCvC-142-11/2025 (Tindakan Asal) ANTARA EK YEW CHING (NO. K/P: 710630-10-5349) ..…PLAINTIF DAN
section
1. MWP SDN BHD (Sebelum ini dikenali sebagai METRO WEALTH POLYMER SDN BHD) (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 200301007097 / 609517-U)
section
2. KENNETH YAP CHEE ZHEN (NO. K/P: 890628-01-5417)
section
3. OOI AIK SENG (NO. K/P: 710104-07-5119) …DEFENDAN-DEFENDAN 09/06/2026 14:45:13 JA-22NCvC-142-11/2025 Kand. 54 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 (Tuntutan Balas) ANTARA MWP SDN BHD (Sebelum ini dikenali sebagai METRO WEALTH POLYMER SDN BHD) (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 200301007097 / 609517-U) .....PLAINTIF DAN
section
1. EK YEW CHING (NO. K/P: 710630-10-5349)
section
2. TETUAN MATTHEW ONG, CHIW & PARTNERS ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 22 - Permohonan Plaintif (Tindakan Asal) & Defendan-Defendan (Tuntutan Balas) menurut Aturan 33 Kaedah 2 & 5 dan Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah – Kaedah Mahkamah 2012] PENGENALAN
section
1. Permohonan di hadapan Mahkamah ini adalah oleh Plaintif di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”), melalui Notis Permohonan di
lampiran
Lampiran 22, bagi mendapatkan penentuan awal terhadap isu **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 yang boleh melupuskan keseluruhan tindakan tanpa memerlukan perbicaraan penuh. 2. Permohonan ini dibantah oleh Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga (masing-masing “D1”, “D2” dan “D3). Dalam masa yang sama, D2 secara khusus memohon untuk dikecualikan daripada liabiliti atas alasan bahawa beliau bertindak dengan niat baik serta tidak mempunyai pengetahuan tentang sebarang salah laku yang didakwa. 3. Oleh itu, Mahkamah ini perlu menentukan sama ada isu-isu yang dibangkitkan adalah sesuai untuk diputuskan sebagai isu awal di bawah Aturan 33 KKM 2012, atau sama ada ia memerlukan perbicaraan penuh. LATAR BELAKANG 4. Pertikaian ini bermula daripada suatu Perjanjian Jual Beli (“SPA”) bertarikh 22.4.2024 dikemukakan sebagai eksibit ‘EYC- 1’ yang dimasuki antara Plaintif dan D1. SPA tersebut melibatkan suatu transaksi jual beli hartanah dan/atau kepentingan perniagaan yang dikendalikan oleh D1, di mana Plaintif telah bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai balasan kepada pemindahan atau pelaksanaan hak tertentu di bawah perjanjian tersebut. 5. Plaintif mendakwa bahawa SPA bertarikh 22.4.2024 tersebut adalah suatu transaksi komersial yang sah dan berkuat kuasa, yang telah dimeterai dan disokong oleh dokumentasi korporat, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 termasuk resolusi-resolusi yang dikatakan memberikan kuasa kepada pihak-pihak tertentu, khususnya D2, untuk bertindak bagi pihak D1. Plaintif seterusnya menegaskan bahawa beliau telah melaksanakan obligasinya di bawah SPA tersebut dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM1.2 juta, dikemukakan sebagai eksibit ‘EYC-2’ yang secara jelas diakui sebagai “deposit SPA” melalui pengakuan bertulis oleh D2. 6. Transaksi tersebut juga dirujuk secara konsisten sebagai suatu perjanjian jual beli hartanah, dan bukan suatu perjanjian pinjaman wang, dengan penegasan bahawa SPA tersebut adalah dokumen yang nyata, sah dan telah disetemkan. Plaintif menafikan sepenuhnya dakwaan bahawa SPA tersebut adalah suatu dokumen “sham” atau satu bentuk penyamaran kepada transaksi pinjaman wang. 7. Walau bagaimanapun, Plaintif menyatakan bahawa walaupun bayaran deposit telah dibuat dan transaksi telah dimeterai, SPA tersebut akhirnya tidak dapat dilaksanakan, antara lain disebabkan oleh isu dalaman Defendan, termasuk dakwaan pemalsuan tandatangan dalam resolusi-resolusi korporat yang berkaitan dengan pemberian kuasa kepada D2. Plaintif menegaskan bahawa kegagalan pelaksanaan SPA tersebut bukan berpunca daripadanya, tetapi akibat tindakan atau kecuaian pihak Defendan sendiri. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 8. Sebaliknya, D1 mengambil pendirian bahawa SPA bertarikh 22.4.2024 tersebut bukanlah suatu transaksi jual beli yang tulen, sebaliknya merupakan suatu dokumen yang direka untuk menyamarkan suatu transaksi pinjaman wang, termasuk pinjaman yang didakwa tidak berlesen. D1 berhujah bahawa aliran wang dan struktur transaksi menunjukkan ciri-ciri pinjaman, dan bukan jual beli, serta bahawa dokumen SPA tersebut hanyalah satu “sham” yang tidak mencerminkan niat sebenar pihak-pihak. 9. D2 pula, walaupun mengakui penglibatan dalam transaksi tersebut dan kewujudan SPA, mengambil pendirian bahawa beliau hanya bertindak dalam kapasiti sebagai wakil atau pengarah D1 berdasarkan autoriti yang diberikan melalui resolusi bertulis. D2 menafikan sebarang liabiliti peribadi dengan alasan bahawa segala tindakannya adalah dilakukan secara ‘bona fide’ dan tanpa pengetahuan mengenai sebarang ketidakaturan, termasuk dakwaan pemalsuan dokumen. 10. D3 pula menafikan liabiliti dengan menyatakan bahawa sebarang tindakan yang diambil adalah tertakluk kepada prinsip pengurusan dalaman syarikat dan bahawa D3 tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan langsung dalam sebarang salah laku yang didakwa. D3 pada asasnya bergantung kepada ketiadaan bukti terhadap penglibatan langsungnya dalam transaksi tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 11. Plaintif telah menyangkal secara khusus dakwaan Defendan bahawa SPA tersebut adalah suatu transaksi pinjaman wang, dan menegaskan bahawa sebarang percubaan untuk mengaitkan transaksi tersebut dengan urusan pinjaman pihak ketiga adalah tidak relevan dan merupakan suatu usaha untuk mengelirukan Mahkamah. Plaintif juga menegaskan bahawa isu dalaman Defendan, termasuk sebarang pertikaian mengenai resolusi atau pengurusan syarikat, tidak boleh menjejaskan hak Plaintif sebagai pihak ketiga yang telah memasuki SPA tersebut secara sah. HUJAHAN PIHAK-PIHAK (A) Hujahan Plaintif 12. Plaintif berhujah bahawa permohonan di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan Kaedah 5 KKM 2012 adalah berasas kerana isu yang timbul dalam tindakan ini adalah bersifat jelas, terhad, dan boleh diputuskan tanpa keperluan untuk perbicaraan penuh. Menurut Plaintif, pertikaian yang cuba dibangkitkan oleh Defendan adalah bersifat ilusi dan tidak mencapai tahap “genuine triable issue”. 13. Plaintif menegaskan bahawa hubungan antara pihak-pihak adalah dikawal oleh Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024, yang merupakan suatu transaksi komersial yang sah dan berkuat kuasa. Plaintif menolak dakwaan Defendan bahawa perjanjian tersebut adalah suatu “sham” atau penyamaran kepada transaksi pinjaman wang, dan menegaskan bahawa tiada sebarang keterangan yang menyokong dakwaan tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 14. Plaintif seterusnya berhujah bahawa dakwaan D1 dan D3 bahawa SPA tersebut merupakan suatu transaksi pinjaman wang tanpa lesen adalah semata-mata suatu “afterthought” yang timbul hanya selepas kegagalan Defendan untuk melaksanakan obligasi mereka di bawah perjanjian tersebut. Menurut Plaintif, jika benar Defendan berpegang bahawa perjanjian tersebut tidak sah, mereka tidak seharusnya mengekalkan deposit yang telah dibayar. 15. Dalam hal ini, Plaintif menekankan bahawa suatu jumlah deposit sebanyak RM1.2 juta telah dibayar di bawah SPA tersebut dan telah diakui secara bertulis oleh D2 sebagai “deposit SPA”. Oleh itu, kegagalan Defendan untuk memulangkan deposit tersebut, walaupun mereka mendakwa perjanjian tidak boleh dilaksanakan, menunjukkan suatu bentuk pengkayaan tidak patut (‘unjust enrichment’). 16. Plaintif juga berhujah bahawa sebarang isu dalaman Defendan, termasuk dakwaan pemalsuan resolusi atau perubahan kawalan syarikat, adalah tidak relevan terhadap hak Plaintif sebagai pihak ketiga. Plaintif menegaskan bahawa beliau tidak sepatutnya diprejudiskan oleh pertikaian dalaman Defendan yang berlaku selepas atau di luar pengetahuannya. 17. Berhubung pembelaan D2, Plaintif berhujah bahawa D2 sendiri telah mengakui bahawa beliau membuat representasi bagi pihak D1 dan terlibat secara langsung dalam transaksi tersebut. Oleh itu, D2 tidak boleh melepaskan liabiliti semata-mata **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 dengan mendakwa bahawa beliau bertindak secara bona fide, terutamanya apabila terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam resolusi-resolusi yang memberikan autoriti kepadanya. 18. Plaintif seterusnya berhujah bahawa dakwaan Defendan mengenai kewujudan transaksi pinjaman wang yang melibatkan pihak ketiga seperti Westborn Capital adalah tidak relevan dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan SPA antara Plaintif dan Defendan. Percubaan untuk mengaitkan transaksi tersebut dengan pinjaman pihak ketiga adalah suatu strategi untuk mengelirukan Mahkamah dan mengelakkan liabiliti. 19. Dari sudut undang-undang, Plaintif bergantung kepada prinsip bahawa Mahkamah boleh menentukan isu awal di bawah Aturan 33 jika isu tersebut boleh diputuskan tanpa perbicaraan penuh dan tidak melibatkan pertikaian fakta material yang memerlukan penilaian kredibiliti saksi. Plaintif menegaskan bahawa isu dalam kes ini adalah bersifat dokumentari dan tidak memerlukan keterangan ‘viva voce’. (B) Hujahan Defendan Pertama (D1) 20. D1 membantah permohonan Plaintif dengan berhujah bahawa keseluruhan transaksi yang didakwa oleh Plaintif adalah tidak tulen dan memerlukan penelitian melalui perbicaraan penuh. D1 menegaskan bahawa SPA bertarikh 22.4.2024 tersebut bukanlah suatu perjanjian jual beli yang sebenar, sebaliknya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 merupakan suatu dokumen yang direka untuk menyamarkan suatu transaksi pinjaman wang. 21. D1 berhujah bahawa aliran wang antara pihak-pihak menunjukkan ciri-ciri transaksi pinjaman, termasuk wujudnya aliran masuk dan keluar wang yang tidak konsisten dengan suatu jual beli hartanah yang tulen. Oleh itu, D1 menegaskan bahawa isu sama ada transaksi tersebut adalah jual beli atau pinjaman adalah suatu isu fakta yang kompleks yang tidak boleh diputuskan tanpa perbicaraan penuh. 22. D1 juga bergantung kepada peruntukan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, khususnya seksyen 2 dan seksyen 15, serta prinsip bahawa perjanjian pinjaman oleh pemberi pinjam wang tanpa lesen adalah tidak boleh dikuatkuasakan. D1 berhujah bahawa jika Mahkamah mendapati transaksi tersebut adalah suatu pinjaman wang tanpa lesen, maka keseluruhan tuntutan Plaintif adalah tidak boleh dipertahankan. 23. Selain itu, D1 turut berhujah bahawa Mahkamah tidak seharusnya melihat kepada bentuk perjanjian semata-mata, tetapi perlu meneliti substans sebenar transaksi tersebut secara keseluruhan. Oleh itu, D1 menegaskan bahawa penentuan isu ini memerlukan keterangan saksi dan tidak sesuai untuk pelupusan di bawah Aturan 33 KKM 2012. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 (C) Hujahan Defendan Kedua (D2) 24. D2 mengambil pendirian bahawa walaupun beliau terlibat dalam transaksi tersebut, beliau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan secara peribadi. D2 berhujah bahawa segala tindakannya adalah dilakukan dalam kapasiti sebagai wakil atau pengarah D1 dan berdasarkan autoriti yang diberikan melalui resolusi syarikat. 25. D2 menegaskan bahawa beliau bertindak secara ‘bona fide’ dan tanpa pengetahuan mengenai sebarang salah laku atau ketidakaturan. Oleh itu, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh Plaintif. 26. D2 juga mendakwa bahawa terdapat pemalsuan tandatangan dalam resolusi-resolusi yang berkaitan dan bahawa beliau sendiri adalah mangsa kepada keadaan tersebut. Namun, D2 berhujah bahawa isu tersebut memerlukan penilaian fakta yang terperinci dan tidak boleh diputuskan secara ringkas. 27. Berdasarkan hujahan tersebut, D2 memohon supaya beliau dikecualikan daripada liabiliti atau sekurang-kurangnya supaya kes terhadapnya dibicarakan melalui perbicaraan penuh. (D) Hujahan Defendan Ketiga (D3) 28. D3 berhujah bahawa Plaintif gagal menunjukkan bahawa D3 mempunyai penglibatan langsung atau pengetahuan mengenai sebarang salah laku yang didakwa. D3 menegaskan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 liabiliti tidak boleh dikenakan secara automatik tanpa bukti yang jelas mengenai penglibatan atau niat. 29. D3 juga bergantung kepada prinsip pengurusan dalaman syarikat, dengan berhujah bahawa pihak luar tidak boleh mencabar kesahihan tindakan dalaman syarikat tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, D3 menegaskan bahawa Plaintif tidak boleh bergantung kepada dakwaan pemalsuan atau ketidakaturan dalaman untuk mengenakan liabiliti terhadap D3. 30. Selain itu, D3 menyokong pendirian D1 bahawa isu-isu dalam kes ini melibatkan pertikaian fakta yang kompleks, termasuk kesahihan dokumen dan niat pihak-pihak, yang memerlukan penilaian melalui perbicaraan penuh. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 31. Mahkamah merumuskan isu-isu untuk diputuskan seperti berikut: Isu (i): Sama ada permohonan Plaintif di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan 5 KKM 2012 wajar dibenarkan, khususnya sama ada pembelaan Defendan mewujudkan pertikaian fakta material yang memerlukan perbicaraan penuh Isu (ii): Sama ada Defendan Kedua berhak untuk dikecualikan daripada liabiliti berdasarkan alasan yang dikemukakan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i): Sama ada permohonan Plaintif di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan 5 KKM 2012 wajar dibenarkan, khususnya sama ada pembelaan Defendan mewujudkan pertikaian fakta material yang memerlukan perbicaraan penuh 32. Mahkamah ini memulakan analisis dengan merujuk kepada rangka perundangan di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, yang memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk menentukan mana-mana isu undang-undang atau fakta secara berasingan sebelum perbicaraan penuh, sekiranya penentuan tersebut berupaya melupuskan keseluruhan tindakan atau sebahagian besar daripadanya. Tujuan utama peruntukan ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa dan kos kehakiman dalam keadaan di mana isu yang menentukan hak pihak-pihak boleh diputuskan tanpa keperluan untuk menilai keterangan saksi secara ‘viva voce’. 33. Prinsip yang mengawal penggunaan bidang kuasa ini telah dihuraikan dalam kes Ong Siang Pheng v Millennium Mall Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1019, di mana Mahkamah menegaskan bahawa penentuan awal adalah sesuai hanya apabila isu tersebut bersifat jelas, terhad dan tidak memerlukan penilaian kredibiliti saksi. Dalam kes tersebut, Mahkamah menegaskan bahawa penentuan awal adalah wajar apabila isu yang timbul boleh diputuskan berdasarkan dokumen dan tidak memerlukan pemeriksaan balas atau penilaian terhadap saksi. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 34. Dalam konteks ini, Mahkamah ini menegaskan bahawa kewujudan pertikaian fakta semata-mata tidak dengan sendirinya menolak penggunaan Aturan 33. Sebaliknya, Mahkamah perlu menilai sama ada pertikaian tersebut adalah bersifat material dan benar-benar memerlukan perbicaraan penuh. Prinsip ini dapat dilihat secara analogi dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 (CA), di mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa bukan setiap penafian akan mewujudkan isu untuk dibicarakan, dan Mahkamah tidak terikat untuk menerima setiap dakwaan sebagai mencukupi untuk menghalang pelupusan awal jika ia bersifat ilusi atau tidak disokong oleh fakta yang nyata. Sebaliknya, Mahkamah perlu menilai sama ada isu yang dibangkitkan adalah suatu isu sebenar (“real issue”) atau sekadar suatu pertikaian yang bersifat ilusi. 35. Prinsip ini, walaupun dihuraikan dalam konteks penghakiman terus, adalah terpakai secara analogi dalam menilai permohonan di bawah Aturan 33 KKM 2012, khususnya dalam membezakan antara pertikaian fakta yang benar-benar material dan pertikaian yang tidak mempunyai substans. 36. Beralih kepada fakta kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif berdasarkan kepada kesan undang-undang suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024, termasuk pembayaran deposit sebanyak RM1.2 juta yang diakui sebagai deposit di bawah perjanjian tersebut. Isu ini pada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 asasnya melibatkan penentuan sama ada Plaintif berhak kepada relief berdasarkan transaksi yang telah didokumenkan, dan bukannya suatu pertikaian yang memerlukan penilaian kredibiliti saksi secara meluas. 37. Mahkamah ini mendapati bahawa elemen-elemen utama yang perlu dipertimbangkan, termasuk kewujudan SPA, pembayaran deposit, serta representasi yang dibuat oleh pihak Defendan, adalah disokong oleh dokumen yang telah difailkan dalam tindakan ini. Oleh itu, isu yang timbul adalah bersifat dokumentari dan boleh dinilai secara objektif tanpa memerlukan keterangan ‘viva voce’. 38. Mahkamah ini seterusnya meneliti pembelaan Defendan secara kolektif untuk menentukan sama ada terdapat pertikaian fakta material yang menghalang penentuan awal ini. Berhubung D1, walaupun D1 mendakwa bahawa SPA tersebut adalah suatu “sham” dan sebenarnya merupakan suatu transaksi pinjaman wang tanpa lesen, Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan tersebut pada peringkat ini lebih merupakan suatu inferens yang cuba dibuat daripada aliran wang, dan bukan suatu pertikaian fakta yang memerlukan penilaian kredibiliti saksi. Persoalan sama ada sesuatu transaksi adalah jual beli atau pinjaman, dalam keadaan di mana dokumen telah tersedia, boleh ditentukan melalui analisis undang-undang terhadap dokumen tersebut tanpa semestinya memerlukan perbicaraan penuh. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 39. Berhubung D2, Mahkamah ini mendapati bahawa D2 tidak menafikan kewujudan transaksi tersebut, malah mengakui penglibatannya dalam urusan berkenaan. Pembelaan D2 tertumpu kepada penafian liabiliti atas alasan bertindak secara ‘bona fide’ dan dalam kapasiti sebagai wakil. Pada hemat Mahkamah ini, isu tersebut adalah lebih bersifat undang-undang, iaitu sama ada seseorang boleh mengelakkan liabiliti dalam keadaan sedemikian, dan tidak memerlukan penentuan fakta melalui keterangan saksi. 40. Berhubung D3, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaannya adalah bersifat umum dan tidak mengemukakan naratif fakta alternatif yang jelas. D3 bergantung kepada penafian dan prinsip pengurusan dalaman syarikat, tanpa memperincikan bagaimana prinsip tersebut menjejaskan hak Plaintif dalam konteks transaksi yang dipertikaikan. Oleh itu, pembelaan tersebut tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk mewujudkan suatu pertikaian fakta material. 41. Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa terdapat percanggahan antara pembelaan Defendan sendiri, di mana D1 menafikan kesahihan transaksi, manakala D2 mengakui kewujudannya tetapi menafikan liabiliti. Walau bagaimanapun, percanggahan ini tidak menjejaskan hak Plaintif untuk mendapatkan penentuan awal, kerana pertikaian tersebut adalah lebih berkaitan dengan hubungan dalaman antara Defendan dan tidak menyentuh secara langsung hak Plaintif terhadap relief yang dipohon. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 42. Dalam hal ini, Mahkamah ini menegaskan bahawa perbezaan mesti dibuat antara pertikaian yang bersifat material dan yang bersifat sampingan. Pertikaian yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen atau konflik dalaman syarikat, walaupun mungkin relevan dalam konteks liabiliti antara Defendan, tidak semestinya menjadi penentu kepada hak Plaintif. Oleh itu, kewujudan pertikaian tersebut tidak mencukupi untuk menolak permohonan di bawah Aturan 33 KKM 2012. 43. Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa Plaintif dalam Afidavit Sokongannya telah membangkitkan isu berkaitan kesahihan tandatangan dalam dokumen korporat yang digunakan bagi menyokong transaksi tersebut, khususnya tandatangan penama Yap Kay Soon. Plaintif mendakwa bahawa tandatangan tersebut adalah dipalsukan dan telah mengemukakan suatu laporan forensik tandatangan sebagai sokongan kepada dakwaan tersebut, yang ditandakan sebagai Eksibit EYC-7. 44. Walaupun Mahkamah ini tidak membuat sebarang dapatan muktamad pada peringkat ini berhubung dakwaan pemalsuan tersebut, kewujudan laporan forensik yang tidak dicabar secara khusus oleh Defendan adalah suatu faktor yang relevan dalam menilai kekuatan pembelaan yang dikemukakan. Ia menunjukkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif bukanlah bersifat spekulatif semata-mata, tetapi mempunyai asas dokumentari yang konkrit. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 45. Dalam masa yang sama, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal memberikan penjelasan yang memadai atau mengemukakan keterangan balas yang setara bagi menangkis dakwaan tersebut. Oleh itu, dakwaan pemalsuan ini, walaupun belum diputuskan secara muktamad, tetap melemahkan pembelaan Defendan bahawa transaksi tersebut adalah sah dan berkuat kuasa. 46. Mahkamah ini seterusnya meneliti kesan undang-undang daripada dakwaan pemalsuan tandatangan tersebut. Adalah prinsip asas undang-undang kontrak bahawa sesuatu perjanjian hanya sah sekiranya terdapat persetujuan yang sah antara pihak-pihak yang berkontrak. Dalam keadaan di mana tandatangan atau autoriti yang menjadi asas kepada perjanjian tersebut dipertikaikan secara serius, kesahihan perjanjian tersebut tidak dapat dipertahankan. 47. Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan Plaintif berhubung pemalsuan tandatangan dalam resolusi yang menyokong SPA tidak dijawab secara memadai oleh pihak Defendan. Kegagalan untuk mengemukakan keterangan balas yang setara, khususnya terhadap laporan forensik yang dikemukakan, membolehkan Mahkamah membuat inferens bahawa dokumen tersebut tidak boleh dianggap sebagai sah. 48. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024 tidak mempunyai asas yang sah dari sudut undang-undang dan oleh itu tidak boleh **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 dikuatkuasakan. Dengan dapatan ini, asas kontraktual yang menjadi sandaran kepada pembelaan Defendan tidak lagi dapat dipertahankan. 49. Mahkamah ini seterusnya mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah bersifat jelas, terhad dan berdasarkan dokumen, serta tidak memerlukan penilaian kredibiliti saksi melalui keterangan ‘viva voce’. Pembelaan Defendan pula gagal mewujudkan suatu pertikaian fakta material yang sebenar, dan oleh itu tidak menjadi penghalang kepada pelupusan tindakan ini di bawah Aturan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 50. Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda serta hujahan Plaintif mengandungi pelbagai kausa tindakan dan relief, termasuk berhubung amanah konstruktif, pelanggaran kewajipan fidusiari dan perakaunan, yang melangkaui skop soalan yang dirujuk di bawah Lampiran 22. Walau bagaimanapun, memandangkan permohonan semasa diputuskan di bawah Aturan 33, Mahkamah ini hanya menentukan isu-isu yang dirujuk secara khusus dan tidak membuat sebarang dapatan muktamad terhadap relief-relief lain tersebut. 51. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa permohonan Plaintif adalah sesuai untuk diputuskan sebagai isu awal di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan 5 KKM 2012. Mahkamah ini juga mendapati bahawa D2 tidak berjaya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 menunjukkan sebarang asas yang kukuh untuk dikecualikan daripada liabiliti, dan oleh itu permohonan tersebut adalah ditolak. Isu (ii): Sama ada Defendan Kedua berhak untuk dikecualikan daripada liabiliti berdasarkan alasan yang dikemukakan 52. Mahkamah ini kini beralih kepada isu khusus yang dibangkitkan oleh D2 iaitu sama ada beliau wajar dikecualikan daripada liabiliti atas alasan bahawa beliau bertindak dalam kapasiti sebagai wakil D1 dan secara ‘bona fide’ tanpa pengetahuan mengenai sebarang salah laku yang didakwa. 53. Pada asasnya, pembelaan D2 berpegang kepada dua hujahan utama. Pertama, bahawa segala tindakan yang diambil olehnya adalah dalam kapasiti sebagai wakil atau pengarah kepadaD1. Kedua, bahawa tindakan tersebut dilakukan secara ‘bona fide’ dan tanpa pengetahuan mengenai sebarang ketidakaturan, termasuk dakwaan pemalsuan dokumen atau penyalahgunaan struktur transaksi. 54. Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan sedemikian, walaupun pada zahirnya kelihatan sebagai suatu penafian liabiliti, sebenarnya tidak menafikan fakta material yang relevan kepada tuntutan Plaintif. Sebaliknya, pembelaan tersebut mengandungi pengakuan yang signifikan bahawa D2 telah terlibat secara langsung dalam transaksi yang menjadi asas kepada tuntutan ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 55. Dalam konteks ini, Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa D2 tidak menafikan kewujudan Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024, dan tidak menafikan bahawa beliau telah membuat representasi atau mengambil bahagian dalam pelaksanaan transaksi tersebut. Pengakuan ini adalah penting kerana ia meletakkan D2 secara langsung dalam rangka fakta yang menjadi asas tuntutan Plaintif. 56. Oleh itu, persoalan sebenar yang perlu ditentukan bukanlah sama ada D2 terlibat atau tidak, tetapi sama ada penglibatan tersebut boleh menimbulkan liabiliti terhadap Plaintif. Ini adalah suatu persoalan undang-undang, dan bukan suatu pertikaian fakta yang memerlukan perbicaraan penuh. 57. Mahkamah ini berpendapat bahawa prinsip undang-undang yang terpakai adalah bahawa seseorang yang membuat representasi kepada pihak ketiga dalam suatu transaksi tidak boleh melepaskan diri daripada liabiliti semata-mata dengan mendakwa bahawa beliau bertindak sebagai wakil atau dengan niat baik, sekiranya representasi tersebut membawa kepada kerugian pihak ketiga. 58. Dalam kes ini, D2 bergantung kepada hujahan bahawa beliau bertindak secara ‘bona fide’. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan ‘bona fide’ tanpa sokongan fakta yang jelas tidak mencukupi untuk menafikan liabiliti pada peringkat ini. Lebih penting, pembelaan tersebut tidak menjawab persoalan utama, iaitu kesan undang-undang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 daripada representasi yang telah dibuat oleh D2 kepada Plaintif. 59. D2 juga berhujah bahawa beliau sendiri adalah mangsa kepada keadaan, termasuk dakwaan bahawa terdapat pemalsuan dokumen yang berlaku tanpa pengetahuannya. Namun, Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak diperincikan dengan butiran fakta yang mencukupi, dan tidak disokong oleh keterangan yang boleh menimbulkan suatu pertikaian fakta yang sebenar. 60. Lebih penting lagi, walaupun Mahkamah ini menerima bahawa terdapat kemungkinan wujudnya pertikaian dalaman antara Defendan, termasuk dakwaan pemalsuan atau konflik dalam pengurusan syarikat, pertikaian tersebut adalah bersifat dalaman dan tidak secara automatik menjejaskan liabiliti terhadap pihak ketiga seperti Plaintif. 61. Prinsip ini adalah selaras dengan pendekatan kehakiman bahawa hak pihak ketiga yang telah bertindak berdasarkan representasi tidak boleh diketepikan semata-mata kerana wujud pertikaian dalaman antara pihak-pihak lain. Oleh itu, walaupun isu pemalsuan dokumen mungkin relevan dalam menentukan liabiliti antara Defendan sendiri, ia tidak menjejaskan hak Plaintif untuk menuntut relief berdasarkan transaksi yang telah dimeterai. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 62. Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa pembelaan D2 tidak menunjukkan bahawa sebarang pertikaian fakta yang dibangkitkan memerlukan penilaian kredibiliti saksi melalui keterangan ‘viva voce’. Sebaliknya, pembelaan tersebut lebih tertumpu kepada percubaan untuk melepaskan liabiliti berdasarkan prinsip undang-undang, yang boleh diputuskan oleh Mahkamah tanpa perbicaraan penuh. 63. Dalam keadaan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan D2 tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk mewujudkan suatu isu perbicaraan sebenar, sebagaimana yang dihuraikan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd (supra), di mana Mahkamah menegaskan bahawa pertikaian yang bersifat ilusi atau tidak disokong oleh fakta yang mencukupi tidak boleh menghalang pelupusan awal. 64. Setelah meneliti keseluruhan pembelaan D2, Mahkamah ini berpuas hati bahawa alasan yang dikemukakan untuk mengecualikan liabiliti adalah tidak berasas dan tidak menimbulkan sebarang pertikaian fakta material yang memerlukan perbicaraan penuh. 65. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan Kedua tidak berhak untuk dikecualikan daripada liabiliti, dan Isu (iii) dengan ini dijawab memihak kepada Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 RUMUSAN 66. Mahkamah ini berpuas hati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah bersifat jelas, terhad dan berdasarkan dokumen, serta tidak memerlukan penilaian kredibiliti saksi melalui keterangan ‘viva voce’. Pembelaan Defendan pula, apabila diteliti secara kolektif, gagal mewujudkan suatu pertikaian fakta material yang sebenar. 67. Dalam hal ini, Mahkamah ini turut mengambil kira bahawa dakwaan Plaintif berhubung kesahihan tandatangan dalam dokumen korporat, yang disokong melalui laporan forensik yang dikemukakan sebagai Eksibit EYC-7, tidak dijawab secara khusus atau dipatahkan dengan keterangan balas yang setara oleh pihak Defendan. Walaupun Mahkamah ini tidak membuat dapatan muktamad berhubung dakwaan tersebut, kewujudan bahan dokumentari sedemikian mengukuhkan lagi dapatan bahawa pembelaan Defendan tidak menimbulkan suatu pertikaian fakta yang sebenar untuk dibicarakan. 68. Mahkamah ini juga mendapati bahawa D2 tidak berjaya menunjukkan sebarang asas yang kukuh untuk dikecualikan daripada liabiliti, memandangkan pengakuan penglibatan dalam transaksi serta kegagalan mengemukakan pembelaan yang disokong fakta yang mencukupi. 69. Setelah meneliti keseluruhan afidavit, dokumen dalam rekod serta hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan Plaintif di bawah Aturan 33 Kaedah 2 dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah berasas dan wajar dibenarkan. 70. Mahkamah ini berpuas hati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah bersifat jelas, terhad dan berpandukan kepada soalan-soalan yang dikemukakan di dalam Lampiran 22, serta tidak memerlukan penilaian keterangan secara ‘viva voce’. 71. Mahkamah ini selanjutnya mendapati bahawa pembelaan Defendan gagal mewujudkan suatu pertikaian fakta material yang sebenar, dan oleh itu tidak menghalang penentuan awal di bawah Aturan 33. 72. Sehubungan itu, Mahkamah ini merumuskan bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024 adalah tidak sah, dan sebagai akibatnya Plaintif berhak kepada pemulangan deposit sebanyak RM1,200,000.00 serta gantirugi yang dipersetujui dalam jumlah yang sama, selaras dengan klausa yang berkaitan dalam perjanjian tersebut dan juga atas asas pengkayaan tidak patut sebagaimana yang dihujahkan dalam Lampiran 22. 73. Mahkamah ini juga mendapati bahawa D2 tidak berjaya menunjukkan sebarang asas yang kukuh untuk dikecualikan daripada liabiliti. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 PERINTAH MAHKAMAH 74. Oleh yang demikian, Mahkamah ini dengan ini memerintahkan seperti berikut: (1) Permohonan Plaintif dibawah Aturan 33 Kaedah 2 dan Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 melalui Notis Permohonan di Lampiran 22 adalah dibenarkan. (2) Soalan-soalan di perenggan 1(a) hingga (d) Notis Permohonan tersebut adalah dengan ini diputuskan memihak kepada Plaintif, dan Mahkamah ini mendapati bahawa: (a) Perjanjian Jual Beli bertarikh 22.4.2024 adalah tidak sah; (b) deposit sebanyak RM1,200,000.00 hendaklah dipulangkan kepada Plaintif; (c) Plaintif berhak kepada RM1,200,000.00 sebagai ganti rugi yang dipersetujui; dan (d) Defendan-Defendan adalah bertanggungan untuk memulangkan jumlah tersebut termasuk atas asas pengkayaan tidak patut. (3) Defendan-Defendan adalah bertanggungan secara bersama dan/atau berasingan untuk membayar jumlah tersebut kepada Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 (4) Tuntutan Plaintif dibenarkan setakat yang selaras dengan dapatan di atas. (5) Tuntutan balas Defendan Pertama ditolak. (6) Permohonan Defendan Kedua untuk dikecualikan daripada liabiliti adalah ditolak. (7) Kos permohonan ini adalah diberikan kepada Plaintif terhadap Defendan Pertama dan / atau Defendan Kedua dan / atau Defendan Ketiga atas dasar peguam dan anak guam (‘solicitor and client costs’). (8) Bagi mengelakkan sebarang keraguan, perintah-perintah ini adalah terhad kepada isu-isu yang diputuskan di bawah Lampiran 22, dan tiada dapatan dibuat berhubung relief lain dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan Terpinda. BERTARIKH 5 JUN 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 Peguam Bagi Pihak Plaintif Ishvinderjeet Singh a/l Ranjit Singh Tetuan Manian K. Marappan & Co Johor Peguam Bagi Pihak Defendan Pertama dan Ketiga Assofat Akmal bin Razali Tetuan Seow & Megat Kuala Lumpur Peguam Bagi Pihak Tetuan Chiong & Partners Defendan Kedua Johor Bahru **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.