Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCvC–421–10/2024 ANTARA EL FORWARDING SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 201201000035 (973559-X) … PLAINTIF
WA-B52NCvC-421-10/2024
Sessions Court of Malaysia22 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCvC–421–10/2024 ANTARA EL FORWARDING SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 201201000035 (973559-X) … PLAINTIF
1
CARZO IMPORT (M) SDN. BHD. (No. Pendaftaran Syarikat: 201701021882 (1236048-W))
2
CHEONG WAI KEH (No. Kad Pengenalan: 750906-14-5103) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 11 ) PENGENALAN [1] Ini adalah alasan penghakiman berkaitan dengan permohonan untuk penghakiman terus yang difailkan oleh Plaintif (Lampiran 11) terhadap Defendan-defendan. [2] Saya telah membenarkan permohonan plaintif setelah mendapati tiada isu untuk dibicarakan. LATAR BELAKANG DAN ASAS TUNTUTAN PLAINTIF [3] Tuntutan plaintif diasaskan kepada kemungkiran bayaran perkhidmatan logistik yang telah disediakan oleh plaintif. 04/06/2025 15:34:44 WA-B52NCvC-421-10/2024 Kand. 33 S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [4] Atas permintaan Defendan-defendan, Plaintif telah bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan logistik iaitu pengangkutan dan atau penyimpanan barangan untuk perniagaan Defendan Pertama. [5] Plaintif telah memberikan borang-borang pembukaan akaun, seperti yang berikut untuk di isi dan dipersetujui oleh Defendan-defendan Pertama dan Ke- 2 sebelum menyediakan perkhidmatan tersebut, iaitu:
a
Account Cpening & Credit Limit Application Form; dan
b
Guarantee and Indemnity [6] Kesemua Borang tersebut telah di isi, ditandatangani oleh Defendan Pertama dan Kedua dan telah dikembalikan kepada Plaintif [7] Di bawah Borang "Guarantee and Indemnity", Defendan kedua telah memberikan satu Jaminan bersesama dan berasingan sebagal penghutang prinsipal (bukan sahaja sebagai penjamin) kepada Plaintif bahawa sebaik sahaja apa-apa tuntutan dituntut oleh Plaintif, Defendan kedua akan:
a
membayar kesemua hutang yang perlu dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif untuk Perkhidmatan Plaintif yang telah diberikan kepada
b
membayar kesemua kos guaman dan kos-kos lain, caj-caj atau perbelanjaan yang berkaitan dan;
c
memastikan pematuhan terma-terma, obligasi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif [8] Berikutan dengan penyempurnaan Perkhidmatan Plaintif kepada Defendan Pertama, Plaintif telah mengeluarkan invois-invois kepada Defendan Pertama. Di dalam invois dinyatakan bahawa bayaran penuh perlu di buat dalam masa 30 hari selepas penerimaan invois. [9] Setakat pada 24.7.2024, plaintif telah mengeluarkan invois-invois sejumlah RM574,390.60 kepada defendan pertama. S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [10] Setelah pengeluaran Invois-invois tersebut, plaintif telah memberikan banyak peringatan kepada defendan pertama dan defendan kedua untuk membayar jumlah yang masih perlu dibayar di bawah Invois-invois tersebut [11] Pada 2. 8. 2024, Defendan telah membuat bayaran sebanyak RM5,000.00 kepada Plaintif untuk Invois-invois tersebut Jumlah baki tertunggak yang perlu dibayar kepada Plaintif adalah RM669,390.60 [12] Selepas tu, defendan pertama dan defendan kedua telah gagal, abai dan atau enggan untuk membayar mana-mana bahagian daripada jumlah terhutang tersebut. [13] Berikutan dengan keengganan, kegagalan defendan pertama dan kedua untuk membayar Jumlah Terhutang tersebut, plaintif telah melalui peguam caranya,
22
Tetuan K.V. Ong, Chua & Partners mengeluarkan satu surat tuntutan bertarikh
8
8.2024 kepada mereka untuk menuntut jumlah terhutang sebanyak RM569, 390.60. PEMBELAAN [14] Defendan menafikan tuntutan dan meletakkan plaintif adalah diletakkan di atas beban bukti yang kukuh dan defendan menafikan pernah menempah perkhidmatan plaintif. [15] Defendan kedua mengakui terdapatnya borang yang bertajuk "Account Opening & Credit Limit Application" dan borang yang bertajuk "Guarantee and Indemnity. Defendan Kedua tidak membaca dan memahami kandungan borang ini. [16] Defendan Kedua merupakan pengarah dan pemegang saham bagi syarikat bernama Carzo Holdings Berhad sahaja dan bukan pengarah dan/atau pemegang saham bagi defendan pertama. Defendan kedua juga tidak berkuat kuasa untuk mengendalikan urusan-urusan bagi defendan pertama S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [17] Borang "Guarantee and Indemnity" haruslah ditandatangan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang pengarah Namun demikian, pada hakikatnya hanya defendan kedua yang menandatangani borang tersebut. [18] Defendan pertama dan defendan kedua adalah entiti berbeza dari segi undang-undang. ISU-ISU Samada Defendan-defendan telah menempah Perkhidmatan Plaintif [19] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan di dalam guaman ini adalah dari tarikh 6.7.2023 sehingga 16.7.2024, seperti yang terkandung dalam Penyata Akaun Plaintif bertarikh 15.8.2024. [20] Namun, sebelum tarikh 6.7.2023, iaitu invois pertama yang dinyatakan dalam Penyata Akaun Plaintif bertarikh 15.8.2024, Defendan-defendan pernah menempah Perkhidmatan Plaintif di mana Plaintif telah menyempurnakan tugasannya. Bayaran sebahagian juga telah di buat oleh Defendan-defendan kepada Plaintif. [21] Plaintif telah menunjukkan dokumen yang membuktikan bahawa tempahan untuk perkhidmatan plaintif telah di buat oleh defendan pertama kepada plaintif. Tempahan ini terkandung di dalam afidavit jawapan yang ditandakan sebagai Ekshibit KKS-13 dalam Afidavit Jawapan Plaintif. [22] Plaintif telah mengeluarkan satu e-mel bertarikh 3.1.2019 untuk memberikan sebut harga terkini kepada defendan-defendan yang ditandakan sebagai Ekshibit KKS-3 dalam Afidavit Sokongan plaintif [23] Defendan-defendan tidak menafikan penerimaan sebut harga tersebut. [24] Jadi isu mengenai tempahan ini adalah jelas. Defendan-defendan sememangnya telah menempah Perkhidmatan Plaintif S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [25] Atas isu ini saya mendapati bahawa pihak defendan sememangnya telah membuat tempahan untuk perkhidmatan plaintif. Samada Defendan Pertama adalah diwakili atau terikat dengan tindakan Defendan kedua / Prinsip Separate Legal Entity adalah terpakai [26] Defendan kedua adalah salah seorang pengarah dan pemegang saham dalam Carzo Holdings Berhad, iaitu syarikat yang memiliki saham sepenuhnya dalam defendan pertama. [27] Walaupun defendan kedua bukan seorang pengarah dalam defendan pertama, namun, defendan pertama adalah diwakili oleh tindakan yang dilakukan oleh defendan kedua. [28] Apa-apa perbincangan dan atau persetujuan telah di buat antara plaintif dengan defendan kedua untuk defendan pertama. Defendan kedua mempunyai kepentingan dalam defendan pertama selaku pemegang saham sepenuhnya dalam Carzo Holding Berhad iaitu defendan pertama. [29] Maka tindakan defendan kedua adalah dalam kapasiti sebagai wakil/ ejen kepada defendan pertama. Perkhidmatan yang dilakukan oleh plaintif adalah untuk defendan pertama melalui permintaan defendan kedua. Jadi, boleh dikatakan defendan kedua adalah ejen atau wakil yang diberikan kuasa oleh defendan pertama. [30] Ini jelas dari apa yang berlaku di dalam kes ini melalui fakta yang tidak dipertikaikan. Defendan Kedua telah mengisi dan menandatangani Borang Account Opening & Credit Limit Application Form dan Borang Guarantee and Indemnity. Defendan pertama telah mendapatkan khidmat yang disediakan oleh plaintif. Khidmat ini diperolehi melalui usaha dan tindakan defendan kedua yang bertindak sebagai wakil defendan pertama. [31] Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah Defendan kedua adalah wakil yang diberikan kuasa untuk bertindak bagi Defendan Pertama. S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [32] Ini selaras dengan takrif dan peruntukan tentang ejen di bawah Akta Kontrak 1950: • Seksyen 135 – Definisi "ejen" dan "prinsipal". • Seksyen 139 – Kuasa ejen boleh dinyatakan secara nyata atau tersirat. • Seksyen 140 – Penjelasan lanjut kuasa nyata dan tersirat. • Seksyen 141 – Skop kuasa ejen. [33] Maka, saya mendapati tindakan defendan kedua adalah mengikat Defendan Pertama. Samada Borang “Account Opening & Credit Limit Application Form” dan “Guarantee and Indemnity” telah ditandatangani oleh defendan-defendan dan adalah mengikat defendan-defendan [34] Plaintif telah memberikan kesemua Borang Account Opening & Credit Limit Application Form dan Borang Guarantee and Indemnity untuk di isi dan dipersetujui oleh defendan-defendan. [35] Defendan-defendan telah mengisi Borang tersebut dan mengembalikan Borang yang telah di isi kepada Plaintif. Dakwaan defendan-defendan bahawa ketiadaan cop syarikat dan Borang Account Opening & Credit Limit Application tidak ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh defendan Pertama adalah tidak dapat dipertahankan kerana defendan kedua adalah orang yang telah diberikan kuasa berdasarkan yang telah dinyatakan di atas sebelum ini. [36] Memandangkan Borang-borang tersebut telah di isi oleh defendan kedua selaku wakil defendan pertama, Borang-borang tersebut adalah sah dan mengikat Defendan-defendan. Samada Defendan kedua adalah terikat dengan terma-terma dalam Borang “Guarantee and Indemnity” dan bertanggungjawab hutang Defendan Pertama kepada Plaintif [37] Berdasarkan kepada Borang Guarantee and Indemnity tersebut, defendan kedua telah memberikan satu jaminan bersesama dan berasingan sebagai S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA penghutang prinsipal (bukan sahaja sebagai penjamin) kepada plaintif bahawa sebaik sahaja apa-apa tuntutan dituntut oleh plaintif, defendan kedua akan:
a
membayar kesemua hutang yang perlu dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif untuk perkhidmatan plaintif yang telah diberikan kepada defendan pertama;
b
membayar kesemua kos guaman dan kos-kos lain, caj-caj atau perbelanjaan yang berkaitan dan;
c
memastikan pematuhan terma-terma, obligasi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. [38] Maka, defendan kedua selaku penandatangan kepada Borang Guarantee and Indemnity tersebut telah bersetuju untuk bertanggungjawab untuk kesemua hutang oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dan terikat dengan keberhutangan Defendan Pertama kepada Plaintif. Samada Plaintif telah menyempurnakan tugasan yang telah ditempah oleh Defendan-defendan [39] Saya mendapati dari keterangan afidavit dan dokumen yang dikemukakan, Plaintif telah menyempurnakan tugasannya di mana Delivery Orders untuk Jumlah Terhutang, iaitu RM574,390.60 di bawah Penyata Akaun bertarikh 15.8.2024 yang telah ditandatangani oleh pekerja defendan Pertama. [40] Salinan Delivery Orders untuk jumlah terhutang di bawah Penyata Akaun bertarikh 15.8.2024 dilampirkan sebagai Ekshibit KKS-8 dalam Afidavit Sokongan. [41] Perkhidmatan plaintif adalah pengangkutan barangan dari satu destinasi ke destinasi yang diberikan oleh defendan Pertama. Destinasi yang telah dinyatakan adalah Carzo. Delivery Order juga menunjukkan butir barangan dan bila Plaintif telah menyempurnakan kerja penghantaran/ pengangkutan seperti yang ditempah oleh defendan pertama. S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA [42] Apabila pekerja plaintif telah menyempurnakan penghantaran barangan seperti yang ditempah oleh defendan pertama, orang yang menerima barangan/ penghantaran tersebut akan menandatangani Delivery Order tersebut. Ini menjadi amalan bagi kedua pihak. [43] Berikutan dengan penyempurnaan perkhidmatan plaintif kepada defendan pertama, plaintif telah mengeluarkan invois-invois kepada defendan-defendan. [44] Defendan pertama masih gagal untuk membayar Invois-invois tersebut walaupun beberapa diberikan peringatan oleh plaintif untuk membayar jumlah terhutang di bawah Invois-invois tersebut melalui e-mel dan WhatsApp. [45] Tanggungjawab defendan kedua pula adalah sebagai penjamin sebagaimana yang dinyatakan di atas, gagal dilakukan oleh defendan kedua. KESIMPULAN [46] Atas alasan yang dinyatakan di atas, saya mendapati tiada isu untuk dibicarakan di dalam kes ini melalui pemanggilan saksi. Dari keterangan afidavit, sudah jelas plaintif sudah membuktikan kesnya. Oleh yang demikian, saya membenarkan tuntutan plaintif untuk penghakiman terus terhadap kedua-dua defendan. Bertarikh pada hari ini 28.5.2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur S/N hLrisjIc9UWPZQmjokvHdA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.