l0% - Cukai Jualan bagi penghantaran (supply of) Anode (Cukai ini akan diinboiskan dan dibayar oleh Defendan secara berasingan). [3] Setelah Plaintif bersetuju menerima pesanan belian sepertimana yang telah diminta oleh Defendan, Plaintif kemudiannya telah mengeluarkan invois pertama No: 4311218 bertarikh 5 September 2018 untuk jumlah RM127,560.00 (Milestone claim No.1). Namun, pada 25 Oktober 2018 pihak perayu / Defendan hanya membayar sejumlah RM100,000.00 daripada jumlah RM127,560.00 tersebut kepada pihak responden / Plaintif. Baki sebanyak RM27,560.00 daripada Milestone No.1 ini masih belum dan/atau gagal dan ingkar dibayar oleh pihak perayu / Defendan kepada pihak responden / Plaintif. [4] Selanjutnya, berdasarkan Milestone claim No.2 dalam kontrak tersebut, pihak responden / Plaintif telah mengeluarkan kepada pihak perayu / Defendan melalui invois No: 0101219 bertarikh 29 Mac 2019 untuk jumlah RM127,560.00. Namun pihak perayu / Defendan juga telah enggan dan/atau ingkar dan/atau gagal membayar jumlah RM127,560.00 tersebut bersama baki RM27,560.00 tersebut yang merupakan baki bayaran daripada Milestone claim No.1. [5] Selanjutnya, berdasarkan Purchase Order No: 7378 tersebut juga dan berdasarkan bayaran secara milestone yang telah dipersetujui antara pihak-pihak, pihak responden / Plaintif mempunyai hak untuk menuntut 60% setelah menghantar barang-barang material tersebut. Walau bagaimanapun, pihak perayu / Defendan telah gagal, enggan dan ingkar untuk membayar jumlah sebanyak 60% tersebut. Oleh yang demikian, baki tertunggak yang belum dijelaskan oleh Defendan adalah berjumlah RM 155,120.00. [6] Selanjutnya, pihak responden / Plaintif berdasarkan Purchase Order No: 7378 telah membuat segala persiapan dan juga telah menempah barangan bahan mentah (material) untuk menyiapkan projek pihak perayu / Defendan tersebut yang berjumlah RM149,448.43 sebagaimana Purchase Order No: 041/219 Rev-l. Justeru pihak responden / Plaintif telah mengalami kerugian dan selanjutnya menuntut jumlah sebanyak RM149,448.43 tersebut daripada pihak perayu / Defendan. [7] Atas kegagalan pihak perayu / Defendan untuk menjelaskan sebarang bayaran kepada pihak responden / Plaintif, tindakan ini telah difailkan oleh pihak responden / Plaintif terhadap pihak perayu / Defendan di mana pihak responden / Plaintif menuntut bayaran keseluruhan hutang termasuk kos peguamcara kesemuanya bejumlah RM357,076.63 dari pihak perayu / Defendan. [8] Pihak perayu / Defendan menentang tuntutan pihak responden / Plaintif ini dan turut memasukkan tuntutan balas terhadap tuntutan pihak reponden / Plaintif tersebut. Tuntutan balas pihak perayu /Defendan [9] Dalam tuntutan balasnya pihak perayu / Defendan telah memohon ganti rugi untuk kemungkiran dan tindakan pecah kontrak Revised Quotation No. 1 yang bertarikh 16 Ogos 2018 dan Purchase Order No: 7378 bertarikh 30 Ogos 2018 yang berjumlah RM681,800.00. [10] Selanjutnya, pihak perayu / Defendan juga menuntut ganti rugi am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah terhadap Defendan akibat daripada kemungkiran dan tindakan pecah kontrak Revised Quotation dan Purchase Order yang sama. Saksi-saksi Saksi responden / Plaintif