Hakim Bicara, iaitu – 1 bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila secara melampau telah mengambil bahagian dalam perbicaraan Perayu, iaitu, dengan mengambilalih peranan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengendalikan pendakwaan dan dengan demikian secara serius telah menafikan hak Perayu untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang adil dan saksama; dan 18.2 bahawa Hakim Bicara terkhilaf di sisi undang-undang dan fakta apabila gagal untuk memutuskan bahawa kegagalan Pegawai Penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap penama-penama Mamadou, Mr. Pure dan Bobby yang dinyatakan oleh Perayu dalam pernyataan beramarannya (Eksibit D91) dan nombor-nombor telefon yang terdapat dalam buku telefon Perayu telah memudaratkan dan menafikan Perayu untuk mendapat suatu perbicaraan yang adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. [19] Kami akan membincangkan alasan-alasan yang di kemukakan oleh Perayu satu per satu. Campur Tangan Berlebihan Hakim Bicara [20] Peguambela terpelajar Perayu berhujah bahawa Rekod Rayuan secara jelas menunjukkan bahawa Hakim Bicara telah bertindak di luar batasan yang dibenarkan oleh seksyen 165 Akta Keterangan 1950 apabila beliau secara melampau dan berlebih-lebihan mencampuri dan/atau menganggu pengendalian perbicaraan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dan ini telah memprejudiskan Perayu. [21] Peguambela terpelajar Perayu menjemput perhatian kami kepada keterangan-keterangan yang dinyatakan selepas ini bagi menunjukkan peranan yang dimainkan oleh Hakim Bicara dalam perbicaraan kes ini. Dihujahkan bahawa Hakim Bicara telah mengemukakan soalan-soalan bukan semata-mata untuk mendapatkan penjelasan dari saksi-saksi pendakwaan tetapi juga untuk mendapatkan fakta bagi menyokong kes pihak pendakwaan. [22] Demi berlaku adil kepada peguambela terpelajar Perayu, kami nukilkan bahagian-bahagian keterangan yang relevan saksi-saksi seperti di bawah – A: Mohd bin Mohd Yusuf (SP1) (lihat muka surat 27, baris 14 hingga 27, RR, Jilid 2A). “Mah : Dua helai. Dia sebut 2 helai. Mana kamu potong. Kamu potong yang bawah sahaja. Kamu potong perenggan 6, kamu potong 2 helai Borang A. Pengecaman. Keterangan kamu, kamu tak potong. Tengok betul-betul. Dalam keterangan kamu kata dua helai dalam pengecaman kamu kata satu helai. Semak perenggan 6 betul-betul. SP1 : Saya potongkan 2 helai, Yang Arif. Mah : Saya tak boleh tolong tukar keterangan dia. Sebab bukan saya beri keterangan. Dia kena tahu apa yang dia nak cakap. Saya dah nampak benda itu salah sebab tu saya tanya check betul-betul ada lagi tidak. Persoalannya sekarang dalam keterangan dia dua helai dia hendak cam, satu helai. Satu helai lagi pergi mana? Betul tidak? Okay, kita masih di perenggan 6.”. B: Kamarol Zaman bin Mohd Daud (SP2) (lihat muka surat 37, baris 5 hingga 8, RR, Jilid 2A). “Mah : Tiada ya? So, tak mahu tender dokumen, tak mahu kenalpasti dokumen. TPR : Ada tender.”. (lihat muka surat 40, baris 27 hingga 29, RR, Jilid 2A). “Mah : Then betulkan, bagi saksi kita. Itulah pembetulan saya tanya tadi tu. Semak betul-betul. Mana ada silap buat pembetulan. Tukar Borang tu jadi perkataan Lampiran. Initial. Di Perenggan 3, ada 3 tempat ya.”. C: Suhana binti Ismail (SP5) (lihat muka surat 79, baris 29 hingga 34, RR Jilid 2A). “Mah : Tak ada kotak yang MH ape semua belum cam lagi. Ya, Yang Arif, Saya nak pergi ke perenggan … Mah : Tanya terus. Kita dah pergi perenggan 1 tadi tapi kotak tu kita tak tunjuk pun. Tunjuk la kotak itu.”. (lihat muka surat 80, baris 12 hingga 31, RR, Jilid 2A) “Mah : Sila lihat kotak itu, keadaannya kita seal balik ya? Bila kita terima. Saya terima saya analisa dan kemudian saya seal balik. Mah : Seal balik dan bagi balik? Mah : Keadaannya sama macam masa kita bagi. Mah : Adakah seal dia intact, kotak dia intact, ada lubang mana-mana, tangan boleh masuk ke? Ada tak? Keadaan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia dan pelekat Jabatan Kimia Malaysia pada kotak MH berada dalam keadaan baik. Mah : Intact.”. (lihat muka surat 81, baris 9, RR, Jilid 2A). “Mah : Sahkan intact. Dia tak ada isu.”. (lihat muka surat 84, baris 5 hingga 11, RR, Jild 2A). “Mah : Betul lah. Bahan Kristal itu dia cara bebas dia bukan ada dalam benda lain termasuk dalam itu. Bahan kristal itu selepas dianalisa kita masuk ke dalam ini? Selepas dianalisa … Mah : Selepas analisa saya masukkan baki bahan ke dalam … Satu paket plastik Jabatan Kimia Malaysia, saya tandakan dengan C1(1) dan juga nombor makmal PJ45485/13-0.”. D: Arzini @ Arzian binti Mohamad @ Amran (SP7) (lihat muka surat 118, baris 8 hingga 20, RR Jilid 2A). “Mah : Jadi sebab itu kita menjalankan atau membuat Pemeriksaan secara fizikal? Ya, Yang Arif. Mah : Dengan merasa bahagian dalam bagasi tersebut dengan menekan pelapik bagasi? Ya, Yang Arif. Mah : Okay dan hasilnya saya dapati di bawah pelapik bagasi tersebut ada bunyi seakan-akan pasir. Ya, Yang Arif.”. (lihat muka surat 123, baris 20 hingga 29, RR, Jilid 2A). “Mah : Most important question, apa yang benda ada dekat bawah itu tak ditanya langsung. Saya pun tak tahu. Is not important? Tak penting ya? Then kita bebaskan dia. Apa yang benda di pelapik itu paling penting. Dia nampak ke tak nampak. Saya pun tak faham macam mana you prosecute dan tak identify pun barang itu. Okay SP7 dibebaskan. Tanya macam-macam yang penting tak ditanya. Barang kes dadah itu tidak dicamkan. Saksi berikut. Saya tak boleh nak tanya yang itu that prejudicial, saya boleh tanya soalan yang clarify sahaja. I said that because dalam witness statement ada sebut. Next SP8.”. E: Siti Mastura binti Mohamed (SP8) (lihat muka surat 127, baris 34 hingga 35, RR Jilid 2A). “Mah : Pertamanya, plastik ini siapa yang punya? Siapa yang hantar? Siapa yang bagi? Siapa yang sediakan? Page 128 – Line 5 to Line 8 Jabatan Kimia. Mah : Itu soalannya dulu. Bukan TPR jawab, saksi jawab.”. F: Siti Nur Aisyah binti Kamaruzaman (SP9) (lihat muka surat 147, baris 16 hingga 24, RR Jilid 2B). “Mah : Perenggan 2 tu dah habis ke semua. Perenggan 2 tu, saya, dengan izin saya akan camkan keseluruhan. Mah : Perenggan 2 tu dah habis ke cam semua benda yang nak dicam? Ya, Yang Arif. Mah : Beg Swiss Polo tu, Louis Vuitton tu dah cam ke belum? Saya pohon untuk dicamkan di perengan 4, Yang Arif bersama dengan barang-barang. Mah : Then kenapa masukkan dalam penyata saksi perenggan 2? Pohon saksi mengecam bagasi, why you put there? Maaf, Yang Arif. Mah : Kalau dia tak mahu cam perenggan 2, jangan masuk bawah perenggan 2. Betul tak? Cuba tengok perenggan 2.”. G: Muhamad Hasrul bin Muhammad Fauzi (SP10) (lihat muka surat 189, baris 15 hingga muka surat 190, RR Jilid 2B). “Mah : Apa lagi dalam siasatan kamu dan berdasarkan dokumen ini? Saya juga dapati bahawa nombor booking atas nama OKT adalah sama pada manifest penumpang. Mah : Apa lagi yang kamu dapati dalam siasatan? Itu sahaja, Yang Arif. Mah : OKT ini tiada check in beg? Dalam siasatan kamu, ada tak OKT ini check ini bawa bagasi masuk? Ada, OKT ada check in bagasi. Mah : Mana kamu tahu? Mana bukti? Dokumen mana? Berdasarkan tag bagasi yang ada. Mah : Soalannya daripada P35(A) dengan P31 dokumen ini? Kalau berdasarkan kepada dua dokumen ini tiada, Yang Arif. Mah : Tiada maklumat daripada P31 dan P35(A). Saya nampak daripada P35(A) ini cara untuk semak check in baggage ke tidak hendaklah tengok manifest, betul? Tiada, Yang Arif. Mah : Manifes ini merangkumi semua penumpang yang check ini, jadi tiada di sini. So, ada kamu siasat tentang OKT seorang daripada Air Asia, rekod dia check in baggage ke tidak? Tidak ada. Mah : Kamu tidak siasat, kamu tidak tulis surat kepada Air Asia berkenaan penama ini ada check ini baggage ke tidak? Benar, Yang Arif. Mah : Jadi kamu tidak tahu OKT check ini berapa bagasi semasa di Kathmandu sampai Malaysia. Berapa dia check ini bagasi? Saya memang tidak siasat. Mah : Kenapa? Tidak terfikir.”. (lihat muka surat 194, baris 5 hingga 12, RR, Jilid 2B). “Mah : Kamu ada beri amaran kepada dia? Cautioned Statement. Tiada. Saya tahu saya perlu beri amaran kepada OKT sebelum beliau memakai pakaian-pakaian itu. Mah : Kenapa kamu tak beri amaran tersebut? Saya tidak beri amaran kerana saya telah menerangkan kepada OKT bahawa pakaian yang dipakai ini untuk dirakam. Mah : Kenapa kamu tidak beri amaran? Saya terlupa, Yang Arif.”. (lihat muka surat 196, baris 13 hingga 27, RR, Jilid 2B). “Mah : Apa kandungan dalam itu yang kamu tahu sekarang? Sekarang yang ada dalam ini adalah pelapik kuning, ada dadah. Mah : Dadah ini macam mana boleh datang pada kamu? Sebelum itu saya membungkuskan ke dalam kotak ini. Saya membungkus eksibit di pejabat Bahagian Penguatkuasaan. Mah : Mula di mana? Terima dadah di CPP2, LCCT pada 5 April 2013 jam 3.00 pagi daripada Pegawai Serbuan, Mohd Sufyan. Mah : Sudah terima simpan di mana? Selepas terima saya telah membawa dadah tersebut ke pejabat saya dan saya telah menyimpannya di dalam pejabat saya dan di dalam almari besi yang berpalang berkunci mangga, Yang Arif. Mah : Macam mana nak buka mangga itu? Kunci ada pada saya, Yang Arif. Mah : This of movement exhibit. Rantaian pergerakan barang kes.”. (lihat muka surat 197, baris 9 hingga 29, RR, Jilid 2B). Mah : Selepas itu apa berlaku? Saya tidak mengeluarkan sehinggalah pada 11 April 2013 lebih kurang jam 1.00 tengahari, saya telah membuat proses pembungkusan eksibit. Saya telah meminta jurugambar Bethany Ang untuk merakam setiap pembungkusan dadah tersebut. Dadah tersebut telah saya masukkan ke dalam satu kotak (P37) yang saya tandakan sebagai MH. Setelah proses gambar telah diambil, saya telah bertolak ke Jabatan Kimia. Saya telah meletakkan seal Kastam nombor 158767. Then, saya mengarahkan jurugambar untuk merakamkannya. Kemudian saya telah menyiapkan kimia 14 bagi tujuan penghantaran dadah. Mah : P berapa? Maaf, Yang Arif Kimia 14 saya tidak tender di Mahkamah sebagai eksibit. Mah : So, sekarang dia dah beri keterangan nak tender ke tak nak tender? Saya pohon saksi untuk merujuk kepada Kimia 14 dimaksudkan bertarikh 11 April 2013. Benar, Yang Arif. Mah : Dikemukakan sebagai P87. Kimia 14 ini diserahkan sekali dengan barang kes. Maknanya Ahli Kimia ada la yang asal itu? Ada, Yang Arif.”. (lihat muka surat 198, baris 5 hingga 28, RR, Jilid 2B) Mah : Pergi ke tak ke Jabatan Kimia? Saya bertolak ke Jabatan Kimia Malaysia dan telah berjumpa dengan Ahli Kimia, Puan Suhana Ismail lebih kurang jam 4.10 petang pada hari yang sama 11 April 2013. Mah : Yang ini kamu terima? Cam, Yang Arif. Benar. Mah : Then? Setelah menerima resit rasmi saya menyemaknya dan saya pulang ke pejabat saya. Mah : Bila dapat balik dadah itu? Saya menerima eksibit pada 17 Julai 2013. Selepas kamu menerima eksibit daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2013, apa yang kamu lakukan dengan eksibit tersebut? Saya telah menerima satu kotak yang bertanda MH bersil Jabatan Kimia dan juga satu laporan kimia daripada Puan Suhana binti Ismail. Saya perhatikan kotak tersebut berada dalam keadaan yang baik. Setelah saya semak ke Jabatan Kimia saya pulang ke pejabat saya. Mah : Jadi barang kes kamu bawa balik? Saya bawa balik kotak itu bersama laporan kimia. Mah : Dah sampai pejabat apa kamu buat?”. (lihat muka surat 199, baris 5 hingga 20, RR, Jilid 2B). “SP10: Setibanya di pejabat, saya telah mengarahkan pegawai stor untuk menyimpan kotak yang bertanda MH ke dalam stor Bahagian Penguatkuasaan pada hari yang sama lebih kurang jam 5.00 petang. Mah : Ambil buku daftar stor. Hari yang sama itu bila tarikh? 17 Julai 2013. Mah : Kemudian? Saya telah menyerahkan satu borang penyerahan barang-barang kepada pegawai stor. Mah : Soalan saya berkenaan dadah ini, macam mana boleh sampai ke Mahkamah ini? Dadah dikeluarkan atas alasan perbicaraan dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat, Noor Mohd Azri (SP3) melalui permohonan Lampiran C. Mah : Kenapa dia bawa? Oleh kerana saya telah bertukar ke Kuala Lumpur pada awal bulan 1 November 2015.”. (lihat muka surat 203, baris 5 hingga 25, RR, Jilid 2B). Mah : Soalan ditanya pelapik plastik. Keadaan pelapik plastik? : Mah : Dah keluar ke lekat kat dalam itu atau dah tercabut? Keadaan pelapik plastik adalah berada di dalam beg berwarna hijau ini. : Pelapik plastik itu masih terlekat dalam beg ataupun telah dicabut? Telah dicabut. : Oleh siapa? Pegawai Serbuan. : Adakah kamu tahu bagaimana pelapik itu telah dicabut? Kamu ada nampak? Saya tidak melihat proses pembongkaran dilakukan oleh Pegawai Serbuan, Yang Arif. : Tidak lihat. Mah : Soalannya, adakah kamu nampak dan melihat bagaimana pelapik plastik itu dicabut? Tidak lihat, Yang Arif. Mah : Bukan proses pembongkaran. Soalan spesifik pelapik plastik. Maaf, Yang Arif. Mah : Maknanya pelapik plastik ini dah tertanggal macam ini? Ya.”. (lihat muka surat 205, baris 24 hingga 25, RR, Jilid 2B). “Mah : Warna hitam pada pelapik adalah pelekat. : Ya, Yang Arif.”. (lihat muka surat 206, baris 5 hingga 26, RR, Jilid 2B). “Mah : Membolehkah pelapik melekat dalam beg. Sebelah sana saya nampak macam terpotong. : Yes, dan bahagian pelapik ini, telah dipotong? Benar. Mah : Masa kita terima itu memang dah terpotong macam itu? Benar, Yang Arif. Mah : Kita tahu siapa potong? Tidak tahu memang keadaan seperti ini. Mah : Pegawai serbuan tak beritahu dan kamu pun tak tanya dia? Sebab di sini ada satu empat segi tepat, jadi macam ngam-ngam masuk. Mah : Pada beg itu? Pada beg, jadi nampak macam tak dipotong. Mah : Untuk fitted masuk ke dalam beg. Kita tak tahu apa potong? Pegawai serbuan datang nanti kita tanya. Masa terima memang macam itu? Benar, Yang Arif. Mah : Tepi potong atas daripada itu? Memang macam ini. Mah : Memang juga dipotong. Di bahagian atas pelapik juga telah terpotong. Beg itu sendiri ada kesan terpotong? Tepi beg tidak ada kesan potong.”. (lihat muka surat 213, baris 5 hingga 27, RR, Jilid 2B). Nama itu, tidak wujudkah semasa kamu buat siasatan? Ada dua nama Mamadou di sini, Yang Arif. Jadi wujud nama Mamadou di dalam phone book. Mah : Soalannya lain. Soalan dia, ini bermakna nama-nama itu telah wujud semasa kamu buat siasatan kes ini dulu? Benar, Yang Arif. : Dan apakah siasatan kamu terhadap nama Mamadou tersebut? Mamadou merupakan teman lelaki kepada OKT yang mana mereka mula berkenalan. Mah : Kejap, siasatan ini cara mana? Kamu pergi interview Mamadou ke? Maaf, Yang Arif. Berdasarkan rakaman kenyataan OKT. Mah : Apa yang OKT cakap. Kena hati-hati. Maaf, Yang Arif.”. (lihat muka surat 126, baris 5 hingga 18, RR, Jilid 2B). Mah : I’m talking about scan. Mesin scan. Dia kan kena tangkap dengan mesin scan. Masa itu pukul 11.30 malam dia belum lepas lagi. Then macam mana dia boleh tukar duit pukul 10.55 malam. Kamu pegawai penyiasat, kamu tahu. Yang Arif, Kuwait Finance adalah berada sebelum daripada kawasan Pemeriksaan Kastam. Mah : That is very important. Itu yang saya tanya tadi, dekat mana. Money changer ini berada sebelum tempat Pemeriksaan Kastam. Benar, Yang Arif. Mah : Maknanya sebelum scanning machine itu la. Mesin pengimbas. Benar, Yang Arif. Mah : Then only make sense.”. (lihat muka surat 220, baris 9 hingga muka surat 221, baris 6, RR, Jilid 2B”. Encik Hasrul, apakah kod kombinasi yang digunakan oleh OKT untuk membuka beg ini? Mah : One thing to ask this question if nobody rised. : Sorry Yang Arif. Mah : I want to ask this question if there no everybody didn’t ask. This beg ada combination ke tak ada? Ada lock ke tak ada? Never arise at alls. Inilah pertama kali saya dengar. Beg hijau itu ada combination ke ada padlock ke tak ada ke, berzip saja ke? Macam mana? Berkombinasi nombor, Yang Arif. Mah : Beg ini ada nombor kombinasi. Ada nombor kunci kombinasi? Benar, Yang Arif. Mah : So, soalannya sekarang, apakah nombor kombinasi kunci tersebut? Nombor kombinasi tersebut ialah 000. : Untuk membuka beg? Benar, Yang Arif. : Saya nak tanya Encik Hasrul, bila kami beli beg baru ada kunci kombinasi, adakah kombinasi itu … Mah : Kita cadangkan, you boleh cadang. You can put ... case. You can’t put … case to witness, you boleh cadangkan because cadang means instruction. Cadangkan beg baru bila dibeli factory combination memang 000.”. (lihat muka surat 221, baris 7 hingga 25, RR, Jilid 2B). So kombinasi 000, setuju dengan saya? Setuju, Yang Arif. Mah : Nombor kombinasi kunci beg ialah 000. Jawapannya setuju. : Dan jika kombinasi tersebut tidak di “reset” oleh OKT, beg itu boleh senang dibuka oleh sesiapapun menggunakan kombinasi 000, saya cadangkan ini adalah satu sample mechanism just 000. Mah : I think you have to be fair to witness. I always use my beg 000, I never change tapi bila I travel what I did, I change number. I didn’t reset. I just push any number. So nobody suspect nombor dia 000 memang tak boleh buka. To be fair for him. So, sekarang cadangan kita, oleh kerana kombinasi beg itu ialah 000, siapa-siapa pun boleh buka beg itu, that’s what you’re saying. : Yes, thank you Yang Arif. Apa jawapan? Mah : Ini cadangan Peguam? Tak setuju, Yang Arif. Mah : Hendak bagi alasan kenapa kamu tak setuju? Memang beli dari Kedai 000. Saya pun tak tukar, OKT pun tak tukar kekal 000. Jadi, kalau kamu nak buka beg itu, kamu letak 000 kamu bukalah. Kenapa kamu tak setuju? Saya faham soalan dia, sesiapa yang boleh buka beg itu. Mah : Sesiapa sahaja boleh buka. Maknanya kamu sebagai Pegawai Kastam, kamu pun boleh buka. Kamu letak 000, kamu buka. Sebab kalau saya tahu, Yang Arif, Kalau saya tak tahu.”. (lihat muka surat 222, baris 5 hingga 10, RR, Jilid 2B). “Mah : Kalau kamu tahu. Kalau saya tahu. Mah : Kalau saya tahu combination 000 tidak di“reset”, saya boleh buka beg menggunakan combination itu. Benar, Yang Arif.”. (lihat muka surat 222, baris 19 hingga muka surat 223, baris 8, RR, Jilid 2B). Dengan izin, Yang Arif. Encik Hasrul, tadi Peguam ada merujuk kepada P49 iaitu beg SWISS POLO berwarna hijau dan peguambela ada menyatakan terdapat calar-calar di dalam beg. Soalan saya, ada kamu tanya pegawai serbuan bagaimana calar tersebut boleh ada pada beg tersebut? Mah : Your question should be dalam siasatan kamu, kamu dapat tahu atau tidak bagaimana terjadi calar tersebut? Dia Pegwai Penyiasat, bukan dia tanya. Kalau tanya, kalau pegawai itu tak datang dia jadi hearsay evidence. Saya rephrase soalan saya Yang Arif. Mah : Dalam siasatan kamu, kamu tahu tak macam mana calar-calar itu boleh terjadi. Calar-calar dalam beg itu. Tidak ada Yang Arif.”. H: Mohd Sufyan bin Zakaria (SP11) (lihat muka surat 235, baris 8 hingga 30, RR Jilid 2B). Seterusnya saya pohon saksi untuk mengecamkan satu tiket penerbangan OKT, P16 Mah : P16 bukan tiket penerbangan. P16 is boarding pass. Pohon maaf, Yang Arif. Saya akan bertanya kepada saksi. Encik Sufyan, di perenggan ketiga. Ayat terakhir, saya juga memeriksa tiket penerbangan penumpang wanita tersebut. Boleh kamu beritahu Mahkamah bagaimanakah, apakah tiket penerbangan ini yang kamu periksa? Boleh ulang soalan puan? Di ayat akhir tersebut, kamu nyatakan kamu telah memeriksa tiket penerbangan penumpang tersebut. Boleh kamu beritahu Mahkamah tiket penerbangan bagaimana kamu periksa? Boarding Pass Yang Arif. Mah : Boarding Pass bukan tiket penerbangan. Tiket penerbangan itu lain dia pergi beli tiket, dia pergi dekat kaunter dia dapat boarding pass. Boarding pass itu untuk naik kapal terbang. So, betul ke keterangan kita ini? Kamu kata betul. Kamu tak periksa tiket penerbangan kamu periksa boarding pass. Then betulkan. Yang ini bukan tiket penerbangan, yang ini pass masuk ke dalam kapal terbang, boarding pass. Saya turut memeriksa, tulis dekat ayat itu. Ayat terakhir perengan 2, baca kuat-kuat senang. Saya juga memeriksa boarding pass wanita tersebut. Tunjuk Boarding Pass yang diperiksa.”. (lihat muka surat 236, baris 5 hingga 25, RR, Jilid 2B). “Mah : P16, inikah yang kamu periksa itu? Ya, Yang Arif. Mah : P16 dicamkan. Semasa kamu memeriksa P16 tersebut, apa lagi yang ada bersama dengan P16 tersebut? Mah : Dengan Boarding Pass itu ada apa lagi? Passport, Yang Arif. Mah : Yang ada dengan Boarding Pass? Passport itu tak ada dekat Boarding Pass. Soalan dengar baik-baik. Baggage Slip, Yang Arif. Mah : Bagaimana kedudukan baggage slip itu dengan boarding pass tadi? Di stapler bersama sekali, Yang Arif. Mah : Yang di staple? Dilekatkan sekali. Mah : Staple ke dilekatkan? Di staple. Mah : Tengok di staple. Ke yang kita staple? Minta maaf, Yang Arif. Yang dilekatkan sekali. Mah : Jangan suka-suka hati cakap. Maaf. Mah : Kamu yang periksa, kamu nampak yang dilekatkan pada Boarding Pass, betul? Betul, Yang Arif.”. (lihat muka surat 243, baris 5 hingga 20, RR, Jilid 2B). Semasa OKT membuka bagasi tersebut, ada kamu lihat nombor kunci kombinasi? Tidak melihat, Yang Arif. Mah : Di Kaunter Pemeriksaan 5? Ya, Yang Arif. Mah : Sampai hari ini kamu tidak tahu kod kombinasi? Ya, Yang Arif. Mah : Sampai hari ini, saya tidak tahu nombor kod kombinasi kunci beg bagasi hijau ini. IO kata kamu yang bagi nombor kod kombinasi kat dia tapi sampai hari ini kamu tidak tahu. Saya tak pasti, Yang Arif. Mah : Mesti salah seorang yang tak betul. IO kata dia dapat tahu kod kombinasi daripada kamu.