Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A73KJ-29-02/2023 ANTARA ELVIN BIN JUNARIUS (NO. K/P: 020322-02-0097) - PLAINTIF
KF-A73KJ-29-02/2023
Magistrates Court of Malaysia10 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ding the silent evidence in the form of the police sketch-plam and key. P made reference to several authorities on obstruction caused to road users, inter alia to Chan Loo Khee v. Lai Siew San & Ors. [1971] CLJU 17; 1 LNS 16 where Ong CJ held; “… If parking a car, however recklessly, so as to cause needlessn obstructio”
“dibenarkan hendaklah jumlah yang adil, munasabah, memadai dan tidak melampaui dari jumlah yang sewajarnya. Kes-kes yang menjadi panduan kepada prinsip ini adalah kes Yang Salbiah & Anor v Jamli Harun [1981] CLJU 106; [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292, **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
“i berlaku. Pihak Defendan-Defendan juga merujuk **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 kepada kes Leenesh Vijaya & Anor v Yap Chiew Sun [2017] MLRHU 1502 sebagai sokongan untuk menyatakan bahawa wujud sumbang cuai oleh Plaintif.”
“33. Pihak Plaintif merujuk kepada kepada kes Ahmad Farhan Ahmad Ghazali v Tai Siew Moi & Anor [2024] PILRU 46 yang mana Mahkamah bersetuju dengan kes ini yang menyatakan seperti berikut; “Even if SD1’s version was true, SD1 would still be liable for creating a dangerous obstruction to other road users… Exhi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A73KJ-29-02/2023 ANTARA ELVIN BIN JUNARIUS (NO. K/P: 020322-02-0097) - PLAINTIF
1
WAKIL DIRI HARTA PUSAKA DAN/ATAU
2
ENG (NO. K/P : 580614-07-5087) SYARIKAT KENDERAAN ANI-CHUAH SDN. BHD (NO. SYARIKAT : 55082-T) (DISAMAN SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT) - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Atas permohonan pihak-pihak, kes ini telah dibicarakan bersama dengan kes Mahkamah Sesyen bernombor KF-A53KJ-54-04/2023. Kedua-dua kes ini dibicarakan bersama kerana kemalangan yang berlaku adalah melibatkan kenderaan Defendan-Defendan yang sama di tempat yang sama di mana kenderaan iaitu sebuah motrtreler milik Defendan-Defendan diletakkan serta Pegawai Penyiasat yang sama.
2
Perbezaan di sini adalah Plaintif-Plaintif yang berbeza dan kenderaan-kenderaan Plaintif adalah berbeza. Selang masa di antara kedua-dua kemalangan adalah selama 4 jam sahaja.
3
Mahkamah menyediakan 2 alasan yang berbeza bagi kedua-dua kes Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
4
Saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak Plaintif bagi memberi keterangan adalah seperti berikut; SP1 : Sarjan Govindasamy a/l Murgaya – Penolong Pegawai Penyiasat Gantian. SP2 : Elvin Junarius – Plaintif bagi kes Mahkamah Majistret SP3 : Karthigeyan a/l Jayacelam – Plaintif bagi kes Mahkamah Sesyen SP4 : John Stanley a/l Arokiasamy – Saksi awam
5
Pihak Defendan-Defendan tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan, maka tiada versi tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku dari pihak Defendan-Defendan.
6
Di akhir perbicaraan, Mahkamah telah memberikan keputusan atas isu liabiliti dan kuantum. Mahkamah telah memutuskan bahawa di atas isu liabiliti Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% ke atas kedua-dua kes. B.
7
Terdapat satu versi sahaja daripada pihak Plaintif yang menceritakan bagaimana kemalangan bagi kes ini berlaku.
8
Pada tarikh 19.7.2019, jam lebih kurang 9.15 malam semasa Plaintif sedang menunggang motosikal hendak pulang ke rumah di Padang Serai menggunakan Jalan Bagan telah terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah mototreler milik Defendan-Defendan yang diletakkan di tepi jalan.
9
Perlanggaran tersebut berlaku apabila Plaintif yang sedang menunggang motosikal telah melihat terdapat perarakan kavadi dari arah bertentangan di atas jalan. Apabila motosikal Plaintif berada bersebelahan dengan perarakan kavadi tersebut, sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran yang tidak diketahui, datang dari arah bertentangan motosikal Plaintif telah memotong perarakan kavadi tersebut dan masuk ke laluan motosikal Plaintif. Akibat daripada jarak yang dekat di antara kedua-dua kenderaan tersebut, Plaintif telah mengelak ke kiri dan berlanggar dengan bahagian bucu kanan motortreler tersebut dan telah terjatuh serta mendapat kecederaan.
10
Berdasarkan kepada keterangan Plaintif, kenderaan motortreler tersebut telah menghalang laluan Plaintif.
11
Pegawai Penyiasat (SP1) yang mengambil alih kertas siasatan dari Pegawai Penyiasat asal iaitu Sarjan Abdul Muiz bin Husin yang telah bertukar ke cawangan lain, menyatakan di dalam keterangannya bahawa terdapat 3 laporan polis dibuat oleh pihak- pihak di dalam kes ini termasuk satu laporan polis oleh pihak Defendan Pertama.
12
Berdasarkan kepada siasatan oleh Pegawai Penyiasat asal, terdapat rajah kasar yang dilukis oleh Sarjan Abdul Muizz tetapi tiada sebarang gambar kejadian atau tempat kejadian telah diambil.
13
Hasil siasatan oleh pegawai penyiasat asal bagi kes Mahkamah Sesyen mendapati bahawa Defendan telah mewujudkan satu halangan kepada pengguna jalan di jalan tersebut pada masa material sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Defendan Pertama telah di saman di bawah Rule 16 LN 166/59 dan saman tersebut telah dibayar oleh Defendan Pertama. C.
14
Isu yang menjadi pertikaian di sini adalah samaada Defendan Pertama (Pemandu Motortreler) telah cuai di dalam meletakkan kenderaannya di tepi atas jalan semasa kemalangan berlaku.
15
Berdasarkan kepada hujahan pihak Defendan-Defendan, pihak Defendan-Defendan tidak menafikan fakta oleh pihak Plaintif tetapi dengan tegas menyatakan bahawa pihak Plaintif turut sumbang cuai di dalam kemalangan ini yang mewajarkan liabiliti dibahagi secara sama rata di antara Plaintif dan Defendan-Defendan.
16
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan. Di sini Mahkamah mendapati bahawa keberadaan motortreler Defendan-Defendan pada tempat yang tidak sewajarnya telah menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Plaintif.
17
Di dalam menentukan liabiliti ini, Plaintif sebagai pengguna jalan raya tersebut mempunyai hak untuk menggunakannya dengan selamat. Tetapi disebabkan oleh keberadaan motortreler tersebut di laluan Plaintif, Plaintif telah mendapat kecederaan.
18
Melihat kepada cara kemalangan tersebut berlaku, tidak dapat dinafikan bahawa punca awal adalah disebabkan oleh sebuah motosikal yang telah memotong dan memasuki ke laluan Plaintif dan menyebabkan Plaintif telah mengambil tindakan untuk membelok ke kiri untuk mengelak dari bertembung dengan motosikal tersebut dan ini adalah satu tindakan yang munasabah dilakukan oleh Plaintif.
19
Situasi menjadi lebih buruk dengan keberadaan motortreler tersebut di tepi jalan pada tempat yang tidak sewajarnya di parkir. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa kemalangan ini tidak akan berlaku sekiranya motortreler tersebut tidak di letakkan di tempat tersebut pada peringkat awal. Ini kerana, keadaan dan cara motortreler tersebut di parkir menyebabkan Plaintif telah kehilangan peluang untuk mengelak dengan selamat dari kemalangan dengan motosikal tersebut.
20
Sebelum itu, Mahkamah juga telah menilai bukti dan keterangan berkenaan dengan kedudukan motortreler tersebut semasa kemalangan tersebut berlaku. Saksi-saksi Plaintif telah dirujuk dengan gambar kedudukan motortreler semasa kemalangan ini berlaku.
21
Gambar-gambar di ekshibit P9 [A-K], terutamanya di gambar A dan C jelas menunjukkan bahawa sebahagian badan motortreler tersebut berada di atas jalan di kawasan yang mempunyai garisan kuning. Walaupun di dalam rajah kasar yang dilukis oleh Pegawai Penyiasat asal mendapati tiada garisan kuning dilakarkan, Mahkamah masih menerima keterangan saksi lain dan gambar yang menunjukkan bahawa terdapat garisan kuning di atas jalan. Perkara ini tidak dicabar oleh pihak Defendan-Defendan.
22
Merujuk kepada Kaedah 8A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dengan jelas menyatakan berkenaan dengan garisan kuning di atas jalan seperti berikut;
8A
No Person No person shall drive or ride a vehicle into a street or a road junction and cause such vehicle to remain over yellow lines which are diagonally drawn or marked within segments of any shape or dimensions over such street or road junction, notwithstanding that the light signals controlling the movements of vehicular traffic permits him to do so.
23
Berdasarkan kepada autoriti di atas, perkataan “shall” dengan jelas menyatakan larangan bersifat mandatori untuk tiada sebarang kenderaan diletakkan di kawasan yang mempunyai garisan kuning dan garisan berkembar di atas jalan. Maka Tindakan Defendan Pertama meletakkan kenderaan motortreler di atas jalan di tempat berlakunya kemalangan adalah jelas melanggar undang-undang dan menjadi punca kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif.
24
Disamping itu, pihak Plaintif juga berhujah bahawa keadaan dan kedudukan motortreler tersebut yang diletakkan di atas jalan telah memberi halangan kepada Plaintif untuk menggunakan jalan tersebut dengan selamat. Mahkamah bersetuju dengan hujahan ni.
25
Apabila meneliti kedudukan motortreler di atas jalan dan menilai keadaan perjalanan Plaintif dan tindakan Plaintif yang mengelak dari terlibat kemalangan dengan motosikal, ianya adalah jelas bahawa punca kemalangan ini adalah disebabkan oleh motortreler tersebut yang telah menghalang dan mencipta halangan kepada pengguna jalan yang lain terutamanya Plaintif di dalam kes ini.
26
Sekiranya motortreler tersebut tidak diletakkan di tempat dan masa tersebut, yang mana jelas telah melanggar peruntukan undang-undang, maka sudah tentu kemalangan ini tidak akan berlaku di antara motosikal Plaintif dan motortreler Defendan-Defendan.
27
Mahkamah merujuk kepada kes Lai Kong Loke v & Anor v Ting See Leng [2017] 2 CLJ 324 yang menyatakan seperti berikut; The parking at those places is illegal because it is parked on a yellow line and near a corner, an act prohibited under the Road Traffic Rules 1959.
28
Disamping itu, tiada sebarang tanda amaran diletakkan oleh Defendan Pertama di mana-mana bahagian jalan untuk memberi makluman atau notis secukupnya kepada pengguna jalan yang lain untuk berhati-hati bagi mengambil tindakan berwaspada bahawa motortreler tersebut berada dan berhenti di jalan tersebut. Beban pembuktian ini adalah terletak kepada bahu Defendan-Defendan untuk menunjukkan bahawa wujud tanda amaran dan notis secukupnya telah diberikan kepada pengguna jalan raya bahawa motortreler telah diletakkan di atas jalan tersebut di kawasan garisan kuning dan garisan berkembar.
29
Mahkamah merujuk kepada Kaedah 16 Kaedah-Kaedah lalulintas 1959 menyatakan seperti berikut berkenaan dengan kenderaan yang mewujudkan halangan
16
Obstruction
1
No driver in charge of a vehicle shall cause or permit the vehicle on a road so as to cause any unnecessary obstruction thereof.
2
No driver in charge of any vehicle shall draw up or stop such vehicle in any public road or street except parallel with and as close to the left hand side of the roadway and as close to the edge as possible unless otherwise directed by notices, signs or lines or by a police officer in uniform engaged in the regulation of traffic;
3
Provided that in a one way road or street, a vehicle may be drawn up or stopped on either side of the roadway but so that it faces in the direction in which traffic may lawfully move.
30
Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menjelaskan berkenaan dengan halangan oleh kenderaan ke atas pengguna jalan raya yang lain seperti berikut;
1
If any driver of a motor vehicle causes or permits such motor vehicle to remain at rest on any road in such a position or in such a condition or in such circumstances as to be likely to cause danger, obstruction or undue inconvenience to other users of the road or to traffic, he shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit or to imprisonment for a term of not less than one year or to both.
31
Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dengan jelas menyatakan larangan untuk kenderaan memberi halangan kepada kenderaan-kenderaan lain yang menggunkan jalan raya. Tambahan lagi di dalam kes ini, tiada sebarang tanda amaran diletakkan oleh Defendan Pertama di bahagian belakang motortreler untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain akan kewujudan motortreler tersebut.
32
Kesan dari kegagalan pihak Defendan Pertama meletakkan sebarang tanda amaran adalah punca dan penyebab kepada kemalangan dan kecederaan kepada Plaintif berlaku. Keterangan dari SP4 dan gambar-gambar yang dirakamkan di tempat kejadian telah menunjukkan bahawa tiada sebarang tanda amaran diletakkan di mana-mana bahagian motortreler tersebut.
33
Pihak Plaintif merujuk kepada kepada kes Ahmad Farhan Ahmad Ghazali v Tai Siew Moi & Anor [2024] PILRU 46 yang mana Mahkamah bersetuju dengan kes ini yang menyatakan seperti berikut; “Even if SD1’s version was true, SD1 would still be liable for creating a dangerous obstruction to other road users… Exhibit P2 revealed that SD1 failed to put any triangle warning sign or cones to warn the traffic that Hilux had an emergency brake down”
34
Disamping itu, pihak Defendan-Defendan gagal untuk mengemukakan ke Mahkamah alasan yang munasabah atau sebab kepada tindakan Defendan Pertama meletakkan kenderaan di tempat tersebut. Merujuk kepada keterangan SP1 yang hadir memberi keterangan di Mahkamah, tiada sebarang alasan dikemukakan oleh Defendan Pertama samaada melalui Laporan polis yang dibuat atau melalui keterangan yang diberikan kepada pegawai penyiasat.
35
Pihak Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif turut sama rata sumbang cuai kepada kemalangan ini sehingga ke peringkat 50% di mana Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah tahu kewujudan motortreler tersebut yang diletakkan di tepi jalan dan gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kemalangan ini berlaku. Pihak Defendan-Defendan juga merujuk kepada kes Leenesh Vijaya & Anor v Yap Chiew Sun [2017] MLRHU 1502 sebagai sokongan untuk menyatakan bahawa wujud sumbang cuai oleh Plaintif.
36
Mahkamah telah meneliti kes tersebut dan kes tersebut dapat dibezakan dengan kes ini. Di dalam kes tersebut, isu yang dibangkitkan adalah kegagalan pihak Plaintif untuk memberhentikan kenderaannya daripada melanggar kenderaan yang statik dan tidak bergerak dan kegagalan Plaintif di dalam kes tersebut untuk mengelak kemalangan apabila Plaintif mampu dan berpeluang untuk melakukan elakan.
37
Tetapi di dalam kes ini, tindakan Plaintif yang mengelak kenderaan motosikal dan tindakan yang ada dan wajar untuk dilakukan adalah dengan bertindak untuk mengelak ke kiri yang mana wujud kenderaan motortreler Defendan-Defendan. Fakta bagi kedua-dua kes ini dapat dan hendaklah dibezakan.
38
Mahkamah berpendapat bahawa, di dalam situasi tersebut, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk Mahkamah menerima hujahan pihak Defendan-Defendan ini.
39
Melihat kedudukan semua kenderaan di dalam kes ini, iaitu motosikal yang tidak dikenali, motosikal Plaintif dan motortreler Defendan-Defendan, tindakan yang wajar dan patut dilakukan oleh Plaintif adalah mengelak ke kiri daripada mengelak ke arah kanan yang berkemungkinan akan menyebabkan bahaya dan kecederaan yang lebih teruk disebabkan keadaan motosikal-motosikal yang bergerak.
40
Bagi menyokong hujahan pihak Plaintif bahawa tiada sebarang sumbang cuai oleh pihak Plaintif di dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Aziz Ali & Anor v Thiyagu Rajagopal [2014] 10 CLJ 133 yang menyatakan seperti berikut; [9] From the overall evidence adduced by P the SCJ was satisfied that the primary cause of the collision was the negligence of D1 in parking the motor bus at the said spot and causing a wrongful obstruction to P who was then riding on his rightful path. This is nothing more than a pure finding of fact based on his evaluation of the evidence of all the material witness and their credibility, including the silent evidence in the form of the police sketch-plam and key. P made reference to several authorities on obstruction caused to road users, inter alia to Chan Loo Khee v. Lai Siew San & Ors. [1971] CLJU 17; 1 LNS 16 where Ong CJ held; “… If parking a car, however recklessly, so as to cause needlessn obstruction to other road users, were to be held blameless, merely because other motorists could still have room to pass, provided they kept a proper look-out, then it would appear that the deliberate parking of a car anywhere, even in the middle of the highway, should be considered equally excusable, if not justifiable, regardless of the fact that, by reason of such obstruction, other motorists had come to grief by reason of their being not fully alert. In such cases there should, in my opinion, be proper apportionment of blame, depending on the circumstances. But, to exonerate the obstructionist completely – when it is undeniable that, but for the presence of the obstruction, there could not possibily have been an accident – is to ignore the principle of placing the blame fairly on those to be blamed for their acts or omissions. In this age of fast motor transport I think it is the duty of the courts to eschew excessive legalism and to require that every motorist should observe the golden rule of shewing due consideration for other road-users, or suffer the consequences of his failure to do so. [10] Having found as above, the only question left for determination by the SCJ was whether there was any evidence of contributory negligence by P himself. The evidence of P that he had evadrd to the left and collided into the motor bus to avoid an oncoming car that had suddenly encroached into his path was not rebutted or contradicted. The SCJ accepted this version as credible and probable after having heard and considered the evidence of the relevant witnesses. There was nothing to show that he had seriously erred or misdirected himself on the fact in arriving at this finding of fact, which depended to a large extent on the issue of credibility of witnesses. This was an issue essentially for the court to decide.”
41
Menilai dan meneliti keseluruhan kes ini di atas isu liabiliti dengan disokong oleh keterangan yang kukuh bahawa terdapat kecuaian yang jelas dari pihak Defendan-Defendan bahawa Defendan-Defendan telah mewujudkan situasi yang melanggar undang-undang dan kecuaian tindakan dalam meletakkan kenderaan motortreler, maka Mahkamah dengan ini menerima keterangan yang diberikan oleh Plaintif berkenaan dengan mekanisma kemalangan tersebut berlaku.
42
Keputusan Mahkamah untuk meletakkan liability sepenuhnya ke atas Defendan-Defendan adalah wajar, adil dan munasabah bersandarkan kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. D. ALASAN-ALASAN BAGI ISU KUANTUM Gantirugi Am bagi kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif
43
Plaintif menuntut gantirugi am bagi kecederaan-kecederaan yang dialami olehnya. Bagi tuntutan gantirugi am ini, penilaian telah dibuat berdasarkan kepada Laporan-Laporan Perubatan dan Laporan-Laporan Pakar yang difailkan.
44
Adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa di dalam menentukan jumlah gantirugi bagi sesuatu tuntutan, jumlah tuntutan yang dibenarkan hendaklah jumlah yang adil, munasabah, memadai dan tidak melampaui dari jumlah yang sewajarnya. Kes-kes yang menjadi panduan kepada prinsip ini adalah kes Yang Salbiah & Anor v Jamli Harun [1981] CLJU 106; [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292, Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father and Next Friend); Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2
45
Antara kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah sebagaimana berikut; a) Loss of Conciousness dan Retrogade Amnesia : RM 10,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Azmadarmawi b Saupi v Mohd Zamri b Abu Bakar & Anor [2021] 1 PIR [45], sc di mana Mahkamah telah mengaward gantirugi RM 20,000 bagi loss of consciousness with retrograde amnesia dan kes Halimi bin Ahmad v Jothi Lingam a/l Radhakrishnan & Anor [2018] PIR [4], di mana Mahkamah telah mengawardkan gantirugi sebanyak RM 10,000.00 bagi cerebral concussion. Defendan sebaliknya berhujah bahawa RM 20,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini bersama dengan kecederaan traumatic brain injury. Setelah Mahkamah meneliti isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi sebanyak RM 10,000.00 bagi kedua-dua keadaan Plaintif tersebut adalah wajar dan sesuai dengan merujuk juga kepada compendium. Mahkamah berpendapat bahawa kecederaan bagi Loss of Consciousness dan Retrograde Amnesia boleh berdiri sendiri tanpa perlu digabungkan dengan kecederaan traumatic brain injury. b) Traumatic Brain Injury With Frontal Contusion : RM 50,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 70,000.00 dengan merujuk kepada kes Muhamad Hafiz bin Mohd Fauzi (seorang yang tidak berkeupayaan melalui Mohd Fuzi bin Ibrahim sebagai wakil litigasinya) v Kennedy bin Lupin & Anor [2024] 2 PIR [26], kes Syamsul Azli bin Nazari v Saiful bin Safuan [2018] 2 PIR [19], kes Razali @ Mohd Leey bin Subeh v Safwa Global Venture [M] Sdn Bhd & Anor [2024] 1 PIR [59] di mana Mahkamah telah mengaward gantirugi RM 50,000 sehingga RM 70,000.00 bagi mild head injury dan traumatic brain injury. Pihak Defendan sebaliknya berhujah bahawa award sebanyak RM 20,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini bersama dengan kecederaan loss of consciousness. Setelah Mahkamah meneliti isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi sebanyak RM 50,000.00 adalah wajar dan sesuai dengan merujuk juga kepada kes Razali @ Mohd Leey bin Subeh. Mahkamah berpendapat bahawa kecederaan yang dialami ini juga melibatkan kecederaan dalaman iaitu intracranial hemorrhage. c) Open Fracture Left Proximal Phalanx of 2nd Toe : RM 6,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 10,000.00 dengan merujuk kepada kes Syukur bin Che Salleh v Mohd Taupief bin Hussin & Anor (And Another Suit ) [2015] 2 PIR [13] dan kes Govindasamy a/l Subbiah v Arumugam a/l Vengidasamy & Anor [2015] 1 PIR [40] di mana Mahkamah telah mengaward gantirugi di antara RM 8,000 dan RM 12,000.00. Defendan sebaliknya berhujah bahawa RM 4,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini bersandarkan kepada compendium. Mahkamah memutuskan bahawa gantirugi sebanyak RM 6,000.00 bagi kecederaan ini adalah wajar dan sesuai dengan merujuk juga bersandarkan kepada compendium di mana jumlah ini adalah tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi. d) Multiple Deep Laceration Wounds With Barasion Wound Over Bilateral Upper Limb and Lower Limb : RM 10,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Mohd Safiq b Jamil v Yaman b Miskan & Anor [2020] 2 PIR [58], kes Cheong Kah Leng v Cheah Yee Tat [2013] 2 PIR [57] dan kes Razali @ Mohd Leey bin Subeh v Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd & Anor [2024] 1 PIR, di mana Mahkamah telah mengawardkan gantirugi di dalam purata sebanyak RM 20,000.00. Defendan sebaliknya berhujah bahawa RM 5,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada compendium. Setelah Mahkamah meneliti isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi sebanyak RM 10,000.00 bagi kecederaan ini di mana jumlah ini tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Walaupun kecederaan ini terdapat pada bahagian kiri muka, namun tidak dijelaskan bagaimana teruk keadaan tersebut. Maka jumlah RM 10,000.00 adalah wajar e) Whiplash Neck Injury : RM 15,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 15,000.00 dengan merujuk kepada kes Rosni Yanti binti Abd Manap v Ariffin bin Saad & Anor [2015] 2 PIR [51], di mana Mahkamah telah mengaward gantirugi sebanyak RM 15,000 bagi kecederaan ini. Defendan sebaliknya berhujah bahawa RM 10,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini. Setelah Mahkamah meneliti isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi sebanyak RM 15,000.00 adalah wajar dan sesuai dengan merujuk juga kepada kes yang dikemukakan oleh pihak Plaintif dan juga compendium. Gantirugi Khas Yang Dituntut oleh Plaintif
46
Pihak Plaintif juga menuntut gantirugi khas seperti berikut dan jumlah gantirugi khas tersebut yang dibenarkan adalah seperti berikut; i) Item (a), (b), (c) dan (d) : dibenarkan di bawah kos ii) Item (e) : Perbelanjaan perubatan di Hospital Pantai, Penang : RM 17,724.90 iii) Item (f) : dibenarkan (RM 100 x 6 hari : RM 600.00) iv) Item (g) : dibenarkan (RM 100 x 2 hari : RM 200.00) v) Item (h) : dibenarkan RM 100.00 vi) Item (i) : dibenarkan RM 771.50
47
Pihak-pihak berhujah berkenaan dengan tuntutan bagi perbelanjaan perubatan di Hospital Pantai, Penang iaitu sebuah hospital swasta yang mana perbelanjaan bagi rawatan tersebut telah dibayar oleh insuran bagi pihak Plaintif.
48
Pihak Plaintif berhujah bahawa kes undang-undang yang membenarkan pihak Plaintif menuntut jumlah tersebut iaitu kes Tinagar a/l Murthy v Yuen Soon Wei (2019) 2 PIR (2) dan kes Tan Lui Hui & Anor v Nik Ahmad Farez bin Nik Ghazali (2024) 1 PIR (22). Kedua-dua kes ini merujuk dan menggunapakai kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dr Kok Choong Seng & Anor v Soo Cheng Lin [2017] 6 AMR 609.
49
Pihak Defendan menawarkan untuk Plaintif menuntut 1/3 dari jumlah keseluruhan bayaran yang telah dibuat atas alasan bahawa tiada alasan dikemukakan oleh Plaintif mengapa Plaintif tidak mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan.
50
Mahkamah percaya bahawa juga terdapat kes yang tidak membenarkan untuk Plaintif menuntut bagi perbelanjaan ini. Namun, di atas pertimbangan bahawa perbelanjaan untuk rawatan ini tidak akan berlaku jika tidak kerana kecuaian Defendan, maka Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa bersandarkan kepada kes yang terbaharu ini, Mahkamah ini adalah terikat dan wajar untuk membenarkan tuntutan penuh bagi jumlah bayaran yang telah dibayar oleh pihak insuran mewakili pihak Plaintif.
51
Isu utama lain di dalam kes ini adalah berkenaan dengan bidangkuasa bagi jumlah tuntutan yang patut dibenarkan oleh Mahkamah kerana jumlah tuntutan yang dibenarkan bagi gantirugi am dan gantirugi khas adalah melebihi RM100,000.00 di mana jelas kes ini telah didaftarkan di Mahkamah Majistret.
52
Mahkamah berpendapat bahawa, walaupun kes ini dibicarakan bersama kes Mahkamah Sesyen di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen, ianya tidak memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Sesyen untuk mengawardkan jumlah tuntutan melebihi
53
Oleh yang demikian, setelah meneliti jumlah pertusan untuk gantrugi am dan gantirugi khas yang diberikan oleh Mahkamah di dalam anggaran 90% - 10%, menetapkan jumlah tuntutan bagi gantirugi am dan khas adalah seperti berikut; i) Gantirugi Am : dibenarkan RM 90,000.00 ii) Gantirugi Khas : dibenarkan RM 10,000.00
54
Keputusan Mahkamah untuk membenarkan tuntutan gantirugi am dan khas ini adalah wajar, adil dan munasabah atas keadaan kecederaan dan kerugian yang dialami oleh pihak Plaintif.
55
Mahkamah membenarkan kos tindakan mengikut skala dan faedah seperti berikut;
i
Faedah 5% ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman;
II
(ii) 2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; dan
III
(iii) 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 31 Mac 2026 Peguamcara Plaintif : Tetuan Bala & Naidu Peguamcara Defenden-Defenden : Tetuan V. P. Nathan & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.