Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; dan (c) Berat dadah tidak kurang 5gram dan tidak lebih 30gram dadah jenis Methamphetamine sepertimana peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen Pertama : Barang kes dadah adalah dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT [28] Bagi elemen pertama, Mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, di mana YA Hakim Mahkamah Rayuan, Thomson dalam mentafsirkan terma milikan telah menyatakan yang berikut:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):-- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." (emphasis ours) To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. … If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence. [29] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “If there is assent to the control of a thing, either after having the means of knowledge of what the thing is or contains or being unmindful whether there are means of knowledge or not, then ordinarily there will be possession. If there is some momentary custody of a thing without any knowledge or means of knowledge of what the thing is or contains then, ordinarily, I would suppose that there would not be possession. If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the thing in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them.." [30] Berdasarkan nas-nas otoriti di atas, ia jelas bahawa dadah yang dijumpai dalam beg plastik P5B yang berada di dalam poket kanan seluar jeans pendek P5A yang dipakai oleh OKT ketika tangkapan berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT. Ini kerana ketika pemeriksaan dijalankan oleh SP7, OKT sedang memakai seluar P5A tersebut yang mana menunjukkan proximity OKT dengan barang kes dadah yang dijumpai. Keterangan ini disokong oleh SP5 sebagai pegawai penyiasat serta dengan ekshibit P7 dan P8 yang telah ditandatangani oleh OKT sendiri. [31] Seterusnya dengan jelasnya isu milikan, Mahkamah merujuk kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes Surentheran Selvarajah v PP [2005] 2 CLJ 264 yang mana ianya jelas bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. Dengan itu, Mahkamah mendapati proximity barang kes yang berada di atas badan OKT (di dalam seluar yang dipakai oleh OKT sendiri) serta serta anggapan seksyen 37(d) tersebut menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. [32] Walau bagaimanapun, pihak pembelaan telah membangkit beberapa isu berkenaan elemen ini iaitu : (a) Persamaan fakta dalam P7, D18 dan D19 menimbulkan keraguan; (b) Keterangan SP7 tergolong sebagai suatu yang tidak terlalu munasabah untuk dipercayai (“inherently improbable”); dan (c) P7 merupakan maklumat pertama di bawah seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah (“first information”) dan kesannya terhadap kebolehpercayaan siasatan [33] Di sini, Mahkamah mempunyai tugas untuk meneliti sama ada isu-isu tersebut menyangkal elemen pertama ini atau tidak. Bagi isu pertama dan kedua, Mahkamah merujuk semula kepada P7, D18 dan D19 bersama dengan keterangan SP7 dimana SP7 menjelaskan bahawa persamaan antara ketiga-tiga laporan polis tersebut adalah kerana laporan dibuat mengikut format repot tangkapan supaya ia tidak bercelaru. SP7 juga telah menjelaskan bahawa penemuan dadah di tempat yang sama dalam ketiga-tiga laporan tersebut adalah kebetulan semata-mata. Namun pihak pembelaan telah berhujah bahawa persamaan yang ketara ini tidak boleh dianggap sebagai format semata-mata dan keterangan SP7 tergolong sebagai suatu yang tidak terlalu munasabah untuk dipercayai (“inherently improbable”). [34] Berdasarkan fakta dalam kes ini, persoalan yang timbul bagi Mahkamah adalah seperti berikut: (a) adakah persamaan antara P7, D18 dan D19 yang dikatakan adalah kerana format repot tangkapan suatu keterangan yang sememangnya mustahil? (b) adakah penemuan dadah dalam poket kanan seluar yang dipakai oleh ketiga-tiga OKT dalam ketiga-tiga laporan tersebut di tempat tangkapan yang sama yang dikatakan adalah kebetulan sememangnya mustahil? [35] Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, Mahkamah merujuk kepada kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan iaitu kes PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dimana dinyatakan seperti berikut: “…….When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it became the business of the Magistrate to decide whether or not to should be accepted. In the absence of contradiction, however and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [36] Mahkamah juga merujuk kepada kes Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21 di mana Mahkamah Pesekutuan memutuskan seperti berikut: “[55]... PW5 was a police witness. The learned trial judge found him to be a credible witness. It is true that the prosecution’s case rested solely on the evidence on PW5. However, under the law there is no requirement for his evidence to be corroborated. The learned trial judge believed PW5 and as such his evidence was sufficient to establish the case for the prosecution. Any requirement for PW5’s evidence to be corroborated will conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for proof of any fact (see Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85)...” [37] Rujukan dibuat juga kepada kes PP v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut: “...It must be borne in mind that s. 114 illustration (c) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1975] Cri LI 1630, the Punjabi & Haryana Court held at p. 1631 as follows: It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons, and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds...” [38] Bagi persoalan pertama, Mahkamah mendapati keterangan SP7 bahawa persamaan antara ketiga-tiga laporan polis tersebut kerana ia format repot tangkapan merupakan suatu keterangan yang boleh dipercayai. Mahkamah juga mendapati penjelasan SP7 bahawa ia format supaya tidak bercelaru merupakan suatu penjelasan yang munasabah kerana SP7 sebagai pegawai tangkapan sememangnya akan membuat tangkapan yang berbeza-beza dalam tugasannya dan ianya munasabah bagi SP7 menggunakan format tertentu dalam membuat suatu laporan supaya laporan tersebut tidak bercelaru. [39] Lanjutan dalam isu ini, pihak pembelaan juga telah membangkitkan isu dimana SP7 gagal memberikan penjelasan yang memadai di bahagian mana laporan tersebut merupakan format standard dan mana yang merupakan fakta sebenar. Di sini Mahkamah mendapati sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak pembelaan tidak menimbulkan persoalan ini kepada SP7 dalam pemeriksaan balas. Mahkamah merujuk kepada kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa “...A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on thematter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant's trouser pockets remains unshaken. On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witnesson a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony...” [40] Di sini Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa kegagalan pihak pembelaan untuk menyoal saksi dalam pemeriksaan balas boleh menjadikannya sebagai “general rule” suatu fakta yang tidak disangkal, namun “exceptions” adalah terpakai apabila “… the story is itself of an incredible or romancing character,or the abstention arises from mere motives of delicacy … or when counsel indicates that he is merely abstaining for convenience, e.g., to save time...” [41] Di sini Mahkamah mendapati kegagalan pihak pembelaan untuk membangkitkan persoalan ini kepada SP7 tentang bahagian mana adalah format telah tidak menyangkal fakta itu. Keterangan SP7 bahawa ianya format supaya keterangan tidak bercelaru masih utuh dan tidak terusik. [42] Bagi persoalan kedua, Mahkamah juga mendapati penjelasan SP7 bahawa penemuan dadah dalam poket kanan seluar yang dipakai oleh ketiga-tiga OKT dalam ketiga-tiga laporan tersebut di tempat tangkapan yang sama adalah suatu kebetulan, merupakan suatu keterangan yang sememangnya tidak mustahil. Walaupun penemuan dadah bagi setiap kes adalah berbeza, ianya tidak mustahil bagi dadah dijumpai dalam poket kanan seluar tiga orang OKT di tempat yang sama tetapi waktu yang beza. Mahkamah juga mendapati tiada sebab munasabah untuk menjadikannya mustahil kerana sememangnya ia adalah suatu norma manusia untuk menyimpan barang peribadi dalam poket seluar yang dipakai. [43] Mahkamah juga mendapati versi pembelaan bahawa mereka bertiga ditangkap bersama ketika dalam perjalanan pulang ke rumah semata-mata kerana penama Jack Louis adalah adik OKT manakala penama Raj Kumar adalah kawan OKT adalah tanpa asas kerana ia tidak semestinya mereka perlu berada bersama ketika ditangkap. Ianya tidak mustahil mereka ditangkap secara berasingan di tempat yang sama dengan dadah dalam poket seluar masing-masing. Oleh itu bagi isu pertama dan kedua ini, Mahkamah mendapati tiada sebab munasabah yang timbul bagi menolak atau meragui keterangan SP7 dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai polis dan keterangan SP7 sememangnya tidak mustahil. [44] Seterusnya bagi isu ketiga, pihak pembelaan berhujah bahawa P7 merupakan maklumat pertama di bawah seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah (“first information”). Oleh itu alasan persamaan antara P7, D18 dan D18 berdasarkan format adalah tidak boleh diterima dan menimbulkan keraguan serius terhadap kesahihannya. [45] Di sini Mahkamah merujuk kepada seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut: “(1) Every information relating to the commission of an offence, if given orally to an officer in charge of a police station, shall be reduced to writing by him or under his direction and be read over to the informant” [46] Mahkamah juga merujuk kepada kes Timhar Jimdani Ong And Anor v. Public Prosecutor [2010] 1 MLJ 775 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “...It is a formal procedure undertaken by the police following the arrest of a suspect to a crime. It is a first information report to facilitate further investigation. It puts the wheels of investigation into a crime in action. It need not, in our view, particularise all the details of actions taken or observations made by the arresting officer. A first information report or any police report need not contain the entire case for the prosecution. Its main purpose is merely to give information of an offence. The information contained in the police report, thus may only state the brief details of the time, and place of the alleged offence and the particulars of the offenders if available. Further details will surely be recorded later by the investigating officer in any statements recorded from potential witnesses including that of the arresting officer himself. Thus any omission or shortcomings in that police report cannot in our view be fatal to the prosecution’s case or be held to be materially inconsistent with its narration of the facts during the trial...” [47] Berdasarkan peruntukan dan nas otoriti ini, suatu laporan polis maklumat pertama (FIR) adalah dibuat sebagai maklumat pertama kepada pihak polis bagi memulakan suatu siasatan. Laporan tersebut hanya menyatakan secara ringkas berkenaan perkara seperti masa, tempat dan jenis kesalahan, dan tidak akan mengandungi kesemua butiran kes pendakwaan. [48] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati ianya jelas bahawa P7 adalah suatu laporan berbentuk FIR yang mana mengandungi maklumat ringkas mengenai tangkapan OKT. Mahkamah seterusnya mendapati persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan sama ada SP7 boleh menggunakan format tetap dalam penyediaan suatu FIR adalah tidak munasabah kerana tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan bagaimana suatu FIR harus ditulis. Perkara utama dalam penulisan FIR bukan bergantung kepada format tetapi seharusnya mengandungi maklumat ringkas bagi memulakan siasatan. Juga hujahan pihak pembelaan bahawa fakta material seperti tarikh, lokasi tangkapan, keadaan suspek serta cara penemuan harus dinilai berdasarkan setiap kes juga adalah tidak utuh kerana P7, D18 dan D18 mengandungi maklumat-maklumat yang sepatutnya dalam suatu FIR berdasarkan tangkapan masing-masing. Justeru, Mahkamah dapati isu ketiga ini tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah. [49] Oleh itu, Mahkamah mendapati dengan mengambil kira nas-nas otoriti serta fakta bahawa barang kes dijumpai dalam seluar yang dipakai oleh OKT ketika tangkapan, Mahkamah mendapati bahawa barang kes dadah tersebut berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT dan elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua : Barang kes dadah adalah dadah berbahaya jenis Methampethamine seperti mana dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [50] Bagi elemen ini, Mahkamah telah meneliti semula keterangan secara menyeluruh dan mendapati bahawa barang kes dadah yang dirampas dan dianalisa adalah dadah jenis Methamphetamine. Ini kerana SP4 sebagai pegawai kimia telah mengesahkan hasil analisanya dengan jelas bahawa dadah tersebut adalah 6.10g Methamphethamine. [51] Mahkamah di sini juga mendapati dengan pengalaman dan kepakaran SP4 serta mengambil kira nas otoriti dalam kes Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265 dan Chu Tak Fai v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 201, tiada sebab munasabah untuk mahkamah tidak menerima keterangan pakar SP4. Sepanjang perbicaraan keterangan SP4 adalah konsisten tanpa keterangan lain yang menyangkalnya serta tiada isu berbangkit tentang rangkaian barang kes yang terputus dengan SP4. [52] Justeru mahkamah ini menerima keterangan yang telah diberikan oleh SP4 bahawa berat bersih barang kes dadah tersebut ialah 6.10gram yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti mana disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, Mahkamah mendapati elemen ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Elemen Ketiga : Berat dadah tidak kurang 5gram dan tidak lebih 30gram dadah jenis Methamphetamine sepertimana peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 [53] Bagi elemen ketiga ini, Mahkamah mendapati berat bersih dadah setelah dianalisa oleh SP4 adalah 6.10gram Methamphetamine yang mana ianya jelas termaktub di bawah peruntukkan seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiada isu berbangkit bagi pembuktian elemen ini. Oleh itu, Mahkamah mendapati elemen ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Isu-isu lain [54] Sepanjang perbicaraan berlangsung di tahap pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa pihak polis gagal menjalankan siasatan yang bebas, adil dan menyeluruh terhadap OKT sehingga menjejaskan kebolehpercayaan keseluruhan pendakwaan. Pihak pembelaan telah menegaskan bahawa Mahkamah perlu mengambil kira perbuatan dan niat jahat SP7 yang cuba menyembunyikan fakta mengenai tangkapan D18 dan D19 yang mana telah merosakkan keadilan dan kebolehpercayaan kes. Pihak pendakwaan pula telah berhujah bahawa walaupun pada mulanya SP7 menafikan tangkapan D18 dan D19 ia masih menjadikan SP7 seorang saksi yang boleh dipercayai kerana tangkapan dibuat hampir 3 tahun sebelum perbicaraan yang mana munasabah bagi SP7 untuk lupa. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa percanggahan keterangan SP7 hanya “minor” dan tidak menjejaskan kredibiliti saksi tersebut serta tiada keperluan untuk Pegawai Penyiasat mengaitkan ketiga-tiga kes kerana ia melibatkan tangkapan yang berbeza yang mana disiasat oleh pegawai penyiasat yang berbeza. [55] Di sini Mahkamah merujuk kepada kes Mohamed Alias v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 172 yang mana diputuskan bahawa “…The fact that there are discrepancies in a witness’ testimony does not straight-away make him an unreliable witness and make the whole of his evidence unacceptable. It is open to the court having observed the demeanour of the witness and after careful consideration of such discrepancies to accept parts of the witness’ evidence if it considers them to be true…” [56] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Yusof bin Saruan [2019] 6 MLJ 667 dimana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa “…[30] So, a judge in a courtroom is in no position to place complete faith in demeanour as a guide to honesty. It would be far better to determine the truthfulness of a witness by a critical examination of his testimony with the whole of the evidence adduced at the trial. His testimony may be consistent or inconsistent with the established facts and circumstances or may be corroborated by other evidence at the trial. Certainly, demeanour should be the least weighty element in determining credibility (see Lee Kwai Heong & Anor v Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 528; [2006] 1 CLJ 1043)….” [57] Dengan mengambil kira nas otoriti di atas, Mahkamah tidak boleh menolak keterangan SP7 hanya atas dasar kelakuannya tanpa menilai keterangan SP7 dengan saksi-saksi yang lain. Percanggahan keterangan juga tidak semestinya menjejaskan kredibiliti SP7 atau keterangannya harus ditolak. Oleh itu, setelah meneliti semula keterangan serta “demeanour” SP7, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP7 tidak menjejaskan kredibilitinya kerana ketika perbicaraan tangkapan ketiga-tiga laporan P7, D18 dan D19 telah berlaku hampir 3 tahun yang lalu yang mana adalah munasabah bagi seseorang untuk tidak ingat dengan jelas. Sekali lagi Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (supra) yang mana didapati tiada sebab munasabah untuk Mahkamah tidak mempercayai keterangan SP7 sebagai seorang pegawai polis. [58] Seterusnya Mahkamah juga mendapati tangkapan dalam laporan P7, D18 dan D19 adalah tangkapan yang berbeza waktu hampir 2 jam, lalu ia tidak berkait antara satu sama lain. Ia tidak semestinya jika tangkapan di tarikh dan tempat yang sama mempunyai kaitan kerana Mahkamah mendapati tempat tangkapan dalam kes ini adalah suatu tempat yang mana orang awam mempunyai akses bebas. Mahkamah juga dapati perbezaan masa tangkapan antara P7 dengan D18 dan D19 iaitu hampir 2 jam kemudian juga memutuskan kaitan antara P7 bersama D18 dan D19. Oleh itu, perbuatan SP7 untuk tidak maklumkan mengenai tangkapan penama Jack Loius dan Raj Kumar kepada SP5 tidak merosakkan keadilan mahupun kebolehpercayaan kes. [59] Setelah membuat penelitian dan pernilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi dan ekshibit yang dikemukakan serta nas-nas otoriti undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. [60] Mahkamah telah terangkan berkenaan tiga (3) kaedah untuk membela diri dan OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [61] Pihak pembelaan telah berhujah seperti berikut : (a) Percanggahan ketara mengenai tangkapan OKT yang melibatkan tangkapan D18 dan D19 panda malam yang sama sehingga menimbulkan keraguan munasabah terhadap kredibiliti SP7 dan mewujudkan kelompangan dalam kes pendakwaan yang tidak dapat dipulihkan i. Versi pembelaan adalah OKT, penama Jack Louis dan Raj Kumar ditangkap bersama pada masa dan di tempat yang sama; ii. Pada awalnya SP7 menafikan tangkapan kedua-dua penama tersebut, namun telah mengubah keterangannya apabila pihak pembelaan mengemukakan D18 dan D19; iii. Permintaan untuk laporan-laporan polis tersebut dibuat banyak kali oleh pihak pembelaan dan Mahkamah namun tiada usaha yang nyata ditunjukkan oleh SP7 untuk menzahirkannya; iv. Keterangan OKT adalah konsisten dari peringkat paling awal dan tidak pernah digugat dan tergoyah; v. Kewujudan penama Jack Louis dan Raj Kumar bukan rekaan semata-mata dan telah disahkan melalui D18 dan D19; vi. D18 dan D19 merekodkan keadaan tangkapan yang sama (pegawai dan anggota polis, tempat dan jenis dadah yang sama); vii. Penjelasan SP7 bahawa persamaan tersebut adalah "formality" bukan muktamad atau meyakinkan. Kes PP v Mohamed Ali (supra) dirujuk; viii. Jika benar tiada relevansi antara P7, D18 dan D19 Maka tiada sebab munasabah untuk SP7 menafikan kewujudan tangkapan lain pada malam yang sama. Keterangan SP7 bukan sahaja "inherently improbable" malah menggambarkan usahanya untuk menyembunyikan atau memutar belitkan fakta material mengenai tangkapan OKT; dan ix. Kegagalan pihak pendakwaan menjelaskan percanggahan material ini telah menjelaskan kredibiliti SP7 dan menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. (b) Pihak polis gagal menjalankan siasatan yang bebas, adil dan menyeluruh, dan kegagalan ini secara langsung menjejaskan kebolehpercayaan kes pendakwaan serta menimbulkan keraguan munasabah yang wajib berpihak kepada OKT i. Perhatian harus diberikan kepada penafian SP7 berhubung tangkapan dan kewujudan D18 dan D19 yang mana akhirnya terpaksa diakui selepas keadaan terdesak; ii. SP7 telah menyembunyikan kedua-dua tangkapan tersebut daripada SP5 yang mana menunjukkan kemungkinan berlakunya ketidaktelusan dan penyalahgunaan kuasa dalam proses siasatan; iii. Tangkapan terhadap OKT tercemar dengan penyembunyian fakta tersebut dan percanggahan nyata antara keterangan antara SP7 dan SP5 mengenai jumlah tangkapan yang berlaku pada 15.5.2022; dan iv. Keterangan yang tidak konsisten ini bukan sahaja melemahkan kredibiliti saksi pendakwaan malah juga menunjukkan wujudnya melemahkan ketara dalam siasatan yang menjadikan asas pertuduhan ini tidak kukuh untuk disabitkan. [62] Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap OKT dan memohon agar OKT dilepaskan dan dibebaskan. HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [63] Pihak pendakwan telah berhujah bahawa pihak pembelaan mempunyai “evidential burden” untuk membuktikan secara “affirmative” perkara-perkara yang dibangkitkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 103 dan 106 Akta Keterangan 1950. [64] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas alasan-alasan berikut : (a) Keterangan OKT bersifat fikiran terkemudian (afterthought). OKT nyatakan semasa pihak polis jalankan pemeriksaan fizikal ke atasnya, tiada apa-apa barang salah dari dirinya dijumpai malah pihak polis telah pergi ke lorong bahagian belakang rumah dan kembali membawa satu (1) bungkus plastik yang telah diserahkan kepadanya. OKT juga nyatakan penama Jack Louis dan Raj Kumar berada di atas jalan berhampirannya ketika itu. Di sini, pihak pendakwaan berhujah tiada laporan polis dibuat oleh OKT walaupun dia mempunyai banyak masa dan peluang, dan seterusnya tiada keterangan yang dapat menyokong naritif tersebut dan ini hanya berbentuk fikiran semula. (b) Keterangan OKT bersifat penafian (bare denial) dan tanpa sokongan (unsubstantiated) i. OKT akui berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam pertuduhan dan memakai seluar P5A; ii. Kedua-dua penama tersebut tidak pernah dikemukakan sebagai saksi oleh pihak pembelaan maka keterangan OKT berkenaan kewujudan mereka adalah tidak kredible dan tidak disokong; iii. Pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa semasa kejadian kedua-dua penama tersebut ditangkap bersama OKT; iv. Kedua-dua penama tersebut telah dituduh di Mahkamah dan telah mengaku salah yang mana menunjukkan bahawa isi kandungan D18 dan D19 adalah benar tentang masa tangkapan yang berbeza; v. Tiada keterangan dari pihak pembelaan bahawa pihak polis membawa satu plastik dari lorong belakang rumah dan diserahkan kepada OKT; vi. Ketika tangkapan dobi tidak beroperasi dan tiada CCTV di kawasan tangkapan; dan vii. Keterangan OKT bahawa dia dipukul oleh SP7 dan diugut oleh polis serta dipaksa untuk tandatangan rakaman percakapan adalah tidak disokong dan berbentuk tomahan tidak berasas kepada pihak polis kerana OKT tidak pernah membuat laporan polis atau memberitahu pegawai penyiasat tentang kejadian tersebut. OKT juga tidak pernah mendapatkan rawatan bagi kecederaan tersebut. Tandatangan OKT di P8 dan rakaman percakapannya adalah sama. [65] Pihak pendakwaan memohon OKT didapati bersalah sepertimana pertuduhan dan dijatuhkan hukuman sewajarnya. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR PERINGKAT PEMBELAAN [66] Setelah Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri dan tiga (3) kaedah membela diri diterangkan, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan hanya OKT telah dipanggil sebagai saksi pembelaan. [67] Di tahap ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 di mana telah dinyatakan seperti berikut: “...The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.The position may be conveniently stated as follows:- a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict. b) If you accept or believe the accused’s explanation Acquit. c) If you do not accept or believe the accused’s explanation Do not convict but consider the next steps below. d) If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit...” [68] Dengan mengambil kira nas otoriti ini, tugas Mahkamah pada tahap ini adalah untuk meneliti sama ada sebarang keraguan telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan atau tidak. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi bersama ekhsibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan atas alasan-alasan berikut: Keterangan yang dikemukakan oleh OKT adalah sekadar keterangan lisan tanpa asas dan bukti yang kukuh [69] Mahkamah mendapati sedemikian kerana keterangan OKT tentang tangkapannya bersama penama Jack Louis dan Raj Kumar pada masa dan di tempat yang sama adalah sekadar keterangan lisan tanpa keterangan sokongan. Pada tahap ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 103 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang menyatakan seperti berikut: 103. “Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. ILLUSTRATIONS (a) A prosecutes B for theft and wishes the court to believe that B admitted the theft to C. A must prove the admission. (b) B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it”. [70] Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, beban pembuktian suatu fakta terletak di atas pihak yang menimbulkan fakta tersebut. Oleh itu, dalam kes ini pihak pembelaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa tangkapan OKT bersama kedua-dua penama tersebut adalah dibuat bersama yang mana Mahkamah dapati tiada sebarang keterangan dikemukakan selain keterangan lisan OKT. Walaupun pihak pembelaan telah berhujah bahawa kewujudan penama Jack Louis dan Raj Kumar bukan rekaan semata-mata dan telah disahkan melalui D18 dan D19 yang mana telah merekodkan keadaan tangkapan yang sama (pegawai dan anggota polis, tempat dan jenis dadah yang sama), Mahkamah dapati ia tidak memadai untuk membuktikan bahawa ketiga-tiga tangkapan adalah dibuat bersama. Malah ekshibit D18 dan D19 menunjukkan bahawa terdapat tiga tangkapan yang berbeza masa di tarikh dan tempat yang sama. Sebagimana yang telah di perenggan [58] di atas, Mahkamah dapati tempat tangkapan adalah suatu tempat awam dan ia munasabah untuk ketiga-tiga tangkapan tersebut dibuat di tempat dan dalam keadaan yang sama pada waktu yang berbeza. [71] Selanjutnya Mahkamah juga mendapati OKT telah menyatakan bahawa dia dipukul, diugut dan dipaksa menandatangan rakaman percakapan oleh pihak polis adalah suatu yang dibuat tanpa sokongan dan sekadar keterangan lisan sahaja. Ini kerana OKT tidak pernah membuat laporan polis bagi melaporkan kejadian itu mahupun memberitahu kepada pegawai penyiasat kes atau menerima rawatan bagi kecederaannya. Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa keterangan tersebut adalah tidak disokong dan berbentuk tomahan tidak berasas kepada pihak polis. Di sini Mahkamah mendapati bahawa adalah tidak munasabah untuk OKT tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi melaporkan perkara ini kerana OKT mempunyai peluang untuk membuat laporan polis atau aduan tentang perbuatan saksi-saksi pendakwaan sepanjang tempoh kes ini berlangsung dari tahun 2022. Oleh itu, sekali lagi keterangan lisan OKT menjadikannya suatu “uncorroborated evidence” dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah lebih-lebih lagi dengan fakta bahawa OKT dan saksi-saksi pendakwaan tidak mempunyai kaitan secara peribadi. [72] Seterusnya, pihak pembelaan juga berhujah bahawa keterangan SP7 bukan sahaja "inherently improbable" malah menggambarkan usahanya untuk menyembunyikan atau memutar belitkan fakta material mengenai tangkapan OKT kerana pada mulanya SP7 telah menafikan tangkapan kedua-dua penama tersebut. Di sini, Mahkamah merujuk semula kepada perenggan [54] di atas yang mana ianya munasabah untuk SP7 tidak ingat tentang kesemua tangkapannya kerana ketika perbicaraan tangkapan dibuat hampir 3 tahun yang lalu. Mahkamah telah dalam kes pihak pendakwaan menerima penjelasan SP7 walaupun telah ditanya banyak kali tentang tangkapan kedua-dua penama tersebut, dia masih menafikan kerana dia terlupa dan di sini pihak pembelaan tidak mengemukakan sebarang keterangan atau bukti (hanya sekadar hujahan lisan) bagi menujukkan bahawa SP7 mempunyai niat untuk menyembunyikan atau memutar belitkan fakta material mengenai tangkapan-tangkapan tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKT di atas tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Keterangan OKT bersifat bare denial [73] Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa keterangan OKT bersifat penafian kerana OKT akui berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam pertuduhan dan memakai seluar P5A, serta kedua-dua penama Jack Louis dan Raj Kumar tidak dipanggil bagi menyokong versi pembelaan. [74] Di sini Mahkamah merujuk kepada kes-kes berikut: (a) DA Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 dimana Mahkamah menyatakan bahawa “...it is settled law that a bare denial is not a defence...” (b) Paramasivan v. PP [1948-1949] MLJ Supp di muka surat 153 dinyatakan “...A bare denial cannot be considered to have raised a doubt let alone a reasonable doubt upon the case of the prosecution. A defence of bare denial is given no weight against the evidence adduced by the prosecution...” (c) PP v. Ku Lip See [1980] 1 LNS 166; [1981] 1 MLJ 258 Mahkamah nyatakan “...A bare denial should not create a reasonable doubt in the mind of the trial judge...” (d) PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 326 Mahkamah nyatakan “...A mere denial without other proof to dislodge the prosecution evidence is not sufficient...” [75] Setelah meneliti semula keterangan saksi-saksi dan OKT, Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKT bahawa barang kes tidak dijumpai dalam poket kanan seluar yang dipakai olehnya malah pihak polis membawa satu plastik dari lorong belakang rumah dan diserahkan kepada OKT adalah suatu keterangan yang berbentuk penafian semata-mata. Ini kerana tanpa pemanggilan penama Jack Loius dan Raj Kumar sebagai saksi, versi pembelaan ini tidak disokong dan adalah dibuat sekadar penafian semata-mata. OKT juga bersetuju bahwa tiada saksi mata atau rakaman CCTV di tempat kejadian yang mana melemahkan lagi versi ini. [76] Seterusnya, versi pembelaan bahawa OKT tidak ditangkap seorang diri malah ditangkap bersama kedua-dua penama tersebut juga merupakan suatu keterangan yang berbentuk penafian semata-mata kerana keterangan tersebut dibuat tanpa pemanggilan kedua-dua penama tersebut bagi mengesahkan versi itu. Sekali lagi dengan ketiadaan saksi mata, rakaman CCTV atau keterangan lain daripada pihak pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa keterangan ini hanya sekadar penafian semata-mata. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKT di atas tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Ketidakpanggilan penama Jack Louis dan Raj Kumar [77] Selanjutnya, pihak pembelaan telah menyatakan di mahkamah terbuka bahawa mereka tidak dapat memanggil penama Jack Louis dan Raj Kumar kerana dipercayai akan berlaku ancaman dan menjejaskan kebebasan keterangan mereka walaupun penama pertama adalah adik OKT dan kedua rakannya. Di sini Mahkamah merujuk kepada kes Devinthiran a/l Manni v Public Prosecutor [2017] 2 MLJ 410 yang mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan “[22] Notwithstanding that it was our view that the non-calling of any particular witness by an accused person is a matter which the trial judge is entitled to consider in assessing the weight of the evidence of the defence; and to consider whether the accused person has succeeded in raising any reasonable doubt on the prosecution case...” [78] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun Bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 di mana Mahkamah telah memperjelaskan bahawa “...I do not think however that I am necessarily precluded from commenting on or taking into consideration the failure to call a particular witness or witnesses in weighing the credibility of the evidence adduced by and for the defence and in viewingthe whole of the material upon which I have to decide in order to determine whether the explanation of the accused has cast a reasonable doubt on the case for the prosecution. I must repeat however and make it abundantly clear that in a criminal case there is no obligation on the defence to call any witness and it is entirely open to the defence to adduce no evidence at all, and all that they need to do is to raise a reasonable doubt when called upon to enter on their defence, though the failure to call any particular witness may be a matter the court can take into account (without however drawing any adverse inference or making any assumption or presumption whatsoever against the defence in that regard), particularly as in this case the potential witnesses were persons in respect of whom the prosecution had probably no cogent means of knowing that they might have any relevant evidence to give until the accused themselves and their witnesses came to give evidence ( Regina v Gallagher [1974] 1 WLR 1204; Public Prosecutor v Lim Kuan Hock [1967] 2 MLJ 114 115; Tay Choo Wah v Public Prosecutor [1976] 2 MLJ 95 100...” [79] Di sini Mahkamah mendapati walaupun pihak pembelaan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memanggil mana-mana saksi, dalam kes ini versi pembelaan bergantung tinggi kepada keterangan kedua-dua penama tersebut yang mana tanpa pemanggilan mereka keterangan OKT hanyalah keterangan lisan yang tidak disokong. Hujahan pihak pembelaan di mahkamah terbuka bahawa mereka tidak dipanggil kerana dipercayai akan berlaku ancaman dan menjejaskan kebebasan keterangan mereka adalah tidak munasabah untuk dipertimbangkan oleh mahkamah kerana tiada unsur sedemikian dibuktikan sepanjang kes bicara berjalan. Oleh itu, Mahkamah mendapati tanpa keterangan penama-penama tersebut versi pembelaan tidak dapat dibuktikan. [80] Setelah meneliti keterangan saksi pembelaan beserta segala dokumen serta bukti-bukti yang telah dikemukakan dan juga mengambilkira pernyataan saksi-saksi kes prima facie sebelum ini, Mahkamah telah membuat maximum evalution terhadap kes prima facie dan kes pembelaan ini. Setelah membaca hujahan bertulis di akhir kes pembelaan yang difailkan oleh pihak-pihak serta merujuk kepada otoriti-otoriti yang berkenaan dan mengambil kira hujahan pihak-pihak di peringkat kes prima facie, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munsabah. Oleh yang demikian, OKT dengan ini disabitkan bersalah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepertimana kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menjemput pihak peguambela membuat rayuan mitigasi sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap OKT. [81] Rayuan oleh peguambela adalah OKT berumur 26 tahun, telah mengalami kemalangan dan sebelum itu bekerja sebagai runner tetapi telah kehilangan kerja akibat kemalangan. Pihak pembelaan juga telah mengemukakan laporan perubatan OKT yang menunjukkan OKT cacar di kaki kiri yang mana sehingga kini OKT masih tidak boleh mencangkung dan jalankan kerjanya. Pihak pembelaan memohon diambil kira jika hukuman sebatan dikenakan ia akan jadikan kecederaan OKT lebih teruk. Oleh itu, pihak pembelaan pohon sebatan diketepikan dan pohon penjara yang ringan dikenakan. [82] Bagi faktor pemberat, Timbalan Pendakwa Raya telah memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dan amaran keras supaya OKT tidak mengulangi kesalahan yang sama. Pihak pendakwaan mohon diambil kira kes telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [83] Setelah mendengar faktor mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberat oleh pihak pendakwaan dan with the aim of deterance and retributive sentence, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa OKT dihukum penjara 3 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 3 kali sebatan, barang kes untuk dilupuskan oleh pihak pendakwaan setelah tamat tempoh rayuan. [84] Peguambela kemudian telah memohon secara lisan untuk pengangguhan hukuman kerana ingin membuat rayuan, OKT mempunyai temu janji kesihatan pada 17 November 2025 (kad rawatan dikemukakan), OKT mungkin akan menjalani pembedahan untuk keluarkan besi di kakinya serta pohon juga ambil kira OKT ada perbicaraan kes sivil Mahkamah Sesyen Selayang. Pihak pembelaan berhujah bahawa ini adalah special circumstances untuk mahkamah pertimbangkan sementara rayuan. [85] Pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan permohonan peguambela dan berhujah bahawa rawatan masih boleh diteruskan di penjara dan OKT masih boleh menghadiri kes sivil dengan sapina mahkamah. Pihak pendakwaan berhujah tiada special circumstance ditunjukkan oleh OKT.Pihak pendakwan pohon jaminan dinaikan dengan syarat tambahan OKT perlu lapor diri di balai jika permohonan ini dibenarkan. [86] Mahkamah telah membenarkan penangguhan keseluruhan hukuman dengan jaminan dinaikkan ke RM8,000.00 dan OKT diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan 2 minggu sekali Disediakan pada 5 Disember 2025 Phulrani Kaur a/p Gurcharon Singh Majistret Mahkamah Majistret Tanjung Malim Timbalan Pendakwaraya : Nor Syahirah Binti Azahar Peguambela : Chris Kooi Wei Kit (YBGK)