Ini adalah permohonan oleh Responden untuk perintah-perintah seperti berikut: i. Suatu perintah untuk Petisyen ini dibatalkan; ii. Secara alternatif, suatu perintah bahawa prosiding berkaitan petisyen ini digantungkan atau suatu perintah untuk menghalang Pempetisyen dari mengambil langkah seterusnya berkaitan petisyen ini sehingga penyelesaian prosiding-prosiding berikut: a. Lee Hyen Sip @ Simon, Aneka Mega Sdn Bhd dan lain-lain v See Hong Cheen @ See Hong Chen, Lega Maju Enterprise Sdn Bhd, YW Lega Taiping Sdn Bhd, Pasti Tunai Jaya Sdn Bhd dan lain-lain (Saman No.: BA-22NCvC-63-02/2025) difailkan pada 14.2.2025 di Mahkamah Tinggi Shah Alam; b. See Hong Cheen @ See Hong Chen v Lee Hyen Sip @ Simon, Aneka Mega Sdn Bhd dan lain-lain (Saman No.: WA 22NCC-344-06/2025) difailkan pada 3.6.2025 di Bahagian Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur; iii. Suatu penggantungan interim kesemua prosiding sehingga penyelesaian permohonan ini; iv. Suatu perintah interim untuk menghalang Pempetisyen dari mengambil tindakan untuk menyerahkan, mengiklankan dan mewartakan Petisyen ini dan/atau notis Petisyen ini, sehingga penyelesaian penuh Permohonan ini; v. Kos permohonan.