Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO. WA-44-153-09/2025 ANTARA EMRANSHAH BIN IBRAHIM ...PEMOHON (NO. K/P : 820320-04-5261)
/akn/my/judgment/high-court/2026/7ef33257-58a3-4898-8e41-053a4faf6a11
High Court of Malaysia27 Feb 2026WA-44-153-09/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Rujuk kes chua Kian Voon (supra), Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor v Awang Sari bin Lasikan [05(HC-69-04-2021(B)], Azizan bin Jusoh v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Lain-Lain [2020] MLJU 366 dan Tamilarasan a/l Subramaniam v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 10 CLJ 163 dan Mu”
“ul Haqimi bin Tuan Ahmad Azahari v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 220 dan Kumaraguru a/l Reithinam lwn Timbalan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain [2021] MLJU 1765 sebagai asas menyokong isu ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this d”
“guasa/Komanden, Pusat Karangan Kedah [2006] 4 CLJ 862, Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351; [2020] 1 CLJ 74, Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz and other cases [2021] MLJU 669 dan tidak perlu diulang atau diulas di sini. [3] Di dalam kes ini, Pemohon telah menimbulkan isu-isu ber”
“ah suatu tindakan rasmi yang dilaksanakan secara teratur. Rujuk kes Govalan Arjuna v Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2016] 1 CLJ 722 dan Adi Helmi bin A Razak v Menteri Dalam Negeri & Ors [2024] MLJU 2277.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO. WA-44-153-09/2025 ANTARA EMRANSHAH BIN IBRAHIM ...PEMOHON (NO. K/P : 820320-04-5261)
4
PENGUASA, PUSAT PEMULIHAN AKHLAK SIMPANG RENGGAM ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah satu permohonan untuk mendapatkan Writ Habeas Corpus oleh Pemohon dan untuk Pemohon dibebaskan serta merta dari tahanan di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan khas) 1985 (selepas ini disebut sebagai “Akta tersebut”) berdasarkan kepada Perintah Tahanan bertarikh 11.04.2025. [2] Kedudukan dan prinsip undang-undang berkaitan permohonan Writ Habeas Corpus adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 11C Akta tersebut dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Kew Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914, Sathiyamurthi v Penguasa/Komanden, Pusat Karangan Kedah [2006] 4 CLJ 862, Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351; [2020] 1 CLJ 74, Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz and other cases [2021] MLJU 669 dan tidak perlu diulang atau diulas di sini. [3] Di dalam kes ini, Pemohon telah menimbulkan isu-isu berikut:
3
3.1 Ketidakpatuhan terhadap seksyen 28A kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 151(3) Perlembagaan Persekutuan.
3
3.1.1 Peguam Pemohon mendakwa yang Pemohon tidak dimaklumkan sebab-sebab penahanan dan tidak dibenarkan akses untuk menghubungi keluarga.
3
3.1.2 Afidavit jawapan oleh pegawai tangkapan iaitu Insp Muhammad Nizam bin Mohd Zulkafli jelas menunjukkan perkara yang sebaliknya. Pegawai ini adalah pegawai polis yang melakukan tangkapan dan keterangan afidavitnya bukanlah keterangan cakap dengar dan pada hemat saya adalah memadai untuk membuktikan yang alasan tangkapan telah dimaklumkan kepada Pemohon. Rujuk afidavit kandungan 20, muka surat 3 & 4 di perenggan 4 &
5
5.
3
3.1.3 Saya juga mengambilkira bahawa keterangan afidavit ii datangnya dari seorang pejawat awam yang menjalankan tugas rasminya dan tiada sebarang keterangan dikemukakan untuk menunjukkan wujudnya sebarang unsur mala fide, niat jahat ataupun sebarang kepentingan peribadi di sebalik tangkapan yang dilakukan. Keadaan ini mewajarkan pemakaian andaian di bawah seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 bahawa tindakan pegawai ini adalah suatu tindakan rasmi yang dilaksanakan secara teratur. Rujuk kes Govalan Arjuna v Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2016] 1 CLJ 722 dan Adi Helmi bin A Razak v Menteri Dalam Negeri & Ors [2024]
3
3.1.4 Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa isu ini tidak bermerit.
3
3.2 Ketiadaan peranan Pemohon sebagai sebahagian atau sekumpulan orang besar yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya.
3
3.2.1 Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) di dalam afidavitnya telah menyatakan yang beliau telah meneliti dan mempertimbangkan kedua-dua laporan yang dikemukakan di bawah seksyen 3(3) dan seksyen 5(4) Akta tersebut dan telah berpuas hati dengan ketiga-tiga elemen yang dinyatakan dalam kes Selva Vinayagam Sures v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 2 CLJ 29 wujud dan tindakan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut perlu diambil terhadap Pemohon. Rujuk afidavit TMDN kandungan 13, muka surat 3-5 di perenggan 7.
3
3.2.2 Selain dari Perintah, Alasan dan Penyataan Fakta kepada Perintah Tahanan Pemohon di ekshibit DSDSAN-1 Dalam kandungan 13 menunjukkan bahawa Pemohon telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah bersama-sama sekumpulan besar orang dan bukan secara berseorangan.
3
3.2.3 Dalam keadaan ini, saya bersetuju dengan hujahan Responden yang isu ini tidak bermerit.
3
3.3 Kecacatan fatal terhadap Penyataan Fakta Pemohon di mana ianya menjurus kepada suatu Penyataan Fakta yang cacat dan defektif.
3
3.3.1 Pemohon mendakwa bahawa alamat yang dinyatakan dalam perenggan 1 Penyataan Fakta yang dikatakan sebagai tempat Pemohon mengedar dadah atau menjalankan aktiviti pengedaran dadah bukanlah alamat premis Pemohon ataupun yang disewa oleh Pemohon sebaliknya adalah premis individu yang tidak dikenali oleh Pemohon dan Pemohon tidak pernah ke premis tersebut.
3
3.3.2 Isu ini menjurus kepada merit permohonan tahanan yang telah didengar dan diputuskan menurut budi bicara Menteri selepas meneliti dan mempertimbangkan laporan di bawah seksyen 3(3) dan seksyen 5(4) Akta tersebut. Menerusi afidavit jawapan dan balasan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat di kadungan 10 dan 30 dapat dilihat yang isu ini telah dibangkitkan di hadapan Lembaga Penasihat dan telah didapati tidak bermerit.
3
3.3.3 Saya bersetuju dengan hujahan Responden bahawa Semakan Kehakiman sebagaimana permohonan Writ Habeas Corpus bukanlah forum bagi rayuan terhadap keputusan Lembaga Penasihat di mana peruntukan seksyen 11C Akta tersebut adalah terpakai.
3
3.4 Kegagalan pihak Lembaga Penasihat mengemukakan minit prosiding representasi Lembaga Penasihat yang bersidang pada 25.06.2025.
3
3.4.1 Peguam Pemohon telah merujuk kepada kes Mohammad Azanul Haqimi bin Tuan Ahmad Azahari v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 220 dan Kumaraguru a/l Reithinam lwn Timbalan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain [2021] MLJU 1765 sebagai asas menyokong isu ini.
3
3.4.2 Dalam kedua-dua kes ini, terdapat keterangan yang bercanggah dalam keterangan afidavit yang membawa kepada Mahkamah mengeluarkan arahan untuk pihak Responden mengemukakan minit prosiding bagi pengesahan. Kegagalan pihak Responden untuk mematuhi arahan ini dianggap sebagai suatu tindakan yang sengaja diambil untuk menyembunyikan keterangan yang material dan menjurus kepada satu inferen yang tidak memihak kepada Responden.
3
3.4.3 Keadaan ini berbeza dengan kes pada hari ini. Meneliti afidavit-afidavit yang difailkan oleh Responden, saya dapati tiada sebarang percanggahan wujud dalam penyataan-penyataan yang terkandung dalam afidavit-afidavit ini. Responden tidak menafikan malah mengakui yang Pemohon telah membangkitkan isu-isu yang didakwa sewaktu persidangan Lembaga Penasihat berlangsung.
3
3.4.4 Isu-isu ini telah diteliti dan diberikan pertimbangan oleh Lembaga Penasihat dan diputuskan sebagai tidak bermerit. Oleh itu, saya bersetuju bahawa tidak wujud sebarang keperluan untuk minit ini dikemukakan di hadapan mahkamah pada hari ini.
3
3.4.5 Saya menutuskan yang isu ini tidak bermerit.
3
3.5 Ketidakpatuhan prosedur terhadap seksyen 3(2)(c) Akta tersebut.
3
3.5.1 Peguam Pemohon menghujahkan yang tindakan SAC Mazleen binti Mohd Nasir hanya memberikan kebenaran untuk tahanan dilanjutkan melebihi 14 hari pada 26.02.2025 di mana ia dikatakan sepatutnya dikeluarkan tidak lewat dari 21.02.2025 merupakan pelanggaran terhadap seksyen 3(2)(c) Akta tersebut.
3
3.5.2 17.02.2025 merupakan tarikh Pemohon ditangkap di bawah seksyen 3(1) Akta tersebut dan tempoh penahanan 14 hari yang dibenarkan berakhir pada 03.03.2025.
3
3.5.3 Jika dilihat dari kronologi kejadian, didapati:
i
(i) pada 18.02.2025, Insp Zainol Rizad bin Kamal telah memberikan kebenaran untuk Pemohon ditahan selama lebih dari 24 jam, selaras dengan kehendak seksyen 3(2)(a) Akta tersebut;
Subparagraph
(ii) pada 19.02.2025, ASP Jivendran Muthuliyar a/l Chanachi telah memberi kebenaran untuk Pemohon ditahan selama lebih dari 48 jam selaras dengan kehendak seksyen 3(2)(b) Akta tersebut;
Subparagraph
(iii) pada 26.02.2025, DSP Mohd Hanif bin Faroog Ahmad telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan Pemohon kepada SAC Mazleen binti Mohd Nasir, pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3(2)(c) Akta tersebut; dan
Subparagraph
(iv) pada 28.02.2025, SAC Mazleen binti Mohd Nasir telah melaporkan hal penangkapan dan penahanan Pemohon kepada Menteri Dalam Negeri.
3
3.5.4 Saya dapati bahawa semua tindakan ini telah diambil dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 3(2)(c) Akta tersebut dan tidak berlaku apa-apa pelanggaran prosedur seperti yang didakwa oleh Peguam Pemohon.
3
3.5.5 Oleh itu, saya memutuskan yang isu ini adalah tidak bermerit.
3
3.6 Sama ada Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut dibuat secara teratur dan sah di sisi undang-undang.
3
3.6.1 Peguam Pemohon telah menimbulkan 3 perkara yang dijadikan sebagai asas kepada isu ini, iaitu:
i
(i) terdapat kesilapan dalam nombor kad pengenalan Pemohon pada Perintah Tahanan;
Subparagraph
(ii) terdapat perbezaan karaktor/bentuk yang jelas terhadap tandatangan Pemohon pada salinan Perintah Tahanan; dan
Subparagraph
(iii) kelewatan Menteri dalam mengeluarkan Perintah Tahanan.
3
3.6.2 Peguam Pemohon menghujahkan yang nombor kad pengenalan yang dicatit pada Perintah Tahanan adalah 1820320-04-5261 sedangkan nombor kad pengenalan Pemohon adalah 820320-04-5261.
3
3.6.2 Melalui afidavit lanjutan oleh Insp Adilah binti Idris, dinyatakan bahawa tanda “I“ di hadapan angka 8 adalah satu tanda palang yang memisahkan nama Pemohon dan nombor kad pengenalan Pemohon.
3
3.6.3 Saya telah meneliti sendiri dokumen berkenaan dan berpuas hati bahawa ia bukanlah angka 1 sebaliknya hanyalah tanda palang sebagaimana yang dinyatakan dalam afidavit Insp Adilah binti Idris dan hujah Responden.
3
3.6.4 Seterusnya, saya juga bersetuju dengan hujahan Responden bahawa pada pandangan mata kasar saya, tanpa apa-apa keterangan tambahan seperti laporan Pakar Tulisan dari Jabatan Kimia yang dikemukakan oleh Pemohon, kesemua tandatangan pada dokumen yang dikemukakan adalah konsisten dan tiada perbezaan.
3
3.6.5 Peguam Pemohon juga menghujahkan yang terdapat kelewatan melampau selama 15 hari sebelum TMDN mengeluarkan Perintah Tahanan dalam kes ini melanggar peruntukan seksyen 6(1) Akta tersebut yang dibaca bersama seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 & 1967. Kes Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri & Ors [2020] 1 CLJ 747 dijadikan sandaran bagi menyokong hujahan ini.
3
3.6.6 Meneliti kes Chua Kian Voon (supra) yang dijadikan sandaran oleh Responden, saya mendapati ianya merujuk kepada prinsip kesegeraan praktikal bagi tindakan yang perlu diambil dalam melengkapkan kertas siasatan oleh Pegawai Penyiasat Polis dan laporan bertulis pegawai Inkuiri berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 3(3) dan 5(4) Akta tersebut.
3
3.6.7 Saya dapati tiada di mana-mana bahagian seksyen 6 Akta tersebut yang menetapkan tempoh masa bagi TMDN mengeluarkan Perintah Tahanan selepas kedua-dua laporan yang dinyatakan di atas dikemukakan kepada beliau. Tempoh 15 hari yang diambil oleh TMDN dalam kes ini adalah suatu tempoh masa yang munasabah memandangkan TMDN perlu membuat penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat apa-apa keputusan.
3
3.6.8 Dalam keadaan ini, saya memutuskan isu ini tidak bermerit.
3
3.7 Ketidakpatuhan Prosedur terhadap seksyen 3(3) dan 5(4) Akta tersebut dibaca bersama seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 & 1967 disebabkan oleh kelewatan yang tidak munasabah/inordinate delay.
3
3.7.1 Tempoh 19 hari dan 35 hari yang masing-masing diambil oleh Pegawai Penyiasat Polis dan Pegawai Inkuiri dihujahkan oleh peguam responden sebagai suatu tempoh atau kelewatan yang melampau.
3
3.7.2 Melalui afidavit jawapan Pegawai Penyiasat Polis di kandungan 18, di perenggan 14 dan 15, muka surat 11 hingga 17 dan afidavit jawapan Pegawai Inkuiri di kandungan 11 perenggan 10 dan 11, muka surat 5 hingga 9, saya dapati alasan yang dikemukakan bagi menjustifikasikan tempoh ini adalah munasabah dan wajar memandangkan kesemuanya adalah sebahagian dari proses siasatan dan inkuiri. Alasan yang dikemukakan bukan bersifat pentadbiran semata-mata ataupun sebagai bebanan kerja harian. Rujuk kes chua Kian Voon (supra), Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor v Awang Sari bin Lasikan [05(HC-69-04-2021(B)], Azizan bin Jusoh v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Lain-Lain [2020] MLJU 366 dan Tamilarasan a/l Subramaniam v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 10 CLJ 163 dan Muhammad Redzuan bin Omar v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2023] 2 CLJ 859.
3
3.8 Secara keseluruhannya, berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, saya mendapati bahawa pihak Pemohon telah gagal untuk membuktikan sebarang ketidakpatuhan prosedur sama ada yang bersifat mandatori ataupun direktori, jika dilihat dari ruang lingkup seksyen 11C (1) Akta tersebut. KEPUTUSAN [4] Dengan ini, saya memutuskan yang permohonan ini tidak mempunyai sebarang merit dan permohonan oleh Pemohon untuk mendapatkan suatu Writ Habeas Corpus adalah ditolak. Bertarikh : 28 April 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak : Nur Syahidah binti Mohamad Kamil Responden-Responden Peguam Persekutuan Kementerian Dalam Negeri Bagi pihak Pemohon : Musfira binti Mohd Fahmi & Muhammad Amin bin Anuar Tetuan Amin Chambers
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.