any film, negative, tape or other device in which one or more visual images are embodied so as to be capable (as aforesaid) of being reproduced therefrom. [51] Tuan HMS dengan betul memutuskan bahawa pendakwaan telah buktikan bahawa halaman 98 adalah satu halaman yang merupakan dokumen RAHSIA di bawah Akta sama ada disebahagian di 23 dedahkan atau dalam milikan sebahagian halaman 98 ianya tetap RAHSIA. [52] Mahkamah Rayuan di dalam PP v. SUBBARAU @ KAMALANATHAN [2017] 1 LNS 1106 dengan jelas menerangkan maksud ini :- [22] In our view, as the documents in question is the 2014 UPSR examination paper, it is the 2014 UPSR examination paper that were classified and not the draft or the paper on which it is created. For instance, when PW12 classified the document described as Mathematics 035/2 examination paper on 1.7.2014, it was the Mathematics 035/2 examination paper which was classified. We say this in the light of the meaning ascribed to the words 'official secret' includes 'any information and material relating thereto'. Any information and material relating to the said Mathematics 035/2 examination paper would include the information and material contained in all initial and subsequent drafts of the said examination paper and the final version of the examination paper. [23] In the ordinary course of work, the making of a document begins with the creation of an initial draft containing such information and material relating to the document in question. In the case of the initial draft for the Mathematics examination paper for instance, the initial draft would contain instructions, mathematics questions graphs, drawings and other material. Any revisions or amendments to the instructions, questions and materials in the initial draft and subsequent drafts would relate to the Mathematics examination paper - i.e. such information and material relating thereto. [24] Accordingly, we hold that a document which has been classified includes any information and material contained in an initial draft of the document, which contents are official secret 24 once the document has been classified, and the official secret attaches to the any information and material of all subsequent drafts including the final version of the document. [53] Pada perenggan 114 Alasan Penghakiman Tuan HMS menyatakan bahawa dengan tepat tertuduh telah membaca halaman 4.4.5 sehingga 4.4.7 dan juga nota kaki. Dengan mana secara melampaui pembuktian biasa ianya secara prima facie telah membuktikan tertuduh memiliki dan mendedahkan apa yang ada di dalam Halaman 98 tersebut. Tambahan pula tertuduh secara sedar menyatakan yang beliau mendedahkan maklumat RAHSIA. [54] Tuan HMS juga dengan tepat di Alasan Penghakiman memutuskan, di dalam milikan tertuduh dan tertuduh perlu dipanggil membela diri bagi menjawab atau membela diri atas pembuktian elemen-element kesalahan ini oleh pendakwan telah secara maksima menimbangkan bukti dan keterangan dengan merujuk ujian di dalam kes Balachandran v PP [2005]2 MLJ 301. PEMBELAAN TERTUDUH. Tertuduh memilih memberi keterangan tanpa sumpah. [55] Tertuduh telah membaca teks yang disediakan seperti mana D37. Di bawah ini diperturunkan D37 tersebut: 25 “Nama saya Mohd Rafizi Bin Ramli. Saya adalah tertuduh dalam kes ini. Saya telahpun dinasihati oleh peguam saya berkenaan dengan tiga (3) pilihan yang ada pada pihak saya untuk pembelaan saya dalam kes ini. Saya memilih untuk memberi keterangan daripada kandang tertuduh. Dengan izin Mahkamah, saya pohon untuk merujuk kepada dua (2) kertas pertuduhan yang saya hadapi di dalam perbicaraan ini di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Adakah cukup jelas bahawa pertuduhan-pertuduhan ini merujuk kepada kesalahan berkaitan dengan “halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB”. Sepanjang perbicaraan ini sehingga sekarang, pihak pendakwaan belum mengemukakan halaman 98 tersebut tetapi hanya sebahagiaan satu dokumen yang dikatakan daripada muka surat 98 tersebut dan bukan halaman 98 yang lengkap. Dengan tiadanya keseluruhan halaman 98 laporan tersebut sepertimana dalam pertuduhan-pertuduhan terhadap saya maka saya tidak boleh membela diri saya terhadap pertuduhan-pertuduhan ini dengan sempurna kerana ianya menjadi asas pertuduhan-pertuduhan dan tidak ada di hadapan Mahkamah yang mulia ini. Oleh yang demikian, saya meyatakan dengan segala hormatnya bahawa: