Dengan itu alasan penghakiman dibawah ini hanya dibuat untuk alasan Hukuman Pertuduhan Pertama dan Kedua dan Perintah Hukuman Serentak oleh pihak Perayu iaitu Pendakwa Raya sahaja. 4 Pertuduhan Pertama. “Bahawa kamu pada 28/01/2016 jam antara 6.00 hingga 8.00 pagi, bertempat di dalam kenderaan jenis Perodua Viva No. Pendaftaran NCV 9847 warna ungu di Hentian Bas tepi jalan hadapan Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, dalam Wangsa Maju, Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah peluk cium mulut Nur Darina Binti Aslam Khan, No KP: 031223-14-0628 dengan maksud hendak mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seskyen 354 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua; “Bahawa kamu pada 31.01.2016 jam lebih kurang 1.00 pagi, bertempat di atas kerusi kayu di No. 503 Blok C1, Seksyen 2 Wangsa Maju, 51000 Kuala Lumpur , dalam Wangsa Maju, Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah peluk pinggang serta ramas buah dada sebelah kanan, cium tengkok dan pegang punggung Nur Darina binti Aslam Khan, No KP: 031223-14-0628 dengan maksud hendak mencabul kehormatannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.” 5 Hukuman di bawah s.354 KK: Sekiranya disabitkan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. Fakta kes pendakwaan. [7] Mangsa di dalam kes ini seorang kanak-kanak berusia 13 tahun semasa kejadian. Manakala responden/ tertuduh adalah bapa tiri kepada mangsa berusia 61 tahun. Responden dan emak mangsa berkahwin lebih kurang 1 bulan sebelum kejadian [20.12.2015]. Mangsa tinggal bersama emak dan reponden dan kakaknya [SP5].