Lampiran
Lampiran A ditujukan kepada MAIS iaitu suatu badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 P8. Seksyen 4 P8 menyatakan seperti berikut, “4 Establishment of the Majlis (1) There shall be a body known as the "Majlis Agama Islam Selangor" to aid and advise His Royal Highness the Sultan in matters relating to the religion of Islam.”. [53] Peranan MAIS sebagai pembantu dan penasihat DYMM Sultan telah diperuntukkan dalam seksyen 6 P8 iaitu, “6 The Majlis shall aid and advise His Royal Highness the Sultan The Majlis shall aid and advise His Royal Highness The Sultan in respect of all matters relating to the religion of Islam in the State of Selangor, except matters of Hukum Syarak and those relating to the administration of justice, and in all such matters shall be the chief authority in the State of Selangor after His Royal Highness the Sultan, except where otherwise provided in this Enactment.”. 24 [54] Dalam membuat pertimbangan sama ada sesuatu ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang mempunyai kecenderungan menghasut, mahkamah hendaklah menggunakan pendekatan pembaca biasa (ordinary reader approach) dan menimbangkan keseluruhan perkataan-perkataan tersebut serta memutuskan apakah kesan yang diperolehi oleh pembaca biasa. Kes yang dirujuk ialah Public Prosecutor v. Fan Yew Teng [1975] 1 LNS 127 yang menyatakan, “ It is, I think, appropriate at this point that I proceed to deal with the facts. Encik Yeap was at pains, going through the article paragraph by paragraph, to show what the author meant or had intended when he uttered those words. By applying such an approach, Encik Yeap perhaps hoped to water down what would otherwise be a bitter and scurrilous attack against the Government. I fail to envisage that an ordinary reader would endeavour to analyse paragraph by paragraph and interpret each paragraph in isolation to determine its meaning. One would normally read an article as a whole and it is the impression that the reader is conveyed with after reading the whole of such article,that is really relevant. The Court must, therefore, apply the same approach in order to decide whether the article, read as such, is expressive of a seditious tendency.”. 25 [55] Nas-nas lain yang dirujuk berkenaan pendekatan pembaca biasa juga disebut dalam kes PP v Karpal Sing, PP v Oh Keng Seng dan PP v Cumaraswamy. [56] Berpandukan kepada kes-kes di atas dan rujukan kepada Lampiran A pertuduhan, mahkamah membuat pertimbangan seperti berikut: (a) Siapakah tertuduh semasa membuat sidang media tersebut? Tertuduh ialah seorang Ahli Parlimen Shah Alam. (b) Di manakah sidang media dibuat? Di lobi Parlimen. (c) Apakah yang dikatakan oleh tertuduh? Mengkaji kuasa eksekutif MAIS yang boleh mengarahkan JAIS dalam P8. (d) Siapakah yang diminta oleh tertuduh untuk mengkaji semula P8? Kerajaan Negeri Selangor. 26 (e) Apakah yang hendak dikaji semula? Tindakan MAIS yang boleh mengarahkan JAIS dan tidak memberikan kuasa eksekutif kepada Institusi Di Raja. (f) Mengapakah tertuduh meminta P8 dikaji semula? Kerana tindakan itu boleh mencemarkan institusi Di Raja yang dilihat rapat dengan institusi Sultan Selangor dan kembali kepada Raja Berperlembagaan bagi mengelakkan imej institusi Di Raja tercemar. (g) Apakah kesan kepada kajian? Sekiranya perlu, meminda Enakmen - P8. [57] Merujuk kes Muhammad Safwan Anang v. PP & Another Appeal [2017] 4 CLJ 91, mahkamah ini memetik penghakiman Mahkamah Rayuan seperti berikut, “[14] …. It is further our view in light of the fact that a statement carrying the presumption of seditious tendency is almost akin to an offence of strict liability, the court must scrutinise and independently evaluate the impugned statement to see whether the language used comes within the bounds of sedition rather than free speech;….”. 27 [58] Merujuk kepada perkataan ‘untuk tidak memberikan kuasa eksekutif kepada institusi Di Raja’ yang menjadi tonggak perkataan kepada pertuduhan ini, mahkamah tidak boleh bergantung kepada perkataan tersebut semata-mata sebaliknya melihat juga tujuan ia dibuat iaitu mengkaji semula P8 bagi memelihara imej MAIS daripada tercemar. [59] Kedua-dua pihak merujuk institusi di Raja sebagai MAIS. [60] Dalam ucapannya, tertuduh telah menggunakan perkataan ‘minta’. Menurut Kamus Dewan Cetakan Kedua (Edisi Baru) 1991, perkataan ‘minta’ ditafsirkan sebagai “menyatakan mahu (akan sesuatu), mohon (untuk mendapat sesuatu)”. [61] Walaupun ianya satu permintaan, mahkamah ini berpendapat perkataan-perkataan yang dilafazkan oleh tertuduh merupakan satu saranan dari seorang Ahli Parlimen bagi mengkaji semula undang-undang sedia ada berkaitan peranan dan kuasa eksekutif MAIS sebagai satu badan yang ditubuhkan di bawah Enakmen P8. Mahkamah ini mengingatkan dirinya 28 bahawa permintaan oleh tertuduh dibuat selepas beberapa tindakan JAIS yang dikatakan mendapat arahan dari MAIS termasuklah pemeriksaan oleh JAIS dalam satu majlis perkahwinan orang Hindu di Kelang, Selangor. Kajian semula P8 dikhususkan terhadap MAIS bukannya institusi Sultan Selangor. [62] Permintaan tertuduh sebagai seorang ahli politik merupakan suatu pendekatan untuk pertimbangan Kerajaan negeri Selangor bagi penambahbaikan institusi MAIS itu sendiri bukannya mencabar kuasa MAIS. Pindaan kepada P8 hanya perlu dibuat jika ada keperluan setelah kajian semula dibuat demi memelihara imej institusi Sultan Selangor dan institusi di Raja iaitu MAIS sendiri. [63] Walaupun sidang media bertujuan menghebahkan kepada masyarakat awam secara keseluruhan, ia ditujukan khusus kepada Kerajaan Negeri Selangor sebagai pihak yang mempunyai kuasa dalam mengkaji sesuatu undang-undang yang sedia ada. Adalah agak keterlaluan untuk mengatakan permintaan sedemikian boleh mendatangkan rasa benci, menghina atau tidak suka kepada Raja atau menimbulkan rasa tidak puas 29 hati di kalangan rakyat Raja di bawah seksyen 3(1) (a) dan (d) Akta 15 apabila peranan dan kuasa yang hendak dikaji ialah MAIS bukannya Raja itu sendiri. [64] Sebagai Ahli Parlimen, tertuduh tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor. Tertuduh hanya mengemukakan permintaan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengkaji semula P8 untuk mengelakkan timbulnya apa-apa kontroversi dalam tindakan-tindakan yang dibuat oleh JAIS atas arahan MAIS. [65] Permintaan untuk kajian semula undang-undang mengenai peranan MAIS itu sendiri bertentangan dengan hujahan pihak pendakwaan yang menjurus kepada kecenderungan untuk menghasut kerana perkara yang hendak dikaji ialah kuasa eksekutif MAIS untuk mengarahkan JAIS bukannya kuasa MAIS dalam membantu dan menasihati Raja. 30 [66] Dalam penghakiman kes Public Prosecutor v Ooi Kee Saik & Ors [1971] 2 MLJ 108, di muka surat 112 Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut, "A line must therefore be drawn between the right to freedom of speech and sedition. In this country the court draws the line. The question arises: where is the line to be drawn; when does free political criticism end and sedition begin? In my view, the right to free speech ceases at the point where it comes within the mischief of section 3 of the Sedition Act. The dividing line between lawful criticism of Government and sedition is this, if upon reading the impugned speech as a whole the court finds that it was intended to be a criticism of Government policy or administration with a view to obtain its change or reform, the speech is safe. But if the court comes to the conclusion that the speech used naturally, clearly and indubitably, has the tendency of stirring up hatred, contempt or disaffection against the Government, then it is caught within the ban of paragraph (a) of section 3(1) of the Act. In other contexts the word "disaffection" might have a different meaning, but in the context of the Sedition Act it means more than political criticism; it means the absence of affection, disloyalty, enmity and hostility.". [67] Seterusnya, perkataan ‘Dan tindakan yang seperti ini boleh mencemarkan imej Sultan Selangor’ menunjukkan kajian semula peranan dan kuasa MAIS sebagai pembantu dan penasihat DYMM Sultan Selangor perlu dibuat agar tidak menjejaskan nama baik DYMM Sultan Selangor. Ianya tidak menyentuh kuasa Raja apatah lagi mempunyai maksud untuk mencabar atau menghapuskan kuasa raja. 31 [68] Ini boleh dibezakan dengan kata-kata yang diucapkan oleh tertuduh dalam kes Karpal Singh v PP (supra) yang jelas mencabar tindakan malah memberi amaran kepada DYMM Sultan Perak dalam isu pelantikan Menteri Besar Perak. [69] Mahkamah merujuk juga kes Public Prosecutor v. Param Cumaraswamy (supra) yang memutuskan antara lain seperti berikut, “[8] Mr. Cumaraswamy's appeal was directed at the Pardons Board, not at the Ruler which in the instant case is the Yang di-Pertuan Agong. Therefore, there can be no question of the statement having a tendency to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the Yang di-Pertuan Agong as is alleged by the Prosecution under paragraph (a) of s. 3(1) of the Sedition Act.”. Tempat sidang media [70] Mahkamah juga berpendapat untuk mengadakan sidang media di lobi Parlimen bukanlah satu tempat yang keterlaluan memandangkan sidang media boleh dibuat di mana-mana tempat yang bersesuaian dan dalam suasana yang tenang dan selamat. 32 [71] Mereka yang hadir juga merupakan sebilangan kecil wartawan dan jurugambar tanpa melibatkan orang awam di tempat awam yang terbuka. [72] Ini berbeza dengan kes PP v Ooi Kee Saik (supra) yang dibuat semasa majlis makan malam di hadapan ahli ahli parti Democratic Action Party dan Lim Guan Eng v PP [1998] 3 MLJ 14 di hadapan orang awam di Emperor Hotel Melaka serta Muhammad Safwan Anang v PP & Another Appeal (supra) yang memberikan ucapan di suatu perhimpunan awam yang telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Jalan Maharaja Lela Kuala Lumpur. [73] Video sidang media tertuduh menunjukkan kehadiran beberapa orang wartawan dan juruvideo. Tertuduh memang mempunyai maksud untuk ucapannya itu disampaikan kepada Kerajaan Negeri untuk kajian semula P8 tanpa ada niat menghasut hingga mendatangkan kebencian atau penghinaan atau rasa tidak puas hati terhadap Raja atau membangkitkan rasa tidak suka di kalangan rakyat negeri Selangor terhadap Raja mereka di bawah seksyen 3 (1) (a) dan (d) Akta 15. 33 H. Keputusan di akhir kes pendakwaan [74] Mahkamah telah membuat penelitian dengan penilaian yang maksimum dan menganalisa semua keterangan yang diberikan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan wujudnya prima facie kes terhadap tertuduh dan mempertimbangkan setiap perkataan, ayat, perenggan dan keseluruhan konteks perkataan-perkataan yang dilafazkan dalam Lampiran A. [75] Berdasarkan penelitian ke atas fakta dan undang-undang, dan setelah memperhalusi secara keseluruhan ucapan tertuduh sebagai ahli politik mahkamah cenderung berpendapat bahawa sebagai seorang Ahli Parlimen, permintaan untuk mengkaji P8 merupakan satu cadangan atau pandangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan masih dalam batasan yang tidak melampaui sempadan antara komen politik dan menghasut, ianya berpatutan, dibuat dalam semangat untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi melindungi institusi Sultan Selangor dan MAIS. [76] Merujuk penghakiman dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 inter alia, seperti berikut:- 34 "For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case: (i) at the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) …; [77] Justeru, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kecenderungan menghasut dalam sidang media tertuduh hingga menimbulkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan benci atau menghina atau perasaan tidak setia terhadap Raja seterusnya gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Justeru, mahkamah merasa tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri terutama jika tertuduh memilih untuk berdiam diri. 35 [78] Selaras dengan seksyen 180(2) KAJ dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar (supra), tertuduh dilepas dan dibebas dari pertuduhan ini tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan. ROHATUL AKMAR BT ABDULLAH Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur 9 Ogos 2018 Keputusan dibacakan pada 7Jun 2018 Pihak pendakwaan: Encik Othman Bin Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Pihak pembelaan: Encik Mohamed Hanipa Bin Maidin Tetuan Mohamed Hanipa & Associates Peguambela dan Peguamcara