Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: WA-B54-32-07/2025 ANTARA ENCOVE SDN. BHD. (No. Syarikat: 201301018244) … PLAINTIF
WA-B54-32-07/2025
Sessions Court of Malaysia26 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sa tindakan di atas, permohonan Plaintif untuk ganti rugi teladan dengan sendirinya gagal. [33] Prinsip pemakaian ganti rugi teladan, seperti yang digariskan dalam autoriti-autoriti Rookes v Barnard [1964] AC 1129 dan Tradewinds Properties Sdn Bhd v Zulhkiple bin A Bakar & Ors [2019] 1 MLJ 421, menyatakan bahawa elemen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: WA-B54-32-07/2025 ANTARA ENCOVE SDN. BHD. (No. Syarikat: 201301018244) … PLAINTIF
1
DAN CHIN SIEW HA (Identity Card No.: 640915-12-5668)
2
JASMYRLINDA BINTI JARAEH ( Identity Card No.: 791206-12-5460) … DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Melalui Saman Pemula ini plaintif membuat permohonan untuk defendan-defendan membuat pengembalian kesemua rekod-rekod perakaunan dan dokumen-dokumen relevan untuk tujuan audit bagi tahun 2024 termasuk penyata-penyata bank, baucar-baucar bayaran, invois-invois jualan dan lejar-lejar serta juga laporan-laporan audit, laporan-laporan pengurusan, fail-fail audit, fail-fail kesetiausahaan syarikat dan fail-fail resolusi Lembaga Pengarah untuk tahun-tahun sebelum ini (2013-2024) kepada Plaintif. [2] Kes ini melibatkan pertikaian berhubung hak penjagaan dan pengurusan dokumen-dokumen perakaunan syarikat. [3] Isu pokok yang perlu diputuskan adalah sama ada tindakan seorang pengarah mengurus dan menyimpan rekod syarikat telah melampaui batas pengurusan yang sah sehingga membentuk satu pencerobohan hak milik (trespass to goods) atau tort penukaran (conversion). [4] Plaintif mendakwa dokumen mereka telah dialihkan dan ditahan secara salah, manakala Defendan-defendan bertegas bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk memelihara aset syarikat ekoran daripada kemelut dalaman syarikat. [5] Setelah meneliti keseluruhan afidavit, keterangan yang dibentangkan, dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa Saman Pemula ini gagal memenuhi elemen pembuktian tort yang didakwa, dan sebaliknya berakar umbi daripada pertikaian tadbir urus syarikat. Oleh itu, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif dengan kos. Berikut adalah alasan bagi penghakiman ini. B. LATAR BELAKANG KES DAN HUBUNGAN PIHAK-PIHAK [6] Bagi memahami konteks pertikaian ini, kedudukan pihak-pihak di dalam Encove Sdn. Bhd. (Plaintif) perlu diteliti. Defendan Pertama (Chin Siew Ha) merupakan salah seorang pengarah syarikat yang sah dan memegang 35% saham. Beliau juga bertindak sebagai pengarah de facto dan pengawal kewangan syarikat. Defendan Kedua (Jasmyrlinda Binti Jaraeh) pula tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat Plaintif. Beliau merupakan pengarah di Renowarisan Sdn Bhd (RSB) yang sekadar membantu urusan logistik pemindahan aset. [7] Pada bulan Ogos 2024, dokumen-dokumen dan aset syarikat telah dipindahkan dari premis Plaintif di Petaling Jaya ke pejabat RSB di Kuala Lumpur. Plaintif mendakwa insiden ini sebagai satu pencerobohan yang dilakukan tanpa kebenaran. [8] Sebaliknya, pembelaan Defendan mendedahkan bahawa pemindahan dokumen ini berpunca daripada tindakan mengejut seorang lagi pengarah Plaintif, iaitu Chee Siew Sim (CSS). CSS bersama seorang pengarah bernama Hue Swee Chin (HSC), didakwa telah menamatkan pajakan premis di Petaling Jaya secara rahsia tanpa persetujuan Defendan Pertama. [9] Defendan Kedua mendakwa CSS sendirilah yang menyerahkan kunci premis kepadanya bagi tujuan pengosongan. Rentetan daripada peristiwa tersebut, siri e-mel telah ditukar antara firma juruaudit (SQ Partners PLT), Plaintif, dan Defendan Pertama berhubung akses ke atas dokumen-dokumen ini bagi tujuan penyediaan penyata kewangan 2024. [10] Permasalahan ini akhirnya membawa kepada pemfailan Saman Pemula oleh Plaintif pada 14 Julai 2025. C. FAKTA YANG TIDAK DIPERTIKAIKAN [11] Berdasarkan keterangan di dalam afidavit, Mahkamah mengambil maklum beberapa fakta objektif yang tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak:
a
Status Defendan Pertama: Beliau adalah pengarah yang sah dan pemegang 35% saham dalam syarikat Plaintif.
b
Tawaran Akses pada 21 Mei 2025: Melalui surat bertarikh 21 Mei 2025, Defendan Pertama telah secara rasmi menjemput wakil juruaudit untuk hadir ke pejabat di Kota Kinabalu bagi melakukan pemeriksaan dan pengesahan rekod secara fizikal (on-site verification).
c
Tiada Bukti Keuntungan Peribadi: Tiada keterangan yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Defendan telah menjual, memusnahkan, atau memindahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga untuk memperoleh keuntungan peribadi.
d
Prosiding Selari: Terdapat satu prosiding penindasan minoriti (minority oppression) yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu (Saman Pemula No. BKI-24NCC-5-6/2025) yang berpusat pada konflik pemegang saham syarikat yang sama. D. ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN [12] Bagi merungkai pertikaian ini, Mahkamah memfokuskan kepada isu-isu berikut:
i
Sama ada Afidavit Jawapan Tambahan Defendan wajar diketepikan yang di buat melalui bantahan awal;
II
(ii) Sama ada prosedur Saman Pemula sesuai digunakan dalam pertikaian ini;
III
(iii) Sama ada Plaintif berjaya membuktikan elemen tort Penukaran (Conversion), Detinu, dan Pencerobohan (Trespass to Goods);
IV
(iv) Sama ada pemfailan Saman Pemula ini membentuk satu penyalahgunaan proses mahkamah memandangkan wujudnya tindakan berasingan di Mahkamah Kota Kinabalu; dan
v
Sama ada Plaintif berhak ke atas ganti rugi teladan. E. ANALISA DAN ALASAN KEPUTUSAN I. Bantahan Awal Terhadap Penerimaan Afidavit Jawapan Tambahan Defendan [13] Di peringkat awal pendengaran, Plaintif telah membangkitkan bantahan awal (preliminary objection) untuk menolak Afidavit Jawapan Tambahan (Enclosure 10) yang difailkan oleh Defendan. Asas bantahan Plaintif adalah bahawa afidavit tersebut difailkan tanpa memperoleh kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. [14] Setelah meneliti peruntukan undang-undang yang relevan, Mahkamah mendapati bantahan ini terkhilaf dari segi prinsip. Rujukan khusus perlu di buat kepada Aturan 28 Kaedah 3(3) dan Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan seperti berikut:
3
Where the defendant intends to adduce evidence with reference to the originating summons served on him, he shall also do so by affidavit and the affidavit or affidavits shall be filed and a copy thereof shall be served on the plaintiff not later than twenty-one days after being served with a copy of the affidavit or affidavits by the plaintiff under paragraph (1).
4
Unless otherwise directed by the Court, a party intending to reply to an affidavit served on him shall file his affidavit and serve it on the other party within fourteen days from the date the affidavit he intends to reply was served on him. [15] Pembacaan peruntukan di atas, khususnya Aturan 28 Kaedah 3(3), mendapati tiada keperluan nyata yang mewajibkan pihak defendan mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu untuk memfailkan afidavit tambahan. Penggunaan perkataan jamak "afidavit atau afidavit-afidavit" (affidavit or affidavits) secara jelas memberi ruang dan gambaran bahawa seseorang defendan dibenarkan memfailkan lebih daripada satu afidavit, yang sewajarnya merangkumi afidavit tambahan. Perkara ini menjadi lebih relevan dan perlu dalam keadaan kes ini di mana terdapat isu-isu baharu yang ditimbulkan oleh pihak Plaintif sendiri di dalam afidavit balasan mereka yang menuntut penjelasan sewajarnya daripada pihak Defendan. [16] Tafsiran ini disokong secara langsung oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Kuddus Construction Sdn Bhd v. Heng Guan Soon Piling & Construction Sdn Bhd [2022] 1 LNS 1472. Dalam kes tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa bantahan plaintif terhadap pemfailan afidavit jawapan kedua defendan adalah satu tanggapan yang salah (misconceived), memandangkan penggunaan perkataan "afidavit-afidavit" di bawah Aturan 28 sememangnya mengizinkan pemfailan sedemikian. [17] Namun begitu, sekiranya tafsiran ini dicabar dengan hujah bahawa kebenaran Mahkamah masih diperlukan, Mahkamah mengambil pendirian bahawa ketiadaan kebenaran pada tahap ini hanyalah satu ketidakaturan (irregularity) yang tidak serius dan sama sekali tidak memprejudiskan pihak Plaintif. Kedudukan ini selari dengan panduan yang digariskan dalam kes Saaim Sundarman & Yang Lain lwn. Abdullah Ahmad & Yang Lain [2022] 1 LNS
3097
Dalam menimbang isu ketidakaturan, kes tersebut menegaskan bahawa kesilapan prosedur sebegini tidak menyebabkan sebarang keguguran keadilan mahupun mengakibatkan kesan prejudis yang tidak dapat dipulihkan. Prinsip ini turut dikukuhkan melalui kes Lim Kwee Fen & Anor v KT Home Mart Sdn Bhd [2010] 10 MLJ 506. Mahkamah akan sentiasa mengutamakan keadilan substantif berbanding kecacatan teknikal bagi memastikan pihak-pihak berpeluang mengemukakan naratif mereka secara adil. [18] Oleh hal yang demikian, bantahan awal Plaintif ditolak dan Afidavit Jawapan Tambahan Defendan (Enclosure 10) diterima masuk ke dalam rekod prosiding. II. Kesesuaian Prosedur Saman Pemula [19] Plaintif memilih untuk memulakan tindakan ini melalui mode Saman Pemula. Mahkamah bersandar kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur v. Public Trustee & Ors [1971] 2 MLJ 30, di mana prosedur Saman Pemula hanya terpakai untuk menyelesaikan persoalan undang-undang atau tafsiran dokumen dalam keadaan di mana fakta-fakta penting tidak dipertikaikan. Sekiranya wujud percanggahan fakta yang material, tindakan mestilah dimulakan melalui Writ. [20] Di dalam kes ini, pertikaian fakta amat ketara. Terdapat perbezaan versi yang tajam berhubung elemen niat pemindahan dokumen, isu penamatan pajakan premis oleh pihak ketiga (CSS), dan identiti individu yang sebenarnya mempunyai kawalan ke atas dokumen. Persoalan-persoalan ini memerlukan penelitian keterangan lisan dan pemeriksaan balas saksi, yang mana tidak dapat dicapai semata-mata melalui afidavit. Berdasarkan ketidaksesuaian prosedur ini, mode permulaan Plaintif adalah pramatang dan tidak teratur. III. Isu Tort: Penukaran (Conversion), Detinu, dan Pencerobohan (Trespass) [21] Meneliti secara substantif merit tuntutan tort yang didakwa, kausa-kausa tindakan ini memerlukan pematuhan elemen pembuktian yang ketat. [22] Bagi tort Penukaran (Conversion), Plaintif memikul beban untuk membuktikan wujudnya gangguan sengaja terhadap barang dengan niat untuk menafikan hak pemilik sebenar (usurpation), sepertimana dijelaskan dalam kes Joseph Paulus Lantip v Tnio Chee Chang & Another Appeal [2020] 5 MLJ 708. [23] Fakta menunjukkan bahawa Defendan Pertama bertindak atas kapasitinya sebagai pengarah untuk mengurus dan menyimpan dokumen di premis atau cawangan syarikat. Defendan Kedua pula sekadar membantu urusan logistik berdasarkan arahan yang diterima. Tindakan mengekalkan rekod di dalam cawangan yang mempunyai kaitan dengan urusan syarikat tidak membentuk satu pengambilalihan hak milik secara peribadi yang menyalahi undang-undang, lantas ia juga menidakkan dakwaan berlakunya pencerobohan (Trespass). [24] Berhubung tort Detinu, mesti wujud keengganan untuk mengembalikan barangan yang menjadi perkara pokok pertikaian barulah wujud kausa tindakan. Untuk membuktikan kes berasaskan detinue, saya merujuk kepada panduan dalam kes Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor V Teo Kai Huat Building Contractor [1982] 2 MLJ 165 yang menyatakan seperti berikut: With reference to an action in detinue, Bullen & Leake 12th Edn: No. 5 has stated at page 358 that— "An action lies for the specific recovery of personal chattels wrongfully detained from the person entitled to the possession of them, and also for damages occasioned by the wrongful detainer ( 3 Bl Com 151). The technical name of this action is 'Detinue'. The gist of the action is the wrongful detention of goods, and, in general, therefore, it is an action for a wrong independent of contract, and is founded on tort (see Bryant v Herbert (1878) 3 CPD 389); there must be 'some definite act or deliberate withholding as a necessary preliminary to the arising of this cause of action' ( Clayton v Le Roy [1911] 2 KB 1031 at 1048)." In this regard we would refer to the judgment of Diplock L.J. (as he then was) in General and Finance Facilities, Ltd v Cooks Cars (Romford), Ltd [1963] 2 All ER 314 where at page 317, he said that— "There are important distinctions between a cause of action in conversion and a cause of action in detinue. The former is a single wrongful act and the cause of action accrues at the date of the conversion; the latter is a continuing cause of action which accrues at the date of the wrongful refusal to deliver up the goods and continues until delivery up of the goods or judgment in the action for detinue. … Demand for delivery up of the chattel was an essential requirement of an action in detinue and detinue lay only when at the time of the demand for delivery up of the chattel made by the person entitled to possession the defendant was either in actual possession of it or was estopped from denying that he was still in possession." [25] Keterangan afidavit menunjukkan bahawa Defendan Pertama, melalui surat bertarikh 21 Mei 2025, telah menjemput wakil juruaudit Plaintif untuk hadir ke pejabat di Kota Kinabalu bagi memeriksa dokumen secara fizikal. [26] Penyediaan akses dan kerjasama logistik seperti ini secara jelas menyangkal dakwaan bahawa Defendan secara mutlak menafikan akses Plaintif kepada dokumen-dokumen tersebut. IV. Kemungkiran Kewajipan Fidusiari [27] Plaintif turut membangkitkan isu bahawa tindakan Defendan telah memungkiri kewajipan fidusiari. Berpandukan keputusan di dalam kes Tengku Dato' Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd [2018] 2 MLJ 177, pelanggaran kewajipan ini timbul apabila pengarah bertindak di dalam situasi konflik kepentingan atau membuahkan keuntungan rahsia. [28] Defendan berhujah bahawa tindakan memindahkan dokumen tersebut dilaksanakan secara bona fide bagi melindungi aset syarikat susulan penamatan pajakan premis. [29] Memandangkan tiada sebarang keterangan dikemukakan berhubung penyelewengan aset bagi keuntungan peribadi, Mahkamah mendapati dakwaan Plaintif tidak mempunyai asas yang kukuh. V. Penyalahgunaan Proses Mahkamah dan Pertindihan Kes [30] Tatkala Mahkamah meneliti tuntutan Plaintif, perhatian Mahkamah turut dihalakan kepada satu prosiding selari, iaitu kes penindasan minoriti di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu (Saman Pemula No. BKI-24NCC-5-6/2025). Pertikaian berkenaan turut melibatkan pihak-pihak dalam entiti korporat yang sama. [31] Mahkamah mendapati bahawa isu hak penjagaan dokumen dan kawalan pengurusan syarikat lebih wajar diselesaikan secara komprehensif di Mahkamah Kota Kinabalu selaku forum yang lebih sesuai (proper forum). Tindakan Plaintif memfailkan suatu tuntutan tort berasingan di Mahkamah ini berhubung rentetan pertikaian dalaman yang sama dilihat sebagai satu cubaan mewujudkan prosiding berganda (multiplicity of proceedings). Taktik perundangan sebegini merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah yang membebankan sistem kehakiman serta menindas pihak Defendan. VI. Ganti Rugi Teladan [32] Dengan tertolaknya kausa-kausa tindakan di atas, permohonan Plaintif untuk ganti rugi teladan dengan sendirinya gagal. [33] Prinsip pemakaian ganti rugi teladan, seperti yang digariskan dalam autoriti-autoriti Rookes v Barnard [1964] AC 1129 dan Tradewinds Properties Sdn Bhd v Zulhkiple bin A Bakar & Ors [2019] 1 MLJ 421, menyatakan bahawa elemen berbentuk hukuman ini dikhususkan secara terhad kepada situasi di mana kelakuan defendan sengaja dilakukan untuk mengaut keuntungan peribadi yang mengatasi nilai pampasan. [34] Keseluruhan fakta pertikaian dalaman syarikat ini tidak menyokong pemberian ganti rugi sedemikian. F. PENUTUP [35] Kesimpulannya, Saman Pemula Plaintif yang dibingkaikan di bawah kausa tindakan tort ini secara substantifnya adalah sebahagian daripada pertikaian tadbir urus dan pengurusan korporat dalaman syarikat. Plaintif gagal memikul beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian yang diperlukan untuk mengesahkan elemen-elemen conversion, detinu, dan pencerobohan barang. [36] Tindakan pengurusan oleh seorang pengarah yang sah bagi memelihara dokumen syarikat, disusuli dengan bukti tawaran akses audit yang nyata, secara tuntas menidakkan dakwaan penahanan salah. [37] Berdasarkan pemerhatian ke atas fakta dan pemakaian undang-undang seperti yang telah dihuraikan, pihak plaintif gagal membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian untuk mewajarkan perintah yang dibuat diberikan oleh Mahkamah. Oleh yang demikian , Mahkamah dengan ini menolak Saman Pemula Plaintif dengan kos. Bertarikh pada hari ini 11.3.2026.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.