Afidavit Balasan Defendan yang diikrarkan oleh Govind A/L Ramadas pada 24.06.2024 (Lampiran 14). [4] Alasan permohonan Plaintif adalah, secara ringkasnya, bahawa kononnya Deponen tersebut tidak hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani Afidavit-Afidavit tersebut dan oleh itu ianya bercanggah dengan peruntukkan Aturan 41 Kaedah 1(7) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [5] Afidavit-Afidavit tersebut yang kini menjadi subjek pertikaian di dalam Lampiran 19 di sini telah diikrarkan oleh Deponen tersebut bagi menyokong permohonan Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah dirakamkan oleh Plaintif terhadap Defendan pada 05.04.2024. [6] Selepas kira-kira 2 minggu setelah diserahkan dengan Afidavit Balasan Defendan yang diikrarkan oleh Govind A/L Ramadas pada 24.06.2024 (Lampiran 14), peguam cara Plaintif telah menulis surat bertarikh 15.07.2024 kepada Unit Pesuruhjaya Sumpah untuk mendapatkan pengesahan sama ada Deponen tersebut telah hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Thangaperumal A/L Andimuthu (“PJS W919”) untuk mengikrarkan Afidavit-Afidavit tersebut.. [7] Melalui e-mel balasan daripada Unit Pesuruhjaya Sumpah bertarikh31.07.2024, pihak PJS telah menjawab bahawa setelah meneliti rekod Buku Daftar PJS W919, didapati bahawa tiada rekod nama Deponen tersebut menunjukkan bahawa beliau hadir di hadapan PJS W919 pada 27.05.2024 dan 24.06.2024 untuk mengikrarkan Afidavit-Afidavit tersebut. [8] Deponen tersebut kini adalah bekas pengerusi Defendan. Fakta ini jelas dilihat daripada pendeposan Afidavit Jawapan Defendan oleh Ho Ching Shyang iaitu salah seorang ahli jawatankuasa terkini Defendan di mana jelas dinyatakan bahawa Afidavit-Afidavit tersebut telah diikrarkan oleh bekas Pengerusi Defendan. [9] Tetapi pada masa Afidavit-Afidavit tersebut diikrarkan, Deponen tersebut adalah pengerusi Defendan pada masa tersebut. Ini jelas dilihat daripada Afidavit-Afidavit tersebut sendiri di mana kapasiti Deponen tersebut jelas ditera dan dinyatakan di dalam kedua-dua Afidavit tersebut. [10] Melalui Afidavit Jawapan Defendan di Lampiran 26, pihak Defendan telah pun mengesahkan bahawa Deponen tersebut sememangnya telah mengikrarkan Afidavit-Afidavit tersebut bagi pihak Defendan pada masa beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi. Malah Defendan turut mengemukakan resit-resit bayaran yang telah dikeluarkan oleh PJS W919 kepada Defendan bagi pengikraran Afidavit-Afidavit tersebut. ANALISA DAN DAPATAN [11] Pertama sekali, adalah penting untuk diperhatikan bahawa tidak ada sebarang alegasi bahawa tandatangan Deponen tersebut dan/atau tandatangan serta cop PJS W919 tersebut telah dipalsukan di dalam Afidavit-Afidavit tersebut. [12] Juga tidak wujud persoalan atau isu mengenai bayaran yang telah di buat oleh pihak Defendan kepada PJS W919 untuk bayaran pengikraran Afidavit-Afidavit tersebut oleh Plaintif. [13] Oleh itu, adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Deponen tersebut sememangnya merupakan individu yang telah menandatangani Afidavit-Afidavit tersebut dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Defendan pada masa tersebut. [14] Isu sekarang adalah samada tandatangan tersebut di buat di hadapan dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah (PJS W919). Fakta yang dipertikaikan Plaintif hanyalah sama ada Deponen tersebut hadir di hadapan PJS W919 pada kedua-dua hari tersebut untuk mengikrarkan Afidavit-Afidavit tersebut. [15] Saya menerima hujahan pihak defendan bahawa Afidavit-Afidavit tersebut, tanpa plea frod dan/atau pemalsuan, harus diterima pakai dan dianggap sebagai telah diikrarkan secara teratur. Saya merujuk kepada kes Mohd Nazir Badar Shair .v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2002] CLJ 805 yang menyatakan: “[2] The affirmation and filing of an affidavit are official acts which will attract s. 114(e) of the Evidence Act 1950 which provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. The signature of a Commissioner for Oaths in an affidavit showing that it has been sworn before him is an official act and the affidavit must be presumed to have been regularly affirmed...” [16] Dengan ketiadaan isu frod dan/atau pemalsuan, Afidavit-Afidavit tersebut mestilah diterima dan dianggap sebagai telah diikrarkan secara teratur dalam konteks Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 kerana ia adalah suatu perbuatan rasmi. [17] Jika saya silap di atas isu ini, saya berpendapat Afidavit-Afidavit tersebut masih boleh dan harus diterima pakai dengan kebenaran Mahkamah di bawah Aturan 41 Kaedah 4 KKM 2012 walaupun terdapat ketidakaturan dalam borangnya. Peruntukkan dalam Aturan 41 Kaedah 4 adalah selari dengan niat di sebalik Aturan 1A KKM 2012 di mana keadilan harus diberikan keutamaan dan bukannya bantahan-bantahan remeh dan teknikal seperti mana dibangkitkan oleh Plaintif di Lampiran 19. [18] Jika Lampiran 19 dibenarkan, ia akan membawa prejudis melampau kepada Defendan yang mana defendan tidak ada langsung afidavit yang boleh digunakan untuk menyokong permohonan dan membalas kepada afidavit plaintif. [19] Bagi melihat sama ada satu afidavit telah diikrarkan secara teratur ataupun tidak, dokumen yang harus diteliti adalah afidavit tersebut sendiri dan bukannya dokumen-dokumen lain. Dalam kes ini, satu penelitian ke atas kedua-dua Afidavit-Afidavit tersebut akan jelas menunjukkan bahawa ianya telah diikrarkan secara teratur dengan kewujudan tandatangan dan cop rasmi PJS W919 di atas kedua-dua dokumen tersebut. [20] Saya juga mendapat panduan dari kes CASA ARMADA SDN BHD [Company No : 586153-T] … PLAINTIFF AND SHAPADU ENERGY & ENGINEERING SDN BHD (No. Syarikat: 42495-W) … DEFENDAN [2022] 1 LNS 328 yang menggariskan keadaan di mana afidavit boleh dibuang (expunged) seperti berikut: An affidavit should only be expunged from the court's records where the affidavit is irrelevant and scandalous. It is not the practice of the court to expunge an affidavit or document filed in the court merely on the ground that the affidavit or document is irregular or defective. [21] Di dalam kes yang sama seperti di atas, Mahkamah menekankan perhatian perlu diberikan kepada keadilan di dalam memutuskan permohonan untuk membuang afidavit, seperti berikut: [11] Further or alternatively, this Court notes that there is also an alternative ground for dismissing the Plaintiff's expungement application in Enclosure 21. Consequent upon Covid MCOs, the Courts of Judicature Act 1964 has been amended and pursuant to the amended sections of the 1964 Act the Chief Justice has issued practice directions including Practice Direction No. 9 of 2021. Item 7 of the Chief Justice's Practice Direction No. 9 of 2021 allows unaffirmed copies of affidavits in urgent applications to be filed before the affirmation by a Commissioner for Oaths, to be followed by the filing of the affirmed copies within 14 days after the expiry of the MCO. Item 9 of the Chief Justice's Practice Direction No. 9 of 2021 provides that no objection should be raised against the filing of affidavits on ground of irregularity. Reference should also be made to O. 1A and O. 41 r. 4 of the Rules of Court 2012 which provide as follows: "Regard shall be to justice (O. 1A ) In administering these Rules, the Court or a Judge shall have regard to the overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance with these Rules.