Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGE TOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN SIVIL NO: PA-12B-18-06/2025 DI ANTARA ENG KAH LEONG (NO.K/P: 010521-07-0135) ...Perayu DAN CHEE LAY HWA (NO.K/P: 870411-07-5170) ...Responden
PA-12B-18-06/2025
High Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“upport received, the direct benefit to a ‘dependant’, and the amount of damages are of course matters pre-eminently for a trial court to decide, and per Thompson CJ in Nam Thiam Siew v Chuang Wai Lan [1959] MLJ 126 ‘a [2023] 7 MLJ 586 at 599matter of assessment and not a matter of pure calculation’. The trial court pro”
“bih lagi mengambilkira kecederaan Plaintif yang agak serius. Dalam kes Chai Yee Choong v Lew Thai [2004] 2 MLJ 465, diputuskan bahawa: “31. Lim Wee Heong dan satu lagi Iwn Nai Wah Hing dan satu lagi [1996] MLJU 394 is another **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING por”
“29. Dalam kes Kim Lin Chan v. Lee Hua Sing [2019] MLRHU 1230, diputuskan bahawa : **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 “[63] There is no hard and fast rule for the injured party to seek treatme”
“MS Yang Bijaksana untuk tidak membenarkan tolakan 1/3 daripada jumlah sebenar kos rawatan di Hospital Swasta adalah selaras dengan keputusan dalam kes Nor Azizah Miskan v. Noor Fadhilah Nisman & anor [2021] PILRU 21, di mana diputuskan bahawa: “[10] In this regard, we agree that in Chai Yee Chong, no such “one third pr”
“sana telah menerima keterangan Plaintif selaras dengan Seksyen 101 sehingga 103 Akta Keterangan 1950 yang telah dibuktikan seperti diputuskan dalam kes Chong Nge Wei & Ors v Kemajuan Masteron Sdn Bhd [2022] MLJU 529, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “[60] In the absence of rebuttal evidence, it does not”
“en to offer rebuttal evidence has no application where the plaintiff has produced prima facie proof of loss.” (Sila rujuk kes Shorefront Development Sdn Bhd & Anor v Bernadette Jeanne De Souza & Anor [2025] MLJU 951)”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGE TOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN SIVIL NO: PA-12B-18-06/2025 DI ANTARA ENG KAH LEONG (NO.K/P: 010521-07-0135) ...Perayu DAN CHEE LAY HWA (NO.K/P: 870411-07-5170) ...Responden
1
Ini merupakan Rayuan oleh Perayu (Defendan) terhadap keputusan Mahkamah ini pada 28.11.2025 yang telah mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Yang Bijaksana (“HMS”) tehadap liabiliti dan kuantum yang telah diputuskan selepas perbicaraan penuh.
2
Berdasarkan kepada Notis Rayuan kepada Mahkamah Rayuan bertarikh 22.12.2025, Rayuan difailkan hanya terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah bagi kuantum untuk:
i
Kehilangan pendapatan bagi masa hadapan; dan
II
(ii) Bil kos perubatan di hospital swasta yang telah dibenarkan oleh HMS Yang Bijaksana.
3
Dalam penghakiman ini Mahkamah hanya menyentuh kepada kuantum tersebut sahaja. Pihak-pihak dirujuk sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen. Latarbelakang kes
4
Ini merupakan tuntutan kemalangan jalan raya oleh Plaintif terhadap Defendan yang berlaku pada 8.01.2019 yang melibatkan motosikal nombor pendaftaran PNQ 8790 yang ditunggang oleh Plaintif dengan motosikal bernombor pendaftaran PMT 9456 yang ditunggang oleh Defendan di Jalan Betek, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
5
Perbicaraan penuh dengan pemanggilan saksi Plaintif seramai lapan (8) orang dan seorang (1) Saksi Defendan. Analisa dan dapatan Mahkamah
1
Prinsip Rayuan
6
Prinsip undang-undang berkaitan rayuan adalah jelas dan mengikat Mahkamah ini. Prinsip asas sesuatu rayuan adalah mantap bahawa tiada campurtangan daripada Mahkamah Atasan kecuali terdapat salah tanggapan undang-undang yang telah dilakukan oleh Mahkamah Bawahan atau Mahkamah Perbicaraan.
7
Dalam kes Rasidin bin Partojo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214 pada mukasurat 215, YAA Wan Sulaiman FJ (bagi Mahkamah Persekutuan) menyatakkan bahawa: “A Court of Appeal always starts with the working presumption that any decision appealed against is right in every respect. So, to succeed in an appeal the appellant must convince us that the decision appealed from is wrong. If we are not so convinced, the appeal fails.”
8
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Sivalingam Periasamy v Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545;[1995] 3 MLJ 395 yang telah menegaskan dapatan bahawa: “It is trite law that this court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case, where, as here, the trial court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion”.
2
Dapatan Mahkamah Atas Kuantum
i
Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan
9
Sebelum kemalangan, Plaintif bekerja sebagai pembersih klinik Lim Eng Cheong dan selepas kemalangan Plaintif tidak lagi dapat berkerja berat sebagai pembersih klinik yang memerlukan pergerakan yang aktif terutama bagi kerja membantu menyediakan penyediaan ubatan serta membantu doktor serta kerja-kerja mop lantai. Majikan Plaintif sebelum kemalangan iaitu SP2, Dr Lim Eng Cheong, juga mengesahkan bahawa Plaintif tidak lagi dapat berkerja berat akibat kecederaan di kakinya dan beliau telah diganti dengan pekerja lain.
10
Setelah kemalangan Plaintif telah bekerja dengan bapa saudara beliau di Syarikat Shun Huat Trading & Engineering Bhd. Dan melalui keteranagan SP3, Encik Chee Ewe Chye mengesahkan bahawa Plaintif telah berkerja dari rumah dan hanya melakukan kerja ringan iaitu memasukan data dalam komputer. Akibat dari keterbatasan pergerakan Plaintif, data-data tersebut akan dihantar ke rumah Plaintif. Pendapatan bagi kerja tersebut adalah sebanyak RM300.00 sebulan dan ini disahkan melalui slip gaji Plaintif dalam ekshibit P10.
11
HMS Yang Bijaksana telah menolak hujahan Peguam Defendan Yang Bijaksana bahawa Plaintif sebenarnya boleh melakukan kerja-kerja berat di klinik. Mahkamah ini mendapati bahawa HMS Yang Bjaksana dalam membuat dapatan fakta bahawa Plaintif tidak dapat berkerja berat ini disokong oleh keterangan SP2 bahawa pekerjaan Plaintif yang melibatkan kerja-kerja pembersihan klinik memerlukan pergerakan yang aktif dan ini tidak dapat dilakukan oleh Plaintif selepas kemalangan. Ini adalah tidak sesuai bagi Plaintif yang mana pergerakan adalah terhalang atau dibatasi dengan penggunaan tongkat dan ini juga disokong oleh keterangan
12
Mahkamah ini mendapati pengiraan oleh HMS Yang Bijaksana bagi kehilangan pendapatan adalah berasas. Ini kerana Plaintif tidak berkerja berat dan jumlah yang dituntut adalah juga jumlah yang munasabah.
13
Keterangan oleh Plaintif bahawa pergerakan adalah terbatas selepas kemalangan disokong oleh keadaan Plaintiff yang telah diperakui oleh HMS Ynag Bijaksana bahwa semasa perbicaraan keadaan fizikal Plaintif telah dilihat sendiri oleh HMS Yang Bijaksana. dan yang mengakui dalam alasan penghakiman belaiu bahawa pergerakan Plaintif bergantung kepada tongkat. Dapatan HMS Yang Bijaksana ini juga disokong oleh keterangan SP2 yang menyatakan bahawa pekerja lain telah diambil bagi menggantikan Plaintif yang terbatas pergerakan akibat penggunaan tongkat dan juga kecederaan kaki.
14
Rumusan HMS Yang Bijaksana bahawa Plaintif sememangnya bergantung kepada tongkat dan beliau berpuashati bahawa melalui keterangan di Mahkamah Sesyen bahawa Plaintif telah berusaha untuk mencari pekerjaan namun akibat daripada keadaan kaki yang “malunion” dan keadaan fizikal Plaintif membatasi pergerakan beliau.
15
Keterangan ini juga disokong oleh saksi pakar Plaintif dan Defendan bahawa Plaintif hanya berupaya melakukan “sedentary type of occupation” dan ini dinyatakan dalam ekshibit D23 iaitu Laporan Pakar Defendan sendiri. Untuk Peguam Defendan Yang Bijaksana berhujah bahawa Plaintif boleh melakukan kerja-kerja biasa seperti sebelum kemalangan adalah bertentangan dengan laporan D23 tersebut. Hujahan bahawa Plaintif tidak wajar diberikan jumlah tersebut kerana telah dibayar bagi kos peralatan ortotik yang membolehkan beliau mendapat pekerjaan dengan gaji yang tinggi adalah tidak munasabah. Peralatan tersebut adalah diperlukan bagi membantu pergerakan Plaintif dan ianya bukan pilihan oleh Plaintif sendiri.
16
Alat bantuan tersebut bukanlah satu jaminan bahawa Plaintif akan pulih seperti sediakan dan dapat bekerja seperti sebelum kemalangan. Dalam kes ini juga fakta bahawa Plaintif juga bergerak dengan meggunakan tongkat tidak dinafikan. Bagi jumlah gantirugi sebanyak RM1530.00 yang dibenarkan sebagai pendapatan bulanan adalah munasabah kerana terdapat keterangan sokongan daripada SP2 berdasarkan kepada ekshibit-ekshibit P7 dan P8.
17
Bagi jumlah pengiraan “multiplier” 12 bulan pula telah dipersetujui pihak-pihak. Pengiraan yang dibenarkan oleh HMS Yang Bijaksana adalah seperti berikut: RM1530.00 (pendapatan sebulan) tolak RM510 (1/3 daripada “living expenses”) tolak RM300 (gaji Plaintif sekarang) Jumlah : RM720 Jumlah kehilangan pendapatan : RM720 x 12 tahun = RM 103,680.00
18
Mahkamah mendapati bahawa jumlah tersebut adalah disokong oleh keterangan dokumentar dan juga saksi-saksi. Tolakan 1/3 yang dibuat juga adalah munasabah. Mahkamah ini bersetuju bahawa tolakan 1/3 tersebut bukanlah satu formula perundangan yang tetap, tetapi prinsip “tolakan 1/3” harus diambilkira sebagai suatu yang diiktiraf dalam kes melibatkan tuntutan kehilangan pendapatan di Malaysia.
19
Dalam kes Wakil litigasi kepada Lim Bing Shun lwn Ab Rashid bin Rause (menuntut sebagai bapa dan orang tanggungan yang sah kepada Muhammad Faizal bin Ab Rashid, si mati dan bagi orang-orang tanggungan lain) [2023] 7 MLJ 586, diputuskan bahawa: “Merujuk kepada kes Muhamad bin Hashim v Teow Teik Chai & Anor [1996] 4 MLJ 7, mahkamah memutuskan bahawa: The amount of actual support received, the direct benefit to a ‘dependant’, and the amount of damages are of course matters pre-eminently for a trial court to decide, and per Thompson CJ in Nam Thiam Siew v Chuang Wai Lan [1959] MLJ 126 ‘a [2023] 7 MLJ 586 at 599matter of assessment and not a matter of pure calculation’. The trial court provisionally assessed the years’ purchase as eight at RM250 per month. Considering the deceased was 21 years old and single, and was drawing a salary of at least RM565 per month, the court found the trial court’s provisional assessment of RM250 per month on a multiplier of eight years as the loss of support was reasonable, any difference between the trial court’s provisional assessment and this court’s assessment was also negligible and did not warrant any interference.
20
Ini juga dinyatakan dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu Muhammad Yassein Zuliskandar (A Child Suing Through His Father and Next friend; Zuliskandar Mat Pechor v Kerajaan Malaysia & Ors [2019] 4 CLJ 289, iaitu: “In this regard, we agree that in Chai Yee Chong, no such "one-third principle" was set out. Indeed, as was pointed out in the case itself, no such principle is provided under any written law. It has only become a matter of practice through the adoption of case precedents.”
21
Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan fakta atau undang-undang untuk Mahkamah ini campurtangan kerana HMS Yang Bijaksana telah membuat penilaian berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan yang mana beliau mempunyai pandangan visual untuk menilai kejujuran serta tingkah-laku saksi-saksi kedua-dua pihak.
2
Bil Rawatan di Hospital Swasta
22
Dalam kes ini, HMS Yang Bijaksana telah membenarkan jumlah sebanyak RM52,559.44 berdasarkan kepada P22 dan juga berdasarkan keterangan oleh SP8, Cik Anis Shaheera Binti Mohamad Nasir dari Bagan Specialist Center Sdn Bhd.
23
HMS Yang Bijaksana telah menilai percanggahan jumlah yang diplid dengan keterangan dan memutuskan untuk menggunapakai P22 tersebut. Peguam Defendan berhujah bahawa atas percanggahan jumlah tersebut hanya 1/3 daripada jumlah RM RM52,559.44 wajar dibenarkan. Ini kerana Plaintif sewajarnya mendapatkan rawatan daripada Hospital Kerajaan kerana terdapat kemudahan sedemikian bagi rawatan yang diperlukan.
24
Keputusan HMS Yang Bijaksana untuk tidak membenarkan tolakan 1/3 daripada jumlah sebenar kos rawatan di Hospital Swasta adalah selaras dengan keputusan dalam kes Nor Azizah Miskan v. Noor Fadhilah Nisman & anor [2021] PILRU 21, di mana diputuskan bahawa: “[10] In this regard, we agree that in Chai Yee Chong, no such “one third principle” was set out. Indeed, as was pointed out in the case itself, no such principle is provided under any written law. It has only become a matter of practice through the adoption of case precedents. Instead, it was decided that the test of reasonableness should be applied in deciding whether the claimant is entitled to recover the full sum of the private healthcare medical expenses. [12] In other words, the test of reasonableness applies in two ways. First, the plaintiff must justify why he chooses treatment at a private hospital over a public hospital. Secondly, the plaintiff must show that the cost of treatment at a private hospital was reasonable. In determining whether it is, or was, reasonable or justifiable in resorting to treatment at a private hospital, there can be no fixed or inflexible rules simply because of the myriad of reasons or circumstances why treatment is sought or intended to be sought at a private hospital. [13] For instance, a plaintiff, immediately after an accident, may be brought by a Good Samaritan to the nearest private hospital in the interest of getting quick and early treatment. It may then be unjust to expect the plaintiff to justify why his claims at the private hospital ought to be allowed. [14] There may also be a case where a plaintiff is seriously injured and his only concern is to seek quick and effective treatment which he or she thinks is available at the private hospital only. At that moment, the plaintiff is hardly in a position to undertake a cost - benefit analysis of any potential claim against possible tortfeasors. In those circumstances, it may be reasonable to allow such claims [15] In the end, there can be no fixed rule. It really depends on the peculiar circumstances of each case. With the Inas Faiqah decision, a claim instituted now for medical expenses cannot be denied purely on the ground that the particular treatment was available at a government hospital. A holistic consideration of the question of reasonableness is imperative before any decision can be made on whether such claims for private medical expenses can be allowed (see also Rohgetana Mayathevan v. Dr Navin Kumar & Ors And Other Appeals [2017] 3 MLRA 53; [2017] 4 MLJ 102; [2017] 3 CLJ 311).”
25
Dalam kes ini, melalui Alasan Penghakiman, HMS Yang Bijaksana telah dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah Perbicaraan mendapati melalui keterangan Plaintif telah terbukti bahawa Plaintif telah mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan terlebih dahulu. Namun setelah diberitahu bahawa kakinya kemungkinan terpaksa dipotong, Plaintif telah menjadi takut dan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta.
26
Mahkamah ini mendapati bahawa alasan Plaintif untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta adalah munasabah kerana beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Swasta. Ini menunjukan bahawa Plaintif telah berusaha terlebih dahulu mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan dan bukan langsung tidak mencuba untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Tindakan Plaintif berpindah hospital adalah munasabah berdasarkan keterangan beliau semasa perbicaraan iaitu: “Keadaan kaki saya pada masa itu perlu dicuci lukanya.Tetapi selalunya bilik pembedahan tiada ada kekosongan, kalau saya tunggu lagi, kaki saya akan dipotong.”
27
Alasan tersebut telah diterima oleh HMS Yang Bijaksana dan Mahkamah ini mendapati, tiada kekhilafan dalam menerima keterangan tersebut, maka tindakan Plaintif adalah munasabah, lebih-lebih lagi mengambilkira kecederaan Plaintif yang agak serius. Dalam kes Chai Yee Choong v Lew Thai [2004] 2 MLJ 465, diputuskan bahawa: “31. Lim Wee Heong dan satu lagi Iwn Nai Wah Hing dan satu lagi [1996] MLJU 394 is another Johor case. The plaintiff was rushed to a government hospital but two days later, at his request, transferred to a private hospital for treatment. Mohd Ghazali H (as he then was), inter alia, held: Saya tidak dapat menerima desakan peguam pihak defendan bahawa perbelanjaan perubatan hospital swasta yang dituntut seharusnya dikurangkan sebanyak satu pertiga. Plaintif kedua telah meninggalkan hospital awam tersebut dan membawa bersamanya plaintif pertama apabila ia berpendapat rawatan yang ia terima daripada hospital awam itu tidak sempurna dan tidak memuaskan baginya; ia telah menjelaskan ia khuatir kakinya akan dikerat dan berpendapat ada kemungkinan kakinya dapat diselamatkan dengan rawatan yang lebih rapi di hospital lain. Dalam keadaan demikian, saya berpendapat adalah munasabah baginya membawa anaknya sekali untuk menerima rawatan bersamanya di hospital lain. Saya berpendapat apa yang telah dinyatakan di dalam kes Tan Sia Bak v Mooi Kim Ming & Anor merupakan dikta sahaja dan soalan sama ada ianya terpakai hendaklah tertakluk kepada fakta yang terdapat di dalam sesuatu kes dan tidak seharusnya dipakai secara am. Memandangkan demikian, saya membenarkan tuntutan plaintif pertama bagi perbelanjaan perubatan hospital swasta tersebut tanpa apa-apa pengurangan.”
28
Dalam kes Chai Yee Choong (supra) juga dijelaskan bahawa: “59. To summarize my view on the issue, every person has a right to seek medical treatment at a hospital of his choice be it at a government hospital or at a private hospital. But, when it comes to awarding damages for such treatment, if the treatment is sought at a government hospital, the full amount expended and paid by the person should be awarded. But, if he seeks treatment at a private hospital, he has to prove, first that he is justified to seek treatment at a private hospital and, secondly, the amount incurred is reasonable. Regarding the first hurdle that he has to cross:
a
He must prove that that particular treatment is not available at the government hospital either due to the unavailability of the necessary equipment or qualified doctors or other sufficient reasons; or
b
He must prove that though the treatment is available at a general hospital, it is not available within a reasonable period considering the urgency of the treatment. This may be due to the congestion at the government hospital or for other sufficient reasons; or
c
He must prove that that the treatment at the government hospital though available, is grossly inadequate. This may be due to lack of trained doctors in that particular field orfor some other good reasons. As pointed out by Kamalanathan Ratnam JC in Chong Chee Kong with whom I agree, we are concerned with treatment, not accommodation.
29
Dalam kes Kim Lin Chan v. Lee Hua Sing [2019] MLRHU 1230, diputuskan bahawa : “[63] There is no hard and fast rule for the injured party to seek treatment at a Government hospital. Such a demand by the Defendant only compounds the Plaintiff’s trials and tribulations, by first compromising his health, and now, eliminating his right to select a hospital of his own choice.... [64] I am of the view that this demand is an affront to the minimum requirement of compassion and empathy. I am guided also by the words of James Foong J in Chong Kam Siong v. Herman Baharuddin [1992] 4 MLRH 200; [1995] 2 CLJ 413: Various authorities on this point were forwarded for my consideration but I find them to be contradictory with no firm guiding principles... In an unreported case of Amamuthu Suppiah v. Mohamad Abu bin Hussin (JB High Court Civil Suit No: 1109 - 85) Mr Justice LC Vohrah awarded a sum of S$27, 811 as medical expenses incurred by the plaintiff for treatment in Singapore. An appeal against this decision was made by the defendant to the Supreme Court and the Supreme Court rejected the appeal.... The issue before this court is therefore (a) whether the plaintiff is entitled to medical treatment in a private hospital... ... Relating to the first question and after careful consideration... In my opinion, an ordinary citizen of this country has a right to choose medical treatment for his injuries and illness from whatever and from wherever. The only limitation to this freedom is economic and availability factors. Applying the aforesaid principle of the freedom of choice, an injured victim in a road accident should also be granted the same right to choose where and by whom he wishes to be treated. When such patient seeks medical treatment at the material time, his immediate objective is to cure himself speedily. Next in his mind, would be whether he can afford such treatment and the availability of medical specialist, equipment and treatment from the establishment he seeks to be admitted there is no certainty he would succeed in his claim for recovery of his expenses... For the reasons aforesaid, I find that the plaintiff in this case is entitled to seek medical treatment other than in a government hospital.”
30
Dalam kes ini berdasarkan fakta kes, juga tidak terdapat terdapat keperluan bagi Mahkamah ini untuk campurtangan atas isu kuantum selaras dengan panduan dalam kes Pang Ah Chee V. Chong Kwee Sang [1985] CLJ REP 236; [1985] 1 MLJ 153, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “The finding that a trial judge has erred in the discretion of being too generous would not be itself constitute a matter to be appealed from and the appellate court is always slow to reverse the trial judge’s decision on assessment of damages unless there are strong grounds for interference.”
31
Percanggahan berkaitan jumlah dalam pliding dan jumlah semasa keterangan lisan adalah tidak material kerana Plaintif telah membuktikannya melalui P22 yang juga tidak dicabar oleh Defendan dengan keterangan lain. HMS Yang Bijaksana telah menerima keterangan Plaintif selaras dengan Seksyen 101 sehingga 103 Akta Keterangan 1950 yang telah dibuktikan seperti diputuskan dalam kes Chong Nge Wei & Ors v Kemajuan Masteron Sdn Bhd [2022] MLJU 529, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “[60] In the absence of rebuttal evidence, it does not lie in the mouth of the respondent to say that the sum of RM380,500.00 claimed by the appellants was “excessive and unreasonable”, least of all to be wholly disproportionate to the advantages of reinstatement. That was the sum that the appellants’ contractor had determined would meet the cost of the remedial works and that was the only evidence before the court, which both the learned SAR and the learned JC had accepted as proof of the losses suffered by the appellants. The principle that the defendant has no burden to offer rebuttal evidence has no application where the plaintiff has produced prima facie proof of loss.” (Sila rujuk kes Shorefront Development Sdn Bhd & Anor v
32
Secara keseluruhan, setelah menilai hujahan kedua-dua Peguam Yang Bijaksana serta Alasan Penghakiman HMS Yang Bijaksana, Mahkamah ini mendapati bahawa tidak terdapat kekhilafan oleh HMS Yang Bijaksana bagi Mahkamah ini untuk campurtangan selaras dengan kes Renal Link (KL) Sdn Bhd v. Dato’ Dr Harnam Singh [1997] 3 CLJ 225; [1997] 2 MLJ 373, di mana diputuskan bahawa: “Unless the appellate court is convinced that there was no judicial appreciation of the evidence by the trier of fact, or that the audio-visual advantage reserved to a trial judge had been missed or that the findings made do not accord with the probabilities of the case when taken as a whole, it would not be open to the appellate court to intervene and upset the findings made by a trial judge.”
33
Keadaan Plaintif yang merupakan mangsa kemalangan jalanraya perlu dan semestinya dipampas dengan jumlah yang munasabah setakat mana ianya boleh dilakukan dengan jumlah wang ringgit. Dalam kes Appalasamy a/l Bodoyah v Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71, Mahkamah memutuskan bahawa: “The victim of a tortious act is entitled to seek the best medical facility and the best medical opinion in order to put him back in his original position as though the tort had not been committed…”
34
Dalam kes Ramachandran a/l Mayahdy v Abdul Rahman bin Ambok 1996 1 LNS 109, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “The Plaintiff is entitled to the best as the purpose of compensation is to put the Plaintiff as the victim, as far as the money can do the trick, in as near a position he was before the tort was committed.”
35
Jumlah pampasan yang diberikan bukanlah untuk memperkayakan Plaintif tetapi adalah munasabah. Ini adalah selaras dengan prinsip dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bte Bol hen & Anor [1994] 2 MLJ 497: “In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that there must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained”.
36
Untuk rekod, Mahkamah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua Peguam Yang Bijaksana dalam menyediakan hujahan bertulis dan hujahan lisan bagi membantu Mahkamah ini dalam mencapai keputusan bagi rayuan ini.
37
Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas rayuan terhadap kuantum bagi:
i
Kehilangan pendapatan bagi masa hadapan; dan
II
(ii) Bil kos perubatan di hospital swasta adalah ditolak dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Yang Bijaksana dikekalkan dan disahkan. Bertarikh pada 24.12.2025 ………sgd…………. Azizan Md Arshad Hakim Mahkamah Tinggi (3) Pulau Pinang Peguamcara Defendan (Perayu) : Cik Christina Anna Maris Joseph Raj Tetuan Kanaga, Suresh & Co. Butterworth Peguamcara Plaintif (Responden) : Cik Hasnah Binti Abd Hamid Tetuan Syarikat P.Subabaiyah Rujukan Akta Akta Keterangan1950 Rujukan kes
1
Rasidin bin Partojo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214
2
Sivalingam Periasamy v Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545; [1995] 3 MLJ 395
3
Wakil litigasi kepada Lim Bing Shun lwn Ab Rashid bin Rause (menuntut sebagai bapa dan orang tanggungan yang sah kepada Muhammad Faizal bin Ab Rashid, si mati dan bagi orang-orang tanggungan lain) [2023] 7 MLJ 586
4
Muhammad Yassein Zuliskandar (A Child Suing Through His Father and Next friend; Zuliskandar Mat Pechor v
5
Nor Azizah Miskan v. Noor Fadhilah Nisman & anor [2021]
6
Chai Yee Choong v Lew Thai [2004] 2 MLJ 465
7
Kim Lin Chan v. Lee Hua Sing [2019] MLRHU 1230
8
Pang Ah Chee V. Chong Kwee Sang [1985] CLJ REP 236; [1985] 1 MLJ 153
9
Chong Nge Wei & Ors v Kemajuan Masteron Sdn Bhd [2022] MLJU 529
10
Shorefront Development Sdn Bhd & Anor v Bernadette
11
Renal Link (KL) Sdn Bhd v. Dato’ Dr Harnam Singh [1997] 3 CLJ 225; [1997] 2 MLJ 373
12
Appalasamy a/l Bodoyah v Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71
13
Ramachandran a/l Mayahdy v Abdul Rahman bin Ambok 1996 1 LNS 109
14
Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bte Bol hen & Anor [1994] 2 MLJ 497
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.