Segala jumlah yang tertunggak akan dikenakan faedah pembayaran lewat pada kadar 1.5% sebulan. [5] Pada semua masa yang material, Defendan tidak pernah mengemukakan apa apa isu atau pertikaian berkenaan barangan yang telah dihantar kepada mereka. [6] Plaintif telah mengeluarkan dua surat peringatan yang bertarikh 19.12.2024 dan 14.01.2025 masing-masing kepada Defendan, tetapi Defendan tidak membalas kepada surat-surat berkenaan. [7] Seterusnya, Tetuan SK Chan & Co peguam cara Plaintif telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 14.03.2025 kepada Defendan melalui pos berdaftar [8] Namun, Defendan telah gagal, abai dan/atau enggan membayar jumlah tertunggak tersebut kepada Plaintif. [9] Plaintif mendakwa defendan telah memungkiri kontrak jual beli antara Plaintif dan Defendan. Plaintif berhak untuk menuntut jumlah tunggakan prinsipal sebanyak RM 603,810.00 tersebut daripada Defendan bersama dengan faedah pembayaran lewat pada kadar 1.5% sebulan yang terakru terhadapnya. ISU-ISU DIBANGKITKAN DEFENDAN SEBAGAI ISU YANG PERLU DIBICARAKAN [10] Invois-invois Plaintif 1.5% sebulan (18% setahun) yang dikenakan oleh Plaintif adalah secara sendirinya (“arbitrarily”) tanpa kerelaan (“consent”) Defendan. [11] Tiada kontrak bertulis yang mengikat Defendan untuk menanggung faedah 1.5% sebulan atas kelewatan bayaran. [12] Plaintif tidak boleh menuntut faedah bersandarkan kepada Invois-invois yang berunsurkan (“unilateral”) untuk mengikatkan Defendan bertanggungan kepada faedah 1.5% sebulan; [13] Jika dirujuk Surat Tuntutan Plaintif yang bertarikh 14.03.2025, Plaintif tidak menuntut faedah 1.5% sebulan terhadap Defendan dan hanya pada masa tindakan ini Plaintif bagi buat pertama kali membawa isu mengenai 1.5% sebulan; [14] Faedah 1.5% sebulan / 18% setahun merupakan faedah yang tinggi dan merupakan suatu kekayaan yang tidak adil (“unjust enrichment”). ANALISA DAN DAPATAN [15] Defendan tidak menafikan bahawa mereka telah memesan, menerima barangan, dan berhutang sebanyak RM603,810.00. Malah, Defendan telah membuat "Tawaran Penyelesaian" untuk membayar secara ansuran. [16] Defendan telah membuat “Tawaran Penyelesaian” selaras dengan Aturan 22B Kaedah 1 Kaedah-Kaedah 2012 (KKM 2012), untuk membayar tunggakan Invois-invois secara ansuran bagi jumlah pokok. Tetapi Defendan tidak bersetuju dengan faedah 1.5% yang dikenakan. [17] Tawaran untuk membayar secara ansuran adalah satu pengakuan hutang secara jelas. Memandangkan jumlah pokok tidak dipertikaikan, tidak ada isu yang perlu dibicarakan (no triable issue) bagi jumlah tersebut. FAEDAH 1.5% MERUPAKAN TERMA MENGIKAT [18] Defendan telah menerima barangan dan dokumen (invois/nota hantaran) sejak April 2024. Sepanjang tempoh itu, Defendan tidak pernah membantah terma faedah tersebut sehingga kes ini difailkan. Kegagalan membantah pada masa yang material dianggap sebagai persetujuan terhadap terma tersebut. Kadar 1.5% sebulan juga merupakan amalan biasa dalam pasaran perniagaan dan tidak dianggap sebagai "kekayaan tidak adil" (unjust enrichment). [19] Dalam Caltex Oil Malaysia Ltd v Classic Best Sdn Bhd & Ors [2007] 4 MLJ 772 , diputuskan bahawa dokumen bertulis di antara kedua-dua pihak seperti penyata akaun, invois, nota penghantaran, nota debit arahan penghantaran yang mana dokumen-dokumen ini merupakan kontrak bertulis antara kedua-dua pihak di dalam transaksi perniagaan untuk barangan dijual dan dihantar. Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- In coming to a decision in cases involving goods sold and delivered such as in this case, I would place due emphasis on the written documents, namely the statement of accounts, invoices, delivery orders, delivery notes and the debit notes. These documents would collectively constitute a contract reduced into writing. [20] Maka, berdasarkan prinsip yang dinyatakan di dalam kes di atas, dengan kewujudan dokumen seperti invois, nota penghantaran, maka adalah jelas wujud kontrak mengikat di antara plaintif dan defendan. Kontrak ini meliputi terma-terma berkenaan yang mengandungi faedah pembayaran lewat yang dinyatakan di dalam nota hantaran dan invois pada kadar 1.5% sebulan . [21] Defendan mempunyai pengetahuan mengenainya dan tidak pernah membuat bantahan sebelum ini. Oleh sebab itu, Defendan kini adalah dihalang daripada mengatakan bahawa mereka tidak pernah bersetuju kepada faedah pembayaran lewat tersebut. [22] Undang-undang adalah mantap di mana pembayaran faedah lewat bukan satu isu yang wajar dibicarakan sekiranya defendan mengetahui dan akur dengannya , memandangkan tiada bantahan daripada defendan pada setiap masa yang material. [22] Dalam kes Ady Marketing Sdn Bhd v Seri Mutiara Development Sdn Bhd & Anor [2021] MLJU 2290 Mahkamah Tinggi telah membenarkan penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan dengan memutuskan bahawa isu pembayaran faedah lewat bukan satu isu yang wajar dibicarakan: [15] Further, it is stated in all the plaintiff’s invoices that “interest will be charged at 1.5% per month on all overdue accounts.” The 1st defendant was at all material times aware that in the event the 1st defendant failed to pay any outstanding overdue invoices, then interest of 1.5% would be charged on the overdue amount in the invoices. Hence, the 1st defendant’s contention is without basis and inconsistent with the contemporary documents before the Court. [16] For the reasons stated above, this Court is of the considered view that the 1st defendant did not satisfy the court that it has raised any triable issue or question in dispute which ought to be tried or that there ought for some reason to be a trial. This Court is also of the considered view that the 1st defendant failed to raise any reasonable probability of there being a real defence or a bona fide defence in its statement of defence. [23] Dalam kes Enco Systems Sdn Bhd v Soon Hin Hardware Sdn Bhd [2009] 9 MLJ 535 yang juga melibatkan jualan barangan (goods sold and delivered), kadar faedah pembayaran lewat sebanyak 1.5% sebulan telah dinyatakan secara jelas dalam nota hantaran dan invois. Mahkamah Tinggi telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan penghakiman terus dalam kes tersebut. [24] Begitu juga dalam kes Tansa Enterprise Sdn Bhd v Temenang Engineering Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 353, kadar pembayaran faedah lewat sebanyak 1.5% dibenarkan dan diputuskan ia bukan suatu isu yang perlu dibicarakan kerana defendan mempunyai pengetahuan penuh mengenainya dan tidak membantah bila invois dikemukakan, seperti berikut: In respect of the claim of interest of 1.5% per month for overdue accounts by the plaintiff, the defendant cannot deny this claim as it had full knowledge of this as clearly indicated in the invoices submitted to it by the plaintiff and there was no protest of this claim at all when the invoices were presented to the defendant. I am therefore of the view that the plaintiff is entitled to claim such interest. It is similarly not a triable issue at all. [25] Di dalam kes Jurudaya Construction Sdn Bhd v Castwell Industries (M) Sdn Bhd [2021] MLJU 794, diputuskan bahawa isu faedah bukanlah suatu isu yang perlu dibicarakan, jika defendan telah diserahkan dengan invois yang mengandungi terma faedah lewat bayaran, seperti berikut: The law is clear, where a party fails to raise any objection on the invoice of which they have been served relating to any transaction, it is estopped from denying that payment is due from them. In short, it is the duty of the Appellant to object to the invoices that had been issued and received by them, and having failed to do so, the same principle of estopped will apply. In Daya Anika Sdn Bhd V Kuan Ah Hock [1998] 6 MLJ 537 it was held that by mere denial of the interest imposed does not amount to a triable issue. [26] Hanya dalam keadaan faedah pembayaran lewat tidak dinyatakan di dalam invois dan nota penghantaran, barulah wujud isu bicara , jika plaintif berkeras ingin mengenakan faedah lewat bayaran. Ini dinyatakan di dalam kes NISSHA INDUSTRIAL AND TRADING (M) SDN BHD v COCO FLOOR SDN BHD & ANOR [2019] 9 MLJ 170 seperti berikut: The court agreed with the defendants that the plaintiff’s claim for late payment interest was a triable issue as it was trite law that a seller could not impose late payment interest unless it was made known to and agreed by the buyer. The fact that the first defendant acknowledged as correct the sum claimed in the monthly statements of accounts as correct did not preclude it from disputing the plaintiff’s claim for late payment interest (see para 11). [27] Di dalam kes Nissha di atas , faedah pembayaran lewat tidak dinyatakan dalam invois antara pihak-pihak dan hanya dinyatakan dalam penyata akaun. Maka ia menjadi isu yang perlu dibicarakan. Ia berbeza dengan kes kita di sini. [28] Adalah jelas kedudukan undang-undang yang mantap bahawa selagi pembeli mempunyai pengetahuan dan tidak membantah kepadanya, faedah pembayaran lewat boleh dikenakan [28] Kes Finbond Heavy Machinery Sdn Bhd v Crec Geotechnical Engineering