the Land Administrator shall apply ex parte to the Registrar of the Court in chambers ,supported by affidavit , for an order to deposit the amount awarded into Court and, notwithstanding anything to the contrary in the law for the time being in force relating to civil procedure, the Registrar shall have power to make such order. ” [20] Dalam Saman Pemula ini Responden mengakui dalam Afidavit Jawapan bertarikh 11.9.2019 bahawa pada 1.10.2018 Responden telah menawarkan award sebanyak RM432,902.00 sebagai pampasan penuh kepada Perayu selaku pemilik benefisial petak tingkat 4 No.17-4 melalui Borang H ( Ekshibit RRM-2 Afidavit Jawapan Responden). [21] Walaubagaimanapun berdasarkan Seksyen 29(2) Akta 486 Pentadbir Tanah hendaklah mendepositkan amaun award ke Mahkamah sekiranya ada pertelingkahan kepada siapa award itu patut diberikan. 10 [22] Dalam kes KCSB Konsortium Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Johor Bahru dan Johor Corporation [2019] 1 LNS 1116 ; “ [49] The law provides that the Land Administrator is entitled at any time on his own motion apply to the Court for determination of any question as laid down in Section 36(2) of the Act. ”At any time “ would , in the opinion of this Court , mean before the Land Administrator decides the compensation amount or even after the Land Administrator has determined the compensation amount. This construction is in harmony with Section 29(1) of the Act .” [23] Dalam kes yang dibicarakan, Borang H telah dikeluarkan oleh Responden dan tidak dipertikaikan, walaubagaimanapun, memandangkan terdapatnya pertikaian pemilik berdaftar tanah tersebut, maka pihak Responden telah membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendepositkan award tersebut kepada Mahkamah seperti Perintah Mahkamah bertarikh 15.10.2018 ( Rujuk kepada Ekshibit RRM - 3 Afidavit Jawapan Responden ). 11 [24] Jika dirujuk kepada Borang H Lampiran Jadual 1 ( Rujuk kepada Ekshibit RRM-2 Afidavit Jawapan Responden ) adalah jelas bahawa Pemilik Berdaftar 1/1 Bahagian bagi Lot 1404 GRN 76881 Seksyen 41 Bandar Kuala Lumpur adalah Munir & Sons Sdn Bhd. [25] Dalam Jadual 1 juga memaparkan bahawa Essem Capital Sdn Bhd adalah pemilik benefisial dan terdapatnya catatan seperti berikut:- “ Pampasan untuk pemilik benefisial sebanyak RM 432,830.00 akan di depositkan ke Mahkamah selaras dengan Seksyen 29(1)(a) APT 1960 tidak ada seorang pun yang kompeten menerima bayaran itu kerana terdapat pertikaian pemilikan tanah dan penduduk skim strata yang masih dalam peringkat pendengaran Mahkamah Tinggi. ” [26] Saya berpendapat bahawa Responden mempunyai kuasa dibawah Seksyen 29 (2) Akta 486 untuk mendepositkan kepada Mahkamah dan permohonan oleh Respondan kepada Mahkamah untuk mendepositkan award adalah teratur dan mengikut prosedur. 12 [27] Tindakan Perayu adalah premature dalam memfailkan Saman Pemula ini memandangkan Perintah Mahkamah bertarikh 15.10 2018 masih berkuatkuasa dan patut dipatuhi oleh semua pihak-pihak yang berkepentingan. [28] Setelah saya mempertimbangkan perkara di atas, Permohonan Perayu di Lampiran 1 adalah ditolak tanpa perintah terhadap kos. T.T ( LATIFAH BINTI HJ. MOHD. TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur. Tarikh : 30.12.2019 13 Tetuan Azlan Hadijah Salehuddin H-2-4, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur ( No. Tel: 03-62033500, No. Fax : 03-62033501 ) Jabatan Peguam Negara Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 5 & 7, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50512 Kuala Lumpur.