Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. RA-42K-1-11/2021 ANTARA ESSILOR MANUFACTURING ..... PERAYU (THAILAND) CO. LTD.
RA-42K-1-11/2021
High Court of Malaysia29 Sept 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“i Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch. Berikutan daripada sabitan atas kesalahan tersebut, Responden Kedua dan Responden Ketiga telah dikenakan hukuman 50 tahun penjara di bawah seksyen 91(3) Criminal Code of Thailand oleh Mahkamah Jenayah Thailand; dan”
“*Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 Prevention and Suppression of Involvement in Transnational Crime Organization Act of Thailand dan Thai Anti-Money Laundering Act, B.E. 2542 (1999) oleh Mahkamah Jenayah Thailand pada 29/12/2021 termasuk kesalahan penguba”
“han wang, fraud dan penipuan di bawah, inter alia, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 Prevention and Suppression of Involvement in Transnational Crime Organization Act of Thailand dan Thai Anti-Money Laundering Act, B.E. 2542 (1999) oleh Mahkamah Jenayah”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. RA-42K-1-11/2021 ANTARA ESSILOR MANUFACTURING ..... PERAYU (THAILAND) CO. LTD.
1
1.
2
ARITSARA SRIPHAN (No. Paspot: AB2451284)
3
ARIYA PHOOPANG (No. Paspot: AB1672850) ..… RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Kangar Dalam Negeri Perlis Indera Kayangan Permohonan Jenayah No: RA-62K-7-12/2019 [Dalam Perkara Subseksyen 28L dan Subseksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)] Dan [Dalam Perkara Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91)] Antara Pendakwa Raya ….. Pemohon
1
Aritsara Sriphan (No. Paspot: AB2451284)
2
ARIYA PHOOPANG (No. Paspot: AB1672850) ….. Responden-Responden
3
Essilor Manufacturing (Thailand) Co. Ltd. …. Pihak Ketiga] PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan daripada pihak Perayu, iaitu Essilor Manufacturing (Thailand) Co. Ltd (“EMTC”) (Pihak Ketiga), yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang telah membenarkan perintah pelucuthakan harta sitaan kepada Kerajaan Malaysia di bawah Warta Kerajaan Persekutuan P.U(B) 417 bertarikh 24/8/2020 (“Notis kepada Pihak Ketiga”) serta seksyen 28L(1) dan seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (“AMLATFPUAA”) ke atas harta sitaan, iaitu wang berjumlah sebanyak RM1,425,000.00 dalam milikan Aritsara Sriphan (Responden Kedua) yang disita pada 10/12/2019 (“Harta tersebut”). [2] Sebagai latar belakang, EMTC adalah Pihak Ketiga dalam tindakan ini. EMTC telah memohon pengembalian harta yang disita di bawah seksyen 61(4) AMLATFPUAA atas alasan EMTC adalah Pihak Ketiga yang suci hati. Sebagai rujukan, seksyen 61 AMLATFPUAA memperuntukkan seperti yang berikut: “Pihak ketiga yang suci hati
61
61.
1
Peruntukan di dalam Bahagian ini hendaklah terpakai tanpa menjejaskan hak pihak ketiga yang suci hati.
2
Mahkamah yang membuat perintah pelucuthakan di bawah subseksyen 28L(1) atau seksyen 55 atau hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen 28L(2) atau 56(1) hendaklah menyebabkan supaya disiarkan suatu notis dalam Warta memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta itu supaya hadir di hadapan mahkamah itu pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.
3
Ketiadaan suci hati pada pihak ketiga boleh disimpulkan, oleh mahkamah atau sesuatu agensi penguat kuasa, daripada hal keadaan objektif hal itu.
4
Mahkamah atau agensi penguat kuasa hendaklah memulangkan harta itu kepada pihak yang menuntut apabila ia berpuas hati bahawa —
a
pihak yang menuntut itu mempunyai suatu kepentingan sah di sisi undang-undang mengenai harta itu;
b
tiada pengambilan bahagian, pakatan sulit atau penglibatan berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau Bahagian IVA, atau kesalahan membiayai keganasan yang menjadi tujuan prosiding itu boleh dikaitkan dengan pihak yang menuntut itu;
c
pihak yang menuntut itu tidak tahu dan jahil tanpa niat tentang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu, atau jika dia tahu, tidak dengan sukarela mengizinkan penggunaan menyalahi undang-undang harta itu;
d
pihak yang menuntut itu tidak memperoleh apa-apa hak mengenai harta itu daripada seseorang yang tindakan diambil terhadapnya di bawah hal keadaan yang menimbulkan kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah dipindahkan hakmilik bagi maksud mengelakkan pelucuthakan harta itu pada akhirnya kemudiannya; dan
e
pihak menuntut itu telah melakukan segala yang semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu.”. [3] Dalam kes ini, Notis kepada Pihak Ketiga tersebut telah mengenal pasti bahawa terdapat wang tunai berjumlah RM1,425,000.00 dalam milikan Responden Kedua yang telah disita pada 10/12/2019 untuk dilucuthakkan. Notis kepada Pihak Ketiga tersebut juga memaklumkan bahawa mana-mana pihak-pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap Harta tersebut adalah berhak untuk menunjukkan sebab mengapa Harta tersebut tidak boleh dilucuthakkan. [4] Pada 16/2/2020, Responden Kedua dan Ketiga telah memasukkan akuan bersalah (guilty plea) terhadap pertuduhan di bawah seksyen 28B AMLATFPUAA. [5] EMTC hanya mengetahui mengenai penahanan Harta tersebut apabila dimaklumkan oleh Pegawai Insp. Tuan Mohd Nasri bin Idris bahawa Harta tersebut telah ditahan. Sehubungan dengan itu, EMTC telah memfailkan Afidavit EMTC pada 8/10/2020. [6] Pada 9/4/2021, HMS telah membenarkan permohonan EMTC untuk ditambah sebagai Pihak Ketiga bagi menunjukkan sebab mengapa Harta tersebut tidak boleh dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia dan perlu dikembalikan kepada EMTC. [7]
Preamble
Menurut EMTC –
a
EMTC adalah mangsa kepada sindiket penipuan dan pengubahan wang dan adalah Pihak Ketiga yang suci hati di bawah seksyen 61(4) AMLATFPUAA; dan
b
Aritsara Sriphan (Responden Kedua) sebagai pengarah tunggal kepada Amaco bersama Ariya Phoopang (Responden Ketiga) telah mengeluarkan Harta tersebut sebagai wang tunai sebelum cuba untuk melintasi sempadan negara Malaysia dan Thailand. Responden Kedua dan Ketiga kemudiannya telah ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Mereka telah didakwa dalam prosiding di hadapan HMS dan telah mengaku salah pada 16/2/2020. [8] Pada 5/12/2022, EMTC telah memfailkan Notis Permohonan (Permohonan untuk Mengemukakan Keterangan Baharu) (Kandungan 34)
Preamble
menurut seksyen 317 Kanun Prosedur Jenayah dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti yang berikut:
1
bahawa keterangan baharu yang dilampirkan dalam Afidavit yang diikrarkan oleh Patrycja Karolina Bral pada 1/12/2022 diterima dan dibaca bagi tujuan rayuan di sini;
2
kos dalam kausa; dan
3
apa-apa perintah atau relif selanjutnya yang Mahkamah Yang Mulia ini anggap sesuai dan wajar. [9] Alasan ringkas permohonan tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam Afidavit Sokongan Patrycja Karolina Bral (Kandungan 35) adalah seperti yang berikut:
a
keterangan baharu tidak mungkin didapati walaupun usaha yang munasabah telah digunakan oleh Perayu semasa pendengaran di dalam Mahkamah Tinggi. Ini kerana keterangan baharu tersebut, iaitu Penghakiman Mahkamah Jenayah Thailand bertarikh 29/12/2021 hanya dikeluarkan pada 29/12/2021 selepas keputusan Mahkamah Sesyen pada 9/11/2021; dan
b
Penghakiman Mahkamah Jenayah Thailand bertarikh 29/12/2021 tersebut mempunyai pengaruh penentu ke atas keputusan Mahkamah Seksyen. Ini kerana dengan mengambil kira keterangan baharu tersebut ke dalam konteks kes ini, ia akan menunjukkan dengan jelas bahawa harta jumlah RM1,425,000.00 yang dirampas pada 3/12/2019 daripada Responden Ke-2 dan Responden Ke-3 sememangnya berasal daripada milikan Perayu yang dikeluarkan daripada akaun Perayu pada 29/11/2019.”. [10] Setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan Notis Permohonan (Permohonan untuk Mengemukakan Keterangan Baharu) tersebut serta hujahan pihak-pihak dalam tindakan ini, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan EMTC untuk mengemukakan keterangan baharu tersebut, iaitu seperti di Kandungan 34 dan ia telah diambil kira oleh Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan ini. [11] EMTC telah memasukkan isu keterangan baharu tersebut, yang mana tiada (not available) ketika prosiding di hadapan HMS, sebagai sebahagian alasan rayuan Perayu. Alasan lengkap rayuan EMTC dalam Petisyen Rayuannya adalah seperti yang berikut: “1. Perayu yang dinamakan di atas merupakan pihak ketiga yang telah mengambil bahagian dalam tindakan tersebut untuk menuntut balik harta yang hendak dilucutkanhak, iaitu jumlah wang tunai sebanyak RM1,425,000.00 dalam milikan Aritsara Sriphan, Responden Pertama, yang telah disita pada 10 Disember 2019 (“Harta”) di mana tuntutan Perayu telah ditolak dan satu perintah perlucuthakan harta sitaan telah diberikan kepada Kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Sesyen Kangar pada 9 November 2021 terhadap Harta tersebut menurut Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 417 bertarikh 24 Ogos 2020 (Notis kepada Pihak Ketiga) (“Warta Kerajaan”), Seksyen 28L(1) dan Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (“AMLATFPUAA 2001”).
2
Pihak Perayu, iaitu Pempetisyen anda tidak berpuas hati dengan penghakiman tersebut bagi Perintah Pelucuthakan bertarikh 9 November 2021 atas alasan-alasan yang berikut:
2
2.1. Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila memutuskan bahawa Perayu telah gagal memenuhi kesemua peruntukan seksyen 61(4)(a) hingga (e) AMLATFPUAA 2001.
2
2.2. HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila HMS memutuskan di perenggan 14 Alasan Penghakiman bertarikh 9.11.2021 (“Alasan Penghakiman”) seperti berikut:
a
HMS terpelajar telah mengulaskan alasan bahawa Perayu adalah mangsa sindiket penipuan melalui pengeluaran wang di Thailand bermulai 5.12.2019 hingga 12.12.2019. Namun begitu, perenggan 8 Afidavit Pihak Perayu yang telah diikrarkan oleh Doris L’Henoret EP Marcellesi pada 8.10.2020 (“Afidavit Doris”) sebaliknya hanya menyatakan bahawa tarikh 5.12.2019 hingga 12.12.2019 adalah tarikh yang mana pengeluaran wang tersebut adalah diketahui oleh Perayu: “In or around 5.12.2019 to 12.12.2019, Essilor Group’s then head of Cash Management.... “discovered” that EMTC had withdrawn substantial funds from the JPM Account amounting to an aggregate of USD272,151,000...”
b
HMS terpelajar telah terkhilaf apabila HMS terpelajar gagal mempertimbangkan bahawa di perenggan 26.1 Afidavit Doris, Cik Chamanun Phetporee (“Cik Chamanun”), iaitu bekas pengurus Perayu di bawah arahan sindiket frod telah mengakui secara bertulis bahawa jumlah USD350,000 yang dipindah kepada Amaco International Co. Ltd (“Amaco”) melalui Siam Commercial Bank Public Co. Ltd di Akaun No. 408-2-98347-2 (“Akaun Amaco”) telah dilakukan pada
29
29.11.2019, iaitu sebelum Harta tersebut disita di sempadan negeri Perlis pada 3.12.2019.
c
HMS terpelajar telah gagal mempertimbangkan bahawa perenggan 8 hingga 15 Afidavit Doris tersebut adalah relevan untuk membuktikan Perayu hanya mendapat tahu frod pada 5.12.2019 dan ia adalah mustahil untuk Perayu mengelakkan pemindahan Harta tersebut daripada Perayu kepada Amaco yang telah berlaku sebelumnya pada 29.11.2019 dan kedua-dua Responden tersebut telahpun ditangkap dan Harta disita pada 3.12.2019.
d
HMS terpelajar telah gagal mempertimbangkan bahawa ia juga adalah mustahil bagi Perayu untuk mengelakkan pengeluaran wang secara tunai fizikal oleh Responden-Responden daripada Akaun Amaco, dan dengan demikian Perayu telah memenuhi kehendak seksyen 61(4)(b) hingga
e
AMLATFPUAA 2001.
2
2.3. HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila memutuskan di perenggan 16 Alasan Penghakiman bahawa Perayu telah gagal menunjukkan bahawa rantaian milikan Harta tersebut bermula dari lokasi pengeluaran wang ke syarikat Amaco ataupun Responden-Responden Kedua dan Ketiga. HMS terpelajar gagal mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
a
Pada 29.11.2019, akibat frod yang dilakukan terhadap Perayu, Cik Chamanun yang merupakan bekas pengurus Perayu telah melakukan pemindahan sejumlah USD350,000 daripada Perayu kepada Amaco melalui transaksi elektronik daripada Akaun Perayu di JP Morgan Chase No. Akaun 000000496591988 (“Akaun JPM”).
b
Pada masa itu, Responden Kedua merupakan pengarah tunggal Amaco. Berdasarkan laporan pendakwa raya di Thailand, hasil siasatan polis di Thailand telah mendedahkan bahawa Responden-Responden Kedua dan Ketiga telah mengeluarkan wang tunai secara fizikal sebanyak USD350,000.00 daripada Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch, No. 408-2-98347-2, daripada akaun Amaco sebelum memasuki negara Malaysia dengan Harta tersebut.
c
Selepas itu, Responden-Responden Kedua dan Ketiga telah cuba memasuki negara Malaysia dengan Harta melalui wang tunai fizikal pada 3.12.2019.
d
Dengan demikian, ia adalah mustahil bagi Perayu untuk memperolehi mana-mana rantaian wang untuk mengaitkan transaksi elektronik kepada Harta tersebut dalam bentuk wang tunai, yang mana maklumat tersebut adalah di bawah kawalan Responden-Responden Kedua dan Ketiga.
e
Afidavit-afidavit yang difailkan oleh Responden-Responden Kedua dan Ketiga dan Responden Pertama (iaitu pihak Pendakwa Raya) juga tidak mengemukakan apa-apa bukti yang bercanggahan dengan afidavit-afidavit Perayu. Dengan demikian, HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila HMS gagal memerhatikan prinsip keterangan afidavit yang tidak ditentang (unopposed) di bawah kes Ng Hee Thong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 CLJ 609.
2
2.4. HMS terpelajar juga telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang di perenggan 17 Alasan Penghakiman apabila HMS gagal mempertimbangkan bahawa ia adalah mustahil untuk Perayu mengambil apa-apa tindakan daripada 29.11.2021 hingga 3.12.2019 terhadap Harta tersebut dalam bentuk wang tunai fizikal:
a
Pemindahan jumlah USD350,000 daripada Akaun JPM oleh Cik Chamanun kepada Amaco yang dilaksanakan pada 29.11.2019, hanya telah diketahui oleh Perayu pada 5.12.2019 hingga 12.12.2019. Namun begitu, Harta tersebut dalam bentuk wang tunai telah dirampas dan disita pada 3.12.2019.
b
Selain daripada tindakan siasatan polis dan tindakan prosiding jenayah di Thailand seperti yang dinyatakan dalam Afidavit Doris, ia adalah mustahil untuk Perayu mengambil apa-apa langkah lain terhadap Harta tersebut selain daripada untuk menunjuk sebab bahawa Harta tersebut seharusnya tidak dilucuthak, dan seharusnya dikembalikan kepada Perayu.
c
HMS terpelajar juga gagal mempertimbangkan bahawa jumlah aset yang dikeluarkan secara besar-besaran daripada Akaun JPM adalah USD272,151,000, yang mana pelbagai tuntutan sivil dalam bidangkuasa Mahkamah yang Mulia ini telah dimulakan oleh Perayu terhadap entiti-entiti dalam bidangkuasa ini. Namun begitu, Responden-Responden Kedua dan Ketiga adalah warganegara Thailand, yang hanya memasuki negara Malaysia pada 3.12.2019 apabila Harta tersebut dirampas. Dengan demikian, ia adalah mustahil bagi Perayu untuk memulakan tindakan sivil terhadap Responden-Responden Kedua dan Ketiga dalam bidangkuasa Mahkamah yang Mulia ini sebelum bermulanya prosiding pelucuthakan ini.
d
HMS terpelajar juga gagal mempertimbangkan bahawa fakta-fakta mengenai tuntutan sivil dalam bidangkuasa Mahkamah yang Mulia ini telah dimulakan oleh Perayu terhadap entiti-entiti dalam bidangkuasa ini adalah untuk menunjukkan bahawa Perayu telah mengambil segala langkah yang boleh diambil, untuk mendapatkan kembali jumlah aset yang dikeluarkan secara besar-besaran daripada Akaun JPM, iaitu USD272,151,000, yang juga merangkumi Harta tersebut. Ini adalah untuk menunjukkan juga bahawa Perayu adalah satu pihak ketiga bona fide yang telah difrodkan oleh pihak-pihak lain dan telah mengambil segala tindakan yang boleh diambil setelah menyedari frod yang telah dilakukan terhadap Perayu tersebut.
2
2.5. HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila HMS terpelajar memutuskan bahawa rantaian wang bagi Harta tersebut hanya bermula sebaik sahaja Responden-Responden Kedua dan Ketiga ditahan dalam bidangkuasa Mahkamah yang mulia ini:
a
Harta tersebut dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada masa yang sama Responden-Responden Kedua dan Ketiga ditahan, iaitu pada 3.12.2019.
b
Dengan demikian, ia adalah mustahil jika Perayu dikehendaki untuk membuktikan kepentingan berdasarkan rantaian wang selepas 3.12.2019, yang mana Harta tersebut telahpun dirampas dan ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
c
HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila HMS terpelajar gagal memutuskan bahawa rantaian wang yang harus dipertimbangkan adalah asal usul Harta tersebut daripada daripada Akaun JPM, yang mana telah ditunjukkan dan dibuktikan oleh Perayu.
2
2.6. HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang apabila memutuskan di perenggan 19, 20 dan 22 Alasan Penghakiman bahawa pemfailan Guaman Sivil No. WA-22NCVC- 225-05/2020 (“Guaman No. 225”) tidak memadai untuk membuktikan bahawa Perayu mengambil langkah-langkah yang semunasabahnya untuk mendapat balik Harta tersebut, untuk tujuan seksyen 61(4)(e) AMLATFPUAA 2001. HMS terpelajar telah gagal mempertimbangkan perkara-perkara yang seperti berikut:
a
Sejak Perayu mendapat tahu kejadian frod yang dilakukan oleh Cik Chamanun, Perayu telah melakukan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk menuntut kembali semua wang yang telah diambil salah daripadanya (termasuk Harta tersebut).
b
Walaupun pemfailan Guaman No. 225 bukan difailkan terhadap Responden-Responden Kedua dan Ketiga secara khususnya, ia membuktikan bahawa Perayu telah mengambil kesemua langkah-langkah yang semunasabahnya untuk menuntut balik semua wang yang telah diambil salah daripadanya (termasuk Harta tersebut).
c
Selepas Responden-Responden Kedua dan Ketiga mengambil sejumlah USD350,000 daripada Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch dalam bentuk Harta, Perayu hanya mampu mengesan lokasi Harta tersebut di Malaysia apabila Perayu mendapat tahu mengenai Warta Kerajaan pada 25.9.2020 dan telah memfailkan Afidavit Doris pada 9.10.2020 untuk ditambah sebagai pihak ketiga kepada prosiding-prosiding di Mahkamah Sesyen dan hasil siasatan polis di Thailand yang menunjukkan rantaian wang dan bahawa Harta tersebut adalah berasal daripada Perayu.
d
Perayu telah melaporkan kejadian frod yang dilakukan terhadap Perayu kepada Polis Diraja Thailand pada 15.12.2019, yang merangkumi pemindahan USD350,000 daripada Perayu kepada Amaco.
e
Oleh itu, Perayu telah melakukan segala yang semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang penggunaan menyalahi undang-undang Harta tersebut, untuk tujuan seksyen 61(4)(e) AMLATFPUAA 2001.
2
2.7. HMS terpelajar telah terkhilaf dari segi fakta dan/atau undang-undang kerana tidak menilai bantahan awal Perayu terhadap penerimaan Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Ahmad Faiz bin Munawar pada 19.7.2021 (“Afidavit Ahmad Faiz”) bagi pihak Responden Kedua dan Ketiga. Secara ringkasnya, Perayu telah pada 13.8.2021 membangkitkan bantahan awal terhadap Afidavit Ahmad Faiz tersebut atas alasan bahawa peguamcara bagi satu pihak tidak harus mengikrarkan afidavit yang mengandungi fakta-fakta yang dipertikaikan untuk dan bagi anak guamnya.
3
Perayu, iaitu Pempetisyen anda memohon bahawa penghakiman itu diketepikan atau bahawa suatu perintah dibuat mengenainya demi mencapai keadilan.”. [12] Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan Petisyen Rayuan Perayu, Rekod-Rekod Rayuan, Alasan Penghakiman HMS, keterangan baharu Penghakiman Mahkamah Jenayah Thailand bertarikh 29/12/2021 serta kertas-kertas kausa, penghujahan dan nas-nas undang-undang yang telah difailkan oleh Perayu dan Responden-Responden, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati terdapat merit dalam rayuan Perayu tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Perayu tersebut dan mengetepikan keseluruhan keputusan HMS. [13] Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah. [14] Pertama, mengenai beban pembuktian dalam kes-kes pelucuthakan harta, undang-undang adalah mantap bahawa ia adalah atas imbangan kebarangkalian, iaitu sama seperti kes sivil (lihat PP v Kuala Dimensi Sdn Bhd & Ors [2018] 6 MLJ 37; Pendakwa Raya v Raja Asma Bt Raja Harun [2013] 9 MLJ 181). [15] Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, untuk berjaya dalam rayuan ini, EMTC perlu membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa EMTC adalah pihak ketiga yang suci hati dan mempunyai kepentingan sah terhadap Harta tersebut menurut seksyen 61(4)(a) AMLATFPUUA dan bahawa Harta tersebut adalah berasal daripada EMTC. [16] Kedua, berdasarkan penelitian, penilaian dan pertimbangan Mahkamah ini terhadap –
a
Afidavit-Afidavit oleh EMTC dalam Rekod-Rekod Rayuan Tambahan khususnya Afidavit yang diikrarkan oleh Doris L’Henoret EP Marcellesi pada 8/10/2020 bahawa EMTC hanya mengetahui mengenai pengeluaran jumlah wang sebanyak USD272,151,000.00 daripada Akaun JPM pada sekitar 5/12/2019 hingga 12/12/2019;
b
hasil temu bual dengan Mr. Sakchai Boonsuya, Pengurus Sumber Manusia EMTC pada 13/12/2019 bahawa –
i
apabila meluluskan sesuatu transaksi, beliau selalunya tidak menyemak transaksi tersebut apabila membuat pengesahan mengenai transaksi tersebut dan tidak bertanya lanjut untuk mendapatkan klarifikasi dan kefahaman mengenai sifat transaksi tersebut;
II
(ii) Mr. Sakchai Boonsuya telah memberikan kata laluan kepada Ms. Chamanun Phetporee, Pengurus Kewangan dan Perakaunan EMTC; dan
III
(iii) dari semasa ke semasa, Ms. Chamanun Phetporee telah meminta token-token transaksi daripada Mr. Sakchai Boonsuya dan Mr. Sakchai Boonsuya telah membekalkan token-token tersebut kepada Ms. Chamanun Phetporee untuk kegunaan Ms. Chamanun Phetporee;
c
pengakuan bertulis Ms. Chamanun Phetporee bertarikh 14/12/2019 bahawa wang sebanyak USD350,000.00 tersebut telah dipindahkan melalui transaksi elektronik daripada Akaun JPM kepada Amaco International Co. Ltd (“Amaco”) di Siam Commercial Bank Public Co. Ltd di Akaun No. 408-2-98347-2 (“Akaun Amaco”) pada 29/11/2019, iaitu sebelum Harta tersebut disita di sempadan Negeri Perlis pada 3/12/2019 dan bahawa transaksi tersebut telah dibuat bagi pihak sindiket pengubahan wang berkaitan dengan Skim Fraud;
d
laporan Pendakwa Raya di Thailand bahawa hasil siasatan polis Thailand mendedahkan bahawa Amaco telah menerima USD350,000.00 daripada Akaun JPM dan Responden Kedua sebagai pengarah tunggal Amaco dan Responden Ketiga telah mengeluarkan secara tunai wang berjumlah USD350,000.00 (bersamaan dengan nilai RM1,425,000.00) daripada Akaun Amaco di Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch, No. 408-2-98347-2 sebelum cuba memasuki negara Malaysia dengan Harta tersebut pada 3/12/2019 dan bahawa harta dalam bentuk wang tunai tersebut telah dirampas dan disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 3/12/2019 dan bahawa Responden Kedua dan Responden Ketiga turut ditahan di sempadan Negeri Perlis oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada tarikh yang sama;
e
keterangan baharu Penghakiman Mahkamah Jenayah Thailand bertarikh 29/12/2021 (seperti terjemahan dalam bahasa Inggeris di Ekshibit P3, Kandungan 36) bahawa Responden Kedua dan Responden Ketiga telah didakwa dan disabitkan dengan beberapa kesalahan berhubungan dengan pengubahan wang, fraud dan penipuan di bawah, inter alia, Prevention and Suppression of Involvement in Transnational Crime Organization Act of Thailand dan Thai Anti-Money Laundering Act, B.E. 2542 (1999) oleh Mahkamah Jenayah Thailand pada 29/12/2021 termasuk kesalahan pengubahan wang yang melibatkan pemindahan wang berjumlah USD350,000.00 daripada Akaun EMTC kepada Akaun Amaco antara 14/11/2019 hingga 3/12/2019 tanpa pengetahuan dan kebenaran EMTC dan Responden Kedua kemudiannya telah mengeluarkan wang berjumlah USD350,000.00 tersebut secara tunai daripada Akaun Amaco di Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch. Berikutan daripada sabitan atas kesalahan tersebut, Responden Kedua dan Responden Ketiga telah dikenakan hukuman 50 tahun penjara di bawah seksyen 91(3) Criminal Code of Thailand oleh Mahkamah Jenayah Thailand; dan
f
Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Patrycja Karolina Bral pada 1/12/2022 (Kandungan 35 dan Kandungan 36) yang mana telah gagal dicabar dan disangkal kandungannya oleh Responden Pertama, Responden Kedua dan Responden Ketiga, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
EMTC adalah mangsa sindiket pengubahan wang, fraud dan penipuan di bawah Skim Fraud yang dilakukan dan didalangi oleh Responden Kedua, Responden Ketiga dan beberapa pihak lain. Berdasarkan Rekod-Rekod Rayuan, kertas-kertas kausa, dokumen-dokumen dan keterangan yang dikemukakan yang dikemukakan oleh EMTC semasa prosiding di hadapan HMS dan di hadapan Mahkamah ini, EMTC telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian mengenai kronologi rantaian wang dan Harta tersebut serta transaksi pengubahan wang dan fraud ke atas Harta tersebut yang melibatkan Responden Kedua dan Responden Ketiga tersebut;
b
Responden Kedua dan Responden Ketiga telah melakukan kesalahan pengubahan wang tersebut dengan memindahkan wang berjumlah USD350,000.00 daripada Akaun EMTC kepada Akaun Amaco antara 14/11/2019 hingga 3/12/2019 tanpa pengetahuan dan kebenaran EMTC dan Responden Kedua kemudiannya telah mengeluarkan wang berjumlah USD350,000.00 tersebut secara tunai daripada Akaun Amaco di Siam Commercial Bank, Big C Suksawat Branch;
c
Responden Kedua dan Responden Ketiga kemudiannya telah cuba untuk membawa masuk wang berjumlah USD350,000.00 tersebut (bersamaan dengan nilai RM1,425,000.00) ke Malaysia pada 3/12/2019 sebelum berjaya ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sempadan Negeri Perlis pada tarikh yang sama. Wang berjumlah USD350,000.00 tersebut kemudiannya telah dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana disyaki wang hasil pengubahan wang;
d
EMTC telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa EMTC adalah pihak ketiga yang suci hati dan mempunyai kepentingan sah terhadap Harta tersebut menurut seksyen 61(4)(a) AMLATFPUUA dan Harta tersebut adalah berasal daripada EMTC; dan
e
memandangkan Harta tersebut adalah berasal daripada EMTC dan telah diperolehi secara pengubahan wang, fraud dan penipuan oleh Responden Kedua dan Responden Ketiga, maka adalah wajar menurut undang-undang yang berkuat kuasa, wang berjumlah USD350,000.00 atau bersamaan RM1,425,000.00 tersebut dikembalikan kepada EMTC. [17] Ketiga, mengenai keterangan baharu Penghakiman Mahkamah Jenayah Thailand bertarikh 29/12/2021 tersebut, memandangkan tiada bukti bertentangan dikemukakan oleh Responden-Responden, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa EMTC telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa –
a
keterangan baharu yang dikemukakan oleh MTC tersebut adalah dokumen rasmi Mahkamah yang sah dan tulen dan mempunyai kesan dari segi undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang; dan
b
keterangan baharu tersebut adalah keterangan yang kredibel dan relevan dengan tindakan ini dan hendaklah menjadi sebahagian keterangan dalam rayuan ini. [18] Memandangkan keterangan baharu tersebut tiada semasa prosiding di hadapan HMS dan kini ia telah menjadi sebahagian keterangan dalam rayuan ini, maka adalah wajar ia diambil kira dan dipertimbangkan oleh Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan ini. Ini bagi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam rayuan ini. [19] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa terdapat merit dalam rayuan Perayu/EMTC tersebut dan Perayu/EMTC sebagai Pihak Ketiga telah berjaya memenuhi kehendak seksyen 61 AMLATFPUAA dan menunjukkan sebab mengapa Harta tersebut tidak boleh dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia dan perlu dikembalikan kepada EMTC. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Perayu/EMTC tersebut dan mengetepikan keseluruhan keputusan HMS tersebut. Tarikh : 28 Februari 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis Peguam Cara Pihak-Pihak – Peguam Cara Perayu: Encik Kwong Chiew Ee Tetuan Rahmat Lim & Partners Peguam Bela dan Peguam Cara Suite 33.01, Level 33 The Gardens North Tower Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur Peguam Cara Responden Pertama: TPR Puan Rozaliana Binti Zakaria Jabatan Peguam Negara (AGC) Aras 5, No.45 Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Peguam Responden Kedua dan Ketiga: Puan Fatin Syaza Irdina Binti Muhamad Eddin Syazri Nurul Hafidzah & Associates Peguam Bela dan Peguam Cara B-7-2, Alam Avenue Jalan Serai Wangi G 16/G Persiaran Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.