/akn/my/judgment/high-court/2026/91c4a6c2-64bd-4623-bd66-e40a995336ac
High Court of Malaysia4 Mar 2026PA-24NCvC-545-05/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Co. Bhd v. Hameed Jagubar Syed Ahmad [2018] 6 MLRA 85; [2018] 12 MLJ 1; [2018] 9 CLJ 691; [2018] 7 AMR 142 yang memutuskan- "(2) The Court of Appeal ought to have considered the cover note since the Insurance Act provides that a policy includes the cover note. The Court of Appeal also ought to have considered S. 141 an”
“a) adalah dalam situasi yang sama, di mana polisi insurans hanya dibeli selepas kemalangan berlaku. [26] Selain itu, Mahkamah ini mendapati bahawa memandangkan polisi ini adalah polisi takaful, maka Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013) adalah berkaitan yang jelas memperuntukkan larangan statutori terhadap sy”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.: PA-24NCvC-545-05/2025 Dalam perkara Seksyen 89 hingga 107 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dalam perkara sijil insurans nombor TVP-KB093427-P3 yang melindungi kenderaan nombor PME 882 bagi tempoh 1.08.2019 hingga 31.07.2020 Dalam perkara kemalangan jalanraya yang di dakwa berlaku pada 1.08.2019 pada jam lebih kurang 9.45 pagi antara motorsikal nombor PDG 7041 dan motorkar nombor PME 882 di Jalan Kota Permai Dalam perkara kes sivil di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam, Guaman No. PC-A73KJ-41-01/2025 09/04/2026 18:34:32 PA-24NCvC-545-05/2025 Kand. 20 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 ANTARA ETIQA GENERAL TAKAFUL BERHAD (NO. SYARIKAT: 201701025031) ...PEMOHON
section
1. LAU LAY SEANG
section
2. KHOO BAN HENG ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Saman Pemula ini difailkan oleh Pemohon bagi mendapatkan perintah deklarasi seperti berikut-
section
1. Sijil insurans nombor TVP-KB093427-P3 yang dikeluarkan oleh Pemohon pada 1.08.2019 pada jam 10.38 pagi untuk melindungi kenderaan nombor PME 882 bagi tempoh dari jam 10.38 pagi pada 1.08.2019 hingga tengah malam pada 31.07.2020 adalah tidak sah (void) dan tidak boleh dikuatkuasa ("unenforcable") untuk melindungi satu kemalangan jalanraya yang didakwa berlaku pada 1.08.2019 jam 9.45 pagi antara motorsikal nombor PDG 7041 dan motorkar nombor PME 882 di Jalan Kota Permai;
section
2. Selaras dengan Perintah di perenggan 2 di atas, Pemohon **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 tidak bertanggungjawab ("not liable") untuk menanggung sebarang perintah dan penghakiman di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan, 1987 untuk sebarang tuntutan yang difailkan di bawah polisi ini, termasuk, dan tidak terhad kepada tindakan tuntutan di dalam Guaman No. PC-A73KJ- 41-01/2025 yang difailkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan/atau mana-mana tindakan lain yang akan dan/atau telah difailkan berikutan kemalangan jalan raya tersebut.”. [2] Mahkamah ini telah memberikan perintah seperti dipohon dan berikut adalah alasan-alasan atas keputusan tersebut. RINGKASAN FAKTA KES [3] Pemohon adalah sebuah syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat dan mempunyai alamat di Tingkat 12, Maybank Assurance Tower B, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur. [4] Permohonan ini berkaitan dengan suatu kemalangan yang telah berlaku pada 1.8.2019 pada jam 9.45 pagi melibatkan motokar No. PME 882 yang dipandu oleh Responden Pertama dengan sebuah motosikal No. PDG 7041 yang ditunggangi oleh Responden Kedua. [5] Pemohon telah mengeluarkan satu polisi insurans/sijil perlindungan takaful bagi melindungi motorkar No. PME 882 melalui Sijil Perlindungan Takaful bernombor TVP-KB093427-P3. [6] Responden Pertama telah membuat Laporan Polis Seberang Perai **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Tengah (SPT)/016186/19 pada 1.8.2019 pada pukul 11.27 pagi mengatakan bahawa kemalangan telah berlaku pada 1.8.2019 pada jam 9.45 pagi di antara motokar No. PME 882 yang dipandu oleh Responden Pertama dengan motosikal No. PDG 7041 yang ditunggang oleh Responden Kedua. [7] Responden Kedua telah membuat Laporan Polis Seberang Perai Tengah (SPT)/018809/19 pada 4.09.2019 pada pukul 4.24 petang juga mengatakan bahawa kemalangan dengan motokar No. PME 882 telah berlaku pada 1.8.2019 pada jam 9.45 pagi. [8] Responden Kedua kemudiannya telah memfailkan writ saman bertarikh 16.01.2025 dan pernyataan tuntutan bertarikh 8.1.2025 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam melalui Guaman No. PC-A73KJ-41- 01/2025 untuk menuntut ganti rugi am dan khas bagi kecederaan serta kerugian yang didakwa dialami oleh Responden Kedua ke atas Responden Pertama. [9] Pemohon kemudiannya telah memfailkan Saman Pemula ini bertarikh 8.5.2025 bagi mendapatkan suatu perintah deklarasi bahawa polisi insurans/Sijil Perlindungan Takaful bernombor TVP-KB093427-P3 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasa untuk kemalangan pada 1.8.2019 pada jam 9.45 pagi di Jalan Kota Permai yang melibatkan motokar No. PME 882. [10] Alasan utama permohonan deklarasi ini dibuat adalah kerana polisi insurans/Sijil Perlindungan Takaful bernombor TVP-KB093427-P3 hanya dibeli oleh Responden Pertama selepas kemalangan berlaku, iaitu pada jam 10.38 pagi pada 1.8.2019, yang mana perlindungan insurans hanya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 bermula selepas jam 10.38 pagi pada 1.0.2019 sehingga tengah malam pada 31.07.2020. Kertas Kausa [11] Kertas-kertas Kausa adalah seperti berikut-a. Saman Pemula, bertarikh 8.05.2025, di Lampiran 1. b. Afidavit Sokongan Chung Suet Yeen@Gladys yang diikrarkan pada 8.05.2025 di Lampiran 2. c. Afidavit Jawapan Khoo Ban Heng yang diikrarkan pada 11.06.2025 di Lampiran 4. d. Afidavit Balasan Chung Suet Yeen@Gladys yang diikrarkan pada 27.08.2025 di Lampiran 6. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Pemohon [12] Pemohon berhujah bahawa polisi insurans/Sijil Perlindungan Takaful bernombor TVP-KB093427-P3 tersebut hanya mula berkuat kuasa pada jam 10.38 pagi pada 1.8.2019 berdasarkan masa pengeluaran polisi tersebut. [13] Pemohon seterusnya berhujah bahawa kemalangan telah berlaku pada jam 9.45 pagi pada tarikh yang sama iaitu sebelum bermulanya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 perlindungan insurans, dan oleh itu Pemohon bukan penanggung insurans bagi risiko tersebut pada masa kemalangan berlaku. [14] Pemohon menegaskan bahawa ‘commencement of risk’ hanya bermula dari masa premium dibayar dan polisi dikeluarkan, dan dalam keadaan sebegini, perlindungan hanya bermula selepas kemalangan berlaku. [15] Ianya juga merupakan hujahan Pemohon bahawa tiada kontrak insurans yang wujud antara Pemohon dan Responden Pertama pada masa kemalangan berlaku kerana elemen-elemen kontrak termasuk balasan (premium) hanya sempurna selepas jam 10.38 pagi. Hujahan Responden Kedua [16] Tiada afidavit difailkan oleh Responden Pertama dan tiada hujahan dikemukakan. Oleh itu, berikut adalah hujahan Responden Kedua sahaja. [17] Responden Kedua berhujah bahawa polisi insurans tersebut tidak menyatakan secara jelas masa spesifik permulaan perlindungan, sebaliknya hanya menyatakan tempoh perlindungan dari 1.08.2019 hingga 31.07.2020. [18] Responden Kedua seterusnya menegaskan bahawa berdasarkan terma polisi yang dimasuki, perlindungan insurans meliputi keseluruhan hari pada 1.08.2019 dan tidak terhad kepada masa tertentu, dan oleh itu, kemalangan yang berlaku pada jam 9.45 pagi adalah dalam tempoh perlindungan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 [19] Responden Kedua juga berhujah bahawa sebarang ketidakjelasan dalam polisi hendaklah ditafsirkan terhadap pihak yang menyediakan dokumen tersebut iaitu Pemohon, dan memihak kepada pihak yang diinsuranskan. [20] Selanjutnya, Responden Kedua berhujah bahawa Pemohon adalah terikat kepada perjanjian Motor Insurer’s Bureau (MIB) dan kekal sebagai ‘insurer concerned’ walaupun polisi selepas kemalangan, dan oleh itu bertanggungjawab untuk memenuhi apa-apa penghakiman yang diperoleh oleh pihak ketiga. [21] Responden Kedua turut berhujah bahawa di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Pemohon mempunyai kewajipan statutori untuk membayar sebarang jumlah penghakiman yang diberikan terhadap pihak yang diinsuranskan berhubung risiko pihak ketiga, tanpa mengira sebarang isu berkaitan pembatalan atau ketidaksahan polisi. [22] Ianya juga merupakan hujahan Responden Kedua bahawa prinsip uberrimae fidei tidak lagi terpakai dalam bentuk asalnya dan telah digantikan oleh kerangka statutori di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang mengenakan tanggungjawab ke atas penanggung insurans untuk membuat pertanyaan sewajarnya sebelum mengeluarkan polisi. ANALISIS DAN DAPATAN [23] Pemohon mempertikaikan bahawa ia adalah penanggung insurans bagi motokar No. PME 882 semasa kemalangan dan menyatakan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 bahawa atas permintaan Responden Pertama, Pemohon telah mengeluarkan polisi insurans ke atas motorkar No. PME 882 pada jam 10.38 pagi pada 1.8.2019. Pemohon juga merujuk kepada eksibit "AZ" iaitu laporan polis Responden Kedua dan eksibit "A3" iaitu laporan polis Responden Pertama yang mana jelas menyatakan fakta kemalangan berlaku pada 1.8.2019 pada jam 9.45 pagi. [24] Pemohon telah merujuk kes Mahkamah Persekutuan Pacific & Orient Insurance Co. Bhd v. Hameed Jagubar Syed Ahmad [2018] 6 MLRA 85; [2018] 12 MLJ 1; [2018] 9 CLJ 691; [2018] 7 AMR 142 yang memutuskan- "(2) The Court of Appeal ought to have considered the cover note since the Insurance Act provides that a policy includes the cover note. The Court of Appeal also ought to have considered S. 141 and Regs. and 64 of the Insurance Regulations 1996. S. 141 and Reg. 63 are statutory prohibitions against an insurance company assuming any risk until the premium is paid. Thus, under the Insurance Act, assumption of risk commences from the time of payment of the premium.
subsection
(3) In the case of Cartwright v. Maccormack (Trafalgar Insurance Co. Ltd., Third Party), the policy used the words 'commencement date of risk'. The issue before the court was when did the period of insurance commence. The decision of the court was in the relation to the construction of phrase 'commencement date of risk' and 'commencement of risk'. Thus, the decision in Cartwright showed that 'commencement date of risk' meant the date of issue of the cover note but where the time of issue of the cover note was mentioned, 'commencement of risk' was to be calculated from time mentioned in the cover note. 4) At the time policy was issued, the defendant had not disclosed to **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 the appellant that the motorcycle was already involved in an accident. Hence, the defendant had breached the duty imposed upon him by S. 150(1) of the Insurance Act. The policy under consideration herein where the date and time of issue were mentioned in the cover note was a 'special contract'. Thus, the answer to the first question was that an insurance policy would take effect from the time of issuance of cover. Following this, the answer to the second question was answered in the negative. The decision of the Court of Appeal was therefore set aside." (Penekanan Ditambah) [25] Fakta kes di hadapan Mahkamah ini dan fakta kes yang dirujuk dalam kes Hameed Jagubar (supra) adalah dalam situasi yang sama, di mana polisi insurans hanya dibeli selepas kemalangan berlaku. [26] Selain itu, Mahkamah ini mendapati bahawa memandangkan polisi ini adalah polisi takaful, maka Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013) adalah berkaitan yang jelas memperuntukkan larangan statutori terhadap syarikat insurans/takaful untuk memikul apa-apa risiko sehingga premium/ dibayar. Ini bertepatan dengan Seksyen 96 IFSA 2013 berkaitan ‘Assumption of Risk’. Oleh itu, satu 'commencement of risk' hanya bermula pada masa pembayaran premium. Hal ini juga boleh dilihat sepertimana yang diputuskan dalam kes Hameed Jagubar (supra) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan dalam Akta Insurans iaitu “S. 141 and Regs. 63 and 64 of the Insurance Regulations
section
1996. S. 141 and Reg. 63 are statutory prohibitions against an insurance company assuming any risk until the premium is paid. Thus, under the Insurance Act, assumption of risk commences from the time of payment of the premium.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [27] Untuk memudahkan rujukan, Seksyen 141 Akta Insurans (yang telah dimansuhkan) yang dirujuk dalam Hameed Jagubar (supra) dan Seksyen 96(1) IFSA 2013 memperuntukkan-Seksyen 141 Akta Insurans Seksyen 96 IFSA 2013
section
141. Assumption of risk.
subsection
(1) No licensed general insurer shall assume any risk in respect of such description of general policy as may be prescribed unless and until the premium payable is received by the licensed general insurer in such manner and within such time as may be prescribed. (Penekanan Ditambah)
section
96. Assumption of risk.
subsection
(1) No licensed takaful operator shall cause any takaful fund which it operates to assume any risk in respect of such description of takaful certificate as may be prescribed by the Bank unless and until the takaful contribution payable is received by the licensed takaful operator in such manner and within such time as may be prescribed by the Bank. (Penekanan Ditambah) [28] Mahkamah ini berpandangan bahawa kontrak insurans adalah satu kontrak dengan ciri yang unik kerana tidak seperti kontrak komersial lain, kontrak insurans mempertaruhkan risiko dan berbentuk indemniti. Kerugian yang dialami akan diukur dari segi wang, dan penanggung insurans tidak membayar lebih daripada kerugian sebenar yang dialami. Tujuannya adalah untuk mengembalikan orang yang mengambil insurans kepada kedudukan kewangannya sebelum ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [29] Selain itu, sebagaimana kontrak-kontrak lain, kontrak insurans tetap memerlukan elemen balasan (consideration), iaitu pembayaran seperti premium dan bagi takaful dikenali sebagai sumbangan takaful (takaful contribution). Elemen balasan dalam insurans mentakrifkan obligasi pembayaran pemegang polisi (jumlah premium, kekerapan dan terma) sebagai pertukaran untuk janji penanggung insurans untuk menyediakan perlindungan. Selain itu, elemen balasan merupakan elemen asas bagi mana-mana kontrak yang sah di mana tanpanya, perjanjian tidak boleh dikuatkuasakan. [30] Dalam kontrak insurans, balasan ini melibatkan pembayaran premium untuk penanggung insurans menanggung risiko (lihat Gibbs Jin R v. Cohen; Ex parte Motor Accident Insurance Board [1979] 141 CLR 577; 53 ALJR 719; 27 ALR 263). Tanpa pembayaran, kontrak insurans tidak sah dan tidak berkuat kuasa. Ini merupakan perkara asas berkaitan undang-undang insurans. [31] Selanjutnya Mahkamah ini mendapati adalah satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa polisi insurans/Sijil Perlindungan Takaful bernombor TVP-KB093427-P3 telah menunjukkan tempoh takaful bermula pada 1.8.2019 dan berdasarkan kes Mahkamah Persekutuan Hameed Jagubar (supra), ianya berkuatkuasa mulai jam 10.38 pagi pada 1.8.2019 dan tempoh kuatkuasa ini jelas adalah selepas kemalangan berlaku berdasarkan kedua-dua Laporan Polis Seberang Perai Tengah (SPT)/016186/19 oleh Responden Pertama dan Laporan Polis Seberang Perai Tengah (SPT)/018809/19 oleh Responden Kedua di mana kemalangan dikatakan telah berlaku pada jam 9.45 pagi. [32] Oleh yang demikian, adalah nyata bahawa polisi insurans tersebut **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 hanya berkuat kuasa pada 10.38 pagi pada 1.8.2019 dan belum lagi berkuat kuasa sewaktu kemalangan yang berlaku pada 9.45 pagi. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pemohon bahawa ini adalah berkaitan prinsip ‘commencement of risk’. Hal ini bertepatan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Hameed Jagubar (supra) yang memutuskan “…The policy under consideration herein where the date and time of issue were mentioned in the cover note was a ‘special contract’. Thus, the answer to the first question was that an insurance policy would take effect from the time of issuance of cover…” [33] Berdasarkan ini, Mahkamah mendapati tiada kontrak insurans yang berkuat kuasa semasa kemalangan berlaku memandangkan polisi hanya berkuat kuasa selepas kemalangan dan untuk memaksa Pemohon menanggung risiko yang berlaku sebelum kontrak dimasuki adalah bertentangan dengan prinsip asas kontrak insurans. [34] Selanjutnya kes Hameed Jagubar (supra) merupakan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, atas doktrin stare decisis, Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut. KESIMPULAN [35] Setelah meneliti keseluruhan kertas kausa termasuk Saman Pemula, afidavit-afidavit yang difailkan, serta hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Pemohon telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah ini dengan ini membenarkan permohonan Permohon dan memberikan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 perintah seperti yang dipohon dalam Saman Pemula ini. BERTARIKH: 4 APRIL 2026 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Georgetown 3 Pulau Pinang PIHAK-PIHAK Peguamcara Pemohon: Zamri Bin Ali Hassan (bersama Noor Asikin Binti Ideris dan Nur Syahirah Binti Haslimalis) Tetuan Othman Hashim & Co. Peguamcara Responden Kedua: Balvresh A/L Suraskurmar (bersama Nurul Najwa Binti A Hamid dan Syamimi Irdina Binti Mat Rawi Tetuan Paramjit Singh & Co. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.