Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN 5 DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO : B54-6-12/2016 Dalam Perkara Seksyen 10 96(10 dan
B54-6-12/2016
Sessions Court of Malaysia14 Apr 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN 5 DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO : B54-6-12/2016 Dalam Perkara Seksyen 10 96(10 dan
3
Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 DAN 15 Dalam Perkara Seksyen 41 Relief Spesifik 1950. DAN 20 Dalam Perkara Polisi insurans No. TGPC- 01159214-BRTZHQT yang melindungi 25 kenderaan No. WNL5657 bagi tempoh 02/11/2013 sehingga 01/11/2014 2 DAN 5 Dalam Perkara kemalangan jalanraya pada 07/01/2014 di Antara motokar No. 10 WNL5657 dan motosikal No. JKT 1706 di Jalan Pantai Hiburan, Rompin, Pahang 15 ANTARA ETIQA TAKAFUL BERHAD (266243-D) ….PLAINTIF DAN 20
1
ADIBAH BINTI ZAINAL ABIDIN (No. K/P : 600404-03-5488)
2
MOHAMAD ROHAIZAD BIN ZUKI (No. K/P : 921219-03-5125)
3
NURHIDAYAH BINTI HAMIDON (No. K/P : 951129-01-5742) 3
4
NUR FAZILAH BINTI AHMAD 5 (No. K/P : 951215-06-5762)
5
HAMIDON BIN MD SAID … DEFENDAN-DEFENDAN 10 ALASAN KEPUTUSAN Pendahuluan [1] Ini adalah satu Saman Pemula di mana pihak Plaintif menuntut;
i
Masa (jika perlu) dilanjutkan untuk memfailkan Saman Pemula ini;
II
(ii) Keseluruhan peruntukan polisi insurans 20 bernombor TGPC-01159214-BRTZHQT yang melindungi motokar No WNL 5657 bagi tempoh 2.11.2013 sehingga 1/11/2014 adalah terbatal(“void”) dan tidak boleh dikuatkuasakan 25 (“unenforceable”) terhadap Plaintif; 4
III
(iii) Selanjutnya, Pemohon tidak 5 bertanggungjawab (“not liable”) untuk menanggung sebarang perintah dan penghakiman di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 untuk sebarang tuntutan yang difailkan di 10 bawah polisi ini termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana tindakan yang akan/atau telah difailkan berikutan kemalangan jalanraya itu. 15
IV
(iv) Lain-lain relief dan/atau perintah dan/atau arahan lanjut yang dianggap sesuai dan manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
v
Kos. 20 Latarbelakang Kes [2] Adibah bt Zainal Abidin, Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar bagi sebuah kereta No WNL 5657 (kereta tersebut). Plaintif dalam kes ini telah 25 mengeluarkan satu polisi insurans bernombor TGPC- 01159214-BRTZHQT (polisi tersebut) bagi melindungi 5 kereta tersebut bagi tempoh 2.11.2013 sehingga 5 1.11.2014. [3] Kereta tersebut yang dikatakan dipandu oleh Defendan Kedua telah terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 7.1.2014 dengan sebuah motorsikal No 10 JKT 1706 yang ditunggang atau dibonceng atau dimiliki oleh Defendan Ketiga, Keempat dan Kelima di Jalan Pantai Hiburan, Rompin, Pahang. [4] Berikutan itu Plaintif telah diserahkan dengan satu 15 notis di bawah Seksyen 96(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987(APJ) dan laporan-laporan polis berkaitan kemalangan itu. Satu guaman sivil juga telah difailkan oleh Tetuan Ravi Moorthi Noriza Mala & Partners di Mahkamah Sesyen Kuantan No: A53KJ-22-01/2015 bagi 20 pihak Defendan-defendan Ketiga, Keempat dan Kelima yang menuntut gantirugi am dan khas. Kes Plaintif [5] Plaintif mengatakan bahawa pihaknya telah melantik 25 penyelaras untuk menyiasat berhubung kemalangan itu. Siasatan mendapati kereta tersebut telah dijual oleh 6 Defendan Pertama kepada anak saudaranya, Defendan 5 Kedua pada 7.1.2014 tanpa pengetahuan Plaintif. [6] Defendan Kedua mengakui bahawa beliau telah membeli kereta tersebut daripada Defendan Pertama pada tahun 2011 atas dasar sambung bayar pinjaman 10 bank Defendan Pertama dan hanya akan menukar nama selepas selesai keseluruhan pinjaman kereta tersebut. [7] Berdasarkan fakta di atas Plaintif mengatakan bahawa kereta yang diinsurankan oleh Defendan Pertama 15 tidak berada di bawah kawalannya sebaliknya oleh Defendan Kedua pada setiap masa yang merupakan “unauthorized driver” pada masa kemalangan berlaku.Oleh kerana berlaku “transfer of interest” juga maka tidak terdapat “insurable interest”. 20 [8] Selain itu Plaintif mengatakan bahawa keseluruhan polisi insurans yang dikeluarkan atas nama Defendan Pertama adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana polisi tersebut tidak dibeli untuk kereta WNL 5657 25 kerana kereta tersebut telah dijual pada 2011. Maka tuntutan Defendan Ketiga hingga Kelima tidak dilindungi di bawah insurans itu. Ini kerana telah berlaku kemungkiran 7 terma dan syarat asas polisi tersebut yang menyebabkan 5 ia tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Plaintif. Kes Defendan [9] Defendan mengatakan isu-isu yang ditimbulkan oleh Plaintif antaranya bahawa polisi itu telah terbatal, 10 pemindahan kepentingan dan pemandu yang tidak mempunyai kebenaran untuk memandu kereta tersebut adalah isu antara Defendan Pertama dengan agen Plaintif serta Plaintif sahaja dan tidak boleh mengatasi atau memberi kesan kepada perlindungan insuran pihak ketiga 15 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(APJ). [10] Mengenai kemungkiran terma dan syarat asas polisi tersebut, Plaintif boleh mendapatkan remedi terhadap agennya atau Defendan Pertama. Syarat dan terma yang 20 dikatakan dilanggar juga tidak dikemukakan. [11] Plaintif telah menerima Notis di bawah Seksyen 90(2) APJ dan telah melantik Peguamcara serta telah memfailkan pembelaan untuk Defendan Pertama dan 25 Kedua maka Plaintif harus di tahan (“estopped”) daripada mendapatkan deklarasi pada tahap ini. 8 [12] Seterusnya Peguam Defendan Ketiga hingga Kelima 5 mengatakan Defendan Pertama telah pun memberi kebenaran kepada Defendan Kedua untuk menggunakan kereta tersebut. [13] Carian JPJ adalah carian rasmi yang muktamad 10 menunjukkan Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar kereta dan seharusnya mengikat pihak-pihak. Jelas dari carian JPJ, Defendan Pertama adalah pemilik kereta dan Plaintif sebagai penanggung insurans yang harus bertanggungan atas kemalangan kerana ia adalah satu 15 “statutory liability”. Penilaian dan Keputusan Mahkamah [14] Adalah menjadi undang-undang yang mantap sepertimana dihujahkan oleh pihak Plaintif bahawa 20 kontrak berkaitan polisi insurans adalah satu kontrak berasaskan prinsip “uberrima fide” atau “utmost good faith”. Kes-kes yang dipetik oleh pihak Plaintif sememang dengan jelasnya menunjukkan bahawa pihak insurans tidak mempunyai obligasi untuk menanggung rugi dalam 25 keadaan berlakunya kegagalan untuk menyatakan fakta– fakta material (non-disclosure of material facts) serta berlaku pemindahan kepentingan (transfer of interest). 9 [15] Bagi kes-kes insuran yang melibatkan kemalangan 5 jalanraya dua perkara utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah dalam menentukan samada pihak insurans perlu bertanggungan adalah samada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan telah dipandu dengan keizinan “insured” dan wujud “insurable interest” semasa 10 kemalangan berlaku seperti diputuskan dalam kes Nanyang Insurance Co. Ltd v Salbiah & Anor [1967] 1MLJ 94 yang dirujuk oleh pihak Plaintif. [16] Pihak Plaintif melalui afidavit Haslenda bt Md Moktar 15 Rudin, Ketua Bahagian Tuntutan Motor di bahagian tuntutan Plaintif (pegawai Plaintif) bertarikh 6.12.2016 mengatakan bahawa penyelaras yang dilantik Plaintif telah membuat siasatan yang menyeluruh mendapati kereta yang terlibat dengan kemalangan yang 20 diinsuranskan atas nama Defendan Pertama telah dijual pada masa kejadian kemalangan. [17] Dalam afidavit tersebut juga pihak Plaintif menyokong dakwaan mereka dengan mengemukakan 25 dua surat akuan bersumpah dan satu laporan polis di ekshibit “HMM-4”. Kandungan ketiga-tiga dokumen ini yang dibuat oleh Defendan Pertama Adibah bt Zainal 10 Abidin pada 3.11.2016 dan Defendan Kedua, Mohamad 5 Rohaizad b Zuki bertarikh 14.10.2016 adalah sama pada asasnya. [18] Kedua-dua penama ini mengakui mereka mempunyai tali persaudaraan sebagai ibu saudara dan 10 anak saudara. Seterusnya kedua-dua mereka mengakui bahawa Defendan Pertama telah menjual kereta yang terlibat dengan kemalangan itu pada tahun 2011 kepada Defendan Kedua dengan harga RM18 500.00 secara sambung bayar pinjaman bank di atas nama Defendan 15 Pertama dan Defendan Kedua hanya akan menukar nama pada geran kereta tersebut setelah pinjaman dilangsaikan. [19] Defendan-defendan menafikan hal ini dengan 20 mengemukakan afidavit oleh peguambelanya yang diikrarkan pada 21.2.2017 dan 18.5.2017 yang mengekshibitkan maklumat insurans kenderaan dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang menunjukkan bahawa pada masa material kereta tersebut 25 masih dimiliki Defendan Pertama. 11 [20] Secara sepintas lalu jika Mahkamah menimbangkan 5 fakta yang dikemukakan Plaintif sudah semestinya Mahkamah mesti mengatakan bahawa pihak Plaintif tidak lagi bertanggungan kerana berlakunya “transfer of interest” sekaligus ini bermakna tiada lagi “ insurable interest” serta berlakunya perlanggaran terma dan syarat 10 asas kontrak iaitu “duty of disclosure” kerana penjualan kereta oleh Defendan Pertama kepada Defendan Kedua tidak dimaklumkan kepada pihak Plaintif. [21] Walau bagaimanapun Mahkamah melihat 15 keterangan yang dikemukakan oleh pihak Defendan-defendan ketiga hingga kelima adalah lebih “credible” dan boleh diterimapakai serta mengatasi keterangan Plaintif dari segi nilainya. 20 [22] Ini kerana akuan sumpah dan laporan polis yang dikemukakan kepada Mahkamah hanyalah dilampirkan sebagai ekshibit melalui afidavit pegawai Plaintif sedangkan penyelaras yang dikatakan telah membuat siasatan tidak dikemukakan affidavitnya di Mahkamah 25 bagi menyokong fakta dan dakwaan ini. 12 [23] Malah Plaintif mendakwa bahawa pihaknya telah 5 mengarahkan penyelarasnya supaya membuat satu siasatan berkaitan kemalangan tersebut tetapi laporan hasil siasatan itu langsung tidak dikemukakan kepada pihak Mahkamah. 10 [24] Tambahan lagi tiada penjelasan dalam afidavit pegawai Plaintif bagaimana surat-surat akuan sumpah yang dikatakan dibuat oleh Defendan Pertama dan Kedua serta laporan polis Defendan Kedua seperti di ekshibit “HMM-4” diperolehi. Mahkamah ini berpandangan 15 penyelaras adalah individu yang selayaknya untuk mengemukakan dokumen-dokumen itu memandangkan beliaulah yang mempunyai maklumat langsung (firsthand knowledge) dalam hal ini. 20 [25] Sedangkan di pihak Defendan-defendan pula, peguambela yang membuat carian tersebut telah mengemukakan sendiri maklumat dari carian rasmi dari pihak yang tidak berkepentingan menunjukkan fakta bahawa Defendan Pertama masih kekal sebagai pemilik 25 kereta tersebut. 13 [26] Apabila Mahkamah ini membuat dapatan bahawa 5 tidak berlaku pemindahan kepentingan dan tanpa keterangan sebaliknya, dengan sendirinya bermakna bahawa kereta tersebut telah dipandu dengan keizinan pemiliknya sepertimana diputuskan dalam kes Lee Chong Keong v Cheang Kok Weng & Anor [1996] 4 MLJ 133 di 10 mukasurat 134 (rujuk “held” di para 5). [27] Dalam kes ini tidak dipertikaikan bahawa pihak Plaintif telah menerima notis statutori di bawah Seksyen 96(2) APJ 1987 malah telah memasukkan pembelaan 15 bagi pihak Defendan Pertama dan Kedua dalam kes A53KJ-22-01/2015 maka pada peringkat ini tidak sepatutnya Plaintif sebagai pihak penginsurans mengelakkan tanggungjawabnya. 20 [28] Seterusnya walaupun Defendan Pertama dan Kedua tidak memasukkan sebarang afidavit membantah permohonan deklarasi Plaintif di sini, memandangkan permohonan ini melibatkan budi bicara Mahkamah, Mahkamah mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan No: 25 W-02(NCVC) (A)-1717-09/2016 Tirumenivar a/l Singara Veloo v Malaysian Motor Insurance Pool, 14 April 2017 sepertimana dalam hujahan pihak peguam Defendan 14 Ketiga hingga Kelima dan memutuskan bahawa 5 Mahkamah ini tidak sepatutnya memberikan perintah deklarasi terhadap Defendan Pertama dan Kedua semata-mata atas kegagalan kehadiran dan kegagalan memfailkan afidavitnya. 10 [29] Maka atas sebab-sebab seperti di atas Mahkamah ini menolak permohonan Plaintif di Kandungan 3 dengan kos RM1 500.00 15 (DATO’ HABIBAH BINTI MOHAMED YUSOF) Hakim Mahkamah Sesyen 2 20 14hb Jun 2017 s.k . 1) Tetuan Ravi Moorthi Noriza Mala & Partners Peguambela dan Peguamcara A-3, Tingkat 1, Lorong Tun Ismail 10 25 Jalan Tun Ismail 25000 Kuantan, Pahang (RMNM/ACC/3528/14/H/Ros 15 2) Tetuan Sabarudin Othman & Ho 5 No. C-8-2, Megan Avenue 11 No. 12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur. (SO/KL/L/ETIQA/4225/16) 10
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.