Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (1) DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: AB-A72NCvC-33-03/2025 EVELYN SHOBA & PARTNERS … PLAINTIF
AB-A72NCvC-33-03/2025
Magistrates Court of Malaysia21 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an diterima oleh defendan-defendan selaras dengan kehendak seksyen 7 Akta Kontrak 1950. (Rujuk kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur: Mohamed Haniff Khatri Abdulla v. Parti Pribumi Bersatu Malaysia & Ors [2025] CLJU 2791) Dapatan Mahkamah [32] Berdasarkan keseluruhan keterangan dan peruntukan undang-undang yang dirujuk, Mah”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (1) DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: AB-A72NCvC-33-03/2025 EVELYN SHOBA & PARTNERS … PLAINTIF
1
ARULANANTHA JOTHI A/P MUNIANDY
2
M. UTHTHAMACH SUDAR
3
P.M. SATHIA SUDAR A/L MUNIANDY
4
P.M. UNMAICH SUDAR A/L MUNIANDY (NO KP: 5507200861370 … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas bicara penuh) MUKADIMAH [1] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk bayaran yuran guaman sebanyak RM 31,180.00 bagi perkhidmatan guaman yang telah diberikan tetapi masih belum dibayar oleh defendan-defendan. [2] Kes ini telah diteruskan sehingga perbicaraan penuh di mana kedua-dua pihak bergantung kepada keterangan lisan dan juga dokumen. 24/03/2026 17:50:53 AB-A72NCvC-33-03/2025 Kand. 24 S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [3] Dalam kes ini, defendan-defendan tidak diwakili oleh peguam dan telah mewakili diri mereka sendiri (in person) sepanjang prosiding bagi kes ini. [4] Setelah meneliti keseluruhan keterangan, dokumen-dokumen yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah telak menolak tuntutan plaintif. Ini merupakan alasan penghakiman Mahkamah bagi keputusan tersebut. Kes Plaintif [5] Plaintif ialah sebuah firma guaman di Taiping. [6] Defendan-defendan pula adalah adik-beradik yang merupakan pemilik bersama bagi sebidang tanah di bawah PN 133691, Lot 2226, Mukim Jebong, Daerah Larut, Matang dan Selama, Negeri Perak. [7] Pada sekitar April 2022, defendan-defendan telah melantik plaintif dan masing-masing menandatangani surat kuasa untuk memulakan tindakan Writ Saman bagi menuntut ganti rugi berhubung pencerobohan ke atas tanah tersebut melalui Writ Saman di Mahkamah Tinggi Taiping No. Kes AB-22NCvC-19-09/2022 (‘Writ Saman 19’). Writ Saman 19 ini kemudiannya telah ditarik balik dengan kebebasan untuk difailkan semula. [8] Selepas itu, defendan-defendan sekali lagi melantik plaintif untuk memulakan tindakan melalui Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Taiping No. Kes AB-24NCvC-50-04/2024 (‘Saman Pemula 50’). Pada 6 S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw November 2024, Mahkamah Tinggi Taiping telah membenarkan Saman Pemula 50 tersebut. [9] Defendan-defendan telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM7,000.00 bagi Writ Saman 19 dan RM4,000.00 kemudiannya bagi Saman Pemula 50. [10] Menurut plaintif, pada semua masa yang material, telah dipersetujui secara lisan antara plaintif dan defendan-defendan bahawa baki yuran guaman akan ditolak daripada jumlah ganti rugi yang diperoleh melalui tindakan pelaksanaan penghakiman bagi Saman Pemula 50. [11] Namun begitu, selepas penyelesaian kes Saman Pemula 50, defendan-defendan didakwa tidak menepati janji apabila tanpa pengetahuan plaintif telah melantik peguam lain untuk tindakan pelaksanaan penghakiman. [12] Plaintif kemudiannya telah mengeluarkan:
i
Invois bertarikh 16 Januari 2025 berjumlah RM18,000.00 bagi baki yuran guaman untuk Writ Saman 19; dan
II
(ii) Invois bertarikh 6 Januari 2025 berjumlah RM13,180.00 bagi baki yuran guaman untuk Saman Pemula 50. [13] Jumlah ini adalah berdasarkan kerja-kerja guaman yang telah dilakukan oleh plaintif bagi kedua-dua tindakan tersebut. S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [14] Plaintif juga telah menghantar surat tuntutan bertarikh 17 Januari
2025
Walau bagaimanapun, defendan-defendan menafikan tuntutan baki yuran tersebut dan gagal membuat sebarang bayaran. [15] Oleh itu, plaintif menuntut jumlah keseluruhan RM31,180.00 sebagai baki yuran guaman bersama faedah bagi perkhidmatan guaman dalam kedua-dua prosiding tersebut. Kes Defendan-Defendan [16] Dalam pembelaan mereka, defendan-defendan menafikan kewujudan perjanjian lisan seperti yang didakwa oleh plaintif bagi yuran guaman yang dituntut oleh plaintif. [17] Defendan-defendan juga mendakwa bahawa plaintif tidak pernah memaklumkan bahawa jumlah yuran guaman sebenar adalah seperti mana yang dituntut. Mereka hanya mengetahui mengenai tuntutan baki yuran guaman tersebut selepas plaintif mengeluarkan invois-invois berkenaan. [18] Defendan-defendan mengakui bahawa sejumlah RM7,000.00 telah dibayar sebagai wang pendahuluan bagi Writ Saman 19. Mereka juga tidak menafikan bahawa pada peringkat awal, pihak-pihak telah bersetuju bahawa yuran guaman adalah sebanyak 20% daripada jumlah penyelesaian atau award (contingency fee) selepas kes diselesaikan. [19] Walau bagaimanapun, defendan-defendan menyatakan bahawa Writ Saman 19 telah ditarik balik oleh plaintif dan akibatnya mereka tidak menerima sebarang ganti rugi daripada tindakan tersebut. S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [20] Bagi Saman Pemula 50 pula, defendan-defendan menyatakan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana peguam lain untuk melaksanakan penghakiman. Sehingga tarikh perbicaraan, defendan-defendan menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang pampasan atau ganti rugi. [21] Menurut mereka lagi, satu-satunya perintah yang diperoleh hanyalah kos sebanyak RM3,000.00 yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi. Namun begitu, defendan-defendan menyatakan bahawa jumlah kos tersebut juga tidak pernah diterima oleh mereka. Isu [22] Isu tunggal dalam kes ini adalah sama ada wujud perjanjian lisan antara plaintif dan defendan-defendan untuk membayar yuran guaman sebanyak:
i
RM25,000 sebagai yuran penuh bagi Writ Saman 19; dan
II
(ii) RM20,000 sebagai yuran penuh bagi Saman Pemula 50. Analisis dan Dapatan Mahkamah Prinsip undang-undang [23] Plaintif berhujah bahawa wujud suatu perjanjian lisan antara pihak-pihak berkenaan jumlah yuran guaman tersebut. Bagi menyokong hujahan ini, plaintif merujuk kepada seksyen 9, 10 dan 40 Akta Kontrak S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw 1950 bagi menegaskan bahawa perjanjian tersebut adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. [24] Bagi menjawab isu ini, Mahkamah terlebih dahulu merujuk kepada seksyen 116 Akta Profesion Undang-Undang 1976 memandangkan tuntutan plaintif melibatkan yuran guaman. [25] Seksyen 116 memperuntukkan bahawa: “Perjanjian bagi kos urusan bertikaian
116
116.
1
Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, seseorang peguam bela dan peguam cara atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad boleh membuat suatu perjanjian secara bertulis dengan kliennya berkenaan dengan amaun dan cara pembayaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripada kos peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu berkenaan dengan urusan bertikaian yang dilakukan atau yang akan dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, sama ada dengan sejumlah wang kasar, atau selainnya, dan sama ada dengan kadar yang sama atau yang lebih besar atau lebih kecil daripada kadar yang dengannya peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu akan selainnya berhak disara.
2
Tiap-tiap perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh klien dan hendaklah tertakluk kepada Bahagian ini.”. [26] Seksyen 116 Akta Profesion Undang-Undang 1976 memperuntukkan bahawa apa-apa perjanjian mengenai yuran guaman bolehlah dibuat secara bertulis. Dalam kes ini, tiada sebarang perjanjian bertulis dikemukakan oleh plaintif untuk menunjukkan jumlah yuran guaman yang dipersetujui bagi Writ Saman 19 dan Saman Pemula 50. S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [27] Dalam keadaan tiada perjanjian bertulis, Mahkamah seterusnya merujuk kepada Akta Kontrak 1950 untuk menentukan sama ada wujud perjanjian yang sah di sisi undang-undang. [28] Di bawah Akta Kontrak 1950, sesuatu perjanjian mestilah bermula dengan suatu tawaran (proposal) yang dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi. Seksyen 3 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan seperti berikut: “Communication, acceptance and revocation of proposals The communication of proposals, the acceptance of proposals, and the revocation of proposals and acceptances, respectively, are deemed to be made by any act or omission of the party proposing, accepting, or revoking, by which he intends to communicate the proposal, acceptance, or revocation, or which has the effect of communicating it.”. [29] Sehubungan itu, plaintif perlu membuktikan bahawa terdapat suatu tawaran untuk memberikan perkhidmatan guaman dengan bayaran tertentu yang bukan sahaja dikomunikasikan tetapi juga diterima oleh defendan-defendan. [30] Penerimaan tersebut pula mestilah mematuhi seksyen 7 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan bahawa: “Acceptance must be absolute In order to convert a proposal into a promise the acceptance must—
a
be absolute and unqualified; S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw
b
be expressed in some usual and reasonable manner, unless the proposal prescribes the manner in which it is to be accepted. If the proposal prescribes a manner in which it is to be accepted, and the acceptance is not made in that manner, the proposer may, within a reasonable time after the acceptance is communicated to him, insist that his proposal shall be accepted in the prescribed manner, and not otherwise; but, if he fails to do so, he accepts the acceptance.”. [31] Untuk menguatkuasakan perjanjian lisan yang didakwa oleh plaintif, plaintif perlu membuktikan dua perkara berikut:
i
Bahawa terdapat tawaran oleh plaintif untuk memberikan perkhidmatan guaman kepada defendan-defendan dengan bayaran penuh yuran guaman sebanyak RM25,000 bagi Writ Saman 19 dan RM20,000 bagi Saman Pemula 50; dan
II
(ii) Bahawa tawaran tersebut telah dikomunikasikan dan diterima oleh defendan-defendan selaras dengan kehendak seksyen 7 Akta Kontrak 1950. (Rujuk kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur: Mohamed Haniff Khatri Abdulla v. Parti Pribumi Bersatu Malaysia & Ors [2025] CLJU 2791) Dapatan Mahkamah [32] Berdasarkan keseluruhan keterangan dan peruntukan undang-undang yang dirujuk, Mahkamah mendapati bahawa plaintif gagal membuktikan bahawa terdapat suatu tawaran untuk memberikan perkhidmatan guaman dengan bayaran tersebut yang telah dikomunikasikan dan diterima oleh defendan-defendan. S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [33] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa plaintif gagal membuktikan kewujudan perjanjian lisan tersebut atas imbangan kebarangkalian. [34] Pertama, berdasarkan keterangan yang dikemukakan, adalah jelas bahawa pada peringkat awal pihak-pihak telah bersetuju bahawa yuran guaman akan dikenakan sebanyak 20% daripada jumlah penyelesaian atau ganti rugi yang akan diberikan. [35] Persetujuan ini dibuat sebelum Writ Saman 19 difailkan. Walau bagaimanapun, Writ Saman 19 kemudiannya telah ditarik balik dan satu prosiding baharu dimulakan melalui Saman Pemula 50. [36] Berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati bahawa tidak jelas apakah komunikasi antara pihak-pihak selepas Writ Saman 19 ditarik balik khususnya sama ada persetujuan asal mengenai yuran guaman sebanyak 20% daripada jumlah penyelesaian atau award itu masih terpakai bagi prosiding baharu di bawah Saman Pemula 50. Tiada sebarang keterangan berkenaan perkara ini. [37] Harus ditekankan di sini bahawa plaintif bergantung sepenuhnya kepada perjanjian lisan. Dalam keadaan ini, Mahkamah tidak boleh membuat dapatan berdasarkan andaian semata-mata atau fakta/keterangan yang tidak jelas. [38] Seterusnya, daripada kedua-dua prosiding (Writ Saman 19 dan Saman Pemula 50) adalah jelas bahawa defendan-defendan tidak menerima sebarang ganti rugi atau pampasan wang kecuali kos S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw sebanyak RM3,000.00 yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam Saman Pemula 50. [39] Berhubung dengan Writ Saman 19, plaintif dalam penyataan tuntutannya menyatakan bahawa writ tersebut telah ditarik balik “dengan kos RM500”. Namun begitu, tiada keterangan yang jelas dikemukakan mengenai kos tersebut; sama ada kepada siapa kos itu diperintahkan atau apakah sebenarnya perintah Mahkamah Tinggi. Malah, salinan perintah Mahkamah Tinggi bagi Writ Saman 19 juga tidak dikemukakan dalam ikatan dokumen plaintif. [40] Dalam keadaan ini, satu-satunya perkara yang jelas kepada Mahkamah ialah bahawa pada peringkat awal, pihak-pihak bersetuju bahawa yuran guaman adalah sebanyak 20% daripada jumlah penyelesaian atau ganti rugi yang akan diperolehi. [41] Berikutan itu, bagi membolehkan persetujuan tersebut dikuatkuasakan, timbul persoalan: 20% tersebut hendak dikira daripada jumlah apa, memandangkan defendan-defendan tidak menerima sebarang ganti rugi wang sama ada bagi Writ Saman 19 mahupun Saman Pemula 50? Dalam keadaan ini, daripada angka manakah yuran guaman plaintif boleh ditentukan? [42] Mahkamah mendapati bahawa plaintif sebagai pihak yang menuntut gagal menjelaskan perkara sepenting ini sama ada dalam pliding atau dalam keterangannya. Kegagalan ini menyebabkan asas tuntutan yuran guaman tersebut tidak dapat dipastikan secara munasabah. S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw [43] Malah jika berpegang kepada logik persetujuan awal antara pihak-pihak sebelum Writ Saman 19 ditarik balik, kadar 20% hanya boleh dikira daripada jumlah penyelesaian atau ganti rugi yang diperoleh. Namun dalam kes ini, satu-satunya jumlah wang yang wujud hanyalah RM3,000.00 yang merupakan kos yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi bagi Saman Pemula 50. [44] Plaintif juga tidak mengemukakan sebarang keterangan bahawa defendan-defendan telah menerima apa-apa pampasan atau ganti rugi. Sebaliknya, sehingga tarikh perbicaraan, defendan-defendan menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang pampasan atau ganti rugi. Dalam keterangannya, SD1 bagi pihak defendan-defendan turut menyatakan bahawa selepas kedua-dua prosiding ini, status quo tanah mereka kekal tidak berubah, masih dalam keadaan pencerobohan dan tiada sebarang ganti rugi atau pampasan diperoleh oleh defendan-defendan sedangkan mereka sudah belanjakan banyak wang ringgit. [45] Keterangan di Mahkamah menunjukkan bahawa defendan-defendan telah membuat bayaran seperti berikut:
i
RM7,000.00 bagi Writ Saman 19 (yang telah ditarik balik sebelum perbicaraan penuh);
II
(ii) RM4,000.00 bagi Saman Pemula 50;
III
(iii) RM5,200.00 bagi mendapatkan laporan penilaian tanah; dan S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw
IV
(iv) Jumlah ini tidak termasuk kos RM3,000.00 yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam Saman Pemula 50 kepada defendan-defendan. [46] Dalam keadaan tersebut, Mahkamah perlu meneliti bagaimana kadar 20% daripada jumlah penyelesaian atau ganti rugi boleh diterjemahkan kepada jumlah keseluruhan RM45,000.00 iaitu:
i
RM25,000.00 sebagai yuran bagi Writ Saman 19; dan
II
(ii) RM20,000.00 sebagai yuran bagi Saman Pemula 50. [47] Inilah persoalan utama dalam kes ini. Tiada sebarang keterangan di hadapan Mahkamah yang menunjukkan bahawa jumlah-jumlah tersebut pernah:
i
dikomunikasikan kepada defendan-defendan; atau
II
(ii) dipersetujui oleh defendan-defendan sebagai kadar yuran guaman yang perlu dibayar kepada plaintif. [48] Selaras dengan seksyen 101 Akta Keterangan 1950, beban pembuktian terletak kepada plaintif untuk membuktikan bahawa:
i
plaintif telah membuat tawaran untuk memberikan perkhidmatan guaman dengan bayaran yuran guaman sebanyak RM25,000.00 bagi Writ Saman 19 dan RM20,000.00 bagi Saman Pemula 50; S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw
II
(ii) tawaran tersebut telah dikomunikasikan kepada defendan-defendan; dan
III
(iii) tawaran tersebut telah diterima oleh defendan-defendan. [49] Dalam kes ini, plaintif gagal memenuhi beban tersebut. Tiada keterangan daripada plaintif bahawa tawaran yuran guaman sebanyak RM25,000.00 dan RM20,000.00 itu pernah dibuat, diberitahu dan diterima oleh defendan-defendan. [50] Malah, Mahkamah mendapati bahawa kali pertama baki yuran guaman sebanyak RM31,180.00 dituntut oleh plaintif adalah melalui invois yang dikeluarkan selepas keseluruhan prosiding selesai. Ini menunjukkan bahawa jumlah tersebut hanya timbul selepas kerja-kerja guaman bagi kedua-dua prosiding disempurnakan. [51] Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati bahawa jumlah RM45,000.00 (jumlah keseluruhan yuran guaman bagi kedua-dua kes) bukanlah hasil daripada mana-mana formula yang dipersetujui antara pihak-pihak, bukan juga merupakan 20% daripada mana-mana penghakiman atau ganti rugi dan bukan hasil daripada perjanjian bertulis di bawah seksyen 116 Akta Profesion Undang-Undang 1976. Sebaliknya, ia merupakan suatu amaun yang ditentukan secara unilateral oleh plaintif selepas prosiding selesai. [52] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa tiada asas untuk menukar persetujuan asal iaitu 20% daripada jumlah penyelesaian atau ganti rugi kepada jumlah RM45,000.00 sebagai yuran guaman bagi S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw kedua-dua kes. Sehubungan itu, tuntutan baki yuran guaman sebanyak RM31,180.00 oleh plaintif tidak dapat dibenarkan. Keputusan [53] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap defendan-defendan. [54] Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 yang hendaklah dibayar oleh plaintif kepada defendan-defendan. Bertarikh: 24/3/2026. t.t (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret (1) Taiping Perak Darul Ridzuan S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw PIHAK-PIHAK: Bagi pihak plaintif: Puan Vithya Letchemy a/p Diagarajan Evelyn Shoba & Partners No. 22, 1st Floor, Jalan Sultan Abdullah, 34000 Taiping, Perak. Bagi pihak defendan-defendan: Mewakili diri mereka sendiri (in person). S/N gOpogLZZlUKjifZGJofapw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.