Berdasarkan kepada fakta tindakan kes ini, Writ Saman adalah bertarikh 7 Januari 2013. Tempoh tamatnya enam bulan daripada 7 Januari 2013 adalah pada 6 Julai 2013. Satu Penghakiman Ingkar Kehadiran telah diperolehi pada 19 April 2013. Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut telah diketepikan oleh Defendan pada 9 Januari 2018. Lantas permohonan pembaharuan Writ Saman di bawah Lampiran 28 ini difailkan pada 8 Jun 2018. Justeru itu masa tidak harus dikirakan secara berterusan daripada tarikh Writ Saman 10 & Januari 2013 sehingga permohonan pembaharuan Writ Saman 9 Jun 2018. Dalam meneliti perkara ini, suatu Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah merupakan suatu pengakhiran kepada tindakan ini, di mana tempoh Writ Saman akan berhenti pada tarikh Penghakiman Ingkar Kehadiran, 19 April 2013. Sekiranya Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut tidak diketepikan, maka Writ Saman akan masih mempunyai baki masa dalam tempoh tiga bulan lagi daripada tarikh Penghakiman Ingkar Kehadiran sehingga tarikh tamatnya tempoh asal keesahan Writ Saman (19 April 2013 hingga 6 Julai 2013). Justeru itu Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut telah menghidupkan semula Writ Saman daripada 9 Januari 2018, di mana tempoh keesahan Writ Saman tersebut bermula daripada tarikh 9 Januari 2018 dengan baki tempoh keesahan yang tertinggal. Dengan itu, Writ Saman akan tamat tempoh keesahannya pada atau ketika 8 April 2018. Persoalan (1): Pembaharuan Writ Saman dilakukan sebelum tamat tempoh enam bulan??