8
Timbalan pendakwa Raya (TPR) telah mengemukakan fakta kes seperti berikut: i. Pada 4/8/2022 jam lebih kurang 11.30 pagi Pengadu iaitu Insp. Ahmad Farid Bin Mohd Zahari telah mengetuai sepasukan anggota polis menjalankan tugas cegah jenayah kawasan Mengkuang, Kubang Semang. ii. Apabila sampai di jalan Mengkuang Sungai Lembu, Pengadu telah nampak sebuah kereta PGP 2957 jenis Toyota Avanza warna hijau dipandu oleh seorang lelaki cina dengan membawa penumpang yang ramai dalam keadaan mencurigakan. iii. Pengadu mengekori kereta tersebut sehingga sampai di jalan hadapan Mengkuang Dam dan tahan kereta tersebut. S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 iv. Apabila kereta berhenti, Pengadu kenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis kepada pemandu. Pengadu jalankan pemeriksaan pemandu dan butiran adalah seperti berikut: Nama: Ewe Boon Hock (“Tertuduh”) No. IC: 670416-07-5261 v. Pengadu buat pemeriksaan di dalam kereta dan mendapati terdapat 9 individu disyaki warga asing. vi. Soal siasat terhadap Tertuduh mengakui membawa 9 orang warganegara asing dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hendak ke Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak RM250.00 seorang. vii. Pengadu tangkap Tertuduh serta 9 warganegara asing tersebut. Pengadu juga rampas kereta Toyota Avanza No. Pendaftaran PGP 2957, 1 rangkai anak kunci dan sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy A03 daripada Tertuduh. Tangkapan dan rampasan di bawa balik ke IPD Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut. (Repot Kubang Semang/1436/22) viii. Pada tarikh yang sama, Pengadu serahkan tangkapan dan barang kes kepada Pegawai Penyiasat iaitu ASP Nurul Farahida Bt Ismail. ix. Semakan daripada Jabatan Imigresen Malaysia mendapati kesemua 9 warganegara asing tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk masuk ke Malaysia. Sijil Pemilikan Kenderaan dari Jabatan Pengangkutan Jalan menunjukkan Toyota Avanza No Pendaftaran PGP 2957 didaftarkan di atas nama Tertuduh sendiri. S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 x. Berdasarkan kepada siasatan, fakta kes dan pengakuan salah Tertuduh, maka Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670]. HUJAHAN MITIGASI OLEH PEMBELAAN [9] Peguam Bela Tertuduh, Puan Harbhajan Kaur a/p Ranjit Singh, telah mengemukakan rayuan untuk pertimbangan Mahkamah seperti berikut: i. Tertuduh berumur 57 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang masing-masing berumur 13 tahun dan 7 tahun dan masih bersekolah. Sebelum tertuduh ditangkap, Tertuduh menjalankan perniagaan makanan sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu. Tertuduh merupakan pencari nafkah tunggal keluarga. Sejak berada dalam tahanan, isteri Tertuduh terpaksa bekerja bagi menanggung keluarga. ii. Selama berada dalam tahanan Tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan di masa hadapan. Isteri Tertuduh telah mengalami kemalangan jalan raya sebulan yang lalu. iii. Ini merupakan kesalahan kali pertama serta Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah yang lampau. Pengakuan salah oleh Tertuduh sebaik sahaja Pertuduhan Pilihan ditawarkan telah dapat menjimatkan masa dan kos Mahkamah ini serta semua pihak. S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 iv. Kami merujuk kepada 3 kes di mana pengakuan bersalah telah diambilkira sebagai faktor mitigasi oleh Mahkamah dan telah memberikan satu hukuman minimum kepada Tertuduh. Rujuk kes Pendakwa Raya lawan Othman Latip [2022] MLRHU 28, Pendakwa Raya lawan Viknes Muthusamy [2021] MLRHU 139 dan Pendakwa Raya lawan Nourul Asnyzam Ses [2020] MLRHU 569. v. Di dalam kes-kes yang dirujuk tersebut, Mahkamah telah mengambil kira faktor mitigasi dan telah memberi satu hukuman yang minimum kepada Tertuduh. Oleh itu kami mohon satu hukuman penjara yang minimum diberikan kepada Tertuduh daripada tarikh tangkap. vi. Mengenai kereta Toyota Avanza dengan nombor pendaftaran PGP 2957 kepunyaan Tertuduh yang telah dirampas, kami memohon kenderaan dikembalikan kepada Tertuduh atas permintaan Tertuduh kerana kereta tersebut digunakan untuk membawa anak-anak ke sekolah dan untuk kegunaan keluarga. vii. Di dalam kes Pendakwa Raya lawan Nourul Asnyzam Ses [2020] MLRHU 569, Mahkamah telah membenarkan kereta tersebut dikembalikan kepada Tertuduh. Kami juga memohon telefon bimbit Tertuduh yang telah dirampas dikembalikan. viii. Di dalam Seksyen 36(1) dan (2) Akta 670, perkataan “may” digunakan. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk mengembalikan kenderaan dan telefon bimbit yang dirampas. S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [10] Pihak Pendakwaan telah memohon satu hukuman yang berat dikenakan ke atas OKT dan mengemukakan hujahan pemberatan seperti berikut: i. Mahkamah harus mengambil kira faktor kepentingan awam. Mahkamah harus memberikan pertimbangan yang serius agar dapat menunjukkan kepentingan awam terpelihara dan dilindungi melalui hukuman yang sewajarnya bagi mencapai tujuan tersebut. Pendakwaan merujuk kepada kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102. ii. Mahkamah hendaklah mengambil kira kebanjiran warga asing di negara ini yang masuk dan keluar secara tidak sah mengikut undang-undang. Hal ini telah menimbulkan banyak jenayah serta masalah. iii. Peningkatan kes-kes penyeludupan migran telah menyebabkan nama negara Malaysia tercemar di mata dunia serta dianggap sebagai negara paling mudah bagi menyeludup warga negara asing secara haram. Penyeludupan migran keluar dan masuk secara haram menyebabkan identiti mereka tidak dapat diketahui, ini juga boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara. Hal ini boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara ini. iv. Memandangkan kesalahan ini merupakan salah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dengan pindaan pada tahun 2014, ia menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani jenayah S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 penyeludupan migran hingga wujudnya pindaan kepada SOSMA ini. v. Hukuman penjara yang setimpal hendaklah dikenakan kepada Tertuduh untuk memberi pengajaran kepada Tertuduh untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi pada masa akan datang. Hal ini juga memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan. vi. Walaupun ini adalah kesalahan kali pertama Tertuduh, yang mana ia merupakan salah satu faktor mitigasi, namun Mahkamah hendaklah mengambil kira kesalahan yang dilakukan Tertuduh merupakan satu kesalahan yang mengancam keselamatan negara. vii. Mengenai kereta dengan nombor pendaftaran PGP 2957 jenis Toyota Avanza yang dipandu oleh Tertuduh sendiri semasa kejadian, hendaklah dilucut hak sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 36 Akta 670. Bagi telefon bimbit, pihak Pendakwaan tidak ada masalah untuk dikembalikan kepada Tertuduh ini. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Peruntukan Undang-undang [11] Seksyen 26J Akta 670 memperuntukkan mengenai kesalahan dan hukuman yang dinyatakan seperti berikut: - “Section 26J. Offence of conveyance of smuggled migrants. Any person being the owner, operator or master of any conveyance who engages in the conveyance of smuggled S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 migrants commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years and shall also be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit, or to both.” [12] Hukuman maksimum yang dinyatakan di dalam seksyen ini adalah pemenjaraan tidak melebihi 5 tahun dan boleh juga dikenakan denda yang tidak melebihi RM 250,000.00. [13] Mahkamah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan [Jayanathan v. Public Prosecutor [1973] 2 MLJ 68; Goh Kheng Seong v. Public Prosecutor [1993] 1 MLJ 103 and Public Prosecutor v. Man bin Ismail [1939] MLJ 207] bahawa frasa “shall also be liable” membawa maksud sesuatu hukuman tersebut adalah tidak mandatori. Oleh itu denda yang dinyatakan di dalam seksyen 26J tersebut bukanlah sesuatu yang mandatori. Prinsip Penghukuman [14] Sebelum menentukan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Tertuduh, adalah wajar untuk Mahkamah ini terlebih dahulu mempertimbangkan prinsip-prinsip penghukuman. Mahkamah ini merujuk kepada kes R v. Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, Hilbery J menyatakan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” In Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 the court stated as follows: “In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from each case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations. Budi bicara Mahkamah [15] Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di dalam kes R v. Ball (25 Cr) APPR 164 and Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 di atas, adalah jelas bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal keatas tertuduh. S/N VsiscZkviUusTwn6EWDkyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11