Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN SIVIL NO : DA-A52-11-06/2023 ANTARA EXCEL WOOD ENTERPRISE (No. Syarikat: 201703427965 [DC0004890-H]) …PLAINTIF
DA-A52-11-06/2023
Sessions Court of Malaysia29 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“intif di dalam hujahannya menyatakan bahawa Defendan Ke-2 telah menggunakan Defendan Pertama sebagai wahana untuk membuat penipuan dan/atau frod terhadap Plaintif. Mahkamah dirujuk kepada Seksyen 17 Contracts Act 1950:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN SIVIL NO : DA-A52-11-06/2023 ANTARA EXCEL WOOD ENTERPRISE (No. Syarikat: 201703427965 [DC0004890-H]) …PLAINTIF
1
T-FLOORING PRODUCTS SDN BHD (No. Syarikat: 199901022861 [497761-P])
2
THONG CHEE HONG (No. K/P: 440306-08-5801) … DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Perbicaraan telah berlangsung melibatkan seramai lapan orang saksi Plaintif dan seorang saksi Defendan. Plaintif telah menuntut Defendan-defendan atas kegagalan/enggan/cuai untuk menjelaskan jumlah RM174,633.96 yang dihutang bagi kayu balak yang diserah hantar dengan sempurna kepada Defendan Pertama pada sekitar Oktober 2019 sehingga bulan November 2019 . Plaintif menyatakan Defendan ke-2 telah menggunakan Defendan Pertama sebagai wahana (vehicle) untuk membuat penipuan dan/atau frod terhadap Plaintif. [ 2 ] Defendan-Defendan dalam pembelaan menyatakan bahawa segala hutang telah dijelaskan oleh Defendan-Defendan. Oleh itu, Defendan-Defendan tidak lagi berhutang dengan Plaintif dan sekiranya terdapat apa-apa keberhutangan kepada Plaintif, keberhutangan Defendan Pertama telah dicipta dan/atau dipalsukan oleh Plaintif. [ 3 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua belah pihak dan juga setelah membaca hujahan bertulis kedua pihak, maka Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif beserta kos dan faedah. LATAR BELAKANG KES PLAINTIF [ 4 ] Plaintif merupakan sebuah perkongsian yang terlibat dalam pembelian dan penjualan kayu balak dan berurusan dengan aktiviti pembalakan. Sebelum tuntutan ini, Plaintif telah berkali-kali membekalkan kayu-kayu balak kepada Defendan Pertama yang merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk kayu pertukangan (manufacture of joinery wood products). Defendan Ke-2 pula merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar dalam Defendan Pertama. [ 5 ] Sejak 25.08.2019, Defendan Pertama telah mula membuat tempahan kayu balak dengan Plaintif, dan Plaintif telah menghantar serah kayu-kayu balak tersebut kepada Defendan Pertama. Dalam kes ini, Plaintif telah membahagikan transaksi-transaksi antara Plaintif dengan Defendan-Defendan kepada 3 transaksi. [ 6 ] Transaksi Pertama merangkumi 4 transaksi pada 25.08.2019 (“transaksi pertama”). Transaksi pertama tidak termasuk dalam tuntutan-tuntutan Plaintif. Semua tempahan pada 25.08.2019 juga telah dibayar sepenuhnya seperti yang disetujui oleh Defendan Ke-2 di Soalan 16, muka surat 4 Penyata Saksi Defendan (“PSD1”). [ 7 ] Sekitar 17.09.2019 hingga 03.10.2019, pihak Defendan Pertama telah membuat tempahan kayu balak dengan Plaintif. Terdapat tiga tempahan dan ketiga-tiga tempahan ini merupakan transaksi kedua (“transaksi kedua”). Pembayaran bagi ketiga-tiga tempahan ini dibuat pada 05.10.2019 dan 16.10.2019. Walaupun ketiga-tiga tempahan ini tidak dibayar secara sepenuhnya, transaksi kedua ini bukan merupakan tuntutan Plaintif pada hari ini. [ 8 ] Sekitar 15.10.2019 hingga 05.11.2019, Defendan Pertama telah membuat tempahan kayu balak dengan Plaintif. 14 tempahan telah dibuat dan Nota Serahan Log telah diserahkan kepada Defendan-Defendan dari 15.10.2019 hingga 05.11.2019 (“transaksi ketiga”). Plaintif ingin merujuk perenggan 18 Pernyataan Tuntutan Terpinda, yang telah menyenaraikan butiran-butiran invois-invois, dan amaun yang tertunggak bagi setiap invois. Plaintif juga menjadualkan transaksi ketiga ini yang merangkumi butiran-butiran nota serahan log dan nota pembelian log untuk kemudahan pihakpihak: [ 9 ] Dalam 14 transaksi di atas, terdapat 5 transaksi yang telah dibayar sebahagian, dan 9 transaksi yang belum dibayar langsung. Pada sekitar Jun 2020, pekerja Defendan Pertama, yang bernama Choy Ming Pei telah menelefon pengarah Plaintif, Wang Kean Chai (SP1) untuk pergi ke pejabat Defendan Pertama. Defendan-Defendan telah memberi Plaintif 11 keping cek United Overseas Bank (UOB) bertanggal kemudian (post-dated cheque) yang bertarikh 31.12.2020 yang ditandatangani oleh Defendan Ke- 2 yang berjumlah RM179,372.90. [ 10 ] Selepas SP1 menerima cek-cek tersebut, SP1 telah mengambil gambar cek-cek tersebut dan menghantar gamber cek-cek kepada pekerja Defendan Pertama Choy Ming Pei untuk memaklumkan beliau bahawa cek-cek telah diterima pada 16.06.2020. Sejak cek-cek tersebut merupakan cek tertunda, SP1 terpaksa menyimpan cek tersebut dan hanya boleh menunggu sekurang-kurangnya sehingga 31.12.2020 untuk mendepositkan 11 keping cek tersebut. [ 11 ] Walau bagaimanapun, pada 28.12.2020, pekerja Defendan Pertama, Foo Khee Yin, meminta SP1 supaya tidak mendepositkan 11 cek tersebut dan memaklumkan SP1 untuk mengutip cek-cek penggantian di pejabat Defendan Pertama. Pada 13.01.2021, SP1 mengutip 2 keping cek penggantian daripada Defendan-Defendan dan SP1 berjaya mendepositkan kedua-dua cek penggantian tersebut. [ 12 ] Walaupun Plaintif berulang kali memohon Defendan-Defendan berkenaan dengan 9 cek tersebut, Defendan-Defendan gagal untuk menggantikan 9 cek-cek tersebut. Oleh itu, pada 16.04.2021, SP1 mendepositkan dua cek yang bertarikh 31.12.2020 walaupun Defendan-Defendan memberitahu Plaintif supaya menunggu sehingga cek penggantian diberikan. SP1 dimaklum bahawa tandatangan Defendan Ke- 2 pada cek-cek bertarikh 31.12.2020 adalah tidak sah. Dan cek ditendang adalah kerana tandatangan penyuruh bayar berbeza. Plaintif menyedari bahawa Defendan Ke-2 telah sengaja menandatangani 9 cek tersebut secara salah, berbeza dan palsu (fraud) supaya dapat mengelakkan pembayaran kepada Plaintif. ISU-ISU YANG DIBICARAKAN [ 13 ] Isu-isu yang dibicarakan antara pihak-pihak adalah:
a
Sama ada Plaintif telah Berjaya membuktikan transaksi jual beli kayu balak dengan defendan pertama dan bukti pembayaran telah berjaya dibuktikan.
b
Sama ada Plaintif boleh menuntut dengan Defendan Ke 2 sedangkan kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pihak Plaintif menunjukkan bahawa jual beli kayu balak telah berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama. KEPUTUSAN MAHKAMAH [ 14 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi seramai 8 saksi plaintif dan seorang saksi defendan dan meneliti pelbagai dokumen sokongan dan setelah membaca hujahan kedua-dua belah pihak maka saya berpuashati dan mendapati bahawa plaintif telah berjaya membuktikan kesnya kepada Mahkamah di atas imbangan kebarangkalian dan Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif . Berikut adalah alasan-alasan saya. DAPATAN
a
Sama ada Plaintif telah Berjaya membuktikan transaksi jual beli kayu balak dengan Defendan pertama dan bukti pembayaran telah berjaya dibuktikan. PLAINTIF TELAH MENGHANTAR SERAH KAYU BALAK KEPADA DEFENDAN PERTAMA DENGAN SEMPURNA [ 15 ] Saksi SP1 (“dalam PSP-1”) menyatakan menjadi amalan biasa untuk transaksi kayu balak dengan Defendan Pertama seperti berikut:
15
15.1. Plaintif akan menyediakan Nota Serahan Log selepas menerima pesanan-pesanan daridada defendan-defendan. Nota Serahan Log akan disediakan oleh kerani di pelabuhan. Selepas itu, Plaintif akan mendapat pemandu lori untuk menghantar kayu balak yang dipesan oleh Defendan-Defendan bersama dengan satu salinan Nota Serahan Log yang disediakan oleh pekerja Plaintif;
15
15.2. Selepas kayu balak dihantar kepada premis Defendan Pertama, DefendanDefendan atau pekerja Defendan Pertama akan menyemak pengukuran kayu balak tersebut;
15
15.3. Selepas itu, Defendan-Defendan akan menyediakan dan memberikan satu salinan Nota Pembelian Log kepada Plaintif bagi tempahan tersebut;
15
15.4. Plaintif juga akan keluarkan invois kepada Defendan-Defendan untuk membuat bayaran;
15
15.5. Jika terdapat sebarang potongan yang dipersetujui oleh pihak-pihak, Plaintif akan merekodkan di Nota Serahan Log dan Invois, dan DefendanDefendan akan merekodkan di Nota Pembelian Log. Sebagai contoh, muka surat 40 – 43 Ikatan B (“P25A, P25B”), di mana terdapat “deduction“ bagi Log No.1 dan 19. “Deduction” yang sama juga dapat dicermin dalam Nota Pembelian Log dan Invois;
15
15.6. Selepas itu, SP1 akan menghantar invois kepada pejabat Defendan Pertama, supaya Defendan-Defendan boleh melaksanakan pembayaran kepada Plaintif. [ 16 ] Defendan Ke-2 telah semasa pemeriksaan balas mengakui bahawa Defendan Ke2 merupakan pengarah bagi T-Forest Products Holdings Sdn. Bhd. dan New Wing Ying Wood Products Sdn. Bhd. : S : And also, you’ve given your evidence that you are a Director of the 1st Defendant? S : You also mentioned 3 companies, T-Forest Products Holdings, New Wing Ying and Chanta Wood Sdn Bhd? S : You are Directors in these 3 companies as well, correct? J : Correct. [ 17 ] Defendan Ke-2 juga telah mengakui bahawa T-Flooring Products Sdn Bhd terletak bersama dengan T-Forest Products Holdings Sdn Bhd dan New Wing Ying Wood Products Sdn Bhd; S : Turn to question 17 – 18 of your Witness Statement, page
4
So, you stated here that these 3 companies, T-Forest Products, New Wing Yin and Chanta Wood share the same premises, yes? S : So, you will agree with me that the Plaintiff’s lorry driver said they are going to T-Forest or New Wing Ying or Chanta is actually the same place as the 1st Defendant, agree? J : The place is a big place. S : Agree or disagree? You will agree with me when the lorry driver fro the Plaintiff mentioned that they go either T-Forest, New Wing Ying or Chanta, if they mentioned any of these names, it is actually the same premises as the 1st Defendant, agree or disagree? [ 18 ] Mahkamah ini dirujuk kepada keterangan-keterangan SP2, SP3, SP4, SP5 dan SP6, yang merupakan pemandu-pemandu lori yang diupah oleh Plaintif untuk menghantar kayu balak ke premis Defendan Pertama. Mereka telah mengesahkan bahawa kayu-kayu balak telah diserahkan kepada Defendan Pertama di premis/lokasi Defendan Pertama. Pembelaan Defendan-Defendan bahawa Nota Serahan Log tidak mempunyai nama dan alamat penuh Defendan Pertama dan tidak diakui terima oleh pekerja Defendan Pertama Adalah Satu Pemikiran Semula (Afterthought) [ 19 ] Mahkamah merujuk jawapan 14 dalam PSD1, di mana Defendan menyatakan bahawa: “Upon agreement, the logs will be delivered to our factory where Mr. Law or our log clerk will acknowledge receipt on the delivery documents which must include Delivery order showing full name and address of our company and Original Removal pass (Pas Memindahkan Hasil Hutan) of the logs delivered issued by the Forestry Department Checking Station (Balai Pemeriksa Jabatan Hutan).” [ 19 ] Berdasarkan Nota Serahan Log No. 2433 dan Nota Serahan Log No. 2395 , Defendan Ke-2 menyatakan bahawa kedua-dua Nota Serahan Log ini adalah dipalsukan oleh Plaintif kerana tidak mengandungi nama dan alamat penuh Defendan Pertama serta tidak diakui terima oleh pekerja Defendan Pertama. Selain itu, tiada pas memindahkan hasil hutan dikemukakan. Plaintif menyatakan bahwa transaksi-transaksi ini telah dibayar secara sebahagian oleh Defendan-Defendan tanpa Nota Serahan Log Plaintif diakui terima oleh DefendanDefendan dan tanpa Nota Serahan Log ditandatangani oleh Defendan Pertama. Ini menunjukkan bahawa kayu balak dalam Nota Serahan tersebut telah diserahkan kepada Defendan-Defendan. [ 20 ] Defendan Ke-2 dalam keterangannya menyatakan bahawa Encik Law atau kerani kayu balak akan mengakui penerimaan Nota Serahan Log tersebut. Namun, Pihak Plaintif menyatakan bahawa Nota Serahan Log Plaintif tidak pernah diakui terima oleh Defendan-Defendan dan berdasarkan kepada Nota Serahan Log di P6, P17, P18, P19, P23 dan P24, di mana Defendan-Defendan telah membayar secara sebahagian terhadap Nota Serahan ini. Seterusnya tidak terdapat sebarang akuan terima daripada Defendan-Defendan sama ada oleh Encik Lau/Law atau kerani kayu balak Defendan Pertama yang dapat dilihat di Nota Serahan ini. Nama penuh atau alamat Defendan Pertama juga tidak terdapat dalam Nota Serahan Log tersebut. Nama yang digunakan oleh Plaintif ialah “T-Flooring” atau “T-Flooring S/B”, yang difahami oleh pemandu-pemandu lori. Ini juga diakui oleh Defendan Ke-2 semasa pemeriksaan balas: S : Now we look back at page 33. This is again not part of the Plaintiff’s Claim but the first business transaction which the Plaintiff has claimed you have already fully paid. There is no full name and address of the 1st Defendant, agree? No full name or details of the 1st Defendant? J : Yes, it’s not there. [ 21 ] Walaupun Nota Serahan Log tersebut tidak mempunyai nama penuh Defendan Pertama atau tidak diakui terima oleh pekerja Defendan Pertama, Defendan-Defendan tetap membayar Invois-invois bagi Nota Serahan Log tersebut. Ini menunjukkan bahawa adalah amalan biasa dan SOP antara kedua-dua pihak bahawa tiada keperluan untuk nama penuh Defendan Pertama dan/atau diakui terima oleh Defendan-Defendan. Tambahan pula, Defendan-Defendan tidak pernah menolak penerimaan kayu balak daripada Plaintif atas dasar bahawa tiada nama penuh Defendan Pertama. Menurut kenyataan Defendan Ke-2, Nota Serahan yang telah dibayar seharusnya diakui terima. Namun, tiada Nota Serahan Log yang diakui terima telah dikemukakan oleh Defendan-Defendan kepada Mahkamah. Ini menunjukkan bahawa dakwaan dan pliding Defendan-Defendan bahawa amalan biasa yang kononnya memerlukan nama penuh Defendan Pertama dan Nota Serahan Log diakui terima adalah pemikiran semula (afterthought). [ 22 ] Berkenaan dengan Pas memindahkan hasil hutan, semasa pemeriksaan balas, apabila peguamcara Plaintif bertanya berkenaan pas tersebut, Defendan Ke-2 menyatakan bahawa pas tersebut akan diberikan kepada Defendan Pertama semasa penyerahan kayu balak. Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa pas tersebut telah diserahkan kepada Defendan Pertama semasa menghantar serah kayu balak. Namun, ketika Defendan Ke-2 ditanya sama ada Defendan Ke-2 mengemukakan sebarang pas untuk rujukan Mahkamah dan pihak-pihak, Defendan Ke-2 mengakui bahawa tiada Pas memindahkan hasil hutan telah dikemukakan sebagai bukti. DefendanDefendan gagal untuk mengemukakan pas tersebut sebagai rujukan Mahkamah dan ini menunjukkan Defendan-Defendan telah gagal membuktikan bahawa amalan biasa ataupun SOP yang telah diplidkan adalah benar ; S : Then you also go on to say there’s no supporting removal pass or pas memindahkan hasil hutan. You just said you received so many logs, right? S : But you have not produced a single original removal pass in Court today, a copy as an example, agree or disagree? J : Agree. [ 23 ] Berdasarkan fakta-fakta di atas Mahkamah bersetuju dan berpendapat bahawa kayu balak telah dihantar serah kepada Defendan Pertama dan Defendan-Defendan telah gagal untuk membuat pembayaran bagi barang-barang tersebut kepada Plaintif. Penerimaan Nota Pembelian Log yang diisukan oleh pihak Defendan Pertama juga menunjukkan dengan jelas bahawa Defendan Pertama telah menerima kayu balak yang dihantar oleh Plaintif. DEFENDAN-DEFENDAN TELAH GAGAL, ENGGAN DAN/ATAU CUAI UNTUK MENJELASKAN JUMLAH HUTANG BAGI BARANG-BARANG TERSEBUT; [ 24 ] Mahkamah mendapati walaupun kayu balak telah diserahkan kepada Defendan-Defendan, namun mereka gagal untuk menyelesaikan hutang ini secara sepenuhnya sejak tahun 2019. Berdasarkan amalan biasa pihak Plaintif, seperti yang dinyatakan oleh SP1 dalam soalan jawapan 7 PSP1, Defendan-Defendan sepatutnya membuat pembayaran kepada Plaintif setelah invois diserahkan kepada Defendan Pertama ataupun pekerja Defendan Pertama. Namun begitu, Defendan-Defendan telah gagal untuk menyelesaikan pembayaran bagi kayu balak yang telah diserahkan kepada Defendan Pertama walaupun invois telah diisukan. Nota Pembelian Log Defendan Pertama bukan berdasarkan kadar yang baharu dan tidak memasuki caj pengangkutan [ 25 ] Selain itu, Senarai Harga Log baru telah diserahkan kepada Defendan Pertama melalui faks. Ini telah disahkan oleh kerani Plaintif, Cik Teng (“SP8”), semasa pemeriksaan balas. Namun walaupun telah dimaklumkan mengenai Senarai Harga Log tersebut, semasa mengeluarkan Nota Pembelian Log, Defendan Pertama masih menggunakan kadar yang lama. Oleh itu, pembayaran yang dibuat bagi sesetengah invois adalah tidak lengkap, adalah hanya pembayaran sebahagian (part payment) dan tidak mematuhi kadar baharu di dalam Senarai Harga Log. Selepas Nota Pembelian Log tersebut diberikan kepada Plaintif, majikan Plaintif telah menghubungi Defendan Pertama untuk memaklumkan bahawa kadar yang digunakan adalah kadar yang lama. Oleh itu, sebarang pembayaran yang dibuat berdasarkan Nota Pembelian tersebut adalah tidak lengkap, dan DefendanDefendan masih berhutang dengan Plaintif walaupun pembayaran sebahagian telah dibuat. Ini juga mengesahkan bahawa kayu balak tersebut telah diserahkan di premis Defendan Pertama. Pembelaan Defendan-Defendan bahawa jumlah RM167,848.51 telah dibayar [ 26 ] Menurut Pembelaan Terpinda Defendan-Defendan menyatakan bahawa Defendan-Defendan tidak menghutang apa-apa amaun kepada Plaintif kerana jumlah sebanyak RM167,848.51 telah dibayar kepada Plaintif. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan telah gagal menunjukkan kepada Mahkamah bagaimana pengiraan pembayaran jumlah RM167,848.51 kepada invois-invois dan/atau mana-mana transaksi antara Plaintif dan Defendan Pertama. [ 27 ] Defendan Ke-2 telah menunjukkan tiga pembayaran yang telah dibuat oleh pihak Defendan-Defendan dan Plaintif tidak menafikan bahawa Defendan-Defendan telah membuat pembayaran sebanyak RM167,848.51. Walau bagaimanapun didapati bahawa:
27
27.1. Amaun RM74,8210.69 yang dibayar oleh Defendan Pertama melalui cek bertarikh 29.09.2019 adalah bagi transaksi pertama dan bukan sebahagian tuntutan ini;
27
27.2. Sebahagian amaun daripada RM60,449.96 yang telah dibayar bukan merupakan tuntutan Plaintif dalam kes hari ini dan adalah pembayaran untuk transaksi transaksi kedua. Amaun RM20,332.38 daripada RM60,449.96 bukanlah amaun yang dituntut oleh Plaintif. Bayaran RM20,332.38 adalah bagi transaksi kedua (iaitu transaksi bagi September 2019 dan 3.10.2019). Amaun RM40,117.58 daripada RM60,449.96 adalah bayaran sebahagian oleh Defendan-Defendan bagi tuntutan dan guaman ini;
27
27.3. Defendan-Defendan berhutang kepada Plaintif sebanyak RM247,339.40. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan telah membuat pembayaran sebahagian (“part payment”) sebanyak RM72,705.44 (RM40,117.58 + RM32,587.86). Oleh itu, baki yang masih perlu dibayar oleh Defendan-Defendan adalah sebanyak RM174,633.96. [ 28 ] Merujuk kepada pembayaran pertama yang dibuat oleh Defendan-Defendan, iaitu RM74,810.69 melalui cek Public Bank yang bertarikh 29.08.2019 dikeluarkan oleh Defendan Ke-2, yang boleh dirujuk di muka surat 16 Ikatan B (“P10”), amaun yang dibayar tersebut bukan merupakan tuntutan Plaintif dalam kes ini. Tuntutan Plaintif dalam kes ini bermula daripada invois yang bertarikh 15.10.2019, dan bukan daripada transaksi kayu balak yang berlaku pada Ogos 2019. [ 29 ] RM74,810.69 daripada jumlah RM167,848.51 yang dibayar adalah untuk keempat-empat invois yang bukan tuntutan Plaintif dalam kes ini. Ini juga dipersetujui oleh Defendan Ke-2 dalam perbicaraan. S : I put it to you that these payments was RM74,810.69 is for 4 Invoices dated 25th August 2019, agree or disagree? You can agree, disagree, you can say I don’t know. S : So yes, you agree? Oleh itu, pembayaran RM74,810.69 tidak sepatutnya termasuk dalam jumlah RM174,633.96 yang dituntut oleh pihak Plaintif dalam kes ini. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa jumlah yang dibayar oleh Defendan-Defendan sepatutnya berdasarkan jumlah dalam invois dan bukan Nota Pembelian Log kerana jumlah dalam invois akan termasuk caj pengangkutan yang tidak dimasukkan dalam Nota Pembelian Log Defendan Pertama. [ 30 ] Bagi pembayaran kedua, Defendan-Defendan menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah membuat 5 kali pembayaran kepada Plaintif pada Ogos 2019. Plaintif merujuk kepada pembayaran-pembayaran di bawah:
30
30.1. Pemindahan wang secara talian pada 05.10.2019 sebanyak RM10,000.00, (“ID11”);
30
30.2. Pemindahan wang secara talian pada 05.10.2019 sebanyak RM5,868.30, (“ID11”);
30
30.3. Resit Deposit Cek bertarikh 16.10.2019 bagi cek Public Islamic Bank bertarikh 16.10.2019 oleh Foo Khee Yin sebanyak RM4,464.08, (“ID11”);
30
30.4. Resit Deposit Cek bertarikh 29.10.2019 bagi cek Public Islamic Bank oleh Foo Khee Yin sebanyak RM14,625.98, (“P16”); dan
30
30.5. Resit Deposit Cek bertarikh 29.10.2019 bagi cek Public Islamic Bank oleh Foo Khee Yin sebanyak RM25,491.60, (“P16”). Jumlah kelima-lima pembayaran ini adalah RM60,449.96, iaitu amaun yang didakwa dibayar oleh Defendan Ke-2 dalam soalan jawapan 16 PSD1. Jumlah ID11 adalah RM20,332.38, di mana ketiga-tiga pembayaran ini (tidak dituntut oleh pihak Plaintif) adalah untuk transaksi kedua. Bagi ketiga-tiga invois ini, Defendan-Defendan telah membuat pembayaran, tetapi pembayaran tersebut tidak lengkap dan hutang sebanyak RM27.01. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga invois ini bukan sebahagian tuntutan Plaintif pada hari ini. [ 31 ] Mahkamah mendapati walaupun Defendan-Defendan menyatakan mereka telah membuat pembayaran sebanyak RM60,449.96, namun Defendan-defendan gagal mengemukakan apa-apa bukti pembayaran serta tidak menunjukkan butiran pembayaran dan tujuan pembayaran dalam mana-mana dokumen. Oleh itu, sejak amaun adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Defendan Pertama, Plaintif menyatakan bahawa RM20,332.38 adalah untuk transaksi kedua yang bukan sebahagian tuntutan Plaintif. Ini juga telah dikira dengan Defendan Ke-2 semasa pemeriksaan balas dan Defendan Ke-2 telah bersetuju dengan kiraan tersebut.;. S : Let’s add the 2 numbers together. The first cheque for RM14,625.98, add the second cheque RM25,491.50, you get the amount of RM40,117.58, agree or disagree? The figures of the 2 cheques, RM40,117.58. You can add up RM25,491.50 and RM14,625.98, you agree, disagree? J : Agree. S : Take that RM40,117.58. Remember the number I asked you to hold on to earlier, RM20,332.38 which was paid again by Mr. Foo Khee Yin through online transfer and or cheque. You add these 2 figures up, RM40,117.58 plus RM20,332.38, you will get RM60,449.96, agree or disagree? [ 32 ] Bagi baki sebanyak RM40,117.58, Plaintif tidak menafikan bahawa pembayaran tersebut merupakan sebahagian daripada tuntutan Plaintif. Jumlah ini adalah untuk transaksi yang berikut :
32
32.1. Nota Serahan Log bagi No. 2311, Nota Pembelian Log bagi Nota Serahan Log No. 2311 berjumlah RM13,630.00 dan Invois No. 1019- 063 yang bertarikh 16.10.2019 bagi jumlah RM15,961.54 (P17);
32
32.2. Nota Serahan Log bagi No. 2362, Nota Pembelian Log bagi Nota Serahan Log No. 2362 berjumlah RM11,861.60 dan Invois No. 1019- 072 yang bertarikh 17.10.2019 bagi jumlah RM13,595.68 (P18);
32
32.3. Nota Serahan Log bagi No. 2405, Nota Pembelian Log bagi Nota Serahan Log No. 2405 berjumlah RM14,625.98 dan Invois No. 1019- 092 yang bertarikh 19.10.2019 bagi jumlah RM16,480.80 (P19); [ 34 ] Plaintif menyatakan bahawa baki RM40,117.58 adalah untuk membayar ketigatiga transaksi tersebut. Walau bagaimanapun, Plaintif menyatakan bahawa ketiga tiga invois tersebut tidak dibayar secara penuh dan hanya sebahagian kerana Defendan-Defendan membayar berdasarkan Nota Pembelian Log yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama. Plaintif menyatakan bahawa:
34
34.1. Nota Pembelian Log Defendan Pertama tidak mengikuti kadar yang baharu seperti yang dinyatakan dalam muka surat 17, 36 dan 37 Ikatan B (“P15”) yang telah dihantar kepada pekerja dan/atau Defendan Pertama, Encik Lau.
34
34.2. Nota Pembelian Log Defendan Pertama tidak memasukkan caj pengangkutan kayu balak tersebut. Plaintif telah memasukkan caj pengangkutan dalam Invois yang diberikan kepada Defendan-Defendan berdasarkan kadar caj pengangkutan yang dinyatakan dalam Senarai Harga Log dalam P15, iaitu “T/C:60”.
34
34.3. Oleh itu, bayaran bagi Invois bagi Nota Serahan Log No. 2311, 2362 dan 2405 adalah tidak penuh. [ 35 ] Mahkamah dapati berdasarkan pembayaran yang telah dibuat oleh Defendan-Defendan telah membuktikan wujudnya transaksi antara Plaintif dan Defendan Pertama. Pembayaran yang dilakukan menunjukkan bahawa Defendan-Defendan sebenarnya mempunyai hutang yang perlu dijelaskan kepada Plaintif. Seterusnya didapati Defendan Ke-2 telah menandatangani D48 dan mencipta Nota Pembelian Log yang ditandatangani oleh Defendan Ke-2 dan mempunyai cop Defendan Pertama untuk mengelakkan pembayaran kepada Plaintif selepas pemfailan guaman ini. Perkara ini diakui oleh Defendan Ke-2. [ 36 ] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah menerima Nota Pembelian Log tersebut yang diisukan oleh Defendan-Defendan. Sepanjang sejarah hubungan transaksi perniagaan antara Plaintif dan Defendan Pertama, tiada satu Nota Serahan Log yang diserahkan kepada Plaintif mempunyai tandatangan Defendan Ke-2 dan cop Defendan Pertama. Segala amalan biasa yang diplidkan dan/atau didakwa oleh Defendan-Defendan hanyalah pemikiran semula dan alasan untuk mengelakkan pembayaran, dan Nota Pembelian Log D48 adalah dicipta oleh Defendan Ke-2 adalah sesuatu yang mengelirukan Mahkamah. Defendan Ke-2 mengakui bahawa terdapat hutang yang belum dijelaskan [ 37 ] Mahkamah juga mendapati adanya percanggahan material dalam keterangan Defendan Ke-2 yang menjejaskan kredibilitinya. Defendan Ke-2 telah mengakui bahawa terdapat hutang yang belum dijelaskan, tetapi, semasa perbicaraan, Defendan Ke-2 pula menafikan bahawa Defendan-Defendan berhutang kepada Plaintif. [ 38 ] Dalam Afidavit Jawapan Defendan-Defendan (“AJD”) bagi permohonan Plaintif untuk Penghakiman Terus, yang diikrarkan oleh Defendan Ke-2 bagi pihak Defendan-Defendan pada 01.12.2021, Defendan Ke-2 telah menyatakan: “Adalah ditegaskan bahawa Defendan Pertama selalu menjelaskan hutang dengan pihak Plaintif kecuali dua (2) keping D/O tersebut iaitu D/O No. 2300 dan 2309 yang mana masih ada sebahagian baki hutang belum dijelaskan.” [ 39 ] Pernyataan ini dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat baki hutang yang belum dijelaskan oleh pihak Defendan-Defendan. Untuk kedua-dua keping D/O, iaitu No.2300 dan 2309 (muka surat 38 dan 39 Ikatan B, P23 & P24), Defendan Defendan hanya membuat bayaran sebahagian, dan masih terdapat RM1,771.68 yang terhutang bagi D/O 2300, serta RM1,721.40 bagi D/O 2309. [ 40 ] Pembayaran yang pernah dibuat melalui cek penggantian yang ditunjukkan dalam muka surat 22 dan 27 Ikatan B (“P22”) adalah berdasarkan jumlah yang dinyatakan dalam Nota Pembelian Log yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan. Pengakuan dalam AJD bahawa masih terdapat jumlah yang belum dibayar bagi D/O 2300 dan 2309 telah mencerminkan bahawa jumlah dalam Nota Pembelian Log tersebut tidak mengikut kadar yang baharu, serta caj pengangkutan tidak dimasukkan. Ini menunjukkan bahawa Nota Pembelian Log yang diberikan oleh Defendan Pertama tidak selaras dengan kadar baharu yang sepatutnya. [ 41 ] Pada perbicaraan 14.05.2024, Defendan Ke-2 bersetuju dan tidak menafikan bahawa AJD ini telah diikrarkan oleh Defendan Ke-2. Walau bagaimanapun, semasa bicara, Defendan Ke-2 menafikan bahawa Defendan-Defendan masih berhutang dengan Plaintif, meskipun tiada bukti bahawa pembayaran telah dibuat sejak 01.12.2021, iaitu tarikh AJD diikrarkan hingga kini. [ 42 ] Mahkamah dirujuk kepada keterangan Defendan Ke-2 semasa perbicaraan yang bercanggah dengan AJD; S : Refer to your Affidavit in Reply at Encl. 14. So, this was a Summary Judgment application by the previous Plaintiff’s Solicitor which was not granted and this is your Affidavit in Reply to the Affidavit in Support. Let’s look at paragraph 9 on page 2 of the Affidavit. This Affidavit was affirmed by you on 1st December 2021. Adalah ditegaskan bahawa Defendan Pertama selalu menjelaskan hutang dengan pihak Plaintif kecuali dua (2) keping D.O tersebut iaitu D.O no. 2300 dan 2309 yang mana masih ada sebahagian baki hutang belum dijelaskan. What this para means is that you’re saying that the 1st Defendant has always settled the debt to the Plaintiff except for D.O 2300 and 2309 of which there is a portion that still hadn’t been paid. That’s your statement. Do you understand the statement that I read out to you? J : I understand what you mean. S : Therefore, your stance today in Court that 2300 and 2309 has been fully paid is wrong, you agree or disagree? J : Disagree. S : I put it to you that you are being contradictory in your Affidavit in Reply, you said that there is sum of money hasn’t been paid whatever paid, in Court you said it has been fully paid, you agree that you’re being contradictory? J : No, it’s fully paid. S : So, you disagree you’re being contradictory? S : You realize when you signed this Affidavit, it’s a sworn statement, you realized that? [ 43 ] Defendan Ke-2 telah mengakui bahawa Defendan Ke-2 telah menandatangani AJD tersebut dan memahami bahawa Afidavit tersebut adalah pernyataan sumpah. Namun, Defendan Ke-2 gagal untuk memberikan alasan munasabah untuk percanggahan ini semasa pemeriksaan semula oleh peguamcara Defendan Ke-2. Mahkamah mendapati terdapat percanggahan, ia menunjukkan bahawa Defendan Ke- 2 adalah saksi yang tidak berkredibiliti dan bukan seorang yang jujur. Percanggahan ini akan mengelirukan Mahkamah dan pihak-pihak dalam kes ini dan memberi kesan yang signifikan dalam kes ini. [ 44 ] Defendan-Defendan menyatakan bahawa kayu balak tidak diserahkan kepada Defendan Pertama dan Nota Pembelian Log yang dikemukakan oleh Plaintif adalah palsu disebabkan tidak ditandatangani oleh Defendan Ke-2. Namun Plaintif menegaskan bahawa kayu balak telah diserahkan kepada Defendan Pertama dan Nota Pembelian Log tersebut diisukan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif:
44
44.1. Sejak Plaintif berurus niaga dengan Defendan-Defendan, Nota Pembelian Log yang diberikan kepada Plaintif tidak pernah ditandatangani oleh mana-mana pengarah Defendan Pertama seperti yang didakwa oleh Defendan Ke-2 bahawa hanya Nota Pembelian Log di muka surat 53 dan 55 Ikatan D (“D48”) merupakan Nota Pembelian Log yang diisukan oleh pihak Defendan Pertama.
44
44.2. Selain daripada D48, iaitu Nota Pembelian Log untuk Nota Serahan No. 2300 dan 2309 yang telah dikemukakan sebagai bukti DefendanDefendan, tiada Nota Pembelian Log lain yang telah dikemukakan. Plaintif menyatakan bahawa Nota Pembelian Log yang ditandatangani oleh Defendan Ke-2 adalah hasil dari pemikiran semula dan telah dipalsukan oleh Defendan Ke-2 kerana Defendan Ke-2 telah menandatangani D48 selepas perbicaraan ini bermula.
44
44.3. Kami merujuk kepada muka surat 38 Ikatan B iaitu Nota Pembelian Log bagi Nota Serahan Log No. 2300 dan muka surat 19 Ikatan B, iaitu Invois bagi Nota Serahan Log No. 2300 (“P23”). Kedua-dua dokumen ini jelas menunjukkan bahawa mereka merujuk kepada transaksi yang sama, iaitu Nota Serahan Log No. 2300. Ini juga telah disetujui oleh Defendan Ke-2 semasa pemeriksaan balas di muka surat 166 Nota Keterangan.
44
44.4. Nota Pembelian Log di muka surat 53 Ikatan D adalah sama dengan Nota Pembelian Log di muka surat 38 Ikatan B dan Nota Pembelian Log di muka surat 55 Ikatan D adalah sama dengan muka surat 39 Ikatan B (“P24”). Semasa pemeriksaan balas Defendan Ke- 2, Defendan Ke-2 telah mengakui bahawa, selain daripada tandatangan Defendan Ke-2 dan cop Defendan Pertama, butiran dalam Nota Pembelian Log tersebut adalah sama, termasuk format dan maklumat yang terkandung di dalamnya. Ini menunjukkan bahawa dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif adalah tidak dipalsukan. Jika D48 sememangnya merupakan Nota Pembelian Log yang sahih, maka timbul persoalan bagaimana Plaintif boleh memiliki salinan dokumen yang sama, dengan butiran yang sama seperti D48, hanya tanpa tandangan Defendan Ke-2 dan tanpa cop Defendan Pertama (muka surat 164 Nota Keterangan). Kami berhujah bahawa ini adalah bukti bahawa D48 telah dipalsukan dan hanya ditandatangani oleh Defendan Ke-2 bagi tujuan perbicaraan ini untuk mengelirukan Mahkamah yang Mulia ini. S : Now we look at Bundle D page 53 & 55 and we also open Bundle B page 38 – 39. Turn to page 38 first and also page 53. Keep these 2 pages open. Can you just compare page 38 and page 53. You agree with me the log number and the species name, the length, the diameter, the gross tons, the details in there of the specific wood logs are similar, they are identical? You agree with me that all the details were similar, they are identical? Please point out which one are different? You agree with me that the details stated in these 2 documents are similar or identical? J : Yes. … S : Page 55 of Bundle D and page 39 of Bundle B. Again, compare these 2 pages. You agree with me that the details are again similar? S : And the only thing like the previous document, there’s just no signature and no stamp by the 1st Defendant, agree?
44
44.5. Adalah tidak munasabah untuk Defendan-Defendan mendakwa Plaintif telah memalsukan Nota Pembelian Log yang lain, sedangkan semua butiran dalam Nota Pembelian Log yang dikemukakan oleh DefendanDefendan adalah sama dengan yang dikemukakan oleh Plaintif. [ 45 ] Plaintif menyatakan bahawa mengandaikan dakwaan Defendan-Defendan adalah benar dan Plaintif yang memalsukan Nota Pembelian Log tersebut (di mana kami menafikan anggapan tersebut), adalah tidak masuk akal untuk meletakkan kadar dan amaun yang berbeza dan lebih rendah daripada yang tercatat dalam invois. Sejak Plaintif telah menukar kadar dalam Senarai Harga Log, kesemua Nota Pembelian Log yang telah dibayar sebahagian dan juga Nota Pembelian Log yang Defendan-Defendan gagal membayar apa-apa amaun mempunyai jumlah amaun dan kadar yang berbeza apabila dibandingkan dengan invois yang bersepadanan. Tambahan itu, Defendan-Defendan telah gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa Plaintif telah memalsukan Nota Serahan Log dan menciptakan tempahan dan/atau transaksi antara Plaintif dan Defendan Pertama. Plaintif juga berhujah bahawa D48 adalah dokumen yang dipalsukan dan telah ditandatangani oleh Defendan Ke-2 selepas pemulaan guaman ini .
45
45.1. Tambahan itu, kami merujuk kepada Mahkamah yang Mulia ini kepada muka surat 34 Ikatan B (“P6”), muka surat 26 Ikatan D (“ID7”), muka surat 28 Ikatan D (“ID8”) dan muka surat 30 Ikatan D (“ID9”), di mana Defendan Ke-2 telah mengakui bahawa pembayaran telah dibuat bagi keempat-empat Invois tersebut. Keempat-empat Nota Pembelian Log ini juga tidak ditandatangani oleh Defendan Ke- 2, namun pembayaran tetap dibuat. Defendan-Defendan juga tidak mengemukakan sebarang Nota Pembelian Log yang menunjukkan Nota Pembelian Log yang dikemukakan oleh Plaintif adalah dipalsukan.
45
45.2. Walaupun Defendan-Defendan mendakwa bahawa Plaintif telah memalsukan Nota Pembelian Log tersebut, semasa perbicaraan dan pemeriksaan balas SP1, peguamcara Defendan-Defendan tidak pernah menyoal SP1 berkenaan dakwaan pemalsuan tersebut atau cara SP1 memperoleh Nota Pembelian Log tersebut.
45
45.3. Plaintif menyatakan bahawa adalah amalan biasa bagi Defendan Pertama untuk tidak menandatangani Nota Pembelian Log oleh pengarah Defendan Pertama semasa diserahkan kepada Plaintif.
45
45.4. Oleh itu, memandangkan terdapat Nota Pembelian Log dan Invois, jelaslah bahawa kayu balak telah dihantar serah kepada Defendan Pertama dan oleh yang demikian, Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab untuk membayar barang-barang tersebut kepada Plaintif. [ 46 ] Mahkamah berpendapat bahawa adalah lebih berkemungkinan Defendan Ke-2 telah menandatangani D48 dan mencipta Nota Pembelian Log yang ditandatangani oleh Defendan Ke-2 dan mempunyai cop Defendan Pertama untuk mengelakkan pembayaran kepada Plaintif selepas pemfailan guaman ini. D48 juga tidak mempunyai akuan penerimaan oleh Plaintif dan SP1 yang mengutip kesemua Nota Pembelian Log sebelum ini telah sahkan bahawa beliau tidak pernah menerima Nota Pembelian Log yang telah ditandatangani oleh Defendan Ke-2 dan mempunyai cop Defendan Pertama. [ 47 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa kesemua Nota Pembelian Log yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan tidak mempunyai tandatangan Defendan Ke-2 dan cop Defendan Pertama dan bukanlah satu amalan biasa/SOP yang diperlukan oleh Defendan Pertama. Segala amalan biasa yang didakwa oleh Defendan-Defendan hanyalah pemikiran semula dan alasan untuk mengelakkan pembayaran. [ 48 ] Mahkamah juga mendapati wujud percanggahan antara PSD1 dan keterangan Defendan Ke-2 yang menjejaskan kredibiliti Defendan Ke-2 di mana Mahkamah tidak boleh terima keterangan Defendan Ke-2 sebagai benar kerana :
48
48.1. Pada soalan jawapan 14 PSD1, Defendan Ke-2 menyatakan bahawa menjadi amalan biasa Defendan Pertama ialah Nota Pembelian Log akan diserahkan kepada pengarah, Encik Liao Zixiao untuk pengesahan sebelum pembayaran dibuat. Namun, di soalan dan jawapan 11 PSD1, Defendan Ke-2 telah memberi keterangan bahawa “we have lost contact since he travelled back for the Chinese New Year in 2019. I have tried to call and text him but no response from him until now.” Jadi Mahkamah bersetuju bahawa adalah mustahil untuk Defendan Ke-2 sahkan pembayaran kepada Plaintif dengan Encik Liao Zi Xiao bagi transaksi yang berlaku pada Ogos, September, Oktober dan November 2019 kerana Defendan Ke-2 telah mengakui bahawa dia tidak boleh hubungi pengarah Defendan Pertama dan business partner Defendan Ke-2 sejak Februari 2019.;
48
48.2. Begitu juga Mahkamah dirujuk kepada soalan jawapan 42 PSD1, di mana Defendan Ke-2 menyatakan bahawa amalan biasa Defendan Pertama ialah Defendan Ke-2 harus meluluskan dan menandatangani Nota Pembelian Log jika Defendan Pertama telah membeli kayu balak daripada Plaintif. Berdasarkan Nota Serahan Log di muka surat 38 dan 39 Ikatan B yang tiada tandatangan Defendan Ke-2 di mana Defendan Pertama telah membayar sebahagiannya dan masih berhutang Plaintif (diakui oleh Defendan Ke-2) menunjukkan bahawa dakwaan bahawa amalan biasa Defendan-Defendan ialah Defendan Ke-2 perlu meluluskan dan menandatangani Nota Pembelian Log tersebut adalah tidak benar. [ 49 ] Mahkamah berpendapat keterangan yang bercanggah ini tealh menimbulkan keraguan terhadap kewujudan amalan biasa, SOP yang disebut oleh Defendan Ke-2. Defendan Ke-2 sendiri mengakui bahawa terdapat percanggahan dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas: S : And also you said here the Log Purchase Note will be sent to the 1 st Defendant’s other Directior, Mr. Liao. There’s no proof of this in the documents, is there? Messages were sent, emails were sent, fax were sent to him for confirmation, no proof, correct, you agree? There’s no proof of this, the fact that all these Log Purchase Note were sent to Mr. Liao Zixiao? There’s no proof of this, you agree? Yes or no? S : Refer to Bundle D page 53 & 55. Go to question 42 of your Witness statement at page 8. Look at the 3rd last line. I read out for your benefit and the Court’s benefit. Lastly, I wish to point out that the normal procedure in my company is that I must approve and sign all Logs Purchase Note if my company had purchased any logs with the Plaintiff. This can be seen in page 53 and 55 of Bundle D. You agree with me that this statement is contradictory to your earlier evidence where you said that a Log Purchase Note will be sent to your Director, Mr. Liao Zixiao for confirmation? These 2 statements are contradictory, yes or no?
b
Sama ada Plaintif boleh menuntut dengan Defendan Ke 2 sedangkan kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pihak Plaintif menunjukkan bahawa jual beli kayu balak telah berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama. DEFENDAN KE-2 TELAH MENGGUNAKAN DEFENDAN PERTAMA SEBAGAI WAHANA (VEHICLE) UNTUK MEMBUAT PENIPUAN DAN/ATAU FROD TERHADAP PLAINTIF [ 50 ] Plaintif di dalam hujahannya menyatakan bahawa Defendan Ke-2 telah menggunakan Defendan Pertama sebagai wahana untuk membuat penipuan dan/atau frod terhadap Plaintif. Mahkamah dirujuk kepada Seksyen 17 Contracts Act 1950:
17
"Fraud" includes any of the following acts committed by a party to a contract, or with his connivance, or by his agent, with intent to deceive another party thereto or his agent, or to induce him to enter into the contract:
a
the suggestion, as to a fact, of that which is not true by one who does not believe it to be true;
b
the active concealment of a fact by one having knowledge or belief of the fact;
c
a promise made without any intention of performing it;
d
any other act fitted to deceive; and
e
any such act or omission as the law specially declares to be fraudulent. [ 51 ] Di dalam kes Gubrachan Singh Bagawan Singh & Ors v. Vellasamy Pennusamy & Other Appeals [2015] 1 CLJ 719 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: [96] But in the event that we should, we are of the view that it is now a settled law in Malaysia that the court would lift the corporate veil of a corporation if such corporation was set up for fraudulent purposes, or where it was established to avoid an existing obligation or even to prevent the abuse of a corporate legal personality. S/N jbukpIVlAUCsSjhe9JOZ5A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 51 [97] As to what constitutes fraudulent purposes it has been described as to include actual fraud or fraud in equity. And fraud in equity occurred in '... cases where there are signs of separate personalities of companies being used to enable persons to evade their contractual obligations or duties, the court would disregard the notional separateness of the companies... [ 52 ] Plaintif juga di dalam hujahannya menyatakan bahawa Defendan Ke- 2 telah melakukan sesuatu yang bertujuan untuk memperdaya dan menipu Plaintif, iaitu dengan menandatangani cek dengan menggunakan tandatangan yang salah, seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 17(d) Akta Kontrak 1950. Oleh itu, sebagai pengarah yang mengawal Defendan Pertama, tidak dapat dinafikan bahawa Defendan Ke-2 telah melakukan penipuan terhadap Plaintif untuk mengelak daripada membuat pembayaran. Oleh itu, tabir korporat wajar disingkap, dan Defendan Ke-2 sepatutnya bertanggungjawab. Seperti yang diputuskan dalam kes Gubrachan Singh Bagawan Singh, jelas bahawa Defendan Ke-2 cuba mengelak kewajipan sedia ada untuk membayar jumlah tertunggak kepada Plaintif. Tabir korporat ini perlu disingkap untuk mengelakkan Defendan Ke-2 menyalahgunakan personaliti undang-undang korporat yang berasingan. [ 53 ] Mahkamah juga mendapati Defendan Pertama memaklumkan kepada SP1 supaya tidak mendepositkan 9 keping cek tersebut dan berjanji untuk menggantikannya. Walau bagaimanapun, sehingga kini, Defendan-Defendan masih gagal, enggan dan/atau cuai dalam menggantikan 9 cek tersebut. Oleh itu, pada 16.04.2021, SP1 mencuba untuk mendepositkan 2 cek yang bertarikh 31.12.2020, tetapi dimaklumkan oleh Maybank bahawa 2 cek ditolak atas sebab “drawer sign differs” (P34). Ini bermakna bahawa tandatangan Defendan Ke-2 pada cek-cek bertarikh 31.12.2020 adalah tidak sah dan Defendan Ke-2 telah sengaja menandatangani cek-cek tersebut dengan tandatangan yang salah. [ 54 ] Mahkamah beresetuju dan berpendapat bahawa Defendan Ke-2, sebagai seorang pengarah di Defendan Pertama, telah bertindak tidak jujur dan secara sengaja mengelakkan tanggungjawabnya sebagai seorang pengarah. Semasa pemeriksaan balas, apabila Defendan Ke-2 ditanya mengenai tarikh cek yang diisukan, segala jawapan daripada Defendan Ke-2 adalah “I don’t know” walaupun kesemua cek tersebut ditandatangani oleh Defendan Ke-2 sendiri.
54
54.1. Plaintif merujuk kepada muka surat 22 Ikatan B (“P22”), di mana cek-cek bertarikh 27.12.2020 ini adalah cek penggantian yang boleh didepositkan kepada Plaintif. Siri nombor cek-cek ini ialah “776090”;
54
54.2. Selain itu, Plaintif merujuk kepada cek-cek lain bertarikh 31.12.2020 di muka surat 23 hingga 26 Ikatan B (“P20”), di mana siri nombor cekcek ini adalah antara “776055” hingga “776065”;
54
54.3. Plaintif menyatakan bahawa Defendan Ke-2 secara sengaja meletakkan tarikh bertangguh pada cek-cek di P20 untuk melengahkan pembayaran kepada Plaintif;
54
54.4. Walaupun cek penggantian bertarikh 27.12.2020, tidak dapat dinafikan bahawa cek-cek di P22 sebenarnya diisukan lebih lambat berbanding cek-cek di P20 berdasarkan siri nombor cek tersebut;
54
54.5. Defendan Ke-2 semasa pemeriksaan balas mengenai urutan pengeluaran cek-cek tersebut, Defendan Ke-2, yang menandatangani kesemua cek di P20 dan P22 telah mengakui bahawa 9 cek-cek di P20 telah diisukan oleh Defendan Pertama sebelum 2 keping cek di P22; dan 54.6. Oleh itu, apabila kami meneliti cek-cek di P22 di mana Plaintif berjaya depositkan 2 keping cek tersebut, ia tidak boleh dinafikan bahawa tandatangan Defendan Ke-2 adalah berbeza dengan 11 keping cek di P20 yang tidak boleh diterima oleh bank. [ 55 ] Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan Ke-2 telah secara sengaja menggunakan tandatangan yang salah atas 11 cek-cek tersebut untuk mengelakkan pembayaran kepada Plaintif:
55
55.1. (“P22”) di mana kedua-dua cek ini yang bertarikh 27.12.2020 adalah cek penggantian yang telah berjaya didepositkan oleh Plaintif. Perhatikan bahawa tandatangan pada cek tersebut ialah “C.H. Thong”, iaitu tandatangan Defendan Ke-2 yang diterima oleh pihak bank. Sebaliknya, pada cek-cek bertarikh 31.12.2020 di muka surat 23 hingga 26 Ikatan B, tandatangan pada cek tersebut adalah “Thong C.H.”, dan cek-cek ini telah ditolak oleh bank kerana tandatangan penyuruh bayar berbeza dan tidak sepadan dengan tandatangan yang diterima oleh bank. Kami juga merujuk Mahkamah ini (“P34”) di mana SP1 telah menerima surat makluman cek yang ditendang (“Return Cheque Advice”) selepas cuba untuk mendepositkan dua cek, iaitu cek No. 776064 dan No. 776065;
55
55.2. Sekiranya cek-cek bertarikh 31.12.2020 tersebut diterima oleh bank dan tandatangan adalah betul, Defendan-Defendan tidak perlu meminta Plaintif agar tidak mendepositkan cek-cek tersebut, terutamanya bagi dua cek yang digantikan oleh Defendan-Defendan; dan 55.3. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa sebelum Plaintif mendepositkan cek-cek tersebut, Defendan-Defendan telah mengetahui bahawa cek-cek tersebut akan ditolak oleh bank kerana Defendan Ke-2 secara sengaja menggunakan tandatangan yang berbeza untuk mengelakkan pembayaran; [ 56 ] Semasa pemeriksaan balas, peguamcara Plaintif bertanya kepada Defendan Ke2 berkenaan tandatangan yang diterima oleh bank. Walau bagaimanapun, tanpa sebarang bukti sokongan, Defendan Ke-2 menyatakan bahawa bank akan menerima kedua-dua tandatangan Defendan Ke-2.: S : Look at page 22. Compare to page 23. The signatures are different, yes? You compare the 2 cheques, Ipoh Branch, Perak by UOB, 26- 08017. You agree with me that it is the same cheque book? S : So, therefore if it’s the same cheque book, I put it to you that the correct signature is on page 22, agree or disagree? J : Both signatures were used. [ 57 ] Mahkamah mendapati kenyataan Defendan Ke-2 adalah tidak munasabah dan tidak berasas. Defendan Ke-2 mendakwa bahawa bank UOB menerima dua tandatangan yang berbeza untuk penandatangan ceknya iaitu “C.H. Thong” dan “Thong C.H.”. Namun, Defendan Ke-2 gagal mengemukakan sebarang dokumen dari bank UOB yang membuktikan bahawa bank menerima kedua-dua tandatangan tersebut. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa bank UOB mengakui tandatangan “Thong C.H.”., dan ini menimbulkan keraguan mengenai kesahihan tandatangan yang digunakan pada cek-cek tersebut. [ 58 ] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dan bersependapat bahawa Defendan Ke-2 telah menggunakan Defendan Pertama sebagai satu wahana untuk melakukan penipuan terhadap Plaintif, dan oleh itu tabir korporat (corporate veil) disingkap, dan Defendan Ke-2 sepatutnya bertanggungjawab untuk membayar hutang kepada Plaintif. Pembelaan Defendan Ke-2 bahawa urus niaga antara Plaintif dengan Defendan Pertama adalah melalui Encik Liao Zixiao [ 59 ] Mahkamah dirujuk kepada soalan jawapan 35 PSD1 di mana Defendan Ke-2 menyatakan bahawa pembiayaan (financing) syarikat serta pembelian kayu balak dikawal oleh Encik Liao ZiXiao. Plaintif menyatakan bahawa Defendan Ke-2 telah dengan sengaja menggunakan Defendan Pertama sebagai wahana untuk membuat penipuan dan/atau frod terhadap Plaintif. Plaintif berhujah bahawa Defendan Ke-2 cuba mengelak daripada tanggungjawabnya dengan meletakkan segala urusan pembiayaan dan pembelian kayu balak di bawah tanggungjawab Encik Liao. [ 60 ] Seterusnya di soalan jawapan 11 dalam PSD1, di mana Defendan Ke-2 menyatakan bahawa beliau telah hilang hubungan dengan Encik Liao sejak Encik Liao pulang untuk menyambut Tahun Baru Cina pada tahun 2019, dan tiada sebarang respons daripadanya sehingga kini. Defendan Ke-2 juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada Encik Liao masih hidup atau tidak selepas pandemik COVID. [ 61 ] Mahkamah berpendapat bahawa Defendan Ke-2 sebagai pengarah yang memiliki saham majoriti dalam Defendan Pertama, sepatutnya mempunyai pengetahuan berkenaan operasi Defendan Pertama. Namun, apabila ditanya berkenaan dengan Encik Liao, keterangan dan dokumen Defendan Ke-2 telah bertentangan. Fakta yang bercanggah adalah fakta yang material kerana Defendan Ke-2 mendakwa bahawa selama ini, Encik Liao yang berurusan dengan Plaintif dan pembiayaan Defendan Pertama disokong oleh Encik Liao. Percanggahan dalam keterangan Defendan Ke-2 adalah seperti berikut:
61
61.1. Plaintif merujuk kepada (“P2”), iaitu Carian SSM Defendan Pertama. Pada muka surat 12, Encik Liao Zixiao telah dilantik sebagai pengarah pada 28.05.2019. Defendan Ke-2 dalam PSD1 telah menyatakan bahawa beliau telah hilang hubungan dengan Encik Liao sejak Tahun Baru Cina 2019, iaitu sejak Februari 2019. Namun, carian SSM menunjukkan bahawa Encik Liao masih dilantik sebagai pengarah pada 28.05.2019; dan 61.2. Semasa pemeriksaan balas Defendan Ke-2, peguamcara Plaintif bertanya kepada Defendan Ke-2, sebagai pengarah dengan saham majoriti, sama ada beliau cuba untuk mengeluarkan Encik Liao sebagai pengarah, tetapi Defendan Ke-2 tidak mengambil langkah tersebut dan sebaliknya menyatakan bahawa Encik Liao didaftarkan sebagai pengarah oleh setiausaha Defendan Pertama. Plaintif menegaskan bahawa alasan ini tidak munasabah kerana, walaupun Defendan Ke-2 tidak dapat berhubung dengan Encik Liao sejak Februari 2019, Defendan Ke-2 masih melantik Encik Liao sebagai pengarah pada 28.05.2019 dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengeluarkan Encik Liao sebagai pengarah sehingga kini. Percanggahan material ini menimbulkan keraguan yang serius terhadap kredibiliti keterangan yang diberikan oleh Defendan Ke-2. [ 63 ] Selain itu, di soalan jawapan 34 PSD1, di mana Defendan Ke-2 menyatakan pada 13.08.2020, Defendan Ke-2 memberikan cek-cek kepada 3 orang lelaki atas sebab dipaksa dan menyatakan bahawa tiga lelaki tersebut berjanji untuk tidak mendepositkan cek-cek tersebut ke bank sehingga selepas berunding dengan Encik Liao. Defendan Ke-2 turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan berkenaan hutang dengan Plaintif. Plaintif menyatakan bahawa:
63
63.1. Keterangan ini sekali lagi bercanggah dengan keterangan Defendan Ke2 kerana Defendan Ke-2 menyatakan sejak Februari 2019, Defendan Ke-2 tidak dapat berhubung dengan Encik Liao. Namun, dalam soalan jawapan 34, Defendan Ke-2 pula menyatakan bahawa rundingan perlu dilakukan dengan Encik Liao pada Ogos 2020, kerana Defendan Ke-2 sendiri tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan jumlah yang dihutang kepada Plaintif; dan 63.2. Ini adalah tidak munasabah kerana sebagai pengarah dan individu yang memegang saham majoriti dalam Defendan Pertama, Defendan Ke-2 sepatutnya mengetahui segala urus niaga yang berlaku antara Plaintif dan Defendan Pertama. Dakwaan Defendan Ke-2 bahawa Plaintif masih boleh berunding dengan Encik Liao pada Ogos 2020, sedangkan Defendan Ke-2 sendiri (sebagai rakan niaga) tidak dapat berhubung dengan Encik Liao sejak Februari 2019 adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai (incredulous). [ 64 ] Mahkamah juga mendapati transaksi pertama antara Plaintif dengan Defendan Pertama adalah pada 25.08.2019, dan transaksi ini telah dibayar sepenuhnya oleh Defendan-Defendan. Bagi urus niaga dari 17.09.2019 hingga 03.10.2019, Defendan-Defendan juga telah membuat pembayaran sebanyak RM20,359.39. Untuk tuntutan invois dari 15.10.2019 hingga 05.11.2019, yang merupakan tuntutan Plaintif hari ini, Defendan-Defendan juga telah membayar sebanyak RM72,705.44. Ini diakui oleh Defendan Ke- 2 dalam soalan jawapan 16 PSD1, di mana pembayaran terakhir adalah melalui cek bertarikh 27.12.2020.
64
64.1. Defendan Ke-2 mendakwa segala transaksi antara Plaintif dan Defendan Pertama dilakukan melalui Encik Liao, namun Defendan- Defendan masih terus membuat pembayaran kepada Plaintif walaupun Defendan Ke-2 mendakwa bahawa beliau tidak lagi dapat menghubungi dengan Encik Liao selepas Februari 2019;
64
64.2. Ia tidak boleh dinafikan bahawa kesemua pembayaran yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan adalah dari pekerja Defendan Pertama dan/atau cek-cek yang ditandatangani oleh Defendan Ke-2. Percanggahan ini menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti Defendan Ke-2 dan keterangan yang diberikan oleh Defendan Ke-2;
64
64.3. Jika Defendan Ke-2 sebagai rakan niaga tidak dapat menghubungi Encik Liao, bagaimana mungkin Plaintif dapat berhubung dan berurus niaga dengan Defendan Pertama melalui Encik Liao? Semasa pemeriksaan balas Defendan Ke-2, Defendan Ke-2 juga tidak dapat memastikan sama ada Plaintif pernah berhubung dengan Encik Liao; S : The first business transaction between the Plaintiff and the 1st Defendant is 25th August 2019 as pointed out by you. Therefore, my question, you will agree with me or can disagree if you want that since the last time you spoke to your business partner was in January 2019, there is no way for the Plaintiff to contact Mr. Liao Zixiao, bearing in mind that the first transaction between the Plaintiff and the 1 st Defendant was on 25th August 2019? You can agree, you can disagree, or you can say I don’t know. J : Of course they would have able to contact Mr. Liao. They’re the one talking. S : Mr. Thong, it’s yes, no, I don’t know/ your Lawyers can have the chance for you to explain. J : No, I don’t know.
64
64.4. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa keterangan Defendan Ke-2 adalah mencurigakan. Bagaimana Defendan Ke-2 boleh meluluskan pembayaran kepada Plaintif (bagi transaksi-transaksi bagi Ogos-November 2019) tanpa mengetahui butiran transaksi antara Defendan Pertama dan Plaintif memandang bahawa Defendan Ke-2 telah hilang hubungan dengan Encik Liao Zi Xiao sejak Januari 2019? Ini menunjukkan bahawa Defendan Ke-2 sebenarnya sentiasa menyedari transaksi tersebut;
64
64.5. Malah transaksi dengan Plaintif sebenarnya diluluskan oleh Defendan Ke-2 sendiri, kerana Encik Liao sudah tidak dapat dihubungi. Defendan Ke-2 cuba menyalahkan Encik Liao dan menolak tanggungjawab kepada Encik Liao atas segala urusan dan pembelian kayu balak. Plaintif berhujah bahawa ketidakkonsisten dan ketidakjujuran Defendan Ke-2 sebenarnya menunjukkan percubaan Defendan Ke-2 untuk mengelirukan Mahkamah dan mengelak daripada memenuhi tanggungjawab pembayaran kepada Plaintif; dan 64.6. Oleh itu, jelas bahawa Defendan Ke2 telah menggunakan Defendan Pertama sebagai wahana untuk melakukan frod terhadap Plaintif, dengan niat untuk mengelakkan dan melenggahkan pembayaran kepada Plaintif. KESIMPULAN [ 65 ] Mahkamah berpendapat bahawa kesemua isu-isu yang dibicarakan telah dijawab melalui keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak. Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya. Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif beserta kos dan faedah. Disediakan oleh : …………………t.t……………………............. [HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH] Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan Tetuan Y.H.Teh & Quek Peguamcara Plaintif-Plaintif,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.