Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO. WA-22M-185-05-2018 ANTARA EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 357198-K) … PLAINTIF
22M-185-05/2018
High Court of Malaysia3 Oct 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO. WA-22M-185-05-2018 ANTARA EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 357198-K) … PLAINTIF
1
MACAMB-TECH CO. LTD (No. Pendaftaran Syarikat: Co. 1853-E/2015)
2
MACAMB TECHNOLOGY SDN. BHD. (No. Syarikat: 1162215-V)
3
HASNUL RAMLAN BIN KHAIRUDDIN (No. K/P: 671203-10-5919)
4
DIANA BINTI SAMSUDIN (No. K/P: 770418-01-5826)
5
TENGKU NORIZA BINTI TENGKU RAMLI (No. K/P: 730929-07-5170)
6
OUK CHANTHA (No. Passport: S 0010049) … DEFENDAN-DEFENDAN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Dalam tindakan sivil ini Plaintif menuntut daripada Defendan-defendan wang sebanyak USD 1,273,874.37 yang masih terhutang dan kena dibayar oleh Defendan-defendan berikutan daripada kemudahan pembiayaan berasaskan prinsip Shariah yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. [2] Melalui notis permohonan kandungan 9, Plaintif memohon supaya penghakiman terus dimasukkan terhadap Defendan-defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima menurut Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Mahkamah ini telah membenarkan permohonan tersebut. Melalui Notis Rayuan bertarikh 31 Oktober 2018, Defendan-defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. 3 Fakta kes [3] Atas permohonan Defendan Pertama, yang merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Kingdom of Cambodia, Plaintif telah meluluskan melalui surat tawaran bertarikh 28 Oktober 2015 (selepas ini dirujuk sebagai “Surat Tawaran tersebut”) kepada Defendan Pertama suatu Islamic Financing Facility Under Overseas Project Financing-i dalam jumlah maksimum agregat prinsipal yang berjumlah USD 2,100,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Kemudahan tersebut”). Tujuan Kemudahan tersebut adalah untuk membiayai sebahagian daripada kos untuk memasang dan menyiapkan 8 unit panel / struktur papan iklan LED dan 214 unit panel / struktur e-Bunting LED di Siem Reap, Cambodia. Kemudahan tersebut telah disalurkan dan diterima oleh Defendan Pertama. [4] Pada 29 Januari 2016 Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangani satu perjanjian kemudahan (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Kemudahan tersebut”). Antara terma dan syarat material Perjanjian Kemudahan tersebut termasuklah seperti berikut –
a
Harga jualan Kemudahan tersebut adalah USD 2,463,076.00. Harga jualan dikira berdasarkan kadar 4 siling sebanyak 10% setahun. Walau bagaimanapun, pembayaran harga jualan akan dikira berdasarkan kadar semasa keuntungan. Perbezaan keuntungan di antara kadar siling dan kadar semasa keuntungan akan diberikan rebat (Ibra’).
b
Pembayaran harga jualan itu hendaklah dibuat secara 12 ansuran suku tahun bermula 3 bulan dari tarikh Pembayaran / Penggunaan pertama seperti berikut:- Bilangan Ansuran Purata Amaun Ansuran Suku Tahun (USD) Perkara 1-11 193,375.47 Keuntungan dan Kos 12 196,990.04 Keuntungan dan Kos
c
Ansuran di atas adalah pada harga jualan berdasarkan kepada kadar keuntungan 6.28% setahun berdasarkan kepada pembayaran / penggunaan penuh atas bilangan sebenar hari yang berlalu di dalam setahun 360 hari;
d
Pembayaran suku tahun sebenar harga jualan tersebut hendaklah dibuat berdasarkan kepada berikut:- 5
i
Keuntungan hendaklah dikira berdasarkan jumlah sebenar yang dibayar / digunakan pada kadar keuntungan semasa atas bilangan sebenar hari yang berlalu di dalam setahun 360 hari.
II
(ii) Ansuran pertama pembayaran keuntungan akan kena bayar bermula 3 bulan dari tarikh pertama Pembayaran / Penggunaan. Pembayaran Kos
i
Pembayaran kos hendaklah dibuat secara suku tahun bermula 3 bulan dari tarikh pertama Pembayaran / Penggunaan.
II
(ii) Jumlah ansuran tersebut akan kena bayar dengan menolak daripada Akaun Projek pada tarikh kena bayar. Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan jumlah ansuran sebenar sebelum tarikh kena bayar.
III
(iii) Walau apapun di atas, sebarang kekurangan perlu dibayar oleh Pelanggan dalam masa 7 Hari Perniagaan dari tarikh kena bayar. 6
e
Sekiranya Defendan Pertama ingkar dan / atau melanggar terma-terma Perjanjian Kemudahan tersebut, Plaintif dengan memberi notis kepada Defendan Pertama berhak untuk menuntut daripada Defendan Pertama serta membatalkan Perjanjian Kemudahan tersebut dengan serta-merta dan Defendan Pertama juga adalah bertanggungan untuk membayar semua fi dan perbelanjaan yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pemberian Perjanjian Kemudahan tersebut. Cagaran yang diwujudkan oleh dokumen-dokumen sekuriti akan berkuatkuasa serta-merta.
f
Apabila terdapat keingkaran dan / atau pelanggaran terma-terma Perjanjian Kemudahan tersebut, Plaintif adalah berhak untuk menggunakan kesemua hak, remedi dan kuasa di bawah Dokumen Sekuriti dan Undang-Undang dan ekuiti, walaupun melibatkan prosiding berbeza di dalam forum atau mahkamah, yang sama atau berbeza, secara serentak atau selainnya.
g
Penyata oleh mana-mana pegawai berkuasa Plaintif berkenaan sebarang jumlah yang terhutang kepada Plaintif adalah keterangan konklusif bahawa amaun tersebut adalah 7 terhutang dan kena dibayar melainkan wujudnya kesilapan yang ketara.
h
Apa-apa tuntutan dan notis yang dihantar ke alamat Defendan-defendan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut adalah dianggap satu serahan yang sempurna dan teratur ke atas Defendan-defendan pada hari kelima selepas pengeposan. [5] Sebagai balasan kepada Kemudahan tersebut Defendan-defendan telah menandatangani dokumen-dokumen sekuriti yang antara lainnya termasuklah seperti berikut –
a
Gadaian Pihak Ketiga ke atas hartanah yang dipegang di bawah HS(M) 10522, PT 11417, Mukim Ulu Kelang, Tempat: Deboi, Hulu Kelang, Daerah Gombak, Negeri Selangor dan berkeluasan kira-kira 0.39 hektar yang didaftarkan di bawah nama Defendan Ketiga.
b
Perjanjian Jaminan Korporat oleh Defendan Kedua (sebuah syarikat) bertarikh 29 Januari 2016 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Jaminan tersebut”) di mana antara lain, 8 Defendan Kedua telah secara bersama-sama dan berasingan bersetuju untuk menjamin keseluruhan jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Kemudahan tersebut.
c
Jaminan dan Tanggung Rugi oleh Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam bertarikh 29 Januari 2016 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Jaminan tersebut”) di mana antara lain, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam telah secara bersama-sama dan berasingan bersetuju untuk menjamin keseluruhan jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Kemudahan tersebut. [6] Kemudahan tersebut telah disalurkan dan diterima oleh Defendan Pertama serta Defendan Pertama telahpun mengguna pakai Kemudahan tersebut. [7] Defendan Pertama telah mengingkari terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Kemudahan tersebut di mana Defendan Pertama telah gagal untuk membuat bayaran balik mengikut Perjanjian Kemudahan tersebut dengan sewajarnya. 9 [8] Melalui surat tuntutan dan penamatan bertarikh 25 Oktober 2017 yang dikeluarkan oleh peguamcara Plaintif kepada Defendan Pertama, Plaintif membatalkan Kemudahan tersebut di bawah Perjanjian Kemudahan tersebut dan menuntut daripada Defendan Pertama pembayaran sebanyak USD 1,273,874.37 yang masih terhutang dan kena dibayar setakat 1 Oktober 2017, yang mana butir-butirnya adalah seperti berikut:- Item (USD) i) Prinsipal/Kos 1,226,657.81 ii) Keuntungan 47,053.92 iii) Pampasan 162.64 iv) Caj-caj Lain 0.00 Jumlah 1,273,874.37 [9] Melalui surat-surat tuntutan dan penamatan berasingan bertarikh 25 Oktober 2017, peguamcara Plaintif juga telah menuntut daripada Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam masing-masing selaku penjamin korporat / penjamin kepada Perjanjian Kemudahan tersebut pembayaran sebanyak USD 1,273,874.37 yang masih terhutang dan kena dibayar setakat 1 Oktober 2017. 10 [10] Walau bagaimanapun Defendan-defendan Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Defendan Keenam telah gagal, enggan dan / atau cuai untuk mematuhi tuntutan Plaintif tersebut. [11] Sehubungan itu melalui guaman sivil ini, Plaintif menuntut terhadap kesemua Defendan jumlah sebanyak USD 1,275,428.92 (bersamaan RM 4,927,619.63 pada kadar tukaran matawang USD 1 bersamaan RM 3.8635 pada tarikh 2 April 2018) iaitu jumlah keseluruhan baki yang terhutang setakat 31 Mac 2018. [12] Dalam tindakan sivil ini, Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan Keempat dan Defendan Keenam pada 8 Jun 2018 kerana gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan walaupun telah diserah dengan writ dan Penyataan Tuntutan. [13] Pada 30 Mei 2018, melalui peguamcara mereka, Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Kelima (selepas ini dirujuk sebagai “Defendan-defendan Berkenaan”) telah memasukkan Memorandum Kehadiran. Pada 12 Jun 2018 Defendan-defendan Berkenaan telah memfailkan Penyataan Pembelaan mereka. Pada dasarnya Defendan-defendan Berkenaan menafikan berhutang 11 dengan Plaintif sebanyak USD 1,275,428.92 dan meletakkan Plaintif atas beban pembuktian yang kukuh. [14] Pembelaan Defendan-defendan Berkenaan secara spesifik boleh diringkaskan seperti berikut –
a
Defendan Pertama
i
Tidak pernah memohon Kemudahan tersebut daripada Plaintif dan tidak pernah menerima Surat Tawaran tersebut. Juga tidak pernah menerima Kemudahan tersebut daripada Plaintif dan tidak pernah mengguna pakai Kemudahan tersebut. Oleh itu Defendan Pertama menegaskan ia tidak mempunyai sebarang obligasi membuat apa-apa bayaran kepada Plaintif.
II
(ii) Tidak pernah mempunyai pengetahuan tentang Perjanjian Kemudahan tersebut dan tidak pernah menandatangani Perjanjian Kemudahan tersebut. Oleh itu Defendan Pertama menegaskan dakwaan kegagalan membuat bayaran mengikut Perjanjian Kemudahan tersebut adalah tidak munasabah. 12
III
(iii) Tidak pernah menerima sebarang notis tuntutan dan penamatan daripada peguamcara Plaintif.
b
Defendan Kedua menegaskan tidak pernah pada setiap masa yang material menandatangani Perjanjian Jaminan Korporat tersebut dan tidak pernah menerima sebarang notis tuntutan dan penamatan daripada peguamcara Plaintif.
c
Defendan-defendan Ketiga dan Kelima juga menegaskan tidak pernah pada setiap masa yang material menandatangani Perjanjian Jaminan tersebut dan tidak pernah menerima sebarang notis tuntutan dan penamatan daripada peguamcara Plaintif. Permohonan untuk penghakiman terus Hujah Plaintif [15] Melalui kandungan 9 Plaintif memohon untuk memasukki penghakiman terus terhadap Defendan-defendan Berkenaan menurut terma berikut – 13
a
Jumlah sebanyak USD 1,275,428.92 (bersamaan RM 4,927,619.63 pada kadar tukaran matawang USD 1 bersamaan RM 3.8635 pada tarikh 2 April 2018) setakat 31
b
Keuntungan yang dikira pada kadar 4.02% dicampur dengan kos dana EXIM Bank (COF-i) ke atas USD 1,226,657.81 berrmula daripada 1 April 2018 sehingga penyelesaian penuh;
c
Pampasan lewat bayar yang dikira pada kadar Islamic Interbank Money Market (IIMM) atau kadar-kadar lain yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia ke atas USD 1,270,497.40 bermula daripada 1 April 2018 sehingga penyelesaian penuh;
d
Kos permohonan dibayar di atas dasar peguamcara dan anak guam atau kos; dan
e
Apa-apa, relif dan perintah yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah. [16] Pada dasarnya alasan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus adalah disebabkan kegagalan Defendan-defendan Berkenaan untuk membayar amaun yang dituntut sebanyak USD 1,275,428.92. Selanjutnya Plaintif berhujah bahawa Defendan-defendan Berkenaan 14 tidak mempunyai apa-apa pembelaan bermerit terhadap tuntutan Plaintif dalam tindakan sivil ini dan Penytaaan Pembelaan yang difailkan oleh Defendan-defendan Berkenaan tidak mendedahkan apa-apa isu yang perlu dibicarakan dan hanyalah penafian semata-mata yang bertujuan untuk melengah-lengahkan tuntutan Plaintif dan prosiding mahkamah. Plaintif juga berhujah bahawa tidak terdapat sebarang isu yang harus dibicarakan dalam tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan Berkenaan. [17] Dalam afidavit sokongan kandungan 10, Plaintif melalui deponennya iaitu Thariq bin Abdullah yang merupakan Naib Presiden Kanan Bahagian Undang-Undang dan Penyelidikan Plaintif telah mendeposkan fakta-fakta sepertimana diplidkan oleh Plaintif dalam Penyataan Tuntutan berhubung dengan Kemudahan tersebut, Perjanjian Kemudahan tersebut dan terma dan syarat yang material, dokumen sekuriti yang ditandatangani termasuklah Perjanjian Jaminan Korporat dan Perjanjian Jaminan, keingkaran Defendan-defendan membayar balik Kemudahan tersebut serta notis tuntutan yang telah dihantar kepada Defendan-defendan Berkenaan menuntut antara lain, amaun USD 1,273,874.37 setakat 1 Oktober 2017. 15 [18] Plaintif juga telah mengemukakan sebagai ekshibit dokumen-dokumen yang berhubung dengan Kemudahan tersebut iaitu Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Kemudahan tersebut (Ekshibit TA-1), Perjanjian Jaminan Korporat yang ditandatangani oleh Defendan Kedua tersebut (Ekshibit TA-2), Perjanjian Jaminan yang ditandatangani oleh Defendan Ketiga dan Defendan Kelima (Ekshibit TA-3) dan juga notis tuntutan bertarikh 25 Oktober 2017 yang dihantar kepada Defendan-defendan Berkenaan (Ekshibit TA-4). Selanjutnya Plaintif juga mengemukakan Sijil Keberhutangan bertarikh 18 April 2018 yang memperakui (certify) keberhutangan Defendan-defendan Pertama sehingga Defendan Kelima di bawah Kemudahan tersebut adalah USD 1,275,428.92 setakat 31 Mac 2018. Hujah Defendan-defendan Berkenaan [19] Defendan Ketiga yang merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah di syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah mendeposkan untuk dirinya dan juga bagi pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua, suatu afidavit kandungan 11 untuk menentang permohonan penghakiman terus. Penyataan yang terkandung dalam afidavit kandungan 11 adalah sepertimana yang diplidkan dalam 16 Penyataan Pembelaan Defendan-defendan Berkenaan. Defendan Kelima juga mendeposkan suatu affidavit kandungan 12 di mana alasan menentang permohonan penghakiman terus adalah juga sepertimana diplidkan dalam Penyataan Pembelaan Defendan-defendan Berkenaan. Secara ringkasnya Defendan-defendan Berkenaan mengekalkan pendirian mereka dan menafikan pengetahuan mengenai tuntutan Plaintif dan dokumen-dokumen yang diekshibitkan oleh Plaintif dalam afidavit sokongan permohonan penghakiman terus. Undang-undang dan keputusan [20] Aturan 14 kaedah-kaedah 1 dan 2 KKM 2012 memperuntukkan bahawa dalam suatu permohonan untuk penghakiman terus, beban adalah di atas pemohon untuk membuktikan perkara berikut –
a
penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan;
b
defendan telah memasukki memorandum kehadiran; dan
c
permohonan disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut hendaklah juga menyatakan bahawa 17
Preamble
mengikut kepercayaannya defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan. [21] Sekiranya keperluan awal (preliminary requirements) tersebut di atas telah dipatuhi, beban beralih kepada defendan untuk membuktikan di bawah Aturan 14 kaedah-kaedah 3 dan KKM 2012 bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya. (National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 2 CLJ 220; [1984] 2 MLJ 300; Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685; United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657). [22] Berhubung dengan perkara ini, perhatian wajar diberi mengenai prinsip yang terpakai dalam mengendalikan sesuatu permohonan penghakiman terus yang telah diputuskan dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400; [1992] 2 CLJ Rep 186; [1992] 1 CLJ 653 – In our view, basic to the application of all those legal propositions, is the requirement under O 14 for the court to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue but also that the said issue 18 is triable. The determination of whether an issue is or is not triable must necessarily depend on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. In our opinion, unless this principle is adhered to, a judge is in no position to exercise his discretion judicially in an O 14 application. Thus, apart from identifying the issues of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue. [23] Berhubung keperluan awal tersebut di atas, adalah tidak dipertikaikan bahawa keperluan tersebut telah dipatuhi oleh Plaintif. Lanjutan daripada itu, beban berpindah ke atas Defendan-defendan Berkenaan untuk membuktikan adanya isu atau persoalan yang dipertikaikan yang seharusnya diadili melalui perbicaraan penuh dan bukan secara ringkas di bawah Aturan 14 KKM 2012. 19 Sama ada terdapat isu yang dipertikaikan yang harus dibicarakan [24] Seperti dinyatakan di atas alasan yang dikemukakan oleh Defendan-defendan Berkenaan mempertikaikan tuntutan Plaintif adalah semata-mata penafian. Defendan Pertama mengatakan ia tidak pernah memohon Kemudahan tersebut, tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan tidak pernah menandatangani Perjanjian Kemudahan tersebut. Begitu juga Defendan Kedua mengatakan tidak mempunyai pengetahuan mengenai Kemudahan tersebut dan tidak pernah menandatangani Perjanjian Jaminan Korporat. Defendan Ketiga dan Defendan Kelima juga mengatakan tidak mempunyai pengetahuan mengenai Kemudahan tersebut dan menafikan menandatangani Perjanjian Jaminan. Selain daripada itu Defendan-defendan Berkenaan menafikan menerima surat tuntutan daripada peguamcara Plaintif. Oleh yang demikian Defendan-defendan Berkenaan mengatakan dakwaan Plaintif bahawa mereka telah melanggar Perjanjian Kemudahan tersebut, Perjanjian Jaminan Korporat dan Perjanjian Jaminan adalah tidak munasabah kerana mereka tidak bertanggungjawab membuat apa-apa bayaran kepada Plaintif. 20 [25] Perjanjian Kemudahan tersebut, Perjanjian Jaminan Korporat tersebut dan Perjanjian Jaminan tersebut selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai “Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut”. [26] Penafian-penafian yang dibuat oleh Defendan-defendan Berkenaan langsung tidak disokong dengan sebarang keterangan. Malahan penafian Defendan-defendan ke atas Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut yang merupakan dokumen-dokumen kontemporari juga tidak disokong dengan sebarang keterangan. Sekiranya benar Defendan-defendan Berkenaan tidak pernah memohon Kemudahan tersebut dan tidak pernah menandatangani Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut maka tindakan yang munasabah yang seharusnya diambil oleh Defendan-defendan Berkenaan adalah dengan membuat laporan polis bagi maksud melindungi kepentingan mereka daripada tindakan sivil oleh Plaintif. Walau bagaimanapun tidak ada keterangan bahawa Defendan-defendan Berkenaan telah berbuat demikian atau mengambil tindakan lain yang sewajarnya. Oleh itu adalah jelas dan nyata penafian Defendan-defendan Berkenaan adalah kosong semata-mata. [27] Mengenai amaun keberhutangan sebanyak USD 1, 275,428.92 tersebut, Plaintif telah mengemukakan Sijil Keberhutangan di Ekshibit 21 TA-5 kandungan 10. Adalah diperhatikan bahawa Sijil Keberhutangan tersebut dikeluarkan menurut peruntukan yang terdapat dalam Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut seperti berikut – Klausa 11 Perjanjian Kemudahan tersebut memperuntukkan bahawa –
11
11.
11
11.1 The certificate of EXIM Bank certified by any officer, as to what at any time are the appropriate amounts of the Indebtedness or any other costs, charges, expenses or other money payable hereunder by the Customer or other money chargeable and/or the manner of calculation and/or the time for payment thereof shall be final and conclusive and binding on the Customer and shall not, in the absence of manifest error, be questioned on any account whatsoever. Klausa 2 (p) yang terdapat dalam Perjanjian Jaminan Korporat dan juga Perjanjian Jaminan memperuntukkan seperti berikut –
2
GUARANTORS’ COVENANTS The Guarantors hereby further agree, undertake and covenant with EXIM Bank as follows:- ...
p
Conclusive Evidence That a written statement from EXIM Bank as to the amount due and owing by the Customer shall be accepted by the 22 Guarantors as conclusive evidence that the amount thereby appearing is due from the Customer to EXIM Bank and payable on demand to EXIM Bank by the Guarantors; [28] Kegunaan sijil keberhutangan bagi membuktikan amaun yang terhutang dan kena dibayar telah dinyatakan dengan jelas dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685; [2006] 3 CLJ 544. Dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – … A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law. It excuses the plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claim. [12] In the instant case, the relevant cll 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively are sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause. Such a clause has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. In Dobbs v National Bank of Australiasia (1953) 53 CLR 643 the Australian court made the following observation which we think is instructive: ... The bank could recover without the production of a certificate if, by ordinary legal evidence, it proved the actual indebtedness of the customer. But the (conclusive evidence) clause, if valid, enables the bank by producing a certificate to dispense with such proof. It means that for the purpose of fixing the liability of a surety, the customer's indebtedness may be ascertained conclusively by a certificate. ... But the manifest object of the clause was to provide a 23 ready means of establishing the existence and amount of the guaranteed debt and avoiding an inquiry upon legal evidence into the debits going to make up the indebtedness. [13] The certificate of indebtedness, exh P3, issued in accordance with cll 27 and 7.03 aforesaid, are lucid enough. There is nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor is any fraud shown… [29] Sehubungan itu Sijil Keberhutangan tersebut (yang dikeluarkan menurut peruntukan dalam Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut) adalah keterangan muktamad dan konklusif mengenai amaun keberhutangan Defendan-defendan Berkenaan di bawah Perjanjian Kemudahan tersebut melainkan Defendan-defendan dapat menunjukkan terdapat kesilapan yang nyata dan jelas pada permukaan Sijil Keberhutangan tersebut. [30] Dalam hal ini sekadar menafikan pengetahuan mengenai Surat Tawaran tersebut dan Kemudahan tersebut serta menafikan menandatangani Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut tidak berupaya menunjukkan terdapat kesilapan apa tah lagi kesilapan yang jelas dan nyata atau frod terhadap Sijil Keberhutangan tersebut. 24 [31] Isu-isu yang diketengahkan oleh Defendan-defendan Berkenaan untuk menentang permohonan penghakiman terus oleh Plaintif adalah tidak bermerit langsung. Isu-isu tersebut bukanlah isu bona fide yang memerlukannya dihakimi melalui perbicaraan penuh dengan memanggil saksi untuk memberi keterangan vivo voce. Penafian kosong semata-mata sememangnya bukan pembelaan apa tah lagi pembelaan yang bermerit. Adalah jelas tidak ada apa-apa pertikaian mengenai fakta dan undang-undang dalam kes di hadapan mahkamah ini. Ini adalah kerana Surat Tawaran tersebut dan Dokumen-dokumen Kemudahan tersebut mengenai Kemudahan tersebut merupakan keterangan kontemporari yang tidak dicabar dengan efektif oleh Defendan-defendan Berkenaan. [32] Pembelaan (iaitu penafian kosong semata-mata) Defendan-defendan Berkenaan jelas tidak konsisten dengan keterangan kontemporari yang dikemukakan oleh Plaintif. Dalam keadaan ini, mahkamah ini berpendapat penafian kosong oleh Defendan-defendan Berkenaan adalah sesuatu yang inherently improbable. Oleh itu mahkamah ini berkewajipan menolak pembelaan Defendan-defendan Berkenaan (Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400). 25 [33] Selain daripada itu Defendan-defendan Berkenaan juga gagal memuaskan hati mahkamah ini bahawa ada sebab yang lain mengenai tuntutan Plaintif yang mana perbicaraan patut diadakan (United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657). [34] Oleh itu adalah jelas bahawa kes di hadapan mahkamah ini adalah satu kes yang boleh dihakimi secara terus dan tidak perlu perbicaraan penuh. Dalam kes Citibank N.A. v. Ooi Boon Leong & Ors [1980] 1 LNS 168; [1981] 1 MLJ 282 Mahkamah Persekutuan mengatakan – We have often said in this court many a time that where the issues are clear and the matter of substance can be decided once and for all without going to trial there is no reason why the assistant registrar or the judge in chambers, or, for that matter, this court shall not deal with the whole matter under the RSC O 14 procedure … Kesimpulan [35] Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas mahkamah ini berpendapat Defendan-defendan Berkenaan gagal, atas imbangan kebarangkalian, membuktikan adanya isu-isu atau persoalan bona fide 26 yang wajar dibicarakan berhubung dengan tuntutan Plaintif terhadap mereka. [36] Oleh yang demikian mahkamah ini terpaksa membenarkan permohonan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-defendan Berkenaan sepertimana terma-terma yang terkandung dalam notis permohonan kandungan 9 dengan kos sebanyak RM 3,000.00. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 4 MAC 2019 Peguam: Plaintif : Mohd Azrizal Hamzi dari Tetuan Azrul, Afifi & Azuan Defendan-defendan : Wan Mohamed Ashraf dari Tetuan Ashraf & Co. (mewakili pihak-pihak Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.