Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCC-19-10/2023 ANTARA EXPRESS SOLUTIONS SDN BHD NO. SYARIKAT: 457842-A …PLAINTIF DAN ROSHAIDA BINTI MUHAMMAD NO K/P: 820327-11-5162 …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
TA-A52NCC-19-10/2023
Sessions Court of Malaysia6 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“made abundantly plain in Ayob bin Saud v TS Sambanthamurthi [1989] 1 MLJ 315; [1989] 1 CLJ 152, where Mohamed Dzaiddin J (later Chief Justice) held that: In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer”
“harasser or the victim, the pronoun she, she and her, apply to both gender whenever appropriate. Putting aside the statutory definition provided for in the Employment (Amendment) Act 2012 and in the Employment Act 1955 as discussed earlier, Lord Sumpton in Hayes v Willoughby [2013] 1 WLR935 acknowledged that harassment”
“o verify the originality of this document via eFILING portal 80 “[16] In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s 101(1) Evidence Act 1950). The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the b”
“& Anor [1978] 2 MLJ 54 di mana Suffian LP telah memutuskan bahawa:- “A person may acknowledge that a claim has been made against him without acknowledging any indebtedness. It is clear that what the Limitation Act, 1939, means is ‘acknowledges the debtor other liquidated amount’, ... there must be an admission that the”
“to bring an action may arise on various events; but it has always been held that the statute runs from the earliest time at which an action could be brought. In Board of Trade v Cayzer, Irvine & Co [1927] AC 610 617. Viscount Dunedin described 'cause of action' as that which makes action possible. Now, what makes possi”
“ect it is the plaintiff who must establish its case. If the plaintiff fails to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant has not established its defence (Selvaduray v Chinniah [1939] MLJ 253 CA; s 102 Evidence Act 1950). It should also be noted That there must be some preponderance in the plaint”
“scussed earlier, Lord Sumpton in Hayes v Willoughby [2013] 1 WLR935 acknowledged that harassment is an ‘ordinary English word with a well understood meaning’. Citing Thomas v News Group Newspaper Ltd [2002] EMLR 78 (at p 30),Lord Sumpton stated that harassment is, ‘a persistent and deliberate course of unreasonable and”
“letakkan tanggungjawab membela diri ke atas Defendan tanpa terlebih dahulu memenuhi beban pembuktian asas oleh Plaintif. 266. Mahkamah Rayuan dalam kes Jayakumari A/P Jeraman V. Cimb Bank Bhd & Anor [2012] MLRHU 875 telah memutuskan seperti yang berikut: S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ **Note : Serial number will be used to”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCC-19-10/2023 ANTARA EXPRESS SOLUTIONS SDN BHD NO. SYARIKAT: 457842-A …PLAINTIF DAN ROSHAIDA BINTI MUHAMMAD NO K/P: 820327-11-5162 …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Plaintif. Pada 6.10.2025, setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya.
2
Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM5000 diberikan kepada Defendan.
3
Setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya.
4
Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas Defendan sebagaimana berikut: a) Ganti rugi am akibat fitnah: Ditolak b) Ganti rugi am untuk gangguan: RM8,000 c) Ganti rugi teladan: RM 5000 d) Ganti rugi teruk:RM5,000 e) Faedah 5% setahun atas jumlah ganti rugi yang diberikan daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh f) Kos sebanyak RM5000 diberikan kepada Plaintif.
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif telah memfailkan notis rayuan bertarikh 19.10.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi Terengganu terhadap sebahagian keputusan tersebut yang memutuskan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan ditolak S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ dengan kos sebanyak RM5,000.00, ganti rugi am untuk gangguan sebanyak RM8,000.00 untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan, ganti rugi teladan sebanyak RM5,000.00 untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan, dan ganti rugi teruk sebanyak RM5,000.00 untuk dibayar oleh Plaintif kepada Defendan.
6
TUNTUTAN PLAINTIF Tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan 17 Penyata Tuntutan adalah untuk relif-relif berikut:
17
17.1 Wang sejumlah RM208,290.83 yang merupakan jumlah
17
17.2 Faedah pada kadar 5% setahun dikira setiap hari atas jumlah RM208,290.83 dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman;
17
17.3 Kos tindakan ini;
17
17.4 Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya; dan 17.5 Lain-lain relif atau perintah yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
7
Plaintif merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang menjalankan perniagaan pemungutan semula hutang, pengurusan, perkhidmatan dan pengawalan.
8
Defendan pula merupakan seorang individu yang bekerja sebagai guru. Perjanjian NPF Debt Sale Agreement di antara Plaintif dan MBSB
9
Malaysia Building Society Berhad ("MBSB") (No. Pendaftaran Syarikat: 197001000172 / 9417-K) adalah sebuah syarikat senaraian awam yang ditakrifkan sebagai lnstitusi Berjadual yang dikecualikan daripada memperoleh lesen daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan kewangan yang kini mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 11,Wisma MBSB, 48 Jalan Dungun, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
10
Pada 15.01.2018, Plaintif dan MBSB telah memasuki suatu perjanjian yang disebut sebagai NPF Debt Sale Agreement (selepas ini dirujuk sebagai "NPF Debt Sale Agreement”) di mana MBSB telah bersetuju untuk menjual dan Plaintif telah bersetuju untuk membeli akaun hutang-hutang lapuk tidak berbayar bagi produk pembiayaan peribadi (personal financing atau "PFI”) dan pembiayaan gadai janji (“mortgage financing” atau "Mortgage") seperti yang terkandung dalam Jadual B NPF Debt Sale Agreement yang dikenali sebagai NPF Debt Schedule (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "NPF Debt”) atas terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam NPF Debt Sale Agreement.
11
Kesemua NPF Debt dijual oleh MBSB kepada Plaintif bersama semua kebaikan, hak-hak dan pembayaran diterima oleh MBSB pada dan/atau bermula daripada tarikh NPF Debt Sale Agreement bersama-sama dengan semua risiko dalam dan semua liabiliti-liabiliti yang berkaitan dengan NPF Debt termasuk perlindungan insurans yang diambil oleh MBSB daripada Defendan bagi akaun-akaun di dalam NPF Debt.
12
Lanjutan itu, pada 15.01.2018, Plaintif dan MBSB turut memeterai suatu surat ikatan penyerahhakkan atau Deed of Assignment (selepas ini dirujuk sebagai "DOA") bagi suatu peletakan hak statutori (“statutory assignment”) yang sempurna serta mutlak ke atas hak-hak, faedah, liabiliti, kausa dan kepentingan sedia ada termasuk perlindungan insurans yang diambil oleh MBSB daripada Defendan bagi akaun-akaun tertentu di dalam NPF Debt.
13
DOA ini dimeterai selaras dengan pemeteraian NPF Debt Sale Agreement di antara Plaintif dan MBSB.
14
Selanjutnya, Plaintif dan MBSB telah memfailkan suatu permohonan bersama melalui Saman Pemula No.: WA-24NCC-404-07/2019 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi satu Perintah Letakhak untuk memberi kesan kepada pemindahan dan peletakan hak oleh MBSB kepada Plaintif berkenaan akaun-akaun di bawah NPF Debt (selepas ini dirujuk sebagai "Permohonan Perintah Letakhak tersebut").
15
Permohonan
para
Letak hak tersebut adalah suatu pengisytiharan hak kepada Plaintif bagi segala akaun-akaun NPF Debt seperti yang di hutang oleh penghutang-penghutang menurut pinjaman-pinjaman yang diperoleh atau diberikan oleh MBSB sebagai sebahagian daripada perniagaannya, bersama semua hak-hak, faedah dan kepentingan sedia ada MBSB di bawah NPF Debt termasuk perlindungan insurans yang diambil oleh MBSB daripada Defendan bagi akaun-akaun di dalam NPF Debt.
16
Pada 14.08.2019, Permohonan Perintah Letak Hak tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana NPF Debt yang merangkumi sebahagian daripada perniagaan MBSB, bersama dengan semua hak-hak, faedah, kausa dan kepentingan sedia ada MBSB di bawah NPF Debt termasuklah hutang milik Defendan dipindah milik dan diletak hak kepada Plaintif pada dan/atau bermula dari 15.01.2018 yang berkuat kuasa mengikuti terma-termanya tidak kira sama ada mengikut mana-mana undang-undang atau peraturan perundangan yang terpakai.
17
Perintah Letak Hak tersebut juga hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas, tanpa menghiraukan orang yang terjejas itu bukanlah pihak kepada prosiding-prosiding ini atau sebarang prosiding lain yang berkaitan atau tidak mendapat notis berkenaan NPF Debt Sale Agreement bertarikh 15.01.2018, prosiding-prosiding ini atau prosiding lain yang berkaitan (selepas ini dirujuk sebagai "Perintah Letak Hak tersebut"). S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
18
Bagi maksud memberi efek kepada Perintah Letak hak tersebut, suatu notis makluman berkenaan pemindahan dan/atau perletakkan hak (Notice of Assignment / Transfer of Debt) telah disampaikan oleh MBSB kepada penghutang-penghutang NPF Debt termasuklah kepada Defendan, bagi tujuan memaklumkan antara lainnya bahawa segala pembayaran berkenaan hutang-hutang tersebut hendaklah dibuat kepada Plaintif.
19
Perlanggaran Pinjaman & Butiran Pelanggaran Pinjaman Berdasarkan rekod Plaintif yang diperoleh susulan “NPF Debt Sale Agreement”, Defendan mempunyai suatu akaun pinjaman PFI yang mempunyai nombor akaun 45018081029000000 ("Pinjaman").
20
Pada masa material, Defendan telah gagal untuk membayar jumlah bulanan seperti yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam Pinjaman tersebut.
21
Oleh yang demikian, Defendan telah memungkiri Pinjaman tersebut di mana setakat pemfailan tindakan ini, Defendan telah gagal membayar RM208,290.83 ("Hutang Tertunggak") kepada Plaintif sebagai pemilik hutang akaun tersebut melalui Perintah Letak Hak tersebut.
22
Walaupun peringatan dan permintaan telah berulang kali dihantar kepada Defendan, Defendan telah gagal menjalankan obligasi yang S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ telah dipersetujui menurut Pinjaman untuk membuat bayaran bulanan yang dinyatakan di atas.
23
Namun, sehingga ke tarikh Pernyataan Tuntutan ini, Defendan telah gagal, cuai dan/atau enggan membayar Hutang Tertunggak tersebut.
24
Oleh yang demikian, Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah melanggar dan memungkiri Pinjaman tersebut. Plaintif telah mengalami kerugian dan merupakan pihak yang terjejas berikutan kemungkiran Defendan terhadap terma Pinjaman tersebut.
23
Defendan memplidkan seperti yang berikut: a) Pembiayaan peribadi Defendan berjumlah RM200,000.00 (“Pinjaman”), telah diluluskan sepenuhnya oleh Malaysia Building Society Berhad (“MBSB”) pada 28.06.2012 dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM1,449.00 setiap bulan (“Bayaran Balik”). b) Bayaran Balik Pinjaman tersebut adalah melalui potongan gaji Biro Angkasa berkuat kuasa daripada bulan September 2012. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ c) Pemotongan gaji melalui Biro Angkasa bagi tujuan Bayaran Balik kepada MBSB telah dihentikan bermula dari bulan Julai 2016 berikutan Defendan yang telah diisytiharkan bankrap pada 22.09.2015. Tiada sebarang pembayaran dibuat kepada pihak MBSB oleh Defendan selepas dari bulan Julai 2016.
23
Defendan juga memplidkan seperti yang berikut: a) Defendan telah diisytiharkan muflis melalui kes kebankrapan no. 29NCC-712-11/2014 pada 22.09.2015 atas permohonan Hong Leong Islamic Bank Berhad. b) Sejak tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman pada 22.09.2015 tersebut, harta dan tanggungan Defendan telah ditadbir oleh Ketua Pengarah Insolvensi. c) Selain daripada Hong Leong Islamic Bank, pemiutang-pemiutang Defendan, di antara lainnya adalah pihak MBSB. d) Sejak bulan Oktober 2017 juga, Defendan telah membuat pembayaran amaun kebankrapan tersebut secara pemotongan ansuran bulanan kepada Ketua Pengarah Insolvensi melalui Bank Muamalat (M) Berhad selaras dengan maklumat yang diterima dari Jabatan Insolvensi. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ e) Defendan telah memperoleh Pelepasan Kebankrapan Melalui Mahkamah yang berkuat kuasa pada 19.12.2019. f) Pada sekitar tahun 2022, Defendan telah menerima beberapa siri panggilan telefon daripada pihak Plaintif dan/atau ejen-ejennya yang telah menuntut supaya Defendan membuat pembayaran hutang MBSB tersebut kerana kononnya masih terhutang sejak bulan Julai 2016. g) Pada tarikh 6.12.2022, Defendan telah menghubungi pihak MBSB untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan berkenaan isu ini dan Defendan telah menerima email daripada pihak MBSB bertarikh 15.12.2022 yang memberikan maklumat-maklumat berikut: i) Pembiayaan peribadi Defendan berjumlah RM200,000.00, telah diluluskan sepenuhnya pada 28.06.2012 dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,449.00 setiap bulan. ii) Bayaran pembiayaan tersebut adalah melalui potongan gaji Biro Angkasa berkuat kuasa daripada bulan September 2012. iii) Apabila pihak MBSB tidak lagi menerima potongan gaji bermula dari bulan Julai 2016 dari Biro Angkasa S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ maka akaun Defendan telah mempunyai tunggakan sejak bulan Julai 2016. iv) Pada tahun 2017, pihak MBSB bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan namun tidak dapat berbuat sedemikian kerana Defendan telah diisytiharkan bankrap pada 22.09.2015. v) Pihak MBSB telah memfailkan Bukti Keberhutangan ke Jabatan Insolvensi Negeri (Cawangan Terengganu) pada 28.09.2017. vi) Pihak MBSB telah menyerahkan akaun Defendan sepenuhnya kepada Plaintif dan apa sahaja rundingan hendaklah dibuat melalui dan kepada pihak Plaintif. h) Dari tahun 2022 sehingga tarikh Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut difailkan, pihak Plaintif dan/atau ejen-ejennya terus menerus menghubungi dan mengganggu Defendan melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp dengan dakwaan bahawa Defendan masih berhutang dan gagal membayar hutang MBSB dari bulan julai 2016 dan/atau Plaintif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ i) Bukan itu sahaja, pihak Plaintif dan/atau ejen-ejennya telah menghubungi sekolah tempat Defendan bekerja untuk menuntut dakwaan hutang MBSB dari bulan Julai 2016 tersebut dan dengan tujuan untuk memalukan Defendan dan memberikan tekanan kepada Defendan untuk membuat pembayaran. j) Selain daripada itu, pihak Plaintif dan/atau ejen-ejennya juga telah memaklumkan kepada Defendan bahawa satu tindakan saman telah difailkan ke atas Defendan dengan memberikan kepada Defendan sesalinan Writ Saman dengan tujuan untuk menakut-nakutkan Defendan dan memberikan tekanan agar Defendan membuat pembayaran. k) Defendan juga telah diserahkan oleh pihak Plaintif dan/atau peguamnya dengan satu Penghakiman Ingkar yang kononnya telah direkodkan ke atas Defendan dan tindakan perlaksanaan akan diambil ke atas Defendan dan aset Defendan akan dilelong melainkan Defendan bersetuju untuk berbincang secepat mungkin. l) Defendan turut memaklumkan perkara ini ke Jabatan Insolvensi berkenaan dengan tindakan-tindakan Plaintif yang menuntut dakwaan keberhutangan Defendan dengan MBSB. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ m) Defendan telah dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat am pemiutang di Jabatan Insolvensi pada tarikh 14.08.2023 melalui satu Notis Kepada Si Berhutang Supaya Menghadiri Mesyuarat Am Pemiutang bertarikh 17.05.2023 kerana MBSB selaku pemiutang yang telah memfailkan Bukti Keberhutangan telah memohon agar mesyuarat tersebut diadakan. n) Namun tiada sebarang kata putus yang diperoleh melalui mesyuarat tersebut berkenaan dengan tindakan Plaintif yang terus menerus mengganggu Defendan dan terus-menerus membuat tuntutan dakwaan hutang MBSB dari bulan Julai 2016 tersebut. o) Sepanjang tempoh kebankrapan Defendan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Insolvensi dan Defendan percaya bahawa Ketua Pengarah Insolvensi telah mentadbir harta-harta Defendan dengan wajar dan adil. p) Defendan juga percaya bahawa perlepasan kebankrapan Defendan telah diperoleh dengan teratur selaras dengan peruntukan undang-undang. Mahkamah dan pihak Jabatan Insolvensi telah membuat penilaian dan pertimbangan sewajarnya berkenaan tempoh masa kebankrapan Defendan dan sumbangan-sumbangan pembayaran yang S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ telah Defendan buat terhadap amaun kebankrapan tersebut sebelum pelepasan tersebut diberikan. q) Pertimbangan-pertimbangan ini termasuklah Hutang MBSB dan/atau apa-apa hutang daripada pemiutang-pemiutang yang lain sewaktu dalam tempoh Defendan dibankrapkan.
24
Sebagai jawapan lanjut terhadap Pernyataan Tuntutan Plaintif, Defendan memplidkan bahawa pihak MBSB telah memfailkan Bukti Keberhutangan di Jabatan Insolvensi di mana keberhutangan tersebut telah diambil kira oleh pihak Jabatan Insolvensi dalam urusan mentadbir harta Defendan sewaktu dalam tempoh kebankrapan.
25
Pihak MBSB atau pihak Plaintif tidak mengemukakan bantahan terhadap perlepasan kebankrapan Defendan, maka pihak Plaintif sudah tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah ke atas Defendan untuk menuntut hutang MBSB yang sama.
26
Defendan memplidkan bahawa tindakan Plaintif memfailkan tindakan ini selepas Defendan mendapat pelepasan kebankrapan adalah percubaan untuk memperoleh “second bite of the cherry”.
27
Tindakan ini difailkan semata-mata untuk memberikan tekanan terhadap Defendan selepas percubaan-percubaan menuntut S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ bayaran daripada Defendan melalui cara-cara yang tidak beretika, tidak berjaya.
28
Ini termasuklah menghantar notis melalui peguam cara Plaintif yang mendakwa bahawa satu Penghakiman Ingkar telah direkodkan ke atas Defendan yang mana ia adalah jelas satu penipuan.
29
Defendan seterusnya memplidkan bahawa apabila MBSB telah memfailkan Bukti Keberhutangan terhadap Defendan pada tarikh 28.9.2017 maka ini bermakna tuntutan berkenaan hutang Defendan dengan MBSB telah diterima dan telah diselaraskan melalui Jabatan Insolvensi.
30
Writ Saman tersebut dan Pernyataan Tuntutan tersebut secara jelas dan zahirnya adalah suatu tindakan yang baru bagi tujuan untuk menuntut hutang yang sama sebanyak dua kali.
31
Defendan memplidkan bahawa apabila MBSB telah memfailkan Bukti Keberhutangan dengan Jabatan Insolvensi, segala pembayaran yang telah dilakukan oleh Defendan bagi maksud untuk mendapatkan pelepasan kebankrapan tersebut telah diuruskan oleh Jabatan Insolvensi.
32
Ini termasuklah pembayaran kepada pemiutang-pemiutang yang lain termasuk MBSB dan/atau Plaintif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
33
Tindakan Plaintif memfailkan tuntutan baru terhadap Defendan melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah satu tindakan pengkayaan yang tidak sah, di mana Plaintif cuba mengaut kekayaan berganda secara tidak sah melalui tindakan sebanyak dua kali.
34
Defendan turut memplidkan bahawa Bayaran Balik melalui potongan gaji kepada pihak MBSB melalui Biro Angkasa tidak lagi diterima bermula dari bulan Julai 2016.
35
Bahkan pihak MBSB juga telah mengakui bahawa pihak MBSB bercadang untuk memfailkan tindakan saman ke atas Defendan seawal tahun 2017 namun tidak berbuat sedemikian ekoran daripada kebankrapan Defendan dari tahun 2015.
36
Oleh dengan itu, Defendan memplidkan bahawa tindakan Plaintif untuk menuntut hutang yang tertunggak dari bulan Julai 2016 adalah di luar tempoh masa.
37
Defendan juga memplidkan bahawa melainkan dihubungi melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp, Defendan tidak pernah menerima sebarang Notis Penamatan atau apa-apa Notis Tuntutan dari Plaintif selaras dengan Perjanjian pembiayaan antara pihak MBSB dengan Defendan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
38
Tuntutan Balas Defendan Defendan memohon untuk relif-relif berikut: i) Ganti rugi Am yang akan ditaksir oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk fitnah; ii) Ganti rugi Am yang akan ditaksir oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk gangguan dan dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi; iii) Ganti rugi Teladan sebanyak RM100,000.00; iv) Ganti rugi Teruk sebanyak RM100,000.00; v) Faedah sebanyak 5% setahun ke atas amaun ganti rugi Am, Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Teruk secara keseluruhan daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh amaun-amaun ganti rugi tersebut. vi) Kos; dan vii) Lain-lain relif yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
39
Defendan memplidkan bahawa pada tarikh 1.3.2023, Plaintif dan/atau ejen-ejennya telah menghantar satu email ke alamat tea6090@moe.edu.my yang merupakan email rasmi Sekolah Menengah Sains Setiu iaitu tempat Defendan bekerja.
40
Defendan memplidkan bahawa kandungan email tersebut adalah fitnah atau boleh difahami sebagai fitnah terhadap Defendan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ Kenyataan fitnah di dalam email tersebut adalah seperti yang berikut: “Mohon ambil maklum berkenaan perkara ini, sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang bayaran setelah beberapa kali tuntutan dibuat. Sila jelaskan bayaran penuh sejumlah RM208,29.63 selewat-lewatnya sehingga atau pada 7/3/2023. Pihak kami tidak teragak-agak untuk menjalankan lawatan ke alamat berikut bagi proses tuntutan bayaran penuh (tanpa diskaun)
1
SEKOLAH MENENGAH SAINS SETIU AIR SEJUK, BANDAR PERMAISURI, 22100, SETIU, Terengganu 2. LOT 2194 KAMPUNG GONG KEPAS DALAM 22000, BESUT,Terengganu 3. PT2191 TAMAN IZZATI, KAMPUNG ALUR LINTANG, 22200, BESUT,TERENGGANU Dinasihatkan pembayaran perlu dilakukan melalui pembiayaan lain (overlap) bagi tujuan untuk menyelesaikan baki hutang yang tertangguh yang boleh menyebabkan tindakan selanjutnya berkuat kuasa serta merta.”
41
Defendan memplidkan bahawa kenyataan di dalam email tersebut adalah tidak benar dan palsu, telah dibuat oleh Plaintif dan/atau ejen-ejennya dengan merujuk kepada Defendan dan telah disebarkan kepada pihak ketiga. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
42
Defendan menyatakan bahawa kenyataan di dalam email tersebut, di dalam maksud asal dan biasa (“natural and ordinary meaning”) bermaksud dan boleh difahami sebagai bermaksud seperti berikut: a) Defendan mempunyai hutang; b) Defendan berhutang dengan Plaintif untuk satu jumlah sebanyak RM208,29.63. c) Defendan gagal membuat pembayaran hutang untuk jumlah yang dinyatakan tersebut. d) Defendan adalah seorang yang tidak jujur dan enggan serta culas membayar hutang.
43
Disebabkan oleh penerbitan dan pengedaran kenyataan di dalam email tersebut kepada pihak majikan Defendan, Defendan telah mengalami kesan seperti yang berikut: a) Malu dan diaibkan; b) Mengalami tekanan emosi; c) Reputasi dan nama tercalar teruk; d) Tidak dapat menjalani kehidupan yang normal termasuklah di tempat kerja; dan e) Sukar untuk menjalankan tugas dengan sempurna kerana aib, malu dan tertekan.
44
Kenyataan di dalam email tersebut telah memberi kesan teruk dan telah menimbulkan persepsi negatif di tempat Defendan bekerja. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
45
Defendan seterusnya memplidkan bahawa Plaintif dan/atau ejen-ejennya telah melakukan gangguan (“harassment”) dan dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi (“intentionally causing emotional distress and/or nervous shock”) terhadap Defendan dengan menghantar email bertarikh 1.3.2023 ke tempat kerja Defendan.
46
Bukan itu sahaja, Plaintif dan/atau ejen-ejennya telah menghantar makluman melalui platform WhatsApp kononnya bahawa satu writ saman telah difailkan terhadap Defendan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dalam makluman WhatsApp tersebut turut disertakan sesalinan Writ Saman tanpa meterai Mahkamah dan tarikh.
47
Plaintif dan/atau ejen-ejennya juga telah menghantar makluman melalui platform WhatsApp bersama dengan satu dokumen yang dinamakan ‘Notis Perlaksanaan’ bertarikh 9.11.2022 daripada peguam cara Plaintif, kononnya terdapat satu Penghakiman Ingkar telah direkodkan ke atas Defendan dan telah mengancam untuk meneruskan tindakan perlaksanaan melalui prosiding saman penghutang penghakiman dan writ penyitaan dan penjualan dalam masa 14 hari daripada tarikh penerimaan notis tersebut.
48
Defendan memplidkan bahawa pada semua masa yang material, tidak pernah terdapat apa-apa penghakiman ingkar yang direkodkan oleh Plaintif ke atas Defendan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
49
Defendan memplidkan bahawa disebabkan oleh mesej-mesej WhatsApp, Writ Saman palsu dan makluman berkenaan Penghakiman Ingkar secara penipuan ini, Defendan telah mengalami keadaan-keadaan berikut: a) Tekanan perasaan dan emosi; b) Sentiasa keresahan (“anxiety”); c) Kegentaran (“nervous shock”); d) Tidak dapat menjalani kehidupan yang normal kerana sentiasa diselubungi kerisauan harta benda Defendan akan disita dan dilelong. e) Ketakutan; dan f) Tertekan (“oppressed”). JAWAPAN PLAINTIF DAN PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN
50
Plaintif menyatakan bahawa: a) “NPF Debt Sale Agreement” dan Permohonan Perintah Letak Hak bertarikh 14.08.2019 adalah di antara Plaintif dan MBSB; b) Perintah Letak Hak adalah suatu perintah yang memberikan hak kepada Plaintif sebagai pemilik akaun hutang Defendan daripada MBSB; c) Oleh itu, dalam apa jua keadaan, Plaintif mempunyai hak ke atas jumlah hutang yang tertunggak oleh Defendan berdasarkan Perintah Letak Hak tersebut; dan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ d) Adalah tidak menjadi suatu tanggungjawab Plaintif untuk memaklumkan Defendan berkenaan permohonan dan/atau perjanjian yang dimasuki oleh Plaintif dan MBSB. Pada masa material, MBSB telah memaklumkan Defendan melalui surat tentang notis pemindahan hutang tersebut. Plaintif akan mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan semasa perbicaraan kelak.
51
Plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pemotongan ansuran bulanan yang dibuat kepada Biro Angkasa dan/atau Ketua Pengarah Insolvensi. Dalam hal ini, Plaintif menegaskan bahawa Defendan diletakkan beban pembuktian yang kukuh untuk membuktikan: a) Hutang Defendan terhadap Plaintif telah dilunaskan secara keseluruhan melalui pemotongan ansuran bulanan tersebut; dan b) Fakta yang tepat berkenaan pembayaran hutang secara pemotongan ansuran bulanan tersebut.
52
Plaintif menyatakan bahawa: a) Plaintif tidak mempunyai pengetahuan mengenai status muflis Defendan dan segala urusan dan/atau transaksi antara Defendan dengan Ketua Pengarah Insolvensi; S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ b) Tiada sebarang perintah Mahkamah yang dikemukakan oleh Defendan dalam Afidavit bagi menyokong Notis Permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif berkaitan pelepasan kebankrapan yang berkuat kuasa pada 19.12.2019; c) Perintah Mahkamah tersebut adalah mustahak bagi menentukan status pelepasan kebankrapan oleh Defendan, antara lainnya, sama ada pelepasan tersebut adalah suatu pelepasan bersyarat atau pelepasan disebabkan segala hutang Defendan telah pun dilunaskan.
53
Defendan adalah diestop daripada mengelirukan Mahkamah yang Mulia ini kerana kebankrapan Defendan pada tahun 2015 adalah tidak bercanggah dengan tindakan Plaintif untuk menuntut hutang tertunggak.
54
Dalam apa jua keadaan, pelepasan status kebankrapan oleh Defendan tidak bermakna bahawa segala hutang Defendan yang tertunggak telah terhapus secara automatik.
55
Pelepasan kebankrapan Defendan hanya menggugurkan status “Bankrap” terhadap Defendan tetapi hutang yang tertunggak kepada Plaintif masih perlu dilunaskan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
56
Plaintif mempunyai hak ke atas akaun Defendan setelah Perintah Letak Hak yang berkuat kuasa pada 14.08.2019. Dalam apa jua keadaan, Defendan tidak boleh menafikan bahawa Defendan mempunyai jumlah hutang yang tertunggak sejumlah RM208,290.83 kepada Plaintif dan pada setiap masa material, Plaintif mempunyai hak ke atas jumlah hutang yang tertunggak tersebut.
57
Plaintif telah bertindak menghubungi Defendan bagi menuntut pembayaran jumlah hutang tertunggak. Perkara ini selari dengan hak yang dimiliki oleh Plaintif melalui Perintah Letak Hak tersebut.
58
Pada masa material, Defendan enggan memberikan kerjasama kepada Plaintif untuk pihak-pihak mendapatkan persetujuan berkenaan jumlah hutang Defendan yang tertunggak.
59
Dalam apa jua keadaan, Plaintif telah sedaya upaya berbincang dengan Defendan berkenaan penyelesaian hutang tertunggak tersebut tetapi tidak menemui penyelesaian.
60
Berikutan siri kegagalan rundingan antara Plaintif dan Defendan, maka Plaintif telah memfailkan tindakan ini.
61
Plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan Mesyuarat Am Pemiutang dengan pihak Jabatan Insolvensi pada 14.08.2024. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
62
Dalam hal ini, Plaintif menyatakan bahawa: i) Notis Jabatan Insolvensi berkenaan Mesyuarat Am Pemiutang yang dilampirkan dalam Afidavit bagi Lampiran 5 tidak diserahkan dan/atau disampaikan kepada pihak Plaintif. ii) Dalam apa jua keadaan, Defendan seharusnya berhubung dengan Plaintif bagi membincangkan berkenaan hutang Defendan yang tertunggak; dan iii) Adalah tidak patut, Defendan meneruskan mesyuarat dengan pihak Jabatan Insolvensi tanpa berterus terang bahawa Plaintif adalah pemilik hutangnya sedangkan pada masa tersebut, Defendan telah pun mempunyai pengetahuan tentang hal tersebut melalui emel pihak MBSB dan juga siri perbincangan dengan pihak Plaintif.
63
Plaintif menyatakan bahawa segala dokumen mengenai Hutang Tertunggak Defendan berada dalam rekod Plaintif.
64
Segala usaha Plaintif untuk mengingatkan Defendan mengenai Hutang Tertunggak dan/atau berhubung dengan Defendan adalah disokong oleh bukti-bukti yang Plaintif akan kemukakan semasa perbicaraan kelak.
65
Defendan diletakkan beban pembuktian yang kukuh untuk membuktikan bahawa Bukti Keberhutangan sememangnya dan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ sebagai fakta (“as a matter of fact”), telah dipertimbangkan oleh Jabatan Insolvensi di dalam urusan mentadbir harta Defendan sewaktu dalam tempoh kebankrapan.
66
Dalam hal ini, Plaintif menyatakan bahawa: a) Kausa tindakan Plaintif adalah jelas serta telah diplidkan dengan terang bahawa Plaintif kini menuntut Defendan untuk melunaskan pembayaran hutang yang tertunggak menurut hak yang dimiliki oleh Plaintif dalam Perintah Letak Hak tersebut; b) Defendan adalah dihalang (“diestop”) untuk mengelirukan Mahkamah yang Mulia dengan menyatakan bahawa pelepasan status kebankrapan Defendan telah menyebabkan Plaintif sudah tidak mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan; c) Persoalan dan/atau isu yang perlu dijawab oleh Defendan ialah adakah dengan pelepasan status kebankrapan tersebut telah melangsaikan segala jumlah hutang tertunggak Defendan kepada Plaintif; d) Tiada bantahan terhadap pelepasan Defendan daripada bankrap tidak bermakna hutang Defendan telah pun selesai dengan Plaintif; dan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ e) Defendan masih mempunyai tanggungjawab untuk melunaskan hutang tersebut kepada Plaintif sekiranya keseluruhan hutang tersebut belum dilunaskan melalui pembayaran dividen oleh Jabatan Insolvensi.
67
Plaintif menegaskan bahawa: a) Defendan gagal memperincikan fakta bahawa hutang Defendan telah selesai sepenuhnya melalui Jabatan Insolvensi sebelum menuduh Plaintif sedang mencuba untuk memperoleh keuntungan berganda dan/atau second bite of the cherry; b) Pemfailan tindakan ini adalah dibuat menurut lunas undang-undang dan bukannya bersifat tidak beretika seperti yang didakwa oleh Defendan; dan c) Dalam apa jua keadaan, Plaintif tidak akan meneruskan untuk memfailkan tindakan ini sekiranya Defendan memberikan kerjasama untuk mencapai persetujuan berkenaan terma-terma pembayaran hutang Defendan sendiri.
68
Plaintif dengan ini menyatakan bahawa: a) Isu pemfailan Bukti Keberhutangan oleh MBSB adalah tidak relevan dengan tindakan ini; S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ b) Isu pokoknya (yang gagal dan/atau elak dijawab oleh Defendan) adalah adakah Defendan mempunyai beban bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa hutang Defendan terhadap Plaintif telah pun dilunaskan sepenuhnya; dan c) Segala butiran mengenai jumlah terhutang Defendan telah dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan berserta nombor akaun pinjaman oleh Defendan. Defendan yang telah gagal untuk membuktikan sebaliknya (sama ada melalui Afidavit bagi
Lampiran
Lampiran 5 ataupun Pembelaan dan Tuntutan Balas) iaitu Defendan sudah tidak berhutang dengan Plaintif. 69. Plaintif menegaskan bahawa: a) Plaintif mempunyai hak ke atas hutang Defendan bermula pada 15.01.2018 yang telah disahkan melalui Perintah Letak hak pada 14.08.2019; b) Pada masa material, Defendan masih bankrap dan hanya mendapat pelepasan kebankrapan pada 19.12.2019. Dalam hal ini, tindakan Plaintif ini masih belum terhalang oleh had masa; dan c) Dalam apa jua keadaan, Plaintif sentiasa berhubung dengan Defendan berkenaan penyelesaian hutang Defendan namun gagal mendapat kerjasama daripada Defendan sehingga Plaintif memutuskan untuk memulakan tindakan ini. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 70. PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN BALAS Dalam hal ini, Plaintif memplidkan bahawa: a) Adalah tidak munasabah bagi Defendan untuk menganggap kandungan emel tersebut sebagai suatu “fitnah” memandangkan isu pokok yang melibatkan hutang tertunggak sejumlah RM RM208,290.83 masih belum diputuskan oleh Mahkamah yang Mulia ini; b) Plaintif juga merizabkan segala haknya untuk mengemukakan rekod-rekod komunikasi antara ejen Plaintif dan Defendan yang menunjukkan hasrat Defendan untuk menyelesaikan hutang tertunggak tersebut; dan c) Dalam hal ini, adalah tidak munasabah dan masuk akal bagi Defendan untuk memplidkan bahawa emel tersebut adalah fitnah atau palsu kerana terdapat siri perbincangan antara ejen Plaintif dan Defendan berkenaan penyelesaian hutang tertunggak tersebut. 71. Dengan ini, Plaintif memplidkan bahawa: a) Kesan-kesan dan interpretasi daripada emel tersebut adalah anggapan semata-mata Defendan; dan b) Plaintif hanya melaksanakan haknya yang diberikan oleh Perintah Letak hak tersebut untuk menuntut hutang tertunggak S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ tersebut dan tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Defendan. 72. Plaintif menyatakan bahawa dakwaan Defendan adalah bersifat anggapan dan tidak berasas. Plaintif menegaskan bahawa segala keadaan-keadaan yang didakwa telah dialami oleh Defendan adalah tidak berasas dan merupakan anggapan semata-mata. Defendan adalah diestop untuk mengelirukan Mahkamah dengan dakwaan bahawa tindakan ejen Plaintif telah menyebabkan tekanan emosi Defendan dan merupakan gangguan bagi tujuan memperdayakan Mahkamah yang Mulia ini serta mengaburkan persoalan pokok tindakan ini, iaitu sama ada hutang Defendan terhadap Plaintif telah dilunaskan secara keseluruhan. JAWAPAN DEFENDAN KEPADA PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN BALAS 73. Defendan mengulangi pengataan-pengataannya di dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas. 74. FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI Pihak-pihak hanya bersetuju dengan fakta berikut: a) Defendan adalah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai alamat terkini yang diketahui di Lot 2194 Kampong Gong Kepas Dalam, 22000 Besut,Terengganu. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ b) Malaysia Building Society Berhad (“MBSB”) (No. Pendaftaran Syarikat:197001000172 / 9417-K) adalah sebuah syarikat senaraian awam yang ditakrifkan sebagai Institusi Berjadual yang dikecualikan daripada memperoleh lesen daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan kewangan yang kini mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 11, Wisma MBSB, 48 Jalan Dungun, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. c) Plaintif telah menghantar emel ke tempat bekerja Defendan. 75. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN Terdapat enam isu yang hendak dibicarakan iaitu: i) Sama ada Defendan telah memasuki perjanjian dengan Plaintif melalui Perintah Letak Hak bertarikh 14.08.2019. ii) Sama ada Defendan berhutang sejumlah RM208,290.83 kepada Plaintif. iii) Sama ada kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan adalah sah dan tindakan ini terhadap Defendan adalah menurut lunas undang-undang yang mantap. iv) Sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah terhalang oleh had masa. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ v) Sama ada tindakan-tindakan Plaintif dan/atau wakilnya di dalam membuat tuntutan sebelum pemfailan Writ boleh dianggap sebagai fitnah, gangguan dan/atau dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi. 76. HUJAHAN PLAINTIF Perbicaraan penuh telah berlangsung pada 19 Januari 2025 dan 25 Februari 2025. 77. Berdasarkan perjanjian “NPF Debt Sale Agreement” bertarikh 15.01.2018 (“perjanjian jual beli”) antara Plaintif dan MBSB, pihak-pihak telah mendapatkan suatu Perintah Letak hak daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana semua hak-hak, faedah, kausa dan kepentingan sedia ada MBSB di bawah NPF Debt termasuk akaun Defendan telah dipindah milik dan diletak hak kepada Plaintif. 78. Tindakan Plaintif adalah sah dan kukuh Pada setiap masa material, MBSB telah memaklumkan Defendan, melalui suatu Notis Pemindahan Hutang, bahawa akaun / hutang tertunggak Defendan kini dipindah milik dan diletak hak kepada Plaintif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 79. Seterusnya, Plaintif telah cuba untuk berkomunikasi dengan Defendan melalui beberapa siri komunikasi. 80. Namun begitu, Defendan masih telah gagal dalam melunaskan hutang tertunggak tersebut. 81. Maka, Plaintif telah memfailkan Guaman ini untuk menuntut hutang tertunggak tersebut. 82. Plaintif seterusnya merujuk kepada S. 104 (2) Akta Perkhidmatan Kewangan (“FSA”) 2013 dan berhujah bahawa Defendan adalah terikat kepada Perintah Letak Hak antara Plaintif dan MBSB:- “(2) Where the order for confirmation of the High Court under subsection 102(3) provides for the transfer of any business, including assets and liabilities, vested in or held by the transferor, either alone or jointly with any other person, then,by virtue of the order, that business, including assets and liabilities, shall, on and from the transfer date,become vested in or held by the transferee either alone or, as the case may be, jointly with such other person, and the order shall have effect according to its terms notwithstanding anything in any law and shall be binding on all persons affected by it, regardless that the person is not a party to the proceedings under this Division or any other S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ related proceedings, or had no notice of the proceedings under this Division or of other related proceedings.” 83. Maka, berdasarkan Perintah Letak Hak serta Notis Pemindahan Hutang yang memberi efek kepada peletakan hak, adalah jelas bahawa Plaintif merupakan pemilik akaun Defendan dan Defendan mempunyai hutang tertunggak sejumlah RM208,290.83 yang masih belum dilunaskan kepada Plaintif. 84. Adalah penting untuk ditegaskan bahawa Perintah Letak Hak tersebut adalah sah dan berkuat kuasa selagi mana tiada perintah lain yang mengetepikannya. Dalam hal ini, Plaintif merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Golden Star & Ors v Ling Peek Hoe [2021] 2 MLJ 259, di mana HMP Hasnah Hashim telah memutuskan pada perenggan 57 seperti berikut:- “Obedience to court order. It is established law that a person against whom an order of court has been issued is duty bound to obey that order until it is set aside. It is not open for him to decide for himself whether the order was wrongly issued and therefore does not require obedience. His duty is one of obedience until such time as the order may be set aside or varied. Any person who fails to obey S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ an order of court runs the risk of being held in contempt with all its attendant consequences.” 85. Setakat yang berkaitan dengan Perintah Letak Hak, HMP Peh Swee Chin mengambil kedudukan yang sama dalam kes Badiaddin Bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393:- “Once perfected, a judgment of the High Court is also entitled to the obedience and respect from the parties to it on the basis of a command from a superior court of unlimited civil jurisdiction in the course of contentious litigation... It is also long established that one can apply to set aside an order of a superior court only in direct proceedings filed for the very purpose of having it set aside on valid grounds, but without doing so, one cannot attack its invalidity laterally by raising an objection to its invalidity in any other proceedings, without filing proceedings for applying to have it set aside first.” 86. Justeru, Plaintif turut berhujah bahawa, hakikat yang tidak boleh dipertikaikan adalah Defendan telah gagal membayar hutang tertunggak tersebut setelah akaun Defendan diletak hak kepada Plaintif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 87. Lebih memudaratkan lagi, Defendan telah secara nyata mengakui bahawa dia sememangnya mempunyai hutang tertunggak yang belum dilunaskan dalam perbualan WhatsApp antara Defendan dan ejen Plaintif, di mana Defendan telah berulang kali menyatakan pada 10.11.2022, 11.11.2022 dan 26.11.2022 bahawa Defendan memerlukan masa untuk mengumpul wang. 88. Defendan telah mengesahkan nombor telefon yang digunakan dalam perbualan dengan ejen Plaintif adalah nombornya. 89. Maka, tidak wujudnya sebarang alasan munasabah bagi Defendan untuk mendakwa tidak mengetahui kandungan perbualan tersebut. Plaintif berhujah bahawa ia adalah jelas bahawa Defendan sememangnya menyedari akan hutang tertunggak tersebut tetapi enggan membuat sebarang bayaran. 90. Plaintif seterusnya berhujah bahawa adalah tidak munasabah bagi Defendan untuk menafikan hak Plaintif untuk memulakan Guaman ini dengan menyatakan bahawa Guaman ini merupakan “second bite of the cherry” kerana Defendan tidak pernah memfailkan sebarang permohonan untuk mengetepikan Perintah Letak Hak tersebut yang secara muktamad memberikan hak kepada Plaintif sebagai pemilik akaun Defendan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 91. Plaintif mempunyai hak ke atas akaun Defendan dan kausa tindakan Plaintif dalam Guaman ini adalah sah serta selaras dengan lunas undang-undang sedia ada berdasarkan S. 104 (2) FSA 2013. Dalam nada yang sama, Mahkamah yang Mulia ini tidak boleh mempertikaikan hak Plaintif berdasarkan Perintah Letak Hak tersebut, apatah lagi apabila tiada sebarang langkah telah diambil oleh Defendan untuk mengetepikan Perintah Letak Hak tersebut. 92. Tindakan Plaintif Tidak Melepasi Had Masa Plaintif menghujahkan kausa tindakan hanya bermula pada 14.8.2019 iaitu tarikh Perintah Letak hak tersebut diberikan oleh Mahkamah. Hal ini demikian kerana ia adalah mustahil bagi Plaintif untuk menuntut hutang yang Plaintif tiada hak dan juga di luar pengetahuan Plaintif sebelum Perintah Letak Hak tersebut diberikan. 93. Dalam hal ini, Plaintif merujuk kepada Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd v Prema Bonanza Sdn Bhd & Other Appeals [2024] 8 CLJ 519, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:- “[96] ...In respect of limitation we are of the view that based on the law on limitation it is clear that time begins to run at the earliest point of time the claimants, Obata and Vignesh could commence action.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 94. Plaintif juga merujuk kepada kes Malayan Banking Berhad (formerly known as Mayban Finance Bhd) v Boo Hock Soon @ Boo Choo Soon [2013] 2 MLJ 843, di mana HMR Abdul Malik Ishak memutuskan bahawa:- “[20] ... It was argued by the defendant guarantor that the suit filed by the plaintiff bank is time barred by reason of the fact that the breach by the borrower had occurred as early as July 2000 and that the six years time period had expired in 2006. And since the present suit commenced by the plaintiff bank was only filed in 2008, limitation had set in. But the cause of action of the plaintiff bank only begun when the second notice of demand was issued against the defendant guarantor and that would be 21 October 2008.In short, the accrual of the cause of action is calculated from 21October 2008 and not from the date of the breach by the borrower which was sometime in early July 2000.” 95. Plaintif berhujah bahawa pemeteraian perjanjian jual beli serta Perintah Letak Hak tersebut adalah satu faktor penting untuk diambil kira dalam menentukan sejak bila kausa tindakan bagi Guaman ini terakru. 96. Hal ini demikian kerana ia adalah mustahil bagi Plaintif untuk menuntut hutang yang Plaintif tiada hak dan juga di luar pengetahuan Plaintif sebelum Perintah Letak Hak antara Plaintif dan MBSB dikuatkuasakan berdasarkan perjanjian jual beli tersebut. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 97. Maka, menurut Perintah Letak Hak tersebut, Plaintif mempunyai kausa tindakan yang sah dan munasabah untuk memulakan Guaman ini terhadap Defendan. 98. Susulan daripada itu, Guaman ini telah difailkan dalam had masa yang ditetapkan oleh Akta Had Masa 1953. 99. Sekiranya hujahan-hujahan di atas tidak meyakinkan (“move”) Mahkamah Yang Mulia ini, Plaintif selanjutnya berhujah bahawa mesej-mesej Defendan yang menyatakan dia memerlukan masa untuk mengumpul wang serta pengakuan Defendan semasa perbicaraan merupakan pengakuan terhadap hutang (“pengakuan Defendan”) yang masih tertunggak. 100. Pengakuan Defendan tersebut secara langsung menunjukkan bahawa Defendan mengiktiraf kewujudan liabiliti ke atas hutang tersebut. 101. Oleh yang demikian, Guaman ini tidak dihalang oleh had masa, memandangkan siri pengakuan Defendan sendiri membuktikan kewujudan hutang yang masih belum diselesaikan. 102. Tambahan pula, pengakuan Defendan tersebut merupakan suatu pengakruan kausa tindakan yang baharu (“fresh accrual of cause of action”) terhadap Defendan sepertimana yang diperuntukkan dalam S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ Seksyen 26 (2) dan 27 Akta Had Masa 1953, yang secara jelas memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat suatu pengakuan atau pembayaran berhubung sesuatu hutang, maka suatu kausa tindakan baharu akan timbul, di mana had masa untuk tindakan undang-undang dikira semula daripada tarikh pengakuan atau pembayaran tersebut dibuat. 103. Plaintif merujuk kepada Wee Tiang Teng v Ong Chong Hooi & Anor [1978] 2 MLJ 54 di mana Suffian LP telah memutuskan bahawa:- “A person may acknowledge that a claim has been made against him without acknowledging any indebtedness. It is clear that what the Limitation Act, 1939, means is ‘acknowledges the debtor other liquidated amount’, ... there must be an admission that there is a debt or other liquidated amount outstanding and unpaid. Even though the debtor says in the same writing that he will never pay it, nevertheless it is a good acknowledgment. In order to be an acknowledgment, however, the debt must be quantified in figures, or, at all events, it must be liquidated in this sense that it is capable of ascertainment by calculation, or by extrinsic evidence, without further agreement of the parties... No doubt a promise in writing by a debtor to pay whatever sum is found due on taking an account is a good acknowledgment today… provided always that the amount is a mere matter of calculation from vouchers, or can be ascertained by extrinsic S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ evidence, and is not dependent on the further agreement of the debtor.” 104. Adalah jelas bahawa ejen Plaintif telah pada, seawal 10.11.2022, memaklumkan Defendan mengenai hutang tertunggak Defendan dengan menghantar sesalinan Notis Pemindahan Hutang yang jelas menunjukkan bahawa akaun Defendan diletak hak kepada Plaintif dan Defendan masih berhutang RM208,290.83. 105. Pengakuan Defendan mengenai kewujudan hutang, tidak kira melalui mesej WhatsApp atau perbicaraan, merupakan tindakan-tindakan selaras dengan kehendak S. 27 Akta Had Masa 1953 untuk menjadikannya suatu pengakuan daripada Defendan. 106. Bahasa yang digunakan oleh Defendan dalam perbualan tersebut adalah jelas dan tidak membawa sebarang kekaburan. 107. Kenyataan-kenyataan tersebut secara nyata mencerminkan hasrat Defendan untuk berunding dan mendapatkan masa bagi melunaskan hutang tertunggak kepada Plaintif. 108. Oleh itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa wujud suatu pengakuan yang nyata oleh Defendan terhadap kewujudan hutang tertunggak, sekali gus membentuk satu pengakruan kausa tindakan yang baharu. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 109. Pelepasan bankrupsi Defendan tidak relevan Bukti-bukti yang dikemukakan oleh Defendan hanya menunjukkan bahawa Defendan telah dibankrapkan oleh HLIBB dan MBSB telah memfailkan Penyata Bukti Hutang (“POD”) atas kebankrapan Defendan. 110. Defendan telah gagal menunjukkan bahawa sebarang dividen telah dibayar oleh Jabatan Insolvensi (“MDI”) kepada Plaintif. 111. Lebih memudaratkan lagi, berdasarkan Laporan Ketua Pengarah Insolvensi dan Laporan Tambahan Ketua Pengarah Insolvensi untuk menyokong pelepasan Defendan daripada kebankrapan, adalah jelas bahawa MBSB dan/atau Plaintif tidak disenaraikan sebagai pemiutang. 112. Dalam nada yang sama, tiada pembayaran dividen telah dibuat kepada MBSB dan/atau Plaintif daripada MDI. 113. Fakta-fakta di atas telah dipersetujui oleh Defendan secara perbicaraan dan Defendan turut menyatakan bahawa hutang tertunggak tersebut tidak diselesaikan. 114. Selain itu, MDI tidak pernah mengeluarkan sebarang surat/dokumen/notis untuk memaklumkan MBSB dan/atau Plaintif S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ mengenai niat MDI untuk melepaskan Defendan daripada kebankrapan. 115. Maka, sebarang pelepasan yang diberikan kepada Defendan tidak boleh menjejaskan hak Plaintif untuk menuntut hutang tertunggak, terutamanya apabila Guaman ini adalah berasaskan hak yang diperoleh melalui Perintah Letak Hak yang sah dan tidak diketepikan. 116. Bukan itu sahaja, mesyuarat am yang diadakan oleh MDI pada 14.08.2023 mengenai keberhutangan hanya dimaklumkan kepada MBSB dan bukannya kepada Plaintif yang merupakan pemilik akaun Defendan. 117. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan di atas, Plaintif berhujah bahawa fakta bahawa tiada sebarang dividen telah dibayar kepada Plaintif hasil daripada prosiding kebankrapan Defendan memperkukuhkan lagi kedudukan Plaintif dalam Guaman ini. 118. Sekiranya Defendan dibenarkan untuk menggunakan status pelepasannya daripada kebankrapan sebagai asas untuk menolak tuntutan ini, ia adalah bercanggah dengan semangat dan asas undang-undang perbankan serta prinsip keadilan komersial. 119. Plaintif seterusnya berhujah bahawa sekiranya dakwaan Defendan sebegini dibenarkan oleh Mahkamah, ini akan mewujudkan suatu S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ “precedent” yang berbahaya dan bercanggah dengan kepentingan awam. 120. Sebagai analogi, membenarkan Defendan menggunakan pelepasan kebankrapan sebagai perisai tanpa membayar walau satu sen kepada Plaintif adalah seumpama memberikan lesen kepada individu untuk berhutang sesuka hati, diisytiharkan muflis, dan kemudiannya dilepaskan daripada segala hutang tanpa sebarang implikasi kewangan. 121. Plaintif berhujah bahawa adalah tidak wajar dan tidak sah di sisi undang-undang untuk menghalang Plaintif daripada menuntut semula hutang tertunggak tersebut semata-mata kerana Defendan telah dilepaskan daripada kebankrapan, sedangkan tiada sebarang pembayaran dividen pernah diterima oleh Plaintif daripada MDI. Balasan kepada Tuntutan Balas Defendan 122. Fitnah Alamat emel tersebut telah diberikan oleh pihak sekolah kepada ejen Plaintif dan bukannya bertujuan untuk memfitnah Defendan. 123. Sekiranya benar niat Plaintif adalah untuk memfitnah Defendan, sudah pasti Plaintif akan mengambil langkah-langkah yang lebih drastik. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 124. Yang paling penting sekali, tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah berdasarkan Perintah Letak Hak yang sah dan sehingga kini tidak dicabar dan/atau diketepikan. 125. Dalam hal ini, adalah jelas daripada Notis Pemindahan Hutang yang diisukan oleh MBSB bahawa akaun Defendan telah diletak hak kepada Plaintif dan akaun tersebut mempunyai hutang tertunggak sejumlah RM208,290.83. 126. Memandangkan Defendan turut telah mengakui kewujudan hutang tersebut, ia mesti bersusulan (“it must follow that”) dengan fakta bahawa Defendan sememangnya mempunyai hutang tertunggak yang masih belum dilunaskan. 127. Seterusnya, Defendan turut telah mengakui semasa perbicaraan bahawa kandungan emel yang disangkal tersebut yang menyatakan bahawa Plaintif tidak menerima sebarang bayaran daripada Defendan, adalah benar. 128. Memandangkan kandungan emel yang disangkal tersebut adalah benar, emel yang disangkal tersebut tidak boleh dikatakan sebagai suatu yang defamatori. 129. Plaintif merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan FITTERS Diversified Bhd & Ors v Mohd Roslan Mahayudin (sued as S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ Director, Enforcement Division) & Ors [2024] 3 MLJ 937, di mana HMR Mohd Nazlan memutuskan: “[32] For proper context, before we analyse whether the cause of action of defamation is made out we should in summary fashion state the key elements of the tort of defamation that must be proven by the appellants. The key elements of defamation are well-established. In order to prove a claim of libel in defamation, it is essential that the offending words not only bear defamatory imputation, but also that they identify the plaintiff as the person defamed and are published to a third party. It is for the plaintiff as the claimant, to prove these three elements in order to succeed in his defamation action. [33] All these were made abundantly plain in Ayob bin Saud v TS Sambanthamurthi [1989] 1 MLJ 315; [1989] 1 CLJ 152, where Mohamed Dzaiddin J (later Chief Justice) held that: In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and (3) the words were published.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 130. Defendan diletakkan beban pembuktian untuk membuktikan bahawa: - a) Kesemua pernyataan di dalam emel yang disangkal tersebut adalah defamatori; b) Kesemua pernyataan di dalam emel yang disangkal tersebut merujuk kepada Plaintif; DAN c) Kesemua pernyataan di dalam emel yang disangkal tersebut telah disiarkan. 131. Maka, Plaintif dengan rendah diri berhujah bahawa kesemua pernyataan di dalam emel yang disangkal tersebut tidak bersifat defamatori, dan lebih-lebih lagi tidak merupakan sejenis libel. 132. Defendan telah gagal membuktikan elemen libel untuk tuntutan libel berdasarkan FITTERS Diversified (Supra) pada mulanya. 133. Plaintif berhujah bahawa kesemua pernyataan di dalam emel yang disangkal tersebut, dalam makna semula jadi, tidak boleh dianggap bertujuan untuk menjatuhkan watak, peribadi dan/atau reputasi Defendan. 134. Yang pertama sekali, emel yang tersebut merupakan tuntutan Plaintif terhadap hutang tertunggak tersebut, di mana hak Plaintif adalah berdasarkan Perintah Letak Hak yang kekal sah sehingga kini. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 135. Dalam siri tuntutan serta komunikasi antara Plaintif dan Defendan, disebabkan Defendan gagal dihubungi maka, Plaintif sememangnya tidak mempunyai cara yang lain untuk menghubungi Defendan. 136. Secara hakikatnya, alamat emel tea6090@moe.edu.my telah diberikan oleh pihak sekolah kepada Plaintif untuk mengikuti prosedur pihak sekolah. 137. Selain itu, emel yang disangkal tersebut bersifat “tuntutan”, dan sumber kepada kesahihan tuntutan tersebut adalah suatu Perintah Letak Hak yang sah dan masih berkuat kuasa. 138. Maka, emel yang disangkal tersebut telah dihantar dengan pengetahuan terbaik Plaintif selaras dengan hak yang diperoleh melalui Perintah Letak Hak tersebut dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai sebentuk pertuduhan dan/atau dakwaan salah laku terhadap Defendan. 139. Plaintif berhujah bahawa kandungan emel yang disangkal tersebut adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan di atas, di mana emel yang disangkal tersebut tidak membuat sebarang dakwaan salah laku terhadap Defendan, tetapi hanya merupakan perlaksanaan hak Plaintif berdasarkan Perintah Letak Hak yang sah. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 140. Oleh yang demikian, dakwaan Defendan bahawa emel yang disangkal tersebut bermaksud bahawa “Defendan adalah seorang yang tidak jujur dan enggan serta culas membayar hutang” adalah tidak bermerit. 141. Salah satu elemen untuk fitnah jenis libel adalah sama ada kandungan emel yang disangkal tersebut mempunyai kecenderungan untuk merendahkan reputasi Defendan. 142. Namun, adalah hujahan Plaintif bahawa emel yang disangkal tersebut tidak mempunyai sebarang impak kepada kedudukan Defendan, tidak kira di tempat kerjanya ataupun masyarakat. 143. Sepertimana yang dihujahkan oleh Plaintif, kandungan emel yang disangkal tersebut sememangnya tidak mendakwa dan/atau menuduh Defendan terhadap sebarang salah laku dan ia hanya bertujuan untuk menuntut hutang tertunggak berdasarkan Perintah Letak Hak yang sah. 144. Plaintif menghujahkan di sini bahawa sepanjang kes ini berjalan, Defendan telah gagal mengekshibitkan apa-apa bukti yang menunjukkan reputasinya telah direndahkan akibat daripada emel yang disangkal tersebut. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 145. Maka, dakwaan Defendan merupakan dakwaan kosong semata-mata. 146. Defendan sepatutnya memanggil saksi-saksi material seperti pengetua atau kerani untuk mengesahkan kesan emel yang disangkal tersebut terhadap reputasinya. 147. Kegagalan Defendan untuk memanggil saksi-saksi material menunjukkan bahawa Defendan sedar bahawa keterangan kerani dan pengetua berkemungkinan besar tidak memihak kepadanya serta menjejaskan Tuntutan Balasnya. 148. Lebih memudaratkan lagi, tiada sebarang dokumen dan/atau arahan dan/atau minit daripada pihak sekolah telah dikemukakan untuk menyokong dakwaan Defendan. 149. Secara hakikatnya, emel yang disangkal tersebut hanya ditandakan “perhatian” dan “Cg Roshaida”, dan kotak “untuk perhatian pengetua” tidak ditandakan. 150. Ini adalah bertentangan dengan keterangan Defendan bahawa emel yang disangkal tersebut telah diminitkan oleh pengetua. 151. Malah, adalah jelas bahawa Defendan secara asasnya telah memfailkan Tuntutan Balas Defendan atas dasar sekadar anggapan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ dan/atau andaian yang Defendan berasa selepas penerimaan emel yang disangkal tersebut. 152. Hujahan di atas boleh disokong oleh hakikat bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa sebarang tindakan tatatertib telah dikenakan terhadap Defendan oleh pihak sekolah. 153. Lebih penting lagi, selepas penerimaan emel yang disangkal tersebut, Defendan masih diberikan kepercayaan (entrusted) suatu tugas rasmi oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan kertas-kertas peperiksaan. 154. Ini jelas menunjukkan bahawa emel yang disangkal tersebut tidak menimbulkan sebarang persepsi dan/atau kesan negatif terhadap Defendan. 155. Oleh yang demikian, Plaintif dengan rendah diri berhujah bahawa Defendan telah gagal membuktikan tuntutan fitnah terhadap Plaintif. 156. Dakwaan Gangguan Serta Menyebabkan Tekanan Emosi Plaintif seterusnya berhujah bahawa Tuntutan Balas Defendan berdasarkan gangguan serta tekanan emosi adalah bersifat spekulasi kerana Defendan telah gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 157. Sekiranya benar bahawa Defendan mengalami tekanan emosi, Defendan seharusnya mengemukakan laporan perubatan serta memanggil pakar perubatan untuk membuktikan bahawa tekanan emosi tersebut telah diakibatkan oleh Plaintif. 158. Defendan telah menjelaskan secara ekstensif mengenai betapa serius kesannya tindakan-tindakan ejen Plaintif yang didakwa sebagai “gangguan”. 159. Namun begitu, persoalan yang timbul adalah sekiranya gangguan tersebut (di mana ia adalah dinafikan) adalah begitu serius, mengapakan Defendan tidak memfailkan sebarang laporan polis? 160. Lebih memudaratkan lagi, Defendan telah gagal mengemukakan sebarang laporan perubatan dan/atau preskripsi sedangkan Defendan mendakwa bahawa gangguan ejen Plaintif telah menyebabkan tekanan emosi sehingga Defendan mempunyai migrain yang makin teruk dan tidak boleh meninggalkan ubat Caffox, Naproxen serta Synflex. 161. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Plaintif berhujah bahawa ketiadaan laporan polis, laporan perubatan serta sebarang bukti daripada Defendan adalah maut (fatal) kepada dakwaan gangguan tersebut. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 162. Bukan itu sahaja, adalah undang-undang mantap bahawa sebarang dakwaan mengenai tekanan emosi perlu disokong oleh bukti-bukti dokumentari. 163. Seterusnya,adalah penting untuk ditekan bahawa walaupun Defendan telah mendakwa bahawa ejen Plaintif telah pergi ke rumah ibunya untuk mengugut keluarganya serta telah bercakap dengan kakak sulung Defendan, namun Defendan telah gagal untuk memanggil kakak sulungnya sebagai saksi untuk mengenal pasti (“verify”) kesahihan keterangannya. 164. Rentetan itu, Defendan telah memberi keterangan bahawa ejen Plaintif telah menghantar gambar pagar rumah ibunya kepadanya. 165. Namun begitu, gambar tersebut dan perbualan yang berkaitannya dalam aplikasi WhatsApp tidak dikemukakan sebagai bukti sedangkan perbualan lain telah pun dimasukkan dalam Ikatan B. 166. Maka, adalah jelas bahawa “gangguan” yang didakwa oleh Defendan adalah berdasarkan andaiannya semata-mata (di mana ia diakui oleh Defendan) dan tidak disokong oleh bukti. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 167. Defendan Tidak Berhak Ke Atas Ganti Rugi Bagi ganti rugi am, Plaintif berhujah bahawa sepanjang prosiding Guaman ini, Defendan telah gagal mengemukakan bukti untuk menyokong kerugian dan/atau kesan yang didakwa dalam Perenggan 30 dan 36 Tuntutan Balas Defendan. 168. Maka, Plaintif berhujah bahawa tiada ganti rugi sepatutnya diberikan selagi tiada bukti dan/atau dokumen dikemukakan oleh pihak yang menuntut. 169. Plaintif berhujah bahawa Plaintif tidak mendapati sebarang keuntungan. 170. Justeru, tuntutan ganti rugi teladan sejumlah RM100,000.00 yang dituntut oleh Defendan tidak harus dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini. 171. Seterusnya, Plaintif turut berhujah bahawa Defendan tidak berhak untuk ganti rugi teruk yang dituntut. Hal ini demikian kerana Defendan telah gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuntutannya bagi ganti rugi teruk. 172. Seterusnya, Plaintif berhujah bahawa tindakan Plaintif dalam menuntut hutang tertunggak tersebut adalah berdasarkan Perintah Letak Hak tersebut dan sesungguhnya tidak mempunyai niat jahat. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 173. Dalam apa jua keadaan, tuntutan ganti rugi Defendan, tidak kira am, teladan atau teruk, adalah berdasarkan dakwaan “non-pecuniary”. 174. Plaintif berhujah bahawa Defendan adalah tidak berhak kepada segala ganti rugi dan relif yang dituntut dalam Tuntutan Balas Defendan. HUJAHAN DEFENDAN 175. Pihak Defendan tidak pernah mempertikaikan keesahan Perintah Letak Hak tersebut dan keesahan apa-apa perlaksanaan selaras dengan Perintah Letak Hak tersebut. 176. Pihak Defendan menghujahkan bahawa walaupun keesahan Perintah Letak Hak tersebut tidak dipertikaikan, namun apa yang dipertikai dan dicabar, adalah tempoh untuk memfailkan tindakan saman ke atas Defendan yang telah pun luput dan terhalang oleh had masa. 177. Defendan turut mempertikaikan keabsahan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan memandangkan Pemiutang terdahulu iaitu MBSB sebenarnya telah pun memfailkan Borang Bukti Keberhutangan ke Jabatan Insolvensi Malaysia sejurus selepas Defendan diisytiharkan bankrap. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 178. Fakta ini tidak pernah dicabar atau dipertikai oleh Plaintif. 179. Defendan juga mempertikaikan kemunasabahan dan keabsahan tindakan Saman Plaintif yang tidak disokong oleh sebarang dokumen–dokumen teras seperti Perjanjian Pinjaman yang asal, Penyata Akaun, Sijil Keberhutangan mahupun Notis Penamatan. 180. Ditambah pula dengan keterangan saksi Plaintif iaitu PW1 yang mengesahkan bahawa sebenarnya telah terdapat Penghakiman yang telah direkodkan oleh pihak MBSB ke atas Defendan turut menjadi persoalan terhadap keabsahan tindakan Plaintif ini. 181. Hujahan Plaintif yang menyandarkan tindakan saman Plaintif kepada keesahan Perintah Letak Hak tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang merit kerana Pembelaan Defendan tidak pernah menjadikan keesahan Perintah Letak Hak tersebut sebagai isu. 182. Plaintif telah menghujahkan bahawa tuntutan Plaintif melalui guaman ini tidak dibatasi oleh Akta Had Masa 1953. Plaintif menghujahkan bahawa kausa tindakan Plaintif ke atas Defendan hanya bermula pada 14.8.2019 iaitu tarikh Perintah Letak Hak tersebut diberikan oleh Mahkamah kerana adalah mustahil bagi Plaintif untuk menuntut hutang yang Plaintif tidak mempunyai hak dan di luar pengetahuan mereka. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 183. Pihak Defendan tidak bersetuju dengan dakwaan Plaintif tersebut. Sebagai balasan, pihak Defendan berhujah bahawa fakta bahawa bayaran terakhir yang diterima oleh pihak MBSB pada Julai 2016 sepertimana yang disahkan oleh email daripada MBSB. 184. Memandangkan pengesahan daripada MBSB tersebut tidak pernah dicabar semasa bicara, maka adalah menjadi hujahan Defendan bahawa tempoh masa enam (6) tahun untuk Plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan telah berakhir pada bulan Julai 2022. 185. Plaintif memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan ini pada Oktober 2023 maka adalah jelaslah bahawa tindakan tersebut telah difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang. 186. Undang-undang telah menetapkan bahawa sesuatu tindakan berasaskan kontrak tidak lagi boleh dibawa selepas tempoh enam (6) tahun daripada tarikh kausa tindakan bermula. 187. Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 menggariskan seperti yang berikut: (1) Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say- (a) actions founded on a contract or on tort; S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 188. Mahkamah Persekutuan dalam kes klasik Nadefinco Ltd V Kevin Corporation Sdn Bhd [1978] 2 MLJ 59 telah menyatakan seperti yang berikut: “The right to bring an action may arise on various events; but it has always been held that the statute runs from the earliest time at which an action could be brought.” 189. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tenaga Nasional Bhd V Kamarstone Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 749 telah memutuskan seperti yang berikut: “[16] Gill FJ, then thus enunciated on 'the date of accrual' in the case of a debt: This expression, 'cause of action', has been repeatedly the subject of decision, and it has been held, particularly in Hemp v Garland LR 4 QB 509 at p 511, decided in 1843, that the cause of action arises at the time when the debt could first have been recovered by action. The right to bring an action may arise on various events; but it has always been held that the statute runs from the earliest time at which an action could be brought. In Board of Trade v Cayzer, Irvine & Co [1927] AC 610 617. Viscount Dunedin described 'cause of action' as that which makes action possible. Now, what makes possible an action founded on a contract is its breach. In other words, a cause S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ of action founded on a contract accrues on the date of its breach. Similarly, the right to sue on a contract accrues on its breach. In the case of actions founded on contract, therefore, time runs from breach (per Field X in Gibbs v Guild 8 QBD 296 302). In the case of actions founded on any other right, time runs from the date on which that right is infringed or there is a threat of its infringement (see Bolo's case LR 57 IA 74). It would seem clear, therefore, that the expressions 'the right to sue accrues', 'the cause of action accrues' and 'the right of action accrues' mean one and the same thing when one speaks of the time from which the period of limitation as prescribed by law should run. (Emphasis added.) [17] And Nasri v Mesah, we observe, is still good law (see the Federal Court cases of Loh Wai Lian v SEA Housing Corporation Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 280, Insun Development Sdn Bhd v Azali bin Bakar [1996] 2 MLJ 188, and The Great Eastern Life Assurance Co Ltd v Indra Janardhana Menon (representing the estate of the deceased, NVJ Menon) [2006] 2 MLJ 209, which followed Nasri v Mesah) which we readily endorse. A cause of action founded on a contract accrues on the date of its breach, and in the case of a debt, the cause of action arises at the time when the debt could first have been recovered by action.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 190. Pihak Defendan berhujah bahawa Plaintif adalah menyalahi prinsip yang telah diketengahkan oleh Mahkamah Persekutuan seperti Nadefinco Ltd V Kevin Corporation Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Bhd V Kamarstone Sdn Bhd yang jelas memutuskan bahawa kausa tindakan untuk tuntutan hutang mula berjalan seawal masa hutang tersebut boleh dituntut melalui tindakan undang-undang. 191. Plaintif telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan, Malayan Banking Berhad (formerly known as Mayban Finance Bhd) v Boo Hock Soon @ Boo Choo Soon [2013] 2 MLJ 843 sebagai autoriti kepada hujah Plaintif tersebut bahawa guaman ini tidak melepasi had masa. 192. Namun kes Malayan Banking tersebut melibatkan tuntutan hutang terhadap penjamin di mana terdapat stipulasi jelas (“express stipulation”) di dalam Surat Jaminan yang ditandatangani adalah penjamin harus membuat pembayaran apabila ianya dituntut secara ‘on demand’. 193. Jenis jaminan yang dimasuki oleh Responden / Defendan di dalam kes tersebut pula adalah jaminan berterusan (“continuing guarantee”) yang tidak mempunyai sebarang had masa. 194. Fakta kes tersebut jelas berbeza dengan kes kita pada hari ini. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 195. Plaintif tidak pernah membuktikan bahawa tuntutan terhadap Defendan bermula secara ‘on demand’. 196. Apatah lagi kegagalan untuk memasukkan Perjanjian Pinjaman yang asal di dalam Ikatan Dokumen Bersama menyebabkan Mahkamah dan pihak–pihak tidak dapat merujuk dokumen tersebut untuk memastikan klausa–klausa penamatan dan tuntutan bagi pinjaman tersebut. 197. Plaintif telah menghujahkan bahawa terdapatnya pengakuan daripada Defendan yang menyebabkan timbulnya kausa tindakan yang baharu (“fresh accrual of cause of action”) dengan menggunakan mesej–mesej WhatsApp di antara wakil Plaintif dengan Defendan. 198. Mesej–mesej ini diberikan selepas wakil Plaintif memperdaya Defendan dengan cara memajukan Surat Peguam cara Plaintif yang mendakwa satu Penghakiman Ingkar telah direkodkan ke atas Defendan dan suatu prosiding perlaksanaan akan dijalankan sekiranya tiada bayaran daripada Defendan. 199. Sebagai orang awam yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang prosedur Mahkamah, sudah pastilah Defendan risau dan takut apabila Plaintif menuntut suatu bayaran hutang yang kononnya telah direkodkan di dalam Penghakiman. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 200. Oleh yang demikian, mesej–mesej WhatsApp yang dirujuk oleh Plaintif tersebut tidak boleh diguna pakai untuk menunjukkan kewujudan berlakunya kausa tindakan yang baru kerana ia dibuat dengan ketidakjujuran, pemerdayaan dan muslihat Plaintif. 201. Plaintif telah menghujahkan bahawa status pelepasan kebankrapan Defendan adalah tidak relevan. 202. Sebagai balasan, Defendan berhujah dengan mengatakan bahawa fakta bahawa Defendan telah mendapat pelepasan daripada kebankrapan merupakan suatu fakta yang sangat relevan. 203. Isu yang juga amat penting di sini adalah fakta bahawa pihak MBSB telah memfailkan Borang Bukti Keberhutangan dan fakta ini tidak pernah dicabar oleh Plaintif semasa bicara. 204. Tuntutan Balas Defendan Defendan menghujahkan bahawa kandungan email tersebut mengandungi dakwaan–dakwaan keberhutangan yang tidak benar terhadap Defendan. 205. Sewaktu email tersebut dihantar kepada majikan Defendan, Defendan telah pun dilepas daripada status kebankrapan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 206. Berpandukan peruntukan S.35 (1) Akta Insolvensi 1967 yang secara jelas menggariskan bahawa suatu perintah pelepasan kebankrapan melepaskan Defendan daripada KESEMUA hutang–hutang yang boleh dibuktikan (“the discharge shall release him from all his debts provable in the bankruptcy”) 207. Fakta yang tidak boleh dipertikaikan adalah status Defendan adalah bebas hutang selepas menerima perintah pelepasan. 208. Jadi apabila Plaintif menghantar email tersebut kepada majikan Defendan menuntut suatu hutang yang sudah dilepaskan (“absolved”) melalui Perintah Pelepasan yang diterima oleh Defendan, maka ini menjadikan kandungan email tersebut sebagai kenyataan separuh benar (“half-truth”). 209. Plaintif secara sengaja telah menghantar e-mel tersebut kepada pihak majikan Defendan, menyatakan bahawa Defendan masih berhutang dan menuntut agar hutang tersebut dijelaskan sebagai tekanan dan gangguan kepada Defendan. 210. Namun, kenyataan tersebut tidak mendedahkan keseluruhan keadaan sebenar, khususnya bahawa pihak MBSB telah pun memfailkan Borang Bukti Keberhutangan, dan bahawa Defendan telah pun diberikan perintah pelepasan kebankrapan yang menurut undang-undang, secara asasnya telah melepaskan Defendan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ daripada semua hutang yang boleh dibuktikan dalam prosiding kebankrapan tersebut. 211. Kegagalan untuk menyatakan perkara ini merupakan satu tindakan yang meletakkan kenyataan Plaintif dalam kategori kenyataan separuh benar di mana ia hanya memaparkan sebahagian fakta dan menyembunyikan bahagian yang paling penting untuk membentuk gambaran sebenar. 212. Kenyataan bahawa Defendan berhutang mungkin benar pada satu ketika dahulu, tetapi apabila Plaintif memilih untuk tidak mendedahkan bahawa Defendan telah dilepaskan secara sah daripada hutang tersebut, maka maksud dan kesan keseluruhan kenyataan itu berubah secara ketara. 213. Kenyataan tersebut menjadi satu serangan terhadap reputasi Defendan, mengundang cemuhan, keraguan dan pandangan serong oleh majikan dan pihak ketiga dan boleh menyebabkan majikan dan pihak ketiga untuk mengelak daripada berurusan dengan Defendan (“deter any third person from associating or dealing with the Defendant”), sedangkan hakikat sebenar telah disembunyikan. 214. Ini dengan jelas memenuhi unsur fitnah kerana kenyataan itu, walaupun mungkin benar pada suatu ketika tetapi telah menjadi tidak S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ benar daripada segi intipati (“false in substance”) disebabkan kegagalan menyatakan kebenaran penuh. 215. Oleh itu, Defendan menghujahkan bahawa apabila suatu pernyataan yang tidak benar atau kenyataan separuh benar dibuat ke atas Defendan dan disebarkan kepada pihak ketiga, maka adalah menjadi hujahan Defendan bahawa ianya telah memenuhi elemen kenyataan fitnah bagi membuktikan fitnah. 216. Defendan seterusnya juga menghujahkan bahawa adalah penting untuk ditekankan bahawa kecenderungan sesuatu perkataan yang dipertikai itu (“the tendency of the impugned words”) untuk membawa maksud memfitnah tetap boleh wujud, walaupun perkataan tersebut tidak semestinya merendahkan martabat Plaintif di mata masyarakat secara langsung. 217. Apa yang perlu dinilai oleh Mahkamah ialah sama ada perkataan tersebut, dalam sifat semula jadinya, berupaya untuk mencemar nama baik atau reputasi Plaintif. 218. Maka, kewujudan unsur fitnah tidak bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana masyarakat telah mengubah pandangan mereka terhadap Plaintif, tetapi lebih kepada potensi perkataan tersebut untuk mencetuskan kesan tersebut secara objektif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 219. Dalam menilai sama ada sesuatu perkataan itu membawa maksud memfitnah, Mahkamah perlu meneliti maksud lazim dan semula jadi perkataan itu dalam konteks keseluruhan mesej atau kenyataan, dan bukannya secara terpisah (“not in isolation”) atau diambil di luar konteks (“out of context”). 220. Penilaian ini merangkumi bukan sahaja maksud literal perkataan-perkataan tersebut, malah turut meliputi maksud tersirat, yang difahami melalui inferens, sindiran, atau maksud tidak langsung. 221. Apa-apa implikasi atau tanggapan yang boleh secara munasabah ditimbulkan daripada keseluruhan mesej turut dikira sebagai sebahagian daripada maksud semula jadi dan lazim yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah. 222. Defendan menghujahkan bahawa dakwaan tidak benar berkenaan keberhutangan Defendan, yang merupakan seorang guru, dan kononnya keengganan atau keculasan Defendan untuk membayar hutang, sudah pasti akan menimbulkan persepsi yang negatif di mata orang biasa. 223. Malah sekiranya Plaintif berhasrat untuk menggunakan pembelaan justifikasi iaitu kandungan email tersebut adalah benar dan dalam maksud yang semula jadi ia tidak menjatuhkan maruah, peribadi dan/atau reputasi Defendan, maka pembelaan justifikasi hendaklah S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ diplidkan secara khusus bersama dengan pernyataan yang terperinci di dalam Pembelaan kepada Tuntutan Balas yang difailkan oleh Plaintif. 224. Pembelaan justifikasi dan fakta yang terperinci tidak diplidkan secara khusus di dalam pliding. 225. Adakah Defendan berkewajipan di sisi undang-undang membuktikan terdapatnya kesan daripada email yang mengandungi fitnah kepada reputasi Defendan? Jawapannya tidak perlu. 226. Ini adalah kerana adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa fitnah bertulis (libel) adalah tindakan yang berbentuk “actionable per se”, iaitu tidak memerlukan pembuktian kerugian sebenar kerana undang-undang mengandaikan bahawa suatu bentuk kerosakan atau mudaratan berlaku secara lazim (“some damage will flow in the ordinary course of things”) hasil daripada pencerobohan ke atas hak mutlak seseorang terhadap reputasinya. 227. Mahkamah Rayuan dalam kes Yeo Ing King V Melawangi Sdn Bhd [2016] 5 MLJ 631 telah memutuskan seperti yang berikut: “[78] Libel is actionable per se, that is to say, there is no need to prove actual damage for ‘the law presumes that some S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ damage will flow in the ordinary course of things from the mere invasion of his absolute right to reputation.” 228. Defendan berhujah di sini bahawa dapatan Mahkamah Rayuan tersebut dengan sendirinya telah mematahkan hujah Plaintif bahawa terdapatnya keperluan untuk membuktikan sebarang kesan daripada email tersebut terhadap reputasi Plaintif. 229. Selama mana Defendan berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen yang perlu dibuktikan untuk tort fitnah, maka Defendan tidak bertanggungjawab untuk membuktikan kesan fitnah tersebut dan Defendan seterusnya berhak menuntut pampasan daripada Plaintif. 230. Defendan berhujah dengan mengatakan bahawa tuntutan balas Defendan di bawah kausa tindakan gangguan dan dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi bukanlah bersifat spekulasi tetapi berdasarkan sokongan keterangan dan bukti. 231. Selain itu tindakan memajukan Writ Saman palsu dengan tujuan untuk menakut–takutkan dan menyebabkan tekanan emosi terhadap Defendan juga tidak pernah dicabar oleh Plaintif. 232. Keterangan–keterangan Defendan ini tidak pernah dicabar oleh peguam cara Plaintif. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 233. Defendan juga telah melampirkan sesalinan Notis Perlaksanaan palsu dan Writ Saman Palsu yang telah dihantar oleh Plaintif kepada Defendan. 234. Oleh yang demikian, Defendan mengatakan bahawa keterangan dan bukti–bukti Plaintif menyalahgunakan Notis Perlaksanaan palsu dan Writ Saman palsu dan membuat dakwaan kononnya terdapat Penghakiman Ingkar telah direkodkan ke atas Defendan adalah tindakan–tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengganggu dan menyebabkan tekanan kepada Defendan. 235. Berdasarkan hujahan-hujahan ini, Defendan mengatakan ia berhak ke atas ganti rugi seperti dituntut. DAPATAN MAHKAMAH Defendan Tidak Mempunyai Apa-Apa Tanggungjawab Hutang 236. Kepada Plaintif Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan merupakan kontrak iaitu tuntutan hutang yang tertunggak atas pinjaman peribadi yang dibuat oleh pihak Defendan dengan pihak MBSB. Plaintif telah mengambil alih segala pinjaman yang melibatkan MBSB berdasarkan Perintah Letak Hak yang bertarikh 14.8.2019. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 237. Kausa tindakan Defendan terhadap Plaintif merupakan fitnah iaitu email yang dihantar oleh pihak Plaintif kepada pihak sekolah iaitu majikan pihak Defendan menuntut hutang yang dikatakan masih tertunggak oleh pihak Defendan. Pada masa yang sama, Defendan menyatakan pihak Plaintif telah menyebabkan gangguan iaitu dengan penghantaran email, whatsapp serta dokumen-dokumen berkaitan tuntutan tersebut secara berterusan yang menyebabkan Defendan mengalami tekanan emosi. 238. Mahkamah menerima keterangan Defendan bahawa pihak Defendan telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap dan telah dilepaskan daripada status kebankrapan semasa Plaintif memulakan tindakan ini terhadapnya. 239. Mahkamah menerima keterangan bahawa pihak MBSB telah memfailkan bukti hutang pada 28.9.2017 iaitu semasa Defendan masih berstatus sebagai seorang yang bankrap dan masih belum dilepaskan daripada status bankrap tersebut. 240. Mahkamah menerima keterangan bahawa Plaintif telah mengambil alih hutang Defendan daripada pihak MBSB setelah Defendan dilepaskan daripada status bankrap tersebut. 241. Walau bagaimanapun undang-undang mantap adalah jelas bahawa sejak Defendan diisytiharkan sebagai seorang bankrap, segala harta dan hutang Defendan akan diletakhakkan kepada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 242. Hanya pemiutang-pemiutang yang telah membuktikan hutang mereka sahaja yang boleh memfailkan bukti hutang dan setelah seseorang bankrap tersebut dilepaskan daripada status bankrap, maka pihak tersebut tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap pemiutangnya kecuali hutang kepada pihak berkuasa. 243. Dalam mencapai kesimpulan ini, Mahkamah terikat dengan peruntukan undang-undang dalam Seksyen 8 (1), Seksyen 35 (1) Akta Insolvensi 1967 serta Kaedah-Kaedah 1-5 Jadual C Akta yang sama. 244. Seksyen 8 (1) (b) Akta Insolvensi 1967 memperuntukkan seperti yang berikut: “(b) all the property of the bankrupt shall become divisible among his creditors and shall vest in the Director General of Insolvency and the Director General of Insolvency shall be the receiver, manager, administrator and trustee of all properties of the bankrupt.” 245. Kaedah 1 hingga 5 Jadual C Akta Insolvensi 1967 memperuntukkan seperti yang berikut: 1. “Proof in Ordinary Cases Every creditor shall prove his debt as soon as may be after the making of a receiving order. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 2. A debt may be proved by delivering or sending through the post in a prepaid letter to the Director General of Insolvency an affidavit verifying the debt. 3. The affidavit may be made by the creditor himself or by some person authorized by or on behalf of the creditor or his estate. If made by a person so authorized, it shall state his authority and means of knowledge. 4. The affidavit shall contain or refer to a statement of account showing the particulars of the debt and shall specify the vouchers, if any, by which the same can be substantiated. The Director General of Insolvency may at any time call for the production of the vouchers or books of account. 5. The affidavit shall state whether the creditor is or is not a secured creditor.” 246. Dalam kes ini, pemiutang asal, iaitu MBSB, telah mengambil langkah sewajarnya dengan memfailkan borang bukti hutang semasa tempoh kebankrapan Defendan. Rujukan di muka surat 53 Perenggan 5 Ikatan Dokumen Bersama iaitu email daripada pegawai MBSB adalah sebagaimana berikut: “Seterusnya, pihak MBSB telah memfailkan bukti hutang ke Jabatan Insolvensi Negeri (Cawangan Terengganu) pada 28/09/2017 berdasarkan hasil carian status kebankrapan yang dilakukan oleh pihak kami pada Januari 2017.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 247. Ini bermakna, hutang tersebut telah diproses dalam sistem insolvensi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 1 hingga 5 Jadual C Akta Insolvensi 1967. 248. Maka apabila MBSB memilih untuk membuktikan hutang tersebut melalui “Proof of Debt”, mereka telah memilih untuk menyertai proses pembahagian aset bankrap dan menerima hasil (sekiranya ada) menurut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang. 249. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa tindakan pihak MBSB tersebut, yakni memfailkan “Proof of Debt” ini secara undang-undangnya membawa kesan bahawa hutang tersebut telah ‘ditutup’ daripada segi hak untuk membuat tuntutan lanjut terhadap individu bankrap itu sendiri selepas pelepasan. 250. Fakta pengesahan pemfailan “Proof of Debt” oleh MBSB tidak pernah dicabar oleh Plaintif sewaktu bicara. 251. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Jaafar Bin Shaari & Anor (Suing As Administrators Of The Estate Of Shofiah Bte Ahmad, Deceased) V Tan Lip Eng & Anor [1997] 3 MLJ 693 telah memutuskan seperti berikut: “First and foremost, the agreed bundle of documents means that the documents therein are authentic and they do exist, therefore they require no proof of their authenticity by calling, eg their makers. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ Secondly, the truth of contents of any of the documents in the agreed bundle of documents is always not admitted unless the contrary is indicated directly or indirectly and such truth of such contents is liable to be challenged in court at the instance of either of the parties. Thirdly, such documents therein do not form automatically a part of the evidence of the case in question ipso facto, but any of such documents does become part of such evidence if it is read or referred to by either of the parties, wholly or partly, at length or in a briefest of mention, either in examination of any witness, in submission at any stage or even on any unilateral drawing of court's attention to it by either of the parties at any time before the conclusion of the case. Fourthly, at the end of the whole case, the truth of the contents of any of the document is up to the court to determine, regard being had, inter alia, to any absence of challenge by either of the parties on any part of the document and similarly, the question of weight, eg either great or no weight to be given to any part of any document is also a matter for the trial court, which considers the documents including any ‘written hearsay’ contained therein. The court may refuse to give any weight at all to any document, but then it is accountable like in other matters, to the parties and to the appellate court for reasons for such refusal. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 252. Memandangkan tiada sebarang cabaran daripada peguam cara Plaintif berkenaan dengan kandungan dan fakta pengesahan pemfailan Proof of Debt tersebut, Mahkamah ini yang menerima pakai pengesahan tersebut sebagai fakta. 253. Dalam kes ini, Defendan telah dilepaskan daripada bankrap. Oleh sebab itu, Defendan tidak lagi bertanggungan terhadap hutang-hutang lamanya. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 35(1) Akta Insolvensi 1967 yang menyatakan sebagaimana berikut: “35. EFFECT OF DISCHARGE (1) Subject to this section and any condition imposed by the court under section 33, where a bankrupt is discharged, the discharge shall release him from all his debts provable in the bankruptcy but shall have no effect- (a) On the functions (so far as they remain to be carried out) of the Director General of Insolvency; or (b) On the operation, for the purposes of the carrying out those functions, of the provisions of this Act. (2) A discharge shall not release the bankrupt from - (a) any debt, due to the Government of Malaysia or of any State; (b) any debt with which the bankrupt may be chargeable at the suit of - S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ (i) the Government of Malaysia or of any State or any other person for any offence under any written law relating to any branch of the public revenue; or (ii) any other public officer on a bail bond entered into for the appearance of any person prosecuted for any such offence; or (c) any provable debt which he incurred in respect of, or forbearance in respect of which was secured by means of, any fraud or fraudulent breach of trust to which he was party; or (d) any liability in respect of a fine imposed for an offence.” 254. Mahkamah di dalam kes RE WS Bee & Co [1941] 1 MLJ 35 telah menetapkan seperti berikut: “A composition or scheme of arrangement confirmed at a meeting of creditors by a resolution passed by a majority in number representing three-fourths in value of all the creditors who have proved and approved by the Court binds all creditors whether they have proved or not. Only creditors who have proved their debts may assent to or dissent from such a composition or scheme (s. 18). An order of discharge releases the bankrupt from all debts provable in bankruptcy other than debts due to the Crown. Under the circumstances of the present case the bankrupt, if alive,would certainly have been granted an order of discharge S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ had he applied for one and this order of discharge would have released him from debts due to creditors other than the Crown who had neglected to prove their claims.” 255. Berdasarkan kes Re WS Bee ini, skim penyelesaian yang disahkan melalui resolusi mesyuarat pemiutang yang telah membuktikan keberhutangannya adalah mengikat kesemua pemiutang samada mereka memfailkan POD atau tidak. 256. Apabila permohonan pelepasan dibuat oleh DGI, sekiranya Plaintif bercadang untuk membantah pelepasan tersebut untuk apa jua sebab sekalipun, Plaintif seharusnya hadir ke Mahkamah pada tarikh permohonan pelepasan tersebut ditetapkan untuk pendengaran ataupun memfailkan certiorari. 257. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah S.33 (9) Akta Insolvensi 1967 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Notice of the appointment by the court of the day for hearing The application for discharge shall be published as prescribed and sent fourteen days at least before the day so appointed to each creditor who has proved, and the court shall hear the Director General of Insolvency, and may also hear any creditor. At the hearing the court may put such questions to the debtor and receive such evidence as it thinks fit.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 258. Oleh sebab itu, sekiranya Plaintif berpendapat bahawa tindakan DGI memberikan pelepasan kepada Defendan adalah salah kerana Plaintif tidak menerima sebarang pembayaran daripada DGI dan/atau Jabatan Insolvensi, maka tindakan seharusnya difailkan terhadap pihak yang berkenaan dan bukannya melalui jalan pintas dengan memfailkan semula tuntutan hutang lapuk terhadap Defendan. 259. Mahkamah mendapati bahawa sebarang pengakuan Defendan tidak relevan dan hanya disebabkan tindakan Plaintif dan/atau ejen-ejen Plaintif yang berterusan mengganggu Defendan. 260. Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggungjawab terhadap hutang-hutang kepada MBSB yang telah dibeli oleh Plaintif setelah Defendan dilepaskan daripada status kebankrapan. 261. Sekiranya perkara ini dibenarkan, Mahkamah mendapati ia adalah suatu ketidakadilan dan bertentangan dengan objektif prosiding kebankrapan yang memberikan peluang kedua kepada mana-mana pihak yang dikenakan status sebagai seorang bankrap. 262. Plaintif memikul beban bukti untuk membuktikan bahawa pihak Defendan masih lagi berhutang dengan pihak Plaintif, iaitu sebagai pihak yang mengambil alih hutang-hutang MBSB melalui Perintah Letak Hak. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 263. Perintah letakhak atau vesting order yang dikemukakan oleh Plaintif hanya membuktikan bahawa hak telah dipindahkan secara sah kepada mereka, namun perintah tersebut tidak mengesahkan kesahihan hutang, jumlah hutang semasa, atau pelanggaran kontrak oleh Defendan. Pemilikan hak tidak sama dengan pembuktian tanggungan hutang. 264. Plaintif dalam kes ini tidak mengemukakan dokumen utama seperti perjanjian pinjaman atau pembiayaan asal, penyata akaun (statement of account), sijil keberhutangan (certificate of indebtedness) notis tuntutan, mahupun notis penamatan pinjaman yang mana biasanya akan dikemukakan dalam satu tindakan tuntutan hutang. 265. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa tindakan Plaintif yang cuba mengheret Defendan ke mahkamah tanpa dokumen-dokumen utama dan tanpa mempunyai sebarang maklumat lengkap merupakan satu bentuk tuntutan yang bersifat spekulatif dan menindas. Ia seolah-olah meletakkan tanggungjawab membela diri ke atas Defendan tanpa terlebih dahulu memenuhi beban pembuktian asas oleh Plaintif. 266. Mahkamah Rayuan dalam kes Jayakumari A/P Jeraman V. Cimb Bank Bhd & Anor [2012] MLRHU 875 telah memutuskan seperti yang berikut: S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ “[16] In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (s 101(1) Evidence Act 1950). The burden of proof is on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the other party need not adduce any evidence. In this respect it is the plaintiff who must establish its case. If the plaintiff fails to do so, it will not do for the plaintiff to say that the defendant has not established its defence (Selvaduray v Chinniah [1939] MLJ 253 CA; s 102 Evidence Act 1950). It should also be noted That there must be some preponderance in the plaintiffs favour at the conclusion of the whole case. Even if the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial the Court found that the position was exactly even, then any preponderance in favour of the plaintiffs had ceased to exist. If that happens, then the plaintiff has failed to discharge the burden of proof which is upon it, and the plaintiff must necessarily fail (Abrath v NorthEastern Railway Co [1883] 11 QBD 440 452 (CA)).” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 267. Plaintif juga gagal untuk mengemukakan butir-butir material yang dapat menunjukkan secara jelas kewujudan, terma, amaun, serta kemungkiran berkaitan keberhutangan Defendan. Kegagalan ini menjadikan tuntutan Plaintif bersifat tidak lengkap dan tidak memenuhi piawaian pembuktian yang ditetapkan oleh undang-undang. 268. Dalam kes ini, bayaran balik pinjaman dibuat oleh pihak Defendan melalui potongan angkasa. Potongan tersebut terhenti apabila Defendan dibankrapkan. Defendan tidak bertanggungjawab atas tindakan pihak-pihak menghentikan potongan tersebut. Pada masa yang sama, Defendan tidak boleh membuat bayaran kepada pihak MBSB kerana ia bersalahan dengan undang-undang. Pihak MBSB juga melakukan kesalahan sekiranya menerima bayaran daripada pihak Defendan. 269. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah ditolak. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 270. Tiada elemen fitnah dalam emel Plaintif Undang-undang mengenai elemen-elemen fitnah boleh diperolehi menerusi kes-kes berikut: 1. SYED HUSIN ALI v SHARIKAT PENCHETAKAN UTUSAN MELAYU BERHAD & ANOR [1973] 2 MLJ 56 yang mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement to be true. Another test is: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally? The typical type of defamation is an attack upon the moral character of the plaintiff attributing crime, dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty.” 2. AYOB SAUD V TS SAMBANTHA MURTHI [1989] 1 CLJ 321 seperti berikut: “In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and (3) the words were published.” S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 271. Mahkamah mendapati bahawa emel yang dihantar oleh ejen Plaintif kepada majikan Defendan tidak memenuhi elemen-elemen fitnah. 272. Mahkamah mendapati bahawa emel tersebut merupakan emel untuk tuntutan hutang yang didapati oleh Plaintif dalam pemikirannya sebagai sesuatu perkara yang berhak dituntut. 273. Kacau-Ganggu Oleh Paintif Dan/Atau Ejen-Ejen Plaintif Mahkamah menerima definasi “harassment” yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan, MOHD RIDZWAN BIN ABDUL RAZAK V ASMAH BT HJ MOHD NOR [2016] 4 MLJ 282 seperti berikut: “[57] For our purpose, before defining the tortious phrase of sexual harassment, we need to know what harassment is in the first place. For brevity, when identifying the harasser or the victim, the pronoun she, she and her, apply to both gender whenever appropriate. Putting aside the statutory definition provided for in the Employment (Amendment) Act 2012 and in the Employment Act 1955 as discussed earlier, Lord Sumpton in Hayes v Willoughby [2013] 1 WLR935 acknowledged that harassment is an ‘ordinary English word with a well understood meaning’. Citing Thomas v News Group Newspaper Ltd [2002] EMLR 78 (at p 30),Lord Sumpton stated that harassment is, ‘a persistent and deliberate course of unreasonable and oppressive conduct, targeted at another person, which is S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ calculated and does cause that person alarm, fear or distress’. 274. We certainly have no disagreement with such a definition.” Pihak Defendan telah menerangkan bagaimana pihak Plaintif serta agen-agen telah mengganggu pihak Defendan. Jawapan Defendan semasa pemeriksaan utama iaitu di soalan 64 Penyata Saksi Defendan telah menyatakan sebagaimana berikut: S 64. Boleh Puan maklumkan bagaimana cara Plaintif atau wakilnya melakukan harassment/gangguan terhadap Puan dan dengan sengaja menyebab tekanan emosi terhadap Puan? (Rujuk ikatan Pliding ms 23 para 32, 33 dan 34) J64. Plaintif dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi terhadap saya dengan menghantar email bertarikh 01.03.2023 ke tempat kerja saya. Bukan itu sahaja, plaintif juga telah menghantar makluman melalui platform whatsapp kononnya bahawa satu writ saman telah difailkan terhadap saya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dalam makluman whatsapp tersebut turut disertakan sesalinan Writ Saman tanpa meterai Mahkamah dan tarikh. Plaintif juga telah menghantar makluman melalui platform whatsapp bersama dengan satu dokumen yang dinamakan ‘Notis Perlaksanaan’ bertarikh 09.11.2022 daripada peguamcara Plaintif, kononnya terdapat satu Penghakiman Ingkar telah direkodkan ke atas saya dan telah mengancam untuk meneruskan tindakan perlaksanaan melalui prosiding saman penghutang penghakiman dan writ penyitaan dan S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ penjualan di dalam masa 14 hari daripada tarikh penerimaan notis tersebut. 275. Mahkamah mendapati bahawa tindakan menghantar makluman berserta dengan writ saman/JID/pelaksanaan yang tidak benar merupakan satu tindakan serius yang bertujuan untuk menakut-nakutkan Defendan dan menjurus kepada suatu tindakan yang menyalahgunakan prosedur Mahkamah (abuse of the process of the Court). 276. Apa yang telah dilakukan oleh Plaintif ke atas Defendan sebenarnya adalah taktik– taktik lazim yang sering digunakan untuk memperdaya seseorang untuk membuat bayaran hutang secepat mungkin. Dengan menakut – nakutkan Defendan dengan dakwaan kononnya saman telah difailkan, penghakiman telah direkodkan dan prosiding perlaksanaan telah dimulakan. 277. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah mengambil peluang untuk mengelirukan dan memperdayakan Defendan dengan tindakan undang-undang yang tidak sepatutnya dan ini yang telah menyebabkan Defendan membuat bayaran atau pengakuan yang tidak sepatutnya. 278. Mahkamah telah meneliti WhatsApp yang melibatkan pihak Plaintif dan juga Defendan dan mendapati bahawa pihak Plaintif berterusan mendesak untuk pihak Defendan membuat bayaran. Sekiranya S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ pihak Defendan membuat bayaran, ini berjumlah kepada tindakan pengakuan dan satu kausa tindakan hutang yang baru akan terakru. 279. Mahkamah mendapati bahawa tindakan menghantar maklumat iaitu dokumen Mahkamah yang tidak difailkan dan hanya sekadar salinan fail merupakan satu tindakan yang tidak wajar serta mempunyai niat untuk mengelirukan Defendan. 280. Mahkamah bersetuju bahawa ia dibuat dengan niat untuk menakut - takutkan serta memaksa Defendan untuk tunduk kepada kehendak Plaintif yang merupakan satu bentuk salah laku yang sangat serius. yang mewajarkan ganti rugi teladan. 281. Apatah lagi apabila ia melibatkan dakwaan palsu kononnya tindakan undang-undang telah dimulakan atau penghakiman telah direkodkan terhadap Defendan sedangkan tiada sebarang prosiding sebenar pernah difailkan. 282. Perbuatan sebegini bukan sahaja melibatkan elemen pembohongan yang disengajakan, malah ia merupakan satu bentuk penyalahgunaan institusi keadilan untuk tujuan memeras ugut secara halus (“coercive intimidation”) serta merupakan satu ancaman terhadap integriti sistem keadilan itu sendiri. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ 283. Gangguan serta tekanan yang diberikan oleh pihak Plaintif sudah pasti mengganggu emosi pihak Defendan. Defendan telah pun menjalani proses kebankrapan tetapi berterusan dihantui oleh hutang lama dan masih tidak boleh memulakan kehidupan yang baru. Oleh yang demikian, ganti rugi am telah diberikan sebagai pampasan atas tindakan pihak Plaintif yang menuntut hutang yang tidak dibenarkan oleh Undang-Undang. 284. Tindakan pihak Plaintif yang memberikan dokumen-dokumen Mahkamah yang tidak benar merupakan satu kesalahan yang serius dan mewajarkan ganti rugi teladan dan teruk. Ini kerana tindakan tersebut disengajakan dan mempunyai motif dan niat bukan sahaja mendesak pihak Defendan tetapi bertujuan untuk mengelirukan bagi memastikan bahawa Defendan membuat bayaran kepada pihak Plaintif. 285. KESIMPULAN Mahkamah telah membenarkan tuntutan balas Defendan dan menolak tuntutan Plaintif berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan. S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ Bertarikh: 30.11.2025 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam bagi pihak Plaintif: Encik Loh Jia Jin Tetuan K K Lim Peguam bagi pihak Defendan: Encik Nor Hafeez bin Nurul Hadi Tetuan Hafeez & Hazlina S/N Pw9lkdqw7k6abhhv8mpWOQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.