Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN NO: ND-A72NCC-48-04/2025 ANTARA EZYCASH RESOURCES (No. Perniagaan: 001596720-K) …PLAINTIF DAN SURINDER JIT SINGH A/L GURMIT SINGH (No. K/P: 820315-08-5111) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan Ini adalah permohonan Plaintif di bawah Order 14 Rules of Court 2012 untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Defendan berhubung tuntutan Plaintif bagi jumlah RM95,000.00 di bawah Perjanjian Pemberian Pinjaman Wang (Pinjaman Tanpa Cagaran) bertarikh 12 Oktober 2021, berserta faedah pada kadar 8% setahun daripada 8 Februari 2025 sehingga penyelesaian penuh serta kos tindakan. Latar Belakang Plaintif mendakwa Defendan telah menandatangani perjanjian pinjaman tanpa cagaran dengan jumlah pinjaman RM95,000.00 dan bersetuju untuk membuat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM4,750.00 selama 60 bulan bermula November 2021. Defendan hanya membuat beberapa bayaran dan kemudiannya gagal meneruskan pembayaran selama 20 bulan berturut-turut. Notis tuntutan telah dihantar melalui Tetuan S. Thevar & Co. bertarikh 4 April 2025, namun tiada bayaran diterima. Plaintif kemudiannya memfailkan writ pada 30 April 2025. S/N VhuyVROjzkKp2bu9ZnTbg Dalam Pernyataan Pembelaan, Defendan hanya menafikan secara umum tanpa butiran atau dokumen sokongan yang menunjukkan terdapat isu boleh dibicarakan. Hujahan Pihak Plaintif Plaintif berhujah bahawa: