Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN 1 DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2 KES JENAYAH NO. AC-61JSK-4-04/2023 3 4 PENDAKWARAYA 5 LAWAN 6 FADZLAN BIN CHE PA 7 8 ALASAN PENGHAKIMAN 9 10 A. PENGENALAN 11 12
AC-61JSK-4-04/2023
Sessions Court of Malaysia26 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n tersebut hanya boleh dibuat sekiranya 173 keterangan mangsa mencapai tahap ‘unusually convincing’, iaitu kredibel 174 dan meyakinkan. Untuk isu ini, mahkamah merujuk kes Mohamad Abu 175 Akkas v. PP [2026] CLJU 617 dan kes Mahkamah Rayuan PP v. Mohamad 176 Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359. 177 178”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN 1 DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2 KES JENAYAH NO. AC-61JSK-4-04/2023 3 4 PENDAKWARAYA 5 LAWAN 6 FADZLAN BIN CHE PA 7 8 ALASAN PENGHAKIMAN 9 10 A. PENGENALAN 11 12
1
Tertuduh, Fadzlan bin Che Pa, telah dituduh di hadapan Mahkamah ini 13 dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- 14 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 ('AKSTKK'), kerana 15 melakukan perbuatan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak 16 perempuan yang berumur 10 tahun 5 bulan pada masa kejadian dengan 17 cara meraba kemaluannya pada awal bulan Mac 2022 di antara jam lebih 18 kurang 3.00 petang sehingga jam 4.00 petang di dalam sebuah kereta jenis 19 Perodua Alza nombor pendaftaran KEC 234 bertempat di Jalan Pasar, 20 Teluk Intan. Disebabkan tertuduh adalah guru sekolah rendah mangsa di 21 sebuah sekolah di Sabak Bernam dan mempunyai suatu hubungan amanah 22 dengannya, pertuduhan tersebut dibaca bersama dengan seksyen 16 23 AKSTKK. 24 25 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ
2
Di akhir kes pendakwaan, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan 26 telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh dan 27 tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan. Pihak 28 pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan terhadap perintah pelepasan 29 dan pembebasan tersebut. 30 31 B. LATAR BELAKANG RINGKAS KES 32 33
3
Fakta kes secara ringkasnya menunjukkan bahawa tertuduh selain daripada 34 merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah mangsa, beliau juga 35 mempunyai suatu hubungan perniagaan atau persefahaman dengan bapa 36 mangsa yang merupakan pekerja di Hotel Grand Sabak di Sabak Bernam, 37 di mana tertuduh menjalankan kelas-kelas tusyen di hotel berkenaan untuk 38 pelajar-pelajar sekolah rendah, termasuklah untuk mangsa sendiri. 39 40
4
Adalah menjadi keterangan pihak pendakwaan bahawa pada awal bulan 41 Mac 2022, tertuduh telah mengambil mangsa dan adiknya, YY dari rumah 42 mereka di Sabak Bernam dan membawa mereka ke kedai Mr DIY di Teluk 43 Intan untuk membeli barang keperluan sekolah. Semasa dalam perjalanan 44 ke kedai tersebut, tertuduh dikatakan memasukkan tangan kirinya ke dalam 45 seluar mangsa. Dalam perjalanan pulang ke Sabak Bernam, tertuduh 46 dikatakan melakukan lagi perbuatan yang sama terhadap mangsa. 47 48
5
Kejadian ini hanya diceritakan oleh mangsa kepada rakannya lebih kurang 49 dua ke tiga minggu selepas kejadian. Rakan tersebut kemudiannya telah 50 menceritakan perkara tersebut kepada SP2 iaitu seorang cikgu di sekolah 51 mereka, yang kemudiannya menghubungi ibu mangsa, SP3. Walau 52 bagaimanapun, hanya selepas dihubungi oleh Jabatan Kebajikan 53 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ Masyarakat lima bulan selepas kejadian didakwa berlaku, barulah SP3 54 membuat laporan polis berkenaan kejadian ini. 55 56
6
Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: 57 58 SP1 – Sjn. Shahril Azimi bin Musa (Pegawai Tangkapan) 59 SP2 – Sharimah binti Bakar (PK Hal Ehwal Murid) 60 SP3 – AA (Ibu mangsa) 61 SP4 – Kpl Yazid bin Pungut (Jurufoto) 62 SP5 – XX (Mangsa) 63 SP6 – YY (Adik Mangsa) 64 SP7 – Inspektor Raden Mohd Azlan bin Raden Perhan (Pegawai Penyiasat) 65 66
7
Eksibit-eksibit yang telah dikemukakan semasa perbicaraan adalah seperti 67 berikut: 68 69 P1 Report tangkapan 3184/22 70 P2 Borang serah terima barang kes 71 P3 (a) hingga (b) 2 keping gambar mangsa 72 P4 (a) hingga (g) 7 keping gambar kereta 73 P5 Report pengadu 74 P6 (a) hingga (q) 17 keping gambar tempat kejadian 75 P7 Sijil Perakuan 90A 76 P8 Sampul CD 77 P8A CD (Rakaman percakapan/CIC) 78 IDD9 Keratan Facebook 79 D10 Keratan Facebook 80 D11 Keratan Facebook 81 IDD12 Keratan Facebook 82 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ IDD13 Keratan Facebook 83 D14 (a) hingga (b) Status Whatsapp 20/6/2022 84 D15 (a) hingga (d) Whatsapp SP3 20/6/2022 85 D16 (a) hingga (d) Whatsapp SP3 86 ID17 Gambar kotak 87 P18 Sijil Lahir Mangsa 88 IDD19 Kotak hadiah 89 IDD19A Tumbler berwarna emas 90 IDD19B Kad berwarna merah jambu bertulis ‘Thank U 91 Sir’ 92 P20 Semakan JPJ 93 D21 Rakaman Percakapan CIC (transkrip) 94 95 C. KES PENDAKWAAN 96 97
8
Dalam memutuskan sama ada satu kes prima facie telah berjaya 98 dibuktikan, Mahkamah ini dipandu arah oleh seksyen 173 (f)(i) Kanun 99 Tatacara Jenayah, dan prinsip penilaian yang telah digariskan oleh 100 mahkamah atasan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 101 CLJ 457 dan Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. 102 103
9
Elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti 104 berikut: 105 106
a
Mangsa adalah seorang kanak-kanak, 107
b
Tertuduh telah menyentuh bahagian badan mangsa tersebut, 108
c
Sentuhan itu bagi maksud seksual, dan 109
d
Wujudnya hubungan amanah antara tertuduh dan XX. 110 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ Elemen pertama: Mangsa adalah seorang kanak-kanak.
10
Pihak pendakwaan telah mengemukakan sijil kelahiran mangsa (P18) 113 yang membuktikan mangsa dilahirkan pada 29 September 2012, dan pada 114 masa kejadian mangsa adalah seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun 115 5 bulan. Elemen pertama ini tidak dicabar oleh pihak pendakwaan. 116 Mahkamah juga berpuas hati bahawa mangsa memahami maksud sumpah, 117 dan selari dengan seksyen 17 AKSTKK dan seksyen 2A dan 2B(1) Akta 118 Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007, mahkamah mendapati mangsa 119 adalah seorang saksi yang kompeten. 120 121 Elemen kedua dan ketiga: Tertuduh telah menyentuh bahagian badan mangsa 122 kanak-kanak bagi maksud seksual 123
11
Mangsa memberi keterangan bahawa semasa beliau di Darjah 3 di sebuah 124 sekolah rendah di Sabak Bernam, tertuduh adalah guru Bahasa Inggeris 125 mangsa di sekolah tersebut. Mangsa memberitahu bahawa pada suatu 126 tarikh di tahun 2022, pada jam lebih kurang 3 petang, tertuduh telah 127 menjemput mangsa dan adik mangsa SP6 dari rumah mereka di Sabak 128 Bernam dengan kebenaran ibu mangsa, SP3, untuk membawa mereka 129 berjalan-jalan ke kedai MrDIY di Teluk Intan, Perak untuk membeli 130 peralatan keperluan sekolah, menaiki kenderaan Perodua Alza milik 131 tertuduh. 132 133
12
Mangsa menyatakan bahawa semasa menaiki kenderaan tertuduh di 134 rumahnya, mangsa dan adiknya duduk di tempat duduk belakang 135 kenderaan tersebut. Di dalam perjalanan ke Teluk Intan, tertuduh telah 136 berhenti di hadapan sebuah kedai makan dan menyuruh mangsa berpindah 137 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ ke tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa mengatakan bahawa pada 138 masa ini adiknya SP6 sedang tertidur di tempat duduk penumpang 139 belakang. 140 141
13
Dalam keterangan mangsa juga, tertuduh telah meneruskan pemanduannya 142 sebelum tidak lama selepas itu, memasukkan tangannya ke dalam seluar 143 mangsa dan memegang kemaluan mangsa. Mangsa walau bagaimanapun, 144 tidak ingat berapa lama tertuduh memegang kemaluannya. Di Teluk Intan, 145 tertuduh telah membawa mangsa dan SP6 ke MrDIY dan membeli barang 146 keperluan sekolah. Dalam perjalanan mereka balik ke Sabak Bernam, 147 mangsa memberitahu bahawa tertuduh sekali lagi melakukan perlakuan 148 yang sama ke atas mangsa, iaitu memasukkan tangan ke dalam seluar 149 mangsa dan memegang kemaluan mangsa. 150 151
14
Mangsa memberitahu bahawa beliau tidak memberitahu sesiapa berkenaan 152 apa yang telah tertuduh lakukan ke atasnya. Namun dua ke tiga minggu 153 selepas tarikh kejadian, mangsa akhirnya mendapat keberanian untuk 154 menceritakan kepada rakannya bernama Hasha apa yang tertuduh telah 155 lakukan ke atasnya, dan Hasha menyampaikan kepada SP2 iaitu guru di 156 sekolah mereka apa yang telah diberitahu oleh mangsa kepada Hasha. 157 158
15
Ibu mangsa kemudiannya telah dimaklumkan oleh pihak sekolah, dan ibu 159 mangsa telah membuat laporan polis terhadap tertuduh. 160 161 162 D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH 163 164
16
Kes pendakwaan adalah hampir sepenuhnya berpaksikan keterangan 165 mangsa sendiri, memandangkan tiada saksi mata yang menyaksikan 166 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ kejadian secara langsung. Mahkamah ini juga sedar sepenuhnya maksud 167 dan kesan seksyen 2A dan seksyen 2D Akta Keterangan Saksi Kanak- 168 Kanak 2007 dan seksyen 17 dan 18 AKSTKK, yang menyatakan bahawa 169 seseorang tertuduh boleh disabitkan berdasarkan keterangan tanpa 170 sokongan seorang saksi kanak-kanak. 171 172
17
Walau bagaimanapun, sabitan tersebut hanya boleh dibuat sekiranya 173 keterangan mangsa mencapai tahap ‘unusually convincing’, iaitu kredibel 174 dan meyakinkan. Untuk isu ini, mahkamah merujuk kes Mohamad Abu 175 Akkas v. PP [2026] CLJU 617 dan kes Mahkamah Rayuan PP v. Mohamad 176 Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359. 177 178
18
Pihak pembelaan telah berhujah bahawa pertuduhan yang dikenakan ke 179 atas tertuduh adalah cacat, kerana masa dan tempat kesalahan tersebut 180 didakwa dilakukan telah tidak disebutkan dengan jelas – kerana tiada 181 keterangan saksi di dalam kes ini yang dapat menyokong butiran tempat 182 iaitu ‘Jalan Pasar’ yang dimasukkan ke dalam pertuduhan ini. Dengan 183 hormat, hujah pihak pembelaan adalah tersasar. Tidak timbul isu 184 pertuduhan cacat di dalam kes ini kerana masa, tarikh dan tempat telah 185 dimasukkan dengan jelas di dalam pertuduhan tersebut. Isu yang ada 186 hanyalah sama ada pihak pendakwaan berjaya atau gagal membuktikan 187 butiran di dalam pertuduhan ke atas tertuduh. 188 189
19
Semasa memberikan keterangan di mahkamah, mangsa memberitahu 190 bahawa tertuduh telah memasukkan tangan kirinya ke dalam seluar mangsa 191 dan memegang kemaluan mangsa di dalam kereta tertuduh dalam 192 perjalanan ke MrDIY di Teluk Intan, dan sekali lagi melakukan perbuatan 193 yang sama terhadap mangsa semasa dalam perjalanan mereka balik dari 194 Teluk Intan ke Sabak Bernam. Walau bagaimanapun, di dalam rakaman 195 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ keterangan CIC mangsa, mangsa dengan konsisten telah memberitahu 196 pegawai perakam bahawa tertuduh hanya melakukan sekali saja perbuatan 197 tersebut iaitu dengan cara melurutkan seluar track yang dipakai mangsa ke 198 paras paha dan memegang kemaluan mangsa di dalam kereta tersebut 199 (rujuk eks D21, soalan nombor 218-221, 234-235, 238, 239, 260, 261, 272, 200 273, 363 dan 364), yang bercanggah dengan keterangan mangsa di dalam 201 mahkamah. 202 203
20
Mangsa di dalam keterangannya memberitahu bahawa di dalam perjalanan 204 ke Teluk Intan, tertuduh telah sebelum itu memberhentikan kenderaannya 205 di hadapan sebuah kedai makan di Sabak Bernam di mana tertuduh telah 206 mengarahkan mangsa untuk berpindah ke tempat duduk penumpang 207 hadapan tanpa keluar dari kereta tersebut. Tertuduh kemudian 208 menyambung pemanduannya, dan di dalam perjalanan inilah tertuduh 209 dikatakan telah melakukan amang seksual terhadap mangsa. Kenyataan 210 mangsa ini walau bagaimanapun tidak disokong oleh adiknya SP6 kerana 211 SP6 telah tertidur di sepanjang perjalanan sehinggalah mereka sampai di 212 kedai MrDIY di Teluk Intan. 213 214
21
Tambahan pula, SP7 juga mengesahkan bahawa semasa mengambil 215 keterangan mangsa, mangsa memberitahu bahawa perbuatan amang 216 seksual tersebut berlaku sekali sahaja iaitu di dalam perjalanan mereka ke 217 kedai MrDIY Bandar Teluk Intan selepas tertuduh memberhentikan 218 kenderaannya di hadapan Menara Condong di Teluk Intan dan mangsa 219 berpindah ke tempat duduk penumpang depan. 220 221
22
Mahkamah juga mengambil maklum bahawa terdapat beberapa siri 222 kelewatan yang tidak dapat dijelaskan dengan memuaskan oleh saksi-saksi 223 pendakwaan. Mangsa memberitahu mahkamah, bahawa hanya selepas dua 224 ke tiga minggu selepas kejadian, barulah beliau mempunyai keberanian 225 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ untuk memberitahu rakannya berkenaan apa yang tertuduh telah lakukan 226 kepadanya. Rakan ini kemudiannya menceritakan kepada SP2 perkara ini, 227 yang kemudiannya telah memaklumkan pentadbir sekolah, yang 228 kemudiannya telah memanggil ibu mangsa untuk hadir ke sekolah pada 229 12.8.2022. 230 231
23
Walau bagaimanapun, melihat kepada pertuduhan ke atas tertuduh, 232 kejadian dikatakan berlaku pada awal bulan Mac 2022 di Jalan Pasar, 233 Teluk Intan. Ini bermaksud, hanya selepas lebih kurang lima bulan, barulah 234 mangsa memberitahu kejadian yang menimpanya kepada seseorang, itu 235 pun hanyalah rakan sebaya, bukan ibubapa, guru ataupun pihak berkuasa. 236 Di dalam keterangan mangsa dan ibu mangsa, mahkamah diberitahu 237 bahawa mangsa mempunyai kelaziman untuk memaklumkan kepada 238 ibunya dari sekecil-kecil isu seperti rakan-rakan yang mengejek mangsa 239 sehingga kes isu yang besar seperti kegagalan pihak sekolah membekalkan 240 makanan di bawah Projek Rancangan Makanan Tambahan yang 241 memuaskan kepada mangsa, sebaik tiba dari sekolah. 242 243
24
Semasa pemeriksaan balas, ibu mangsa juga tidak menyangkal cadangan 244 dari peguambela bahawa mangsa adalah seorang yang berkecenderungan 245 untuk berbohong. Mahkamah diberitahu bahawa hanya selepas satu 246 minggu selepas diberitahu mengenai kejadian malang yang menimpa 247 anaknya oleh SP2 (pada tarikh 12.8.2022), barulah ibu mangsa pergi ke 248 balai polis untuk membuat laporan pada 17.8.2022. Apabila dicadangkan 249 oleh peguambela bahawa antara sebab utama mengapa ibu mangsa tidak 250 segera membuat laporan polis, ialah kerana beliau tidak percaya apa yang 251 diberitahu kepadanya oleh anaknya mengenai kejadian amang seksual itu 252 kerana kecenderungan berbohong mangsa, ibu mangsa menjelaskan 253 bahawa beliau memerlukan masa untuk berbincang dengan suaminya, dan 254 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ ibu mangsa juga pada masa itu juga terikat dengan tugas menjaga ibunya 255 yang uzur. Pada masa yang sama, iaitu tempoh di antara 12.8.2022 256 sehingga 17.8.2022, ibu mangsa masih berhubung dengan tertuduh melalui 257 aplikasi Whatsapp dengan baik. 258 259
25
Mahkamah ini berpendapat penjelasan kelewatan oleh ibu mangsa adalah 260 tidak memuaskan. Bagi mana-mana ibubapa yang waras dan mempunyai 261 sifat tanggungjawab terhadap anak, sekiranya mendapat tahu bahawa anak 262 mereka telah terdedah dengan bahaya pemangsa seksual, sudah pasti akan 263 memberikan reaksi yang besar, paling tidak pun antaranya dengan 264 membuat laporan polis dengan segera untuk melindungi kepentingan anak 265 tersebut. Tapi hakikatnya lagi dalam kes ini, ibu mangsa sebenarnya hanya 266 membuat laporan polis tersebut selepas menerima beberapa panggilan 267 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkenaan tindakan 268 ibubapa mangsa berkait dengan kejadian yang menimpa mangsa tersebut. 269 Semasa pemeriksaan balas, ibu mangsa juga bersetuju bahawa selepas 270 pihak sekolah memaklumkan kejadian yang menimpa mangsa kepada ibu 271 mangsa, ibu mangsa masih lagi berhubung dengan baik dengan tertuduh 272 dan masih lagi membenarkan mangsa menghadiri tusyen yang 273 dikendalikan oleh tertuduh. Walaupun ibu mangsa menjelaskan bahawa 274 sebab beliau tidak membuat tindakan segera berkaitan kejadian tersebut, 275 ialah kerana beliau ingin berbincang dengan suaminya dahulu. Namun 276 semasa pemeriksaan balas, ibu mangsa memberitahu mahkamah bahawa 277 atas sebab-sebab yang hanya diketahui beliau, ibu mangsa tidak 278 memberitahu sesiapa pun berkenaan kejadian itu termasuk kepada suami 279 beliau iaitu bapa kandung mangsa sendiri. Bapa mangsa hanya 280 dimaklumkan oleh JKM pada suatu tarikh kemudian, yang kemungkinan 281 telah menyebabkan ibu mangsa untuk membuat laporan polis terhadap 282 tertuduh. 283 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ
26
Mahkamah bersetuju dengan pihak peguambela bahawa inferens yang 285 munasabah daripada kelewatan ibu mangsa membuat laporan polis tersebut 286 ialah kerana ibu mangsa sendiri tidak mempercayai dakwaan yang dibuat 287 oleh mangsa. Perkara ini bila dilihat bersama dengan percanggahan di 288 dalam keterangan mangsa berkenaan kejadian tersebut, mendorong 289 mahkamah ini untuk mendapati bahawa percanggahan tersebut adalah 290 signifikan, terutama sekali berkenaan bagaimana, di mana dan berapa kali 291 kejadian amang seksual itu berlaku. 292 293
27
Keterangan SP6 hanya menyokong bahawa beliau dan mangsa telah pergi 294 bersama dengan tertuduh ke kedai MrDIY di Teluk Intan, dan tidak 295 kejadian yang dikatakan menimpa mangsa tersebut. Walau bagaimanapun, 296 mahkamah menganggap SP6 adalah saksi yang kredibel. Hujah pihak 297 pembelaan bahawa SP6 telah dipengaruhi oleh ibu mangsa dalam memberi 298 keterangannya kerana keterangan SP6 bahawa beliau telah ‘diajar oleh 299 mama’, telah pun dijelaskan oleh SP6 bahawa ibunya menyuruhnya untuk 300 memberitahu perkara yang sebenar saja. Tiada isu bahawa SP6 telah dilatih 301 oleh ibunya. 302 303
28
Ibu mangsa juga memberitahu mahkamah bahawa selepas kejadian 304 tersebut, mangsa telah mengalami trauma yang teruk. Mangsa menjadi 305 malas ke sekolah, dan berubah menjadi seorang yang suka marah-marah. 306 Walau bagaimanapun, tingkah laku mangsa selepas kejadian tidak seiring 307 dengan naratif bahawa beliau telah mengalami insiden yang traumatik – 308 mangsa masih meneruskan menghadiri kelas tusyen yang dikendalikan 309 oleh tertuduh, malah semasa menghadiri majlis sambutan hari lahir 310 tertuduh, mangsa telah turut memberikan hadiah penghargaan kepada 311 tertuduh. 312 313 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ
29
Mempertimbangkan percanggahan-percanggahan signifikan di dalam 314 keterangan mangsa, bersama dengan siri isu kelewatan membuat laporan 315 baik oleh mangsa ataupun ibubapa mangsa, isu kecenderungan berbohong 316 oleh mangsa dan ketiadaan bukti-bukti yang mencadangkan trauma yang 317 dialami mangsa akibat kejadian amang seksual tersebut, mahkamah ini 318 mendapati bahawa keterangan mangsa tidaklah luar biasa meyakinkan 319 (unusually convincing) sehingga boleh membuktikan bahawa perbuatan 320 menyentuh bahagian kemaluan mangsa oleh tertuduh dengan maksud 321 seksual itu telah berlaku. 322 323
30
Berkenaan dengan isu timbulnya adverse inference di bawah seksyen 324 114(g) Akta Keterangan 1950 atas kegagalan pihak pendakwaan 325 mengemukakan video CIC dan laporan perubatan mangsa, mahkamah ini 326 berpendapat bahawa tiada merit pada hujahan peguambela ini. Kejadian ini 327 telah berlaku lima bulan sebelum laporan polis dibuat, dan perbuatan 328 amang seksual dengan cara memegang kemaluan mangsa tidak dapat 329 disokong oleh laporan perubatan sekalipun dikemukakan ke mahkamah. 330 Berkenaan video rakaman percakapan CIC, pihak peguambela berhujah 331 bahawa video tersebut akan dapat menjelaskan dakwaan mangsa bahawa 332 tertuduh telah menurunkan seluar mangsa ke paras paha sebelum 333 memegang kemaluannya yang bercanggah dengan keterangan mangsa di 334 dalam mahkamah bahawa tertuduh hanya memasukkan tangan kirinya ke 335 dalam seluar track mangsa dan meraba kemaluan mangsa. Dari 336 pengamatan mahkamah pada eksibit gambar yang dikemukakan, mangsa 337 adalah seorang kanak-kanak yang berbadan kurus semasa kejadian, dan 338 hujah peguam bahawa mustahil untuk seorang lelaki dewasa memasukkan 339 tangannya ke dalam seluar track seorang kanak-kanak berbadan kurus, 340 yang sedang duduk di kerusi penumpang kereta tanpa melondehkan seluar 341 mangsa, adalah tidak masuk akal. Walau apapun, mahkamah berpendapat 342 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ ini adalah satu percanggahan yang kecil sahaja. Mahkamah berpendapat 343 kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan video rakaman CIC bagi 344 membuktikan perbuatan ‘melondehkan seluar ke paras paha’ tidak 345 menjejaskan kes pendakwaan, dan adverse inference tidak timbul dari isu 346 ini.
31
Mahkamah juga telah mempertimbangkan isu kegagalan pegawai 348 penyiasat menjalankan siasatan dengan lengkap dan telus yang dihujahkan 349 oleh peguambela yang terpelajar, berdasarkan kepada ketiadaan lakonan 350 semula kejadian untuk memastikan kejadian tersebut betul-betul boleh 351 berlaku, terutama sekali kerana tertuduh pada masa kejadian memandu 352 kenderaan transisi manual, semasa waktu cuti sekolah, di atas jalan raya 353 yang sibuk adalah tidak bermerit. Mahkamah berpendapat tiada keperluan 354 untuk lakon semula ini dilakukan bagi pegawai penyiasat melengkapkan 355 siasatan beliau. Tindakan pegawai penyiasat untuk tidak melihat semula 356 video rakaman CIC juga tidak menyebabkan siasatan beliau tidak lengkap, 357 kerana transkrip rakaman tersebut mencukupi untuk menyampaikan 358 kandungan rakaman percakapan mangsa tersebut. 359 360
32
Isu-isu lain yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar juga telah 361 dipertimbangkan oleh mahkamah ini, namun mahkamah berpendapat isu- 362 isu tersebut tidak bermerit dan tidak perlu dibincangkan. 363 364 E. KESIMPULAN 365 366
33
Mempertimbangkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen 367 kedua dan ketiga dalam pertuduhan ke atas tertuduh, mahkamah mendapati 368 pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap 369 tertuduh. Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan. 370 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ 372 NORHAMIZAH BINTI SHAIFFUDDIN 373 Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan 374 375 376 Bagi pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri bin Hamdan. 377 Bagi pihak pembelaan, Encik Fadhli Sutris dari Tetuan Fadhli Sutris & Co. 378 S/N jkiIFnibVkG1VCdpevuHnQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.