Perayu sebagai guru mempunyai hubungan amanah dengan Analisis dan keputusan Mahkamah ini Isu Pertama: sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan secara prima facie elemen-elemen pertuduhan di akhir kes pendakwaan [34] Mahkamah ini telah meneliti Alasan penghakiman oleh HMS di dalam Rekod Rayuan Jilid 1 di mukasurat 17 sehingga 50. HMS telah menukilkan fakta kes sebagaimana di muka surat 18 sehingga 22 (Rekod Rayuan Jilid 1) dan beliau telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah seksyen 14(a) Akta 792 telah berjaya dibuktikan. Page 25 of 44 Elemen Pertama: SP3 adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian; [35] HMS mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa SP3 ialah seorang kanak-kanak semasa berlakunya kejadian yang dipertuduhkan. Berdasarkan dokumen Sijil Kelahiran SP3 (Eksibit P7) mengesahkan bahawa SP3 dilahirkan pada 12.2.2003. [36] Berdasarkan P7 adalah jelas bahawa SP3 berumur 16 tahun 1 bulan semasa kejadian dan berumur 19 tahun ketika memberi keterangan di Mahkamah. Sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak perayu tidak mencabar P7. Semasa membuat laporan polis SP3 telah berumur 18 tahun. [37] Memandangkan semasa kejadian berlaku SP3 berumur di bawah 18 tahun, maka SP3 adalah seorang kanak-kanak menurut subseksyen 2(1) Akta 792. Di dalam pertuduhan tidak menyentuh mengenai umur SP3 semasa membuat laporan. [38] Berdasarkan keterangan lisan dan dokumentari yang dikemukakan, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan secara prima facie. Elemen Kedua : Perayu telah menyentuh bahagian badan SP3 iaitu payudara SP3 Elemen Ketiga : Sentuhan oleh Perayu dibuat bagi maksud seksual [39] Mahkamah akan mengupas elemen kedua dan elemen ketiga bersekali memandangkan kedua-dua elemen ini saling berkait. Page 26 of 44 [40] HMS telah meneliti keterangan SP3, iaitu mangsa dalam kes ini yang terlibat secara langsung di dalam kejadian seperti yang dipertuduhkan. Keterangan SP3 bahawa Perayu telah meraba dan menghisap payudara SP3. [41] HMS telah merujuk kepada Huraian 1 mengenai perbuatan menyentuh dan Huraian 2 mengenai maksud seksual. HMS berpuas hati bahawa perbuatan Perayu yang meraba dan menghisap payudara SP3 merupakan satu perbuatan menyentuh. [42] Dalam menentukan sama ada perbuatan sentuhan yang dilakukan oleh Perayu adalah bagi maksud seksual, Huraian 2 seksyen 14 Akta 792 menyebutkan bahawa: “Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.”. [43] Selanjutnya berdasarkan Huraian 2, Mahkamah dapati bahagian badan yang disentuh oleh Perayu adalah payudara yang merupakan anggota seksual dan sentuhan yang dilakukan oleh Perayu adalah dengan cara meraba dan menghisap. Adalah jelas bahawa perbuatan meraba dan menghisap bukanlah satu sentuhan yang dibenarkan dan ianya menjurus kepada sentuhan bagi maksud seksual. [44] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan SP3 (Rujuk Rekod Rayuan Jilid 2 di mukasurat 25 – 71) dan mendapati SP3 telah menerangkan dan menghuraikan dengan terperinci perbuatan Perayu yang telah menyentuh iaitu meraba dan menghisap payudaranya pada hari kejadian tersebut. Page 27 of 44 [45] Mahkamah ini juga mendapati keterangan SP3 adalah konsisten, kukuh, meyakinkan dan tidak goyah (cogent, overwhelming evidence and not shaken). Keterangan SP3 ini telah gagal disangkal oleh pihak pembelaan. [46] Semasa pemeriksaan balas terhadap SP3, Mahkamah dapati soalan-soalan yang diajukan kepada SP3 menunjukkan bahawa pihak pembelaan bersetuju mengenai kejadian meraba dan menghisap payudara oleh Perayu ke atas SP3. Mahkamah ini memetik soalan dan jawapan semasa SP3 disoal balas:- “Q: Bila cikgu meraba kamu? A: Pada bulan Mac 2019.”. [47] Berdasarkan soalan yang seterusnya, Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan tidak menafikan kehadiran Perayu di tempat kejadian. “Q: Semasa kamu telah sampai hadapan rumah kejadian itu di Lorong Sentral itu, ada tanya cikgu kenapa bawa datang ke rumah itu? A: Tidak Q: Adakah kamu menolak atau enggan masuk ke dalam rumah itu? Ada kamu bagi tahu kepada cikgu? A: Tidak. Q: Jadi kamu ikut cikgu masuk dalam ke rumah itu? A: Ya. Q: Kamu kata cikgu bawa kamu ke dalam sebuah bilik. Bilik di tingkat 2? A: Ya Q: Cikgu duduk sebelah kamu dekat mana? Page 28 of 44 A: Atas tilam. Q: Jadi kamu pun duduk atas tilam, cikgu pun duduk atas tilam. Selepas itu apa jadi? A: Dia meraba dan menghisap payudara saya. Q: Kamu tak buat apa pun sebab kamu pun melibatkan diri dalam apa yang dia buat itu. Kamu pun suka apa yang dia buat masa itu. Setuju? A: Tidak setuju Q: Masa OKT hisap dan raba kamu, kamu terbaring? A: Ya.”. [48] Berdasarkan soalan-soalan tersebut menunjukkan bahawa pembelaan mengakui berlakunya kejadian seperti yang dipertuduhkan. Jalur pembelaan (line of defence) yang diketengahkan bahawa kejadian tersebut berlaku dengan kerelaan SP3, sedangkan dalam kes ini, kerelaan bukanlah merupakan satu isu. [49] Pihak Perayu juga membangkitkan isu bahawa tiada keterangan DNA atau Laporan Perubatan dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan berlakunya kejadian meraba dan menghisap payudara SP3. [50] Mahkamah mendapati hujahan Perayu dalam isu ini adalah tidak bermerit kerana tiada keperluan undang-undang untuk membuktikan pertuduhan tersebut dengan cara mengemukakan DNA. [51] Mahkamah ini tidak menafikan bahawa keterangan sokongan adalah penting untuk dikemukakan di dalam satu-satu kes jika ianya perlu dikemukakan. Di dalam kes ini, pertuduhan adalah berkaitan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Page 29 of 44 Kanak 2017. Seksyen 18 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 ini telah mengecualikan keterangan sokongan. Seksyen 18 menyatakan seperti berikut: “Section 18. Evidence of child witness Notwithstanding anything contrary in any other written law, in any proceedings against any person relating to any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court may convict such person of such offence on the basis of the uncorroborated evidence of a child, given upon oath or otherwise.”. [52] Berdasarkan seksyen 18 ini, keterangan SP3 tanpa keterangan sokongan adalah mencukupi dan boleh mensabitkan Perayu. Walaupun seksyen 133A Akta Keterangan 1950 menghendaki keterangan sokongan dikemukakan bagi keterangan kanak-kanak, dan ‘rule of prudence’ menuntut keterangan sokongan bagi keterangan dalam kes seksual, Mahkamah berpendapat seksyen 18 ini memberikan Mahkamah budi bicara untuk mensabitkan tertuduh atas kesalahan yang dipertuduhkan berdasarkan keterangan kanak-kanak tanpa keterangan sokongan. [53] HMS juga mendapati bahawa SP3 dalam keterangannya telah menceritakan tentang perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Perayu terhadap dirinya pada masa kejadian tersebut. Tidak mungkin SP3 dapat memperincikan perbuatan Perayu terhadapnya sekiranya kejadian tersebut tidak berlaku. Tambahan pula, itu adalah kejadian pertama yang berlaku di antara Perayu dan SP3, kemudiannya disusuli oleh 30 episod seterusnya. [54] HMS juga mendapati SP3 juga merupakan seorang saksi yang kompeten dan dapat meyakinkan Mahkamah. Keterangan SP3 adalah kukuh dan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa sebarang Page 30 of 44 keterangan sokongan. HMS berpendapat bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang mangsa jenayah seksual tampil memberi keterangan sekiranya perkara ini hanya satu rekaan. [55] HMS juga telah membincangkan mengenai kredibiliti SP3 dan membuat dapatan bahawa gaya percakapan, perlakuan dan gerak tubuh SP3 semasa memberi keterangan secara bersumpah menunjukkan bahawa SP3 adalah seorang saksi yang jujur, berwibawa dan boleh dipercayai. [56] HMS telah menerima keterangan SP3 sebagai kredibel dan boleh dipercayai. Ini merupakan satu keputusan yang dibuat setelah melihat perwatakan dan demeanour SP3 dalam memberi keterangan. HMS berpeluang melihat perwatakan saksi dan menilai kebolehpercayaannya, maka keputusannya adalah berdasarkan pengamatan HMS sendiri. [57] Secara keseluruhannya, tidak ada sebab untuk Mahkamah meragui keterangan SP3 yang telah dengan jelas menunjukkan kejadian yang dipertuduhkan ke atas Perayu adalah benar-benar berlaku. [58] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan oleh HMS bahawa SP3 merupakan seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Tiada sebab untuk Mahkamah menolak atau tidak mempercayai keterangan SP3. [59] Mahkamah ini mendapati HMS telah membuat dapatan yang betul apabila memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan secara prima facie bahawa Perayu telah melakukan amang seksual fizikal keatas SP3 dengan meraba dan menghisap payudara SP3 bagi maksud seksual. [60] Dapatan HMS tersebut adalah berdasarkan fakta dan keterangan SP3 yang telah diberikan secara terperinci di Mahkamah mengenai perlakuan Perayu yang telah meraba dan menghisap payudaranya Page 31 of 44 semasa SP3 dibawa ke dalam sebuah bilik di rumah tempat kejadian pada awal bulan Mac 2019. [61] SP3 dalam Pemeriksaan Utama mengesahkan bahawa Perayu bukan sekadar meraba dan menghisap payudara, tetapi telah melakukan lebih jauh dari itu, iaitu Perayu telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3. [62] Selanjutnya semasa Pemeriksaan Balas (rujuk Rekod Rayuan jilid 1 mukasurat 47 – 68) soalan-soalan yang diajukan kepada SP3 bukan setakat mengesahkan lagi perbuatan Perayu yang meraba dan menghisap payudara SP3 malah turut mengesahkan bahawa berlakunya persetubuhan antara Perayu dan SP3. [63] Mahkamah memetik soalan oleh Peguam bela dan jawapan SP3 berkaitan persetubuhan seperti berikut (rujuk muka surat 63 – 64):- “Q: Masa dia buka panties itu keadaan dia macamana? Dia melutut atas lantai. Masa OKT melutut atas lantai, kamu terbaring macam ini, kamu boleh tendang kan? Boleh tapi tidak sampai. Lepas itu apa dia buat? Lepas dia buka semua itu, dia terus naik atas badan saya. Masa itu apa kamu buat? A; Saya tak boleh bergerak. Lepas itu apa jadi? Dia masukkan kemaluan dia, selepas dia masukkan kemaluan dia, dia buang air mani atas perut saya. [64] HMS di dalam Alasan Penghakimannya telah menyentuh hujahan pembelaan yang menyatakan bahawa wujudnya percanggahan Page 32 of 44 dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya SP3. Percanggahan tersebut adalah berkaitan Laporan Polis Pertama dan Laporan Polis Pembetulan yang menunjukkan bahawa SP3 telah dirogol oleh Perayu, tetapi pertuduhan adalah berkaitan amang seksual. [65] Mahkamah ini setuju dengan pandangan HMS bahawa laporan polis adalah bertindak sebagai satu medium untuk memulakan siasatan. Keterangan yang penuh akan diberikan semasa perbicaraan. [66] Selanjutnya pembelaan juga berhujah bahawa kredibiliti SP3 adalah diragui kerana SP3 membuat laporan polis untuk menarik balik laporan yang pertama. Laporan polis yang kedua untuk menarik balik laporan pertama dibuat selepas 3 bulan Perayu dituduh. [67] Mengenai kredibiliti SP3, HMS mendapati kredibiliti SP3 sebagai saksi adalah tidak terjejas. SP3 telah memberi penjelasan bahawa beliau membuat laporan polis kedua (D12), kerana terdapat penyelesaian secara muafakat dan harmoni di luar Mahkamah, dan tidak mahu memanjangkan perkara tersebut tambahan pula ianya melibatkan maruah diri dan keluarga SP3. [68] Mahkamah ini mendapati di dalam laporan polis kedua (D12), SP3 tidak menafikan berlakunya perkara seperti yang dilaporkan di dalam P8. Apa yang dinyatakan di dalam D12 hanyalah ingin menarik balik P8. Walaupun SP3 membuat laporan D12, beliau tetap hadir ke Mahkamah memberi keterangan yang jelas menunjukkan bahawa telah berlakunya kejadian seperti yang dipertuduhkan ke atas Perayu. [69] Adalah tidak dinafikan bahawa di dalam setiap perbicaraan, percanggahan dalam keterangan saksi-saksi tidak dapat dielakkan. Page 33 of 44 Namun, Mahkamah perlu melihat adakah percanggahan tersebut material dan substantial sehingga boleh menimbulkan keraguan pada kes pendakwaan dan memprejudiskan kes pembelaan (Rujuk kes Desilva v. PP [1964] MLJ 81; Khoon Chye Hin v. Public Prosecutor [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105b; Mohamed Alias v. PP [1981] CLJU 200; [1981] 1 LNS 200; [1983] 2 MLJ 172; Pie Bin Chin v. PP [1983] CLJU 70; [1983] 1 LNS 70; [1985] 1 MLJ 234; Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289; Razali Silah v. PP [2019] CLJU 1508; [2019] 1 LNS 1508). [70] Mahkamah ini menerima dapatan HMS bahawa SP3 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai dan tiada percanggahan substantial dalam keterangannya. Jikapun ada, ianya bukanlah percanggahan yang material hingga boleh menjejaskan atau meruntuhkan keseluruhan kes pendakwaan terhadap Perayu. [71] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mohamed Alias v. PP (supra), Charles Ho J (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: "... The fact that there are discrepancies in a witness' testimony does not straight-away make him an unreliable witness and make the whole of his evidence unacceptable. It is open to the court having observed the demeanour of the witness and after careful consideration of such discrepancies to accept parts of the witness' evidence if it considers them to be true. It is important, in my view, for the trial Magistrate to state clearly whether the testimony of a certain witness whom he or she considers as unreliable is to be disregarded completely. In considering the discrepancies the court should take into account the educational background and experience of the witness and whether the witness is describing events which Page 34 of 44 have taken place recently or a long time ago and the demeanour.". [72] Manakala dalam kes Andy Bagindah v. PP (supra), Shaik Daud Ismail JCA (pada ketika itu) yang menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan:- "[2] It was for the trial judge to consider whether the discrepancies and contradictions in the evidence of the prosecution's witnesses were material. Since the trial judge had found that they were not, an appellate court, not having seen and heard the said witnesses, should not interfere with his findings on their credibility.". [73] Berdasarkan penelitian ke atas keterangan SP3 dan berpandukan keputusan yang dinyatakan di dalam kes-kes yang tersebut di atas, adalah jelas bahawa keterangan SP3 adalah tidak bercanggah dengan keterangan mana-mana saksi pendakwaan yang lain dan juga tidak bercanggah dengan laporan-laporan polis (P8 dan D12) yang telah dibuat sepertimana yang dihujahkan oleh pihak Perayu. [74] Mengenai laporan polis dan keterangan lisan SP3 bahawa beliau juga telah dirogol oleh Perayu, tetapi Perayu tidak dituduh di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. Dalam perkara ini Mahkamah menyatakan bahawa Pihak Pendakwaan mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap Perayu. Mahkamah ini bersandarkan kepada budi bicara Pendakwa Raya yang dinyatakan di bawah seksyen 376 KTJ dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. [75] Kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya dalam mengemukakan suatu pertuduhan adalah tertakluk kepada undang- Page 35 of 44 undang dan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Mahkamah ini merujuk seksyen 3 KTJ yang menyebut: - "All offences under the Penal Code shall be inquired into and tried according to the provisions hereinafter contained, and all offences under any other law shall be inquired into and tried according to the same provisions: subject however to any written law for the time being in force regulating the manner or place of inquiring into or trying such offences." [76] Di dalam kes Public Prosecutor v. Datuk Harun bin Haji Idris & Ors [1976] CLJU 180; [1976] 1 LNS 180; [1976] 2 MLJ 116, Hakim Abdoolcader menyentuh mengenai budi bicara Pendakwa Raya seperti berikut:- "Conduct' in Article 145(3) cannot but refer to the conduct of prosecutions in court, as it indeed appears ipsissimis verbis in section 377 of the Code. And 'control and direction' in section 376(i) of the Code is in respect of all criminal prosecutions and proceedings, and not of criminal procedure or the jurisdiction of the courts. 'Conduct' of criminal prosecutions and proceedings in Article 145(3) cannot connote the regulation of criminal procedure or of the jurisdiction of the courts or the power or discretion to do so. Any contrary contention would in effect in my view be tantamount to the suggestion of the Public Prosecutor arrogating to himself the legislative powers vested in Parliament under Item 4 and in particular paragraph (b) thereof in List I (Federal List) in the NinthSchedule to the Constitution, with perhaps also the not inconceptible resultant intrusion or at least a more than peripheral incursion into the sphere of Article 121(1) of the Constitution which provides that the judicial power of the Federation is vested intwo High Courts and in such inferior courts as may be provided by federal law - namely, the Subordinate Page 36 of 44 Courts Act, 1948 which specifies the subordinate courts and their respective civil and criminal jurisdiction." Elemen Keempat: Perayu mempunyai hubungan amanah dengan [77] Elemen keempat ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 16 (1) Akta 792, iaitu berdasarkan keterangan lisan oleh saksi-saksi pendakwaan dan juga keterangan dokumentari iaitu Laporan Prestasi OKT (ekshibit P13) dan juga Surat pengesahan bekas murid SMK Tun Hussein Onn (Ekshibit P14). [78] Mahkamah ini mendapati bahawa semasa perbicaraan, SP3 telah dapat camkan Perayu secara positif sebagai guru Pendidikan Seni yang mengajarnya semasa di tingkatan 3 dan tingkatan 4. SP3 juga sahkan bahawa Perayu ialah orang yang telah meraba dan menghisap payudara beliau. [79] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa di akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie keempat-empat elemen Pertuduhan tersebut. [80] Mahkamah mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dan memanggil Perayu untuk membela diri. Page 37 of 44 Isu kedua: sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan Isu Ketiga: sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Perayu di akhir kes bagi Pertuduhan tersebut; [81] Di peringkat pembelaan, Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan hanya Perayu seorang sahaja dipanggil sebagai saksi pembelaan. Keterangan Perayu (SD1) boleh dilihat di muka surat 100 hingga 115 dalam Rekod Rayuan Jilid 2. Pembelaan yang dikemukakan oleh perayu dan diringkaskan oleh HMS seperti berikut: OKT sejak dari awal telah menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. OKT tidak menafikan perhubungannya dan SP3 sebagai seorang guru dan murid. OKT mengakui yang SP3 tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya di sekolah dan OKT mengakui bahawa SP3 memanggilnya dengan panggilan “abang”. OKT menafikan berada di tempat kejadian dan tidak pernah pergi ke rumah tempat kejadian. Dapatan HMS di akhir kes pembelaan [82] HMS mendapati keterangan Perayu hanyalah penafian semata-mata dan bersifat pemikiran terkemudian (afterthought) serta tidak mencukupi untuk membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tambahan pula pembelaan yang ditimbulkan tidak pernah dikemukakan di peringkat pendakwaan. Page 38 of 44 [83] Mahkamah mendapati bahawa HMS telah mempertimbangkan keseluruhan pembelaan Perayu walaupun membuat keputusan bahawa pembelaan tersebut semata-mata penafian. Dapatan HMS yang tersebut adalah berasas kerana tiada saksi dikemukakan oleh pembelaan untuk mengatakan bahawa Perayu berada di tempat lain pada masa kejadian berlaku dan Perayu tidak melakukan perbuatan seperti yang dipertuduhkan. [84] Semasa SP3 disoal balas, tiada sebarang cadangan diajukan kepada SP3 bagi menafikan kehadiran Perayu di tempat kejadian. Pihak pembelaan juga tidak mengemukakan Notis Alibi untuk menyangkal kehadiran Perayu di tempat kejadian. [85] HMS telah membuat pemerhatian ke atas Perayu semasa dia memberi keterangan, dan beliau mendapati Perayu berdolak dalih menjawab soalan khususnya semasa disoal balas. Perayu hanya menafikan perbuatannya ke atas SP3. [86] HMS telah menganalisis dan memberi pertimbangan yang sepenuhnya terhadap keterangan pembelaan dan mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap Perayu di atas pertuduhan yang dihadapinya. [87] Mahkamah ini meneliti keterangan Perayu, dan bersetuju dengan dapatan HMS bahawa segala keterangan dan pembelaan Perayu hanyalah bersifat rekaan, penafian kosong dan merupakan suatu fikiran terkemudian (afterthought). Tambahan pula pembelaan tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan. [88] Pembelaan yang dikemukakan adalah semata-mata untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan yang dihadapinya. Sebahagian Page 39 of 44 besar jawapan yang diberikan oleh Perayu semasa Pemeriksaan Balas hanyalah “Tidak”, “Tidak tahu” dan “tidak pasti”. [89] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa penafian semata-mata tidak boleh menepis(dislodge) kes pendakwaan (lihat DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). [90] Mahkamah ini juga mendapati keputusan HMS yang mendapati Perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut dibuat setelah beliau mengambil kira kesemua keterangan yang telah dikemukakan di sepanjang perbicaraan berlangsung adalah betul, tepat dan selaras dengan seksyen 182A KTJ yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Procedure at the conclusion of the trial 182A. (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.