i
(i) that there was a robbery committed by the appellant;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/57d1043b-9d7d-44d9-9897-4753c6715016
Court of Appeal of Malaysia15 Jan 2019W-05(M)-459-10/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nment for the duration of natural life in certain specified offences, such as, for example, s. 130A of Penal Code in relation to offences against the State under Chapter VI of the Penal Code, and the Arms Act 1960. It is now firmly established that 'law' in the context of such constitutional provisions as Articles 5, 8”
“personal liberty except according to procedure established by law' in contrast to the latter which makes no mention of the word 'procedure'. In any event notwithstanding the provisions of s. 3 of the Criminal Justice Ordinance 1953 which provide that a sentence of imprisonment for life shall be deemed for all purposes”
“ion of natural life as provided under s. 4 of the 1971 Act read with the s. definition of life imprisonment as amended by Act A256/1974 is unconstitutional and violates art. 5(1) and art. 8(1) of the Federal Constitution.” 18 Diputuskan: “For ease of reference, art. 5(1) of the Federal Constitution provides that no per”
“ia [1978]AIR SC 597 which held that a statute which merely prescribes some kind of procedure for depriving a person of his life or personal liberty cannot ever meet the requirements of art. 21 of the Indian Constitution, and that the procedure prescribed by law has to be fair, just and reasonable, not fanciful, oppress”
“riminal Justice Ordinance 1953 which provide that a sentence of imprisonment for life shall be deemed for all purposes to be a sentence of imprisonment for twenty years and the amendments made to the Penal Code to substitute provisions for imprisonment for life with imprisonment for a term which may extend to twenty ye”
“an keadaan kes itu sendiri (rujuk kes State of Kerala Versus Rajappan Nair (1987) 1 MLJ (Crl) 180; dan, Venu @ Venugopal and Ors v State of Karnataka [2008] INSC 117). G.L. Peiris dalam buku Offences Under The Penal Code of Sri Lanka, menyentuh isu ini di muka surat 446 begini: “The purpose for which force is resorted”
“nothing arbitrary, fanciful or oppressive in the legislatively defined sentence for the specific offence in question committed under the 1971 19 Act. Lord Diplock said in Hinds & Ors. v. The Queen [1977] AC 195 (at page 221): In the exercise of its legislative power, Parliament may, if it thinks fit, prescribe a fixed”
“hose fundamental rules of natural justice that had formed part and parcel of the common law of England that was in operation at the commencement of the Constitution (Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1981] AC 648 (at page 670)). We can see nothing in the statutory provision sought to be impugned before us to infringe”
“that includes all persons who are similarly placed with respect to the purpose of the law. We would refer in elaboration and support to the decision of this Court in Public Prosecutor v. Lau Kee Hoo [1983] CLJ 336 (Rep) and also to Maru Ram referred to earlier. We accordingly at the conclusion of argument before us ans”
“ditentukan secara keseluruhan berdasarkan fakta dan keadaan kes itu sendiri (rujuk kes State of Kerala Versus Rajappan Nair (1987) 1 MLJ (Crl) 180; dan, Venu @ Venugopal and Ors v State of Karnataka [2008] INSC 117). G.L. Peiris dalam buku Offences Under The Penal Code of Sri Lanka, menyentuh isu ini di muka surat 446”
“fences against the State under Chapter VI of the Penal Code, and the Arms Act 1960. It is now firmly established that 'law' in the context of such constitutional provisions as Articles 5, 8 and 13 of the Constitution refers to a system of law which incorporates those fundamental rules of natural justice that had formed”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-459-10/2017 ANTARA FAIROZ AZMAN BIN AMIRONZUKI … PERAYU DENGAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Jenayah di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: 45D-4-01/2017 Antara Pendakwa Raya Dengan Fairoz Azman Bin Amironzuki) KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Rayuan ini telah dikemukakan oleh Fairoz Azman Bin Amironzuki (perayu) mencabar keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 27.9.2017 yang, setelah dibicarakan, mendapati perayu bersalah dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman mati terhadapnya atas tuduhan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),1971 (FIPA). Pertuduhan tersebut menyatakan: “Bahawa kamu pada 7 Ogos 2016, jam lebih kurang 5.40 petang, di Premis Petroniaga Mesra Services, Lot PT 2686, Mukim Stapak, Jalan Genting Kelang, dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada Tarikul Islam Tarak. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), 1971, yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.” Terkilan dengan keputusan di atas, perayu telah merayu ke Mahkamah ini. [2] Setelah mempertimbangkan penghujahan kedua-dua pihak dan keterangan yang dibentangkan dalam rekod rayuan, kami telah menolak rayuan ini. Berikut ialah alasan kami memutuskan sedemikian. Fakta Kes [3] Ringkasnya, kes pendakwaan mendedahkan pada 7.8.2018 lebih kurang pukul 5.30 petang mangsa, iaitu Tarikul Islam Tarik (Tarikul) dan rakannya Abdullah Bin Md Khalid (digelar dengan panggilan Khalid), 3 kedua-duanya warga Bangladesh, sedang bertugas di kaunter juruwang Stesyen Minyak Petronas iaitu di Premis Petroniaga Mesra Services, Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur (premis Petroniaga). Pada ketika itu secara tiba-tiba perayu telah memasuki premis Petroniaga berkenaan dan terus mengacukan sepucuk senjata pistol ke arah Khalid serta mengarahnya untuk menyerahkan wang tetapi Khalid enggan menurut. Ini telah menyebabkan perayu terus memasuki ke dalam kaunter dan mengambil wang hasil daripada jualan kad pra-bayar dan kad Touch n go yang berada di bawah kaunter. Ketika perayu sedang berada di bawah kaunter tersebut, Tarikul, dengan tujuan untuk menggagalkan perbuatan perayu, telah bertindak memeluk perayu dari arah belakang. Ini telah mencetuskan satu pergelutan yang sengit antara mereka. Semasa pergelutan itu tiga das tembakan telah dilepaskan oleh perayu yang salah satu daripadanya telah mengenai bahagian pinggang kiri Tarikul. Akibat tembakan itu Tarikul telah mengalami luka bersaiz lebih kurang 2 mm di bahagian hadapan dan 5 mm di bahagian belakang (Rujuk P24). Bagaimanapun, akhirnya perayu berjaya juga diberkas oleh Tarikul dengan dibantu oleh rakan sekerjanya iaitu Khalid dan Hussain Alamgiz, serta orang awam iaitu Ahmad Shafie bin Zainal Abidin, SP12, seorang tentera, dan Muhammad Syawal Bin Osman (SP5). Perayu berserta senjata pistol jenis revolver .32 (P14), kemudiannya diserahkan kepada Kpl Zul Azri Bin Idris (SP11), anggota polis ronda yang telah tiba di situ. Insiden ini telah juga dirakam melalui CCTV di Stesyen Minyak berkenaan. [4] Senjata pistol revolver berkaliber .32 (P14) berserta peluru berkaliber .32 yang digunakan dan dirampas daripada perayu telah disahkan oleh SP6, Inspektor Mohd Riyadh Solihin bin Abdul Rahim, 4 Inspektor Siasatan Balistik 2, Unit Balistik, dan SP7, Inspektor Somchard a/l Den Sed, Juruanalisis Seksyen Balistik Makmal Forensik PDRM, sebagai senjata api dan peluru yang boleh berfungsi dengan baik (serviceable) dan merupakan senjata api yang telah melepaskan tiga das tembakan semasa kejadian. Keputusan D Akhir Kes Pendakwaan [5] Setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan dan penghujahan kedua-dua pihak, Hakim bicara yang bijaksana telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 3 FIPA iaitu: perayu telah melakukan kesalahan berjadual iaitu rompakan (kesalahan di bawah Jadual 1, FIPA); perayu semasa melakukan rompakan tersebut telah melepaskan tembakan melalui senjata api jenis revolver berkaliber .32 (P14) yang telah disahkan oleh SP6 dan SP7 (melalui laporan P13 dan P22) sebagai senjata api yang boleh berfungsi dengan baik (serviceable) dan telah digunakan untuk melepaskan tembakan pada masa berkenaan; dan, perayu berniat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan ke atas mangsa apabila melepaskan tembakan tersebut. Selaras dengan peruntukan seksyen 180 (3) Kanun Prosedur Jenayah sepertimana yang diperjelaskan dalam kes Looi Kow Chai v PP (2003) 2 MLJ 65, PP v Mohd Radzi Abu Bakar
subsection
(2006) 1 CLJ 457 dan Magendran Mohan v PP (2001) 1 CLJ 805, Hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membangkitkan satu kes prima facie terhadap perayu. Perayu dengan itu diarahkan untuk membela diri. 5 Kes Pembelaan [6] Teras pembelaannya, perayu mengakui melakukan rompakan tersebut namun tembakan yang dilepaskan itu adalah secara tidak sengaja dan tidak diniatkan untuk mencederakan sesiapa jua. Perayu mengakui memasuki premis berkenaan untuk merompak dengan bersenjatakan sepucuk pistol yang dalam keadaan sedia-cekah (“cocked”). Perayu kemudian telah ke kaunter juruwang dan sempat mengambil wang sejumlah RM 20.00. Bagaimanapun, semasa perayu cuba mengambil tabung berisi wang di bawah kaunter juruwang tersebut, salah seorang pekerja di situ telah menangkap, memeluknya dari belakang dan menariknya keluar dari kawasan kaunter berkenaan. Susulan itu, telah berlakunya pergelutan, dan semasa perayu dihentak ke lantai jarinya tertarik picu pistol menyebabkan tembakan pertama berlaku. Tembakan kedua dan ketiga kemudiannya berlaku apabila tangan perayu ditarik dengan kuat oleh pekerja Petronas. Perayu sempat membuang pistol berkenaan sebelum menyerah diri dan diikat tangannya. Dalam percakapan beramarannya perayu menyatakan dia telah melepaskan tembakan tersebut secara tidak sengaja dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa. Keputusan Di Akhir Perbicaraan [7] Setelah mempertimbangkan secara tuntasnya pembelaan perayu dengan kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, Hakim bicara mendapati perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Hakim bicara antara lain mendapati perayu tidak menafikan dan mengakui: niatnya untuk merompak kedai berkenaan; membawa dan memegang senjata 6 api jenis revolver berkaliber .32, P14, semasa memasuki kedai berkenaan; dan, menarik pemukul (hammer) senjata api itu dalam mode standby (sedia-cekah) untuk memudahkan tembakan. Dalam keadaan sedemikian, pembelaan perayu bahawa tembakan yang dilepaskan semasa kejadian rompakan itu tidak sengaja dilakukan dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa tidak dapat diterima dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Dengan itu perayu didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 3, FIPA. Hujahan Perayu [8] Dalam menyokong rayuannya, peguam perayu yang terpelajar telah menimbulkan dua isu utama dalam mencabar keputusan Hakim bicara. Isu pertama melibatkan kegagalan pendakwaan dalam membuktikan dua daripada tiga inti pati kesalahan; manakala isu kedua pula melibatkan isu baru iaitu seksyen 3 FIPA tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Isu Pertama: Kegagalan membuktikan dua inti pati kesalahan [9] Peguam terpelajar mendakwa Hakim bicara telah dengan nyata terkhilaf apabila memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua inti pati kesalahan di akhir kes pendakwaan. Peguam bersetuju bahawa pendakwaan perlu membuktikan inti pati yang berikut untuk membangkitkan satu kes prima facie terhadap perayu iaitu: (a) kewujudan satu rompakan yang dilakukan oleh perayu (inti pati pertama); (b) semasa melakukan rompakan tersebut perayu telah melepaskan tembakan (inti pati kedua); dan (c) perayu bertindak 7 sedemikian dengan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan kepada Tarikul (inti pati ketiga). Namun, secara terasnya, peguam terpelajar menegaskan Hakim bicara telah terkhilaf dalam membuat penentuan ke atas inti pati kedua dan ketiga apabila gagal mengambil kira keseluruhan keterangan terutamanya kepincangan dalam keterangan P33 dan P34 kerana menurut kehendak peruntukan seksyen 3 FIPA sepertimana yang diperjelaskan dalam kes Ong Poh Cheng v PP [1998] 4 CLJ 1 (MR), PP v Ong Poh Cheng [1996] 1 CLJ 501 (MT), dan Low Soo Song v PP [2009] 3 CLJ 309 (MP), tembakan berkenaan hendaklah dilepaskan atau dilakukan semasa perayu melakukan rompakan dan bukan, seperti mana dalam kes ini, setelah rompakan berlaku. Tambahan lagi, dan berdasarkan keterangan P34, kejadian pergelutan dan tembakan berlaku semasa perayu sedang melarikan diri setelah selesai melakukan rompakan. Selanjutnya, Hakim bicara terkhilaf lagi apabila gagal mengambil kira bahawa dalam keadaan kes ini tembakan yang dilepaskan itu merupakan sesuatu yang tidak disengajakan akibat suasana pergelutan yang sengit antara perayu dengan Tarikul. Didakwa lagi bahawa picu (trigger) pistol berkenaan telah antara lain tertarik dan tertembak, iaitu accidental firing, disebabkan oleh hentakan ketika terjatuh semasa pergelutan tersebut. Tanpa keterangan lanjut dikemukakan oleh pihak pendakwaan mengenai kekuatan yang diperlukan bagi pelepasan sesuatu tembakan bagi pistol jenis ini, kesimpulan yang munasabah yang seharusnya dibuat oleh Hakim bicara ialah tembakan tersebut jelas tidak diniatkan dan kecederaan yang menimpa Tarikul bukanlah satu perbuatan yang disengajakan. 8 [10] Setelah mempertimbangkan penghujahan semua pihak dan menghayati keterangan dalam rekod rayuan dengan teliti, kami berpendapat dakwaan peguam mengenai kekhilafan yang dikatakan dilakukan oleh Hakim bicara adalah tidak tepat dan tidak bermerit. Bagi memperjelaskan saranan ini, wajar diperturunkan terlebih dahulu peruntukan-peruntukan FIPA yang berkaitan. Seksyen 3 FIPA menyatakan: “3. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum mati walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya.” (Tekanan diberikan) Manakala melepaskan tembakan ditakrifkan seperti yang berikut: “2. “melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan.” Tidak dinafikan rompakan ialah salah satu daripada kesalahan berjadual yang disenaraikan dalam Jadual 1 FIPA. [11] Dalam kes Low Soo Song v PP, supra, Mahkamah Persekutuan telah menggariskan apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan iaitu: “[12] What the prosecution had to prove for the offence under s. 3 against the appellant were:
i
(i) that there was a robbery committed by the appellant;
subparagraph
(ii) that the appellant at the time of his committing the robbery discharged a firearm; and
subparagraph
(iii) that the appellant intended to cause death or hurt to some person. Be it noted that even if no hurt was caused by the discharge of the firearm, it is of no consequence to the offence. 9 [13] The wordings of s. 3 of the Act, in particular, "any person who at the time of his committing... a scheduled offence discharges a firearm" clearly means that the prosecution must prove that it was the appellant who committed the act of robbery and had discharged a firearm whilst committing the offence. Jeffrey Tan JC (as he then was) in Public Prosecutor v. Ong Poh Cheng [1996] 1 CLJ 501 had the opportunity to interpret the phrase "at the time of his committing" at p. 510: That s. 3 is a penal provision is beyond any argument, and its meaning, giving it a strict interpretation, as is the rule, to penal provisions, must therefore be narrowly construed. The natural meaning of the words 'at the time of his committing the offence' emphasizes the time of the commission of the offence and specifies the discharge of a firearm before the completion of a scheduled offence. The choice in the language - the present participle - was deliberate and reflected the legislature's intention to have severely punished the commission of a scheduled offence, but only if a firearm was discharged during but not after the offence. (emphasis added) In our judgment, the learned judicial commissioner's interpretation of the phrase is correct. It may be noted that Ong Poh Cheng's case went on appeal to the Court of Appeal and the High Court's decision was upheld (see [1998] 4 CLJ 1) and a further appeal to the Federal Court (Wan Adnan CJ (Malaya), Dr. Zakaria Yatim FCJ, Chan Nyarn Hoi JCA) was dismissed vide Mahkamah Persekutuan Rayuan Jenayah No. 05-9-98 (P) dated 24 November 1998. However, there was no written judgment of the Federal Court.” [12] Selanjutnya, dalam skema perundangan ini, kami berpendapat bahawa peruntukan seksyen 3 FIPA yang berkaitan dengan kesalahan berjadual iaitu rompakan, yang merupakan kesalahan curi yang lebih berat, terutamanya ungkapan “pada masa melakukan sesuatu kesalahan berjadual” hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan seksyen 390 (kesalahan rompakan), Kanun Keseksaan, yang antara lain, menyatakan: 10 “390. Rompakan
subsection
(1) Dalam segala rompakan ada kesalahan mencuri atau pemerasan.
subsection
(2) Kesalahan mencuri ialah “rompakan”, jika, dengan tujuan hendak melakukan curi, atau pada melakukan curi itu, atau pada membawa lari atau mencuba membawa lari harta yang didapati dengan jalan kesalahan itu, pesalah itu, bagi maksud itu, dengan sengaja menyebabkan atau mencuba menyebabkan kepada mana-mana orang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau ketakutan bahawa pembunuhan serta merta, atau cedera serta merta, atau halangan salah serta merta akan berlaku.” (Tekanan diberikan) [13] Dalam kes rayuan ini, peguam tidak menafikan telah berlakunya rompakan, satu kesalahan berjadual, dan telah juga berlaku tembakan dilepaskan daripada pistol P14 yang telah menyebabkan kecederaan kepada Tarikul. Selaras dengan skema perundangan di atas, pengakuan ini mempunyai implikasi kritikal kepada rayuan ini. Kami akan sentuh isu ini kemudian. [14] Berkait dengan isu tembakan telah dilepaskan selepas rompakan selesai dilakukan yang dibangkitkan oleh peguam, persoalannya adalah bilakah bermulanya dan berakhirnya sesuatu rompakan itu? Memandangkan kesalahan rompakan merupakan kesalahan curi yang melibatkan penggunaan kekerasan (force) yang lebih berat (aggravated theft) sudah semestinya, dalam skema perundangan yang dinyatakan lebih awal tadi, di samping ciri-ciri rompakan dalam seksyen 390 Kanun Keseksaan demi memperjelaskan skop seksyen 3 FIPA, yang melibatkan penggunaan dan pelepasan tembakan daripada senjata api, rompakan boleh bermula daripada masa kesalahan curi itu diniatkan 11 dilakukan atau cubaan dilakukan dan boleh berakhir pada masa membawa lari atau cubaan membawa lari harta yang dicuri itu. Bagaimana pun, untuk menentukan tempoh masa ini dengan tepat dan jitu merupakan sesuatu yang mustahil memandangkan kesalahan ini melibatkan suasana keadaan yang tegang dan pelbagai dan oleh itu setiap kes hendaklah ditentukan secara keseluruhan berdasarkan fakta dan keadaan kes itu sendiri (rujuk kes State of Kerala Versus Rajappan Nair (1987) 1 MLJ (Crl) 180; dan, Venu @ Venugopal and Ors v State of Karnataka [2008] INSC 117). G.L. Peiris dalam buku Offences Under The Penal Code of Sri Lanka, menyentuh isu ini di muka surat 446 begini: “The purpose for which force is resorted to by the accused is a consideration that has received emphasis in the case law. These cases demonstrate the scope of the offence and, in particular, enable demarcation of the limits of liability for robbery by reference to the objective underlying recourse to violence. The facts of Saviel v Juan Appu ((1910)2 Cur.I.R 114) were that A, who had committed theft of a purse from B, was seized by C and attempted at this stage to stab C. The question was whether A had committed robbery. In answering this question in the affirmative, Wood Renton J. Said: “ The whole incident formed a single transaction, and the violence was offered by the accused in order to get away safely with the stolen property. The accused committed the offence of robbery as against the complainant, in spite of the fact that the original taking of the purse took place under circumstances which, if they had stood alone, would only have amounted to theft”. In this case it was the fact that C attempted to recover the purse from A soon after the commission of the theft, that enabled the court to hold that the sequence of events could be viewed as a single transaction. The conclusion that the offence of robbery had been committed, was justified on the basis that force was applied for one of the purposes adverted to in the definition.” [15] Dalam rayuan ini, peguam terpelajar menyatakan pada masa tembakan dilepaskan, perayu sedang melarikan diri setelah rompakan 12 selesai dilakukan. Hujahan ini amat meleset sekali dan tidak disokong oleh fakta jelas dalam kes ini. Peguam seolah-olah membuat garisan muktamad tertentu tentang bilakah rompakan itu berlaku dan bilakah rompakan itu tamat atas dasar yang di luar skema perundangan ini. Pada hemat kami, keseluruhan peristiwa di sini hendaklah dilihat sebagai satu transaksi. Tidak dinafikan perayu memasuki premis dengan tujuan untuk merompak dengan menggunakan senjata api. Fakta juga menunjukkan semasa perayu sedang hendak mengambil wang di bawah kaunter juruwang, dia telah dipeluk dari belakang oleh Terikul dengan tujuan untuk membanteras perbuatannya. Apa yang jelas daripada keterangan P33 dan P34, akibat daripada tindakan Tarikul itu, yang kemudiannya dibantu juga oleh rakan-rakannya, pergelutan sengit telah berlaku dan ini telah mengheret semua mereka keluar dari kawasan dalam kaunter juruwang berkenaan. Apa yang jelas perayu telah cuba diberkas semasa hendak mengambil barangan atau wang di bawah kaunter dan tembakan dilepaskan oleh perayu semasa pergelutan dalam usaha untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman Tarikul. Semua ini berlaku semasa rompakan sedang dilakukan dan masih dalam kawasan premis berdekatan dengan kaunter bayaran. Dilihat secara keseluruhan, semua transaksi ini membentuk satu transaksi dan tembakan yang dilepaskan adalah amat jelas semasa sedang melakukan rompakan. Tidak timbul langsung isu setelah rompakan telah selesai dilakukan dan semasa perayu sedang melarikan diri. Kami mendapati Hakim bicara telah menilai dan mempertimbangkan kedudukan ini secukupnya dan tidak melakukan apa jua kekhilafan untuk mewajarkan campur tangan kami. 13 [16] Peguam cuba bergantung pada kes Low Soo Song v PP, supra dan Public Prosecutor v. Ong Poh Cheng, supra untuk menyokong hujahannya. Bagaimana pun, kami mendapati fakta dan keadaan kes-kes tersebut amat berbeza dan tidak terpakai di sini. Dalam kes Low Soo Song v PP, supra, tertuduh telah didapati tidak melakukan rompakan dan tidak melepaskan tembakan terhadap mangsa sama ada di luar atau di dalam rumah semasa melakukan rompakan kerana itu telah dilakukan oleh rakan sejenayahnya. Oleh sebab pendakwaan terhadapnya tidak berlandaskan niat bersama di bawah seksyen 34 KK, maka tertuduh tidak boleh dikaitkan dan bertanggungan secara bersama dengan tindakan rakan sejenayahnya. Manakala dalam kes Public Prosecutor v. Ong Poh Cheng, supra, tembakan dilepaskan di luar premis kedai pengadu setelah rompakan telah dilakukan. Tembakan di situ dilepaskan bukan bagi tujuan rompakan tetapi terhadap pihak polis semasa bertembung di luar premis rompakan dan semasa hendak melarikan diri, satu perbuatan yang didapati berasingan dan tiada kaitan dengan rompakan kedai pengadu. Fakta kedua-dua kes adalah jauh berbeza dengan kes dalam rayuan ini dan tidak menyokong hujahan peguam terpelajar. [17] Tambahan lagi, kami juga tidak bersetuju bahawa tembakan yang dilepaskan itu (dalam kes rayuan ini) tiada kaitan dengan rompakan yang dikatakan telah selesai dan perayu dalam proses melarikan diri. Terbantutnya sesuatu rompakan dek tindakan balas daripada mangsa masih meletakkan perbuatan itu dalam ungkapan semasa melakukan atau cubaan untuk melakukan rompakan. Untuk menyatakan sebaliknya, akan bertentangan dengan tujuan yang mendasari kesalahan di bawah seksyen 3 FIPA. Sebagai perbandingan, fakta dan 14 keputusan kes State of Kerala v. Rajappan Nair (1987) 1 MLJ (Crl) 180 boleh dirujuk sebagai panduan bermanfaat. Kes ini menyatakan: “19. The Section does not say that resistance of the victim is necessary or that the acts or any of them mentioned therein should be in order to overcome the resistance. So far as necessary for the purpose of the facts of the present case alone robbery defined in the Sections could be stated thus: “Theft is ‘robbery’ if, in order to the committing of the theft, the offender, for that end voluntarily causes hurt” If the interpretation of the Sessions Judge is accepted even in such a case the offence will not be robbery for the simple reason that in carrying or attempting to carry away the stolen property the offender had no occasion to use force because of the incapacity of the victim to resist on account of the hurt inflicted on him in order to the committing of the theft. If that view is accepted, there must be repetition of resistance and commission of the offences at every stage of the crime. That is not what the section contemplates.
section
20. Courts cannot read into the Section something which is not there and which the legislature did not intend. If a man voluntarily causes hurt to another not in order to commit theft but thereafter he commits theft to something found it may not be robbery because voluntarily causing hurt was not “in order to the committing of the theft, or in committing the theft” or“for that end”. But in a case where one voluntarily causes hurt to another solely in order to commit theft and for that end to do away with the possible resistance and commits theft I think it will be robbery. Before getting opportunity for resistance if the victim is overpowered or assaulted and made incapable of resistance only for the purpose of committing theft and thereafter theft was committed or stolen properly was carried away without resistance it can only be robbery. Causing hurt for preventing possible or anticipated resistance in order to commit theft and for that end and then committing theft is nothing short of robbery.” [18] Sepertimana dibayangkan di atas, harus diingati bahawa peguam terpelajar dalam penghujahannya mengakui perayu telah melakukan rompakan. Berdasarkan inti pati kesalahan rompakan, yang merupakan 15 antara lain, kesalahan mencuri dalam bentuk penggunaan kekerasan yang lebih berat sepertimana diperjelaskan dalam banyak kes, perbuatan menyebabkan atau untuk menyebabkan kecederaan ke atas mangsa sudah semestinya semasa melakukan curi berkenaan. Hujahan peguam bela bahawa kecederaan yang disebabkan daripada tembakan pistol perayu tidak berlaku semasa rompakan dan tidak diniatkan atau tidak disengajakan jelas bertentangan dengan pengakuan bahawa rompakan telah dilakukan oleh perayu. Sepertimana yang telah diperjelaskan, kesalahan merompak di bawah seksyen 3 PIPA merupakan kesalahan yang lebih berat yang mewajarkan hukuman lebih berat iaitu hukuman mati. [19] Ini membawa kita kepada isu ketiadaan niat untuk menembak dan untuk mencederakan Tarikul yang dibangkitkan oleh peguam. Peguam terpelajar menegaskan tembakan yang dilepaskan merupakan sesuatu yang tidak disengajakan akibat daripada pergelutan yang sengit susulan tindakan Tarikul. Berdasarkan fakta yang ditemukan oleh Hakim bicara, kami mendapati hujahan ini tidak bermerit. Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang telah menganalisis isu ini dengan mendalam sekali. Dicatatkan perayu telah memasuki premis Petroniaga dengan niat untuk merompak dengan menggunakan senjata api P14. Berdasarkan keterangan pakar iaitu SP4, SP6 dan SP7, jenis pistol revolver .32, yang bukan daripada jenis automatik, tembakan yang hendak dilepaskan memerlukan dua jenis kekuatan (double actions) untuk menyebabkan letupan iaitu tarikan picu untuk menggerakkan pemukul (hammer), jika tidak dalam keadaan sedia-cekah lebih awal.
preamble
Menurut saksi pakar tersebut, kecuali picu ditarik, letupan tidak boleh berlaku walaupun terjatuh atau terhentak. Dalam kes ini tidak disangkal 16 bahawa tiga das tembakan telah dilepaskan semasa pergelutan. Kesemua tembakan terutamanya tembakan kedua dan ketiga sudah semestinya dilakukan dengan sengaja dengan niat untuk mencederakan atau untuk menyebabkan kecederaan atau kematian Tarikul. Kami mendapati keterangan SP4, SP6 dan SP7 mencukupi untuk menyokong dapatan Hakim bicara tentang isu niat ini dan tidak memerlukan pihak pendakwaan untuk membuat pemeriksaan lanjut tentang isu kekuatan untuk menyebabkan letupan dalam keadaan kes ini. [20] Tuntasnya, kami merumuskan Hakim bicara telah menilai keterangan secara maksimum dan telah dengan betul memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu. [21] Selanjutnya, kami telah juga mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan dengan teliti. Kami mendapati isu-isu yang sama telah dibangkitkan. Apa yang nyata perayu mengaku telah memasuki premis Petroniaga dengan niat untuk merompak dan menggunakan senjata api pistol yang sudah sedia-cekah. Perayu telah juga mengakui berjaya mengambil RM20.00 dan semasa hendak mengambil wang daripada tabung yang terletak di bawah kaunter juruwang, dia telah dipeluk dari belakang oleh Tarikul yang kemudiannya menyebabkan berlakunya pergelutan sengit sehingga terheret keluar dari kawasan kaunter juruwang tersebut. Ini menunjukkan tindakan perayu dihalang dan cuba, pada masa itu, digagalkan oleh Tarikul. Ini dengan jelas menyokong kes pendakwaan. Apa yang hendak ditegaskan oleh perayu ialah tembakan yang dilepaskan adalah sesuatu yang tidak disengajakan akibat 17 daripada accidental firing iaitu susulan pergelutan sengit tersebut yang menyebabkan jarinya tertarik picu pistol. Pembelaan ini tidak diterima oleh Hakim bicara dan kami tidak nampak bagaimana dapatan tersebut boleh dikatakan terkhilaf dalam keadaan kes ini. Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara di akhir perbicaraan dan mendapati perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Isu Kedua: Seksyen 3 FIPA Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan [22] Isu ini merupakan isu baru dan tidak ditimbulkan di Mahkamah Tinggi. Dihujahkan hukuman mati yang diperuntukkan di bawah seksyen 3 FIPA adalah tidak bersekadar (proportionate) dengan kesalahan yang dilakukan oleh perayu dan dengan itu tidak berperlembagaan kerana melanggar peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Mengenai isu ini kami bersetuju dengan hujahan Pendakwa Raya dan berpendapat bahawa seksyen 3 FIPA adalah sah dan berperlembagaan. Harus dicatatkan bahawa terdapat anggapan bahawa semua perundangan, di sini Seksyen 3 FIPA, adalah sah dan berperlembagaan kecuali dibuktikan sebaliknya – Lee Keng Guan & Ors v. Public Prosecutor (1977) 1 LNS 3 (Mahkamah Rayuan Singapura). Dalam kes Che Ani Itam v. Public Prosecutor [1984] 1 CLJ (Rep) 84 (Mahkamah Persekutuan) isu perlembagaan untuk diputuskan melibatkan: “Whether or not the sentence of life imprisonment for the duration of natural life as provided under s. 4 of the 1971 Act read with the s. definition of life imprisonment as amended by Act A256/1974 is unconstitutional and violates art. 5(1) and art. 8(1) of the Federal Constitution.” 18 Diputuskan: “For ease of reference, art. 5(1) of the Federal Constitution provides that no person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law, and art. 8(1) prescribes that all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law. Mr. Karpal Singh for the appellant in his argument that the sentence of imprisonment for life as defined in s. 2(1) of the 1971 Act to mean imprisonment for the duration of the natural life of the person sentenced is a savage sentence relies heavily on the decision of the Supreme Court of India in Maneka Gandhi v. Union of India [1978]AIR SC 597 which held that a statute which merely prescribes some kind of procedure for depriving a person of his life or personal liberty cannot ever meet the requirements of art. 21 of the Indian Constitution, and that the procedure prescribed by law has to be fair, just and reasonable, not fanciful, oppressive or arbitrary, with Bhagwati J, observing that the concept of reasonableness must be projected in the procedure contemplated by art. 21, having regard to the impact of art. 14 [the equivalent of our art. 8(1)] on that article. We do not think the argument advanced by Mr. Karpal Singh can be sustained. We would at the outset observe that a distinction was drawn in Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 2 MLJ 129 (at page 149) between art. 21 of the Indian Constitution and art. 5(1) of our Constitution in that the former provides that 'no person shall be deprived of his life or personal liberty except according to procedure established by law' in contrast to the latter which makes no mention of the word 'procedure'. In any event notwithstanding the provisions of s. 3 of the Criminal Justice Ordinance 1953 which provide that a sentence of imprisonment for life shall be deemed for all purposes to be a sentence of imprisonment for twenty years and the amendments made to the Penal Code to substitute provisions for imprisonment for life with imprisonment for a term which may extend to twenty years, there are specific statutory exceptions however categorically providing for imprisonment for life to mean imprisonment for the duration of natural life in certain specified offences, such as, for example, s. 130A of Penal Code in relation to offences against the State under Chapter VI of the Penal Code, and the Arms Act 1960. It is now firmly established that 'law' in the context of such constitutional provisions as Articles 5, 8 and 13 of the Constitution refers to a system of law which incorporates those fundamental rules of natural justice that had formed part and parcel of the common law of England that was in operation at the commencement of the Constitution (Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1981] AC 648 (at page 670)). We can see nothing in the statutory provision sought to be impugned before us to infringe the proposition enunciated. There is nothing arbitrary, fanciful or oppressive in the legislatively defined sentence for the specific offence in question committed under the 1971 19 Act. Lord Diplock said in Hinds & Ors. v. The Queen [1977] AC 195 (at page 221): In the exercise of its legislative power, Parliament may, if it thinks fit, prescribe a fixed punishment to be inflicted upon the offenders found guilty of the defined offence .... The Supreme Court of India in Maru Ram v. Union of India [1980] AIR SC 2147 upheld the validity of an Act which required offenders awarded a life sentence for an offence for which death was a permissible penalty, and offenders whose death sentence was commuted to a term of life imprisonment, to undergo a minimum detention of fourteen years. In Carmona v. Ward [1979] 99 S Ct 874 the Supreme Court of the United States of America denied a writ of certiorari to challenge the constitutionality of a mandatory life sentence imposed under a New York Law for the possession of an ounce of a substance containing cocaine. In Rummel v. Estelle [1980] 100 S Ct 1133 the Supreme Court of America by a majority decision upheld a statute which authorised a mandatory sentence of life imprisonment on a third conviction of a felony less than a capital felony. The principle underlying these decisions apply equally in the case before us in relation to the mandatory nature of the maximum term of the sentence imposable by a specific statutory definition for a specified offence. The legislature in doing so no doubt had in mind the object and purpose to be achieved by such a provision and it cannot accordingly be arbitrary in any sense of the word. On the contention that the specified term for the duration of the natural life of the person sentenced violates the equality provisions in art. 8(1) of the Constitution, we would refer to the speech of Lord Diplock in Ong Ah Chuan (ante) (at page 674)where he says that the Singapore constitutional provision with regard to equality [which textually accords totidemverbis with our art. 8(1)] is not concerned with equal punitive treatment for equal moral blameworthiness but is concerned with equal punitive treatment for similar legal guilt. In matters relating to equal protection the basis of approach is the identification of legislative purpose and a reasonable classification is one that includes all persons who are similarly placed with respect to the purpose of the law. We would refer in elaboration and support to the decision of this Court in Public Prosecutor v. Lau Kee Hoo [1983] CLJ 336 (Rep) and also to Maru Ram referred to earlier. We accordingly at the conclusion of argument before us answered the question posed for our consideration in the negative. The sentence prescribed in the 1971 Act is constitutional and valid, and we might perhaps just add that the existence of executive powers of clemency could well militate against the rigours of the sentence sought to be impugned by consideration on a case to case basis.” 20 Kami berpendapat bahawa peguam terpelajar telah gagal untuk mematahkan anggapan keabsahan seksyen 3 FIPA. Oleh itu, kami menolak isu tidak berperlembagaannya seksyen 3 FIPA ini. Kesimpulan [23] Berdasarkan alasan dan huraian di atas, kami dengan sebulat suara memutuskan tiadanya merit dalam rayuan ini. Kami juga mendapati bahawa sabitan adalah selamat. Dengan itu kami menolak rayuan ini dan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. t.t (ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh : 8 Januari 2021 Bagi Pihak Perayu Rao Jayananda (bersama Lim Woi Kang dan Jeyaseelen Anthony) Tetuan Rao & Kamal Bagi Pihak Responden Khairul Anuar bin Abd. Halim Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.