Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCvC-2529-11/2024 DALAM PERKARA GERAN SURATKUASA MENTADBIR HARTA PUSAKA HUSSEIN BIN YAACOB (NO. KP: 760421-08- 6415)
BA-24NCvC-2529-11/2024
High Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCvC-2529-11/2024 DALAM PERKARA GERAN SURATKUASA MENTADBIR HARTA PUSAKA HUSSEIN BIN YAACOB (NO. KP: 760421-08- 6415)
22
22.
10
10.2010; DALAM PERKARA SESKYEN 16 DAN 34 AKTA PROBET & PENTADBIRAN 1959 (AKTA 97); DALAM PERKARA HARTA TAK ALIH SI MATI DI BAWAH PETISYEN NO. 147-1977 DALAM MAHKAMAH TINGGI IPOH BERTARIKH 16.02.1978; 24/10/2025 09:42:02 BA-24NCvC-2529-11/2024 Kand. 35 DALAM PERKARA SIJIL FARAID BERTARIKH 25.09.1985. DALAM PERKARA SEKSYEN 41 AKTA RELIEF SPESIFIK 1950 (AKTA 137);
2012
ANTARA FAISAL @ AHMAD FAISAL BIN HUSSEIN (NO. K/P: 430204-08-5369) …PLAINTIF AHMAD FIKRI BIN HUSSEIN (NO. K/P: 620915-08-6031) (SELAKU PENTADBIR HARTA PUSAKA SI MATI, HUSSEIN BIN YAACOB (NO. K/P: 3823206)) …DEFENDAN
Lampiran
Lampiran 6 1. Ini adalah permohonan Defendan untuk membatalkan Saman Pemula (SP) bertarikh 11.11.2024 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) dan selanjutnya mengisytiharkan Plaintif sebagai seorang litigan yang menyusahkan (vexatious litigant) di bawah Peraturan 17 Jadual (subseksyen 25(2)) Akta Kehakiman 1964 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 KKM. 2. Permohonan di atas telah dibenarkan setakat SP dibatalkan dengan kos. 3. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan penghakiman saya. Ringkasan Fakta Kes 4. Plaintif dan Defendan adalah adik beradik dan anak kepada Haji Hussein bin Yaacob (arwah Haji Hussein) yang telah meninggal dunia pada 1.3.1976. Arwah meninggalkan enam (6) orang waris, termasuk Plaintif dan Defendan. 5. Defendan merupakan Pentadbir kepada harta pusaka arwah Haji Hussein sejak 22.10.2010. 6. Mengikut Plaintif, masih terdapat 15 bidang tanah arwah yang masih tidak diturun milik kepada waris-waris. 7. Maka Plaintif telah memfailkan SP ini untuk menuntut deklarasi bahawa Defendan selaku Pentadbir untuk mengambil langkah perlu untuk mendaftarkan turun milik harta arwah kepada waris-waris mengikut Sijil Faraid bertarikh 25.9.1985. Jika gagal, Plaintif memohon agar Defendan disingkirkan dari menjadi Pentadbir dan melantik Plaintif sebagai pengganti. 8. Defendan memfailkan permohonan di Lampiran 6 untuk membatalkan SP Plaintif atas alasan berikut: (1) Melalui tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Pulai Pinang, Saman Pemula No PA-24NCVC-988-11/2019 (SP 988), Plaintif menuntut terhadap Defendan untuk membayar bahagiannya bagi hasil jualan hartanah dari perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Saman Pemula No 24-1688-10/2012 bertarikh 18.10.2012 atau secara alternatif, bayaran sebanyak RM722,654.84. (2) Tuntutan Plaintif dalam SP 988 telah diselesaikan pada 13.4.2023 setelah pihak-pihak bersetuju untuk merekodkan satu Penghakiman Persetujuan. (3) Mengikut Penghakiman Persetujuan, Defendan akan membayar RM200,000.00 kepada Plaintif dalam sepuluh (10) ansuran dan bayaran terakhir telah dijelaskan pada 2.2.2024. (4) Terma Penghakiman Persetujuan jelas melarang kedua-dua pihak dari memfailkan sebarang tuntutan di mana-mana mahkamah di Malaysia berkenaan dengan hal harta pusaka arwah Haji Hussein. (5) SP ini merupakan satu kemungkiran kepada Penghakiman Persetujuan dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah, serta mengaibkan, remeh dan menyusahkan. (6) Pertikaian antara pihak-pihak telah diselesaikan maka, tindakan Plaintif membawa tindakan SP ini telah res judicata. 9. Plaintif membantah permohonan ini dan mengatakan seperti berikut: (1) Melalui SP 988, Plaintif menuntut hasil jualan empat (4) bidang tanah mengikut pembahagian Sijil Faraid dan secara alternatif, satu bayaran RM722,654.84. (2) SP 988 diselesaikan dengan satu Penghakiman Persetujuan direkodkan di mana Defendan membayar sejumlah RM200,000.00 dalam sepuluh (10) ansuran mulai 1.5.2023 hingga 1.2.2024. (3) Pembayaran tersebut adalah penyelesaian penuh dan muktamad berkenaan tuntutan Plaintif terhadap harta pusaka arwah Haji Hussein, bahagian Plaintif dalam harta pusaka arwah Nailah binti Hussain dan Plaintif mengakui janji untuk tidak membuat sebarang tuntutan terhadap harta pusaka arwah Haji Hussein dan arwah Nailah. (4) Tuntutan Plaintif tidak terjumlah kepada tindakan yang obviously unsustainable dan tidak scandalous kerana tuntutan Plantif berasaskan kegagalan Defendan selaku Pentadbir untuk menjalankan tanggungjawab beliau mengagihkan hasil jualan hartanah arwah yang mana Plaintif dan waris-waris lain ada hak ke atasnya. (5) SP ini dibawa terhadap Defendan sebagai Pentadbir dan bukan atas kapasiti peribadi beliau maka tiada halangan untuk tindakan diambil jika Defendan gagal, enggan atau abai dalam tanggungjawabnya sebagai Pentadbir. (6) Penghakiman Persetujuan tersebut hanya diniatkan bagi maksud penyelesaian hal dan syer Plaintif terhadap empat bidang tanah yang menjadi perkara subjek tindakan SP 988 sahaja. (7) SP 988 tidak merangkumi urusan 15 bidang tanah yang lain. Analisa dan Dapatan 10. Pertelingkahan antara pihak-pihak dalam permohonan ini adalah mengenai terma dalam Penghakiman Persetujuan yang telah direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 13.4.2023. 11. Diperturunkan butiran Penghakiman Persetujuan tersebut di bawah ini: “TINDAKAN INI setelah ditetapkan untuk Bicara dan SETELAH MENDENGAR Encik Habib Rahman bin Seeni Mohideen, Puan Norroziyana binti Rahim, Sh Syaza Farhanah binti Syed Fisol bagi pihak Plaintif, dan Datuk Akberdin bin Hj Abdul Kader dan En Harjinder Singh Sandhu bagi pihak Defendan dan TANPA PENGAKUAN KEPADA SEBARANG LIABILITI adalah dihakimi SECARA PERSETUJUAN seperti berikut; 1. Defendan bersetuju membayar kepada Plaintif wang sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja (RM200,000.00) secara ex-gratia yang akan dibayar dalam sepuluh (10) ansuran bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM20,000.00) berkuatkuasa pada 1hb Mei 2023 sehingga 1hb Februari 2024; 2. Setiap ansuran bulanan akan dibayar sebelum atau pada 3hb setiap bulan yang berkenaan; 3. Setiap bayaran akan dibuat melalui akaun klien peguamcara Plaintif iaitu Tetuan Ezrilaw Firm iaitu Bank Simpanan Nasional Akaun No: 0710041000132794; 4. Penyelesaian tindakan ini adalah penyelesaian penuh dan muktamad berkenaan dengan sebarang tuntutan Plaintif terhadap; (a) harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; (b) bahagian Plaintif dalam harta pusaka Allahyarhamah Nailah binti Hussain (No KP: 390902-71-5176) yang telah meninggal dunia pada 23hb September 2008 yang ada didalam harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976. 5. Plaintif dengan ini mengakujanji tidak akan membuat sebarang tuntutan dalam apa jua keadaan sekalipun terhadap; (a) harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; (b) bahagian Plaintif dalam harta pusaka Allahyarhamah Nailah binti Hussain (No KP: 390902-71-5176) yang telah meninggal dunia pada 23hb September 2008 yang ada didalam harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; 6. Defendan sebagai pentadbir harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob bersetuju menggugurkan sebarang tuntutan terhadap Plaintif berkenaan dengan harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; 7. Kedua-dua pihak dilarang memfailkan sebarang tuntutan di mana-mana Mahkamah di Malaysia berkenaan dengan; (a) harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; dan (b) bahagian Plaintif dalam harta pusaka Allahyarhamah Nailah binti Hussain (No KP: 390902-71-5176) yang ada didalam harta pusaka Allahyarham Dato Sri Haji Hussein bin Haji Yaacob @ Dato’ Sri Haji Hussain bin Haji Yaacob yang telah meninggal dunia pada 1hb Mac 1976; kecuali untuk penguatkuasaan Penghakiman Persetujuan ini. 8. Tiada perintah terhadap kos. 12. Defendan telah selesai membayar sepuluh (10) bayaran ansuran sebagaimana dipersetujui pada 2.2.2024 berjumlah RM200,000.00. 13. Walau bagaimanapun, Plaintif telah memfailkan satu lagi tindakan terhadap Defendan dalam urusan hal ehwal harta pusaka arwah Haji Hussein bersandarkan haknya terhadap tanah yang selain dari tanah yang menjadi perkara subjek di SP 988. 14. Saya membaca dan meneliti semula Penghakiman Persetujuan yang dirujuk untuk memahami aliran maksud terma yang dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 15. Saya ringkaskan, pihak-pihak dalam SP 988 adalah sama sepertimana dalam SP ini. Samada dalam kapasiti peribadi atau Pentadbir, hanya pihak-pihak lebih jelas apa yang diniatkan semasa menzahirkan persetujuan antara mereka kerana urusan yang dipersetujui adalah berkait dengan urusan pembahagian harta pusaka arwah Haji Hussein dan bukan tuntutan selainnya. Yang jelas, mereka telah bersetuju bahawa Defendan membayar RM200,000.00 dan penyelesaian ini adalah muktamad berkenaan semua tuntutan Plaintif mengenai harta pusaka arwah Haji Hussein dan Plaintif mengaku janji, dalam apa jua keadaan, untuk tidak lagi menuntut berkait harta pusaka arwah. Defendan juga bersetuju untuk menggugurkan semua tuntutan terhadap Plaintif dalam urusan harta pusaka ini dan, yang paling penting, kedua-dua pihak dilarang untuk memfailkan sebarang tuntutan di mana-mana Mahkamah di Malaysia berkenaan dengan harta pusaka arwah. 16. Yang pasti, tidak dinyatakan bahawa Penghakiman Persetujuan ini hanya merujuk kepada tanah yang menjadi perkara subjek di SP 988 dan juga tidak dinyatakan jika mereka masih boleh menuntut terhadap diri masing-masing dalam kapasiti yang lain. 17. Penghakiman Persetujuan yang direkodkan di Mahkamah bukan satu urusan yang ringan dan boleh diperkotak katik oleh mana-mana pihak sesuka hati. Ia merupakan satu kontrak yang akan mengikat pihak-pihak atas terma yang dipersetujui. Melainkan ianya diketepikan, terma yang dipersetujui mengikat pihak-pihak. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Tan Geok Lan v. La Kuan [2004] 2 CLJ 301 yang memutuskan bahawa: “[9] (1) On the first issue, which is related to question (1), a consent judgment or order is not the less a contract, and subject to the incidents of a contract, because there is superadded the command of the court, and its force and effect derives from the contract between the parties leading to, or evidenced by, or incorporated in, the consent judgment or order A consent order must be given its full contractual effect, even if it relates to an interlocutory step in the action (see para 390 @ p 286, Halbury’s Laws of England, 4th edn vol 37). We gather from this proposition that (i) the agreement on the terms reached between the parties at the interlocutory stage of an action is a contract between the parties and (ii) the consent judgment or order arising out of that contract is also a contract between the parties except that the latter is superadded with the command of the court. In short, there are two contracts, one, before the court makes the order and two, after the order is made.” -penekanan ditambah 18. Oleh itu, jika pihak-pihak ingin merekodkan sesuatu persetujuan, dan terma adalah jelas, maka maksud yang selainnya tidak boleh lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak. 19. Misalnya, dalam kes ini, jika benar niat mereka hanya merujuk kepada tanah dalam pertikaian dalam SP 988, mengapa mereka bersetuju untuk tidak lagi menuntut di mana-mana Mahkamah di Malaysia? Sedangkan masih ada tanah di Selangor yang dikatakan masih belum ditadbir. 20. Saya berpandangan bahawa Penghakiman Persetujuan yang menjadi teras bantahan kepada permohonan ini jelas bertujuan untuk menyesaikan semua pertikaian dan ianya meliputi apa-apa tindakan yang bersabit kepada harta pesaka arwah Haji Hussein oleh kedua-dua pihak. 21. Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa persetujuan ini menjadikan isu antara pihak-pihak telah res judicata (rujuk kes Asia Commercial Finance (M) Berhad v Kawal Teliti Sdn Bhd (1995) 3 CLJ 783, Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd (2015) 2 CLJ 1062 dan Superintendent of Pudu Prison & Ors v Sim Kie Chon (1986) 1 CLJ 548 - “a party may be shut out from raising in a subsequent action an issue which he could, and should, have raised in earlier proceedings”). 22. Jika pun benar ianya tidak merangkumi tanah-tanah selain yang dirujuk dalam SP 988, pengecualian tersebut sewajarnya dizahirkan oleh pihak-pihak dalam Penghakiman Persetujuan. Saya merujuk kepada keputusan dalam kes Perspective Management Services Sdn Bhd v Seganom Sdn Bhd (2004) 4 CLJ 466, saya petik: “..If any issue or claim or relief was reserved to be litigated later, it must be clearly shown in the order such as the parties be given liberty to do so. We could not find any reservation or liberty in respect of those claims against the appellant being given in that consent order. For that reason, we are of the view that res judicata and estoppel applies to the present suit.” 23. Mengikut kes Mayban Allied Bhd v Kenneth Godfrey Gomez & Anor and Another Appeal (2010) 9 CLJ 702, telah diputuskan bahawa tindakan yang dibawa setelah Penghakiman Persetujuan direkodkan, ia merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana telah res judicata. Saya rujuk: “[23] It is trite that a consent order could give rise to a plea of res judicata. There are a number of authorities on this point. Among them are: Palmer & Anor v. Durnford Ford (a firm) & Anor [1992] 2 All ER 122; Cohen v. Fonesco [1926] 1 KB 119, Re South American & Mexican Co. ex p. Bank of England[1895] 1 Ch 37; and Malaysian National Insurance Sdn. Bhd. v. Lim Tiok [1997] 2 CLJ 351. [24] The consent order in the present case is founded on a contract or agreement between the parties based on both parties' willingness to submit to the discontinuance of the 1st suit on certain terms. Once the appellant and the respondents took the matter beyond contract and recorded a consent order then they must accept all the implications of a court judgment or order. In this sense the court now cannot vary the terms of the order. The application by the respondents for striking out the 2nd suit under O. 18 r. 19 was in effect to enforce the terms of the agreement or contract and the said consent order. [27] In the present case, the appellant had agreed to withdraw their action and the respondents had agreed to withdraw their counterclaim. There was a compromise between these parties which culminated in a consent order being recorded by the learned Senior Assistant Registrar before whom both parties were represented by their own respective counsel. The court must therefore give full recognition to the consent order. To allow the appellant to proceed with the 2nd suit is clearly an abuse of the process of the court. -penekanan ditambah 24. Begitu juga diputuskan dalam kes Yoong Khong Foh & Ors v NFC Clothier Sdn Bhd (2017) 1 LNS 225, seperti dibawah: [57] In fact, all issues in relation to SPA No. 1 and SPA No. 2 have already been and/or deemed to have been fully resolved in the 2 Consolidated actions, i.e. the Specific Performance Suit and the 2011 OS. Since all relevant issues had been resolved through the Consent Judgment, the Plaintiffs' claim is barred by the doctrine of res judicata [see Supreme Court decision in Asia Commercial Finance (M) Bhd v. Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189, 200]. -penekanan ditambah 25. Oleh yang demikian, saya dapati tindakan Plaintif dalam SP ini jelas bertentangan dengan niat Penghakiman Persetujuan dalam SP 988 direkodkan maka ianya merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. 26. Mengenai isu samada Plaintif boleh diisytiharkan sebagai litigan yang menyusahkan mengikut Peraturan 17 dalam Jadual (subseksyen 25(2)) Akta Kehakiman 1964, walaupun Mahkamah diberikan kuasa untuk menyekat mana-mana orang dari memulakan prosiding jika mereka terjumlah kepada seorang litigan yang menyusahkan, saya berpandangan, Plaintif tidak terjatuh dalam definisi orang yang mendesak dan tanpa sebab yang munasabah memulakan prosiding undang undang yang menyusahkan (habitually and persistently and without reasonable cause). Walaupun Plaintif telah memfailkan beberapa tuntutan, mungkin tidak patut, tetapi tidak menjadikan beliau seorang vexatious litigant. Saya merujuk kepada kes In Sim Kooi Soon v. Malaysia Airlines System (No. 2) [2010] 9 CLJ 936, dimana Mahkamah Rayuan menjelaskan ciri-ciri seorang litigant yang menyusahkan sebagai seorang yang menyaman pihak yang sama berulang kali atas sebab dan kausa tindakan yang sama tanpa asas undang-undang (has little or no basis in law to sue) dan menyebabkan pihak yang satu lagi akan mengalami kesulitan (subjecting the opposing party to inconvenience). 27. Sekadar rujukan, saya perturunkan Peraturan 17 tersebut seperti di bawah: “Litigan yang menyusahkan 17. Kuasa untuk menyekat mana-mana orang yang secara kebiasan dan dengan mendesak dan tanpa sebab yang munasabah memulakan prosiding undang undang yang menyusahkan di mana-mana mahkamah, sama ada terhadap orang yang sama atau yang berlainan, daripada memulakan apa-apa prosiding undang undang di mana-mana mahkamah kecuali dengan kebenaran seorang Hakim. Suatu salinan mana-mana perintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta.” Kesimpulan 28. Bersandarkan alasan di atas, saya membenarkan permohonan Defendan di Lampiran 6 untuk perenggan (a) sahaja beserta kos permohonan sebanyak RM5000, tertakluk kepada alokator. 29. SP Plaintif dengan ini dibatalkan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM. Bertarikh: 23 Oktober 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR Peguam bagi pihak Plaintif : Mohd Yaacob bin Bakanali bersama dengan Nur Fathin binti Muhammad Zain Tetuan Iliyas, Fathin & Co. Peguam bagi pihak Defendan : Harjinder Singh Sandhu Tetuan Akberdin & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.